4203 intro

4
Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan komputer dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Maka kajian secara tinjauan ini meneliti tahap dan kekangan dalam melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan komputer. Di samping itu, kajian juga mengkaji kekangan yang mengganggu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Sampel kajian terdiri daripada 8 guru BM di sekitar daerah !ulu "angat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. #ursus yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman $eb agak kurang diberikan perhatian. #esan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak positi% terutamanya kepada pelajar yang cerdas. #ekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran. P&' &' " ' Dalam memperkatakan teknologi dalam pendidikan, ro*e et al. (+ -) menyatakan nilai teknologi di dalam bilik darjah telah menimbulkan isu dan perdebatan dalam kalangan ahli teknologi pendidikan. eknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produkti*iti, menambahkan moti*asi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersi%at unik, dan meningkatkan literasi maklumat (/oblyer 0 Sch$ier, + 1). 2usti3kasi ini timbul di dalam iklim kritikan berasaskan pelaburan yang besar dalam teknologi yang diragui keberkesanannya (4uban, + 5). Dalam hal ini, ahli teori telah meletakkan diri mereka sebagai penyokong kepada perspekti% yang menjurus kepada e%ekti%nya penggunaan teknologi. Dalam hal ini, &rtmer (5666) dan !okanson 0 !ooper (+ -) telah mengkaji penggunaan secara e%ekti% keperluan teknologi yang semakin bertambah dan ingin melihat cara guru menggunakan teknologi dan sebab mereka menggunakannya. Mereka juga mem%okuskan peranan utama pendekatan pedagogi yang digunakan dalam pengajaran di bilik darjah. erdapat beberapa isu yang sering dikaitkan dalam pengajaran menggunakan komputer. Stallard (5668) dalam kajiannya menyatakan baha$a keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan ialah kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer. Di samping itu terdapat juga permasalahan dari segi hard$are untuk perisian kursus, sikap guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan dalam bilik darjah (Moersch, 5667). Pengajaran Bahasa Malaysia (BM) tidak terkecuali daripada pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi ( M#). alaupun pelajaran BM hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran . Masalah tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis. Pada tahap yang lebih

Upload: bara-pawaka

Post on 03-Nov-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mula

TRANSCRIPT

Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan komputer dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Maka kajian secara tinjauan ini meneliti tahap dan kekangan dalam melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan komputer. Di samping itu, kajian juga mengkaji kekangan yang mengganggu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Sampel kajian terdiri daripada 87 guru BM di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran. PENGENALAN Dalam memperkatakan teknologi dalam pendidikan, Grove et al. (2004) menyatakan nilai teknologi di dalam bilik darjah telah menimbulkan isu dan perdebatan dalam kalangan ahli teknologi pendidikan. Teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik, dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier, 2003). Justifikasi ini timbul di dalam iklim kritikan berasaskan pelaburan yang besar dalam teknologi yang diragui keberkesanannya (Cuban, 2001). Dalam hal ini, ahli teori telah meletakkan diri mereka sebagai penyokong kepada perspektif yang menjurus kepada efektifnya penggunaan teknologi. Dalam hal ini, Ertmer (1999) dan Hokanson & Hooper (2004) telah mengkaji penggunaan secara efektif keperluan teknologi yang semakin bertambah dan ingin melihat cara guru menggunakan teknologi dan sebab mereka menggunakannya. Mereka juga memfokuskan peranan utama pendekatan pedagogi yang digunakan dalam pengajaran di bilik darjah. Terdapat beberapa isu yang sering dikaitkan dalam pengajaran menggunakan komputer. Stallard (1998) dalam kajiannya menyatakan bahawa keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan ialah kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer. Di samping itu terdapat juga permasalahan dari segi hardware untuk perisian kursus, sikap guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan dalam bilik darjah (Moersch, 1995). Pengajaran Bahasa Malaysia (BM) tidak terkecuali daripada pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Walaupun pelajaran BM hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran . Masalah tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis. Pada tahap yang lebih tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna. Di samping itu, pada tahap sekolah menengah, penguasaan menulis juga masih lagi perlu diberi perhatian untuk memastikan objektif pengajaran BM tercapai. Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran BM dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi. Sebagai alat bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran BM. Guru BM sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar.

PENGENALANPengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) merupakan satu kaedahpengajaran yang menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran(P&P). Penggunaannya kini dilihat menjadi semakin penting khususnya dalammeningkatkan kefahaman murid dalam P&P dalam membantu pemahaman murid. Padaperingkat awal, kemunculan teknologi komputer secara tradisinya digunakan sebagaialat pemprosesan data atau menaip teks semata-mata. Kini, penggunaannya telahdiperluaskan kepada bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Corak penyampaiankomputer pada satu ketika dahulu hanya terhad kepada penggunaan teks, numerik,grafik dan animasi mudah sahaja. Namun dengan kemajuan teknologi multimedia telahberupaya untuk mempersembahkan video bergerak, animasi yang canggih dan grafikwarna. Kemampuan multimedia dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat,tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaranmenyeronokan (Zamri & Mohamed Amin, 2008). Pengajaran Bahasa Melayu sudahtentu tidak terkecuali daripada pengaruh penggunaan teknologi maklumat dankomunikasi (Yahya & Dayang Raini, 2011). Tatabahasa merupakan unsur asas bahasa yang mendasari setiap kemahiranbahasa yang dipupuk iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Dalam konteks sistem pendidikan negara, khususnya dalam Kurikulum BersepaduSekolah Rendah (KBSR), perkara tersebut menjadi prinsip yang ditegaskan dalamstrategi pengajaran Bahasa Melayu. Dalam sistem bahasa, terdapat beberapa subsistempenting terkandung di dalamnya, di mana tatabahasa menjadi asas kepada sistemtersebut. Antara subsistem tersebut adalah sistem ejaan, sebutan, peristilahan, kosakata umum, tatabahasa dan laras bahasa. Antara enam subsistem tersebut, tatabahasamerupakan sendinya. Walau bagaimanapun, tatabahasa sering dianggap sebagai subjekyang kaku, membosankan, dan kadang kala menakutkan (Awang, 2004). Persepsisedemikian menyebabkan tanggungjawab guru yang mengajar tatabahasa semakinmencabar, terutamanya apabila berdepan dengan murid sekolah rendah yang masihkurang jelas tentang penggunaan sistem bahasa. Namun dengan kemajuan teknologi,kaedah pengajaran di sekolah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan perisiankomputer sebagai bahan bantu mengajar. Kajian oleh Abdul Wahab, Kamaliah danHasrina (2006) tentang tahap penggunaan komputer dalam P&P Bahasa Melayu,Inggeris dan beberapa mata pelajaran lain yang menunjukkan penggunaan komputerdalam P&P mampu mewujudkan suasana pembelajaran lebih menarik. Kajian berkaitan keberkesanan penggunaan komputer dalam P&P Bahasa Melayutelah giat dijalankan. Sebagai contoh, satu kajian eksperimen yang dijalankan oleh 3.Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 33 Malay Language Education Journal (MyLEJ)Yahya Othman dan Dayang Raini (2011) ke atas 56 orang murid tahun Empat yangberpencapaian sederhana di salah sebuah sekolah rendah kerajaan di daerah Bruneidan Muara berkaitan keberkesanan penggunaan CD-ROM perisian cerita Interaktif bagipemahaman bacaan. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa murid yang melaluiproses P&P menggunakan CD-ROM secara signifikan lebih baik prestasi pemahamanbacaan berbanding dengan murid yang mengikuti pembelajaran secara kawalan. Namunbegitu, perbandingan dari segi gender pula tidak menunjukkan sebarang perbezaansignifikan min prestasi pemahaman pembacaan antara murid lelaki dan perempuankedua-dua kumpulan. Manakala kajian oleh Al-Haq dan Al-Sobh (2001) ke atas 122orang murid gred 11 di salah sebuah sekolah di Jordan mengenai keberkesananpencapaian dalam penulisan berasaskan penggunaan web. Dapatan kajianmenunjukkan pembelajaran berasaskan web adalah lebih berkesan daripadapengajaran kaedah kawalan. Analisis berdasarkan gender pula menunjukkan muridperempuan mendapat skor markah penulisan yang lebih tinggi berbanding murid lelaki. Selain itu, satu kajian oleh Chenu, Gayraud, Martinie dan Tong (2007) di LyonUniversity bagi menentukan keberkesanan pembelajaran bahasa Perancis sebagaibahasa kedua antara kumpulan yang didedahkan menggunakan komputer dengankaedah kelas yang belajar bahasa Perancis secara manual (buku teks dan kuliah) telahmenunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca antara kedua-duakumpulan dengan kumpulan yang didedahkan melalui penggunaan komputermemperoleh markah yang lebih baik. Hal ini jelas menunjukkan penggunaan komputersecara signifikan memberi kesan positif dalam pembelajaran bahasa Perancis. Kajianeksperimen oleh Abu Seileek dan Rababah (2007) ke atas 128 orang murid di King Saud yang membandingkan pengajaran Grammar berasaskan komputer(Computer Based Grammar Instruction) berbanding dengan pengajaran GrammarUniversityberasaskan guru (Teacher Based Grammar Instruction). Kajian mendapati pengajaranGrammar berasaskan komputer secara signifikan lebih efektif berbanding denganpengajaran oleh guru. Dalam pada itu, Nabah, Hussain, Al-Omari, dan Shdeifat (2009) pula dalam kajianyang melibatkan seramai 212 orang di sebuah sekolah menengah di Jordan terhadapkeberkesanan penggunaan komputer dalam pembelajaran bahasa Inggeris juga dalamaspek grammar telah menunjukkan penggunaan komputer telah memberi kesan yangpositif terhadap pencapaian akademik murid. Dalam satu kajian di Oyo State, Nigeriayang dijalankan oleh Yusuf dan Afolabi (2010) terhadap 120 orang murid sekolahmenengah tentang prestasi pembelajaran mata pelajaran Biologi berdasarkanpenggunaan komputer secara individual dan koperatif mengikut gender. Analisismenunjukkan penggunaan komputer telah memberi kesan yang signifikan berbandingdengan pengajaran secara kawalan. Namun secara gender pula, tidak wujud perbezaanyang signifikan antara kumpulan murid lelaki dengan murid perempuan sama adamereka belajar secara individual mahupun koperatif. Dalam pada itu, kajian olehSpradilin (2009) ke atas 155 orang murid bagi menentukan perbezaan pencapaiandalam mata pelajaran Matematik Algebra antara dua kumpulan yang belajarmenggunakan komputer dengan kaedah kawalan. Dapatan kajian mendapati kumpulan 4.34 ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 31-42perempuan mendapat skor min lebih tinggi berbanding kumpulan lelaki untuk kedua-dua kaedah, tetapi tidak menunjukkan sebarang signifikan. Selari dengan perkembangan teknologi, penggunaan komputer dalam pengajarandan pembelajaran harus diperluaskan khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Walaupun penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu dilihat sebagai satuusaha yang paling sesuai dan mampu memberi impak terhadap permasalahan yangdihadapi, kekurangan bahan berbantukan komputer merupakan antara faktor mengapapenggunaannya kurang meluas Sebagai alat bantu pengajaran yang bersifat terkini,penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi muridterhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Menyedari kelebihan penggunaan komputerdalam P&P dalam Bahasa Melayu adalah penting untuk menjalankan kajian seumpamaini.Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan