4027482-tor-ann

26
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN 1.0 PENGENALAN 1.1 Tujuan Asas Rujukan Tujuan penyediaan Asas Rujukan ini adalah :- i. Sebagai panduan untuk menyediakan Kajian Semula Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak. ii. Menerangkan tentang matlamat, objektif, cadangan, skop kerja dan prosedur yang perlu dikaji dalam penyediaan Kajian Semula Bandar Baru Meru Raya. iii. Untuk menjelaskan dengan terperinci mengenai kehendak- kehendak pelanggan; Penyediaan Kajian Semula Bandar Baru Meru Raya perlu mematuhi dan mengambil kira dokumen-dokumen berikut:- i. Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) ii. Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 1995 (Akta A933) iii. Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129) iv. Dasar dan Strategi Pembangunan Negara dan Negeri. v. Rancangan Struktur Ipoh (Pengubahan) AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah 1 Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Upload: azrul-samat

Post on 14-Aug-2015

87 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sssssssssssssssd

TRANSCRIPT

Page 1: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

1.0 PENGENALAN

1.1 Tujuan Asas Rujukan

Tujuan penyediaan Asas Rujukan ini adalah :-

i. Sebagai panduan untuk menyediakan Kajian Semula

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh,

Perak.

ii. Menerangkan tentang matlamat, objektif, cadangan, skop

kerja dan prosedur yang perlu dikaji dalam penyediaan

Kajian Semula Bandar Baru Meru Raya.

iii. Untuk menjelaskan dengan terperinci mengenai kehendak-

kehendak pelanggan;

Penyediaan Kajian Semula Bandar Baru Meru Raya perlu

mematuhi dan mengambil kira dokumen-dokumen berikut:-

i. Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

ii. Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 1995 (Akta

A933)

iii. Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta

A1129)

iv. Dasar dan Strategi Pembangunan Negara dan Negeri.

v. Rancangan Struktur Ipoh (Pengubahan)

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

1Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 2: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

2.0 KEPERLUAN KAJIAN

Cadangan Pembangunan Bandar Baru ini dijalankan, berikutan beberapa

lokasi lain yang terletak berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan

telah pesat membangun, akan tetapi kawasan kajian terus ketinggalan

dalam arus pembangunan. Berikut adalah beberapa isu yang dikenalpasti

kenapa begitu perlu kajian mengenainya dilaksanakan;

i. Tidak Mencapai Sasaran serta Matlamat Asal Pembangunan.

Bandar Baru Meru Raya telah dicadangkan sebagai Koridor Bistari

Negeri Perak supaya dapat membawa kemajuan kepada negeri dari

segi ICT/ MSC. Walau bagaimanapun, ianya tidak mampu untuk

mencapai matlamat asal asas pembangunan Bandar tersebut seperti

yang dicadangkan.

ii. Ketidakutamaan Dasar Oleh Kerajaan Negeri.

Dasar Kerajaan Negeri yang tidak memberikan fokus dan

keutamaan kepada projek pembangunan Bandar Baru Meru Raya

juga menjadi faktor kepada kurangnya penglibatan pelabur-

pelabur.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

2Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 3: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

iii. Tiada Sokongan Dan Promosi dari Kementerian Perdagangan

Antarabangsa

Sokongan dan promosi dapat membantu kepada pembangunan

sesuatu pelan perancangan. Akan tetapi, dalam pelan perancangan

Bandar Baru Meru Raya sebagai Koridor Bistari Negeri Perak,

kelemahan dua aspek penting yang sewajarnya diberi perhatian

oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa ini telah

menyebabkan kegagalan terhadap pembangunan Bandar Meru

Raya sebagai pemangkin kepada indstri berteknologi tinggi.

iv. Ketidaksesuaian Pengisian Elemen Pembangunan

Pengisian elemen pembangunan yang tidak sesuai dengan

statusnya sebagai Koridor Bistari Negeri Perak menjadikan ianya

tiada daya tarikan utama yang mampu meyokong kedayamajuan

suatu kawasan bandar baru. Oleh itu, kajian semula bagi bandar ini

akan lebih memberi penekanan terhadap aspek tersebut.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

3Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 4: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

3.0 KAWASAN KAJIAN

Tasik Pedu yang merupakan kawasan kajian terletak kira-kira 90 Km dari Pusat Bandar

Alor Star, 30 Km dari pekan Kuala Nerang dan 5 Km dari Sempadan Malaysia Thailand

merupakan sebuah tempat pelancongan di mana komponen utamanya ialah hutan simpan.

Aktiviti utama di kawasan Tasik Pedu ialah pelancongan dan pertanian/perhutanan.

Kawasan kajian juga mengambilkira keseluruhan tasik pedu seluas 75 kilometer persegi.

Kawasan kajian yang hendak dibangunkan berkeluasan 1600 ekar dengan sebahagiannya

telah dibangunkan sebagai resort iaitu Mutiara Pedu Lake Resort, Anjung Pedu dan Desa

Utara Pedu Lake. Kawasan kajian yang terletak dalam lingkungan Pakej Insentif

Pembangunan Pelancongan Koridor Utara ini telah dicadangkan untuk dijadikan

Destinasi Pelancongan Baru di Tanah Semenanjung Koridor Utara sebagai destinasi

percutian keluarga.

Bandar Baru Meru Raya yang merupakan kawasan kajian ini terletak kira-

kira 11 km dari pusat bandaraya Ipoh, merupakan kawasan yang strategik

kerana mempunyai sistem kemudahsampaian yang baik disamping

berdekatan dengan Lebuhraya Utara–Selatan melalui susur keluar

Jelapang,

Kawasan kajian meliputi keseluruhan kawasan Bandar Baru Meru Raya,

Perak yang berkeluasan 1500 ekar dengan sebahagiannya telah

dibangunkan untuk perumahan, rekreasi, perniagaan dan perindustrian.

Kawasan kajian yang terletak dalam lingkungan Koridor Tengah Perak ini

telah dicadangkan untuk dijadikan pusat tempatan utama dan ruang

untuk pertumbuhan sektor perdagangan dan perkhidmatan bertaraf

separa wilayah, khususnya antara Ipoh–Sungai Siput(U) dan Ipoh–Seri

Iskandar–Lumut. Keadaan Topografi kawasan kajian adalah beralun dan

mendatar dengan ketinggian antara 30 – 150 meter dari aras laut.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

4Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 5: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

Rajah 1: Pelan Lokasi

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

5Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 6: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

4.0 ISU-ISU UTAMA PERANCANGAN

i. Tidak Berdaya Saing

Dasar kerajaan negeri yang mewujudkan pelbagai jenis koridor

dengan tujuan mempercepatkan proses pemajuan bagi negeri

Perak menyebabkan hilangnya fokus terhadap pembangunan

Bandar Baru Meru Raya walaupun fungsi utamanya adalah sebagai

Pusat Tempatan Utama. Oleh yang demikian Bandar Baru Meru

Raya ini tidak berdaya saing berbanding dengan bandar-bandar

yang terdapat di Lembah Kelang dan Pulau Pinang

ii. Kelemahan Sistem Perhubungan

Bandar Baru Meru Raya yang terletak di pinggir bandar Ipoh, tidak

mendapat kemudahan perhubungan melalui perlabuhan seperti

bandar Kuala Lumpur, Johor Baharu mahupun Georgetown dan

Butterworth di Pulau Pinang. Perlabuhan Lumut yang terletak

kira-kira 100 km dari bandar Ipoh menimbulkan kesukaran bagi

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

6Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 7: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

pelabur-pelabur luar untuk berurusan dengan pelabur tempatan

bagi urusan perdagangan. Secara tidak langsung ia sukar menjana

perkembangan sektor perindustrian dan perdagangan bagi

memantapkan lagi ekonomi negeri Perak.

iii. Ketidakselarasan Dasar Pembangunan

Dasar pembangunan yang dicadangkan oleh kerajaan negeri tidak

selaras dengan dasar pembangunan yang telah direncanakan oleh

kerajaan Persekutuan bagi memajukan Negeri Perak sebagai

Koridor Tengah. Ini berlaku kerana kerajaan negeri tidak jelas

dengan arah tuju sesebuah pembangunan dan perlaksanaannya.

Selain itu, dasar-dasar yang dicadangkan oleh kerajaan negeri juga

tidak dapat menonjolkan kedayamampuan untuk mencapai

sasaran.

iv. Suntikan Projek Mega Dari Peringkat Nasional

Melalui dasar kerajaan Persekutuan untuk memajukan Wilayah

Pembangunan Utara, pembangunan projek-projek mega yang

bersempadanan dengan negeri Perak iaitu di Lembah Kelang,

Pulau Pinang dan Kedah secara tidak langsung telah menyebabkan

terpinggirnya rancangan untuk melaksanakan pelan pembangunan

bagi negeri ini.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

7Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 8: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

v. Anjakan minda

Kengkangan dalam menyampaikan idea-idea baru bagi sesuatu

rancangan pembangunan menyebabkan tiadanya anjakan

paradigma dalam perlaksanaannya. Hal ini secara tidak langsung

memberi impak negatif terhadap tren pembangunan semasa

kerana tidak mampu bersaing dengan kemajuan teknologi bandar-

bandar di sekelilingnya.

5.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN

Wawasan Pembangunan

* Wawasan Pembangunan Negeri Perak.

Wawasan pembangunan yang dicadangkan untuk RSIP

ialah “BANDAR SEJAHTERA”. Wawasan tersebut disokong

oleh empat teras utama iaitu kosmopolitan, hijau, dinamik

dan cekap.

* Wawasan Pembangunan Kawasan Kajian.

• “Meningkatkan penyertaan penduduk setempat dalam sektor pelancongan melalui peningkatan skala dan kecemerlangan industri kraftangan dan pertanian setempat (in situ)

•• menjadikan Bandar Baru Meru Raya sebagai kawasan pembangunan yang

progresif dan berdaya maju berteraskan fungsi perkhidmatan, perdagangan dan pengangkutan serta menjadikan kawasan kajian sebagai Pusat Tempatan Utama peringkat wilayah”

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

8Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 9: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

5.1 Matlamat

“MENYEDIAKAN PELAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

FIZIKAL KAWASAN BANDAR BARU MERU RAYA, YANG

MENEKANKAN ASPEK PEMBANGUNAN SECARA

BERSEPADU, MAMPAN, SERTA BERDAYA MAJU SELARAS

DENGAN WAWASAN PEMBANGUNAN NEGERI PERAK”

dengan mempertingkatkan kehidupan yang berkualiti disamping

memperkukuhkan kualiti alam persekitaran.’

5.2 Objektif

5.3 Meningkatkan jaringan perhubungan antara Lapangan Terbang Alor Setar ke Kuala Nerang

5.4 Meningkatkan jaringan perhubungan antara Kuala Nerang ke Tasik Pedu 5.5 Mewujudkan aktiviti-aktiviti tasik yang memenuhi standard pelancong luar negara

yang tinggi. Antaranya seperti luncur air, memancing dan bersampan 5.6 Mengendalikan acara tempatan atau serantau seperti perlumbaan bot, pertunjukan

atau kejohanan luncur air dan lain-lain 5.7 Menarik minat muzium atau pameran utama, khusus untuk keluarga dan kanak-

kanak. Sebagai contoh, pameran “Ripley’s Believe it or Not” 5.8 Memperkenalkan beberapa aktiviti keluarga seperti belon udara panas dan taman

tema air 5.9 Mewujudkan kem percutian untuk kanak-kanak 5.10Mewujudkan pusat pembelajaran interaktif /eksplorasi seperti pusat angkasa dan

pusat sains 5.11Mewujudkan beberapa padang golf di kawasan sekitar

i. Menjadikan Meru Raya sebagai kawasan pusat bandar baru.

ii. Mencapai perseimbangan pembangunan diantara pusat

petempatan dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh, selaras

dengan Hierarki Bandar.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

9Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 10: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

iii. Mewujudkan kawasan petempatan yang terancang dan

bersepadu yang dapat menampung limpahan pembangunan

dari Bandar Ipoh dari segi kawasan perumahan,

perdagangan dan perindustrian.

iv. Membangunkan kawasan-kawasan perumahan pelbagai

jenis untuk semua golongan masyarakat yang dilengkapkan

dengan kemudahan awam bagi mempertingkatkan integrasi

sosial dan kualiti kehidupan.

v. Meningkatkan penyediaan infrastruktur dan utiliti bagi

menyokong pembangunan perbandaran, perindustrian dan

perumahan.

vi. Memperbaiki dan mempertingkatkan laluan dan aliran

lalulintas, rangkaian laluan pejalan kaki, tempat letak kereta,

dan kemudahan pengangkutan awam supaya lebih

menyeluruh dan bersepadu.

vii. Meningkatkan pembangunan kawasan-kawasan hijau dan

landskap bagi mengindahkan kawasan-kawasan bandar.

viii. Memelihara dan memulihara kawasan sensitif alam sekitar

bagi mewujudkan keseimbangan antara pembangunan dan

kawasan semulajadi.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

10Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 11: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

6.0 PENDEKATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada matlamat, tema, objektif, bidang dan skop kajian

cadangan pembangunan pelan induk Bandar Baru Meru Raya, Ipoh,

Perak adalah berikut:

6.1 PAKEJ 1: PERSPEKTIF MAKRO DAN PEMBANGUNAN

KAWASAN SEMPADAN

i. Rumusan –rumusan dasar peringkat makro

ii. Perancangan Strategik Pelan Spatial Negara dan Rancangan

Struktur Negeri

iii. Pembangunan kawasan sempadan

6.2 PERANCANGAN FIZIKAL

6.2.1 Gunatanah fizikal

a. Menganalisis corak, tren dan taburan jenis-jenis

gunatanah.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

11Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 12: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

b. Mengenalpasti masalah dan prospek berkaitan

gunatanah.

c. Mengkaji dan menganalisis topografi serta struktur

geologi untuk mengenalpasti kawasan yang mempunyai

halangan dan berpotensi untuk pembangunan.

d. Membuat unjuran keperluan gunatanah utama sehingga

tahun 2020.

e. Mengemukakan cadangan serta cara-cara mengatasi

masalah yang dikenalpasti dengan mengambilkira aspek

alam sekitar dan pembangunan mampan.

6.2.2 Perumahan

a. Mengkaji dan menganalisis taburan dan jenis

perumahan sediada.

b. Mengenalpasti dan menganalisis isu-isu,

permasalahan dan prospek berkaitan perumahan.

c. Membuat unjuran keperluan rumah mengikut

kategori iaitu kos rendah, kos sederhana dan kos

tinggi (unjuran kategori rumah berdasarkan unjuran

pendapatan penduduk).

d. Mengemukakan cadangan strategi bagi mengatasi isu

dan masalah yang dikenalpasti.

6.2.3 Perdagangan

a. Menganalisis jenis, trend dan corak aktiviti perdagangan

semasa.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

12Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 13: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

b. Menganalisis isu/masalah dan prospek perdagangan.

c. Mengkaji keperluan ruang untuk aktiviti perdagangan.

d. Mengemukakan cadangan strategi bagi mengatasi

isu/masalah yang dikenalpasti.

6.2.4 Perindustrian

a. Mengenalpasti isu/masalah dan prospek pembangunan

industri dikawasan kajian.

b. Mencadangkan cara-cara mengatasi dan lain-lain

cadangan penambahbaikkan kepada pembangunan

industri dengan mengambilkira aspek alam sekitar.

6.2.5 Kemudahan Masyarakat

a. Menganalisis penawaran kemudahan masyarakat

berdasarkan keperluan penduduk

b. Menyediakan inventori kemudahan masyarakat

sediada mengikut bilangan, taburan dan hierarki

petempatan.

c. Menganalisis isu/masalah berkaitan kemudahan

masyarakat.

d. Membuat unjuran keperluan kemudahan masyarakat

sehingga tahun 2020.

e. Mengemukakan cadangan bagi mengatasi

isu/masalah yang dikenalpasti.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

13Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 14: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

6.2.6 Alam Sekitar dan Landskap

a. Menganalisis kemudahan rekreasi sediada serta

mengenalpasti isu/masalah berkaitan landskap dan

rekreasi.

b. Mengemukakan cadangan bagi mempertingkatkan

kemudahan rekreasi dan keindahan pusat-pusat

petempatan dari segi landskap.

c. Mengemukakan cadangan hierarki kawasan

rekreasi/taman.

d. Menganalisis isu/masalah berkaitan kemudahan

masyarakat.

e. Membuat unjuran keperluan kemudahan masyarakat

sehingga tahun 2020.

f. Mengemukakan cadangan bagi mengatasi

isu/masalah yang dikenalpasti.

Rajah 2: Carta Aliran Pendekatan Penyediaan Kajian

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

14Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Penyediaan Asas Rujukan Cadangan Teknikal Cadangan Kewangan

Perlantikan Perunding

Pengumpulan Data

Analisis Maklumat Dan Unjuran

Page 15: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

LULUS

LULUS

LULUS

7.0 HASIL KAJIAN

Hasil utama kajian pembangunan Bandar Baru Meru Raya adalah

merupakan;

i. Pelan Cadangan.

ii. Pernyataan Bertulis.

7.1 Pelan Cadangan

Pelan cadangan adalah merupakan cadangan gunatanah terperinci

keseluruhan kawasan kajian yang menunjukkan taburan AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

15Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Penyediaan Laporan Teknikal Dan Pelan Konsep Pembangunan

Draf Awal Pelan Induk

Draf Akhir Pelan Induk

UPEN

MBI

Jabatan Perancang Negeri

Page 16: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

gunatanah utama. Ianya akan dijadikan sebagai asas panduan

berkaitan perancangan sesuatu pembangunan yang hendak

dijalankan. Selain daripada pelan cadangan, beberapa pelan lain

turut disediakan bagi menyokong pelan gunatanah cadangan

berkenaan seperti Pelan Pengezonan, Pelan Subjek dan Pelan Sisip.

Pelan-pelan ini akan menunjukkan dengan terperinci berkaitan

dengan subjek-subjek yang dikaji seperti berikut ;

i. Pelan Konsep Pembangunan

ii. Pelan Induk Susun Atur

7.2 Pernyataan Bertulis

Hasil kajian yang dijalankan akan dipersembahkan dalam bentuk

laporan-laporan tertentu yang akan disediakan oleh pasukan

kajian. Ianya akan disediakan dalam beberapa peringkat laporan

bagi melengkapkan kajian yang dijalankan. Antara laporan-laporan

lain yang disediakan bagi melengkap kajian ini adalah seperti

berikut;

i. Laporan Teknikal dan Anggaran Kos Kajian

ii. Laporan Kajian Feasibiliti

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

16Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 17: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

iii. Laporan Cadangan Pembangunan

Pernyataan bertulis ini akan menerangkan secara terperinci

berkaitan sesuatu cadangan dan ianya akan menyokong Pelan

Cadangan yang dikemukakan. Konsep dan strategi yang

digariskan turut terkandung dalam laporan-laporan yang

dikemukakan.

7.3 Penyerahan Laporan

Jadual 1: Jenis Laporan dan Tarikh Penyerahan.

BIL JENIS LAPORAN TARIKH

1.Laporan Teknikal dan Anggaran

Kos Kajian (Individu)• 4hb Ogos 2007

2.Laporan Kajian Feasibiliti

(Kumpulan)• 25hb Ogos 2007

3.Pelan Konsep Pembangunan

(Individu)

• 1hb September

2007

4.Pelan Induk Susun Atur

(Individu)

• 22hb September

2007

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

17Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 18: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

5.Laporan Cadangan Pembangunan

(Individu)

• 29hb September

2007

8.0 ORGANISASI KAJIAN

8.1 Pasukan Kajian

Pasukan Kajian adalah terdiri daripada pasukan Teras, Pihak

Berkuasa Perancang Tempatan, UPEN Perak, dan Pasukan Kajian.

8.1.1 Pasukan Teras

Pasukan Teras terdiri daripada pegawai/kakitangan, UPEN

Perak, Bahagian Rancangan Pembangunan, JPBD Negeri

Perak, Majlis Bandaraya Ipoh dan diketuai oleh Pengurus

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

18Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 19: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

Projek. Tugas-tugas dan tanggungjawab pasukan teras

adalah :-

i. Menyelaras pengurusan kajian;

ii. Membuat kajian lapangan untuk penyediaan

data/maklumat asas guna tanah;

iii. Mengawas, menyelia dan memberi nasihat teknikal

kepada perunding;

iv. Menyelaras pengumpulan maklumat dan data;

v. Menyemak laporan-laporan;

vi. Menentukan supaya kajian berjalan lancar dan

perkara-perkara penting dikaji serta diberi penekanan

dan tindakan segera;

vii. Persiapan untuk cetakan laporan Draf (Akhir)Pelan

Induk Laporan Cadangan Pembangunan Bandar Baru

Meru Raya, Ipoh, Perak.

8.1.2 UPEN PERAK

Tugas-tugas dan tanggungjawab UPEN Perak adalah :-

i. Selaku penghubung di antara Kerajaan Negeri, Pihak

Berkuasa Perancang Tempatan dan agensi-agensi

kerajaan dengan Pasukan Teras dan pihak perunding;

ii. Menyemak bersama-sama Pasukan Teras dan Pihak

Berkuasa Tempatan, laporan-laporan agar menepati

keperluan asas rujukan dan mencapai kualiti yang

ditetapkan;

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

19Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 20: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

iii. Mengurus proses membawa Draf Pelan Induk

Laporan Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru

Raya, Ipoh, Perak untuk kelulusan Majlis

Perancangan Fizikal Negara setelah diperakukan oleh

Jawatankuasa Perancang Negeri Perak.

8.1.3 Pegawai Perancang MBI

Tugas-tugas dan tanggungjawab Pegawai Perancang MBI

adalah :-

i. Menyemak bersama Pasukan Teras dan Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak, laporan-

laporan agar menepati keperluan asas rujukan dan

mencapai kualiti yang ditetapkan;

ii. Membantu Pasukan Teras dan Perunding dalam

penyediaan data/maklumat asas;

iii. Membantu memberi nasihat teknikal kepada perunding;

dan

iv. Mengurus dan mengemukakan laporan-laporan untuk

pembentangan di Mesyuarat peringkat Pihak Berkuasa

Tempatan.

8.1.4 Pasukan Kajian

Pasukan kajian ini terdiri daripada kalangan mereka yang

profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang

berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan. Bidang tugas

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

20Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 21: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

dan pengkhususan masing-masing dapat diperincikan

seperti jadual disebelah ;

Jadual 2 : Pasukan Kajian

PAKEJ PENGKHUSUSAN NAMAPAKEJ PERSPEKTIF

MAKRO DAN PEMBANGUNAN

SEMPADAN

Pengurus Projek/ Jururancang Bandar

En. Anas Bin Dolah

PAKEJ PERANCANGAN FIZIKAL

Jururancang GunatanahEn. Muhamad

Hisham Bin Hashim

Jururancang PerumahanPn. Noor Azila Binti

Ramli En. Jururancang Kemudahan

MasyarakatPuan Norshahila Binti

MohyidinArkitek Landskap En. Amir Bin Zakaria

PAKEJ ASAS EKONOMI Jururancang Cik Shafa Marzidah

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

21Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 22: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

Perniagaan/Perindustrian Binti Abdullah Ayeop

PAKEJ KEJURUTERAAN

Jurutera Infrastruktur Dan Utiliti

En. Nahirul Nazeli Bin Ismail

Jururancang Pengangkutan

Mohd Nizam Bin Zainal

PAKEJ KEWANGAN DAN PERLAKSANAAN

Juruanalisa Kewangan dan Perlaksanaan Projek

Cik Rohana Binti Mohamed Kassim

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

22Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 23: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

Jadual 3:

PROGRAM KERJAKAJIAN CADANGAN PEMBANGUNAN BANDAR BARU MERU RAYA, IPOH,

PERAK DARUL RIDZUAN.

PERKARA MINGGU

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Asas Rujukan

Laporan Teknikal dan Cadangan Kewangan

Laporan Awalan

Pengumpulan Data

Lawatan Tapak

Laporan Teknikal (Analisis dan Penemuan)

Laporan Strategi Pembangunan

Laporan Cadangan Pelan Induk

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah 23Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 24: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

9.0 PROGRAM KERJA

Kajian ini dijangka akan mengambil masa selama 14 minggu dan dimulakan

pada 7 Julai 2007. Program kerja seperti dilampiran sebelumnya

menunjukkan peringkat kerja dan had masa yang diperuntukan bagi

menyiapkan kajian.

10.0ANGGARAN KOS KAJIAN

10.1 Anggaran Kos Kajian

Bagi menjalankan kajian ini, anggaran kos kajian adalah berjumlah

RM 800,000.00. Anggaran kos kajian ini terbahagi kepada dua

komponen utama, iaitu:-

i. Anggaran perbelanjaan perunding; dan

ii. Anggaran perbelanjaan pengurusan.

10.2 Bayaran Kemajuan Perunding

Pembayaran kepada perunding melibatkan bayaran khidmat

kepakaran perunding mengikut man-month, khidmat sokongan

perunding, imbuhan balik perunding, kaji selidik dan kajian lapangan

(termasuk 5% cukai perkhidmatan). Anggaran kos perbelanjaan

perunding adalah sebanyak RM 500,000.00. Pembayaran yuran

perunding adalah secara berperingkat dan berdasarkan kemajuan

kajian seperti berikut:-

i. Laporan Teknikal dan Anggaran Kos Kajian - 20%

ii. Laporan Kajian Feasibiliti - 30%

iii. Pelan Konsep Pembangunan - 10%

iv. Pelan Induk Susun Atur - 25%

v. Laporan Cadangan Pembangunan - 15%

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

24Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 25: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

Bayaran yuran perunding akan dibuat setelah laporan diterima dan

diperakui oleh Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal. Bagaimanapun,

sebanyak 10% daripada setiap peringkat pembayaran yuran perunding

akan ditangguhkan sehingga semua pindaan laporan (jika ada, hasil

dari perbincangan dan mesyuarat) telah dibuat dan diterima oleh

Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal.

Jumlah sebenar `man-month’ khidmat perunding adalah bergantung

kepada keputusan perundingan pelantikan perunding dan cadangan

perincian `man-month’ mengikut kepakaran masing-masing.

10.3 Anggaran Perbelanjaan Pengurusan

Angaran perbelanjaan pengurusan Pasukan Teras melibatkan tuntutan

perjalanan, penyediaan bahan publisiti termasuk menjalankan sesi

Perbincangan Kumpulan Sasaran, sesi verifikasi data/maklumat,

percetakan laporan, pembelian alat tulis, dan sebagainya. Perbelanjaan

pengurusan adalah dianggarkan sebanyak RM 300,000.00.

Kos kajian adalah terdiri daripada komponen-komponen seperti jadual

3 di bawah ;

Jadual 4 : Anggran Perbelanjaan PengurusanBIL BUTIRAN KOS (RM)

1 Bayaran Khidmat Pakarunding 500,000.002 Kos Imbuhan Balik 100,000.003 Kaji Selidik dan Pengumpulan Data 30,000.004 Percetakan Laporan 75,000.005 Kos-Kos Tidak Dijangka 25,000.006 Pengurusan Pasukan Kajian 70,000.00

JUMLAH 800,000.00

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

25Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara

Page 26: 4027482-TOR-ann

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

11.0 KESIMPULAN

Penyediaan Asas Rujukan ini adalah diharapkan dapat memberikan

gambaran juga hala tuju kajian yang akan dilaksanakan. Selain itu, ia juga

dapat menjadi panduan dalam menggerakan pasukan kajian agar berada di

landasan yang betul semasa menjalankan kajian Cadangan Pembangunan

Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

26Fakulti Senibina, Perancangan dan UkurUniversiti Teknologi Mara