4. protokol temu bual

Upload: fong-yek-shian

Post on 06-Mar-2016

270 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

YO

TRANSCRIPT

LAMPIRAN C

TB01

Tarikh: 26 Mei 2015 PROTOKOL TEMU BUALTajuk : ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT HAJI ABDUL RAHIM BAKERYObjektif :I . Mengkaji campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery untuk mencapai matlamat perniagaan. II. Mentaktif elemen campuran produk dari segi atribut, penjenamaan dan lini produk bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

III. Menentukan kaedah penetapan harga berdasarkan kos melalui kaedah Titik Pulang Modal (TPM) dan harga berasakan nilai bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

IV. Menganalisis strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan dan perhubungan awam yang dijalankan syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

Soalan:1. Nama syarikat ini adalah diinspirasikan oleh siapa?2. Syarikat ini mempunyai berapa cawangan?3. Bilakah syarikat ini mula ditubuhkan?4. Dimanakah lokasi pertama syarikat ini bertapak?5. Apakah objektif penubuhan syarikat ini?6. Bolehkan jelaskan kepada saya visi dan misi syarikat ini?7. Apakah yang menjadi pendorong kepada syarikat ini untuk terus berkembang?8. Bagaimanakah cara campuran pemasarn diterapkan dalam syarikat ini?

TB02

Tarikh: 01 Jun 2015PROTOKOL TEMU BUALTajuk : ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT HAJI ABDUL RAHIM BAKERYObjektif :I . Mengkaji campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery untuk mencapai matlamat perniagaan.

Soalan:1. Apakah prinsip campuran pemasaran yang dipenuhi oleh syarikat ini?2. Bagaimanakah campuran pemasaran membantu melicinkan pengurusan syarikat?3. Adakah campuran pemasaran yang diamalkan membantu mencapai matlamat yang ditetapkan oleh syarikat?4. Bagaimanakah perlaksanaan campuran pemasaran dipantau untuk sesuatu tempoh?

TB03

Tarikh: 04 Jun 2015PROTOKOL TEMU BUALTajuk : ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT HAJI ABDUL RAHIM BAKERYObjektif :II. Mentaktif elemen campuran produk dari segi atribut, penjenamaan dan lini produk bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

Soalan:1. Bagaimanakah syarikat ini mengekalkan mutu produk yang dikeluarkan?2. Bagaimanakah syarikat ini menentukan ciri yang ingin ditonjolkan bagi produk yang dikeluarkan?3. Siapakah yang berperanan dalam menenentukan reka bentuk sesuatu priduk sebelum ia dikeluarkan?4. Apakah antara objektif utama penubuhan syarikat ini?5. Bagaimanakah proses pemilihan bahan pembungkusan produk dipilih?6. Apakah antara elemen yang diambil berat dalam proses pembungkusan produk?7. Bagaimanakah syarikat ini memastikan jenama yang diwarisi terus kekal?8. Apakah yang ditekankan dalam pelabelan produk siap yang dikeluarkan oleh syarikat ini?9. Bagaimanakah tarikh luput bagi produk yang dikeluarkan ditetapkan?10. Bagaimanakah pengredan sesuatu produk yang dikelurkan ditentukan?11. Bagaimanakah syarikat memastikan keseragaman dalam produk yang dihasilkan?12. Adakah syarikat ini melakukan pemodenan dalam menghasilkan produk? 13. Apakah usaha syarikat ini untuk mengetengahkan ciri produk dalam konsep lini produk?14. Berapa orang yang bekerja dibawah syarikat ini?15. Bagaimanakah cara syarikat ini memastikan semua pekerja dapat menghasilkan produk yang menepati piawaian yang ditetapkan oleh syarikat?TB04

Tarikh: 07 Jun 2015PROTOKOL TEMU BUALTajuk : ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT HAJI ABDUL RAHIM BAKERYObjektif :III. Menentukan kaedah penetapan harga berdasarkan kos melalui kaedah Titik Pulang Modal (TPM) dan harga berasakan nilai bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

Soalan:1. Apakah kaedah yang digunakan oleh syarikat ini dalam menentukan harga sesuatu produk itu?2. Jika produk itu ditempah mengikut citarasa pelanggan bagaimanakah harga produk itu ditentukan?3. Adakah syarikat ini bergantung kepada harga pesaing dalam menentukanharga produk yang sama dengan pesaing?4. Bagaimankah syarikat memastikan kos yang minimum dalam mengeluarkan produk yang berkualiti?5. Melalui pemerhatian saya, saya mendapati bahawa syarikat ini meletakkan harga yang berbeza bagi produk yang sama di lokasi yang berbeza.Apakah faktor yang menyebabkan jurang harga berlaku bagi produk yang sama di cawagan yang berbeza6. Bagaimanakah syarikat ini memastikan semua produknya terutama bagi yang kurang laris untuk mencapai titik pulang modal dan mengelakkan kerugian?7. Bagaimana syarikat ini menguruskan penetapan harga bagi produk yang dipasarkan di cawangan-cawangan yang baru dibuka?

TB05

Tarikh: 09 Julai 2015PROTOKOL TEMU BUALTajuk : ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT HAJI ABDUL RAHIM BAKERYObjektif :IV. Menganalisis strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan dan perhubungan awam yang dijalankan syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

Soalan:1. Apakah antara kaedah yang digunakan oleh syarikat ini untuk memasarkan produk yang dikeluarkan?2. Apakah antara kaedah-kaedah yang digunakan paling berkesan untuk melariskan produk yang dipasarkan?3. Bagaimanakah syarikat ini menjalankan aktiviti pengiklanan?4. Adakah promosi jualan yang diadakan berjaya menarik ramai pelanggan?5. Adakah promosi dijalankan oleh syarikat ini sepanjang masa atau mengikut musim?6. Bilakah syarikat akan mengemaskini maklumat dalam laman rasmi?7. Adakah promosi dijalankan seragam oleh semua cawangan atau mengikut lokasi yang terpilih sahaja?