4 oktober - disember harga - sosialisalternatif.org · langkah ini penting diketa-hui dan difahami...

12
ISU KE - 4 OKTOBER - DISEMBER HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3 Kesatuan sekerja adalah satu- satunya pertubuhan untuk mewakili hak dan kebajikan warga pekerja. Ia berupaya menyatukan pekerja tanpa mengira kaum, agama, jan- tina, budaya, dan asal usul negara dengan satu matla- mat yang sama, iaitu untuk meningkatkan keperluan dan mempertahankan hak peker- ja. Fungsi kesatuan untuk memastikan tindakan kolektif pekerja dalam membawa tun- tutan dan hasrat mereka ke- pada majikan di tempat kerja. Kekuatan kesatuan bergan- tung kepada keahlian dan sokongan pekerja, dan juga kepimpinan kesatuan yang telus dan ikhlas dalam mem- perjuangkan hak pekerja. Selain merekrut pekerja tem- patan, kesatuan juga harus mengatur langkah untuk merekrut pekerja-pekerja as- ing untuk melawan taktik upah murah dan ‘pecah dan perintah’ majikan. Ini perlu untuk meningkatkan hak dan kebajikan pekerja asing, dan juga memastikan pekerja as- ing tidak dipergunakan seba- gai kuda tunggangan untuk menghakis hak pekerja tem- patan. Pekerja akan menyokong ke- satuan jika kesatuan mampu memberikan manfaat kepada hak dan kebajikan mereka. Pemimpin kesatuan harus se- lalu berbincang dengan ahli dan mendengar pandangan mereka tentang isu-isu peker- jaan dan mengatur langkah- langkah penyelesaian untuk memastikan kesatuan berop- erasi berlandaskan prinsip demokrasi. Manakala, kep- impinan kesatuan kebang- saan pula harus selalu ‘turun padang’ berjumpa dengan cawangan dan ahli-ahli kesat- uan serta harus peka kepada tuntutan dan hak pekerja. Pada masa yang sama, jika kepimpinan kesatuan mengi- kut desakan majikan atau sanggup membelakangkan kesatuan untuk kepentingan peribadi, ahli-ahli kesatuan harus berhak untuk meman- ggil mesyuarat tergempar un- tuk menukar kepimpinan. Kesatuan sekerja yang bi- asanya berlandaskan kepada ciri-ciri pekerjaan tertentu perlu diperkuatkan melalui tindakan-tindakan bersama di antara pekerja kilang- kilang atau syarikat-syarikat di bawah naungannya atau bersama kesatuan-kesatuan di sektor pekerjaan yang lain untuk memperkuatkan soli- dariti serta mempertahankan hak dan kebajikan bersama. Hubungan dengan pekerja atau kesatuan di rantau Asia Tenggara atau secara antara- bangsa juga harus dijalinkan, bukan hanya untuk perbin- cangan isu-isu pekerja sahaja, tetapi juga dalam mengatur tindakan-tindakan solidariti untuk perjuangan-perjuan- gan pekerja. Hubungan anta- rabangsa di antara kesatuan juga boleh digunakan untuk mengorganisasikan pekerja asing. Selain membawa isu-isu pekerjaan di tempat kerja sep- erti kenaikan gaji, keselama- tan kerja dan manfaat-man- faat pekerjaan lain, kesatuan juga perlu mengatur langkah dalam isu-isu undang-undang, sosio-ekonomi serta keputu- san politik yang secara lang- sung atau tidak langsung akan mempengaruhi kehidupan warga pekerja dan keluarga mereka. Misalnya, kenaikan harga barangan asas, pengu- rangan subsidi, harga rumah tidak mampu milik, GST (cu- kai barangan dan perkhidma- tan) dan lain-lain yang akan mempengaruhi taraf kehidu- pan warga pekerja. Di Malaysia saat ini, lebih 90 peratus pekerja tidak ada ke- satuan. Manakala kesatuan lemah disebabkan kepimpi- nan kesatuan yang tidak memihak kepada keperluan dan hak pekerja. Untuk mem- perkuatkan kesatuan sekerja di negara ini, satu kepimpi- nan kesatuan yang sanggup berjuang untuk kelas pekerja dengan perspektif dan strate- gi yang jelas untuk mem- perkuatkan kesatuan perlu dibina. BERSATU KITA TEGUH, BER- CERAI KITA ROBOH. Kesatuan Sekerja Yang Kuat Perlu Untuk Mem- perjuangkan Hak Pekerja Ravi

Upload: nguyenkiet

Post on 02-May-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4 OKTOBER - DISEMBER HARGA - sosialisalternatif.org · Langkah ini penting diketa-hui dan difahami oleh semua pekerja untuk merancang gerakan dan tindakan jika mereka menghadapi masalah

ISU KE - 4 OKTOBER - DISEMBER HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

Kesatuan sekerja adalah satu-satunya pertubuhan untuk mewakili hak dan kebajikan warga pekerja. Ia berupaya menyatukan pekerja tanpa mengira kaum, agama, jan-tina, budaya, dan asal usul negara dengan satu matla-mat yang sama, iaitu untuk meningkatkan keperluan dan mempertahankan hak peker-ja. Fungsi kesatuan untuk memastikan tindakan kolektif pekerja dalam membawa tun-tutan dan hasrat mereka ke-pada majikan di tempat kerja. Kekuatan kesatuan bergan-tung kepada keahlian dan sokongan pekerja, dan juga kepimpinan kesatuan yang telus dan ikhlas dalam mem-perjuangkan hak pekerja. Selain merekrut pekerja tem-patan, kesatuan juga harus mengatur langkah untuk merekrut pekerja-pekerja as-

ing untuk melawan taktik upah murah dan ‘pecah dan perintah’ majikan. Ini perlu untuk meningkatkan hak dan kebajikan pekerja asing, dan juga memastikan pekerja as-ing tidak dipergunakan seba-gai kuda tunggangan untuk menghakis hak pekerja tem-patan. Pekerja akan menyokong ke-satuan jika kesatuan mampu memberikan manfaat kepada hak dan kebajikan mereka. Pemimpin kesatuan harus se-lalu berbincang dengan ahli dan mendengar pandangan mereka tentang isu-isu peker-jaan dan mengatur langkah-langkah penyelesaian untuk memastikan kesatuan berop-erasi berlandaskan prinsip demokrasi. Manakala, kep-impinan kesatuan kebang-saan pula harus selalu ‘turun padang’ berjumpa dengan

cawangan dan ahli-ahli kesat-uan serta harus peka kepada tuntutan dan hak pekerja. Pada masa yang sama, jika kepimpinan kesatuan mengi-kut desakan majikan atau sanggup membelakangkan kesatuan untuk kepentingan peribadi, ahli-ahli kesatuan harus berhak untuk meman-ggil mesyuarat tergempar un-tuk menukar kepimpinan.Kesatuan sekerja yang bi-asanya berlandaskan kepada ciri-ciri pekerjaan tertentu perlu diperkuatkan melalui tindakan-tindakan bersama di antara pekerja kilang-kilang atau syarikat-syarikat di bawah naungannya atau bersama kesatuan-kesatuan di sektor pekerjaan yang lain untuk memperkuatkan soli-dariti serta mempertahankan hak dan kebajikan bersama. Hubungan dengan pekerja

atau kesatuan di rantau Asia Tenggara atau secara antara-bangsa juga harus dijalinkan, bukan hanya untuk perbin-cangan isu-isu pekerja sahaja, tetapi juga dalam mengatur tindakan-tindakan solidariti untuk perjuangan-perjuan-gan pekerja. Hubungan anta-rabangsa di antara kesatuan juga boleh digunakan untuk mengorganisasikan pekerja asing. Selain membawa isu-isu pekerjaan di tempat kerja sep-erti kenaikan gaji, keselama-tan kerja dan manfaat-man-faat pekerjaan lain, kesatuan juga perlu mengatur langkah dalam isu-isu undang-undang, sosio-ekonomi serta keputu-san politik yang secara lang-sung atau tidak langsung akan mempengaruhi kehidupan warga pekerja dan keluarga mereka. Misalnya, kenaikan

harga barangan asas, pengu-rangan subsidi, harga rumah tidak mampu milik, GST (cu-kai barangan dan perkhidma-tan) dan lain-lain yang akan mempengaruhi taraf kehidu-pan warga pekerja. Di Malaysia saat ini, lebih 90 peratus pekerja tidak ada ke-satuan. Manakala kesatuan lemah disebabkan kepimpi-nan kesatuan yang tidak memihak kepada keperluan dan hak pekerja. Untuk mem-perkuatkan kesatuan sekerja di negara ini, satu kepimpi-nan kesatuan yang sanggup berjuang untuk kelas pekerja dengan perspektif dan strate-gi yang jelas untuk mem-perkuatkan kesatuan perlu dibina.

BERSATU KITA TEGUH, BER-CERAI KITA ROBOH.

Kesatuan Sekerja Yang Kuat Perlu Untuk Mem-perjuangkan Hak Pekerja

Ravi

Page 2: 4 OKTOBER - DISEMBER HARGA - sosialisalternatif.org · Langkah ini penting diketa-hui dan difahami oleh semua pekerja untuk merancang gerakan dan tindakan jika mereka menghadapi masalah

2 BERITA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -4 OKTOBER - DISEMBER 2013

Salam solidariti kepada pem-baca Solidariti Pekerja dan terima kasih atas sokongan saudara dan saudari. Seperti yang kita maklum, sudah leb-ih enam bulan berlalu selepas pilihan raya umum ke 13, dan kini kita akan melangkah ke tahun 2014, tetapi masih tia-da banyak perubahan dalam kehidupan warga pekerja. Pekerja seperti biasa terpaksa bertungkus-lumus saban hari di kilang, ladang, dan di tempat kerja yang lain un-tuk meneruskan kehidupan

mereka. Tetapi, hakikatnya beban rakyat terutama warga pekerja semakin hari semakin meningkat bukan hanya dis-ebabkan oleh tekanan kerja yang semakin meningkat tetapi juga tekanan sosial dan ekonomi ak`ibat polisi-polisi kerajaan yang lebih memihak kepada golongan kapitalis (pemodal). Misalnya, harga petrol ditingkatkan dengan alasan mengurangkan beban kerajaan dalam menanggung subsidi. Manakala harga ba-rangan asas, rumah kedia-

man, pengangkutan semakin hari semakin meningkat dan menekan rakyat. Cukai Perkh-idmatan dan Barangan (GST) yang akan dilaksanakan akan lebih membebankan kelas pekerja. Solidariti Pekerja menganalisa isu-isu pekerja untuk memberikan gambaran tentang polisi dan undang-undang yang senantiasa me-nyebelahi golongan pemodal dan meranapkan harapan pekerja untuk satu kehidu-pan yang lebih baik, pada hal warga pekerjalah yang men-

janakan keuntungan kepada majikan dan menjadi tulang belakang pembangunan ne-gara. Tetapi, seperti ‘kacang melupakan kulit’, warga pekerja terus diabaikan, dan golongan kapitalis terus didukung. Solidariti Pekerja akan terus berkempen untuk pembinaan kesatuan sekerja yang kuat yang berpaksikan kepada hasrat pekerja untuk memperjuangkan pening-katan taraf hidup pekerja di negara ini. Pembinaan parti politik yang berlandaskan ke-

pada kelas pekerja dan rakyat biasa juga perlu ke arah mem-bentuk kerajaan yang mem-pelopor agenda dan polisi untuk kepentingan ekonomi dan sosial kelas pekerja dan rakyat biasa. Solidariti Pekerja akan terus menyokong dalam pembinaan kesatuan sekerja dan juga politik kelas pekerja untuk merealisasikan harapan pekerja.

Mesej Dari Pengarang

Perdana Menteri, Najib Razak telah membentangkan bajet tahun 2014 pada 25 Oktober, yang merupakan bajet pertama selepas Pilihan Raya Umum ke -13. Fokus utama bajet tersebut adalah pengumuman Cukai Ba-rangan dan Perkhidmatan (GST) yang dirancang untuk dilaksana-kan pada 1 April 2015 dengan kadar 6%. Walaupun kerajaan mengatakan bahawa GST tidak akan dilaksanakan kepada be-berapa barangan dan perkhid-matan, tetapi pelaksanaan se-cara umum untuk kebanyakan barangan dan perkhidmatan sekaligus pasti akan meningkat-kan kos hidup rakyat. Selain itu, dalam bajet ini sub-sidi untuk gula telah dihapus-kan, dan harga gula dinaikkan sebanyak 34 sen dengan alasan mengurangkan penggunaan gula bagi membendung penyak-it kencing manis yang semakin meningkat. Tindakan kerajaan tersebut turut akan menaikkan harga barangan yang meng-gunakan gula, dan seterusnya membebankan rakyat. Dan ini juga akan terus memberikan habuan besar kepada keuntun-gan syarikat-syarikat pengeluar gula negara yang semakin hari makin kaya. Sedangkan syarikat-syarikat kapitalis (pemodal) yang mengeluarkan produk minuman dan makanan yang menggunakan tahap gula yang

memudaratkan kesihatan sep-erti Coca-Cola, Pepsi dan lain-lain yang juga merupakan fak-tor utama yang menyumbang kepada penyakit kencing manis langsung tidak diambil tindakan oleh kerajaan. Mereka akan ter-us dibenarkan untuk mengaut keuntungan besar.Pada masa kini hutang isi rumah berlandaskan kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) adalah 83% berbanding hanya 39% ketika Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Ini bermakna kebanyakan rakyat terutama ke-las pekerja dan kelas menengah dibebankan dengan berbagai-bagai hutang seperti pinjaman rumah, pinjaman kereta, kad kredit, pinja-man peribadi dan sebagainya. Ini tidak termas-uk lagi hutang dengan ‘along’ dan sebagainya. Ini menunjuk-kan kos hidup rakyat semakin m e n i n g k a t , tetapi pendapa-tan isi rumah tidak meningkat setara dengan p e n i n g k a t a n kos hidup. Den-gan itu, pen-dapatan boleh

guna untuk isi rumah bagi perb-elanjaan harian semakin menu-run, dan menyebabkan mereka tiada cara lain selain berhutang. Pelaksanaan GST akan terus membebankan rakyat yang tel-ah dibebankan dengan hutang dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang tidak terkawal .Seperti bajet-bajet sebelum ini, bajet ini juga tidak menekankan kepada kenaikan taraf hidup rakyat melalui peningkatan gaji setaraf dengan inflasi negara. Untuk kebanyakan pekerja teru-tama di sektor swasta, hampir tiada peningkatan gaji ataupun peningkatan yang amat kecil

yang tidak selaras atau adil den-gan keuntungan yang diperoleh oleh majikan. Apabila kerajaan lebih mementingkan keperluan kapitalis dari keperluan rakyat, ia tidak akan berupaya untuk mendesak majikan yang hanya berniat untuk memaksimum-kan keuntungan dari menin-gkatkan taraf hidup pekerja. Manakala Gaji Minimum yang diumumkan pada bajet lalu, ternyata penuh dengan tipu helah daripada pihak majikan, dan kerajaan pula memberikan kelonggaran kepada majikan dan tidak membuat pelaksanaan yang serius. Bantuan-bantuan seperti BR1M dan lain-lain yang

diberikan sekali, juga tidak da-pat menyumbang dalam pening-katan taraf hidup rakyat. Kerajaan menegaskan bahawa GST diperlukan untuk menam-bahkan pendapatan kerajaan memandangkan hutang negara berbanding dengan KDNK su-dahpun melebih 50%. Tetapi kerajaan tidak memikirkan ten-tang peningkatan hutang isi rumah yang semakin menekan rakyat. Warga pekerja dan Kes-atuan Sekerja perlu menentang pelaksanaan GST dan polisi-polisi lain yang akan terus mem-bebankan rakyat biasa termasuk kelas pekerja.

Bajet 2014: Rakyat dibebankan dengan cukai dan polisi yang memihak kepada pemodal Ravi

Page 3: 4 OKTOBER - DISEMBER HARGA - sosialisalternatif.org · Langkah ini penting diketa-hui dan difahami oleh semua pekerja untuk merancang gerakan dan tindakan jika mereka menghadapi masalah

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -4 OKTOBER - DISEMBER 2013 BERITA 3

Hari Raya Pekerja Atlas Nilai Ian

Banyak cara untuk menguku-hkan ikatan dan hubungan di antara sesama pekerja. Salah satunya adalah silaturahim dan jamuan kenduri, seperti yang di-lakukan oleh para pekerja kilang ais Atlas di Nilai, pada 28hb Ju-lai lalu. Dalam setahun terakhir, para pekerja Atlas Nilai telah se-cara konsisten berjuang menun-tut hak-hak mereka ke atas maji-kan. Beberapa kejayaan penting sudah diperoleh. Banyak juga pengalaman serta pelajaran yang mereka peroleh dalam proses itu. Untuk “merayakan” hasil perjuangan mereka kerana mampu bersatu menghadapi tekanan pihak majikan, maka diadakan satu majlis jamuan sempena Hari Raya Idul Fitri. Walaupun sebahagian pekerja bukan beragama Islam, tetapi itu bukan alasan untuk tidak

merayakan hari yang istimewa ini. Bagi pekerja Atlas, hari tersebut istimewa bukan kerana merayakan hari kemenangan bagi umat Muslim sahaja, tetapi juga semangat persaudaraan yang ditunjukkan oleh seluruh pekerja tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

Majlis yang dihadiri lebih 50 orang pekerja itu tu-rut disertai oleh pelajar dan anak muda dari Ga-bungan Pekerja dan Anak Muda (GAPAM) dari Nilai dan Kajang yang berkongsi pandangan tentang pen-galaman pekerja Atlas Nilai dan juga situasi pekerja di Malaysia saat ini. Majlis itu diadakan pada hari Ahad sebelah petang kerana se-bahagian besar pekerja me-mang bekerja seperti biasa dari pagi hingga petang. Walaupun lelah seharian bekerja mem-bawa lori menghantar ais ke pelbagai tempat, namun mere-ka sangat bersemangat untuk berkumpul kembali merayakan majlis itu.

Sebelum majlis dimulakan, pekerja berbincang tentang isu-isu kilang dan melakukan penilaian terhadap perjuangan mereka. Pelbagai isu dibangkit-kan, dan banyak pekerja menge-mukakan pandangan mereka. Beberapa perkara dipersetu-jui. Pekerja-pekerja yang masih baru diberi pemahaman dan

latar belakang perjuangan serta isu-isu di kilang. Proses perbin-cangan sebegini sangat baik untuk mendapatkan kata sepa-kat untuk isu-isu dalam kilang, dan menambahkan pemahaman setiap pekerja tentang perkara yang mereka bincangkan. Pal-ing penting sekali ialah, proses perbincangan tersebut memberi

ruang bagi pekerja untuk ber-suara menyampaikan masalah yang cukup lama tersimpan kerana budaya bisu yang su-dah lama berlangsung akibat tekanan yang dirasai di tempat kerja. Perbincangan semacam ini telah mula memecahkan bu-daya bisu di mana setiap pekerja tanpa mengira senioriti memiliki

hak yang sama untuk berbic-ara. Mereka juga menyusun strategi yang mesti diguna-kan jika kembali mendapat tekanan daripada majikan. Langkah ini penting diketa-hui dan difahami oleh semua pekerja untuk merancang gerakan dan tindakan jika mereka menghadapi masalah pada masa yang akan datang.

Selepas berbincang, majlis diteruskan dengan jamuan

makan yang tersedia berkat dari sumbangan ahli sendiri. Masa ini juga diselingi dengan hiburan berupa nyanyian lagu dan pembacaan puisi perjuan-gan pekerja dengan diiringi muzik oleh kugiran ahli GA-PAM Kajang. Nampak terserlah kegembiraan pekerja di mana

mereka secara bebas bernyanyi, menari, bergembira, dan ketawa bersama tanpa ada halangan. Acara semacam ini selain baik untuk membangun silaturahim dan solidariti, ia juga berkesan untuk melepaskan tekanan.

Banyak perkara positif yang boleh diperhatikan apabila pekerja mengorganisasikan aca-ra sebegini. Paling menggem-birakan adalah, pekerja Atlas sepenuhnya bergantung kepada sumbangan semua ahli tanpa bantuan dari syarikat tempat mereka bekerja atau mana-mana pihak untuk menjayakan majlis ini. Mereka faham pentingnya membangun sebuah organisasi untuk pekerja. Bahkan den-gan sumbangan kewangan ahli setiap bulan, mereka sudah boleh menyewa sebuah unit rumah kedai untuk dijadikan pejabat, tempat di mana majlis ini diadakan. Sebuah organisasi pekerja yang memperjuangkan hak pekerja hanya dapat dibina dengan sokongan dan solidariti pekerja, dan pekerja Atlas Nilai berhasrat untuk meneruskan matlamat tersebut.

Pada 19 September, di Bandaraya Kuching, Sarawak, telah ber-langsung satu demonstrasi bagi membantah kenaikan harga minyak jenis RON 95 dan diesel yang diumumkan kerajaan pada 3 September yang lalu. Kenai-kan ini berikutan sebahagian dari langkah-langkah kerajaan untuk mengurangkan subsidi bagi bahan bakar dalam cubaan meringankan beban hutang ne-gara yang telahpun mencecah 53% dari Keluaran Dalam Nega-ra Kasar (KDNK), iaitu petunjuk kadar pertumbuhan ekonomi negara.

Demonstrasi tersebut bermula pada sekitar jam 2 petang, di-hadiri kira-kira 50 orang yang terdiri dari golongan muda, pekerja, sehingga rakyat biasa

yang lain. Mereka berarak dari Kompleks Membeli-belah, Wis-ma Hopoh, menuju ke Padang Merdeka Kuching yang terletak dalam jarak lingkungan 1 kilom-eter. Demonstrasi ini turut dian-jur oleh sekumpulan anak muda yang merasakan terjejas dengan kesan kenaikan harga minyak. Ia telah diberi sokongan yang baik oleh orang-orang awam yang membunyikan hon kend-eraan mereka walaupun di tem-pat yang sama sedang diadakan persiapan untuk pentas konsert menyambut ulang tahun Syari-kat Bank RHB yang ke-100.

Salah satu aktiviti yang diada-kan adalah penerangan kepada orang ramai tentang mengapa bantahan seumpama ini diada-kan. Umum mengetahui bahawa

di Sarawak dan Sabah, gaji mini-mum adalah cuma sebanyak RM800. Namun begitu, dengan kenaikan harga minyak, perb-elanjaan untuk kos pengangku-tan sudah pasti akan semakin bertambah. Keadaan ini dibu-rukkan lagi dengan ketiadaan sistem pengangkutan awam yang cekap dan boleh diharap bagi menghubungkan tempat kerja dan rumah, di Sarawak serta seluruh negeri di Malay-sia. Tambahan pula, kos perb-elanjaan pen-gangkutan un-tuk penduduk luar bandar adalah mahal berbanding di bandar.

Kenaikan harga minyak bererti harga barang-barang keperluan lain juga pasti akan dinaikkan. Dengan keadaan ekonomi anta-rabangsa dan negara yang tidak menentu, warga pekerja, anak muda dan rakyat biasa yang lain terpaksa mengikat perut bagi sesuap nasi, manakala syarikat-syarikat besar yang melabur terus mendapat subsidi melalui pelepasan cukai keuntungan se-

lama bertahun-tahun. Ketirisan dalam perbelanjaan negara yang menyebabkan kerugian beratus juta setiap tahun, seperti yang terkandung dalam Laporan Au-dit Negara baru-baru ini men-unjukkan bahawa kepentingan rakyat biasa mendapat tempat yang terbawah sekali dengan penarikan subsidi minyak yang sekali gus menyebabkan harga minyak naik.

Minyak Naik: Taraf gaji rakyat biasa tidak setimpal! Erick

Demonstrasi kenaikkan harga minyak di Kuching, Sarawak...

Page 4: 4 OKTOBER - DISEMBER HARGA - sosialisalternatif.org · Langkah ini penting diketa-hui dan difahami oleh semua pekerja untuk merancang gerakan dan tindakan jika mereka menghadapi masalah

4 BERITA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -4 OKTOBER - DISEMBER 2013

September lalu, beberapa pekerja operator kilang meng-hadapi masalah apabila kilang tempat kerja mereka diumum-kan akan berpindah. Syarikat pengeluar fabrik mesin fax, I.S Industries Sdn. Bhd. DI Taman Medan Petaling Jaya telah men-gumumkan secara lisan bahawa kilang mereka akan ditutup dan dipindah ke kawasan Rawang yang berada di jarak kira-kira 40 kilometer dari tempat sekarang. Pengumuman lisan syarikat

itu telah menggemparkan ber-puluh-puluh pekerja yang ke-banyakkanya terdiri daripada pekerja wanita. Kebanyakkan pekerja kilang ini telah men-etap dan ramai sudah membina keluarga berhampiran tempat kerja. Pemindahan tempat kerja ini akan menambahkan masalah pengurusan keluarga disebab-kan oleh penyelenggaraan masa tambahan untuk berulang-alik dari tempat kerja. Masalah trafik dan pengurusan transportasi

juga akan menambahkan beban pekerja kilang itu.Walaupun majikan telah menye-diakan beberapa elaun tamba-han dan kenaikkan gaji, tetapi notis pemindahan dan butiran lengkap tidak dikemukakan kepada pekerja. Mengikut pen-gendalian yang betul seperti yang dilakarkan dalam Aakta Pekerjaan, majikan tidak berhak dengan sewenang-wenangnya memindahkan tempat kerja tan-pa persetujuan penuh pekerja

tersebut. Majikan hanya boleh berbuat demikian jika perkara itu dinyatakan den-gan jelas di kontrak pekerjaan. Jika maji-kan berhasrat untuk berpindah, adalah wajib bagi pihak pen-gurusan untuk mem-berikan satu notis rasmi dan senaraikan pampasan yang akan diberikan kepada pekerja yang enggan berpindah. Kontrak kerja baru perlu di-rundingkan dengan

pekerja yang sudi dan majikan tidak boleh memaksa pekerja yang tidak berhasrat untuk ber-pindah. Jika seseorang pekerja itu hilang pekerjaan disebabkan oleh pemindahan itu, majikan perlu memberikan pampasan pemberhentian kerja kepada setiap pekerja yang terlibat mengikut Akta Pekerjaan. Ke-belakangan ini, gejala pemin-dahan tempat kerja secara tidak sah oleh pihak majikan semakin berleluasa. Jika pekerja tidak peka, majikan akan mengambil kesempatan untuk mengaburi mata pekerja dan melepaskan diri daripada menunaikan pam-pasan yang sewajarnya. Terdapat beberapa kilang yang berjaya menipu pekerja untuk menan-datangani kontrak pekerjaan baru yang tidak adil dan melang-gari peraturan yang digariskan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Disebabkan itu, pekerja sepa-tutnya meneliti sesebuah do-kumen yang diberikan oleh majikan sebelum menandatan-ganinya. Pada masa yang sama, pekerja perlu menuntut notis rasmi bagi setiap pengumu-

man oleh majikan supaya da-pat mengambil tindakan den-gan cepat. Perkara yang paling mustahak, terutamanya kepada para pekerja yang tidak berke-satuan adalah untuk sentiasa berbincang dengan pekerja lain tentang masalah masing-masing dan cara-cara untuk menangani masalah tersebut. Pekerja tanpa berkesatuan juga boleh mewujudkan suatu jawa-tankuasa yang mewakili pekerja di tempat kerja masing-masing untuk membincangkan tinda-kan sebulat suara. Pihak majikan akan sentiasa cuba menekan pekerja sehinggalah pekerja itu berpecah dan lemah. Jika kes-emua pekerja di sesuatu tempat dapat bersatu menuntut hak mereka, maka kekuatan itu akan melindungi pekerja daripada penindasan yang tidak adil oleh pihak majikan. Penyatuan di kalangan pekerja dan penyusu-nan suatu struktur jawatankua-sa pekerja di kilang-kilang dan tempat kerja adalah penting un-tuk menuntut hak mereka.

Pemindahan Tempat Kerja atau Kilang : Apa-kah langkah yang betul? Yuva

Seramai 18 pekerja Kumpulan DRB Hicom di Pekan, Pahang yang dipecat oleh syarikat mere-ka telah berhimpun bersama ahli keluarga mereka di perkarangan pejabat Perdana Menteri bagi menyerahkan memorandum ke-pada Perdana Menteri, yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan pada September lalu.Seperti yang dilaporkan dalam Solidariti Pekerja Isu Ke-tiga, dua buah syarikat DRB-Hicom Pekan, iaitu Hicom Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd dan Isuzu Hicom Malaysia Sdn Bhd telah mengambil tinda-kan tatatertib terhadap 18 orang pekerja yang mengemukakan sebuah memorandum kepada setiap calon yang bertanding di kawasan Parlimen Pekan pada bulan Mei lalu. Tindakan pihak majikan itu telah melanggari hak asasi pekerja dan mencabuli

hak berpolitik mereka.“Kami dipecat hanya kerana menunaikan tuntutan Kon-gres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk menyerahkan Manifesto Tuntutan MTUC bagi pilihan raya ke-13 pada 3 Mei 2013 lalu di kawasan Parlimen Pekan kepada salah seorang wakil yang bakal bertanding,” kata seorang pekerja yang telah berkhidmat selama 23 tahun untuk syarikat itu. “Malah kami melakukannya di luar waktu kerja. Apakah ini salah?’, Ini adalah antara keluhan-keluhan mereka yang berkumpul untuk menuntut keadilan. Mereka ber-sama-sama dengan penyokong, rakan-rakan dan ahli keluarga telah menyeru kepada Perdana Menteri supaya menyelesaikan masalah ini dengan mengarah-kan syarikat tersebut mengambil pekerja-pekerja yang berkenaan

agar dapat bekerja semula dan menampung segala kerugian yang berlaku ke atas mereka.Selepas menyerahkan memo-randum di Pejabat Perdana Menteri, kumpulan itu telah berhimpun di perkarangan Wisma DRB-Hicom Gleanmarie yang juga meru-pakan ibu pejabat kumpulan DRB-Hicom.Berikutan dengan isu ini, seramai 52 badan bukan kerajaan, kes-atuan sekerja dan sebagainya telah melancarkan satu kempen bantahan terhadap Kumpu-lan DRB-Hicom di atas kehilan-gan kerja bagi 18 orang tersebut.

Mereka juga telah menyeru ke-pada Perdana Menteri Mohd Na-jib Abdul Razak, yang juga ahli Parlimen Pekan, untuk masuk campur terhadap hal ini dan

memastikan bahawa hak-hak mereka di kawasan pilihan raya, sebagai pekerja dan rakyat, tidak dicabul oleh majikan.

Pekerja Membantah Pemecatan Haram Yuva

Pekerja yang dipecat berhimpun di hadapan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya...

Page 5: 4 OKTOBER - DISEMBER HARGA - sosialisalternatif.org · Langkah ini penting diketa-hui dan difahami oleh semua pekerja untuk merancang gerakan dan tindakan jika mereka menghadapi masalah

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -4 OKTOBER - DISEMBER 2013 BERITA 5

Baru-baru ini sebuah akhbar di Nepal, Republica, telah mel-aporkan sejumlah lebih 600,000 pekerja negara itu ditindas dan dibayar upah yang sangat ren-dah di Malaysia. Laporan akhbar tersebut yang disiarkan oleh portal berita Malaysia Insider mendedahkan jumlah kematian pekerja Nepal di Malaysia ialah seramai 253 orang, menjadi-kan Malaysia sebagai destinasi paling berbahaya bagi pekerja negara tersebut untuk bekerja. Dinyatakan juga bahawa jumlah kes bunuh diri pekerja Nepal di Malaysia adalah tinggi. Kejadian terbaru yang mendapat liputan meluas pada September lalu, iaitu seorang pekerja Nepal ter-bunuh setelah terjun daripada atap bangunan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Hutang yang meningkat dan kekerasan yang dilakukan oleh penguat-kuasa terhadapnya sebagai pekerja tidak sah menjadi punca tindakan bunuh diri tersebut. Walaupun pekerja asing bekerja secara tidak sah di negara ini yang menyalahi undang-undang negara, tetapi kesalahan tidak mesti diletakkan sepenuhnya kepada mereka. Kebanyakan pekerja asing di negara ini ada-

lah mangsa keadaan. Banyak pihak yang telah mengambil ke-untungan dan ikut bertanggung jawab, baik di negara asal mahu-pun di negara tempat mereka bekerja. Menurut sebuah kaji-an, setiap seorang pekerja asing pernah ditipu paling kurang 16 kali semenjak mula perjalanan mereka dari kampung sehing-ga mereka sampai ke negara pilihan tempat mereka bekerja. Semenjak dari negara asal, mereka sudah terjebak den-gan sindiket yang memberi janji-janji ma-nis tentang pekerjaan dan k e h i d u p a n yang lebih baik di Malaysia. Namun ketika mereka sam-pai di negara ini, apa yang berlaku tidak selaras den-gan harapan yang diberi-kan. Pekerja asing selalu didiskriminasi-

kan di kilang, selalu mendapat ancaman daripada majikan dan penguatkuasa, dipaksa bekerja lebih masa, diupah lebih rendah daripada pekerja tempatan. Hal ini ditambah dengan permasala-han-permasalahan lain seperti faktor perbezaan budaya, baha-sa, jauh dari keluarga yang tentu saja bukan perkara mudah un-tuk diatasi. Pendek kata, mereka selalu berada dalam keadaan

tertekan. Sebagai pekerja, kita tidak mesti membezakan kerana sta-tus kewargaan mereka. Maji-kan dan pihak-pihak lain yang berkepentingan memang sen-gaja memberikan layanan yang berbeza supaya pekerja tempa-tan dan pekerja asing tidak ber-satu. Padahal pekerja asing baik

yang sah mahupun tidak sah tel-ah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Apa yang perlu dilakukan ada-lah perlunya melihat persoalan pekerja asing tidak sah sebagai persoalan pekerja secara umum, bukan hanya urusan undang-undang semata-mata.

Nasib Pekerja Nepal di Malaysia Ian

Pekerja Atlas Tg Sepat Bangkit Melawan Ravi

Solidaiti Pekerja keluaran sebe-lum ini telah banyak melapor-kan perjuangan pekerja kilang ais Atlas di Nilai. Kejayaan yang telah mereka capai dalam men-untut hak ke atas majikan telah menginspirasi pekerja Atlas di kilang yang lain untuk melaku-kan perkara sama. Seperti yang pernah dialami oleh pekerja di cawangan Nilai, para pekerja

Atlas di Tanjung Sepat, Selan-gor juga telah dinafikan hak-hak asas mereka. Pekerja Atlas Tan-jung Sepat melawan tindakan semena-mena majikan dengan membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja. Mereka tidak ber-puas hati kerana majikan tidak mahu menghormati hak dan ke-bajikan pekerja, dan memaksa pekerja mengikuti arahan ma-

jikan walaupun ia bercanggah dengan akta pekerjaan. Selama ini pengurus kilang tidak meng-hiraukan aduan-aduan pekerja dan enggan untuk melakukan rundingan. Tambahan pula pekerja tiada kesatuan untuk bertindak bagi pihak mereka. Di antara aduan-aduan pekerja tersebut adalah: surat lantikan tidak jelas dan tiada kontrak kerja yang lengkap; tiada surat pengesahan jawatan selepas tempoh percubaan; majikan tidak membenarkan pekerja mengambil cuti tahunan; elaun kedatangan dipotong jika pekerja mengambil cuti sakit, cuti tahunan atau cuti rehat; dan pemotongan RM6.00 sebu-lan untuk setiap pekerja sebagai komisen kepada majikan untuk pembayaran gaji. Apabila peker-ja menuntut hak atau membawa isu ini kepada pengurus, mere-

ka tidak dipedulikan. Selain itu, seorang pekerja telah dipukul dan dihina oleh maji-kan kerana beliau enggan un-tuk melakukan OT (kerja lebih masa). Jika pekerja melakukan kesalahan, majikan seharusnya menggunakan prosedur dan akta kerja untuk mengadili pekerja, bukannya mengguna-kan kekerasan dan ugutan ke atas pekerja. Apa yang sedang berlaku di kilang tersebut, adalah pengala-man yang dilalui saban hari oleh kebanyakan pekerja di kilang atau syarikat lain. Kediktatoran majikan sebegini hanya men-ganggap pekerja sebagai ham-ba kepadanya, dan mendesak pekerja untuk menurut perin-tah. Bagi majikan sebegini, ke-untungan adalah segala-galanya, dan tidak menghiraukan hak dan kebajikan pekerja, walau-

pun pekerja adalah tunggak uta-ma yang menjana keuntungan untuk majikan. Nasib pekerja di kilang-kilang sebegini semakin teruk dengan tiadanya kesatuan sekerja di mana pekerja tidak diberikan hak demokrasi untuk membuat tuntutan dan mem-berikan pandangan tentang kep-erluan dan hak pekerjaan. Dalam keadaan sebegini, peker-ja tiada jalan lain selain berjuang secara kolektif untuk mendapat-kan hak mereka. Sebagai permu-laan satu jawatankuasa pekerja boleh ditubuhkan untuk menga-tur tindakan, atau menubuhkan kesatuan atau menyertai kes-atuan yang ada. Pada masa yang sama, pekerja harus memasti-kan kepimpinan jawatankuasa pekerja atau kesatuan tersebut sanggup berjuang untuk keper-luan dan hak pekerja.

Pekerja Nepal berhimpit untuk ke kerja di kilang Malaysia...

Page 6: 4 OKTOBER - DISEMBER HARGA - sosialisalternatif.org · Langkah ini penting diketa-hui dan difahami oleh semua pekerja untuk merancang gerakan dan tindakan jika mereka menghadapi masalah

6 ANALISA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -4 OKTOBER - DISEMBER 2013

“Pengalaman Saya: Pekerja Atau Hamba?” Ishtiraki

Pekerja adalah elemen terpent-ing dalam bidang perindustrian masa kini. Namun dalam sistem ekonomi Kapitalisme, pekerja sentiasa sahaja dieksploitasi untuk memenuhi kehendak majikan (kapitalis /pemodal). Sudah menjadi hal yang lum-rah apabila kita lihat hari ini, rata-rata pekerja di mana-mana syarikat atau organisasi sentiasa mempunyai masalah dengan majikan mereka. Contoh mu-dah, lihatlah kedai-kedai makan atau restoran yang kita kunjungi setiap hari. Pekerja asing mahu-pun tempatan diberi upah yang tidak setimpal dengan kerja yang mereka lakukan, sentiasa dimarahi majikan, kebajikan tidak terjaga, dan pelbagai lagi isu pekerja- majikan yang biasa kita lihat atau dengar. Satu persoalan yang bermain di fikiran saya, “Sampai bilakah golongan kelas pekerja seperti saya ini akan terus ditin-das dan dipergunakan untuk menjaga kepentingan pihak majikan?”. Oleh kerana itu saya ingin mengajak pembaca un-tuk berkongsi pengalaman saya dalam isu-isu seumpama ini ketika saya memasuki alam pekerjaan. Tetapi sebelum itu, mungkin saya boleh menerang-kan terlebih dahulu tentang definisi sebenar majikan dan pekerja menurut pemahaman saya. Majikan adalah pihak yang memiliki organisasi dan ber-tanggungjawab kepada modal dan segala pembayaran upah atau ganjaran kepada pekerja. Biasanya majikan adalah pemilik syarikat atau organisasi. Majikan juga boleh digambarkan sebagai golongan pemodal atau ‘kapital-is’. Manakala pekerja pula boleh ditakrifkan sebagai individu atau kumpulan individu yang bek-erja untuk mendapatkan upah. Mereka menerima gaji atas dasar perjanjian sebagai pekerja kepa-da sesebuah syarikat atau organ-isasi.

Menurut seorang pemikir revo-lusioner dahulu, Karl Marx, “Modal adalah tenaga mati yang seperti drakula hanya boleh hidup dengan menghisap da-rah pekerja. Semakin besar modal, maka semakin banyak

ia menghisap darah pekerja.” Jadi, benarlah kata beliau ten-tang apa yang dikatakan sebagai kapitalis. Modal (kapital) digam-barkan sebagai ‘drakula’ yang hanya mampu hidup dengan cara “menghisap darah” buruh. Kapitalisme hanya akan subur apabila kaum pemodal (kapi-talis) mengeksploitasi golongan kelas pekerja. Ini adalah realiti sebenar yang berlaku dalam du-nia kita hari ini walaupun kata-kata itu sudah pun diungkap oleh Karl Marx lebih 130 tahun dahulu. Ya, saya sendiri pernah dan sedang mengalaminya! Apa yang pernah saya lalui dari dulu sehingga hari ini, menjadikan saya terasing dari masyarakat. Hampir separuh hidup saya ‘dikorbankan’ untuk bekerja.

Pada masa yang sama, saya tidak cukup luangkan banyak masa bersama masyarakat (keluarga dan rakan-rakan khususnya).

Pekerja Atau Hamba?Tahun 2008 merupakan detik permulaan kepada perubahan besar didalam hidup saya. Saya mula mencari kerja sebaik sahaja berhenti pengajian di sebuah kolej awam. Sehinggalah saya diterima bekerja sebagai pen-gawal keselamatan di sebuah hospital awam. Itulah pertama kali saya merasai hidup sebagai seorang pekerja, dan bukan lagi sebagai seorang pelajar. Di tem-pat kerja, saya seringkali ber-hadapan dengan situasi-situasi tegang di mana saya bergaduh mulut dengan pelawat atau pe-sakit akibat salah faham tentang peraturan di hospital. Ironinya,

walau apa pun punca perselisi-han itu, saya yang selalu diper-salahkan oleh majikan. Begitu jugalah yang dialami oleh rakan sekerja saya yang lain. Iya lah, saya cuma digaji oleh majikan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Bagi mere-ka (majikan), tugas memaki ha-mun pekerja seperti saya ini su-dah menjadi suatu tugas wajib, kononnya. Bercakap tentang gaji, majikan menawarkan saya gaji pokok sebanyak RM550 sebu-lan. Itu tidak mengejutkan saya. Disebabkan pada masa itu saya baru memulakan pekerjaan tanpa ada apa-apa pengalaman, maka saya dengan rela hati me-nerima tawaran itu. Untuk me-nyedapkan halwa telinga saya,

majikan menawarkan elaun ini dan itu sehingga akhirnya nanti gaji saya boleh mencecah RM850 hingga RM900 sebulan. Ya, jumlah tersebut sudah cukup untuk menyedapkan halwa tel-inga saya pada masa itu. Tetapi malangnya semua itu hanyalah bayangan semata-mata. Gaji un-tuk bulan pertama, saya cuma memperoleh RM650. Saya pelik, kenapa boleh berlaku seperti ini? Alasan majikan, disebabkan saya cuma menaiki motorsikal untuk pergi dan balik dari tem-pat kerja, maka elaun kenderaan saya terpaksa dipotong separuh. Ditambah pula dengan kelewa-tan saya hadir ke tempat kerja untuk beberapa hari, menjadi-kan lebih banyak elaun dipo-tong. Ya, ini sudah cukup men-gajar saya bahawa angka RM850 hingga RM900 itu hanyalah uca-

pan retorik semata-mata, tidak akan tercapai walau sebagus mana pun prestasi kerja yang saya pamerkan. Cukup sekadar itu saya bercerita tentang penin-dasan yang saya alami semasa bekerja sebagai pengawal kes-elamatan. Beberapa bulan selepas saya berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan, saya ditawarkan untuk mengikuti pengajian kemahiran di sebuah institut awam di Hulu Langat selama satu tahun. Umum keta-hui, pengajian di peringkat sijil kemahiran merupakan kursus singkat yang mengutamakan kemahiran secara praktikal ber-banding teori. Disebabkan itu, untuk kursus yang saya ceburi, saya lebih terdedah dengan ke-

mahiran di tapak pembinaan dan projek-projek amali di ta-pak latihan praktikal. Sejujurn-ya, tidak banyak bezanya pun perbandingan di antara bidang yang saya ceburi dengan peker-jaan buruh kasar yang diceburi oleh pekerja-pekerja asing di Malaysia ini.

Setelah tamat penga-jian selama satu tahun di insti-tut tersebut, saya dihantar oleh pihak institut untuk mengikuti program latihan industri se-lama 3 bulan di sebuah syarikat kontraktor senibina lanskap dan pengubahsuaian rumah di Kepong. Seperti yang saya jang-kakan, penindasan golongan kelas pekerja ada dimana-mana sahaja. Saya yang memiliki ke-mahiran khusus dan sudah layak bergelar buruh separuh

mahir diberikan elaun sebanyak RM400 sahaja oleh pihak syari-kat. Memandangkan kos sara hidup yang tinggi di kawasan Kuala Lumpur, saya terpaksa me-minta sedikit bantuan kewangan daripada keluarga setiap bulan. Mahu tidak mahu, saya terpaksa menurut segala arahan pihak majikan supaya saya lulus lati-han industri dan seterusnya layak menerima sijil kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan (Ke-menterian Belia dan Sukan). Setelah tamat latihan industri di syarikat tersebut, saya menyambung pengajian ke peringkat sijil kemahiran tahap 3 selama 1 tahun. Selepas itu, saya mula mencari pekerjaan di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Tidak beberapa lama kemudian, saya diterima bekerja sebagai pembantu penyelia tapak dan diberikan gaji asas sebanyak RM1450 di syarikat tempat saya melakukan latihan industri da-hulu. Tidak banyak bezanya, penindasan tetap berlaku walau-pun status saya sudah menjadi pekerja sepenuh masa. Pekerja-pekerja asing seringkali meng-hadapi masalah dengan ejen masing-masing. Hidup mereka yang semakin ditekan, memak-sa mereka untuk bekerja lebih masa. Ya, tidak kira pekerja as-ing atau tempatan, wajib kita ke-tahui, kita adalah dari golongan kelas pekerja yang sentiasa akan dieksploitasi untuk kepentingan Kapitalis. Pengalaman yang saya ada ini sedikit sebanyak telah mula menyedarkan saya tentang kezaliman kaum pemodal yang bertuhankan keuntungan, dan dalam masa yang sama mereka menafikan kepentingan golon-gan pekerja itu sendiri. Kese-daran ini telah meyakinkan saya perlunya pekerja bersatu dan berorganisasi untuk membela hak kita. Inilah yang membawa saya terlibat dengan organisasi pekerja seperti Committee For a Workers International (CWI). Dengan bersatu dan beror-ganisasi, pekerja-pekerja yang menghadapi isu yang sama sep-erti saya akan bertambah kuat dalam perjuangan menentang Kapitalisme.

Page 7: 4 OKTOBER - DISEMBER HARGA - sosialisalternatif.org · Langkah ini penting diketa-hui dan difahami oleh semua pekerja untuk merancang gerakan dan tindakan jika mereka menghadapi masalah

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -4 OKTOBER - DISEMBER 2013 ANALISA 7

66 tahun lalu, pada 20 Oktober 1947, warga pekerja di seluruh Malaya ( nama Malaysia pada masa itu) melancarkan mogok besar-besaran yang dikenali se-bagai ‘Hartal’ untuk memban-tah perlembagaan persekutuan yang digubal oleh penjajah Brit-ish untuk meneruskan taktik pecah dan perintah rakyat Ma-

laya yang berbilang kaum dan agama. Bantahan tersebut telah dipimpin oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya (AMCJA) dengan sokongan seba-hagian besar kesatuan-kesatuan sekerja. Mereka mengesyorkan perlembagaan rakyat yang meni-tikberatkan hak kesaksamaan

dan keadilan untuk semua raky-at tanpa mengira kaum, agama atau budaya menjadi dasar ke-pada Malaya yang merdeka. Pada era tersebut, lebih 60 pera-tus warga pekerja telah berga-bung di bawah berbagai-bagai kesatuan sekerja untuk mem-perjuangkan hak dan kebajikan mereka. Keahlian pekerja yang

tinggi dalam kesatuan pada masa itu menampakkan kekua-tan kesatuan untuk membawa agenda pekerja kepada majikan dan kerajaan. Berbanding den-gan sekarang yang mana hanya kurang 7 peratus sahaja warga pekerja yang bergabung dengan kesatuan sekerja, dan keadaaan kesatuan amat lemah.

Mogok besar-besaran un-tuk sehari tersebut, yang disertai oleh pekerja lom-bong, ladang, p e l a b u h a n , pengangkutan dan lain-lain hampir me-l u m p u h k a n ekonomi ne-gara. Mogok t e r s e b u t mencermin -kan betapa p e n t i n g n y a kelas pekerja sebagai tu-lang belakang ekonomi ne-gara. Berdasar-kan peranan penting peker-ja, memang

wajar tuntutan mereka yang me-nekankan supaya agenda rakyat diutamakan bukannya agenda penjajah. Tanpa kelas pekerja, negara kita yang megah den-gan bangunan-bangunan tinggi tidak mungkin dapat mencapai kemajuan dan kejayaan yang ada pada masa kini. Tetapi, sep-erti pada zaman tersebut, warga pekerja terus dianaktirikan dan kemewahan negara terus digon-dol oleh segolongan kecil kapi-talis antarabangsa dan tempatan yang hanya mementingkan ke-untungan maksimum.Walaupun, mogok tersebut telah menggegarkan penjajah British, ia tidak berjaya menggagalkan agenda British untuk membawa perlembagaan persekutuan apabila British terus menggu-nakan berbagai-bagai taktik dan kekerasan untuk melemahkan kesatuan sekerja dan organisasi lain yang terlibat dalam perlem-bagaan rakyat. Tetapi, mogok besar-besaran pada 20 Oktober 1947 adalah sejarah penting un-tuk kelas pekerja di negara ini yang telah menunjukkan baha-wa solidariti di antara pekerja-pekerja berbagai-bagai sektor boleh dibina untuk membawa tuntutan pekerja.

Mogok Besar-besaran 1947 : Kuasa Pekerja Kuasa keramat Ravi

Syarat-syarat pekerjaan seorang pekerja dilindungi di bawah akta pekerjaan 1955. Majikan harus menerangkan terma dan syarat pengambilan kerja ke-pada pekerja sebelum menan-datangani sebarang perjanjian pekerjaan. Mengikut Akta Kerja 1955 seorang pekerja berhak untuk menyoal dan mengetahui tentang terma dan syarat yang merangkumi perkara-perkara seperti masa pekerjaan, gaji, upah kerja lebih masa, cuti, elaun dan insentif, kenaikan gaji serta terma-terma penamatan pekerjaan. Faedah-faedah yang dinyatakan oleh majikan tidak seharusnya kurang daripada

faedah-faedah yang termaktub dalam akta pekerjaan. Ramai majikan sewenang-wenangn-ya membuat undang-undang sendiri atau memberikan fae-dah-faedah yang lebih rendah daripada apa yang termaktub dalam akta pekerjaan. Jika ber-laku sedemikian pekerja ber-hak untuk membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja. Pada masa kini, ramai majikan juga suka mengambil pekerja secara kontrak daripada men-jadikan mereka pekerja tetap. Walaupun, dalam akta pekerjaan dinyatakan kerja kontrak adalah untuk sementara sahaja, tetapi ramai majikan menjadikannya

sebagai praktis selama-lamanya. Ada kilang atau syarikat di mana pekerja bekerja bertahun-tahun di bawah sistem kontrak, dan apabila pekerja menuntut hak atau meminta lebih faedah, mereka akan diberhentikan. Ini bermakna, sistem kontrak dipergunakan oleh majikan un-tuk mengurangkan hak pekerja. Misalnya, ramai pekerja di Astro bekerja dalam sistem kontrak tanpa pemotongan KWSP dan PERKESO. Sistem kontrak yang hanya sementara pada masa kini dipergunakan oleh majikan untuk meningkatkan keuntun-gan dengan menghakis hak-hak pekerja. Pada masa yang sama,

pekerja kontrak tidak dibenar-kan untuk menyertai kesatuan sekerja. Ini bermakna selain menentang sistem kontrak, kes-atuan sekerja perlu mengorgan-

isasikan pekerja kontrak dalam kesatuan bersama pekerja yang lain untuk memastikan mereka juga memperoleh hak yang sama.

Sistem Kontrak dan Manipulasi Majikan Thinal

Page 8: 4 OKTOBER - DISEMBER HARGA - sosialisalternatif.org · Langkah ini penting diketa-hui dan difahami oleh semua pekerja untuk merancang gerakan dan tindakan jika mereka menghadapi masalah

8 BERITA LUAR NEGARA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -4 OKTOBER - DISEMBER 2013

“Mesir akhirnya mungkin meng-hadapi revolusi ketiga semenjak 2011 jika kerajaan baru di ne-gara ini tidak memenuhi tuntu-tan gerakan pekerja”, kata-kata amaran salah sebuah kesatuan sekerja yang ketika ini sedang memberikan kepimpinan kepa-da gerakan pekerja di Mesir.Sebagai langkah untuk men-dapatkan kepercayaan warga pekerja awam, Perdana Menteri Mesir yang baru, Hazem el- Beb-lawi , baru-baru ini mencadang-kan kenaikan gaji minimum bagi pekerja di sektor kerajaan.Tetapi pemimpin kesatuan sek-erja bebas Mesir ( Efitu ), sebuah pertubuhan yang diasaskan se-masa kebangkitan rakyat tahun 2011 yang menggulingkan Hos-ni Mubarak, telah mengecam langkah itu sebagai terlalu lewat diumumkan, dan tidak akan mengaburi mata pekerja.

Elit dan ahli politik kerajaan telah berhujah bahawa perjan-jian gaji minimum tersebut ada-lah langkah yang mulia dalam keadaan ekonomi negara yang semakin merosot. Tetapi para pekerja tidak terjerat dengan umpan kerajaan, dan mene-kankan bahawa cadangan me-naikkan gaji dari RM356 ke RM 613 sebulan adalah berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat pada tahun 2008, dan ia tidak mengambil kira penurunan nilai mata wang semenjak itu.Orang ramai juga marah apabila mengetahui kenaikan ini tidak dilaksanakan kepada pekerja-pekerja di sektor swasta, yang merupakan dua pertiga dari-pada tenaga kerja Mesir, dan merasakan mereka telah dianak-tirikan. “Saya memberikan amaran ke-pada kerajaan. Mereka perlu

mematuhi tuntutan pekerja… Ia belum lagi dirancang , tetapi mereka(kerajaan baru) perlu menjaga pekerja , jika tidak, akhirnya akan ada revolusi keti-ga di kilang-kilang , dalam kera-jaan, mana-mana”, “ kata Malek Bayoumi , presiden Efitu.Disebabkan pengalaman mere-ka, para pekerja Mesir dapat menjangka dengan tepat baha-wa kenaikan gaji pekerja sektor kerajaan ini hanyalah untuk me-nenangkan pergerakan pekerja yang semakin berkembang.“Gaji minimum hanyalah un-tuk menangguhkan perjuangan pekerja hingga ke Januari tahun depan, “ kata Hossam el- Ha-malawy , seorang aktivis buruh terkenal. “ Pada masa ini mere-ka akan cuba melumpuhkan penyokong Morsi yang dilabel sebagai pengganas, dan kemu-dian mereka akan menumpukan

sepenuh perhatian untuk mele-mahkan gerakan pekerja.”Gerakan pekerja Mesir adalah salah satu daripada kuasa-kua-sa utama di sebalik kebangki-tan 2011 yang menggulingkan Mubarak , manakala mogok raksasa anjuran kesatuan sek-erja telah membantu dalam melemahkan Mohamed Morsi pada bulan-bulan akhir pemer-intahannya apabila polisi-polisi Morsi hanya memanfaatkan golongan pemodal daripada rakyat biasa.Hamalawy berhujah bahawa pengganti Morsi itu juga takut dengan pergerakan pekerja yang boleh mempunyai kesan yang sama ke atas pentadbiran mereka sendiri, terutamanya selepas peristiwa mogok dan duduk bantah di Suez bulan lalu.“Pergerakan buruh adalah kuasa

terbesar yang boleh mencabar mana-mana kerajaan,” katanya. “ Kumpulan bersenjata tidak akan dapat meruntuhkan sesuatu re-jim, tetapi mogok besar-besaran oleh pekerja mampu menjatuh-kan banyak rejim “.Selain daripada kumpulan pekerja, pembangkang kepada pimpinan kerajaan tentera Me-sir masih kebanyakannya ter-had kepada kumpulan seperti Ikhwan Muslimin yang tidak me-nyokong keperluan dan hasrat kelas pekerja. Tetapi kebelakan-gan ini, aktivis-aktivis yang tidak berpihak kepada kedua-dua Ikhwan dan pihak tentera telah mula muncul di serata Mesir dan terlibat bersama dengan or-ganisasi-organisasi pekerja. Ini mampu membuka jalan ke arah pembentukan kerajaan yang berpihak kepada kelas pekerja dan rakyat biasa di Mesir.

Amaran Kelas Pekerja kepada kerajaan tentera Mesir Yuva

Page 9: 4 OKTOBER - DISEMBER HARGA - sosialisalternatif.org · Langkah ini penting diketa-hui dan difahami oleh semua pekerja untuk merancang gerakan dan tindakan jika mereka menghadapi masalah

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -4 OKTOBER - DISEMBER 2013 BERITA LUAR NEGARA 9

Dari Januari tahun ini, Kemboja menyaksikan purata 2-3 mogok seminggu di sektor industri pakaian. Baru-baru ini mogok sedemikian menjadi semakin kerap dan sedang menyebabkan ribuan pekerja berturut serta dalam menuntut kenaikkan gaji dan keadaan pekerjaan yang lebih selamat. Jika kadar mogok ini berterusan, akan menjang-kau sekitar 140 mogok men-jelang akhir tahun ini, jumlah tertinggi sejak Persatuan Pekerja Kain Kemboja mula beroperasi pada tahun 2003.

Pakaian adalah eksport terbe-sar Kemboja, dan industri ini menggunakan beratus-ratus ribu tenaga pekerja. Seperti di Bangladesh, di mana lebih 1000 pekerja meninggal dunia dalam keruntuhan sebuah kilang pa-kaian pada bulan April lalu, kilang-kilang di Kemboja juga mempunyai masalah struktur yang merbahaya. Misalnya pada

Mei lalu, 3 orang pekerja telah terbunuh akibat atap runtuh di sebuah kilang kasut di Kemboja. Tetapi bagi sebahagian besar, pekerja yang bermogok, kenaik-kan gaji yang lebih adil merupa-kan tuntutan utama.

Salah satu perjuangan yang sengit di Kemboja adalah dian-tara pihak majikan SL Garments Processing LTD ( kilang pem-prosesan kain dari Singapura ) dan para pekerja kilang terse-but yang sedang berpanjangan untuk 2 bulan. Lebih daripada 6,000 pekerja SL telah mening-galkan kerja mereka pada bulan Ogos lalu selepas salah seorang pemegang saham kilang itu telah mengupah pengawal ber-senjata untuk memaksa pekerja untuk berkerja dalam kondisi yang teruk.

Pihak majikan SL mengambil langkah untuk menamatkan mogok ini dengan memecat leb-

ih 700 pekerja. Berikutan itu, ki-ra-kira 4000 pekerja telah mem-banjiri bandar Phnom Phenn membantah tindakan majikan SL yang semakin hari semakin tertekan. Setakat ini pihak SL telah rugi lebih 1 juta dollar Amerika akibat kegagalan un-tuk membekalkan kain kepada pembeli utama mereka seperti Levi’s, H&M dan Gap. Jika kead-aan ini berpanjangan, SL akan mengalami lebih kerugian dan ke-hilangan pembeli. Keadaan ini juga dapat merebak ke kilang-kilang dan sektor lain yang akan menyebab-kan kebangkitan di kalangan pekerja Kemboja.

K e b a n g k i t a n pekerja yang be-rani keluar ber-mogok adalah dis-

ebabkan oleh keadaan ekonomi dan sosial mereka yang semakin merosot. Pada Mei lalu, Kem-boja telah mengumumkan ke-naikkan gaji minima daripada 66 dolar Amerika ke 80 dolar Amerika. Walaupun kenaikkan yang tertinggi dalam lebih sepu-luh tahun, pekerja di Kemboja tidak dapat meneruskan kehidu-

pan harian mereka dengan kos sara hidup yang semakin meng-gunung. Para pekerja Kemboja tidak mempunyai cara lain un-tuk mempertahankan hak mere-ka selain untuk menuntut hak mereka.

Perjuangan pekerja kilang kain di Kemboja Yuva

Beribu-ribu pekerja kilang kain di Bangladesh kini bangkit mel-awan menuntut gaji yang lebih tinggi, iaitu dari 40 kepada 100 dolar Amerika sebulan. Mereka melakukan protes dengan me-nyekat jalan-jalan utama seperti

di Narayanganj, yang berham-piran dengan Dhaka. Demon-strasi ini menyebabkan hampir 100 buah kilang terpaksa di-tutup, khususnya kilang yang membekal peruncit-peruncit seperti Wal-Mart, H&M dan GAP.

Kerajaan telah mengerahkan pihak polis untuk memantau perkembangan ini. Walauba-gaimanapun, berlaku pertem-puran dengan pihak polis yang menyebabkan seramai 50 orang telah cedera. Pihak polis dika-takan telah menembak peluru getah dan gas pemedih mata un-tuk menyuraikan demonstrasi

tersebut. Baru-baru ini juga ber-laku tragedi di Rana Plaza apa-bila kilang pakaian ini runtuh dan mengakibatkan 1000 orang terbunuh. Bangladesh dikenali se-bagai sektor kain yang utama kerana menawarkan gaji yang terendah di dunia. Ini me-nyebabkan syarikat-syarikat be-sar dan para kapitalis memind-ahkan kilang-kilang mereka ke negara tersebut supaya keun-tungan yang lebih besar dapat diperoleh dengan membayar gaji yang sedikit. Malahan, ek-sport kain ini menghasilkan ke-untungan kira-kira sebanyak 20 bilion dolar Amerika setahun. Kalau diteliti, jumlah ini sebe-narnya masih kecil berbanding kerja-kerja keras yang mereka lakukan setiap hari. Bahkan, ia tidak mencukupi untuk me-nampung keperluan-keperluan asas mereka. Harga barangan pun turut meningkat sedangkan gaji masih lagi kekal rendah. Lebih-lebih lagi apabila mereka dilaporkan bekerja selama 80 jam seminggu – satu tempoh

yang memang menindas dan mengeksploitasi, apakah para pekerja ini tidak boleh mempu-nyai waktu rehat untuk berhibur dan bersenang-lenang bersama keluarga? Selepas demonstrasi ini, baru pihak kerajaan bertindak dengan memperkenalkan Lem-baga Gaji Minimum. Lembaga ini sedang dalam proses untuk menyemak dan menyiapkan struktur gaji minimum yang baru kepada para pekerja. Bah-kan, secara tiba-tiba peruncit seperti H&M pula menyatakan sokongan mereka terhadap ke-naikan gaji ini. Begitu juga den-gan Wal-Mart dan Target Group (TGT) yang melakukan perjan-jian untuk menetapkan piawa-ian keselamatan dan tidak akan membeli dari kilang-kilang yang tidak mematuhi piawaian terse-but. Nyatalah, syarikat-syarikat ini akan gentar sekiranya para pekerja mula bangkit dan ber-satu untuk menuntut hak-hak mereka. Kuasa penentangan ada di tangan kaum buruh!

Menuntut gaji yang lebih adil, pekerja-pekerja di Bangladesh bangkit melawan! Sharifah

Industri kain menggunakan beratus ribu pekerja di Cambodia...

Perjumpaan jawatankuasa mogok dan pekerja bagi melak-sanakan tindakan mogok di Bangladesh...

Page 10: 4 OKTOBER - DISEMBER HARGA - sosialisalternatif.org · Langkah ini penting diketa-hui dan difahami oleh semua pekerja untuk merancang gerakan dan tindakan jika mereka menghadapi masalah

10 SUDUT EDITOR SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -4 OKTOBER - DISEMBER 2013

Qatar, salah satu dari negara-negara terkaya di dunia akan menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA pada tahun 2022. Walau bagaimanapun pesat kemajuan negara tersebut, sebaliknya ia sebenarnya telah dibina oleh pekerja-pekerja asing yang pal-ing miskin di dunia. Bahkan, yang amat teruk, para pekerja ini tidak dibayar gaji selama berbulan-bulan dan dipaksa untuk bekerja dalam keadaan kerja yang memeritkan. Maka tidak hairan dengan situasi yang sangat menyukarkan seperti ini, setiap bulan berpuluh-puluh

buruh asing warga Nepal yang meninggal dunia. Saat ini, ham-pir 40% dari jumlah pekerja as-ing datang dari Nepal. Akhbar ‘The Guardian’ melaporkan ba-hawa antara 4 Jun hingga 8 Ogos 2013 yang lepas, terdapat 44 orang pekerja yang berasal dari Nepal telah meninggal dunia. Kebanyakan mereka meninggal dunia kerana masalah serangan jantung dan kemalangan di tem-pat kerja sepanjang musim pa-nas di Qatar yang suhunya ham-pir mencapai 50 celcius. Majikan mereka, yakni syarikat-syarikat yang diberi kontrak untuk mem-

persiapkan Piala Dunia FIFA ini dikatakan langsung tidak mem-berikan minuman kepada para pekerja tersebut ketika bekerja di cuaca yang amat panas. Iron-inya, Qatar menghabiskan lebih dari 100 juta dolar untuk mem-bangun infrastruktur dan pe-nyelenggaraan Piala Dunia FIFA seperti 9 buah stadium baru, jalan raya, bangunan-bangunan dan sebagainya lagi tetapi sama sekali tidak memikirkan sesuatu untuk kebajikan, kesihatan dan keselamatan para pekerja. Tam-bahan pula apabila para pekerja ini tidak boleh berhenti kerja

ataupun balik semula ke negara asal kerana passport mereka dipegang oleh majikan. Situ-asi ini memperlihatkan betapa syarikat-syarikat ini hanya men-jadikan pekerja-pekerja sebagai objek. Mereka cuma mement-ingkan keuntungan semata-ma-ta. Bahkan, Qatar diramal akan membawa masuk seramai 1.5 juta pekerja tambahan. Menurut Pertubuhan Buruh Antarabang-sa (ILO), sekiranya pihak FIFA sendiri tidak segera bertindak, dijangkakan 4000 orang pekerja akan kehilangan nyawa kerana keadaan yang amat menekan

itu. Dengan kuasa yang ada, pihak FIFA seharusnya memberi tekanan kepada para pemerin-tah Qatar untuk memastikan persiapan Piala Dunia melind-ungi dan berlaku adil terhadap para pekerja. Sekiranya perkara ini tidak dilaksanakan, justeru boleh dikatakan bahawa pihak FIFA sendiri telah melakukan komplot dengan pemerintah-pemerintah Qatar untuk mem-pertahankan kedudukan dan status quo mereka semua.

Perhambaan moden di sebalik persiapan Piala Dunia FIFA 2022 Sharifah

Rekod bulan Julai 2013 ini menunjukkan punca-punca kematian buruh asing Nepal.Gambar Ihsan Akhbar ‘The Guard-ian’.

Page 11: 4 OKTOBER - DISEMBER HARGA - sosialisalternatif.org · Langkah ini penting diketa-hui dan difahami oleh semua pekerja untuk merancang gerakan dan tindakan jika mereka menghadapi masalah

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -4 OKTOBER - DISEMBER 2013 SUDUT EDITOR 11

Bermula dari mesyuarat dan penyatuan antara Konfederasi Serikat Pekerja Indonesia ( KSPI ) dan Urus Setia Bersama Pekerja ( Sekber Buruh ) pada minggu-minggu awal bulan September 2013, suatu persetujuan telah dicapai untuk melibatkan semua lapisan pekerja di Indonesia dalam sebuah tindakan bersama secara bersatu. Sebagai langkah awal, mereka membentuk Jawa-tankuasa Persediaan Penyatuan yang telah gigih membincang-

kan strategi dan persiapan serta bahan-bahan yang diperlukan untuk memulakan sebuah gera-kan pekerja. Jawatankuasa ini telah bekerja dengan berkesan. Mereka telah memutuskan untuk mengada-kan mesyuarat kebangsaan gerakan pekerja Indonesia pada 30 September 2013 di Jakarta. Wakil-wakil pekerja , kesatuan sekerja, pekerja komuniti, ak-tivis pekerja dan ramai lagi menghadiri mesyuarat ini. Dire-

kodkan, sekurang-kurangnya terdapat lebih 100 wakil kesatuan daripada 18 wilayah telah hadir. Jawatankua-sa itu kemudian membentangkan beberapa ana-lisa penting yang berkaitan dengan masa depan gera-kan pekerja Indo-nesia dan mengatur beberapa cadangan

bagi tindakan serentak yang mampu memberikan tekanan kepada kerajaan. Oleh itu, mere-ka menyusun beberapa tuntu-tan utama bagi menghidupkan perjuangan ini. Tuntutan itu adalah:1. Kenaikan gaji minimum se-banyak 50%. 2. Penghapusan sistem penyum-beran luar atau outsourcing.Kedua-dua tuntutan tersebut adalah isu utama dalam per-

gerakan buruh Indonesia sejak kebelakangan ini dan juga men-jadi tuntutan utama bagi mogok umum tahun lepas. Di samp-ing itu, isu-isu lain yang dibin-cangkan semasa mesyuarat itu ialah tanah untuk petani, harga barang keperluan asas yang se-makin meningkat, isu perjanjian perdagangan bebas dan seba-gainya.Mesyuarat di Jakarta juga telah memutuskan untuk melancar-kan sebuah mogok umum pada 28-30 Oktober 2013. Keputusan ini mendapat sokongan dan sambutan yang menggalakkan dari kalangan pekerja. Lebih dua juta pekerja dari pelbagai lapisan dan sektor kerja akan menyertai mogok umum ini. Dari Purwokerto, Jawa Tengah, sebuah mesyuarat telah diada-kan pada 12 Okt 2013 lalu dan memutuskan untuk memulakan tindakan awal. Para pekerja Re-kod Meter yang mesti bertugas merakamkan meter elektrik dar-ipada pelanggan dari rumah ke

rumah telah mula mogok pada 24 Oktober 2013. Toto Rubiyan-to, Setiausaha Agung FSPLN (Ke-satuan Pekerja Sektor Tenaga), telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengarahkan semua ahli-ahli mereka untuk memulakan tindakan awal pada 24 Oktober dan berterusan sehingga 30 Ok-tober , 2013.Aminuddin Azhari sebagai pe-nyelaras Pekerja di kawasan Pur-wokerto mengesahkan bahawa keputusan untuk memulakan tindakan mogok yang lebih awal adalah sebagai tindak balas FS-PLN kepada hakikat bahawa Pen-gurus Besar Perusahaan Elektrik Jawa Tengah dan Yogyakarta telah menggunakan tentera dan polis untuk menakutkan ahli-ahli kesatuan mereka supaya akur kepada pihak majikan dan kerajaan. Pemogokan umum ini didahului oleh perhimpunan di hadapan Pejabat Gabenor Jawa Tengah pada 21 Oktober 2013 di mana pekerja akan bermalam di sana.

Persediaan mogok umum pekerja di Indonesia Yuva

Menurut statistik yang dikelu-arkan oleh Jabatan Perangkaan pada bulan Ogos lalu, ia me-nyebut bahawa kadar pengang-guran adalah sebanyak 3.1%, iaitu sebanyak 441,800 dari jumlah tenaga pekerja Malaysia yang seramai lebih 14 juta orang pada tahun 2013. Walaupun ekonomi negara sering digam-barkan pada tahap prestasi yang baik, namun jumlah kadar pen-gangguran mencatatkan kenai-kan berbanding tahun lalu iaitu seramai 347,200 tidak mempun-yai pekerjaan pada Ogos tahun 2012.

Biarpun kadar pengganguran masih di tahap dalam terkawal, dengan pembentangan Be-lanjawan 2014 dilihat tidak mempunyai langkah-langkah yang sesuai untuk menangani

masalah pengangguran. Di pihak Kementerian Sumber Ma-nusia, mengikut kenyataan yang disiarkan di media-media cetak, mengatakan telah mewujudkan sebanyak 17 pusat JobsMalaysia Centre di seluruh negara bagi menampung keperluan para pekerja untuk mencari peker-jaan yang bersesuaian mengikut kelayakan masing-masing.

Kementerian juga memberitahu bahawa seramai 422,248 gradu-an baru telah mendaftar sebagai pencari kerja aktif di Jabatan Tenaga Kerja sehingga Ogos lalu. Setiap tahun dianggar-kan 200,000 dari keseluruhan 923,000 pelajar di pelbagai per-ingkat pengajian dan bidang dari IPT (Institut Pengajian Tinggi) seluruh negara akan menamat-kan pengajian mereka. Bagi

mereka yang baru memasuki alam pekerjaan pada masa kini, sudah menjadi kebiasaan baha-wa khidmat kerja yang ditawar-kan adalah secara kontrak sela-ma setahun ataupun maksimum dua tahun, bukannya tetap sete-lah melalui tempoh percubaan selama tiga bulan. Keadaan ini secara tidak langsung mewujud-kan generasi pekerjaan kontrak dengan tempoh kontrak diper-baharui adalah tidak menentu mengikut kehendak sesebuah syarikat.

Adalah menjadi kebiasaan juga bagi pekerja yang telah lama berkhidmat mempunyai dua pekerjaan iaitu, siang bekerja “makan-gaji”, manakala di wak-tu malam, gerai kecil-kecilan akan dibuka atau mereka akan menyertai skim MLM (Multi-

Level Marketing) dan sebagain-ya bagi menampung keperluan asas seperti makanan, rumah, pengangkutan dan lain-lain yang semakin hari melambung tinggi. Berdasarkan kajian pada Julai tahun 2012, menunjukkan sebanyak 80 % dari tenaga kerja di Malaysia adalah mereka yang berkelulusan SPM (Sijil Pelaja-ran Malaysia). Dengan suasana

ekonomi dunia dan negara yang tidak menentu, kebanyakan syarikat bertungkus-lumus cuba untuk menjimatkan kos pernia-gaan bagi memastikan keuntun-gan dapat dijana dengan lebih banyak. Maka, proses pengam-bilan tenaga pekerja baharu juga dikurangkan dan ini sudah pasti menjejaskan mereka yang mencari pekerjaan.

Pengangguran Di Malaysia: Kadar Rendah Tetapi Pekerjaan Yang Tidak Tetap Erick

Aksi mogok pekerja Indonesia tahun lalu...

Page 12: 4 OKTOBER - DISEMBER HARGA - sosialisalternatif.org · Langkah ini penting diketa-hui dan difahami oleh semua pekerja untuk merancang gerakan dan tindakan jika mereka menghadapi masalah

Pendidikan• Hak Pendidikan yang percuma dan berkualiti

untuk semua termasuk di Universiti dan Kolej: Memansuhkan yuran pengajian di Universiti dan Kolej dan menghapuskan hutang pelajar termasuk PTPTN.

• Menuntut autonomi sepenuhnya kepada univer-siti dan kolej untuk mengeluarkan graduan kre-atif untuk pembanggunan keperluan rakyat biasa dan bukannya berpaksikan kepada keuntungan maksimum kapitalis.

• Tidak kepada penswastaan pendidikan termasuk pengkorporatan universiti dan kolej awam. Memiliknegarakan atau pemilikan awam segala entiti pendidikan daripada tadika hinggalah ke universiti dengan pembiyaan yang secukupnya untuk meningkatkan kemudahaan dan kualiti pendidikan.

• Menyokong hak pekerja awam di bidang pendid-ikan, guru dan pensyarah untuk mempertahan-kan hak mereka dan autonomi pendidikan.

• Untuk mentransformasikan Persatuan Pelajar kepada Kesatuan Pelajar yang bebas, demokratik dan memperjuangkan hak dan keperluan pelajar.

• Untuk membentuk pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui pemilikan awam, dan ianya diuruskan secara demokratik dan percuma di semua peringkat - sistem pen-didikan sosialis.

Pekerjaan dan Kebajikan• Menyokong perjuangan anak muda dan warga

pekerja untuk hak pekerjaan.• Hapuskan pengangguran dengan hak pekerjaan

yang adil untuk semua.• Hapuskan polisi ‘buruh murah’ atau pengham-

baan pekerja, dengan mewujudkan gaji mini-mum atau gaji saraan hidup (living wage) yang setimpal dengan kenaikan inflasi.

• Hapuskan amalan ‘outsourcing’ dan buruh kon-trak yang menghakis hak pekerja dan kesatuan sekerja.

• Peluang latihan yang adil untuk anak-anak muda dengan gaji saraan hidup, termasuk pekerjaan yang terjamin selepas latihan.

• Hentikan pembuangan pekerja di sektor awam atau swasta. Miliknegarakan syarikat yang men-gancam penutupan, di bawah kawalan demokra-tik oleh kesatuan sekerja dan warga pekerja.

• Majikan harus memperuntukkan elaun peruma-han, penganggutan, makanan dan faedah-faedah lain yang diperlukan untuk kebajikan pekerja.

• Hak penubuhan kesatuan sekerja tanpa sebarang sekatan undang-undang oleh kerajaan atau cam-purtangan majikan.

• Pinjaman perumahan tanpa faedah oleh kerajaan untuk memastikan keluarga miskin memiliki tempat kediaman. Pinjaman perumahan kera-jaan dengan faedah yang rendah harus diperlu-askan kepada warga pekerja di sektor swasta.

• Membina tempat-tempat rekreasi awam per-cuma dan berkualiti kepada anak muda dan pekerja.

Hak dan demokrasi• Mempertahankan hak untuk membantah dan

berdemonstrasi. Tiada penganiayaan kepada penunjuk perasaan. Hak untuk berorganisasi di setiap sekolah, kolej dan universiti.

• Hentikan keganasan polis terhadap demonstrasi dan rakyat biasa.

• Tiada rasisme, seksisme, homophobia, dan se-mua bentuk diskriminasi.

• Hak pekerjaan, perumahaan dan perkhidmatan tanpa diskriminasi kaum, agama dan jantina .

• Hentikan serangan ke atas hak-hak wanita.• Wujudkan semula pilihanraya kerajaan tempatan

di setiap daerah.

• Tidak kepada parti-parti yang berlandaskan kapitalisme. Berkempen untuk pembinaan parti massa kelas pekerja dan anak muda untuk mem-pertahankan hak dan kepentingan rakyat biasa.

• Hentikan penswastaan perkhidmatan awam. Memiliknegarakan semula semua kemudahaan awam dengan kawalan demokratik kesatuan sekerja dan rakyat biasa.

Untuk Solidariti Antarabangsa dan Demokratik Sosialisme• Untuk solidariti antara kelas pekerja dan anak

muda di seluruh dunia.• Solidariti dengan Perjuangan Anak Muda dan

Pekerja di Timur Tengah/Afrika Utara untuk pembentukan kerajaan kelas pekerja dan petani miskin.

• Tidak kepada peperangan dan campur tangan imperialis. Untuk pengosongan segera semua tentera asing dari Afghanistan dan Iraq.

• Tamatkan kepungan Gaza di Palestin dan hor-mati hak pembentukan negara Palestin.

• Hentikan pembinaan peluru berpandu nuklear dan hapuskan segala senjata yang boleh memus-nahkan alam.

• Menyokong kempen solidariti Tamil Sri Lanka - untuk hak semua rakyat untuk menentukan pilihan sendiri.

• Tidak kepada kemusnahan alam sekitar. Bagi pelan yang mampan berlandaskan kepada demokratik sosialisme untuk industri pengelu-aran yang tidak akan memusnahkan planet ini.

• Tidak kepada kapitalisme. Bagi dunia sosialis, di mana monopoli besar dijadikan pemilikan awam, dengan ekonomi yang dirancang secara demokratik dan sumber-sumber alam diper-gunakan untuk memenuhi keperluan manusia sejagat.

Pendirian Gabungan Pekerja dan Anak Muda

Adakah anda mempunyai berita tentang pekerja untuk kami ?

Adakah anda ingin berkerjasama dengan kami?Adakah anda ingin tahu dengan lebih mendalam

tentang organisasi kami ?Hubungi kami di

[email protected]

01112859623 ( yuva )

http://www.facebook.com/solidaritipekerja

Menyelamatkan mangsa kilang runtuh di Bangladesh Laporan di halaman 9... Memperingati Hari Hartal Laporan di halaman 7...

ISU KE - 4 OKTOBER - ISEMBER HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3