umexpert.um.edu.my · web viewistilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran...

24

Upload: phungkien

Post on 02-Mar-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem
Page 2: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem
Page 3: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem
Page 4: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem
Page 5: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem
Page 6: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem

KEHENDAK GENERASI ZDALAM CERPEN TERBAIK 2016 TERBITAN FIXI

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd AliMadiawati Mamat@Mustaffa

Nurhamizah HashimEizah Mat Hussain

Pendahuluan

Istilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem (majoriti arus perdana).Definisi ini diketengahkan kerana didapati bersesuaian dengan realiti pembawakan dan tindakan pendukung indie itu sendiri yang inginkan kebebasan dalam pelbagai bidang yang diceburi mereka (Muhammad Rashidi Wahab & Siti Nur Hidayah Kusnin,http://www.jais.gov.my/sites/default/files/artikel_asas/rnd/Fenomena%20Buku%20Indie.pdf).Oleh yang demikian, istilah indie jelas diambil daripada perkataan independent seperti yang didefinisikan oleh Kamus Oxford (Joyce M. Hawkins, 2011: 228) memberi maksud bebas, merdeka dan tidak bergantung kepada yang lain.

Kebebasan dan keterbukaan seringkali dikaitkan dengan golongan remaja yang sedang meningkat dewasa.Kebebasan dalam pergaulan, berfikir, bersuara dan tingkah laku menjadi selalu dituntut terutamanya oleh generasi yang membesar dengan perkembangan teknologi maklumat. Dunia tanpa sempadan dalam ledakan teknologi maklumat ini telah mengubah gaya hidup dan gaya fikir generasi hari ini terutamanya Generasi Z.

Generasi Z yang juga dikenali sebagai generasi net banyak dipengaruhi oleh perkembangan teknologi maklumat yang sekaligus aktiviti hariannya banyak bergantung kepada gajet digital yang tertentu.Aktivitinya banyak dihabiskan ddengan melayari media sosial dan ini menghadkan aktiviti luarnya dengan masyarakat sekeliling. Maria Torocsik, Krisztian Szucs & Daniel Kehl (2014: 30), apabila menjelaskan mengenai Generasi Z, menyatakan bahawa: “Young people spend more and more of their free time using the social media, which means either immobility or time consumption in a mobile way. This means that they have less time left for outdoor activities”. Pengaruh teknologi maklumat ini secara tidak langsung mempengaruhi pemikiran, tingkahlaku dan cara berinteraksi Generasi Z.

Oleh yang demikian, penerbitan buku indie di Malaysia telah memberi satu dimensi baharu kepada masyarakat, terutamanya generasi muda hari ini dalam mengembalikan minat membaca yang kian hilang suatu masa dahulu. Karya-karya indie dikatakan menyuntik tema dan pemikiran yang lebih segar dan menepati selera generasi muda, terutamanya Generasi Z pada hari ini kerana bentuknya yang dikatakan bebas daripada pemikiran arus perdana.

Pemikiran, tingkah laku dan interaksi masyarakat juga dapat dilihat dalam karya sastera.Sehubungan itu makalah ini menganalisis pemikiran yang melingkungi ciri-ciri perwatakan Generasi Z yang terdapat dalam karya sastera. Makalah ini

Page 7: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem

menganalisis salah sebuah karya indie terbitan Buku Fixi, iaitu Cerpen Terbaik 2016 bagi melihat ciri-ciri Generasi Z tersebut. Buku Cerpen Terbaik 2016 merupakan usahasama Buku Fixi dan Putrajaya International Book Fair 2017 yang mengandungi 20 buah cerpen yang telah diterbitkan dalam pelbagai media di Malaysia pada sepanjang tahun 2016, iaitu “Ayah Kami Yang Berjalan Senget”, “Seekor Ayam Kuning”, “Auni Nasi Ayam”, “Wanton Noodles”, “Lelaki Patani dan Gadis Korea Utara”, Hari-hari Hari Ini”, “Pilihan”, “Yang Teristimewa”, “Jarak Dekat”, “Kasih Kesumat”, Bahiyoh dan Masitoh”, “Fiximaximus”, “Bibir T.Alias Taib”, “Cerekaan”, “Rumah Rama-rama”, “Kota Jaga”, “Syaitan Datang Menunggang Kuda”, “Syaitan Datang Menunggang Kuda”, “Legenda Bogoh”, “Pahlawan Stapylococcus”dan “Red King Asleep In The Garden”. Karya dari Buku Fixi ini dipilih sebagai teks kajian kerana penerbitan ini berkembang dengan pesat dalam memasarkan buku kepada generasi baharu, dan buku Cerpen Terbaik 2016 pula merupakan naskhah edisi khas yang hanya diterbitkan sebanyak 2000 unit sahaja.

Konsep Generasi Z

Generasi Z dari konteks pembahagian masanya dapat dikenalpasti sebagai generasi yang lahir pada tahun 1995 hingga tahun 2010.Generasi ini juga dikenali sebagai “Generasi Net” (iGeneration) yang menitikberatkan penguasaan teknologi dalam kehidupannya.Hellen Chou P. (2012: 35) menjelaskan bahawa Generasi Z dikenali sebagai generasi digital yang kebergantungan yang besar kepada teknologi digital.Namun begitu, Tapscott (2008), menjelaskan bahawa Generasi Z adalah golongan yang dilahirkan tahun 1998 hingga 2009.Generasi Z adalah generasi teknologi dan mereka telah mula melayari internet dan web sejak usiakecil, iaitu mereka masih belum bercakap. Mereka juga telah dibimbing oleh ibu bapa untuk menggunakan dunia laman sosial sejak kecil lagi.

Generasi yang membesar dengan persekitaran teknologi yang pesat ini sudah tentu secara tidak langsung mempengaruhi cara berfikir, komunikasi dan tingkah laku dalam kehidupan seharian. Gajet sudah menjadi perkara yang penting dalam kehidupan mereka.Generasi Z merupakan generasi yang berada dalam lingkungan usia awal remaja dan malah sebahagiannya baru sahaja mula memasuki alam pengajian di institusi pengajian tinggi. Mereka ini berbeza daripada generasi terdahulu dari pelbagai sudut. Generasi ini masih berada pada peringkat evolusi dan dalam fasa mempelajari beberapa perkara dalam hidup (Siti Mahani binti Muhazir &Nazlinda binti Ismail, 2015, http://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2015/Generasi_Z.pdf ).

Diana G. Oblinger & James L. Oblinger (Eds.) (2005: 2.6-2.7), apabila membincangkan tentang langkah awal memahami generasi digital ini mengemukakan beberapa ciri yang terdapat pada Generasi Zaman ini. Antaranya seperti berikut:

1. Literasi digital, iaitu dibesarkan dengan akses meluas terhadap penggunaan teknologi dan mengemarkan bentuk visual berbanding dengan teks.

2. Selalu berhubung, iaitu mereka tidak dapat dipisahkan dengan peralatan digital yang menghubungkan mereka dengan dunia luar dan komunikasi alam maya.

Page 8: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem

3. Pantas/segera (Immediate), iaitu selalu mengharapkan keputusan yang cepat dalam memperolehi maklumat dan melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa (multitask).

4. Belajar melalui pengalaman (Experiential), iaitu mereka suka meneroka atau melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri daripada diberitahu untuk melakukan sesuatu perkara.

5. Sosial, sifat keterbukaan dan menerima perbezaan dalam komunikasi atau berhubungan dalam media sosial, laman web dan permainan (games) dengan orang yang tidak dikenali.

6. Kerja berkumpulan terutamanya dengan rakan sebaya.7. Berstruktur, iaitu sesuatu hal yang dilakukan perlu berjadual dan jelas bagi

mencapai matlamat yang diinginkan.8. Keterlibatan dan pengalaman, iaitu generasi ini cenderung belajar daripada

pengamatan dan pengalaman yang berorientasikan pengamatan, mencari formula dan membuat hipotesis serta mengenalpasti peraturan (oriented toward inductive discovery or making observations, formulatinghypotheses, and figuring out the rules).

9. Visualisasi dan kinesthetic, iaitu generasi yang mementingkan gambar berbanding teks. Mereka tidak mengemari membaca teks atau arahan yang panjang serta lebih cenderung tugasan berbentuk grafik.

10.Perkara yang berkaitan dengan aktiviti kemasyarakatan, mereka percaya bahawa sains dan teknologi boleh menyelesaikan masalah yang sukar.

Jika dilihat Generasi Z ini membesar dalam lingkungan yang sama dengan generasi sebelum itu. Mereka menikmati makanan, persekitaran dan budaya yang sama. Namun yang membezakannya adalah kebergantungan mereka lebih kepada teknologi dan media sosial yang sekaligus boleh mengubah pandangan sosial mereka.

Justeru itu, dapat dikatakan bahawa Generasi Z ini merupakan golongan yang mewakili golongan remaja pada hari ini, masih pada peringkat mencari-cari identiti yang sesuai dengan diri, yang juga dikatakan zaman yang penuh dengan percubaan demi percubaan yang tertentu sama ada yang akhirnya memberi impak yang positif atau sebaliknya kepada diri mereka. Kehendak generasi ini dapat dilihat dalam pelbagai aspek.Salah satunya dapat dilihat kepada perwatakan yang dibawa oleh golongan ini.Kebergantungannnya kepada teknologi perlu diseimbangkan dengan kebergantungan terhadap nilai tuntutan asas kehidupan seperti bergaul dan berkomunikasi dalam masyarakat.Kehendak-kehendaknya perlu dipenuhi bagi melengkapi kehidupan mereka yang seimbang pada masa hadapan.

Kehendak Generasi Z Dalam Cerpen Terbaik 2016

Setelah dikenalpasti pemikiran yang sesuai dengan kehendak Generasi Z, maka kehendak Generasi Zdalam teks kajian ini dianalisis kepada beberapa tajuk kecil berdasarkan ciri-ciri yang dikemukakan oleh Diana G. Oblinger &James L. Oblinger (Eds.) (2005). Oleh yang demikian, analisis kajian telah dibahagikan kepada

Page 9: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem

beberapa tajuk kecil, iaitu Kebebasan Berkarya, Sikap Memberontak, Karya sebagai Wahana Luahan Perasaan, dan Gaya Bahasa.

Kebebasan Berkarya

Kebebasan berkarya dalam perbincangan ini diperlihatkan melalui sikap terbuka dalam karya yang memperkatakan pelbagai isu semasa yang dihadapi oleh masyarakat.Karya indie yang menjadi pilihan kebanyakanGenerasi Z dilihat lebih bersikap terbuka dan bebas tanpa perlu takut atau dikongkong oleh pihak-pihak tertentu dalam memperkatakan sesuatu isu.Pandangan mereka tentang sesuatu perkara diluahkan dengan penuh berani dalam karya.Sikap keterbukaan ini adalah kesan daripada aktiviti harian mereka yang terdedah dengan dunia tanpa sempadan yang pelbagai maklumat dapat ditemui di hujung jari sahaja.Hal ini didapati berhubungan dengan ciri mengenai sosial, sifat keterbukaan dan menerima perbezaan dalam komunikasi atau berhubungan dalam media sosial, laman web dan permainan (games) dengan orang yang tidak dikenali (Diana G. Oblinger &James L. Oblinger (Eds.), 2005).

Kebebasan berkarya disorot antaranya dalam cerpen “Hari-hari Hari Ini” hasil karya Zaki Zainol yang bertemakan tentang masa.Isu yang diketengahkan secara lantang di sini adalah tentang Safizal yang bertemu dengan seorang gadis ketika turun dari pejabatnya ke tempat parkir keretanya. Perempuan tersebut berusia dalam 20-an bergegas membawa bagasinya seperti mengejar masa. Kemudiannya pada keesokkan harinya, Safizal mendengar cerita yang aneh daripada rakan-rakan sepejabatnya mengenai gadis tersebut.Gadis misteri tersebut dikatakan telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Bas yang dinaikinya pada malam Sazfizal bertembung dengannya itu telah terbabit dengan kemalangan.Gadis tersebut meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.

Setelah mengetahui cerita sebenar daripada kawan-kawannya, Safizal berasa agak takut.Namun demikian, terbit perasaan ingin tahu Safizal terhadap kejadian ini.Baginya, kejadian ini boleh dicegah sekiranya dia berjaya menahan gadis tersebut daripada menaiki bas pada malam mereka bertembung itu.Oleh yang demikian, Safizal membuat penyelidikannya sendiri terhadap kejadian tersebut. Dia dapat mengesan bahawa gadis misteri atau dinamakan hantu itu akan muncul dalam masa 2 minit 46 saat pada waktu dan hari yang sama setiap hari. Hal ini dapat dilihat dalam petikan berikut:

“Kita tak banyak masa, jadi dengar sini baik-baik.Hari ini, bagi awak, adalah Jumaat, 30 Januari 2015, tapi bagi kami semua, hari ini adalah 5 Mac 2015, hari Khamis. Dalam masa 2 minit 46 saat, entah sebab apa, wallahu’alam, masa kita bertembung di sini. Saya tak tahu bagaimana, tapi awak boleh rasa ada medan magnetic yang agak kuat. Buktinya, bulu roma dan rambut awak meremang, sebagaimana saya. Kalau awak naik bas tu malam ni, awak akan mati dan awak tersedar kembali pada pagi 30 Januari dan mengulang kembali rutin awak pada hari itu…eh, hari ini” (“Hari-hari Hari Ini”, 2016: 78).

Page 10: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem

Jadi Safizal mempengaruhi rakan-rakannya untuk mempercayai rancangannya untuk menghalang gadis itu meneruskan perjalananya pulang ke kampung dengan menaiki bas akan berjaya menyelamatkan gadis tersebut daripada menemui maut.

Kawan-kawan Safizal, iaitu Nasrol, Safizl, Radzi, Kit Cheng, Azmin dan Rahman sama-sama menjayakan rancangan mereka pada suatu malam. Mereka akhirnya berjaya menghalang gadis tersebut meneruskan niatnya pulang ke kampung dengan menaiki bas. Hal ini dibuat dengan cara berterus-terang kepada gadis tersebut tentang kemalangan yang bakal ditempuhi oleh gadis itu sekiranya dia meneruskan perjalananya. Namun demikian, suatu perkara yang akan dihadapi oleh Safizal, selepas kejadian tersbut dia tidak mengingati apa-apa lagi. Sebaliknya gadis tersbut mengingati budi Safizal yang telah menyelamatkannya daripada maut.Keseluruhan cerpen ini jelas memperlihatkan sebuah cerita yang tidak logik. Namun hal ini tidak mustahil dalam karya pilihan Generasi Z. Kebebasan karya jelas memperlihatkan kehendak Generasi Z terhadap cerita-cerita yang lain daripada yang menjadi kebiasaaan. Perkara ini turut memenuhi ciri mengenai perkara yang berkaitan dengan aktiviti kemasyarakatan, mereka percaya bahawa sains dan teknologi boleh menyelesaikan masalah yang sukar(Diana G. Oblinger & James L. Oblinger (Eds.), 2005).Melalui peristiwa yang dipaparkan dalam cerpen ini, memperlihatkan bagaimanan teknologi yang dapat mempengaruhi masa menjadian kemalangan jiwa dapat diselamatkan.

Kebebasan berkarya juga didapati dalam cerpen “Lelaki Patani Dan Gadis Korea Utara” yang menyentuh tentang pergolakan politik yang berlaku di Korea. Dalam cerpen ini penulisnya Isma Ae Mohamad secara terbuka mengetengah pergolakan politik yang berlaku di Korea.Utara, Penjelasan ini dapat dilihat dengan contoh petikan ini: “Kalau begitu saya nak sangat ke Korea Utara, nak tengok pemimpin Negara awak jenis diktator atau tidak. Boleh tak bawa saya pulang ke sana?” (“Lelaki Pattani dan Gadis Korea Utara”, 2016:54).Kebebasan berkarya ini memenuhi ciri mengenai belajar melalui pengalaman (Experiential), iaitu mereka suka meneroka atau melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri daripada diberitahu untuk melakukan sesuatu perkara(Diana G. Oblinger & James L. Oblinger (Eds.), 2005).

Sikap keterbukaan yang dipaparkan pada watak Aku memperlihatkan penulis berani memaparkan tentang isu-isu politik yang berlaku di luar negara.Dalam zaman ledakan teknologi maklumat ini, senario yang berlaku di pelusuk dunia mudah dicapai dan diketahui dengan pantas.Keberanian penulis diteruskan dengan pemaparan situasi kekacauan politik yang berlaku di Korea Utara, iaitu berlaku situasi cubaan rampasan kuasa oleh pegawai tentera muda.

Tengah hari esok, lewat tingkap kedutaan melihat para tentera muda yang gagal itu digantung seorang demi seorang sampai mati. Aku lihat Kim dibawa naik ke pentas, lalu memejamkan mata dan dengar suara Kim berteriak, pergi mampus presiden” (“Lelaki Patani Dan Gadis Korea Utara”, 2016:56).

Dalam hal ini, isu Korea Utara yang sentiasa mendapat perhatian dunia dipaparkan dalam cerpen ini.Walaupun kisah yang berlaku di Korea Utara hanya diceritakan melalui mimpi, gambaran dalam mimpi itu memberikan suatu gambaran pergolakan yang berlaku di Korea Utara yang mempunyai seorang pemimpin yang

Page 11: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem

dikatakan sebagai diktator.Sikap keterbukaan ini turut memenuhi ciri Kebebasan berkarya ini memenuhi ciri mengenai belajar melalui pengalaman (Experiential), iaitu mereka suka meneroka atau melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri daripada diberitahu untuk melakukan sesuatu perkara (Diana G. Oblinger & James L. Oblinger (Eds.), 2005).

Sikap Memberontak

Gaya penulisan buku indie adalah bersifat memberontak dan agresif, luar dari kebiasaan sastera arus perdana yang terikat dengan etika penulisan dan penerbitan. Contohnya, jika sastera perdana ialah kota besar, maka karya indie pula adalah kawasan yang menyebabkan kota tersebut nampak kecil akibat daripada pergerakan mereka meluaskan kawasan pinggiran.11 Selain dipertikaikan dari sudut penggunaan gaya bahasa, apa yang lebih penting, kehadiran buku indie telah membawa suatu kejutan budaya dan pemikiran yang sedikit sebanyak boleh memberi kesan dalam meruntuhkan nilai-nilai keagamaan serta budaya ketimuran dan mencabar sensitiviti masyarakat tempatan (Muhammad Rashidi Wahab & Siti Nur Hidayah Kusnin, http://www.jais.gov.my/sites/default/files/artikel_asas/rnd/Fenomena%20Buku%20Indie.pdf).

Sikap memberontak dapat dikesan dalam cerpen “Pilihan” karya Saat Omar. Kalaulah manusia mengetahui tentang masa depan. “Aku” didatangi oleh seorang lelaki dari masa depannya. Lelaki itu memberikan beberapa pilihan kepada aku mengenai jodohnya dengan dua orang gadis pada masa depan “Aku”. Linda dan Lisa merupakan dua gadis yang akan menjadi jodoh terhadap masa depan “Aku”. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan mereka tersendiri.“Aku” tidak dapat membuat keputusan muktamad dan mahu berjumpa dengan gadis-gadis tersebut.Kemudiannya hati “Aku” lebih dekat kepada Lisa.

Ketika “Aku” turut diperkenalkan bakal anak lelakinya bernama Azmi yang dianggarkan berumur 4-5 tahun. Namun anak lelaki yang telah dikenali ini hanya akan dimiliki jika “Aku” berkahwin dengan Linda. Jika berkahwin dengan Lisa, maka dia akan mendapat anak lelaki lain pula. Namun yang menjadikan “Aku” telah menyayangi Azmi setelah mengenali Azmi.Hal ini menyebabkan “Aku” sukar membuat pilihan. Hal ini dapat dilihat dalam petikan berikut: “Sejenak berfikir dalam kemelut yang aku cuba huraikan logik akalnya, aku membuat kesimpulan iaitu: antara aku, Lisa, Linda dan Azmi, kanak-kanak itu lebih berharga dari semuanya.” (“Pilihan”, 2016:91).

Hal ini jelas memperlihatkan bagaimana sikap memberontak pada diri manusia yang diwakili oleh Azmi.Kadang-kadang tanpa disedari, manusia bersikap memberontak pada takdir kehidupan mereka yang telah ditetapkan oleh Ilahi. Hal ini dapat dilihat daripada watak “Aku” yang jelas memperlihatkan sikapnya yang tidak mahu akur kepada takdir masa depan. Jika manusia itu mengetahui masa depan mereka, maka sudah tentulah sukar untuk mereka memilih perkara yang terbaik. Kadang-kadang semua yang disuguhkan kepada mereka dalam takdir dirasakan sebagai suatu perkara yang terbaik dalam kehidupan mereka sehingga menyukarkan “pilihan” dilakukan.Sikap memberontak ini sesuai dengan ciri

Page 12: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem

kebebasan berkarya ini memenuhi ciri mengenai belajar melalui pengalaman (Experiential), iaitu mereka suka meneroka atau melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri daripada diberitahu untuk melakukan sesuatu perkara(Diana G. Oblinger & James L. Oblinger (Eds.), 2005).

Karya sebagai Wahana Luahan Perasaan

Cerpen Rumah Rama-rama mengetengahkan kesempitan hidup masyarakat di kota raya yang tinggal di rumah flat. Digambarkan dua watak, iaitu Azli yang masih bujang dan Wazir yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.Watak Azli seorang pegawai di operasi dengan gaji RM2, 800.00 dan Wazir yang melakukan dua pekerjaan dalam satu masa, iaitu penyelia stor dan penjual di pasar malam.Dalam hal ini, kedua-dua watak mempunyai keinginan untuk memiliki rumah yang lebih selesa dari tempat tinggal sekarang.Namun, disebabkan kesempitan hidup keinginan mereka tidak dapat dicapai.Malah, bagi mereka sistem yang dicipta oleh manusia dalam mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa tidak adil untuk semua. Contohnya digambarkan dalam petikan berikut:

Sistem alam semula jadi, menciptakan kehidupan yang mengcukup dan adil untuk semua yang tertakluk kepada sistem kesemulajadian itu.Tetapi manusia mencipta sistemnya sendiri dan menentang sistem alam semula jadi.Sistem manusia dicipta untuk menghidupakan segolongan kecil yang begitu berkuasa untuk memperguna dan mengabdikan golongan ramai.Sistem manusia mewujudkan ketidakadilan dan memporak peranda serta merontokkan kehidupan secara senyap dan tersembunyi.Wazir melihat kepompong kupu-kupu dan melihat seperti ada tembok halimunan yang memisahkan dua dunia; dunia yang dicipta oleh sistem manusia dan dunia sistem alam semula jadi(“Rumah Rama-rama”, 2016:175).

Petikan berikut mengambarkan ketidakpuasan hati Wazir terhadap sistem yang dicipta oleh manusia yang melanggar sistem alam semula jadi.Sistem-sistem ini hanya menguntung golongan yang berkuasa mengambil kesempatan terhadap golongan bawahan yang tidak mempunyai kuasa.Penulis cerpen memberikan perbandingan keinginan memiliki rumah seperti rama-rama yang boleh membina kepompongnya di mana-mana sahaja dan apabila menjadi rama-rama boleh berpindah ke tempat lain mengikut keselesaan. Dalam konteks ini, penulis menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kenaikan harga rumah yang tidak mampu untuk dimiliki oleh golongan sederhana.Kenaikan harga rumah hanya menguntungkan golongan yang kaya atau berkuasa yang membeli rumah dan menyewakan pula kepada golongan yang tidak berkemampuan.Oleh itu, cerpen “Rumah Rama-rama” ini merupakan luahan perasaan penulis terhadap kenaikan harga rumah yang diimpikan oleh setiap orang untuk memiliki rumah yang selesa.

Sindiran kepada golongan agama jelas terlihat dalam cerpen “Bahiyoh dan Mashitoh” karya Regina Ibrahim juga dilihat sebagai luahan perasaan oleh Generasi Z. Hal ini dapat dilihat dalam perenggan berikut:

“Kedua-duanya semakin kerap tampil di mana-mana media. Ayu jelita dan cara ikatan tudungnya menjadi ikutan anak-anak dara dan

Page 13: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem

suri rumah. Jangan beritahu pada sesiapa, tapi dandanan itu hasil olesan insan transgender.Susunan warna busana ditata oleh cik gayah sado.Jangan, usah diuar-uarkan, biarlah itu semua kekal di balik tabir sahaja.Seksualiti mereka tidak boleh digembar-gemburkan, nanti jadi rosak bangsa.Rasa bersalah pula pendakwah berdua itu apabila sering mengatakan transgender dilaknati tuhan bila mati.Bumi tidak terima.Keliru di akhirat dan macam-macam lagi.

Namun semuanya ditangani dengan sikap profesional. Untuk apa bermasam muka? Kau cari makan, aku juga cari makan. Lagi pula soal hidup transgender adalah topik pancingan mudah, seronok menerakakan orang atas nama panduan sewaktu hidup. Ketawa penonton tak kering gusi, rating tinggi dipenuhi.Gaya juga semakin ranggi” (Bahiyoh dan Mashitoh, 2017:145-146).

Petikan yang telah diberikan dengan jelas menunjukkanluahan rasa ketidakpuasan hati kepada golongan agama seperti watak Bahiyoh dan Mashitoh.Bahiyoh dan Mashitoh digambarkan sebagai golongan beragama yang digelar ustazah dan dikenali oleh ramai orang.Mereka sering kali tampil di kaca televisyen memberikan ceramah berkaitan halal dan haram sesuatu perkara.Namun begitu, kedua-dua mereka ini telah bekerjasama dengan insan yang digelar transgender.Transgender (harafian bahasa Melayu "antara jantina"), ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada individu yang mungkin bertindak, berfikir, mempunyai perasaan atau ketrampilan yang berbeza daripada jantina lahir atau biologi mereka.Transgender bukan orientasi seks kerana seseorang transgender mungkin seorang yang heteroseksual, homoseksual,biseksual, aseksual atau sebagainya(https://ms.wikipedia.org/wiki/Transgender).

Insan transgender yang terdapat dalam cerpen “Bahiyah dan Mashitoh” ini merupakan jurumekap serta pereka fesyen (Cik Gayah Sado) yang sering menghias dan kedua-dua orang ustazah ini.Petikan yang telah diberikan juga ada mengatakan bahawa ustazah ini melahirkan perasaan menyesal dan bersalah apabila sering mengatakan bahawa transgender dilaknati Tuhan apabila mati.Penulis menggambarkan di sini bahawa kedua-dua pendakwah atau ustazah ini tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan ikhlas terhadap agama. Umpama mereka bercakap isu tersebut namun tidak dikotakan apa yang diperkatakan.

Selain itu,sindiran terhadap golonganjugadilihat dalam rancangan realiti yang berbentuk keagamaan.Program realiti semakin hangat dan telah menjadi trend masa kini daripada program berasaskan islamik seperti Imam muda sehinggalah program yang berbentuk hiburan seperti Akademi Fantasia. Program seperti semakin meluas seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Rancangan televisyen realiti (reality TV atau reality show) ialah satu genre rancangan televisyen yang mempersembahkan situasi dramatik atau humor yang dikatakan tidak berskrip, merakamkan peristiwa sebenar, menampilkan orang biasa dan bukannya pelakon profesional.Meskipun genre ini telah lama wujud dalam pelbagai bentuk sejak tahun-tahun awal televisyen, istilah "televisyen realiti" paling kerap digunakan untuk merujuk kepada rancangan-rancangan yang disiarkan sejak tahun 2000.Dokumentari dan rancangan bukan fiksyen seperti berita dan rancangan sukan biasanya tidak dikelaskan sebagai rancangan realiti (https://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_televisyen_realiti).Dalam cerpen “Bahiyoh dan Mashitoh” ini juga terdapat petikan yang seolah-olah menyindir

Page 14: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem

golongan agama yang terdapat dalam rancangan realiti televisyen seperti rancangan “Imam Muda dan Pencetus Ummah”. Ustaz dan Ustazah yang terdapat dalam rancangan realiti televisyen ini melakukan pelbagai cara untuk menarik minat para penonton mengundi mereka.

“Peminat kini sudah beralih arah.Mereka bosan menanti Bahiyoh dan Mashitoh.Apa yang mahu dihairankan, ada banyak rancangan realiti menanti. Ustazah-ustazah muda dan ustaz kacak lembut bergaya ada… tinggal mahu VOTE sahaja dengan telefon bimbit.Seronok melihat tangisan dan lakonan mereka sambil berdakwah, ada unsur-unsur suspens, ada artis menjadi juri – artis yang ada sejarah hebat, tentunya.Ini sesuatu yang menarik, baru orang kata ‘ada pembaharuan’.Rupa-rupanya bidang ini juga ada pasang surutnya. Sama seperti dunia para pelakon, peragawati dan selebriti lain. Oh! Tuhan, hebatnya dunia! (Bahiyoh dan Mashitoh, 2017:150-151).

Berdasarkan petikan di atas, penulis telah membuat tafsirannya bahawa kehidupan para ustaz dan ustazah yang terlibat dalam bidang keagamaan ini juga mempunyai pasang surutnya seperti golongan artis dan selebriti.Bagi penulis tidak ada bezanya kehidupan para golongan agama ini dengan kehidupan artis dan selebriti di Malaysia.Cerpen “Bahiyoh dan Mashitoh” ini diakhiri dengan kehilangan Bahiyoh dan Mashitoh dari dunia penyiaran.Kedua-dua personaliti ini akhirnya mengalami nasib yang tidak baik.Akibat terlampau sibuk dengan pelbagai urusan duniawi, mereka mengalami masalah rumah tangga.Si suami telah menduakan mereka tanpa mereka sedari. Petikan ini jelas menunjukkan penulis ini meluahkan bahawa kehidupan seorang penceramah, mahupun ustaz atau ustazah tidak terlepas daripada mengalami masalah seperti manusia yang lain. Pelbagai ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah SWT.Malahan ujian dan dugaan terhadap ustaz dan ustazah ini lebih berat daripada ujian manusia biasa.

Selain golongon agama, golongon pemimpin turut mendapat sindiran.Para pemimpin sibuk melakukan demonstrasi, namun kehadiran pendatang asing tetap juga meningkat sepanjang tahun.Akibat kedatangan pendatang asing yang terlalu ramai di negara kita sehinggakan mereka menguasai sebahagian besar pasar-pasar borong.

“Saja tanya sebab aku dengar semalam kecoh di KL pemimpin bani Melayu berhimpun buat demonstrasi untuk Rohingya. Terus teringat keadaan kau”

“Jangan risaulah, aku belum nak balik punya. Gaji kerja sini lagi sedap daripada gaji kerja kerani kau tu. Sini semua macam biasa je.Pasar borong pun masih kita punya.Kah kah kah.”Aun Ning taip dan hantar (“Fiximaximus”, 2016:154-155).

Petikan yang diberikan menunjukkan bahawa pendatang asing warga Myanmar telah menguasai sebahagian besar pasar borong yang terdapat di Kuala Lumpur.Kehidupan mereka di negara ini senang-lenang berbanding dengan di negara mereka sendiri.Misalnya gaji mereka di sini lebih tinggi berbanding dengan

Page 15: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem

gaji mereka bekerja di Myanmar. Mereka tidak lagi risau jika pemimpin Melayu berdemonstrasi kerana kehidupan mereka di sini tetap juga sama.

Cerita yang digarap dikatakan sebagai luahan perasaan golongan Generasi Z terhadap hal-hal yang tidak dapat diungkapkan secara langsung dalam kehidupan realiti.Misalnya dalam hubungan kekeluargaan, hubungan antara anak dengan orang tuanya perlu dijaga dan dititikberatkan untuk kesejahteraan kehidupan.Namun begitu, dalam cerpen “Ayah Kami yang Berjalan Senget” merupakan luahan perasaan atau rasa tidak puashati terhadap seorang bapa.Bapa disimbolkan dengan seekor ketam yang berjalan tidak betul.

“Tiada siapa menyangka ayah menjadi ketam, dan kami beranggapan itu petanda bahawa aya masih belum cukup beramal.Mungkin juga ada kaitan dengan apa yang ayah buat di atas kapal mewah di perairan Caribbean”(Ayah Kami yang Berjalan Senget, 2016:13).

Daripada contoh petikan di atas, watak ayah diberi simbol sebagai seekor ketam selepas ayahnya terlibat dengan kemalangan kapal karam di perairan Caribbean.Sejak kemalangan tersebut mereka tidak mendengar khabar berita tentang ayahnya, sehingga pada suatu hari mereka menyedari bahawa ketam yang dibeli oleh ibunya dari pasar itu seakan-akan merenung seperti pandangan bapanya.Sejak itu mereka menganggap ketam itu bapa mereka dan memeliharanya dalam akuarium. Segala aktiviti hariannya akan dilakukan bersama ketam tersebut.

Seterusnya, persoalan tentang perkahwinan antara negara yang diatur atau menggunakan orang tengah turut dilontarkan dalam cerpen “Jarak Dekat”.Wanlin dari Ho Chi Minh, China telah berkahwin dengan isterinya dari Hanoi, Vietnam yang dikenali melalui agenda mencari jodoh yang dicarinya melalui internet. Bagi Wanlin, gadis senegaranya lebih sukar untuk didekati dan tamakkan harta. Bukan sedikit Wanlin mengeluarkan wang untuk mendapatkan seorang isteri.Wanlin bertekad untuk berkahwin dengan gadis Vietnam walaupun mendengar pelbagai perkara yang negative tentang perkahwinan melalui agensi seperti penipuan, pengantin perempuan lari dan sebagainya.Perkahwinan dengan gadis Vietnam yang diatur oleh agensi bukan menjadi perkara yang asing di Malaysia.Malahan terdapat banyak penipuan yang berlaku dalam perkahwinan ini. Dalam Utusan Online (2010), seorang pemandu lori kerugian RM7,000selepas tidak dapat berkahwin dengan wanita idamannya dari Vietnam walaupun pada awalnya dijanjikan demikian oleh sebuah egen mencari jodoh. Lee Law Oh, 50, bukan sahaja telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM5,000, tetapi turut membelanjakan RM2,000 untuk bakal isterinya, Nguyen Thi Rot sepanjang dua kali pertemuan dengan wanita itu sejak April tahun lalu.

Dalam cerpen “Jarak Dekat”, Wanlin ditipu oleh isterinya dengan mengatakan bahawa dia mahu mengikut Wanlin ke bandar untuk mengepos surat ke kampung. Selepas menghantar isterinya mengepos surat di Pejabat Pos, Wanlin kembali ke tempat dia menjaja sayur-sayuran tidak jauh dari pejabat pos. Namun sehingga malam, isterinya tidak muncul-muncul. Isterinya yang sarat mengandung tidak balik ke rumahnya lagi.Tidak beberapa lama kemudian Wanlin mendapat panggilan ugutan daripada seseorang yang tidak dikenalinya.Wanlin diminta membayar

Page 16: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem

RM200, 000.00 jika mahu isteri dan anaknya kembali ke pangkuannya.Wanlin dan kedua-dua ibu bapanya bertungkus-lumus mengumpulkan wang sehingga sanggup meminjam awing daripada saudara-mara dan kawan-kawan.Akhirnya wang bertukar tangan dan isteri serta anaknya kembali ke kampung Wanlin.Hal ini merupakan suatu lagi bentuk penipuan licik yang dijalankan oleh agensi mencari jodoh bagi memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.

Sehubungan itu dapat dikatakan bahawa Generasi Z menggunakan karya kreatif sebagai wahana luahan perasaan yang tidak dapat disampaikan secara langsung kepada masyarakat sekeliling. Berhubung contoh di atas, rasa ketidakpuasan hati kepada sikap seorang bapa, maka diberikan simbol dan perwatakan yang tidak sesuai dan menyalahi norma kesopanan masyarakat. Dalam hal ini,Siti Mahani & Nazlinda, (2015) ada menjelaskan bahawa golongan ini sangat bergantung kepada teknologi dalam kehidupan mereka dan tidak memberi fokus kepada aspek dan nilai kekeluargaan.Dalam hal ini karya Generasi Z lebih bersikap terbuka yang memperlihatkan ciri sosial, sifat keterbukaan dan menerima perbezaan dalam komunikasi (Diana G. Oblinger & James L. Oblinger (Eds.), 2005).

Gaya Bahasa

Gaya bahasa yang ditonjolkan dalam cerpen Generasi Z lebih bersifat mudah dihayati pembaca.Namun demikian, terdapat juga cerpen yang mempunyai unsur-unsur yang tersirat di sebalik cerita yang dipaparkan.Unsur-unsur simbolik jelas diperlihatkan dalam “Pahlawan Staphylococcus” yang memperlihatkan sikap tidak mudah berputus asa dalam kehidupan.Cerpen “Pahlawan Staphylococcus” merupakan satu luahan kehendak Generasi Z yang tidak mudah putus asa dalam menjalani kehidupan.Kisah yang dipaparkan dalam cerpen tersebut mengenai sejenis virus, iaitu Staphylococcus yang berjuang meneruskan kehidupan di dalam sebuah balang silinder yang terletak di dalam makmal.Watak virus Staphylococcus merupakan simbolik kepada sifat-sifat manusia yang berjuang untuk meneruskan kehidupan. Contohnya dapat dilihat dalam petikan berikut:

Kami makin lemah.Kami tidak berdaya untuk membalas isyarat itu.“Jika kamu semua masih di sana, gagahkan diri untuk keluar dari celah rekahan itu.Kerja ini memang sukar dan mencabar tetapi kita keturunan pathogen, harus kuat.Tidak perlu khuatir tentang kenaikan suhu.Keturunan kita pernah hidup dalam suhu yang lebih tinggi daripada ini(Pahlawan Staphylococcus, 2016: 239-240).

Seterusnya, sikap tidak berputus asa manusia digambarkan secara simbolik melalui virus Staphylococcus yang cuba melepaskan diri dari kurungan silinder apabila terdapat rekahan atau pecahan di dinding selindir. Hal ini merupakan satu luahan perasaan dan nasihat Generasi Z supaya tidak mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan.Dugaan dan cabaran harus diharungi kerana pasti ada jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah yang dihadapi. Dalam konteks ini, seseorang yang tidak mudah berputus asa akan mencapai kejayaan selepas menghadapai cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Hal ini

Page 17: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem

digambarkan dalam cerpen “Pahlawan Staphylococcus” seperti dalam petikan berikut:

“Staphylophy, awak semua pilihlah bahagian yang disukai, bermukimlah di tempat itu dan membiaklah.Selepas lapan jam, hadirkan diri awak semua ke salur respiratori manusia perumah ini. Kita rencanakan serangan koloni bakteria terhebat dalam sejarah kerajaan Prokaryota…

Kami akan buktikan, walaupun bersaiz mikro, kami mampu menumbangkan seluruh populasi manusia di Bumi!(“Pahlawan Staphylococcus”, 2016:241).

Akhirnya, virus Staphylococcus telah berjaya keluar dari kurungan silinder.Virus Staphylococcus yang bersaiz mikro mampu menyebarkan serangan penyakit kepada manusia sehingga sukar diubati.Cerita dalam cerpen ini jelas merupakan simbolik sikap Generasi Zyang tidak mudah berputus asa.Walaupun Generasi Z merupakan generasi baru, namun mereka mampu untuk membukti kejayaan atau mengharungi kehidupan dengan mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Penulisan cerpen dalam antologi terbaik Fixi ini juga memaparkan gaya bahasa perbandingan yang sesuai dengan peristiwa yang diceritakan. Namun begitu, gaya bahasa perbandingan digunakan adalah berbeza daripada gaya bahasa perbandingan yang ditemui dalam cerpen-cerpen arus perdana yang biasa dibaca. Perbandingan peristiwa atau objek dilakukan tanpa mengira sensitiviti masyarakat. Misalnya terdapat gaya bahasa perbandingan seperti berikut:

Ayam itu terlentok bagai gadis berahi di dada kekasihnya(“Seekor Ayam Kuning”, 2016:16).

Semua ayam-ayam di reban itu jadi mabuk seperti terkena candu kelas A1 yang biasa jadi hadiah kepada birokrat negara asing di Pakistan ketika mahu berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan di sana (“Seekor Ayam Kuning”, 2016:21).

Suaranya mengongoi-ngongoi macam Hindu berarak jenazah di Sungai Gedong(“Seekor Ayam Kuning”, 2016:22).

Ritma tangisan mereka itu macam bunyi polong Pontianak. Sayup-sayup dan mengerikan Hatinya yang rawan memandang bulan yang bersih terlihat seperti telur bujur.Kosong dan tiada lagu, tetapi kuning menyala(“Seekor Ayam Kuning”, 2016:23).

Pilihan gaya bahasa yang digunakan adalah berbeza daripada yang ditemui dalam cerpen-cerpen yang biasa dibaca. Berdasarkan contoh tersebut, pemilihan ungkapan-ungkapan yang digunakan adalah sekadar untuk menarik perhatian pembaca sahaja tanpa menitikberatkan soal makna dan nilai estetik.Hal ini memperlihatkan tentang ciri Generasi Z yang gemarkan perkara yang pantas atau

Page 18: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem

segera (Immediate), iaitu selalu mengharapkan keputusan yang cepat dalam memperolehi maklumat dan melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa (multitask). Oleh yang demikian, mereka lebih gemar sesuatu perkara yang disampaikan dalam komunikan sama ada lisan atau bacaan hendaklah cepat ditangkap, ditafsir dan difahami oleh mereka.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa kehendak Generasi Z dalam Cerpen Koleksi Terbaik 2016terlihat dengan jelas dari segi kebebasan berkarya, bersikap memberontak, karya sebagai wahana luahan perasaan, dan gaya bahasa. Hal ini memperlihatkan bahawa pemikiran Generasi Zyang lebih gemarkan penceritaan yang lebih bebas dan gaya bahasa yang mudah disampaikan walaupun ada kalanya bersifat simbolik. Mereka lebih mementingkan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca dalam karya sastera.Perkara seperti ini bersesuaian dengan kehendak Generasi Z yang sudah tentu lebih terdedah kepada arus kemodenan dan perkembangan teknologi yang pesat.Melalui teks kajian ini, maka dapat diberikan gambaran secara ringkas mengenai kehendak Generasi Z tersebut ditemui dalam analisis kajian terhadap kumpulan cerpen Cerpen Koleksi Terbaik 2016.

Bibliografi

Ainul Muaiyanah Sulaiman (Peny.). (2016). Cerpen Koleksi Terbaik 2016. Petaling Jaya: Buku Fixi.

Joyce M. Hawkins. (2011). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.

Hellen Chou Pratama. (2012). Cyber Smart Parenting. Bandung: PT. Visi Anugerah Indonesia Khotibul Umam.

Muhammad Rashidi Wahab & Siti Nur Hidayah Kusnin. “Laporan Awal: Sorotan Fenomena Penerbitan Buku Indie di Malaysia”. Retrieved on August 28, 2017,from http://www.jais.gov.my/sites/default/files/artikel_asas/rnd/Fenomena%20Buku%20Indie.pdf.

Diana G. Oblinger & James L. Oblinger (Eds.) (2005).Is Ii Age Or IT: First Steps Toward Understanding The Net Generation, In Educating The Net Generation. Retrieved on August 28, 2017, from https://www.educause.edu/ir/library/pdf/pub7101.pdf .

Taspcott, Don. (2008). Grownup Digital: How the Net Generation is Changing Your World.McGraw-Hill.

Sinar Harian, 19 Mac 2016.Retrieved on August 30, 2017,from http://www.sinarharian.com.

Siti Mahani binti Muhazir &Nazlinda binti Ismail. (2015). “Generasi Z: Tenaga Kerja Baru dan Cabarannya”. Retrieved on September 1, 2017,from http://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2015/Generasi_Z.pdf.

Page 19: umexpert.um.edu.my · Web viewIstilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem

Utusan Online, 29 April 2010. “Habis RM7, 000, tetapi masih tidak dapat kahwin gadis Vietnam” Retrieved onSeptember 9, 2017,from http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_10.htm.