loo chiew hui · impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan...

24
PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER : PEMBANGUNAN LAMAN WEB SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I BAGI TAJUK STRUKTUR KAWALAN DAN PILIHAN LOO CHIEW HUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 12-Sep-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER : PEMBANGUNAN LAMAN WEB SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I BAGI TAJUK

STRUKTUR KAWALAN DAN PILIHAN

LOO CHIEW HUI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu
Page 3: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)”.

Tandatangan : …………………………………….

Nama Penyelia : CIK ZALEHA BT ABDULLAH

Tarikh : 17 April 2006

Page 4: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

i

PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER : PEMBANGUNAN LAMAN WEB SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I BAGI TAJUK

STRUKTUR KAWALAN DAN PILIHAN

LOO CHIEW HUI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2006

Page 5: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penuh : LOO CHIEW HUI

Tarikh : 17 APRIL 2006

Page 6: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

iii

Dedikasi kepada ibubapa dan keluarga saya yang sentiasa memberi

sokongan dan kasih sayang yang tidak terhingga.

Page 7: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

iv

PENGHARGAAN

Projek sarjana muda ini telah dihasilkan atas bantuan beberapa pihak.

Terutamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang ikhlas

kepada penyelia projek sarjana muda, Cik Zaleha Binti Abdullah atas segala tunjuk

ajar, bimbingan dan cadangan bernas yang diberikan sepanjang tempoh penghasilan

projek ini.

Penghargaan istimewa ditujukan kepada keluarga saya yang memberikan

sokongan dan kasih sayang yang membolehkan saya menyelesaikan projek ini

dengan tabah hati.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan pihak-pihak secara langsung atau

tidak langsung di atas bantuan, idea dan kerjasama sepanjang tempoh projek sarjana

muda ini.

Page 8: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

v

ABSTRAK

Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa

perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet,

ia dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan

tiga unsur penting iaitu, self-access, self- paced , dan self- directed. Laman web ini

akan menggalakkan pembelajaran kendiri pelajar pada bila-bila masa serta

pembekalan sumber maklumat yang mencukupi. Kumpulan sasaran laman web ini

adalah pelajar-pelajar dari Fakulti Pendidikan yang sedang mengikuti mata pelajaran

Bahasa Pengaturcaraan I. Objektif pembangunan laman web ini adalah untuk

membina satu laman web yang interaktif bagi meningkatkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran, menggalakkan pembelajaran secara kendiri. Laman

web ini dibina berlandaskan strategi tutorial, latih tubi, penyelesaian masalah serta

mengaplikasikan teori pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, laman web

ini dibangunkan dengan menggunakan perisian pengarangan seperti Macromedia

Dreamweaver MX dan beberapa sistem penggubahan sokongan yang lain seperti

Adobe Photoshop CS2 dan Macromedia Flash MX. Laman web yang terhasil

disebarkan ke internet supaya dapat dicapai di seluruh pelosok dunia.

Page 9: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

vi

ABSTRACT

The impact of globalisation and the evolving of the information technology

is leading to the changes of the teaching and learning process. The internet

technology will help in generating a brilliant learning environment which emphasize

on three important elements which are self-access, self-paced, and self-directed. This

website will encourage self learning among the students with the fully accessible

information resource at anytime. This web site is designated for students from

Education Faculty, Universiti Teknologi Malaysia, taking the Javascript

programming subject. The objectives of this web site are to produce an interactive

web site in order to improve the effectiveness of the teaching and learning process

and encouraging self-learning. This web site is built based on the tutorial, exercises

and problem-solving, with the application of the constructivism learning theory.

Besides, Macromedia Dreamweaver MX is used as the authoring tool in this web

site. The other softwares such as Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash MX

used to enrich the flow of the web site. The final outcome of the web site will be

uploaded to internet in order to be served by people all around the world.

Page 10: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT BORANG PENGESAHAN

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Projek 5

1.5 Persoalan Projek 6

1.6 Kepentingan Projek 6

1.7 Skop Projek 6

1.8 Takrifan Operasi 7

Page 11: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

viii

1.8.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer 7

1.8.2 Perisian 7

1.8.3 Laman Web 7

1.8.4 Bahasa Pengaturcaraan 7

1.8.5 Javascript 8

1.8.6 Kognitif 8

1.8.7 Domain Kognitif 8

1.9 Rumusan 9

2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 10

2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 11

2.3 Definisi Dan Kepentingan PBK 11

2.4 Jenis-Jenis PBK

2.4.1 Latihan Tubi 12

2.4.2 Tutorial 12

2.4.3 Simulasi 13

2.4.4 Permainan Berpendidikan 13

2.4.5 Penyelesaian masalah 13

2.5 Ciri-ciri PBK yang Baik 14

2.6 Kajian-kajian Terdahulu 14

2.7 Teori-teori Pembelajaran 15

2.7.1 Teori Pembelajaran Behaviourisme 16

2.7.2 Teori Pembelajaran Kognitivisme 16

2.7.3 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 17

2.8 Model-model Rekabentuk Laman Web 18

2.8.1 Model Hannafin & Peck 21

Page 12: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

ix

2.8.1.1 Fasa Analisa Keperluan 21

2.8.1.2 Fasa Rekabentuk 22

2.8.1.3 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 22

2.8.2 Model ADDIE

2.9 Rumusan 23

3 REKABENTUK LAMAN WEB

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Laman Web Secara Am 25

3.3 Rekabentuk Laman Web Secara Khusus 26

3.3.1 Rekabentuk Informasi 26

3.3.1.1 Pemilihan Strategi 27

Pengajaran Dalam

Laman Web

3.3.1.2 Aplikasi Teori 29

Pembelajaran Dalam

Laman Web

3.3.1.3 Spesifikasi Pengguna 30

Laman Web

3.3.2 Rekabentuk Interaksi 31

3.3.3 Rekabentuk Antaramuka 33

atau Persembahan

3.4 Speksifikasi Perkakasan 34

3.4.1 Spesifikasi Perkakasan Pembangunan 34

3.4.2 Spesifikasi Perkakasan Mainbalik 35

3.4.3 Spesifikasi Laman Web 35

3.5 Rumusan 36

Page 13: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

x

4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB

4.1 Pengenalan 37

4.2 Model Laman Web 38

4.3 Rekabentuk Am Laman Web 39

4.3.1 Laman Induk 39

4.3.2 Laman Nota 41

4.3.3 Laman Tutorial 42

4.3.4 Laman Kuiz 43

4.3.5 Laman Forum 45

4.3.6 Laman Maklum Balas 47

4.3.7 Laman Muat Turun dan Rangkaian 48

4.3.8 Laman Bantuan 49

4.4 Pempakejan dan Penyebaran 50 5 KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Perbincangan 52

5.3 Kekangan yang Dihadapi Semasa Pembangunan 53

Laman Web

5.3.1 Kekurangan Kepakaran 54

5.3.2 Kekurangan Masa 54

5.3.3 Kekurangan Sumber Bahan 54

5.4 Kekuatan Laman Web 55

5.5 Kelemahan Laman Web 56

5.6 Cadangan 57

5.6.1 Peruntukkan Tempoh Masa Yang Lebih 57

Panjang

Page 14: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

xi

5.6.2 Penambahan Audio 57

5.6.3 Memperbanyakkan Bilangan Soalan 57

5.6.4 Menjalankan Pengujian Ke Atas 58

Laman Web

5.6.5 Penggunaan Grafik Yang Menarik 58

5.7 Kesimpulan 58

RUJUKAN 60

LAMPIRAN

A 65

B 67

Page 15: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

xii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Model Rekabentuk Instruksi Bersistem 19

Hannafin Dan Peck

2.2 Model ADDIE 20

3.1 Aras Pemindahan Dan Penukaran Maklumat 27 4.1 Laman Induk 39 4.2 Laman Nota 41 4.3 Laman Tutorial 1 42 4.4 Laman Tutorial 2 42 4.5 Laman Kuiz 1 44 4.6 Laman Kuiz 2 44 4.7 Laman Forum 1 45 4.8 Laman Forum 2 45 4.9 Laman Maklum Balas 47 4.10 Laman Muat Turun 48 4.11 Laman Rangkaian 48 4.12 Laman Bantuan 49

Page 16: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

xiii

SENARAI SINGKATAN

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

LCD Liquid Crystal Displays

WWW World Wide Web

UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris

CAI Computer Assisted Instructions

IBM International Business Machines Corporation

SVGA Super Video Graphics Array

UTM Universiti Teknologi Malaysia

JPEG Joint Photographic Experts Group

GIF Graphics Interchange Format

Page 17: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta Alir 65

B Papan Cerita 67

Page 18: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Masyarakat Malaysia pada abad ke-21 merupakan masyarakat yang hidup

dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Masyarakat sangat

bergantung kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan,

dan pembaharuan serta penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting dalam

amalan hidup seharian. Penggerak utama kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu

pengetahuan dan penyebarannya menerusi teknologi maklumat dan komunikasi atau

information technology and communication (ICT). Oleh kerana kuatnya

pergantungan kepada teknologi maklumat itu, maka abad ke-21, dicirikan sebagai

abad teknologi maklumat dan komunikasi.

Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat menuntut agar

beberapa perubahan dibuat di dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara

akan bertambah baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan

motivasi untuk belajar, di samping mempercepatkan proses belajar.

Kualiti pendidikan negara akan bertambah baik jika ICT digunakan kerana ia

boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar, di samping mempercepatkan

proses belajar. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi menukar secara

besar-besaran cara pelajar menimba, mengguna dan mengedarkan ilmu pengetahuan.

Dengan sendirinya ini membolehkan pelajar bersedia untuk bersaing secara global.

Page 19: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

2

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyesuaikan diri dengan perubahan

ini dengan memperluaskan penggunaan ICT di sekolah dan di institusi pendidikan

tinggi. Ini bermula dengan memperkenalkan subjek-subjek berkaitan seperti

Perkomputeran dan Teknologi Maklumat untuk pelajar di peringkat menengah dan

mendirikan Sekolah Bestari untuk mendedahkan murid-murid dari peringkat rendah

lagi kepada komputer yang digunakan untuk proses mengajar dan belajar. Rata-rata

boleh dirumuskan bahawa kerajaan di Malaysia hari ini berusaha memberi

keutamaan dalam membentuk masyarakat bermaklumat dan berilmu menerusi

penggunaan ICT secara meluas dan menyeluruh. Pada tahun 2003 pula dasar Kementerian Pendidikan dalam penggunaan

Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik merancakkan lagi

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dunia pendidikan di mana

sebanyak 5 bilion ringgit telah diperuntukkan untuk melakasanakan pengajaran

matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris. Ini termasuk membekalkan alat ICT di

sekolah seperti Projektor LCD dan komputer ‘notebook’ (Berita Harian, 20 Julai,

2002)

Menyedari hakikat ini, lebih ramai tenaga pengajar di institusi pendidikan

mengorak langkah seiring dengan zaman ledakan maklumat dengan membina

perisian-perisian kursus serta laman-laman web untuk membantu dan mengubah

corak pengajaran dan pembelajaran ke arah pembelajaran berasaskan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT).

Keadaan ini bersesuaian dengan peranan guru masa kini yang mengalami

transformasi dari seorang pembawa dan penyampai maklumat kepada seorang

pengurus, jurulatih dan fasilitator (Gallo & Houton, 1994; Killian, 1995).

Era teknologi maklumat, World Wide Web (WWW) telah menjadikan

internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan

bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara

luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan

Page 20: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

3

sendiri. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai

laman mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah

sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan kepada

pengguna untuk tujuan e-pembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002).

Ini berbeza dengan cara tradisional dimana kosnya lebih mahal untuk membeli buku,

jurnal dan sebagainya. Bahan yang terdapat dalam internet juga mudah dikemaskini

dan maklumatnya terkini. Ini bermakna penggguna khususnya pelajar dan guru

dapat mencari maklumat yang terkini. Oleh sebab itu, kemajuan canggih yang

mampu menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah memudahkan pemindahan

dan tranformasi maklumat ini, bergerak dan berlaku dalam ruang siber atau maya

yang tiada lokasinya, kini semakin menjadi realiti dalam dunia pendidikan di

Malaysia (Azwan & Rozita. 2002).

1.2 Latar Belakang Masalah Pengajaran dan pembelajaran secara teori memberikan pendedahan awal

kepada pelajar mengenai bahasa pengaturcaraan Javascript. Pelajar akan mendapat

pengalaman baru dan membandingkan pengalaman sedia ada untuk mengekalkan

konsep tersebut.

Penemuan dan pengekalan konsep yang dipelajari akan diaplikasikan ke

dalam praktikal (Jerome Bruner 1989). Pembelajaran secara penemuan berlaku

apabila pelajar dapat menghubungkan isi dan struktur yang dipelajari. Pembelajaran

domain kognitif ini lebih menekan kepada perkembangan dan pengekalan kebolehan

yang dipersepsikan oleh pelajar itu sendiri (Bandura 1986). Ini adalah wajar satu

teori diperkukuhkan kefahamannya bagi memudahkan pelaksanaan praktikal

dijalankan secara teratur.

Menurut, Rosenberg (2000), multimedia dapat menambahkan nilai dalam

pengajaran dan pembelajaran tetapi dengan hanya menambahkan multimedia kepada

program pembelajaran yang tidak berkualiti, ianya tidak dapat meningkatkan kualiti

Page 21: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

4

pembelajaran. Teknologi hanyalah suatu faktor pemangkin ke arah

mempercepatkan proses keberkesanannya, manakala kemahiran dari aspek pedagogi

serta psikologi adalah diperlukan. Oleh itu, ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi

dan teknologi harus dapat diintegrasikan dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini

harus dilakukan secara berterusan ke arah melahirkan pelajar yang berfikiran kritis

dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti mana yang

dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Sementara Wiburg (1997) pula mengatakan bahawa untuk membina,

membangun dan mengintegrasi sumber-sumber multimedia agak sukar walaupun

mempunyai kemahuan menggunakan teknologi dalam pengajaran, mempunyai

kemahiran teknikal tetapi masa dan sumber yang terhad akan terus menjadi

penghalang utama dalam dunia digital.

Menurut kajian Marinah dan Ramlee (2003), 96.2% daripada responden yang

mengikuti program pengurusan perniagaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris

(UPSI) menggunakan web sebagai media pembelajaran dan sangat bersetuju bahawa

web tersebut sangat berfaedah kepada pembelajaran mereka kerana kuliah di bilik

darjah dapat disokong dengan maklumat, nota dan arahan yang dimasukkan ke

dalam web ICT yang dibina. Manakala dapatan kajian Inoue (1999-2000),

penggunaan web adalah pelengkap berkesan kepada kuliah tradisional.

Setelah mengenalpasti masalah yang diutarakan tadi, pengkaji akan

membangunkan satu laman web yang mengintegrasikan pelbagai elemen multimedia

untuk memberangsangkan proses pengajaran dan pembelajaran. Laman web ini

akan menggalakkan pembelajaran kendiri pelajar pada bila-bila masa serta

pembekalan sumber maklumat yang mencukupi.

Page 22: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

5

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian yang mendalam dengan menetapkan teori-teori pembelajaran yang

betul adalah sangat penting. Ia diperlukan untuk membantu penggunaan bahan-

bahan yang sesuai untuk mencapai objektif pengajaran. Teori-teori pembelajaran

yang sesuai juga dapat menentukan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan

berkesan.

Pendedahan kepada teori bagi sesuatu latihan pratikal bahasa pengaturcaraan

Javascript ditunjuk cara oleh guru. Tahap kebolehan pelajar yang berbeza dalam

membentuk konsep memerlukan pertolongan dan bimbingan guru. Ini mengambil

masa yang lama dan memerlukan latihan berulang-ulang kali untuk mencapai

objektif pengajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak akan

berlaku secara serentak di antara semua pelajar.

Untuk mengatasi masalah ini, pembangun membangunkan satu laman web

berasaskan pembelajaran berbantukan komputer mengenai tajuk bahasa

pengaturcaraan Javascript untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Tugas

pendidik adalah sebagai fasilitator kepada pelajar. Pelajar dapat menguasai teori

bagi sesuatu latihan praktikal bahasa pengaturcaraan Javascript secara pembelajaran

kendiri .

1.4 Objektif Projek

Objektif utama projek ini adalah untuk menghasilkan satu laman web

multimedia yang bertajuk pembelajaran berbantukan komputer : Bahasa

pengaturcaraan Javascript bagi sub tajuk struktur kawalan dan pilihan if, if-else,

nested if untuk kegunaan semua pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia yang mengambil mata pelajaran Bahasa Pengaturcaraan I.

Page 23: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

6

1.5 Persoalan Projek

1. Adakah laman web yang dibangunkan akan memudahkan

pembelajaran kendiri pelajar.

2. Adakah laman web yang dibangunkan akan membantu pelajar lebih

memahami konsep bahasa pengaturcaraan javascript tentang tajuk

struktur dan pilihan.

3. Adakan laman web ini memudahkan pengajaran pensyarah mengenai

tajuk tersebut.

1.6 Kepentingan Projek Dengan adanya laman web ini, proses penyampaian maklumat dalam mata

pelajaran bahasa pengaturcaraan I akan dipermudahkan. Capaian maklumat boleh

dilakukan pada bila-bila masa. Di samping itu, ia dapat menarik minat dan

menyenangkan pemahaman pelajar kerana mereka dapat melihat dengan lebih jelas

bagaimana sesuatu komponen beroperasi jika dibandingkan dengan menggunakan

cara pembayangan.

1.7 Skop Projek

Laman web pembelajaran berbantukan komputer yang menggunakan

komputer multimedia dan laman web ini boleh disesuaikan penggunaannya di

Universiti Teknologi Malaysia yang menggalakkan penggunaan e-pembelajaran (e-

learning). Walau bagaimanapun, laman web ini juga sesuai digunakan untuk

sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjalankan

pendidikan berkonsepkan Literasi Komputer yang mengandungi tajuk bahasa

pengaturcaraan.

Page 24: LOO CHIEW HUI · Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi internet, ia dapat membantu

7

1.8 Takrifan Operasi : 1.8.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer

Pembelajaran Berbantukan Komputer bermaksud pembelajaran yang

melibatkan pelajar dan juga komputer di mana unsur interaktif sangat diutamakan.

Para pelajar akan terlibat secara aktif semasa pembelajaran, berinteraksi dengan

komputer untuk mendapatkan maklum balas bagi pembelajaran mereka.

1.8.2 Perisian

Perisian adalah program komputer yang digunakan dalam komputer dan

dapat berfungsi dalam sistem komputer seperti Window 98, Window ME dan

Window XP

1.8.3 Laman Web Tim Berners-Lee, yang meneroka penggunaan hiperteks untuk pengkongsian

maklumat, mencipta pelayar jaring pertama, dikenali sebagai World Wide Web,

pada tahun 1990 dan memperkenalkannya kepada rakan di CERN pada March 1991.

Semenjak itu pembangunan pelayar jaring tidak dapat dipisahkan dari pembangunan

jaring itu sendiri. Jaringan besar dokument berkait ini dikenali sebagai World Wide

Web.

1.8.4 Bahasa Pengaturcaraan

Bahasa pengaturcaraan atau bahasa komputer ialah teknik komunikasi piawai

untuk menjelaskan arahan kepada komputer. Ia merupakan satu set peraturan