hentikan pembunuhan di gaza! - sosialisalternatif.org · raya untuk pulang beraya ke kam - pung...

12
ISU KE - 8 AUG - SEP 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3 eramai 1.8 juta orang yang terperangkap atau dikepung di jalur Gaza telah diserang kejam dari udara, laut dan darat. Keganasan perang di daerah yang padat den- gan penduduk ini sekali lagi telah mendapat perhatian dan men- jana kemarahan di seluruh dunia. Sehingga 14 Julai sahaja, tentera Israel telah melakukan 1,474 serangan ke atas sasaran di Gaza, menjatuhkan lebih 2000 tan bahan letupan dalam tempoh seminggu. Kerosakan yang ber- laku amat mengerikan dengan bilangan kematian di Gaza kini melebihi 1900 orang. Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Ber- satu, lebih 75% daripada yang terkorban adalah orang awam dan sekurang-kurangnya 32 orang daripada mereka adalah kanak-kanak. Masyarakat Arab yang menyambut bulan Rama- dan mengalami kekejaman yang tidak dapat dibayangkan dan ramai yang kehilangan tempat tinggal akibat pengeboman itu. Dalam satu serangan, 17 orang daripada keluarga yang sama tel- ah terbunuh. Rumah penjagaan bagi orang-orang kurang upaya juga telah dimusnahkan. Apakah jalan keluar daripada konflik ini? Demonstrasi anti-perang perlu dipertingkatkan di seluruh dunia termasuk di Israel - untuk me- nentang propaganda dan hasutan pemimpin nasionalis Israel dan menjelaskan bahawa pertump- ahan darah itu bukan untuk kepentingan rakyat biasa Israel. Majoriti rakyat Israel menyokong penubuhan sebuah negara Pal- estin yang merdeka dan ingin menarik balik penempatan pen- eroka Yahudi di wilayah tersebut. Walau bagaimanapun, kerajaan Netanyahu menggu- nakan pembunuhan tiga remaja Israel dan serangan roket baru- baru ini untuk mengukuhkan lagi propaganda perkauman dan meningkatkan penindasan, yang pasti tidak akan membawa kea- manan dan keselamatan bagi rakyat biasa di Israel. Malangnya, para pem- impin politik pro-kapitalis pada kedua-dua pihak Israel dan Pal- estin tidak mempunyai program yang mampu mengakhiri kita- ran pertumpahan darah ini. Se- baliknya, rakyat Palestin perlu membina organisasi akar umbi mereka sendiri yang demokratik yang dapat menganjurkan per- tahanan dan mengambil inisiatif serangan yang berdasarkan per- juangan massa terhadap sekatan dan rampasan tanah. Di Israel, berikutan gera- kan sosial yang telah melibatkan ratusan ribu orang pada tahun 2011, sebuah parti pekerja baru diperlukan bagi memajukan aspi- rasi pergerakan itu secara kukuh. Ia perlu membawa kehadapan dan berjuang demi tuntutan ke- las pekerja dan rakyat biasa sep- erti perumahan, infrastruktur, perkhidmatan dan pekerjaan yang baik. Satu-satunya cara untuk men- cabar dan mencampak keluar agenda parti-parti kapitalis dan membawa agenda rakyat biasa di rantau ini adalah dengan pem- binaan parti pekerja massa yang kukuh. Ini mampu menjadi la- luan untuk membina sebuah ne- gara Palestin sosialis dan negara Israel sosialis sebagai sebahagian daripada konfederasi sosialis di Timur Tengah, menanam benih untuk masa depan yang bebas daripada peperangan, keganasan dan kemiskinan. Bersatu menentang keganasan perkauman Beratus-ratus orang Yahudi dan orang Arab berkumpul di Haifa, Israel pada 5 Julai lalu dalam demonstrasi yang dianjurkan untuk mengutuk dan menen- tang demonstrasi golongan kon- servatif sebelum ini yang telah menghasut dan bersifat perkau- man terhadap orang-orang Arab. Antara penceramah pada demonstrasi perpaduan itu ada- lah Shay Galy daripada Gera- kan Perjuangan Sosialis (CWI), berucap bahawa bagaimana dalam tempoh rundingan aman, dalam tempoh kurang dari sem- bilan bulan, kerajaan telah ber- jaya meluluskan pembinaan 13,000 rumah baru di kawasan penempatan haram, memus- nahkan lebih 500 rumah rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, mem- bunuh 61 orang dan menced- erakan 1,100 rakyat Palestin. Shay juga menyeru: “Hentikan serangan ketenter- aan di Gaza dan penindasan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur. Kami menuntut perlind- ungan dan hak sama rata untuk rakyat Palestin dan Israel”. Hentikan Pembunuhan di Gaza! S

Upload: vuliem

Post on 08-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hentikan Pembunuhan di Gaza! - sosialisalternatif.org · raya untuk pulang beraya ke kam - pung halaman, namun tidak dilu - ... peperangan oleh kerajaan Israel dan pendudukan haram

ISU KE - 8 AUG - SEP 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

eramai 1.8 juta orang yang terperangkap atau dikepung di jalur Gaza telah diserang kejam dari

udara, laut dan darat. Keganasan perang di daerah yang padat den-gan penduduk ini sekali lagi telah mendapat perhatian dan men-jana kemarahan di seluruh dunia. Sehingga 14 Julai sahaja, tentera Israel telah melakukan 1,474 serangan ke atas sasaran di Gaza, menjatuhkan lebih 2000 tan bahan letupan dalam tempoh seminggu. Kerosakan yang ber-laku amat mengerikan dengan bilangan kematian di Gaza kini melebihi 1900 orang. Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Ber-satu, lebih 75% daripada yang terkorban adalah orang awam dan sekurang-kurangnya 32 orang daripada mereka adalah kanak-kanak. Masyarakat Arab yang menyambut bulan Rama-dan mengalami kekejaman yang tidak dapat dibayangkan dan ramai yang kehilangan tempat

tinggal akibat pengeboman itu. Dalam satu serangan, 17 orang daripada keluarga yang sama tel-ah terbunuh. Rumah penjagaan bagi orang-orang kurang upaya juga telah dimusnahkan.

Apakah jalan keluar daripada konflik ini?

Demonstrasi anti-perang perlu dipertingkatkan di seluruh dunia termasuk di Israel - untuk me-nentang propaganda dan hasutan pemimpin nasionalis Israel dan menjelaskan bahawa pertump-ahan darah itu bukan untuk kepentingan rakyat biasa Israel. Majoriti rakyat Israel menyokong penubuhan sebuah negara Pal-estin yang merdeka dan ingin menarik balik penempatan pen-eroka Yahudi di wilayah tersebut. Walau bagaimanapun, kerajaan Netanyahu menggu-nakan pembunuhan tiga remaja Israel dan serangan roket baru-baru ini untuk mengukuhkan

lagi propaganda perkauman dan meningkatkan penindasan, yang pasti tidak akan membawa kea-manan dan keselamatan bagi rakyat biasa di Israel. Malangnya, para pem-impin politik pro-kapitalis pada kedua-dua pihak Israel dan Pal-estin tidak mempunyai program yang mampu mengakhiri kita-ran pertumpahan darah ini. Se-baliknya, rakyat Palestin perlu membina organisasi akar umbi mereka sendiri yang demokratik yang dapat menganjurkan per-tahanan dan mengambil inisiatif serangan yang berdasarkan per-juangan massa terhadap sekatan dan rampasan tanah. Di Israel, berikutan gera-kan sosial yang telah melibatkan ratusan ribu orang pada tahun 2011, sebuah parti pekerja baru diperlukan bagi memajukan aspi-rasi pergerakan itu secara kukuh. Ia perlu membawa kehadapan dan berjuang demi tuntutan ke-las pekerja dan rakyat biasa sep-

erti perumahan, infrastruktur, perkhidmatan dan pekerjaan yang baik.

Satu-satunya cara untuk men-cabar dan mencampak keluar agenda parti-parti kapitalis dan membawa agenda rakyat biasa di rantau ini adalah dengan pem-binaan parti pekerja massa yang kukuh. Ini mampu menjadi la-luan untuk membina sebuah ne-gara Palestin sosialis dan negara Israel sosialis sebagai sebahagian daripada konfederasi sosialis di Timur Tengah, menanam benih untuk masa depan yang bebas daripada peperangan, keganasan dan kemiskinan.

Bersatu menentang keganasan perkauman

Beratus-ratus orang Yahudi dan orang Arab berkumpul di Haifa, Israel pada 5 Julai lalu dalam demonstrasi yang dianjurkan untuk mengutuk dan menen-

tang demonstrasi golongan kon-servatif sebelum ini yang telah menghasut dan bersifat perkau-man terhadap orang-orang Arab.

Antara penceramah pada demonstrasi perpaduan itu ada-lah Shay Galy daripada Gera-kan Perjuangan Sosialis (CWI), berucap bahawa bagaimana dalam tempoh rundingan aman, dalam tempoh kurang dari sem-bilan bulan, kerajaan telah ber-jaya meluluskan pembinaan 13,000 rumah baru di kawasan penempatan haram, memus-nahkan lebih 500 rumah rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, mem-bunuh 61 orang dan menced-erakan 1,100 rakyat Palestin. Shay juga menyeru: “Hentikan serangan ketenter-aan di Gaza dan penindasan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur. Kami menuntut perlind-ungan dan hak sama rata untuk rakyat Palestin dan Israel”.

Hentikan Pembunuhan di Gaza! S

Page 2: Hentikan Pembunuhan di Gaza! - sosialisalternatif.org · raya untuk pulang beraya ke kam - pung halaman, namun tidak dilu - ... peperangan oleh kerajaan Israel dan pendudukan haram

Bekerja di Bulan Ramadhan Zulhadzrin

2 SIDANG PENGARANG SOLIDARITI PEKERJA ISU KE - 8 AUG - SEP 2014

Bagi masyarakat Muslim, kehad-iran bulan Ramadhan pada setiap tahun memberi harapan baru buat mereka untuk melakukan amal kebajikan dan meningkat-kan amal ibadah, dengan ganja-ran pahala berlipat ganda sebagai motivasinya. Di dalam kesung-guhan berpuasa, pada realitinya aktiviti harian tetap juga perlu dilakukan seperti biasa. Bagi ma-joriti golongan kelas pekerja di Malaysia, aktiviti utama mereka sehari-harian adalah, BEKERJA, iaitu hampir separuh dari waktu mereka pada setiap hari diguna-kan untuk bekerja.Bagi mereka, puasa sememan-gnya bukan sesuatu yang boleh dijadikan alasan untuk tidak bekerja. Namun, apa yang perlu dinilai dengan terperinci adalah tentang bagaimana kebanyakan daripada golongan tersebut tidak

diberikan hak yang sewajarnya oleh majikan mereka. Terdapat majikan yang tidak peka dengan keadaan pekerja yang sedang ber-puasa, mendesak pekerja untuk mencapai sasaran kerja harian melalui kerahan tenaga dan masa yang lebih. Sasaran pengeluaran di kilang-kilang tetap tidak akan dikurang-kan hanya kerana pekerja se-dang berpuasa. Dan kerana ini adakalanya menyebabkan mereka terpaksa bekerja lebih masa dan seringkali menyebabkan waktu rehat mereka berkurang. Malah, terdapat ramai pekerja yang ter-paksa berbuka puasa di tempat kerja kerana beban kerja yang di-berikan majikan. Cuma di sebelah malam sahaja mereka diberikan kesempatan untuk melakukan aktiviti ibadah dan berehat. Ini merupakan antara cabaran yang

ditempuhi oleh golongan pekerja beragama Islam sepanjang bulan berkat ini.Bagi pekerja yang tinggal jauh dari tempat kerja, mereka adakalanya terpaksa berbuka puasa di dalam kereta yang tersangkut di dalam kesesakan jalan pulang selepas waktu bekerja. Amat jarang sekali majikan yang dilihat membenar-kan pekerja pulang awal untuk elak kesesakan lalu lintas dan memudahkan mereka untuk me-nyediakan juadah berbuka puasa di rumah. Namun, semua dugaan ini bu-kanlah apa-apa jika dibanding-kan dengan dugaan tidak dapat pulang beraya ke kampung hala-man sebelum hari raya. Terdapat ramai dari mereka yang memo-hon untuk bercuti awal sebelum raya untuk pulang beraya ke kam-pung halaman, namun tidak dilu-

luskan oleh majikan dan dipaksa untuk bekerja sehingga malam sebelum raya. Malah ada juga yang terpaksa bekerja di hari raya pertama disebabkan kekurangan tenaga kerja.Ketamakan majikan untuk men-gaut keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan hak dan kebajikan pekerja dengan je-las menerangkan kenapa semua

ini berlaku. Hak dan kebajikan golongan pekerja, tidak mengira warna kulit atau agama, harus dihormati oleh majikan. Tenaga dan masa pekerja yang dibeli oleh majikan dengan harga rendah tidak harus dieksploitasi. Majikan seharusnya peka dengan keperlu-an pekerja. Pekerja bukan mesin!

Gerakan Perjuangan Sosialis (CWI) di Israel-Palestin, terlibat dalam menyokong mogok dan perjuangan pekerja biasa di Israel dan Palestin, dan juga mengam-bil bahagian dalam demonstrasi bersama masyarakat Arab dan Yahudi untuk menentang pen-jajahan. Ia berhujah untuk idea-idea sosialis, dan pembinaan parti pekerja massa yang boleh menen-tang dan mengalahkan pihak kapitalis. Penubuhan negara Pal-estin sosialis dan Israel sosialis sebagai sebahagian daripada kon-federasi sosialis di Timur Tengah akan dapat menamatkan wabak pertumpahan darah di rantau ini

untuk selamanya.

1. Hentikan serangan dengan serta-merta! Tamatkan serangan peluru berpandu dan serangan lain di Gaza! Hentikan peperangan oleh kerajaan Israel dan pendudukan haram.

2. Bagi penamatan sekatan di Gaza, pengunduran tentera Is-rael dari wilayah Palestin dengan serta-merta. Konflik negara tidak boleh diselesaikan dengan cara ketenteraan.

3. Untuk satu perjuangan massa Palestin di bawah kawalan

demokratik mereka sendiri untuk berjuang bagi kebebasan nasional yang sebenar.

4. Bagi pertubuhan organ-isasi kelas pekerja massa yang bebas daripada kongkongan kapi-talis di Palestin dan Israel.

5. Untuk pertubuhan ne-gara demokratik sosialis Palestin dan demokratik sosialis Israel, dengan dua ibu kota di Jerusa-lem dan jaminan hak demokrasi untuk semua golongan minoriti, sebagai sebahagian daripada perjuangan untuk sosialis Timur Tengah dan keamanan serantau.

Isu kalimah Allah : satu lagi agenda pecah dan perintah Ravi

Pada beberapa tahun kebela-kangan ini, isu kalimah Allah telah mewujudkan kesangsian terhadap hak kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing dalam masyarakat berbi-lang kaum dan agama di Malay-sia. Tetapi apa yang jelas, rakyat biasa yang berbilang kaum dan agama ini ingin terus mengekal-kan sillaturahim dan keharmo-nian di kalangan mereka untuk

menghadapi situasi ekonomi dan so-sial yang semakin mencelarukan ke-hidupan mereka.

Selama ini, masyarakat be-ragama Islam dan Kristian yang di-kaitkan dalam isu

kalimah Allah ini hidup bersatu dan bertoleransi tanpa sebarang syak wasangka di antara mereka. Manakala, di negeri Sabah dan Sarawak pula, masyarakat ber-bilang keturunan dan agama selama ini telah membuktikan mereka boleh hidup bersaudara walaupun berbeza budaya dan kepercayaan.

Isu kalimah Allah telah diguna-kan untuk menyahut agenda par-ti-parti politik aliran kanan dan kumpulan-kumpulan konservatif yang selama ini berkonsepkan ke-pada sentimen agama dan kaum. Mereka sanggup mengapi-apikan sentimen agama semata-mata untuk mengekalkan sokongan politik daripada masyarakat yang kononnya diwakili oleh mereka. Ini bertujuan untuk memastikan kuasa politik dan ekonomi terus dikuasai oleh golongan-golongan elit dan kroni yang berhubung-kait dengan mereka, manakala kehidupan rakyat biasa yang se-makin tertekan dikaburkan den-gan sentimen agama dan kaum.

Pada ketika ini kelas pekerja dan rakyat biasa pelbagai kaum dan

agama sedang diancam dengan serangan terhadap hak sosial dan ekonomi mereka. Peningkatan taraf hidup akibat peningka-tan kos barangan keperluan dan perkhidmatan asas telah mening-katkan kesengsaraan hidup mere-ka. Ini adalah akibat daripada agenda kapitalis yang mement-ingkan keuntungan maksimum daripada peningkatan keper-luan dan hak rakyat. Yang jelas agenda kapitalis tersebut itu juga disokong oleh parti-parti poli-tik aliran kanan dan kumpulan-kumpulan konservatif. Mereka tidak memberikan penyelesa-ian alternatif kepada isu-isu asas rakyat untuk meningkatkan kep-erluan rakyat, sebaliknya terus mengikut rentak hasutan kapital-is dengan memainkan sentimen

agama dan kaum untuk mela-ga-lagakan rakyat biasa supaya mereka melupakan hak sosial dan ekonomi yang seharusnya mere-ka perolehi.

Solidariti Pekerja menyeru ke-pada rakyat biasa termasuk ke-las pekerja, kesatuan sekerja dan anak muda supaya tidak ter-jerat dalam agenda kapitalis dan pecah-perintah parti-parti poli-tik aliran kanan dan kumpulan-kumpulan konservatif tersebut. Kita harus terus membina soli-dariti di kalangan kelas pekerja dan anak muda berbilang kaum dan agama untuk berjuang ber-sama menghadapi ancaman dan kesengsaraan sosial dan ekonomi yang diwujudkan oleh kapitalis.

Penyelesaian Sosialis bagi Konflik Israel-Palestin Gerakan Perjuangan Sosialis Israel-Palestin

Page 3: Hentikan Pembunuhan di Gaza! - sosialisalternatif.org · raya untuk pulang beraya ke kam - pung halaman, namun tidak dilu - ... peperangan oleh kerajaan Israel dan pendudukan haram

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -8 AUG - SEP 2014 ANALISA EKONOMI 3

Mei lalu, Putrajaya dan kerajaan Selangor telah memutuskan un-tuk meneruskan pembinaan leb-uhraya Kinrara – Damansara Ex-pressway (Kidex) walaupun terus mendapat bantahan daripada rakyat biasa yang menduduki ka-wasan tersebut. Desakan kumpu-lan ‘Tidak kepada Kidex’ untuk memansuhkan projek tersebut telah memaksa beberapa ahli parlimen pembangkang seperti Nurul Izzah, Gobind Singh dan Tony Pua untuk mempersoal-kan ketelusan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Khalid Ibrahim dalam mempersetu-jui projek tersebut dengan tidak mengambilkira aspirasi penghuni kawasan Petaling Jaya dan Da-mansara.‘Tidak Kepada Kidex’ adalah se-buah kumpulan penduduk yang mewakili lebih 3000 penghuni Petaling Jaya yang akan mengha-dapi kesan buruk akibat pembi-

naan lebuhraya Kidex, dan mere-ka berhasrat untuk membantah projek tersebut. Jawatankuasa ini telah melancarkan pelbagai protes, mengumpul tandatangan bantahan dan menganjurkan per-jumpaan umum untuk membin-cangkan kesan projek Kidex. Lebuhraya bertingkat sepanjang 14.9 kilometer yang dijangka ber-mula tahun depan akan mengam-bil masa 4 tahun untuk disiapkan, dan akan menelan belanja seban-yak RM2.4 bilion. Dengan RM161 juta bagi setiap kilometer, ia akan menjadi lebuhraya yang termahal di Malaysia. Walaupun syarikat konsesi Kidex Sdn. Bhd telah ber-janji bahawa projek ini akan men-gurangkan kesesakan lalulintas sebanyak 25%, kumpulan ‘Tidak Kepada Kidex’ menegaskan, “Ini tidak akan menyelesaikan kesesa-kan trafik di Petaling Jaya seperti yang dikatakan malah Kidex juga masih belum mendedahkan do-

kumen pent-ing termasuk kajian penilaian kesan trafik”. Tetapi, pihak yang paling untung adalah syarikat konsesi yang akan mendapat kontrak pembinaan lebuhraya yang akan membuat keuntungan berlipat kali ganda. Di dalam kes Kidex, kroni-kroni kerajaan seperti Emrail Sdn. Bhd., Zebima Sdn. Bhd., Kumpulan UEM dan ramai lagi pemegang saham individu yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan persekutuan akan menggandakan kekayaan mereka. Antara kontroversi Kidex ada-lah berkaitan dengan hubungan antara pemaju, syarikat konsesi dan pihak yang meluluskan pem-binaan tersebut. Kidex Sdn. Bhd. dimilik oleh beberapa individu kontroversi seperti penasihat undang-undang UMNO Datuk Mohd Hafarizam Harun dan be-kas Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi, yang juga bekas timbalan

pengerusi jawatankuasa tatatert-ib UMNO. Kedua-dua individu tersebut juga telah memainkan peranan penting dalam mengam-bilalih pemerintahan kerajaan negeri Perak oleh BN daripada Pakatan pada tahun 2009. Pen-ganugerahan projek ini daripada kerajaan persekutuan dikatakan sebagai hadiah bagi pertolongan mereka dalam mempengaruhi sistem perundangan negeri Perak dalam konflik yang berlaku ham-pir 5 tahun lalu. Sebelum pilihanraya lepas, ahli-ahli Pakatan yang bertanding di kawasan tersebut telah berjanji di dalam manifesto bahawa leb-uhraya Kidex tidak akan dibina. Walaupun kini kelihatan sege-lintir daripada pemimpin Paka-tan membangkang pembinaan lebuhraya Kidex seolah-olah membela nasib rakyat, tetapi ini hanyalah untuk mengukuhkan posisi mereka bagi pilihanraya seterusnya. Mereka cemas akan kehilangan populariti mereka yang boleh memberi kesan ke-pada pilihanraya akan datang. Tetapi, kebanyakan pemimpin politik Pakatan Rakyat tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan korporat, dan sering me-nyebelahi agenda kapitalis. Re-torik politik Pakatan mengenai ancaman alam sekitar juga tidak terlihat di dalam praktik apabila mereka tidak mempunyai penye-lesaian alternatif kepada isu-isu

seperti Lynas, pembinaan loji nuklear dan pembangunan di Pulau Pinang dan Selangor yang mengancam alam sekitar.

Di dalam kerakusan para kapi-talis dan kroni kerajaan membuat keuntungan, rakyat biasa diabai-kan. Lebih 3000 penghuni akan menghadapi kesan secara lang-sung akibat pembinaan lebuhraya ini dan ramai lagi akan mengala-mi kemerosotan kualiti hidup ak-ibat kerja-kerja pembinaan yang akan mencemarkan alam sekitar. Kos bagi pembinaan lebuhraya sebegini akan berakhir dengan tanggungan rakyat biasa yang ter-paksa membayar tol yang mahal selepas ia dibina. Walaupun tidak menggunakan khidmat lebuhraya tersebut, rakyat biasa akhirnya akan dibebankan dengan pemo-tongan perbelanjaan sosial sep-erti subsidi gula dan minyak bagi mengurangkan hutang perseku-tuan yang semakin meningkat. Semua keuntungan yang dibuat dengan memerah tenaga pekerja murah akan di gondol bulat-bulat oleh para pemerintah dan kapi-talis dan kepentingan rakyat biasa tidak akan diendahkan.

HENTIKAN KIDEX UNTUK MENGHORMATI KEPENT-INGAN RAKYAT DAN ALAM SEKITAR !

KIDEX : SATU LAGI PROJEK KAPITALIS…

KERAJAAN SOKONG,RAKYAT BANTAH! Yuva

MAS yang sudah sekian lama menjadi kebanggaan negara, kini dalam krisis! Sebelum dua tragedi yang menimpa pesawat MH370 dan MH17 berlaku, syarikat penerbangan negara MAS telah dilanda kerugian. Syarikat itu melaporkan telah mengalami kerugian mencapai lebih satu billion ringgit dalam tiga tahun terakhir. Memasuki empat bulan pertama tahun ini sahaja, bersa-maan dengan hilangnya pesawat MH370, MAS telah mengalami kerugian sebanyak 443 juta ring-git, iaitu meningkat sebanyak leb-ih 40% berbanding dengan jang-kamasa yang sama pada tahun sebelumnya. Hal itu diburukkan lagi dengan peletakan jawatan 300 pekerja kru kabinnya pada bulan Mei lepas kerana syarikat kurang

memberikan tumpuan kebajikan kepada pekerjanya. Ini kerana, sudah beberapa tahun syarikat gagal memberikan bonus, keis-timewaan kakitangan mendapat tiket penerbangan untuk bercuti bersama keluarga juga terhapus, selain beban tugas yang mening-kat kerana kekurangan kakitan-gan. Manakala jadual kerja pekerja kru kabin yang membebankan memaksa mereka bekerja untuk tempoh lama termasuk mela-lui penerbangan antarabangsa dan disambung dengan tugasan domestik sebelum dibenarkan bercuti. Situasi ini menyebabkan pekerja kru kabin tertekan dari segi mental terutama apabila ter-paksa berpisah lama dengan kelu-arga.Rancangan MAS mahu mengu-

rangkan perbelanjaan operasi juga menambahkan lagi kere-sahan di kalangan pekerjanya. Ekoran itu, Kesatuan Sekerja Sis-tem Penerbangan Malaysia (Ma-seu) telah membuat bantahan. Mereka juga menuntut peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya kerana tidak mampu men-gurus syarikat dengan betul. Memang kita bersedih dengan tragedi yang menimpa kedua-dua buah pesawat MAS, tetapi seharusnya kita tidak boleh menutup mata dengan penin-dasan terhadap pekerja yang se-dang berlaku di dalam syarikat penerbangan negara ini. Pihak syarikat telah menerapkan dasar meraih keuntungan sebanyak-banyaknya untuk menutupi hu-tang yang begitu besar dengan

mengorbankan kebajikan peker-janya. Sebagai sebuah syarikat berhubungkait dengan kerajaan, MAS sudah lama bertahan atas sokongan kerajaan yang sumber dananya berasal daripada cu-kai rakyat. Warga pekerja MAS telah menjadi tunjang utama ke-pada operasi dan pembangunan MAS selama ini. Maka, kebajikan pekerja MAS perlu dipertingkat-kan dengan warga pekerja diberi-

kan hak demokrasi dan peranan penting dalam menentukan ha-latuju MAS, bukannya ditindas semata-mata untuk kepentingan keuntungan.

Tragedi penerbangan memburukkan lagi nasib pekerja MAS! Ian

Penghuni Petaling

Jaya mem-bantah

pembinaan lebuhraya

KIDEX

Pekerja MAS sedang menulis kata-kata

takziah kepada mangsa kapal terbang MH17

baru-baru ini.

Page 4: Hentikan Pembunuhan di Gaza! - sosialisalternatif.org · raya untuk pulang beraya ke kam - pung halaman, namun tidak dilu - ... peperangan oleh kerajaan Israel dan pendudukan haram

4 ANALISA SOSIAL SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -8 AUG - SEP 2014

Jurang ekonomi yang semakin lama semakin melebar di Malay-sia ini bukanlah masalah satu-sa-tu kaum sahaja, pada hakikatnya ia sedang dihadapi oleh ramai orang. Awal tahun ini, Knight Frank, pakar runding hartanah global bebas melaporkan bahawa bilangan individu kaya di negara ini dengan aset bersih bernilai US$30 juta (RM93.30 juta) atau lebih dijangkakan meningkat 51 peratus kepada 1,294 orang dalam tempoh 10 tahun akan da-tang daripada 828 orang pada ke-tika ini.

Sementara itu, jurang pendapatan antara orang kaya dan golongan berpendapatan sederhana dan

miskin di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ma-laysia berada di tempat pertama, lebih buruk berbanding Filipina, Singapura, Thailand, Indonesia, Laos, Kemboja dan Vietnam. Se-makan di Bank Dunia juga men-dapati bahawa jurang pendapa-tan di negara ini semakin naik mendadak daripada 37.91 (tahun 2004) kepada 46.21 (tahun 2010). Ini bermakna bahawa semakin tinggi nilai indeks itu, maka se-makin lebar lagi jurang pendapa-tan antara orang kaya dan orang miskin.

Golongan bilionair, jutawan dan para kapitalis di negara ini terus mencari ruang dan melakukan

apa sahaja untuk menciptakan kekayaan. Sedangkan dalam masa yang sama, ramai rakyat yang dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang, hutang, gaji yang tidak setimpal dan sebagainya. Ironisn-ya, ada orang yang tinggal di ban-glo berjuta-juta ringgit, dan ada juga yang tinggal di flat kos ren-dah yang teramat sempit (bahkan terpaksa berkongsi dengan be-berapa orang yang lain). Pendek kata, terdapat sekumpulan indi-vidu di negara ini yang terlampau kaya padahal masih ramai lagi yang cuma cukup makan. Kelas pekerja dan rakyat biasa ini pasti menjadi mangsa setiap kali krisis ekonomi berlaku. Mereka akan

diketepikan sewaktu golongan kapitalis ini rakus mencari ke-untungan yang maksimum bagi mereka sendiri. Justeru, selagi golongan kapitalis ini menguasai ekonomi, maka selagi itulah kelas pekerja dan rakyat biasa akan ter-us terjejas. Oleh itu, adalah pent-ing untuk memiliknegarakan en-titi ekonomi secara demokratik di bawah kawalan kelas pekerja su-paya kepentingan sebenar rakyat dapat dibawa kehadapan. Kualiti kehidupan kepada semua rakyat Malaysia perlu ditekankan, bukan hanya untuk kelompok yang ter-pilih sahaja.

Oh Malaysia! Si Kaya Makin Kaya, Si Miskin Makin Miskin Sharifah

DBKL menin-

das pen-ghuni

Kg Chu-badak

Seramai 80 orang penghuni Kampung Chubadak dan beberapa aktivis lain telah berkumpul di hadapan ibu pejabat DBKL pada 23 Jun lalu untuk membantah perobohan rumah mereka secara haram oleh pihak DBKL.

Terdapat lebih 160 buah kelu-arga di Kampung Chubadak Tambahan yang sedang bergelut dengan para pemaju dan kon-conya DBKL selama lebih satu dekad. Lokasi kampung ini yang berada kurang dari 5 kilometer daripada Pusat Bandar Sentul telah lama menjadi sasaran para pemaju yang menghidu jutaan ringgit keuntungan yang akan diperoleh mereka daripada tanah itu.

Menurut maklumat yang diper-oleh, tanah di kampung tersebut telah memperoleh pengiktirafan pemilikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998 yang mengatakan bahawa ia adalah milik penero-ka-peneroka bandar dan segala ganti rugi perlu dijelaskan kepada mereka sekiranya ada pihak yang ingin memajukan kawasan tersebut.

Walaupun begitu, pihak DBKL seperti biasa menyebelahi pihak pemaju yang ingin memper-oleh tanah kampung tersebut secara tidak sah dan tanpa perlu membayar sebarang pampasan kepada penghuni. Beberapa hari lepas, suatu kekecohan telah ditimbulkan oleh pihak DBKL di kampung tersebut dan men-gakibatkan beberapa rumah di-robohkan dalam sebuah operasi. Pihak DBKL terus mengancam penghuni Kg Chubadak untuk merobohkan kediaman mereka dalam masa terdekat walaupun kes ini masih sedang dibicara-kan di Mahkamah Tinggi. Para pewaris generasi ke-empat tanah Kampung Chubadak sedang bersatu berjuang untuk hak mereka dan menentang penindasan pihak penguasa DBKL dan pemaju.

Page 5: Hentikan Pembunuhan di Gaza! - sosialisalternatif.org · raya untuk pulang beraya ke kam - pung halaman, namun tidak dilu - ... peperangan oleh kerajaan Israel dan pendudukan haram

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -8 AUG - SEP 2014 ANALISA POLITIK 5

Konflik Menteri Besar Selangor Ravi

Konflik menteri besar mun-cul sekali lagi di Selangor, dan pada kali ini Pakatan pula ingin mendesak Khalid Ibrahim mele-takkan jawatan untuk pemilihan menteri besar yang baru.

Semenjak 1980an hingga kini, setiap menteri besar di Selan-gor yang mengambil kuasa, telah dicemari dengan berbagai skan-dal dan konflik yang telah me-maksa mereka untuk meletak jawatan. Mat Taib dengan konflik membawa keluar wang tunai RM 2.4 juta ke Australia; Abu Hassan dengan skandal seks; Khir Toyo dengan skandal rasuah. Semua menteri besar tersebut adalah daripada BN, sebelum Khalid Ibrahim daripada Pakatan Rakyat mengambilalih kuasa pada 2008. Kejatuhan Selangor ke tangan Pa-katan adalah disebabkan oleh ke-marahan rakyat terhadap pemer-intahan BN yang penuh dengan rasuah dan salah guna kuasa den-gan berkomplot untuk memen-uhi nafsu kroni-kroni kapitalis yang berhajat melipatgandakan kemewahan mereka dengan men-ganaktirikan keperluan rakyat.

Rakyat Selangor berharap dengan pertukaran kerajaan daripada BN ke Pakatan, satu perubahan akan berlaku dalam politik Selangor supaya mementingkan keperluan rakyat daripada keperluan kroni. Selepas mengambilalih kuasa,

Khalid yang berlatarbelakangkan korporat telah melancarkan be-berapa program kebajikan sep-erti air percuma yang mendapat sambutan rakyat, sekaligus men-ingkatkan sokongan terhadap kerajaan Pakatan. Ini dicermin-kan apabila Pakatan pada pilihan-raya 2013 mencapai kemenangan yang lebih besar daripada pili-hanraya 2008 di Selangor.

Negeri Selangor merupakan negeri terkaya di Malaysia, dan kebanyakan aktiviti industri, pelaburan dan kewangan utama

negara tertumpu di Lembah Kelang yang juga merupakan kawasan dengan kepadatan pen-duduk tertinggi. Tidak dapat dinafikan, majoriti rakyat iaitu kelas pekerja di Selangor meru-pakan nadi utama yang terus me-nerus menjana kemewahan dan pembangunan yang dinikmati di Selangor. Tetapi, ramai rakyat di Selangor masih tidak dapat merasakan pembangunan terse-but memandangkan pembaha-gian kekayaan yang tidak sama rata yang terus dipraktikkan oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan

sama seperti kerajaan-kerajaan negeri sebelum ini di bawah BN.

Walaupun, Khalid dianggap lebih telus dan ikhlas dalam mengen-dalikan pentadbiran kerajaan Se-langor, tetapi polisi-polisi yang dipraktikkan masih memberikan keutamaan kepada kehendak sis-tem pasaran bebas kapitalisme. Beberapa konflik yang muncul dalam pentadbiran Pakatan di Se-langor, termasuk isu pembinaan lebuhraya Kidex menunjukkan bahawa keputusan politik yang diambil Khalid masih dikong-

kong oleh agenda kapitalis sep-erti mana keputusan-keputusan politik yang dibuat oleh men-teri-menteri besar di bawah BN. Dalam lingkungan kapitalisme, kerajaan negeri juga tidak mam-pu menyelesaikan konflik air dan masalah perumahan yang semak-in meruncing di Selangor.

Ini bermakna, perlantikan se-orang lagi menteri besar yang baru sama ada Wan Azizah atau Azmin Ali atau calon lain tidak mampu menyelesaikan isu-isu sosial dan ekonomi rakyat Selan-gor. Menteri besar baru juga akan terus didesak oleh agen-agen kap-italis untuk tunduk kepada naluri memaksimumkan keuntungan. Ini adalah kerana seperti BN, Pa-katan juga mendukung agenda kapitalisme, di mana kerajaan akan menuruti kehendak minor-iti golongan kaya dan kapitalis.

Hanya kerajaan yang mampu me-miliknegarakan aktiviti ekonomi di bawah kawalan dan pengu-rusan majoriti kelas pekerja dan rakyat biasa sahajalah, satu pe-rubahan sosial yang memihak kepada rakyat dapat menjadi kenyataan. Untuk menuju ke arah tersebut, parti massa yang berlan-daskan kepada hasrat dan keper-luan kelas pekerja dan anak muda harus dibina.

Kabinet Parlimen Ditambah, Rakyat Tetap Merana! Sharifah

Baru-baru ini, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan ten-tang perlantikan beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri yang baru, sekaligus melakukan penambahan anggota kabinetnya. Individu-individu ini adalah dar-ipada parti komponen MCA dan GERAKAN.

Penambahan anggota kabinet ini bukan sahaja menjadikan ba-risan kabinet Najib Razak men-jadi yang terbesar dalam sejarah Malaysia, bahkan mungkin juga yang terbesar di dunia. Bagi Ma-laysia yang baru mencapai jum-lah penduduk seramai 30 juta orang, bilangan anggota kabinet sebanyak 62 orang itu adalah di-anggap tidak realistik. Bahkan, ada antara mereka yang menjadi menteri tanpa portfolio, yakni tidak memegang tugas yang khu-

sus. Apatah lagi di sebalik muka-muka lama dan ‘kitar semula’ ini, penambahan dalam saiz kabinet juga bermakna akan meningkat-kan perbelanjaan pengurusan kerajaan.

Barisan baru kabinet itu diang-garkan akan menelan wang pem-bayar cukai kira-kira RM532,926 dalam bentuk gaji atau RM6.3 juta setahun. Walau bagaimana-pun, ini tidak termasuk saraan yang diterima oleh menteri-men-teri itu atas kapasiti mereka seba-gai anggota parlimen dan bayaran elaun-elaun yang layak diterima. Jika timbalan menteri dimasuk-kan sekali, kerajaan ini berbelanja sekitar RM824,525 sebulan untuk gaji mereka semua, atau dalam RM10 juta setahun.

Najib mendakwa bahawa penam-

bahan kabinet ini adalah bagi melancarkan pentadbiran dan sebagai persediaan untuk mel-aksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2015. Dalam pada itu, gaji mini-mum untuk tenaga kerja di Se-menanjung adalah RM900 sebu-lan manakala Sabah dan Sarawak pula RM800 sebulan. Kadar ini memang tidak mencukupi jika dibandingkan dengan kos sara hidup yang semakin membe-bankan. Ada juga yang masih mendapat gaji dibawah gaji mini-mum kerana penguatkuasaan yang tidak serius oleh kerajaan. Bahkan, banyak kesatuan sekerja yang menuntut gaji minimum sekitar RM1200-RM1500 tetapi tidak diendahkan. Jika gaji mini-mum RM800-RM900 diberikan kepada kelas pekerja di negara ini pada kira-kira 15 tahun yang

lepas, ia mung-kin dianggap sesuai. Walau bagaimanapun, angka yang amat rendah itu diberikan pada hari ini, sedangkan pel-bagai faktor seperti kos sara hidup semakin mencengkam kelas pekerja dan rakyat biasa. Justeru yang menjadi p e r t a n y a a n adalah, kabi-net parlimen ditambah, gaji pekerja pula bagaimana?

Page 6: Hentikan Pembunuhan di Gaza! - sosialisalternatif.org · raya untuk pulang beraya ke kam - pung halaman, namun tidak dilu - ... peperangan oleh kerajaan Israel dan pendudukan haram

6 BERITA PEKERJA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -8 AUG - SEP 2014

Di Malaysia, tempoh cuti ber-salin adalah selama 60 sehingga 90 hari. Kebiasaannya, 60 hari diperuntukkan bagi pekerja syarikat swasta dan 90 hari un-tuk penjawat awam serta pekerja syarikat milik kerajaan (GLC). Bagi mereka yang mahukan cuti lebih daripada hari yang telah diperuntukkan, pihak kerajaan dan majikan mencadangkan agar mereka mengambil cuti tanpa gaji. Namun, bukan semua peker-ja wanita yang menjadi ibu boleh memilih untuk mengambil cuti tanpa gaji memandangkan kead-aan ekonomi yang memerlukan mereka untuk terus bekerja dan membantu keluarga.

Mengambil contoh negara maju yang lain, secara purata keban-yakan negara memperuntukkan cuti bersalin sekurang-kurangnya 120 hari. United Kingdom mis-alnya memperuntukkan cuti ber-salin sebanyak 39 minggu, mala-han cuti itu boleh dipanjangkan sehingga ke 52 minggu. Ada

juga negara yang memberikan cuti bersalin dari sebelum waktu kelahiran misalnya Albania yang memberikan cuti sebanyak 12 bulan dan 150 hari selepas bersa-lin. Begitu juga dengan Republik Czech yang memperuntukkan cuti sebelum kelahiran sebanyak 6 hingga 8 minggu dan cuti se-banyak 20 minggu selepas bersa-lin.

Namun di negara kita, kebanya-kan pekerja wanita dalam sektor swasta mengeluh kerana merasa-kan cuti bersalin yang ditetapkan sebanyak 60 hari adalah sangat tidak mencukupi. Setelah ditolak dengan 44 hari proses berpan-tang, mereka hanya mempunyai baki cuti 2 minggu untuk menye-diakan bayi yang baru dilahirkan supaya boleh membiasakan diri setelah mereka mula bekerja. Tempoh 2 minggu tersebut terla-lu singkat dan agak mengejutkan bagi seorang bayi dalam persekit-aran baru dan memerlukan kasih sayang ibu.

Bagi pasangan yang tidak mem-punyai pembantu rumah atau tidak mampu untuk menghantar bayi mereka ke pusat jagaan bayi, mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk rehat sebaik sahaja anak dilahirkan. Mereka harus menyambung rutin ber-jaga malam sehingga pagi untuk menjaga anak selepas waktu bek-erja atau paling tidak, mereka ter-paksa mengambil cuti tanpa gaji. Wanita yang baru melahirkan anak sewajarnya memerlukan re-hat yang cukup disebabkan anak akan selalu menyusu dan pada masa yang sama mereka perlu berpantang untuk kesihatan tu-buh badan. Justeru, cuti bersalin seharusnya dipanjangkan agar kualiti menyusukan anak lebih terjamin.

Mengandung selama kira-kira 9 bulan 10 hari, membentuk wanita kepada pelbagai perubahan, bu-kan saja daripada aspek fizikal dan biologi, malahan spiritual, emosi dan psikologi. Emosi ibu boleh menjadi agak terganggu dan sensitif, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru melahirkan anak pertama yang dilihat seba-gai sesuatu perkara baru dalam hidup. Menurut kepercayaan tradisi, seorang wanita akan be-nar-benar pulih selepas 100 hari, dan cuti 90 hari tersebut dikira hampir menepati justifikasi berk-enaan. Cuti 60 hari yang diterima oleh wanita yang baru lepas ber-

salin hanya cukup sekadar untuk memulihkan kesihatan mereka seperti sedia kala.

Banyak faktor lain yang perlu diambil kira termasuklah pen-gurusan penjagaan bayi, iaitu sama ada perlu dihantar ke pusat jagaan bayi atau mengupah pem-bantu rumah. Bagi ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mere-ka ke pusat jagaan bayi, risiko yang mereka terpaksa ambil ada-lah mengenai keselamatan dan kesihatan anak tersebut di pusat jagaan. Ia adalah kerana bagi bayi yang berumur 2 bulan (60 hari) atau kurang dari 3 bulan, keadaan bayi tersebut masih belum stabil sepenuhnya. Ia memerlukan tem-poh sekurang-kurangnya 3 bulan untuk kestabilan bayi itu dan un-tuk lebih meyakinkan bagi para ibu bapa sebelum dihantar ke pu-sat jagaan bayi.

Atas sebab-sebab yang telah din-yatakan di atas, Solidariti Pekerja menyokong peruntukan cuti ber-salin selama 90 hari tersebut dan ia perlu diselaraskan bagi semua kakitangan swasta wanita sama seperti yang ditetapkan kepada penjawat awam wanita. Pekerja swasta tidak seharusnya diletak-kan sebagai ‘kelas kedua’ ataupun dikecualikan daripada mendapat hak dan kelebihan yang sama sep-erti yang telah diberikan kepada pekerja-pekerja sektor awam.

Cuti Bersalin Yang Adil Untuk Pekerja Wanita Zulhadzrin

Pada 27 Jun lalu, Kesatuan Sek-erja Bank Sarawak (SBEU) telah mengadakan suatu protes terhadap HSBC Bank dan Bank-bank di Sarawak secara umumnya. Tinda-kan protes itu disertai dengan pe-rarakan yang diadakan di hadapan pejabat HSBC, Jalan Padungan , Kuching. Protes ini adalah kali ked-ua diadakan selepas protes pertama yang berlangsung pada awal tahun ini, juga mengenai isu bank HSBC yang telah disertai kira-kira 100 orang ahli kesatuan dan pekerja.

Protes ini berlaku akibat dari-pada bank HSBC dalam usaha untuk menamatkan perkhidmatan perniagaan komersial di Sarawak, mengatakan bahawa ia akan me-

mindahkan para pekerja yang tidak terdaftar dalam Skim Perpisahan Sukarela ( VSS ) atau Voluntary Separation Scheme keluar dari Sarawak. Pada peringkat antara-bangsa , HSBC Global telah menge-luarkan kenyataan akhbar pada tahun 2011 untuk menghentikan seramai 30 ,000 kakitangan bank tersebut di seluruh dunia. Hasilnya, pekerja-pekerja HSBC di Sarawak juga turut menerima kesan tersebut.

Setiausaha Agung SBEU , Andrew Lo dipetik mengatakan bahawa pihak bank telah memberi jaminan pada 24 Februari lepas bahawa para pekerja yang tidak mendaftar untuk VSS tidak akan dipindah atau diberhentikan kerana pihak

HSBC akan menggantikan mereka dengan tugasan atau peranan yang lain di Sarawak. Ibarat harapkan pagar, pagar makan padi, pada 16 April , Ketua Pengawai Eksekutif ( CEO) HSBC dengan sewenang-wenangnya tidak mengendahkan janji-janji yang dinyatakan pada Februari lepas.Selain daripada isu HSBC, SBEU turut mendedahkan amalan bank-bank di Sarawak secara khususnya yang mendiskriminasi dan menga-malkan polisi buruh berat seb-elah terhadap pekerja tempatan. Antaranya adalah kebanyakan Bank di Sarawak membayar bonus prestasi kepada pekerja tempatan sebanyak 0 – 4 setengah bulan berbanding pekerja bank di Sabah

dan Semenanjung menerima bonus prestasi daripada 2 – 6 bulan. Juga didedahkan tentang usaha perlang-garan perjanjian bersama (Collec-tive Agreement )atau CA antara SBEU dengan Persatuan Bank Komersial Sarawak ( SCBA ) , di mana di dalam perjanjian itu pihak bank setuju untuk membayar bonus prestasi kepada ahli-ahli SBEU. Namun, terdapat pihak bank yang tidak membayar langsung bonus prestasi atas alasan prestasi pekerja tidak layak menerima bonus terse-but. Manakala , pekerja bank di Sa-bah dan Malaysia Barat menerima bonus prestasi daripada pihak bank walaupun ia tidak terdapat dalam perjanjian bersama mereka.

Protes Kesatuan Sekerja Bank Sarawak Erick

Tindakan kerajaan untuk mem-berikan pelbagai kemudahan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas seperti YTL Sdn. Bhd. bukan sahaja mengakibatkan kenaikkan tarif elektrik bagi rakyat tetapi juga memberikan kesan kepada pekerj-pekerja TNB. Oleh itu, keempat-empat kesatuan TNB telah mencapai kata sepakat untuk membuat satu protes untuk pertama kali dalam 67 tahun.

Pada Ahad 15 Jun lalu, seramai 500 wakil daripada Persatuan Eksekutif TNB, Kesatuan Peker-ja-Pekerja Pecantuman TNB dan Tenaga Nasional Berhad Junior Officers Union telah berarak menuju ke Bangunan Ibu Pejabat TNB, Bangsar, bagi menyerah-kan memorandum bantahan “Tolak YTL” kepada Penguru-san TNB di Lobi Bangunan Ibu Pejabat TNB.

Memorandum bantahan Kes-atuan Sekerja TNB terhadap YTL dibuat berdasarkan pengalaman pahit hasil perjanjian antara TNB dengan YTL semenjak tahun 1993. Perjanjian itu telah membawa pelbagai beban bagi pihak TNB yang dirasakan oleh rakyat biasa dan juga pekerja TNB.Oleh kerana perjanjian per-tama di antara TNB dan YTL akan tamat pada September 2015, syarikat berkenaan kini mewujudkan konsortium baru bagi menyambung kontrak dan merancang perlaksanaan projek baru di atas tanah TNB di Stesen Jana-elektrik Pasir Gudang. Pihak Kesatuan Sekerja TNB dengan tegas membantah ran-cangan usahasama yang memba-bitkan syarikat YTL untuk projek penjanaan tenaga ‘Track 4’ Pasir Gudang, Johor itu.

Memorandum empat muka surat itu juga mengandungi tuntu-tan bagi menjamin pekerjaan kakitangan TNB dan kawalan ke atas tariff elektrik telah diserah kepada CEO TNB Dato Ir. Hj. Azman bin Mohd.

Piket Kesatuan

TNB

Page 7: Hentikan Pembunuhan di Gaza! - sosialisalternatif.org · raya untuk pulang beraya ke kam - pung halaman, namun tidak dilu - ... peperangan oleh kerajaan Israel dan pendudukan haram

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -8 AUG - SEP 2014 AKTIVITI CWI 7

Persidangan Internasional 2014 : Konflik Kapitalisme Semakin Meruncing! Zulhadzrin

Semenjak penubuhan seksyen Committee for a Workers’ Inter-national (CWI) di Malaysia, wak-il CWI Malaysia menghadiri ke persidangan antarabangsa CWI yang diadakan pada setiap tahun untuk membincangkan pergo-lakan sosial, ekonomi dan poli-tik serta berkongsi pengalaman dalam pembinaan perjuangan dan solidariti kelas pekerja dan anak muda. Seperti tahun lalu, program ini diadakan di Leuven, Belgium selama seminggu dan memfokus kepada prospek pem-binaan organisasi massa kelas pekerja sebagai alternatif kepada parti-parti kapitalis di negara-negara seperti Greece, Amerika Syarikat, Brazil, Afrika Selatan di mana konflik kapitalisme semak-in memuncak. Program ini menghimpunkan ratusan anak muda dari pelbagai negara pada setiap tahun untuk mendedahkan mereka kepada suasana perbincangan demokra-tik di dalam struktur organisasi kelas pekerja dan sosialis di per-ingkat antarabangsa. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan politik kepada peser-ta melalui perkongsian pengala-man dan perspektif politik dari-pada wakil setiap negara. Jumlah penyertaan ke persidangan kali ini adalah seramai 319 ahli yang mewakili 26 buah negara.Persidangan ini mendedahkan saya kepada perkongsian per-spektif politik yang meliputi perbincangan mengenai situ-asi sosial dan ekonomi di banyak negara, dari pelbagai benua ter-masuk Eropah, Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Afrika dan Asia. Bermula dengan perbincangan mengenai situasi politik di Brazil, semenjak sebelum berlangsungn-

ya Piala Dunia sehingga tamatnya ia, jutaan penduduk Brazil marah dan membantah perlaksanaan program yang dilihat membazir dan tidak mampu menyelesaikan permasalahan sosial, ekonomi dan politik yang semakin mem-bebani mereka.Seksyen CWI di Brazil, semenjak beberapa tahun lepas bertung-kus lumus untuk mewujudkan alternatif kepada krisis politik yang berpunca dari kegoyahan sistem kapitalisme. Mereka terli-bat di dalam kerjasama bersama pelbagai kesatuan sekerja dalam merancang kempen massa dan melakukan penglibatan di dalam beberapa protes besar. Antara ke-satuan sekerja yang aktif terlibat di dalam menganjurkan protes semenjak 2012, termasuklah ke-satuan sekerja guru dan kakitan-gan awam, kesatuan sekerja pen-gangkutan awam, kesatuan yang mewakili tuntutan perumahan, dan sebagainya. Semenjak 2013 lebih 60 peratus rakyat Brazil me-nyertai protes-protes besar dan gelombang protes tersebut masih dapat dilihat sehingga hari ini.Lain pula keadaan di kebanyakan negara Eropah yang masih tidak menemui jalan keluar daripada krisis ekonomi yang bermula se-menjak 2008. Sehingga kini, parti pemerintah di kebanyakan negara di Eropah melaksanakan langkah penjimatan dan pemotongan so-sial yang memberi impak kepada golongan kelas pekerja dan kelas menengah. Di Britain, sebuah pakatan politik TUSC (Pakatan Kesatuan Sekerja dan Sosialis) dibentuk hasil gabungan pelbagai kesatuan sekerja dan organisasi kiri termasuk CWI , mewakili aspirasi rakyat yang menentang polisi pemerintah. Mereka kini

terlibat aktif di dalam kempen anti-pemotongan belanjawan awam dan menyertai pilihanraya tempatan untuk memberikan al-ternatif kepada kelas pekerja. Di Palestin, semenjak bermulanya pengepungan dan serangan ganas rejim Israel ke atas Gaza pada 8 Julai lalu, lebih 2000 rakyat biasa termasuk kanak-kanak terbunuh. Politik perkauman pemerintah Israel mendapat sokongan dari pelbagai kumpulan-kumpulan ekstremis atau fasis yang sering-kali melakukan keganasan ke atas kelas pekerja Arab Palestin yang tinggal di Israel. Dengan kuasa autoriti rejim pemerintah, media massa disalahgunakan untuk pe-nyebaran propaganda nasional-isme dan maklumat palsu kepada rakyat biasa di Israel. Sentimen perkauman menular di sekitar masyarakat yang konservatif dan pro rejim pemerintah. Sek-syen CWI di Israel-Palestin se-dang mengusahakan kempen anti-perkauman bagi memupuk penyatuan kelas pekerja di antara kedua-dua bangsa untuk me-namatkan konflik politik dan so-sial yang tidak mampu diselesai-

kan oleh negara-negara kapitalis . CWI secara aktif memobilisasi kelas pekerja dan anak muda ber-bangsa Yahudi dan Arab di dalam protes dan kempen mereka. Us-aha penyatuan ini dilihat bukan-lah suatu usaha yang mudah, di samping terpaksa menghadapi risiko ditangkap dan dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa Is-rael.Di Hong Kong dan China, ber-laku beberapa protes besar yang menunjukkan kemarahan rakyat untuk menuntut demokrasi sete-lah sekian lama berada di bawah kediktatoran pemerintah China. Seksyen CWI di sana, kini aktif di dalam pembinaan organisasi kelas pekerja dan melakukan in-tervensi di dalam protes dan per-juangan menuntut demokrasi. Di Amerika Syarikat , kemenangan sosialis Kshama Sawant telah memberikan sinar baru kepada ribuan pekerja di Seattle, melalui kemenangan kempen gaji mini-mum 15 dolar sejam pada bulan lepas. Ia telah memberi inspirasi kepada kelas pekerja di negeri lain di Amerika Syarikat untuk turut menyertai kempen terse-but. Dan kejayaan ini hanyalah permulaan bagi mereka, kelas pekerja mempunyai sebuah dunia untuk dimenangi. Terdapat ban-yak lagi pergolakan politik yang baru yang boleh dilihat di negara-negara lain seperti Ukraine, Afri-ka Selatan, Greece, Ireland, Turki, Tunisia, Sri Lanka, dan lain-lain yang telah mengkucar-kacirkan kehidupan kelas pekerja dan anak muda. Selain dari perbincangan menge-nai perspektif politik dunia dan Eropah, peserta juga didedahkan dengan isu-isu pembinaan or-ganisasi, berbincang mengenai peranan organisasi bersama ke-

satuan sekerja di dalam mem-bentuk kesedaran kelas pekerja secara politik. Malah peserta juga didedahkan dengan konflik per-soalan kenegaraan yang timbul di negara-negara seperti Scot-land, Ukraine, Sri Lanka, Israel-Palestin, Sepanyol dan lain-lain di mana perbezaan agama, kaum dan bahasa menjadi agenda pecah dan perintah rejim pemerintah. Krisis sosial yang melanda keban-yakan negara di dunia juga meng-ingatkan saya kepada jurang kaya miskin yang semakin melebar di Malaysia yang sudah mula mem-berikan kesan kepada rakyat biasa dan anak muda di negara ini. Jika situasi ini semakin teruk, pergo-lakan politik , ekonomi dan sosial yang sedang berlaku di kebanya-kan negara di dunia juga boleh berlaku di Malaysia.Sebagai sebuah organisasi kelas pekerja dan sosialis antarabangsa, CWI menekankan pentingnya perspektif politik dan perjuangan kelas di setiap negara dibincang dan dibahaskan secara demokra-tik di peringkat nasional dan antarabangsa, untuk dilihat se-cara asas bagaimana situasi poli-tik akan berubah, merancang dan meletakkan program dan taktik yang diperlukan untuk perkem-bangan organisasi kelas pekerja bagi setiap situasi dengan sifat kapitalisme yang berbeza. Pu-langnya peserta dari program antarabangsa ini adalah den-gan matlamat untuk membantu membina organisasi dan mem-impin massa di dalam perjuangan kelas. Slogan persidangan antara-bangsa pada tahun ini ; “Ke Arah Dunia Sosialis!”.

Pembentangan pers-pektif oleh wakil dari

Malaysia

Page 8: Hentikan Pembunuhan di Gaza! - sosialisalternatif.org · raya untuk pulang beraya ke kam - pung halaman, namun tidak dilu - ... peperangan oleh kerajaan Israel dan pendudukan haram

8 INTERNASIONALISME SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -8 AUG- SEP 2014

Afrika Selatan : Mogok Pekerja Logam CWI Afrika Selatan

Afrika Selatan telah menjadi tumpuan dunia semenjak ‘pem-bunuhan Marikana’ pada Ogos 2012 yang telah mencetuskan gerakan buruh yang tidak pernah disaksikan semenjak zaman pen-jajahan British di negara tersebut. Seramai 34 pekerja lombong mati ditembak dan lebih 300 orang di-tahan pada 16 Ogos 2012 akibat mogok menuntut gaji yang lebih adil. Tindakan pihak berkuasa yang menggunakan keganasan bagi meredakan mogok itu telah menyemarakkan pekerja dari-pada lombong-lombong yang lain untuk turut serta dalam aksi protes, dan akhirnya kerajaan Af-rika Selatan terpaksa mengalah dan menunaikan tuntutan peker-ja. Kelas pekerja memilih untuk berjuang, dan dengan setiap aksi mogok atau protes baru, mereka sedar kepada kuasa sebenar warga pekerja apabila mereka dapat ber-gabung dan mengambil tindakan

kolektif. Sebanyak 540 protes tel-ah dilaporkan di wilayah Gauteng untuk bulan April 2013 sahaja. Sehingga suku pertama tahun ini, sebanyak 3000 aksi protes telah dilaporkan dan beberapa mogok yang penting telah dilancarkan.

Tahun ini bermula dengan mogok daripada sektor lombong plati-num di mana lebih 70 ribu peker-ja meninggalkan peralatan kerja mereka untuk menuntut upah dan faedah yang lebih adil. Per-juangan yang berlarutan selama 5 bulan itu telah akhirnya mem-bawa kemenangan bagi pekerja yang berjaya mendesak pihak ma-jikan dan pemodal untuk menu-naikan tuntutan pekerja. Majikan yang terlibat, lombong Lonmin ( lombong platinum ketiga terbesar di dunia ), mengalami kerugian berbilion-bilion ringgit dan akh-irnya terpaksa mengalah selepas berdegil selama 5 bulan. Peristiwa ini akan menjadi pengajaran ke-

pada pemilik-pemilik lombong lain yang juga menindas pekerja mereka dengan upah yang tidak adil.

Mogok yang paling lama dalam sejarah Afrika Selatan itu bera-khir pada akhir bulan Jun lalu apabila kesatuan pelombong ( AMCU ) menandatangani per-janjian penyelesaian dengan pe-milik lombong Lonmin. Perjan-jian itu menjamin kenaikan gaji sebanyak RM300 sebulan dalam tempoh 3 tahun bagi pekerja yang sedang menerima kurang dari-pada RM3700 sekarang. Ini ber-makna, dalam tempoh 3 tahun, kebanyakan pekerja lombong Lonmin akan layak menerima hampir RM3700, iaitu tuntutan asal mereka apabila mereka ke-luar mogok untuk kali pertama pada Ogos 2012. Perjanjian ini juga telah mensasarkan gaji mini-mum bagi semua pekerja lom-bong di sekitar RM2400 dengan

serta-merta.

Ini merupakan p e n c a p a i a n bersejarah bagi buruh kasar di Afrika Selatan. Sehingga ke saat ini, mere-

ka telah ditindas dengan kejam oleh kapitalis luar negara dengan sokongan kerajaan Kongres Na-sional Afrika (ANC) yang mem-berikan upah di bawah RM 800 sebulan sambil mengaut keun-tungan berbilion ringgit. Pekerja lombong di Afrika Selatan dip-inggirkan dengan keadaan hidup yang serba kekurangan. Di keban-yakan lombong, mereka hidup di kem setinggan tanpa bekalan ele-ktrik dan air yang mencukupi.

Kegigihan yang membolehkan pekerja lombong untuk berjuang selama 5 bulan telah menjadi in-spirasi kepada masyarakat dan anak muda di seluruh Afrika Se-latan. Mogok ini telah mendedah-kan dan memisahkan kuasa-kua-sa politik atas landasan kelas yang jelas. Dalam pengalaman mogok ini, kelas pekerja di Afrika Selatan dapat mengenalpasti parti-parti politik yang mampu memimpin mereka kehadapan dan parti-par-ti politik yang akan menghambat kemajuan mereka. Parti Pekerja dan Sosialis ( WASP ) adalah antara pimpinan kelas pekerja yang ditubuhkan berdasarkan kepada gerakan pekerja lombong Lonmin hampir 2 tahun lalu telah bersama membantu menjayakan mogok tersebut.

Banyak di antara kesatuan sekerja di Afrika Selatan yang sebelum ini bersepakat dengan kerajaan kapitalis ANC, kini satu demi satu mengambil keputusan untuk menubuhkan alternatif bagi kep-impinan kapitalis yang sedia ada. Kesatuan Pekerja Logam Negara (

NUMSA ) yang mempunyai ham-pir 350 ribu ahli baru-baru ini telah mengambil langkah untuk keluar daripada pakatan kerajaan dan menubuhkan organisasi poli-tik mereka sendiri. Pada masa ini ahli-ahli NUMSA dan pekerja-pekerja logam di Afrika Selatan sedang melancarkan sebuah aksi mogok menuntut gaji yang lebih adil, hasil inspirasi pekerja lom-bong Lonmin. Penubuhan Parti Sosialis dan Pekerja merupakan salah satu langkah bagi menyerap kesatuan-kesatuan sebegini ke dalam satu badan politik yang da-pat berjuang demi aspirasi kelas pekerja dan rakyat tertindas.

Pekerja lombong yang berjaya mesti bersedia untuk menentang segala percubaan daripada pihak majikan untuk menarik balik segala tuntutan yang dipersetu-jui dalam perjanjian tersebut. Pemberhentian pekerja dan seba-gainya tidak boleh diterima. Ke-kayaan mineral yang terdapat di tanah Afrika Selatan sudah cukup untuk menampung lebih ramai pekerja dengan gaji yang adil. Ketamakan pihak majikan untuk mengaut berbilion-bilion ringgit tidak boleh lagi menjadi alasan bagi kesengsaraan yang dialami oleh kelas pekerja dan rakyat bia-sa di Afrika Selatan. Parti Pekerja dan Sosialis ( WASP ) akan terus berdiri di barisan hadapan bersa-ma perjuangan ini untuk memak-simumkan tahap organisasi, keje-lasan perjuangan dan perpaduan kelas pekerja.

Bantahan rakyat terhadap Kerajaan di Hong Kong CWI Hong Kong

Pada 1 Julai lalu, protes anti kera-jaan di Hong Kong mencapai an-gka yang tidak terlihat dalam se-jarah negara itu. Dengan hadirin yang seramai 700 ribu orang, ia merupakan protes terbesar di Asia Timur dalam satu dekad. Pihak polis menggunakan kekerasan dan beratus-ratus orang telah di-tahan di protes itu, tetapi ini telah meraih lebih banyak sokongan daripada orang ramai yang turut bersimpati dengan mereka.

Demonstrasi ini merupakan tan-da terbaru dalam krisis politik Hong Kong yang meningkat se-jak kebelakangan ini. Keengga-nan pemerintahan diktator Parti Komunis China untuk membe-narkan wilayah autonomi Hong Kong untuk mengadakan pilihan-raya mereka sendiri telah mence-tuskan puluhan protes besar-besaran. Pada 4 Jun lalu, seramai

180 ribu orang berkumpul untuk memperingati ulang tahun ke-25 peristiwa berdarah di Dataran Ti-ananmen, Beijing 1989.

Di dalam satu referendum bu-kan rasmi yang dianjurkan oleh kumpulan ‘Occupy Central’ be-berapa hari sebelum protes 1 Ju-lai, seramai 780 ribu orang telah mengambil bahagian. Penganjur utama acara itu sendiri terkejut dengan sambutan yang ham-pir empat kali ganda jangkauan mereka. Walau bagaimanapun, Beijing dengan serta-merta me-nolak referendum itu dan mela-belkan ia sebagai satu ‘sandiwara haram’.Rejim di China khuatir den-gan pergerakan-pergerakan anti China yang berkembang di Hong Kong kebelakangan ini. Sehingga ke saat ini, China dapat mengawal pemerintahan negara itu dengan

memastikan bahawa kerajaan yang memerintah adalah yang berpihak kepada mereka. Parti-parti pembangkang yang menen-tang kerajaan pro-China ini pula mengambil posisi sederhana aki-bat ketakutan mereka terhadap kekuasaan China. CWI meru-pakan satu-satunya parti pem-bangkang yang memberikan satu penyelesaian yang jelas terhadap krisis politik yang semakin men-dadak di Hong Kong.

CWI telah giat mengambil baha-gian dalam setiap pergerakan di Hong Kong sambil terlibat dalam perjuangan demokrasi yang leb-ih luas. Walaupun menyokong beberapa tuntutan demokratik, CWI turut mengkritik parti-parti yang takut untuk berhadapan dengan pemerintahan China. Bagi mencapai kejayaan, perjuan-gan demokrasi memerlukan pen-

dekatan perjuangan kelas yang dapat menghubungkan tuntutan demokratik dengan keperluan untuk menghapuskan kapitalisme dan masalah sosial. Perjuangan demokrasi di Hong Kong perlu digabungkan dengan pergerakan yang berlaku di dalam negara China, terutamanya pergerakan buruh gergasi yang sedang seka-rang.

CWI menekankan bahawa walau-pun pergerakan sebegini adalah platform yang bagus untuk mel-ancarkan perjuangan besar-besa-ran, ia dengan s e n d i r i n y a tidak cukup untuk men-galahkan re-jim China. Strategi yang wajar diper-lukan untuk

menyusun langkah-langkah yang tepat menjurus kemenangan. Di Taiwan contohnya, baru-baru ini, anak muda telah terlibat dalam satu mogok pelajar yang juga ber-tujuan untuk menentang kuasa negara China juga. Idea-idea sep-erti mogok pelajar dan pekerja juga disarankan oleh CWI.

Gambar : Lebih 700 ribu orang berkumpul di Hong Kong membantah birokrasi negara Cina.

Protes oleh

pekerja-pekerja

lombong

Page 9: Hentikan Pembunuhan di Gaza! - sosialisalternatif.org · raya untuk pulang beraya ke kam - pung halaman, namun tidak dilu - ... peperangan oleh kerajaan Israel dan pendudukan haram

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -8 AUG - SEP 2014 PERSPEKTIF 9

Sistem Kapitalisme adalah satu sistem ekonomi dan politik yang amat memihak kepada minoriti pemodal-pemodal (atau Kapi-talis) yang bersaing di antara satu sama lain di ‘pasaran bebas’ (yang pada realitinya tidak bebas dan dikongkong oleh kapitalis multi-national dan transnational) untuk mengaut keuntungan maksimum. Keuntungan dicapai melalui ek-sploitasi tenaga buruh/pekerja yang terpaksa berkerja untuk me-neruskan hidup dan menyara ke-luarga. Ini menyebabkan jurang kekayaan di antara golongan kaya dan miskin semakin melebar di Malaysia, antara jurang kaya-miskin yang paling teruk di Asia Tenggara. 10 peratus golongan terkaya memiliki kekayaan 22 kali ganda daripada kekayaan yang dimiliki oleh 10 peratus golongan termiskin di negara ini. Di antara

kapitalis-kapitalis di Malaysia adalah seperti Ananda Krishnan, Robert Kuok dan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang mem-punyai kekayaan bernilai berbil-ion-billion ringgit dengan men-gawal syarikat-syarikat utama dan terbesar di Malaysia. Parti politik pro-kapitalis seperti Barisan Nasional (BN) amat rapat dengan golongan kapitalis dan terus menerus akan memastikan rakyat biasa dan kelas pekerja patuh kepada undang-undang dan regulasi atas nama ‘kestabilan politik’ untuk menjamin keun-tungan maksimum. Apabila BN gagal untuk memuaskan keper-luan kapitalis, golongan kapitalis tidak akan teragak-agak untuk menukar kerajaan, misalnya ke-pada Pakatan Rakyat dalam kes negara kita untuk menyelamat-kan kapitalisme dan sistem pasa-

ran bebas. Siapa Yang Menghasilkan Keun-tungan?

Memahami bagaimana keuntun-gan di janakan membolehkan kita memahami apa itu kapitalisme. Walaupun golongan kapitalis membawa modal (kapital), tetapi mereka memerlukan keuntun-gan untuk membesarkan modal mereka. Tetapi keuntungan ini di janakan oleh tenaga buruh (la-bour power) dan bukannya kapi-talis. Maksudnya sesuatu barang atau produk tersebut mempun-yai nilai (value) disebabkan oleh tenaga buruh. Oleh itu, berlan-daskan pemikiran rasional, se-harusnya keuntungan tersebut dibahagikan secara adil supaya golongan buruh (pekerja) juga dapat menikmati kehidupan yang selesa. Tetapi ini tidak berlaku

kerana pekerja dibayar gaji yang rendah, terpaksa berkerja dalam persekitaran kerja yang tidak se-lamat dan terpaksa menghadapi pelbagai bentuk eksploitasi lain supaya kapitalis mendapat keun-tungan maksimum.

Dengan erti kata lain, kapitalis mengawal bagaimana keuntun-gan itu digunakan dan pekerja tidak diberikan sebarang hak un-tuk membuat keputusan dalam hal ini. Justeru itu, untung yang di janakan oleh pekerja tidak dapat meningkatkan taraf hidup mere-ka sendiri, disebabkan oleh kera-kusan kapitalis untuk mengaut keuntungan maksimum. Di sini ada ‘rompakan besar’ oleh pihak kapitalis dengan nama keuntun-gan daripada golongan majoriti rakyat biasa dan pekerja. Sebab itu, kelas pekerja melalui kesatu-an sekerja perlu berorganisasi se-cara kolektif untuk menuntut dan memperjuangkan hak mereka.

Adakah Sistem Kapitalisme Tel-ah Meningkatkan Taraf Hidup ?

Adalah tidak dapat dinafikan, se-menjak kemunculan sistem kapi-talisme 500 tahun dahulu, banyak penemuan sains dan teknologi telah diterokai bermula den-gan revolusi perindustrian pada abad ke 18 and 19, dan ini mem-bolehkan kaedah produksi baru dipergunakan untuk pengeluaran secara besar-besaran. Ini bermak-na, pada awalnya, ketika transisi daripada sistem feudalisme ke-pada sistem kapitalisme, kapital-isme telah memberikan harapan untuk meningkatkan keperluan dan taraf hidup manusia.

Ini juga merupakan era kemun-culan kelas pekerja secara besar-besaran untuk memburuh di kilang atau industri. Tetapi dis-ebabkan sifat kapitalisme yang rakus untuk keuntungan, mereka akan memastikan gaji pekerja diminimumkan seboleh yang mungkin. Ini menyebabkan kep-erluan-keperluan asas kemanu-siaan seperti makanan, perlind-ungan, perubatan dan sebagainya di perjudikan semata-mata untuk memenuhi nafsu keuntungan segelintir kapitalis. Misalnya, pada masa kini, cuma 500 multi-nasional terbesar di dunia men-gongkong sebahagian besar ke-kayaan yang ada.

Apakah Implikasi Sistem Kapital-isme ?

Ramai manusia di muka bumi ini simpati dengan golongan tertin-

das disebabkan kekejaman sistem ekonomi dan politik berlandas-kan kepada kapitalisme. Keban-yakan daripada mereka mem-persoalkan ketidakadilan dalam sistem kapitalisme: Mengapakah ada segolongan kecil boleh hidup dengan kemewahan berbilion-bil-ion ringgit manakala segolongan besar pula hidup melarat dengan memburuh? Mengapa walaupun di dunia ini makanan dan kep-erluan asas lebih daripada yang diperlukan, tetapi masih berjuta-juta rakyat miskin di negara-ne-gara Afrika dan Asia setiap hari mati kerana kebuluran? Men-gapa bayi dan anak-anak kecil di bunuh dengan kejam di Iraq, Palestin, Afghanistan, Sri Lanka kerana segolongan kecil mahu-kan kekayaan melalui tanah, min-yak dan sebagainya ? Mengapa multinasional dan transnasional di dunia ini yang rakus keuntun-gan terus menerus mencemarkan udara, air dan alam yang pada asasnya memainkan peranan un-tuk kita dan generasi akan datang untuk terus hidup?

Hari ini lebih ramai golongan miskin yang curi coklat atau gula-gula didakwa kalau diband-ingkan dengan kapitalis-kapi-talis yang mengaut berjuta-juta ringgit dengan nama keuntun-gan dan mengakibatkan krisis ekonomi seperti krisis kewangan dunia pada masa kini yang telah melesapkan kekayaan bernilai bertrillion-trillion ringgit. Sebab itu, undang-undang yang pro-kapitalis hanya menyempurnakan kehendak kapitalis-kapitalis dan tidak berdaya mendakwa mereka (di setengah-setengah kes walau-pun didakwa, kapitalis-kapitalis ini menggunakan lubang-lubang tertentu untuk lari daripada dak-waan !). Di Malaysia ada undang-undang kesatuan sekerja, tetapi hanya 8 peratus sahaja pekerja berkesatuan. Yang lainnya tidak dapat menubuhkan kesatuan un-tuk memperjuangkan hak mereka kerana lubang-lubang tertentu yang dipergunakan oleh majikan untuk menghalang hak pekerja, dan kerajaan yang pro-kapitalis hanya menutupi mata mereka.

APA ITU SISTEM KAPITALISME? Ravi

Dari hari ke hari, media massa semakin mempengaruhi segala aspek kehidupan masyarakat se-hinggakan sebarang iklan, drama, filem dan sebagainya juga berpu-su-pusu dengan pelbagai cara untuk menarik perhatian penon-ton. Salah satunya adalah den-gan memperagakan tudung yang mewah dan beraneka jenis. Ini turut terlihat melalui program-program televisyen yang seakan-akan disajikan dan direka khusus untuk para wanita. Tudung men-jadi komoditi, dikomersialkan dan dipasarkan seluas-luasnya supaya ia dapat dijual dalam sis-tem kapitalisme ini. Ia mengheret ramai orang untuk melakukan pembelian yang sebenarnya tak diperlukan pun.

Buktinya, baru-baru ini heboh bahawa ramai pelanggan butik tu-dung Fareeda yang sanggup bera-tur semalaman untuk menunggu giliran masuk ke dalam butik itu.

Matlamat mereka cumalah untuk mendapatkan harga tudung yang sedikit murah berbanding harga biasa. Mereka seolah-olah men-jadi fanatik atau obses dengan tudung sebegitu biarpun ia dijual dengan mahal sekali, iaitu kira-kira RM100-RM300 sehelai.

Ini menandakan bahawa hanya mereka yang berpendapatan tinggi sahaja yang mampu untuk membeli tudung yang mewah dan ‘eksklusif ’. Bagi kelas pekerja dan mereka yang berpendapa-tan rendah, mereka cuma dapat membeli tudung biasa. Di sebalik itu, satu lagi perkara yang perlu difikirkan adalah tentang kos pembikinan tudung ini. Di Viet-nam dan beberapa negara lain, tudung yang mempunyai kualiti yang sama boleh diperoleh den-gan harga sekitar RM30 sahaja. Hal inilah yang menjadi persoa-lan kerana tudung yang dijual dengan harga yang beratus-ratus

pada hakikatnya adalah daripada kos upah dan pembikinan yang me-mang rendah.

Butik tudung ini mengaut keun-tungan yang amat besar dengan menjual harga yang sangat ting-gi sedangkan kos untuk mem-buatnya begitu rendah. Bagaima-na pula dengan gaji pekerja yang menghasilkan tudung itu? Apa-kah setimpal atau sebaliknya? Sekiranya dibandingkan, keun-tungan keterlaluan yang telah diperoleh oleh pemilik butik tu-dung dengan titik peluh mereka yang penat tetapi diberikan gaji yang kecil, memang tidak berpa-tutan. Justeru, dalam hal ini, kelas pekerja dan rakyat biasa harus memainkan peranan untuk me-mastikan bahawa mereka tidak sesekali dieksploitasi oleh majik-an dan syarikat-syarikat kapitalis yang pada dasarnya melakukan perniagaan demi untuk menda-patkan keuntungan maksimum. Mereka telahpun menjadi juta-wan, kelas pekerja pula bagaima-na?

Tudung Mahal: Keperluan Pembeli atau Keuntungan Kapitalis? Sharifah

Para pelanggan sanggup bermalam

di luar kedai se-mata-mata untuk membeli sehelai

kain dengan harga yang lebih murah

Page 10: Hentikan Pembunuhan di Gaza! - sosialisalternatif.org · raya untuk pulang beraya ke kam - pung halaman, namun tidak dilu - ... peperangan oleh kerajaan Israel dan pendudukan haram

10 PERSPEKTIF SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -8 AUG - SEP 2014

Ku Nan melarang sebarang NGO untuk menjalankan aktiviti mem-berikan makanan dalam lingkun-gan 2km dari Lot 10 di Jalan Bukit Bintang. Marilah kita tanyakan, mengapa mesti Bukit Bintang? Siapakah yang sebenarnya men-guasai Bukit Bintang? Pada tahun 1998, ketika berlakunya krisis ke-wangan, YTL telah membeli ban-yak aset dan salah satunya ada-lah Lot 10, yang dibeli daripada Datuk Sulaiman Abdul Manan, pemilik Taiping Consolidated Bhd. Sebagai ‘pemilik saham ter-banyak’, Taiping Consolidated kemudiannya telah ditukar nama kepada YTL Land & Develop-ment. Susulan ini, YTL berjaya menguasai harta tanah di sekitar Bukit Bintang dan Sentul.

Kata Ku Nan, “imej bandar kita sangat teruk,”. Apakah Bukit Bin-tang ini dimiliki oleh Ku Nan, atau YTL? Di manakah letaknya raky-at? Sebagai kapitalis dan kerajaan pro-kapitalis, kedua-duanya pasti berusaha untuk memaksimum-

kan keuntungan bagi diri mereka sahaja. Mereka tidak kisah seki-ranya ramai orang yang diek-sploitasi dan ditinggalkan jauh ke belakang. Apatah lagi dalam sistem kapitalisme, satu-satunya cara untuk mengawal manusia adalah melalui wang. Undang-undang aneh dibuat untuk memi-hak mereka sahaja, sehinggakan hukuman boleh pula diberikan kepada pemberi & penerima sedekah/makanan percuma.

Kos sara hidup yang tinggi, pengangguran, kemudahan ru-mah dan kesihatan yang mahal, pendidikan yang diniagakan, dan lain-lain lagi telah menim-bulkan tekanan demi tekanan

dalam masyarakat yang akhirn-ya menghimpit mereka dengan teruk. Punca-punca inilah yang menyebabkan timbulnya gelan-dangan dan warga miskin kota. Ini yang harus ditangani oleh Ku Nan, bukannya mengusir gelan-dangan dan warga miskin kota. Walau bagaimanapun, penyelesa-ian ini tidak mungkin akan dapat ditemui dalam kerajaan pro-kap-italis. Justeru, dalam kemarahan kita terhadap Ku Nan, di satu sisi lagi, perjuangan masyarakat dan kelas pekerja juga adalah amat penting sekarang untuk dibina bagi mewakili hak-hak orang bia-sa yang tersempit akibat golongan minoriti kaya raya yang mengua-sai sumber pengeluaran ekonomi.

Antara Ku Nan, Gelandangan dan Bukit Bintang Sharifah

Karya yang popular tersebar di laman sosial sep-erti Facebook selepas Tengku Adnan mengeluar-kan kenyataan yang mengeji golongan gelandan-gan dan mengancam aktivis ‘soup kitchen’ yang

menganjurkan sumbangan makanan bagi mereka.“ Memberi Makanan Bukan Satu Jenayah”

Ketika Piala Dunia Melabuhkan Tirainya Ian

Piala dunia di Brazil yang baru sahaja menutup tirainya banyak menimbulkan drama di dalam padang permainan. Seluruh dun-ia merasa terhibur. Kenangannya

akan terus menjadi ingatan bagi pencinta bola sepak. Tapi apa se-lepas itu? Meskipun banyak pihak menyatakan piala dunia Brazil yang lepas adalah yang terbaik

yang pernah dianjurkan, tetapi ia masih menimbulkan banyak per-soalan. Ketika para penonton dari seluruh dunia telah pulang ke negaranya masing-masing, FIFA meninggalkan negara itu dengan membawa keuntungan yang ber-limpah dan skandal penjualan tiket yang mencalar maruah, kini tinggal Brazil keseorangan den-gan segudang permasalahannya. Masalah tersebut sudah ber-mula semenjak Brazil dinobat-kan menjadi tuan rumah lagi. Penolakan daripada masyarakat miskin terhadap penganjuran itu berakhir dengan protes-protes besar. Mereka tidak menolak bola sepak, tetapi menentang keras penggunaan wang rakyat untuk penganjuran piala dunia terse-but. Sepatutnya wang tersebut diperuntukkan bagi kemudahan-kemudahan asas seperti peruma-han, kesihatan, pendidikan. Piala dunia telah mengubah persepsi rakyat Brazil mengenai bola sepak. Ia kini tidak hanya menjadi sebahagian daripada bu-daya masyarakat, falsafah hidup ataupun kebanggaan nasional

sahaja, tetapi juga berkait rapat dengan permasalahan sosial. Mereka jatuh sakit akibat sukan bola sepak yang menjadi kebang-gaan mereka selama ini telah menjadi penyebab kesengsaraan mereka. Luka itu semakin parah atas kekalahan memalukan pasu-kan kebangsaan mereka kepada Jerman. Sedar akan kemarahan rakyat, presiden Dilma Roussef tahu bahawa hanya kemenangan Bra-zil menjulang piala dunia yang mampu menjamin kedudukan-nya dalam pemilihan presiden bulan Oktober yang akan datang. Disebabkan perkara itu tidak ber-laku, maka peluang untuk me-nang kembali bagi penggal kedua sebagai presiden akan terjejas. Kajian yang dilakukan selepas piala dunia berakhir menunjuk-kan sokongan terhadap Dilma semakin merosot, walaupun dia masih mendahului jika diband-ing dengan calon-calon yang lain. Tetapi masyarakat miskin yang rumah mereka dirobohkan, ter-lantar di hospital, hidup merem-pat di jalan dan yang diganasi

polis semasa membuat bantahan, dapat melihat penindasan yang dilakukan oleh presiden mereka. Mereka akan menyimpan ke-marahan itu dan menghukum Dilma pada hari pengundian nanti. Mereka marah melihat stadium-stadium megah yang di bangun oleh wang rakyat su-dah tidak berguna lagi seka-rang. Sementara rumah-rumah masyarakat miskin akan terus di-robohkan untuk memberi laluan kepada projek sukan antarabang-sa lain, iaitu sukan Olimpik tahun 2016 nanti. Menjelang piala dunia yang lalu, perhatian dunia terarah kepada Brazil sehingga nasib yang di-alami oleh rakyat Brazil pun dapat diketahui dunia. Namun selepas semuanya selesai, kehidu-pan berjalan seperti biasa. Tapi kita percaya, di mana sahaja ada ketidakadilan, di situ ada penen-tangan. Kelas pekerja dan rakyat miskin yang lain di Brazil akan terus bangkit melawan kerana itu sudah menjadi tugas sejati mere-ka.

Page 11: Hentikan Pembunuhan di Gaza! - sosialisalternatif.org · raya untuk pulang beraya ke kam - pung halaman, namun tidak dilu - ... peperangan oleh kerajaan Israel dan pendudukan haram

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -8 AUG - SEP 2014 SUDUT SEJARAH 11

Buruh Paksa Landasan Kereta Api Maut Siam-Burma 1942-1945 Sharifah

Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942-1945 telah meninggalkan banyak ke-san politik, ekonomi dan sosial. Salah satu kesan yang sentiasa menjadi ingatan pahit adalah ten-tang buruh kereta api maut Siam-Burma yang telah melibatkan ra-mai orang tanpa mengira bangsa. Setelah tentera Jepun berjaya menakluk Pearl Harbour pada 7 Disember 1941, dibawah Jen-eral Yamashita mereka juga telah berhasil menakluk Tanah Melayu pada tahun 1942. Rentetan itu, rancangan peluasan penaklu-kan ke India melalui Burma pula telah dilancarkan. Ia ada kaitan-nya dengan pembinaan landasan kereta api dari Siam ke Burma. Bahkan, ia juga kerana kepentin-gan ekonomi dalam aspek pen-gangkutan dan perdagangan.

Bagi memenuhi kepentingan itu, tawanan perang Jepun yang ter-diri daripada 61,000 orang askar British, Australia, Amerika Syari-kat, New Zealand dan Belanda, serta 200,000 orang dari seluruh Asia termasuklah orang-orang Melayu, China dan India telah dikerahkan sebagai buruh un-tuk memulakan projek landasan kereta api itu yang sejauh 415 km dari Nong Pladuk, Kanchanaburi, Siam sehingga ke Thanbyuzayat, Burma. Sebelum ini British se-benarnya telah menjalankan pro-

jek landasan kereta api ini tetapi telah dibatalkan kerana masalah-masalah kawasan tanah yang ber-gunung-ganang, hujan monsun, penyakit malaria dan sebagainya lagi. Namun begitu, setelah Jepun menakluk Tanah Melayu, rancan-gan itu diteruskan dan mereka telah menetapkan jangka masa projek itu dari September 1942 sehinggalah Ogos 1943.

Pengalaman-pengalaman mereka menjadi buruh paksa cukup men-deritakan. Kebanyakan buruh-buruh ini berjalan kaki sehingga beratus-ratus kilometer dan telah mengambil masa sehingga ber-minggu-minggu untuk sampai ke kem-kem penempatan mere-ka. Mereka juga dipaksa bekerja hingga 24 jam sehari semalam dan tidak boleh bercuti. Pada

waktu itu, hujan monsun turun dengan lebat dan telah men-gakibatkan pembiakan banyak nyamuk dan penularan wabak demam malaria. Selain kerja-kerja yang keterlaluan, mereka juga tidak dibekalkan dengan makanan dan ubat-ubatan yang mencukupi. Keadaan inilah yang menyebabkan ramai buruh dis-erang pelbagai penyakit yang membawa maut. Mereka dipaksa untuk terus bek-erja biarpun sedang sakit dan masih penat. Tentera Jepun telah memukul dan menyebat buruh-buruh itu sekiranya mereka minta untuk direhatkan, atau jika mere-ka melakukan kesilapan ketika sedang bekerja. Bahkan, dilapor-kan bahawa secara purata dalam setiap kilometer landasan yang dibina, ia telah menelan 38 nyawa

manusia. Maka tidak hairanlah sekiranya kereta api itu telah di-gelar sebagai ‘kereta api maut’. Malah, walaupun kerja-kerja pembinaan landasan kereta api itu sudah selesai, tetapi buruh-buruh yang masih hidup tidak di-hantar pulang dengan segera se-bagaimana yang telah dijanjikan. Bagi yang masih sihat, mereka di-hantar pula ke Jepun untuk bek-erja di lombong arang batu. Ada juga yang disuruh untuk bekerja sebagai penjaga jalan kereta api yang baru itu.

Dalam kalangan mereka yang masih hidup dan dapat kembali ke Tanah Melayu, terlintas dalam fikiran untuk menubuhkan per-satuan bagi memperjuangkan nasib mereka. Matlamat mere-ka adalah untuk menuntut gaji yang belum diberikan, menuntut kerugian, membela nasib buruh paksa, menuntut elaun kerja dan lain-lain lagi. Oleh itu, pada awal tahun 1958, iaitu lebih kurang 12 tahun setelah mereka kembali di Tanah Melayu, dan kerana si-kap kerajaan yang dingin, maka Jawatankuasa Penaja Persatuan Bekas Buruh Paksa (PBBP) pun telah ditubuhkan. Ia adalah suatu kerjasama daripada bekas buruh-buruh paksa itu dan waris-waris mereka. Dengan itu, tuntutan per-tama persatuan ini adalah wang baki daripada hasil jalan kereta

api maut Siam-Burma tersebut.

Sejarah buruh paksa ini menun-jukkan kepada kita bahawa ek-sploitasi dan penyeksaan kepada golongan buruh atas kepentingan ekonomi bagi segelintir pihak sudah pun berlaku sejak dahulu lagi. Bahkan, ia lebih teruk dari-pada apa yang terjadi kepada pekerja-pekerja sekarang. Meski-pun begitu, ia tidak sesekali me-matahkan semangat perjuangan mereka untuk terus bersatu dan menuntut apa yang sepatutnya diberikan kepada mereka. Mala-han, sehingga ke hari ini, bekas buruh dan waris-waris mereka masih memperjuangkan hak-hak mereka. Sejarah ini juga meng-gambarkan bahawa penindasan kepada golongan buruh tidak akan mengenal warna, ia akan terus dilakukan selagi terdapat pihak yang ingin mengaut keun-tungan tanpa memikirkan kebaji-kan pekerja. Justeru, para pekerja seharus sama-sama bangkit mela-wan penindasan.Sumber:

1. Salleh Mohd. Akib. 2003. Buruh Paksa Landasan Kerta Api Maut Thailand-Burma 1942-1945.2. Mat Zin Mat Kib. 2005. Persatuan Buruh Kereta Api Maut Siam-Burma.

Gambar : Karya Geng Kartun yang mende-dahkan suasana Hari Raya Aidilfitri tahun

2014 yang penuh den-gan dugaan bagi raky-at biasa. Di Palestin,

penganut agama Islam diserang bertubu-tubi

oleh Israel di sepanjang musim perayaan. Di

Malaysia pula, rakyat biasa diserang oleh ke-naikan kos sara hidup dan barang keperluan

harian.

Page 12: Hentikan Pembunuhan di Gaza! - sosialisalternatif.org · raya untuk pulang beraya ke kam - pung halaman, namun tidak dilu - ... peperangan oleh kerajaan Israel dan pendudukan haram

Pendidikan

• Hak Pendidikan yang percuma dan berkualiti untuk semua termasuk di Universiti dan Kolej: Memansuhkan yuran pengajian di Universiti dan Kolej dan menghapuskan hutang pelajar termasuk PTPTN.

• Menuntut autonomi sepenuhnya kepada univer-siti dan kolej untuk mengeluarkan graduan kre-atif untuk pembanggunan keperluan rakyat biasa dan bukannya berpaksikan kepada keuntungan maksimum kapitalis.

• Tidak kepada penswastaan pendidikan termasuk pengkorporatan universiti dan kolej awam. Memiliknegarakan atau pemilikan awam segala entiti pendidikan daripada tadika hinggalah ke universiti dengan pembiyaan yang secukupnya untuk meningkatkan kemudahaan dan kualiti pendidikan.

• Menyokong hak pekerja awam di bidang pendid-ikan, guru dan pensyarah untuk mempertahan-kan hak mereka dan autonomi pendidikan.

• Untuk mentransformasikan Persatuan Pelajar kepada Kesatuan Pelajar yang bebas, demokratik dan memperjuangkan hak dan keperluan pelajar.

• Untuk membentuk pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui pemilikan awam, dan ianya diuruskan secara demokratik dan percuma di semua peringkat - sistem pen-didikan sosialis.

Pekerjaan dan Kebajikan

• Menyokong perjuangan anak muda dan warga pekerja untuk hak pekerjaan.

• Hapuskan pengangguran dengan hak pekerjaan yang adil untuk semua.

• Hapuskan polisi ‘buruh murah’ atau pengham-baan pekerja, dengan mewujudkan gaji mini-mum atau gaji saraan hidup (living wage) yang setimpal dengan kenaikan inflasi.

• Hapuskan amalan ‘outsourcing’ dan buruh kon-trak yang menghakis hak pekerja dan kesatuan sekerja.

• Peluang latihan yang adil untuk anak-anak muda dengan gaji saraan hidup, termasuk pekerjaan yang terjamin selepas latihan.

• Hentikan pembuangan pekerja di sektor awam atau swasta. Miliknegarakan syarikat yang men-gancam penutupan, di bawah kawalan demokra-tik oleh kesatuan sekerja dan warga pekerja.

• Majikan harus memperuntukkan elaun peruma-han, penganggutan, makanan dan faedah-faedah lain yang diperlukan untuk kebajikan pekerja.

• Hak penubuhan kesatuan sekerja tanpa sebarang sekatan undang-undang oleh kerajaan atau cam-purtangan majikan.

• Pinjaman perumahan tanpa faedah oleh kerajaan untuk memastikan keluarga miskin memiliki tempat kediaman. Pinjaman perumahan kera-jaan dengan faedah yang rendah harus diperlu-askan kepada warga pekerja di sektor swasta.

• Membina tempat-tempat rekreasi awam per-cuma dan berkualiti kepada anak muda dan pekerja.

Hak dan demokrasi

• Mempertahankan hak untuk membantah dan berdemonstrasi. Tiada penganiayaan kepada penunjuk perasaan. Hak untuk berorganisasi di setiap sekolah, kolej dan universiti.

• Hentikan keganasan polis terhadap demonstrasi dan rakyat biasa.

• Tiada rasisme, seksisme, homophobia, dan se-mua bentuk diskriminasi.

• Hak pekerjaan, perumahaan dan perkhidmatan tanpa diskriminasi kaum, agama dan jantina .

• Hentikan serangan ke atas hak-hak wanita.• Wujudkan semula pilihanraya kerajaan tempatan

di setiap daerah. • Tidak kepada parti-parti yang berlandaskan

kapitalisme. Berkempen untuk pembinaan parti massa kelas pekerja dan anak muda untuk mem-pertahankan hak dan kepentingan rakyat biasa.

• Hentikan penswastaan perkhidmatan awam. Memiliknegarakan semula semua kemudahaan awam dengan kawalan demokratik kesatuan sekerja dan rakyat biasa.

• Hentikan GST, TPPA, pemotongan subsidi dan mula merancang ekonomi berlandaskan keper-luan rakyat, bukan keuntungan maksimum

Untuk Solidariti Antarabangsa dan Demokratik Sosialisme

• Untuk solidariti antara kelas pekerja dan anak muda di seluruh dunia.

• Solidariti dengan Perjuangan Anak Muda dan Pekerja di Timur Tengah/Afrika Utara untuk pembentukan kerajaan kelas pekerja dan petani miskin.

• Tidak kepada peperangan dan campur tangan imperialis. Untuk pengosongan segera semua tentera asing dari Afghanistan dan Iraq.

• Tamatkan kepungan Gaza di Palestin dan hor-mati hak pembentukan negara Palestin.

• Hentikan pembinaan peluru berpandu nuklear dan hapuskan segala senjata yang boleh memus-nahkan alam.

• Menyokong kempen solidariti Tamil Sri Lanka - untuk hak semua rakyat untuk menentukan pilihan sendiri.

• Tidak kepada kemusnahan alam sekitar. Bagi pelan yang mampan berlandaskan kepada demokratik sosialisme untuk industri pengelu-aran yang tidak akan memusnahkan planet ini.

• Tidak kepada kapitalisme. Bagi dunia sosialis, di mana monopoli besar dijadikan pemilikan awam, dengan ekonomi yang dirancang secara demokratik dan sumber-sumber alam diper-gunakan untuk memenuhi keperluan manusia sejagat.

Pendirian Gabungan Pekerja dan Anak Muda

Adakah anda mempunyai berita tentang pekerja untuk kami ?

Adakah anda ingin berkerjasama dengan kami?Adakah anda ingin tahu dengan lebih tentang kami ?

Hubungi kami di

[email protected]

01112859623 ( yuva )

http://www.facebook.com/solidaritipekerja

ISU KE - 8 AUG - SEP 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

Sosialis Alternatif adalah sebahagian daripada pertubuhan

sosialis dan kelas pekerja antarabangsa (CWI) yang

beroperasi di lebih 50 buah negara.Sosialis Alternatif berkempen menentang

penindasan ke arah membentukmasyarakat yang berlandaskan

demokratik sosialisme diMalaysia dan sedunia.

Sosialis Alternatif