bingkisanhati.weebly.com · web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami...

30
BBK 3308 CERPEN TAJUK: Analisis aspek gaya bahasa yang perlu diaplikasi oleh pengarang dalam penulisan cerpen. Analisis anda perlu disertai dengan contoh diksi, sintaksis, bahasa figuratif (bahasa perbandingan, kiasan, pepatah dan seumpamanya) yang terdapat dalam cerpen. PENSYARAH: DR. ROSLINA BT ABU BAKAR NAMA: WAN SALMIAH BT WAN AB RAHMAN 1

Upload: vanthuan

Post on 16-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

BBK 3308

CERPEN

TAJUK: Analisis aspek gaya bahasa yang perlu diaplikasi oleh pengarang dalam penulisan

cerpen. Analisis anda perlu disertai dengan contoh diksi, sintaksis, bahasa figuratif

(bahasa perbandingan, kiasan, pepatah dan seumpamanya) yang terdapat dalam

cerpen.

PENSYARAH: DR. ROSLINA BT ABU BAKAR

NAMA: WAN SALMIAH BT WAN AB RAHMAN

NO MATRIK: 157600

PROGRAM: BAC. BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU

1

Page 2: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

PENDAHULUAN

Cerpen didefinisikan sebagai kependekan bagi pegertian cerita pendek yang merupakan cerita

rekaan dan dihasilkan dalam bentuk prosa. Sehingga dewasa ini, penulisan cerpen-cerpen Melayu telah

meningkat usia lebih dari setengah abad, dan penulisan ini merupakan satu ragam kesusasteraan yang

amat penting dan popular. Cerpen sebagai satu daripada genre kesusasteraan yang tergolong dalam cereka

Melayu bukanlah baru. Dari hakikat sejarahnya di Malaysia, ia merupakan bentuk kesusasteraan moden

yang terawal ditemui atau diperkenalkan berbanding dengan genre lain seperti novel, puisi dan drama.

Tradisi penulisan cerpen Melayu bermula apabila Nor Ibrahim Madrasi menghasilkan karyanya yang

berjudul ‘Kecelakaan Pemalas’ yang tersiar dalam majalah Pengasuh pada 4 Feb 1920.

Perkembangan cerpen di Malaysia banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor sama ada yang

berkaitan dengan sosio-ekonomi, sosio-politik mahupun berhubungan dengan pengarang dan

kepengarangan. Penulis- penulis turut bertambah kesan daripada faktor tersebut untuk menghasilkan

karya mereka yang berbakat dan dibacakan oleh khalayak umum. Pada awal kemunculan cerpen, ramai

penulis terkenal yang muncul seperti Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Muhammad Dahlan

Masud, Harun Muhammad Amin, Yusuf adil, Ahad Darultakzim dan Yusuf Arshad. Di antara mereka ini,

Abdul Rahim Kajai yang paling produktif.

Berjayanya ciptaan sesebuah cerpen banyak bergantung kepada kesempurnaan menyesuaikan di

antara bahasa sebagai alat untuk menyampaikan amanat dengan amanat atau idea yang mahu disampaikan

oleh pengarang. Meninjau gaya bahasa dari penulisan cerpen, dapat menyelidiki bagaimana pengarang

menggunakan dan mengaplikasikan bahasanya dengan cara memilih ungkapan, membuat perbandingan

dan menyusun kalimat yang berada di dalam perbatasan aturan bahasa itu sendiri sehingga dapat menarik

hati pembaca. Oleh itu, dalam gaya bahasa adalah segala peristiwa pemakaian bahasa. Gaya bahasa yang

2

Page 3: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

memperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana

gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan, digunakan oleh penulis-penulis daripada kalangan

guru-guru Melayu seperti Harun Muhammad Amin, Yusuf Arshad, Muhammad Yasin Makmur dan

Mahmud Ahmad.

Justeru, kertas kerja ini akan memperlihatkan dan menganalisis aspek gaya bahasa yang perlu di

aplikasi oleh pengarang dalam penulisan cerpen beserta contoh seperti diksi, sintaksis, bahasa figuratif

yang terdapat dalam cerpen khususnya cerpen-cerpen Melayu sebelum perang dunia kedua.

3

Page 4: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

ANALISIS PERBINCANGAN

1. DIKSI

Penelitian tentang gaya bahasa tidak akan sempurna sekiranya kjian tidak dikerjakan kepada

tiap-tiap unsur yang membentuk gaya bahasa itu sendiri. Unsur pertama ialah pemilihan kata iaitu diksi

yang membawa bagaimana penulis menyesuaikan di antara kata-kata dengan amanat yang mahu

disampaikannya dari suatu persoalan atau tema cerita. Kerapkali pula pemilihan kata-kata itu bertepatan

dengan suasana dan pernyataan sikap dari pengarang sendiri.

Penulis-penulis sebelum perang ternyata berkebolehan dalam membuat pilihan kata-kata yang

sesuai dipadankan dengan tema ceritanya. Kata-kata yang lebih bersifat romantik, dengan sulaman

bentuk-bentuk puisi pantun dan syair banyak digunakan untuk cerita-cerita yang mempersoalkan cinta

dan perkahwinan. Cerita-cerita yang bercorak moral pula diolah dengan kata-kata yang berfungsi mahu

mengajar atau dapat member pengiktibaran. Oleh itu,kata-kata tersebut yang berhubungan dengan soal-

soal agama seringkali dipilih untuk cerita-cerita demikian. Keadaan ini dapat dilihat dalam karya penulis

yang memasukkan ayat-ayat Quran ke dalam gaya bahasa cerpen-cerpennya yang bertemakan moral.

Kata-kata tersebut dirasakan lebih bermakna dan dapat meninggalkan kesan yang lebih mendalam, dan

sesuai pula dengan tema yang hendak mengajar itu. Malah ada penulis yang terus mengambil ungkapan-

ungkapan dari Quran untuk dipadankan dengan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan budi pekerti

di dalam cerita-cerita bercorak moral.

Demikian pula kata-kata yang berhubungan dengan soal-soal kedudukan sosial, kekeluargaan,

hubungan sosial dan pengaruh moden dipilih untuk digunakan bagi cerita-cerita yang mempersoalkan

tentang kebebasan sosial. Begitulah seterusnya dengan cerita yang banyak mengutarakan masalah

ekonomi dipilih kata-kata yang berkaitan dengan soal-soal jimat-cermat, rajin usaha dan kesungguhan di

4

Page 5: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

dalam sebarang kerja. Dengan kata-kata yang bersemangat yang mengandungi unsur-unsur perpaduan

dan anti golongan asing dipilih untuk cerita yang bertemakan nasionalisme.

Di samping itu terdapat perbezaan menggunakan setengah-setengah perkataan, sama ada dari segi

makna atau istilah, jika dibandingkan dengan pemakaian hari ini. Misalnya perkataan “bahasa” diertikan

sebagai “bahawa”. Atau perkataan Inggeris bagi maksud wayang gambar, motokar, basikal, lif dan radio

diistilahkan sahaja sebagai wayang gelap, kereta angin, kereta lereng, tangga terbang dan tetuang udara.

Selain daripada itu terdapat pula penulis-penulis dari Kelantan dan Terengganu yang

menggunakan setengah-setengah perkataan daerah di dalam karyanya. Cerita akan menjadi lebih yakin

jika kata-kata ini digunakan di dalam percakapan atau dialog.Tetapi yang nyata ialah kebanyakan kata-

kata daerah tadi digunakan di dalam bahasa bercerita atau naratif, yang memungkinkan setengh-setengah

pembaca dari luar lingkungan daerah tadi tidak dapat memahaminya dan ini dilakukan adalah kerana

penulis begitu terpengaruh dengan bahasa pertuturan yang biasanya banyak mengandungi kata-kata

daerah. Kadaan itu seolah-olah ada persamaanya dengan gaya bahasa sastera oral yang disampaikan

secara pertuturan, dan hampir keseluruhan kata-kata yang digunakan adalah bersifat kedaerahan. Penulis-

penulis ini juga merasakan cara ekspresi itu lebih tepat dan mengesankan walaupun mereka sedar bahawa

pengertiannya agak terbatas. Kemasukannya tidaklah merosakkan keseluruhan gaya bahasa cerpen-cerpen

dari penulis itu, kerana hanya sebilangan kecil sahaja yang ditimbulkan, dan digunakan dalam keadaan

yang tertentu.

Biarpun terdapat pelukisan-pelukisan yang terjalin dengan gaya bahasa yang kaku sehingga

tidak menimbulkan kesan yang mengharukan perasaan, tetapi kita boleh temui pada tempat-tempat lain,

pelukisan yang begitu romantik dan puitis. Keadaan ini terutama dikemukakan ketika memberikan

gambaran suasana alam pada waktu-waktu tertntu. Penggunaan bahasa yang romantik dan puitis itu

kadang-kadang disertai pula dengan rentak irama yang menarik jika diperdengarkan hingga pembaca

merasakan dirinya seolah-olah berada di dalamnya bermesra-mesra dengan suasana itu. Penulis dari

5

Page 6: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

golongan guru yang paling banyak mengemukakan pelukisan alam di dalam bentuk gaya bahasa begini.

Yusuf Arshad, misalnya ternyata amat pandai dan dapat menguasai bahasanya ketika melukiskan suasana

alam ini. Pelukisannya terasa hidup dan mengesankan. Yusuf Arshad sewajarnyalah berupaya

mewujudkan pelukisan tadi, kerana dia juga seorang penyajak yang berbakat dan seorang guru Melayu

yang pasti pula dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Dapat dilihat sebuah contoh yang terdapat

dalam cerpen “ Sirih Pulang ke gagang” (Majalah Guru, 1 Julai 1940) karya Yusuf Arshad ini:

Di awang-awangan awan bertompok-tompok hitam, sebentar lagi rebut dan hujan turun sebagai air dicurahkan orang dari pelantar,, dalam masa yang singkat jua halaman seolah-olah menjadi tasik—padang menjadi laut—dan parit menjadi sungai, bercampur pula dengan bunyi petir dan kilat sabung menyabung… Oh sungguh menakutkan. Seolah-olah dunia ini hendak dibinasakan Tuhan.

(hlm.189)

Bentuk-bentuk pantun dan syair ditimbulkan tidaklah dengan hanya mengharapkan rasa keindahan di

dalam gaya bahasa, tetapi mempunyai fungsi yang lain pula. Terutamanya ialah pantun dan syair itu

diciptakan untuk dijadikan satu saluran tempat mencurahkan segala nasihat dan pengajaran atau

kesimpulan pengajaran yang boleh didapati dari sesebuah cerita. Abdul Rahim Kajai, yang meletakkan

rangkap-rangkap syairnya di akhir dari tiap-tiap buah cerpennya yang termuat di dalam Warta Jenaka

tahun tiga puluhan itu, tidaklah semata-mata kerana member nasihat atau kesimpulan dari satu-satu cerita,

tetapi ia juga digunakan sebagai bahan peraduan mencari kata-kata yang sengaja dihilangkan di dalam

rangkaian-rangkaian syair tersebut. Bentuk puisi yang mengandungi unsur-unsur nasihat atau khutbah ini

selalunya syair. Sebagai contoh, dapat diperhatikan bentuk syair yang ditimbulkan pada pengakhiran

cerpen “Kelebihan Berfikir”( Warta Ahad, 22 Ogos 1937), mengandungi nada-nada hendak mengajar

supaya semua orang berfikir sebelum melakukan sesuatu:

Tiap-tiap suatu fikirlah dahulu

Biar tentu hilir dan hulu

Jangan sampai tidak kelulu

6

Page 7: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

Harta habis awak pun malu

Jikalau tak tau bertanyalah segera

Insya Allah tak jadi lara

Di situ dapat meluaskan kira

Fahaman suntuk menjadi dora

Pepatah Melayu sangat handalan.

“Malu bertanya sesat jalan”

“ Malu berkayuh tak sampai ke pangkalan”

Kesudahannya berkabut dengan kesesalan.

( hlm.10)

Pantun kerapkali ditimbulkan ketika menggambarkan suasana yang dikhaskan kerana

tujuan hiburan. Misalnya di dalam adengan-adengan asmara ketika teruna berjumpa kekasihnya,

atau antara seorang suami yang telah sekian lama berpisah dengan isterinya yang dicintai. Oleh

itu, pantun ini dapat dijelmakan pada bahagian-bahagian pertengahan dari sesebuah cerita. Ada

kalanya bukan sahaja pantun yang ditimbulkan, malah syair juga, terutama yang mengandungi

pengucapan-pengucapan tentang perasaan kesayuan, kehibaan, keluhan dan rindu dendam dari

seseorang tokoh utama. Suatu contoh yang menarik dapat kita lihat dari gambaran adengan

asmara yang diberikan pengarang di dalam bentuk pantun berkait seperti pada cerpen “ Harta dan

Jodoh Menanti di England” (Sahabat, 14 Feb 1940) berikutnya ini:

Miss Archer telah beralih dan menarik senyum melihat muka Ibrahim yang sedang merah padam menahan alunan gelombang yang tidak pernah

7

Page 8: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

dirasainya lalu Ibrahim telah merapatkan mulutnya kepada mulut Miss Archer:

Bukan kaum sebarang kaum

Kaum Benggali mencabut rumput

Bukan cium sebarang cium

Cium stail American Hollywood

Kaum Benggali mencabut rumput

Rumput dicabut bertemu rumput

Cium stail American Hollywood

Iaitu mulut bertemu mulut

(hlm.21)

Di samping itu terdapat pula bentuk pantun atau syair dikemukakan dengan tujuan

memberikan gambaran keseluruhan persoalan yang ingin diutarakan pengarang di dalam

ceritanya. Jadi pantun atau syair yang bermaksud demikian akan ditemui biasanya pada

permulaan dari sesebuah cerpen, atau permulaan dari satu-satu siri di dalam sesebuah cerpen

yang tertentu. Misalnya cerpen “Ramli dan Zakiah” ( Bumiputra, 30 No.1934), menimbulkan

bentuk syair pada permulaan cerita dari dua siri cerpen tersebut, menjadi sbagai “hint” kepada

pembaca-pembaca akan persoalan yang mahu ditimbulkan oleh penulisnya. Pada permulaan siri

keempat cerpen itu terdapat serangkap syair ini:

Ramli dan Zakiah berpandangan mata

Asyik maksyuk mula tergoda

Hilang takut timbul cinta

Tidak mati hidup sengsara

(hlm.2)

8

Page 9: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

Amat jelas kepada kita bahawa cerpenis-cerpenis Melayu sebelum perang, di dalam banyak hal,

belum dapat melepaskan dirinya dari pengaruh-pengaruh hasil kesusasteraan Melayu tradisional.

Hal ini akan menjadi lebih ketara dirasakan apabila ada pula pengarang yang berusaha mencipta

bentuk-bentuk bahasa yang dikenali sebagai “bahasa berirama” atau runs untuk mengindahkan

karangan ceritanya sebagaimana yang sering diperlihatkan di dalam cerita-cerita penglipur lara.

Abu Bakar Ali ternyata seorang penulis yang cenderung kepada mencipta bentuk-bentuk bahasa

berirama ini supaya rasa kesegaran dan keindahan di dalam gaya bahasa cerpen-cerpen Abu

Bakar Ali yang bernama “Alangkah Sakitnya Menadah Embun Siang Hari” (Warta Jenaka, 2

Mei 1940), “Bermimpikah atau Mengigau?” (Warta Jenaka, 27 Jun 1940) , “ Tuhan

Melapangkan kubur Ibuku!” (Warta Jenaka, 19 Sept. 1940), “ Bapa Engkau Seorang Yang

Berpelajaran Baik Sekali” (Warta Jenaka, 27 Mac 1941) dan “Teruna Ulu”. Malah di dalam

cerpen “ Jalan ke Syurga (Warta Jenaka,10 Okt.1940) penulisnya meminjam terus bentuk bahasa

berirama yang terdapat pada cerita penglipur lara Hikayat Awang Sulung Merah Muda untuk

menggambarkan peri keelokan pakaian melayu yang dipakai oleh tokoh heronya. Dua contoh

dapat dilihat melalui petikan berikutnya sebagai contoh, masing-masing diambil dari cerpen “

Alangkah Sakitnya Menadah Embun Siang Hari” dan “Bapa Engkau Seorang Yang Berpelajaran

Baik Sekali” :-

1) Layakkah pada fikiran engkau jika disamakan dengan kita yang hidup kasi pagi makan pagi ini?

Orang yang tiada berbangsa pada pandangannya Orang yang biadab kepada harta-bendanya Orang yang tiada berbudi bahasa pada perdiriannya. (hlm. 5)

2) Syukri dan Dahlia telah menjadi suami isei hidup bersukaria pendeknya tak dapatlah dicacat cela lagi—hanya satu janji sahaja belum ditepati

Janji dibuat dimuliakan

9

Page 10: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

Di dalam janji digaduhi Sampai janji ditepati. (hlm.9)

Muhammad Yasin Makmur juga terpengaruh dengan bentuk bahasa ini, hingga

dijelmakannya di dalam cerpen “ Keris Panjang Keris Pendek Hulubalang-hulubalang Melaka”

(Warta Ahad, 7 Jul. 1940), seperti yang terdapat pada peikan yang diperturunkan berikutnya:

Kemudian bila menetapkan sempurna segala-galanya itu pula mahulah kita jauhkan daripada empat perkara:

Jangan berjudi Jangan asyik kerana maksyuk Jangan terpedaya kerana wang Jangan tinggi kerana sanjung

Demikianlah nasihat Hang Jebat yang sempurna kepada sahabatnya si Kasturi yang selalu hampir-hampir rebah mengadap perkara perempuan. Tetapi Kasturi sungguhpun begitu ianya adalah sedia bertenaga lelaki dan keperwiraan hulubalang:

Jika digantung tidak tinggi Jika dibakar tidak hangus Jika dipancunya tidak kena Tetapi takluk di bawah naungan Cina berahi kepada perempuan. (hlm.21)

10

Page 11: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

SINTAKSIS

Pemilihan kata-kata tadi, iaitu yang selaras dengan tema dan suasana serta tokoh

pelaku, harus pula dapat disusun dengan teratur dan kemas supaya dapat membangunkan ayat-

ayat yang mempunyai daya lukis. Pembentukan ayat bagi gaya bahasa cerpen-cerpen Melayu

sebelum perang itu keseluruhannya dikerjakan di dalam dua corak, iaitu penyusunan ayat yang

panjang dan yang pendek. Penulis-penulis guru dan setengah-setengah penulis wartawan

sasterawan ternyata lebih suka kepada menyusun ayat-ayat yang panjang yang lebih banyak

berfungsi untuk menceritakan segala-galanya tentang sesuatu, dan bukannya cuba menunjukkan.

Ertinya penulis itu dapat menggambarkan atau menceritakan mengenai sesuatu dengan begitu

terperinci di dalam ayat-ayat yang panjang tanpa memberi kesempatan untuk pembaca

memikirkan sendiri dengan hanya berpandukan pelukisan-pelukisan yang ringkas tetapi padat.

Pembentukan ayat tadi terlihat menjadi begitu panjang kerana hampir keseluruhannya

ditulis dengan tulisan Jawi yang selalunya tidak menggunakan tanda-tanda bacanya yang

tertentu. Maka itu kita kadang-kadang menemui satu paragraph seolah-olah hanya dibangunkan

oleh sebuah ayat sahaja. Ini akan mengakibatkan pembaca mudah terlupa akan apa yang

dibicarakan pada permulaan satu-satu ayat sebelum pembacaan tamat, biarpun segala aturan

nahu terpelihara dengan baik. Kadang-kadang pula terasa yang penulisnya tidak dapat mengawal

penyusunan ayat demikian sehingga kesatuan ayat dan idea menjadi hilang. Keadaan ini

memungkinkan pula bagi sesetengah penulis mengabaikan aturan nahu dan mencampur adukkan

di antara gaya bahasa percakapan dengan gaya bahasa bercerita, sehingga dapat melahirkan

11

Page 12: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

kekeliruan dan kebosanan para pembaca. Penyusunan begini juga dapat menggelapkan daya

imaginasi mereka, malah tidak ekspresif dan mengekonomikan. Dapat diperhatikansebuah

penyusunan ayat yang dipetik dari gaya bahasa cerpen “Sepasang Pemuda Lari dari Ibu Bapanya

kerana Menurut Hati” (Tanah Melayu, Mac 1937), yang aga panjang bentuknya dan bercampur

baur di antara bahasa pecakapan dengan bercerita, iaitu:

Dengan Azmah dari jauh sahaja katanya kamu kena berpindah dari rumah ini dan lalu naik ke atas rumah bercakap keluar daripada kebun sekarang jua kerana lakimu sudah lari semalam ke mana dia pergi saya tidak tahu. Patut dia sudah mati semalam lalu dicerita semuanya Azmah minta hendak duduk lagi di rumah tetapi tauke itu tidak membenar dipaksanya keluar dahulu daripada pukul 10 pagi itu kerana satu mandur Jawa hendak duduk pula seraya tauke itu pusing tubuh berjalan balik tatkala itu malin pecah hati Azmah laksana kaca terhempas. (hlm.19)

Susunan ayat yang tidak terjaga itu menjadi semakin kacau aturannya apabila ada

penulis-penulis menggunakan bentuk bahasa pasar di dalam masa bercerita. Sebaliknya susunan

ayat itu mungkin menjadi tidak begitu kacau, malah lebih natural, sekiranya ditimbulkan di

dalam cakapan dari tokoh-tokoh tertentu. Petikan berikut memperlihatkan bagaimana bentuk

bahasa pasar itu terpakai di dalam sesetengah cerpen:-

1) Sebab Labai sampai berani mengeluarkan kata-kata yang begitu macam sungguhpun tada di hadapan siapa.

(Majalah Guru,1 Jul.1925,hlm.134)

2) Bila Mahmud mendapat surat bapa saudaranya yang sebagai mengakui bahawa dia boleh bilang pandai dala bahasa Belanda. (Bahtera,12 Apr.1932, hlm. 15)

3) Sebab yang akan memberanikannya sungguh berkata ialah melihat perangai setengah orang yang mengaku pemimpin ugama itu, buat melakukan permaduan itu dengan tiada

12

Page 13: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

menaruh kasihan lagi buat menceraikan bininya yang sedang hamil, sama siapa nafsunya boleh dikata sudah puas dan tiada berhajat lagi. (Bahtera,24 Mei 1932, hlm.12)

Tetapi susunan ayat yang pendek itulah yang lebih dapat menjelaskan kepada apa yang

hendak dinyatakan oleh penulis. Ini, misalnya pernah dikemukakan oleh Wan Pah di dalam

cerpennya “Apabila Iblis Menyela” (Mastika, Ogos 1941). Dapat perhatikan dua petikan

susunan ayat yang pendek dari cerpen tersebut:

1) Kebetulannya penyakit Haji Harun itu semakin lama semakin tenat. 700 ramuan ubat pun tiadalah member manfaat lagi. Kira-kira dua bulan lamanya ia pun mengucapkan selamat tinggal kepada dunia yang fana ini. Inna Lillahi wainna ilaihi rajiun. (hlm.66)

2) Sekarang yang sebenar-benarnya hati Wan Pah bagai direndang. Surat Nik Lela telah tiba bertalu-talu menyuruh balik. Tiada kurang kiriman hadiahnya semuanya diterima oleh Wan Pah. Rahsianya telah berkahwin dengan si Latib itu tiadalah diketahui oleh sesiapa pun.

(hlm. 76)

Kebanyakan penulis melaksanakan percakapan atau dialog yang tidak teliti. Adakalanya

tokoh dibiarkan bertutur di dalam bentuk yang agak formal, menggunakan “kekanda” dan

“adinda” di antara dua orang kekasih; atau “ayahanda” dan “anakanda” di antara ayah dan anak,

padahal pelakunya adalah dari golongan rakyat biasa dan di dalam situasi yang informal. Di

samping itu digunakan selanjutnya ganti nama formal seperti “ encik” dan “tuan” kepada tokoh

yang diajak berbual. Terdapat contoh dalam cerpen berikut:-

1) “ Tiadalah dapat adinda menjawab,” kata Badariah, “tetapi sekali kekanda sudi, seribu kali adinda sudi, kurang tapak tangan nyiru adinda tadahkan, hanya sanya adinda hak milik ibu bapa lagi jika sungguh kekanda sudi silalah berkira dengan ibu bapa adinda menurut adat bangsa kita”.

( Lain Padang Lain Belalang, 1961, hlm.72)

13

Page 14: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

2) “Sebenarnya,” kata Ramli, “kerana pada zaman dahulu Pulau Perca ini bercantum dengan negeri saya, tetapi sungguhpun begitu ada juga perbezaannya di antara negeri-negeri kita. Pertamanya Sumatra di bawah perintah Belanda, Smenanjung di bawah perintah Inggeris. Keduanya di negeri tuan ada gunung-gunung berapi, di dalam perut buminya ada inyak, di negeri saya tidak ada, negeri tuan dikelilingi oleh laut, tetapi negeri saya tidak begitu.” (Rintisan,1964, hlm.194)

Pada tempat-tempat lain pula kita lihat cakapan itu lebih natural dan menyakinkan para

pembaca, terjalin di dalam satu bentuk yang tidak begitu formal. Lebih-lebih terasa kelicinannya

dan tidak dibuat-buat, seperti:-

“ Kok Mahmud itu pun apa ubahnya. Tahun lepas entah berapa hari sahaja dia puasa. Ada-ada sahaja helahnya hendak makan tengah hari—kadang-kadang kata dia masuk air lubang telinga, terkorek hidung, terminum air dan pada suatu hari dibuat-buatnya muntah—“ kata lagi ibu Mahmud sambil menjeling-jeling bahasa kepada anaknya yang sedang duduk kemalu-maluan.

( Utusan Zaman, 13 Jul.1940, hlm.10-11)

Bentuk percakapan yang lebih menarik dan menyakinkan adalah yang dilahirkan dari

tokoh bukan Melayu. Penulis cerpen Melayu amat pandai menimbulkan gaya bahasa pasar yang

selalu dituturkan oleh orang-orang bukan Melayu, yang lebih realistik,seperti contoh berikut:-

1) Berkatalah Cina itu dengan mukanya yang manis semacam gula, “Saya pikit apa macam mau kira itu wang seribu kalau mau tolak kelapa bulan-bulan potong saya tak sanggup sebab sekalang kelapa sutak jatuh saya pikit ikat pajak sutaklah bikin macam orang-orang lain bikin.”

( Masa, 1 Safar 1346, hlm.58)

2) “ Saya punya nama Muhammad bapak punya nama Kadir Sultan. Kerja kedai lesen jual bubur kacang. Itu hari pukul lima pagi saya sudah bukak kedai--- pasang api masak bubur kacang dan goreng pisang. Satu Melayu pakai songkok putih ada datang sama satu perempuan lalu minta dua cawan kopi O. Saya kasi belakang saya Tanya: Aji mau pergi mana? Dia jawab mau pergi seberang!”

14

Page 15: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

( Warta Ahad, 15 Mei 1938, hlm.20-21)

3) “ Itu pengakuan sudah syukub. Ini saya’ bunya’ syusyu—“ kata Syed Ba Rapek, sambil berkata---“ Allah warrasul hokum begitu masyam, bapak bunya’ anak halal fi addunia walakhirat.” (Utusan Zaman, 7 Jan. 1940, hlm.12)

FIGURATIF

Dalam unsur imejan dapat menemui beberapa peristiwa gaya bahasa dalam cepen

Melayu sebelum perang. Hal yang pertama dapat dikemukakkan unsur perbandingan, sebagai

tujuan pembaca akan lebih dapat merasakan atau membayangkan apa yang mahu digambarkan

oleh penulis. Antara contoh nya:-

1) Tangan si Dolah berkerutu macam katak puru.

( Tanah Melayu, Mac

1937,hlm.15)

2) Giginya menggertak seperti bunyi Keling makan kacang putih.

(Majalah Guru, 1 Feb.1931,

hlm.31)

3) Bahawa adalah perempuan itu sebagai lilin hatinya, manakala terkena panas

lembutlah dia.

( Warta Ahad, 10 Jan.1937, hlm.24)

15

Page 16: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

4) Butir-butir percakapan itu kepadanya adalah umpama tebuan telah masuk ke

dalam telinganya.

( Warta Jenaka,17 Mac 1938,

hlm.12)

5) Jika nikah samalah seperti nikah minyak dengan air.

(Pusaka Kajai II, 1949,hlm.4)

Terdapat juga gaya bahasa cerpen-cerpen Melayu sebelum perang dalam bentuk

metafora. Antara contohya:-

1) Oleh si Juliah lampu kemaluan diusik kerani nyonya itu ia pun dengan tersipu-sipu

datang duduk di hadapan Ismail pada sebuah kerusi.

( Al-Hikmah,20 Okt.1934, hlm.356)

2) Hashim semenjak hari itu telah tenggelam dalam lumpur godaan nafsu.

(Majlis, 12 Mei 1937,hlm.11)

3) Hatinya dikelubungi oleh alunan gelombang was-was.

( Majlis,3 Jan 1938, hlm.4)

4) Terfikir olehnya bahawa anaknya itu tertikam oleh dunia percintaan

( Majalah Guru, 1

Sept,hlm.329)

5) Hatinya hari-hari berperang kerana hendak mengalahkan darah Nazi yang ada di dalam

hati bapanya yang zalim itu.

( Warta Ahad,12 Jan 1941,hlm.17)

16

Page 17: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

Selain itu, terdapat bentuk lain iaitu personafikasi atau pengorangan iaitu sesuatu

benda mati diberinya sifat manusia. Bentuk ini dapat menjelaskan maksud dan memberi warna

emosional dengan gambaran kepada pembaca. Antara contoh cerpen:-

1) Angin yang berhembus kencang itu seolah-olah melarikan ingatan saya yang telah lalu kepada kehidupan yang baharu. ( Malaya, Ogos 1926, hlm.23)

2) Senja mulai merembang. Perlahan-lahan segala warna menjadi gelap. Kelam merayap meliputi bumi.

(Majlis,15 Okt 1937 hlm.3)

3) Pada suatu hari Rafeah bercermin di rumahnya, harta yang banyak itu sedang menari dalam ingatannya.

( Warta Jenaka,23 Dis 1937,hlm.10)

4) Ketika itu fikiran dan ingatannya merayap ke serata alam ini. ( Warta Jenaka,20 Jan 1938, hlm13)

5) Bintang mula mencari tempatnya, bulan mula mengorak senyum. ( Al-Hikmah,27 Feb

1941,hlm.11)

Di samping itu terdapat bentuk hiperbola digunakan untuk melebih-lebihkan

pernyataan mengenai satu-satu benda, hal atau peristiwa, seperti:-

1) Bukankah kita sudah berikrar janji nanti menanti walupun memutih uban di kepala.

( Warta Ahad,14 Apr 1938

hlm.26)

2) Dengan ratap tangis yang mana jika sekiranya batu ratapi begitu haruslah batu itu mengeluarkan mata air.

( Pusaka Kajai IV 1949,hlm.53)

17

Page 18: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

3) Usahlah manusia! Barangkali kucing pun harus berasa pilu mendengarkan cerita hidup Putih itu. ( Utusan Zaman 10 Mac 1940,hlm 11)

4) Di saat itulah kedengaran pekik tangis Asniah yang nyaring membumbung ke langit hijau. ( Majlis,19 Sept 1940,hlm.15)

Selain itu terdapat juga unsur sarkasma dan pengulangan yang cuba ditimbulkan

penulis. Sarkasma adalah ucapan kasar yang mengandungi nada mengejek, tidak setuju atau

benci. Dapat dilihat melalui contoh:-

1) Maka Siti Comel telah berhanyut entah ke mana wallahu aklam.Bagi saya penulis cerita mengucapkan kepada Siti Comel selamat berhambus dan selamat berhincit. (Majlis, 20 Jul.1938 hlm.3)

2) Membuat laku mengeruk periuk seumpama hamba abdi yang tiada mencekik setahun.

( Lain Padang Lain

Belalang,1961,hlm.52)

Contoh unsur pergulangan untuk menekankan kata atau kalimat supaya pernyataan lebih

mengintensifkan:-

Pastilah sudah bahawa saya mencintai gadis itu dengan sebersih-bersih cinta, setelah sekian lama perhubungan saya terputus,putus yang tak berulas-ulas lagi, tetapi ia tetap terkenang-kenang juga, dialah dian yang tak mempunyai padam,yang bersinarkan pengharapan di dalam jiwa saya.

(Warta Ahad,10 Mac 1940,hlm.22)

Unsur yang berlawanan dengan sarkasma ialah penghalusan yang dimaksudkan sesuatu

cara yang lebih halus dan sopan. Gambaran dapat diperhatikan seperti berikut:-

Lepas daripada sebulan ia berkahwin belu juga lagi “berbaik” tetapi ia tetap balik dan tidur serta makan minum di rumah isterinya. Sekadarkan ia tidak suka berseketiduran dengan isterinya.

18

Page 19: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

( Rintisan,1964,hlm.171)

Ataupun: “Marilah kita menyanyi,” kata Kasim.“Marilah!” jawab Nyonya … tetapi yang sebenarnya tidak mereka itu menyanyi melainkan berpujuk cumbu berpeluk cium.

( Warta Ahad,13 Feb 1938,hlm14)

Unsur lain yang ditimbulkan pengarang yang lebih berkesan ialah unsur meniru bunyi

atau onomatopoeia. Penulis meniru bunyi benda-benda seperti jam,angin dan keretapi seperti

dalam contoh-contoh berikut:-

1) Ting- ting- ting jam berbunyi pukul tiga Amar pun menolehkan kepalanya ke kiri kemudian menoleh pulak ke kanan. ( Al-Hikmah, 10 Ogos 1935,hlm.17)

2) Zahid sedang ada duduk berdua kekasihnya di bawah naungan pohon ru di Tanjung Keling itu sedang pohon itu sentiasa sahaja ru! Ru!! Ruuuu!!! Bunyinya oleh ditiup angin yang yang sepoi-sepoi bahasa itu. ( Warta Ahad, 5 Mei 1940,hlm 20)

3) Shus- shih shus-shih bunyi jentera keretapi Penam yang ditumpangi oleh Nuruddin itu membawa pula fikirannya yang menderar-derau. ( Warta Ahad, 30 Jun 1940),hlm.17)

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada penelitian atau kajian yang dilakukan secara analisis tentang

aspek gaya bahasa, terutama memberikan penekanan perbincangan terhadap diksi,sintaksis dan

bahasa figuratif melalui karya-karya cerpen Melayu sebelum perang dapat dinyatakan pada

19

Page 20: bingkisanhati.weebly.com · Web viewmemperlihatkan pernyataan lurus, selapis dan mudah difahami serta tidak terpengaruh kepada mana-mana gaya bahasa asing, iaitu lebih bersifat kemelayuan,

hampir setiap perbincangan. Seterusnya mengandungi contoh-contoh gaya bahasa yang terdapat

dalam cerpen, maka dapatlah di lihat dan di fahami dengan lebih yakin dan mendalam terhadap

aspek gaya yang di gunakan oleh penulis sebelum era merdeka.

Kebanyakan cerpen sebelum perang telah mengandungi dan menggunakan unsur-unsur

gaya yang dapat menarik minat pembaca,keadaan tersebut dapat dibuktikan melalui contoh-

contoh yang terdapat di dalam cerpen yang telah diberikan berdasarkan kepada kertas kerja ini.

Berdasarkan kertas kerja ini yang dijalankan, bentuk gaya dalam cerpen sememangnya sudut

pandangan penulis sebagai daya penarik dan mengindahkan serta dapat mengambarkan keadaan

sesuatu cerita yang disampaikan kepada pembaca dengan jelas dan mudah difahami.

Diksi, sintaksis dan bahasa figuratif sememangnya berbeza dari segi bentuk

penyampaian, namun ia melambangkan pemikiran dalam meingdahkan sesebuah karya. Maksud

juga berlainan namun dengan perbezaan ini lah penulis dapat mengaplikasikan penulisan

cerpennya yang berbagai penceritaan untuk menambahkan jalan cerita yang berlainan dan dapat

membuka minda pembaca menerusi pembacaan cerpen. Masyarakat juga dapat melihat unsur

nasihat, teguran, ajaran menerusi cerpen dengan kata lain ialah kebaikan dapat disampaikan

dalam bentuk penulisan cerpen. Oleh itu, cerpen sebelum perang ternyata menggunakan aspek-

aspek gaya bahasa menerusi pengarang dalam penulisan cerpen Melayu.

20