4) hari anugerah gemilang

Upload: wan-suriana-wan-hussain

Post on 08-Oct-2015

247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

Hari Anugerah Gemilang

Pada 12 April 2009,Sekolah Menengah Islam Hira telah emngadakan Hari Anugerah Gemilang yang bermottokan Generasi Rabbani Peneraju Kegemilangan Ummah.Tujuan hari ini diadakan adalah bagi meraikan kejayaan pelajar pada sesi yang lepas.Pada masa yang sama,Pameran Ekspo Dunia Islam juga dilancarkan.

Acara berlangsung dari pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengahari.Acara dimulakan denagan bacaan ayat al-quran daripada 2 orang pelajar lelaki.Seterusnya,diteruskan dengan ucapan daripada pengetua,Puan Jasmin Abdul Rahaim dan ucapan daripada Pengerusi Lembaga Pengelola IPH,Dr. Basir Abidin.Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Zainal Abidin bin Sulaiman,Pegawai Tadbir Agama Daerah,selaku perasmi pada tahun ini.

Bagi memeriahkan majlis,persembahan pembukaan telah diadakan sebelum berhenti berehat.Pada 10.20 pagi majlis berhenti rehat dan berpeluang melawat ke pameran-pameran yang disediakan.Selepas rehat,majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah pertama.Seterusnya majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan yang menarik oleh Kelab Teater Sekolah.Majlis diteruskan dengan penyampaian bagi pelajar yang cemerlang dalam tilawah dan hafazan.Acara penyampaian hadiah diselang-selikan dengan persembahan menarik daripada peljar-pelajar Sekolah Menengah Islam Hira.

Sebelum berakhirnya Hari Anugerah Gemilang,persembahan terakhir telah dimeriahkan oleh artis nasyid tempatan iaitu Muadz.Selesai sahaja persembahan tersebut,doa penutup telah dibacakan oleh Ustaz Abdul Hamid Dahlan bagi menandakan Hari Anugerah Gemilang ini sudah berakhir.

Disediakan oleh,

Siti Syafiqah Samsudin