4 bidang dalam psv

9
4 Bidang Kegiatan Salam.. Ini adalah kegiatan2 asas dlm pembelajaran Seni 1. Menggambar 2. Membuat corak dan rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal kraf Tradisional fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:11 Menggambar Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi,kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan ini merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:12 ANTARA KEGIATAN BIDANG MENGGAMBAR: 1. Lukisan 2. Catan 3. Kolaj 4. Montaj 5. Cetakan 6. Resis 7. Gosokan 8. Stensilan 9. Percikan 10. Gurisan 11. Capan 12. Mozek 13. Poster fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:13

Upload: cikgusuepkhas

Post on 19-Jun-2015

8.966 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4 BIDANG DALAM PSV

4 Bidang Kegiatan

Salam..

Ini adalah kegiatan2 asas dlm pembelajaran Seni

1.  Menggambar

2.  Membuat corak dan rekaan

3. Membentuk dan Membuat Binaan

4.  Mengenal kraf Tradisional

fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:11

Menggambar

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran  serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek  ruang, struktur, imbangan dan komposisi.

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi,kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan ini merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan.

Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.

fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:12

ANTARA KEGIATAN BIDANG MENGGAMBAR:

1. Lukisan           2. Catan           3. Kolaj           4. Montaj           5. Cetakan           6. Resis           7. Gosokan           8. Stensilan           9. Percikan         10. Gurisan         11. Capan         12. Mozek         13. Poster

fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:13

Membuat Corak dan Rekaan

Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikan menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dsb. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

Page 2: 4 BIDANG DALAM PSV

fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:15

CORAK TIDAK TERANCANG

1. Pualaman                        2. Tiupan                        3. Titisan                        4.  Ikatan dan celupan                        5.  Renjisan dan percikan

fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:16

CORAK TERANCANG :

1. Lukisan                          2. Catan                          3. Cetakan                          4. Capan                          5. Lipatan dan                              guntingan                          6. Resis                          7. Kolaj                          8. Kaligrafi

fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:17

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu.

Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu.  Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran . Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:19

MEMBENTUK DAN MEMBINA

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap  aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tesebut murid dapat memahami lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model.

fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:19

Bidang kegiatan  membentuk dan membina juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.

fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:20

Page 3: 4 BIDANG DALAM PSV

BIDANG KEGIATAN MEMBENTUK & MEMBINA

3 DIMENSI MERANGKUMI AKTIVITI SEPERTI :

            1. Arca Timbul   2. Assemblaj   3. Mobail   4. Stabail   5. Model   6. Diorama   7. Boneka   8. Topeng   9. Origami

fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:20

Kegiatan membentuk dan membina memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran  bahawa idea  dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.

Aspek apresiasi hasil kerja  diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:22

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional boleh didefinasikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang  memerlukan daya cipta oleh  masyarkat yang diwarisi turun- temurun.

1  Alat domestik                       2. Alat permainan3. Alat pertahanan diri             4. Perhiasan diri5. Batik                                    6. Tekat7. Ukiran                                     8. Tenunan9. Anyaman                           10. Tembikar

fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:22

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan  kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik  membuat,  alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti  pernyataan, puisi, lakonan,  nyanyian dan cerita.

fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:23

Gambar2 byk tapi tak leh nak upload... my photobucket kena block...  nanti la..

kitul Hantar pada 10-7-2007 10:47

di mana letaknya wau saya? :D

Page 4: 4 BIDANG DALAM PSV

fleurzsa Hantar pada 13-7-2007 16:37

Reply #15 kitul's post

Kraf tradisional...

Ur wau masih kat atas almari he he he he

kitul Hantar pada 16-7-2007 14:58

kena melukis lagi lee saya... :lol:

fleurzsa Hantar pada 17-4-2008 12:06

bump

Tgh bengkel program bestari ni...kat hotel somewhere in KL...  ambil balik nota2 dlm board ni...;P

Muka surat: [1] Versi Penuh: 4 Bidang Kegiatan

PROGRAM PENGHAYATAAN SENI-KREATIVITI DAN SENSITIVITI

1. MukadimahPendidikan Seni adalah satu cabang pendidikan yang perlu diterapkan kepada murid-murid. Ia berperanan memupuk minat dan bakat dalam diri pelajar terhadap keindahan seni itu sendiri dan hubungkaitnya dengan alam sekeliling. Untuk itu, adalah diharapkan program ini dapat menghasilkan murid-murid yang kreatif dan sensitif terhadap seni.2. MatlamatPendidikan Seni bertujuan untuk memupuk asas kemahiran seni bagi melahirkan murid yang harmonis, kreatif dan produktif, peka terhadap nilai seni dalam kehidupan budaya dan alam sekitar3. Objektif3.1 Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar,

mencorak, membina,dan membuat kraf3.2 Menghubungkaitkan idea-idea dan maklumat melalui kegiatan seni3.3 Melatih murid membiasakan diri membuat aktiviti seni secara teratur, cermat dan

selamat3.4 Mengetahui istilah dan laras bahasa seni serta menggunakannya dalam kegiatan

operasi3.5 Memahami dan menggabungkan pelbagai teknik dalam menghasilkan sesuatu

ciptaan yang kreatif3.6 Mengamalkan perbincangan dengan guru dan rakan dalam membuat perancangan

sesuatu kegiatan seni4. SasaranSemua murid5. JangkamasaSepanjang tahun6. Jadual Pelaksanaan6.1 Masa Pendidikan Seni yang ditetapkan dalam jadual

Page 5: 4 BIDANG DALAM PSV

6.2 Minggu Pendidikan Seni7. Sumber Kewangan7.1 Peruntukan sekolah7.2 Hasil jualan kerja murid

8. Penilaian8.1 Pertandingan8.2 Semakan semasa ( guru-guru Pendidikan Seni )8.3 Pameran9. Strategi dan Aktiviti

9.1 Tahun 1

9.1.1Pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berkumpulan

9.1.2Tunjukcara dari guru dengan menggunakan bahan yang berkaitan dengan tajuk

9.1.3 Mengadakan pertandingan mewarna di antara kelas9.1.4 Membuat rekaan dan corak9.1.5 Lawatan sekitar sekolah - memperkenalkan alam sekeliling9.1.6 Mempamerkan hasil kerja murid yang terbaik di dalam kelas9.1.7 Membuat binaan yang mudah dari bahan terbuang9.1.8 Mengadakan kegiatan melukis dan membuat gambar yang mudah

9.2 Tahun 2

9.2.1Pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti secara kumpulan

9.2.2 Tunjukcara dari guru9.2.3 Penilaian9.2.4 Mengadakan kegiatan melukis dan membuat gambar9.2.5 Membuat rekaan dan corak9.2.6 Mengadakan pertandingan antara kelas-kelas9.2.7 Mengadakan pertandingan sudut Seni untuk mempamerkan hasil kerja murid

9.2.8Membentuk binaan yang mudah dengan menggunakan bahan-bahan terbuang

9.2.9 Membuat benda-benda berunsurkan kraf tradisional 9.3 Tahun 3

9.3.1Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dijalankan di dalam kumpulan

9.3.2 Tunjukcara dan penerangan dari guru menggunakan gambar, model atau bahan yang sesuai

Page 6: 4 BIDANG DALAM PSV

9.3.3 Penilaian yang berterusan9.3.4 Mengadakan kegiatan melukis dan membuat gambar9.3.5 Membuat rekaan dan corak9.3.6 Menyertai Pertandingan Melukis9.3.7 Mewujudkan Sudut Seni untuk mempamerkan hasil kerja murid 9.3.8 Mengadakan aktiviti seni yang menggunakan bahan-bahan terbuang

9.4 Tahun 4

9.4.1Menumpukan dan melatih menguasai kemahiran membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris

9.4.2 Memerhati dan memahami kedudukan dan lokasi benda-benda ( objek ) yang terdapat di persekitaran tentang jarak ( jauh / dekat ), warna ( terang / gelap )

9.4.3 Mewarna gambar dengan warna yang cerah dan gelap supaya dapat membezakan jarak jauh dan dekat

9.4.5 Mengadakan kegiatan lawatan sambil melukis9.4.6 Mendedahkan murid dengan semangat dan menilai hasil seni9.4.7 Membuat penilaian daripada hasil kerja yang berterusan9.4.8 Mempamer dan membincangkan hasil kerja

9.5 Tahun 5

9.5.1Mengadakan sudut-sudut seni di dalam kelas

9.5.2 Mengambil bahagian dalam pertandingan seni di peringkat sekolah dan luar sekolah

9.5.3 Mengadakan pameran hasil kerja murid

9.6 Tahun 6

9.6.1Mengadakan sudut seni di dalam kelas untuk mempamerkan hasil-hasil kerja murid

9.6.2 Melukis dan membuat gambar

9.6.2.1poster

9.6.2.2 pemandangan9.6.2.3 kulit buku9.6.2.4 potret

9.6.3 Membuat rekaan dan corak, bermotifkan alam semulajadi dan imaginasi murid

Page 7: 4 BIDANG DALAM PSV

9.6.3.1mozek

9.6.3.2 kolaj9.6.3.3 lipatan guntingan9.6.3.4 cetakan

9.6.4 Membuat binaan / kraftangan

9.6.4.1hiasan dinding

9.6.4.2 model haiwan9.6.4.3 kuda kepang9.6.4.4 anyaman 3D9.6.4.5 tembikar