3(a)(i)kepentingan pembinaan jadual spesifikasi ujian

4
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 20140713400 17 DEFINISI JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) JSU merupakan jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu, konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. KEPENTINGAN PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) mempunyai lapan kepentingan. Kepentingan pertama pembinaan JSU ialah bagi mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan. Melalui pembinaan JSU, sesuatu ujian dapat dibina dengan baik dan boleh dipercayai. Guru dapat membuat soalan-soalan ujian mengikut keutamaan tajuk yang diajar tanpa membuat soalan yang melencong atau tidak berkenaan dengan mata pelajaran yang diajar. Kepentingan kedua pembinaan JSU ialah bagi menjamin kesahan sesuatu ujian iaitu kandungan ujian yang dibuat oleh seseorang guru. Soalan di dalam ujian tersebut boleh dipercayai dan dijamin kesahannya kerana JSU merupakan proses membuat item-item ujian yang sah. Kepentingan yang ketiga ialah melalui pembinaan JSU dapat menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik dan aras-aras kemahiran yang patut dititikberatkan dalam membuat item-item soalan. Maka ini dapat mengelakkan seseorang guru membuat terlalu banyak soalan berkaitan dengan topik yang kurang penting. Seperti yang kita tahu bahawa setiap soalan yang dibuat berdasarkan aras-aras kemahiran yang tertentu. Ini dapat mengelakkan guru membuat semua soalan yang mempunyai aras kemahiran yang tinggi.

Upload: kang13

Post on 26-Dec-2015

116 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bmm 3033

TRANSCRIPT

Page 1: 3(a)(i)Kepentingan Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 2014071340017

DEFINISI JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

JSU merupakan jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu,

konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan

pemberatan taburan aras kesukaran.

KEPENTINGAN PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) mempunyai lapan kepentingan. Kepentingan

pertama pembinaan JSU ialah bagi mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan.

Melalui pembinaan JSU, sesuatu ujian dapat dibina dengan baik dan boleh dipercayai. Guru

dapat membuat soalan-soalan ujian mengikut keutamaan tajuk yang diajar tanpa membuat

soalan yang melencong atau tidak berkenaan dengan mata pelajaran yang diajar.

Kepentingan kedua pembinaan JSU ialah bagi menjamin kesahan sesuatu ujian iaitu

kandungan ujian yang dibuat oleh seseorang guru. Soalan di dalam ujian tersebut boleh

dipercayai dan dijamin kesahannya kerana JSU merupakan proses membuat item-item ujian

yang sah.

Kepentingan yang ketiga ialah melalui pembinaan JSU dapat menimbulkan rasa

kepentingan sesuatu topik dan aras-aras kemahiran yang patut dititikberatkan dalam membuat

item-item soalan. Maka ini dapat mengelakkan seseorang guru membuat terlalu banyak

soalan berkaitan dengan topik yang kurang penting. Seperti yang kita tahu bahawa setiap

soalan yang dibuat berdasarkan aras-aras kemahiran yang tertentu. Ini dapat mengelakkan

guru membuat semua soalan yang mempunyai aras kemahiran yang tinggi.

Kepentingan yang keempat ialah pembinaan JSU dapat menentukan keseimbangan

soalan yang dibina mengikut topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. Guru dapat

membuat item soalan yang berpatutan dengan topik yang diajar dengan melibatkan aras-aras

kemahiran yang merangkumi aras mudah, sederhana dan tinggi. Item soalan dapat dibina

secara seimbangan antara semua topik mengikut keutamaan jam interaksi pengajaran guru.

Page 2: 3(a)(i)Kepentingan Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 2014071340017

Kepentingan yang kelima pembinaan JSU ialah memberikan panduan untuk membuat

format ujian. Melalui pembinaan JSU, guru mempunyai panduan bagi membuat format ujian

yang ingin diuji. Maka, guru dapat membuat format ujian yang berlainan berdasarkan

pembinaan JSU. Ini akan memudahkan kerja seseorang guru.

Kepentingan keenam ialah pembinaan JSU memberikan panduan untuk membentuk

soalan. Guru dapat membina item soalan yang baik di mana soalan tersebut tidak terlalu

mudah atau mempunyai unsur diskriminasi. Guru dapat menentukan bilangan soalan objektif

dan soalan subjektif yang diperlukan bagi memenuhi semua topik yang telah diajar.

Kepentingan ketujuh pembinaan JSU ialah kita boleh mengambil kira bilangan masa yang

diperuntukkan untuk sesuatu topik. Guru tidak terlalu membazirkan masa untuk sesuatu topik

yang ringkas dan masa untuk ujian dapat dikira dan diperuntukkan dalam masa yang releven.

Kepentingan yang terakhir ialah pembinaan JSU membolehkan perbandingan dibuat

antara satu ujian dengan ujian yang lain. Guru dapat membuat perbandingan prestasi pelajar

antara pelajar melalui ujian yang telah dibina. Guru juga boleh melihat soalan yang boleh

dipercayai dengan soalan yang dibuat sembarangan. Ujian yang dibuat berdasarkan

pembinaan JSU dapat menunjukkan prestasi sebenar pelajar dan kefahaman pelajar.

Kesimpulannya, pembinaan JSU mempunyai banyak kepentingan terutamanya kepada

seseorang guru. Seorang guru harus mengetahui bagaimana untuk membina JSU dan

penggunaannya dalam pembinaan item-item soalan.

LANGKAH PEMBINAAN JSU

Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang

menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis

untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah

skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru

dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk-

tajuk lain juga diamabil kira.  Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh

Page 3: 3(a)(i)Kepentingan Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 2014071340017

mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masa bagi sesuatu

tajuk tersebut.

Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran

ini dianalisis untuk menentukan pelajaran, pengetahuan dan  kemahiran yang perlu diuji.

Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji.

Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh

Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting

kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan

bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina.

Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya

mengandungi tajuk atau sub tajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya

mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi

peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.

Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah

menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur,

kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk,

peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi

pengajaran dan tahap kecerdasan murid.

Langkah  yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan

soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif

pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah

penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.

Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama,

sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan

sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada

kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira

masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran,

panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.

Page 4: 3(a)(i)Kepentingan Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 2014071340017

Langkah terakhir adalah menyatakan mata pelajaran yang diuji, tingkatan dan

susunan nombor soalan mengikut tajuk.