39743186-kertas-cadangan mento mentee skkb 2014.docx

Upload: amy-cruz

Post on 14-Jan-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1. PENDAHULUAN

Program mentor mentee merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan untuk membantu murid dalam bidang akedamik dan memajukan diri dalam pelajaran melalui bimbingan dan pemantauan guru yang dikenali sebagai mentor. Oleh itu program ini boleh didefinisikan sebagai satu sistem yang melibatkan guru untuk membantu, membimbing, mengajar, memberi sokongan serta galakan dalam memupuk potensi pelajar supaya berkembang dan meningkat, bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiah dan JERI pelajar.

Sistem Mentor berfungsi sebagai satu saluran di mana para murid dapat menyatakan kehendak dan keperluan masing-masing manakala guru-guru dapat menyuarakan permintaan dan harapan mereka demi mencapai matlamat sekolah dan pendidikan. Oleh itu, guru sebagai mentor dapat membantu dan membimbing para pelajar di bawah jagaannya (mentee) dengan cara yang sistematik dan berkesan melalui perjumpaan yang dirancang dan berobjektif.

Program Mento Menti ini juga merupakan program untuk meningkatkan keyakinan murid Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR bagi sesi persekolahan 2010. Murid-murid akan bertindak sebagai anak angkat kepada guru-guru di sekolah ini. Hal ini membolehkan guru membimbing dan membantu murid dengan lebih telus serta memberi tunjuk ajar dan motivasi agar murid berkenaan mencapai kecemerlangan dalam UPSR.

2.RASIONAL

Program sebegini amat wajar dijalankan kerana murid perlu diberi pendedahan dan bimbingan dalam mengetahui potensi diri untuk berjaya dalam bidang akademik. Melalui cara ini, ia dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak. Oleh sebab itu, dengan adanya program ini dapat membantu mereka dalam meningkatkan motivasi, berfikiran positif, membuat keputusan dan mengukuhkan kasih sayang dalam diri mereka dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Selain itu, kejayaan yang diraih memerlukan pengorbanan. Justeru untuk berjaya murid-murid perlu berusaha gigih dan cekal dalam menghadapi sebarang cabaran. Ibu bapa dan keluarga merupakan orang paling dekat dengan murid-murid selain guru-guru yang mampu membantu motivasi dan keyakinan diri murid dalam mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan.

3. OBJEKTIF

Pembentukan program ini mempunyai objektif yang tertentu, di antaranya ialah: Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara murid mentee tahun 6 dengan guru-guru yang menjadi mentor. Memberi kesedaran kepada calon-calon dan Ibubapa/penjaga akan pentingnya mencapai kejayaan dalam UPSR nanti. Menaikkan semangat calon-calon untuk berusaha dengan gigih dan membaiki kelemahan-kelemahan yang masih ada. Membimbing calon-calon secara individu untuk membuat persediaan yang betul dalam tempoh-tempoh tertentu sebelum menjelangnya UPSR. Dapat membantu murid mencari kaedah-kaedah mengulangkaji yang sesuai dengan diri mereka. Membimbing murid menjadi insan yang berilmu, berpengalaman, berakhlak mulia dan berwawasan Membina keyakinan murid untuk terus berusaha mencapai kejayaan, ia hasil bimbingan mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan pelajar. Mengurangkan tekanan akibat sesuatu konflik(diri/rakan sebaya/guru/keluarga) dengan wujudnya hubungan yang mesra antara guru dengan murid Membina hubungan yang baik antara guru dan pelajar untuk mewujudkan budaya sekolah yang sihat bagi meningkatkan pencapaian akademik. Memberi bimbingan dan dorongan terancang kepada pelajar-pelajar, demi kemajuan dalam bidang akademik. Melatih pelajar menjadi seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin, mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan pengikut yang baik. mengenalpasti kelemahan dan dapat mengatasinya melalui ujian dan peperiksaan dalaman. Menyemai rasa kasih dan sayang kepada keluarga Mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa berusaha untuk berjaya.

4. MATLAMATi. Meningkatkan pencapaian peratusan setiap matapelajaran UPSR.ii. Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid dalam setiap matapelajaran.iii. Melahirkan murid yang beriman dan beramal soleh.iv. Memberi motivasi kepada murid agar mencapai kejayaan dalam UPSR.

5. PEMILIHAN MENTOR

Mentor terdiri daripada Pentadbir Sekolah, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan guru-guru SK Kampung Batu. Diharap mentor dapat bersikap positif, memahami latar belakang mentee, bertolak ansur, bertimbang rasa, amanah, ikhlas, terbuka serta peka terhadap masalah dan perasaan pelajar.

6. PENYESUAIAN MENTOR DAN MENTEE

Mentee diagihkan kepada mentor berdasarkan rawak mengikut kesesuaian. Sekiranya selepas beberapa pertemuan, mentor dan mentee berkenaan tidak dapat meneruskan perhubungan yang lebih mesra kerana konflik peribadi, pertukaran bolehlah diuruskan dengan membincangkan hal berkenalan dengan Jawatan kuasa Penyelaras Mentor.

7. PERJUMPAAN

Mentor boleh menentukan tarikh dan tempat pertemuan yang sesuai dengan mentee. Dicadangkan perjumpaan dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau sebulan dua kali. Kekerapan perjumpaan antara mentor dan mentee amat digalakkan kerana semakin banyak sesi pertemuan dan perhubungan antara mentor dan mentee, maka semakin erat kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain. Laporan perjumpaan perlu diserahkan kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kurikulum atau Guru Bimbingan dan kaunseling sebaik sahaja perjumpaan telah dijalankan. Ini bertujuan untuk rekod perjalanan dan keberkesanan program ini.

8. CADANGAN TEMPAT /AKTIVITI KUMPULAN

Tempat untuk menjalankan akltiviti kumpulan perlulah selesa dan bersesuaian, tiada gangguan bising oleh faktor luaran. Mesti bersih, kemas dan tidak panas Terang dan mempunyai edaran yanga baik Etika kumpulan Amanah dan menyimpan rahsia rakan mentee Menerima rakan mentee tanpa syarat (bagi guru yang mempunyai lebih bagi seorang mentee) Mematuhi norma dan peraturan yang telah ditetapkan oleh ahli kumpulan Ikhlas, tulen (tidak berpura-pura) dan bersikap terbuka.

9. CIRI-CIRI MENTOR YANG MENOLONG

Pendengar yang baik Menerima tanpa syarat Mesra dan peramah Tidak melabel Peka Menyimpan rahsia Model dari aspek kelakuan dan sikap

10. BIDANG TUGAS MENTOR

Antara bidang tugas seorang mentor kepada menteenya ialah :

a. Menjaga, mendidik dan bertindak sebagai ibu bapa angkat kepada mentee-menteenya.b. Menyimpan rekod peribadi mentee hasil daripada perkongsian maklumat semasa perjumpaan.c. Memberi khidmat bimbingan dan nasihat kepada mentee-mentee.d. Menyelia dan mengawasi perkembangan pelajaran mentee.e. Bekerjasama dengan guru kelas dalam merancang, mengadakan dan mengawasi kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani, jasmani, intelek dan sosial yang sihat di kalangan mentee-mentee.f. Mengadakan perjumpaan rasmi sekurang-kurangnya sekali untuk setiap bulan dan laporan hendaklah diserahkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan.g. Sedia berbincang dengan ibu bapa mentee berhubung dengan sebarang masalah yang serius mengenai mentee-mentee di bawah jagaannya (berbincang dahulu dengan Guru Besar / Guru Penolong Kanan Kurikulum sebelum berjumpa dengan ibu bapa)h. Merekod perkembangan terkini dan pastikan tahap penglibatan mereka sesuai dan wajar.i. Bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak pentadbir mengenai maklumat tertentu contohnya seperti kes-kes serius yang mungkin akan membahayakan diri mentee dan orang lain.

11. TANGGUNGJAWAB MENTOR

Mentor akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada mentee-mentee di bawah jagaannya semasa menjalankan sesi perbincangan. Antaranya ialah :a. Susun aturkan setiap perjumpaan secara mantap iaitu sebaik-baiknya disempurnakan dengan sesi perkenalan diikuti dengan tujuan perbincangan itu. Semasa mengendalikan perjumpaan kelompok, kedudukan mentee berbentuk bulatan atau face to face.b. Gabungjalinkan secara sempurna sesi perkenalan, perbincangan tajuk-tajuk yang ditetapkan dan boleh dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman semasa sesi berlangsung.c. Membahagikan masa dengan terancang agar masa yang diperuntukkan mencukupi. Anggapkan sebagai task oriented bagi mentor dan mentee, ini penting bagi proses yang berterusan bagi sesi yang akan datang.d. Wujudkan setting climate yang berbentuk keberanian, keterbukaan, kemesraan sehingga dengan sendiri mereka ingin mencuba dan secara langsung mendorong untuk mempelajari kemahiran-kemahiran baru dan mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada. Lebih-lebih lagi dalam kemahiran berkomunikasi.e. Bertindak sebagai motivator yang mempunyai ciri-ciri yang boleh dipercayai (reliable & trustworthy), bertanggungjawab, berpengetahuan, berkemahiran dan tepat masa.f. Menjadi contoh kepada kemahiran-kemahiran yang akan dipraktik dan dibincangkan.g. Sentiasa mengingatkan matlamat program dan perjumpaan, mengaitkan teori/pengetahuan dan pengalaman mentor mentee.h. Mewujudkan komunikasi yang berkesan di antara mentor dan mentee supaya dengan ini, mentee jelas dan faham input-input yang dibincangkan dan dapat sesuatu yang bermakna selepas perjumpaan.i. Sentiasa sensitif dan peka terhadap wujudnya perbezaan di kalangan mentee sama ada dari segi penyertaan, keperluan dan cara berfikir.j. Seharusnya enjoy himself, di mana mentee mempelajari sesuatu dan mendapat manfaat daripada program yang dijalankan.k. Menggalak dan mewujudkan situasi di mana mentee-mentee berinteraksi secara dinamik dan elakkan mentor berperanan sebagai memberi taklimat.l. Mentor harus membuat rumusan kepada perbincangan yang diadakan dan memperjelaskannya dengan kata-kata perangsang yang berbentuk kontrak diri.

12. PANDUAN MENTOR

Antara panduan yang boleh diikuti oleh mentor semasa perjumpaan ialah :a. Membuat persediaan serapi mungkin supaya dengan ini mentee akan merasai kepentingan perjumpaan dan agak selesa dengan program ini.b. Ambil sedikit ruang waktu dalam sesi awal aktiviti untuk mengenali mentee-mentee dan memberi ruang untuk mentee mengenali antara satu sama lain. Wujudkan bentuk kelompok pembelajaran yang sangat releks. Dengan harapan kelompok dapat diterokai, sebarang permasalahan dapat dibincang dengan penuh keterbukaan oleh mentee-mentee.c. Wujudkan suasana agar mentee-mentee merasa sangat selesa dan rasa selamat berkongsi perasaan, pengalaman dan pengetahuan masing-masing.d. Memaklumkan dengan jelas sesuatu topik perbincangan dan kawal mentee yang cuba mendominasikan pengalaman/perbincangan dalam kelompok.e. Fleksible dengan aktiviti yang dirancang, wujudkan budaya kelompok yang saling menerima dan memahami betapa setiap individu itu adalah berbeza.f. Perhatikan pergerakan non verbal/body language/clues mentee supaya dapat memberi respon terhadap kefahaman dan persepsi mereka terhadap kejadian dalam kelompok.g. Wujudkan situasi agar mentee-mentee merasakan mereka dipunyai sense of belongings dan mereka mempunyai kumpulan dan bukan klik.h. Sentiasa memberi rangsangan dan semangat serta memberi tumpuan kepada apa yang berlaku here and now.i. Tunjukkan minat yang mendalam kepada kumpulan, sentiasa bertanyakan pendapat/pandangan ahli kumpulan serta be yourself.j. Mentor harus menjadi pendengar yang aktif.

13. PROSES PERJALANAN PERJUMPAAN

Berikut adalah etika perjumpaan yang menjadi panduan mentor dalam menjamin keberkesanan sesi:

a. Bertanyakan khabar dan perasaan ahli-ahli.b. Menyatakan perjalanan kelompok yang merangkumi; Tujuan sesi Perjumpaan untuk kepentingan ahli Perbincangan adalah rahsia terutama perkara-perkara yang terlalu peribadi. Perlu kepada penglibatan ahli secara aktif, dinamik dan kolektif. Kehadiran mentor adalah sebagai pemangkin sahaja. Sumbangan idea sangat digalakkan Ketepatan masa sangat dititikberatkan Ahli perlu berkongsi idea, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran Beri peluang kepada semua ahli.c. Proseskan maklumat dan idea yang dikemukakan kepada kelompok.d. Dapatkan pandangan daripada mentee-mentee sebelum membuat rumusan dan pandangan.e. Isi kelompok hendaklah dibincang dengan mendapat persetujuan bersama.f. Perhubungan mentor mentee adalah perhubungan profesional.g. Perkongsian idea dan perbincangan sesuatu tajuk perlu dimanfaatkan di luar kelompok.h. Rumuskan idea yang dibincangkan.i. Ingatkan tarikh pertemuan yang akan datang kepada mentee-mentee.

14. ETIKA PERJUMPAAN

a. Penerimaan tanpa syaratb. Kerahsiaanc. Bersama-sama mentee semasa dan sepanjang sesi berlangsungd. Ketepatan masae. Tidak menghukumf. Kepercayaang. Kejelasan komunikasih. Membantu menyelesaikan persoalan-persoalan kelompok dan menteei. Sekiranya didapati mentee yang benar-benar bermasalah, sila rujukkan kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling individu.j. Sebagai model setiap aspek.

15. AKTIVITIAntara cadangan aktiviti ialah:Pertemuan pertama Suai Mesra Mengenali dan menyediakan maklumat diri mentee Beramah mesra Perbincangan masalah pembelajaran di sekolah Perbincangan masalah pembelajaran di rumah Perbincangan pembentukan nilai-nilai murni dan sikap positif Membuat sambutan perayaan dan kelahiran Perbincangan matlamat/sasaran peperiksaan

Pertemuan kedua Bimbingan sahsiah Perlakuan positif (teruskan) Perlakuan negatif (bimbingan) Perjumpaan dengan ibu bapa Perbincangan mengenai persiapan menghadapi peperiksaan.

Pertemuan ketiga Akedemik/matapelajaran Masalah pembelajaran Pengurusan masa/jadual waktu Sasaran/target UPSR Persiapan menghadapi peperiksaan Memberi idola (role model)

16. ISU-ISU PERBINCANGANa. Isu-isu perbincangan hanya dicadangkan kepada mentor. Mentor boleh menggunakan isu-isu yang dicadangkan ataupun memilih sendiri isu-isu semasa yang difikirkan relevan untuk dibincangkan bersama mentee. Jangan terlalu terikat dengan isu-isu yang dicadangkan.b. Galakkan mentee menyuarakan pendapat. Mentor berperanan sebagai fasilitator/pemangkin/pemudahcara dalam sesi perbincangan. Perbincangan perlu diakhiri dengan rumusan yang dilakukan oleh mentor atau pun mentee agar perkara penting yang dicapai bersama dikenalpasti dan penamatan tidak tergantung.c. Contoh isu adalah seperti berikut :

ISU PERBINCANGANINPUT DAN KAEDAH

Penerokaan kendiri Dimulakan dengan berkongsi maklumat diri mentor (ice breaking).

ISU PERBINCANGANINPUT DAN KAEDAH

Mendapat maklumat tentang diri mentee seperti latar belakang. Wujudkan kemesraan Wujudkan kejelekitan Wujudkan sense of belongings di kalangan mentee

Potensi diri Kekuatan/keistimewaan dan kelemahan ahli Kejayaan/anugerah dan pencapaian yang telah diperolehi Ciri-ciri positif dan negatif

Pengurusan masa Kemahiran dalam pengurusan masa seharian di sekolah/rumah. Bijak menggunakan masa untuk program kendiri Programkan masa untuk akademik Agihkan masa dengan penjadualan yang mantap bagi pelajaran, kegiatan ko kurikulum tugas-tugas lain. Peruntukkan masa untuk beribadat.

Perkembangan sahsiah Kenapa perlunya penyuburan akhlak dan sahsiah Minta mentee senarai ciri-ciri penyuburan sahsiah. Bincangkan. Kaitkan dengan tokoh-tokoh Pastikan kelompok beroperasi secara dinamik Kongsikan program yang boleh membantu dalam perkembangan sahsiah Pertanyaan secara dinamik perlu digalakkan di kalangan ahli

ISU PERBINCANGANINPUT DAN KAEDAH

Teknik-teknik Belajar Kepentingannya Cara belajar berkesan Teknik menjawab soalan mengikut format UPSR Kemahiran membuat nota/cara membaca cepat Cara memahami fakta dengan cepat Cara mengingat fakta Cara memahami soalan-soalan

Pengaruh Kelompok Kesan negatif/pengaruh rakan sebaya yang boleh mendorong kepada unsur negatif dielakkan Meniru budaya negatif Menganggotai klik Anti establishment Engkari disiplin sekolah Bincangkan bagaimana untuk mengatasi Contohi sikap yang positif

Perhubungan Kemanusiaan Cara-cara dan etika untuk untuk berhubung dengan rakan sebaya, guru dll. Cara bergaul/komunikasi untuk acara rasmi/tidak rasmi dan prosedurnya Cara saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Carta aliran perlaksanaan ProgramSenaraikan nama murid

Menyenaraikan pentadbir, guru SK Kem Iskandar sebagai mentor

Menyusun mentor-mentee berdasarkan keperluan

Menyediakan Buku Panduan Mentor , senarai nama, borang laporan pertemuan

Membuat penerangan kepada guru berkaitan program

.Membuat persiapan majlis pelancaran

Perlaksanaan pelancaran dan perjumpaan pertama

Pemantauan pertemuan mentor-mentee

Memungut laporan perjumpaan untuk mengetahui keberkesanan program

17. CADANGAN PELAKSANAANHari:ISNIN ( minggu ke empat setiap bulan )Tarikh:17 Mac 2014Masa: 7.45 am 8.15 amTempat: Di Bilik Darjah Sekolah Kebangsaan Kampung BatuSASARANSemua murid SK. Kampong Batu bermula dari Prasekolah hinggalah murid Darjah 6.

PENYERAHANPenyerahan akan dilakukan oleh En. Abdul Majid b. Mod Din, Guru Besar SK Kampung Batu dan YDP PIBG (mengikut kesesuaian).

PENASIHATJAWATANKUASA PENYELARAS PROGRAM MENTOR MENTEE MENTOR 2010

PN KAMARIAH BINTI JAID (GURU BESAR)

PEN.PENASIHATEN. MOHD SHAARI BIN EMBONG(GPK I)

PENGERUSIEN. MOHD BAKRI BIN (GPK HEM)

NAIB PENGERUSIEN. AHMAD TASHIM BIN (GPK KO-KU)

AJK PN. HASANIAH BINTI OMARPN. YUSNIZA BINTI JAAFARPN. FARIDAH BINTIPN. DIANA A/K ROBERT ULIE (KETUA PANITIA MATAPELAJARAN TERAS)

PENYELARASPN. NORHAIZA BINTI ABD RAZAK

SETIAUSAHAPN. LILY PREEMALA MICHAEL

AHLI JAWATANKUASASEMUA GURU SK KEM ISKANDAR

JAWATANKUASA PELAKSANAAN AHLI JAWATANKUASAGURUBIDANG TUGAS

Pengerusi MajlisGuru Bertugas

PA SistemUstaz Mohd Sallehuddin bin Ramli

Disiplin muridSemua guru

Bacaan DoaUstaz Mohd Haza bin Hamsi

PempletPn. Norhaiza binti Abd Razak

DokumentasiPn. Lily Preemala Michael

JurugambarEn. Khairulnasyarudie bin Mohd WazirEn. Khairul Asmadi bin Abu Bakar

BackdropPn. Wan Suhaibah binti Wan OmarPn. Sabaria binti Sarponen

JamuanPn. Rusmawati binti Ahmad

RANCANGAN PERBELANJAAN Peralatan -RM 30.00 Fail RM 0.60 x 36 Mentor)-RM 21.60 Jamuan ( RM 2.50 x 6 orang VIP)- RM 15.00_________RM 66.60 SUMBER KEWANGANPeruntukan Unit Bimbingan dan Kaunseling

ATUR CARA MAJLIS

11.00 pagi-Semua murid tahun 6 & guru berhimpun di dewan11.10 pagi-Bacaan Doa 11.15 pagi-Aluan Pengerusi MajlisGuru Bertugas11.20 pagi-Ucaptama & Perasmian Pn. Kamariah binti JaidGuru Besar SK Kem IskandarUcapan YDP PIBG Ucapan Unit Ajar Kem Iskandar11.40 pagi-Taklimat Penyerahan menteePn. Norhaiza binti Abd Razak12.00 pagi-Majlis Penyerahan Mentee 12.30 pagi-Perjumpaan Mentor Mentee(Perlasanaan Isu Pertama) 1.10 pagi-Majlis Tamat

PENUTUP

Program mentor mentee merupakan satu sistem sokongan dan bimbingan yang baik, diharapkan agar para murid akan dapat mempertingkatkan kecemerlangan akademik, sahsiah dan perkembangan kendiri selaras dengan Misi SK Kampung Batu untuk menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2015. Di samping itu, mentor dapat mempraktikkan ciri-ciri kepimpinan dan profesionalismanya dalam pengurusan personalia pelajar.

SENARAI MENTOR MENTEE SK KEM ISKANDAR SESI 2010

BILMENTORMENTEE

Pn. Kamariah binti Jaid

En. Mohd Shaari bin Embong

En. Mohd Bakri bin Hj. Md Nor

En. Ahmad Tashim bin Salleh

1.Pn. Hasaniah binti OmarJustina ak WalesRobertho Carloss Apui LukasNur Amirah binti Mohd Radi

2.Pn. Norhaiza binti Abd RazakNurfatin Nabilah binti Osman

3.Pn. Noormala binti HamzahNurizzati Syahida binti Amran

4.Pn. Siti Nor Hanim binti IsmailAmy Natasha ak Roysion Endit

5.Pn. Norsusilawati binti JamaluddinNur Syazwani Alia binti Abd Rani

6.En. Muhammad Elmi bin Abu BakarAbu Khairi bin Ahmad Shaoumaruddin

7.En. Khairul Asmadi bin Abu BakarMuhd Hasmal Azim bin Mahmud

8.Cik Annaha binti IbrahimAnas Safwan bin Mohamad ZakiNur Ain Nabila binti Mohd Dahalan

9.Cik Salbiah binti IbrahimGalebert Lee ak Lugom

10.Cik Safiah binti MahatDD Rich Veron b. Robert

11.Pn. Siti Sara binti MustafaMuhammad Yusof Izzudin bin Yaakob

12.Pn. Rusmawati binti AhmadNuratiqa binti Duharis

13.Cik Wan Suhaibah binti Wan OmarMuhammad Afiq Danial bin Mohd Ridhuan

14.Pn/ Lily Premala MichaelMuhammad Khairul Azwa bin Ammajud

15.Pn. Faridah binti M YusofLauryn Sue Anak Jerlanie

16.Pn. Maizatulakmal binti MustaphaNurul Nazirah binti Shamsudin

17.En. Mohd. Khairulnasryarudie bin Mohd WazirValerie Alex Majjihil

18.En. Mohd Haza bin HamsiZulhelmi bin Zulkefli

19.Cik Nuradibah binti MispaniNur Atilea Fatia binti Ahmad Asairi

20.Pn. Yusniza binti JaafarAwang Nuraim Sufi b. Awang SulaimanSiti Umairah binti Jasni

21.Pn. Siti Fatimah binti MahmudMuhammad Nur Azri bin Anuar

22.Pn. Azita binti AzizMuhammad Syukri bin Mohd Yazid

23.Pn. Nor Akmar binti Abdul TalibMuhamed Zuheel bin Zaid

24.Pn. Zalinah binti Yunos

25.Pn. Rhona ak PijiSiti Fatimah binti Ahmad

26.Pn. Rohani binti SallehNurmastika binti Khalizman

27.En. Mohd Sallehuddin bin RamliMohd Norhaffis bin Rathuwan

28.Pn. Hellendi ak RidiMaria Natasha binti Jamri

29.Pn. Siti Nujum @ Siti Masniah binti TalibWendy ak Jais

BILMENTORMENTEE

30.Pn. Bibian ak NicholasSiti Nur Afiqah binti Mohd Satar

31.Pn. Diana Robert UlieSiti Roziana binti Burhanuddin

32.Pn. Sabaria binti SarponenNur Atifah binti Che Nor