34402

7
TUGASAN __________________________________________________________________________________ HBQE2203 AL-QIRAAT SEMESTER SEPTEMBER 2015 ____________________________________________________________________ ______________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan. 4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda. 6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online . Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri. 7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran. 8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 2hb – 15hb November 2015. Serahan selepas 15hb November 2015 TIDAK akan diterima. 1

Upload: adin07

Post on 03-Feb-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

.....

TRANSCRIPT

Page 1: 34402

TUGASAN__________________________________________________________________________________

HBQE2203AL-QIRAAT

SEMESTER SEPTEMBER 2015__________________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti . jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan.

4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.

7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran.

8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 2hb – 15hb November 2015. Serahan selepas 15hb November 2015 TIDAK akan diterima.

9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrar’s Announcement di myVLE).

11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul berkaitan penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar.

1

Page 2: 34402

PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Bil. Kadar Pertindihan Potongan Markah

1. 0 – 30 02. 30.01 – 50 53. 50.01 – 70 104. 70.01 - 100 100

2

Page 3: 34402

SOALAN TUGASAN

Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai kebolehan pelajar menghuraikan konsep kaedah

Talaqi Musyafahah dalam pembelajaran ilmu qiraat, menghuraikan bagaimana terjadinya

perbezaan dalam bacaan al-Quran serta melaporkan kajian berkenaan perbezaan qiraat dalam

surah al-Falak.

Perkara pokok dalam pembelajaran qiraat al-Quran adalah melalui kaedah Talaqi

Musyafahah. Kaedah ini telah diamalkan pada zaman Rasulullah dan zaman-zaman

selepasnya. Kaedah yang diamalkan ini menunjukkan bahawa bacaan al-Quran yang benar

adalah bersumberkan bacaan dari Rasulullah. Walau bagaimanapun, terdapat wajah-wajah

qiraat yang berbeza dalam pembacaan al-Quran.

Untuk tugasan ini, sila jelaskan bagaimana konsep kaedah Talaqi Musyafahah yang

diamalkan pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Huraikan bagaimana terjadinya

perbezaan qiraat sedangkan kesemua contoh bacaan yang betul adalah hanya bersumberkan

Rasulullah. Akhirnya sila buat kajian serta huraikan khilaf farsy bagi Qiraat Tujuh di dalam

surah al-Falak.

[Jumlah: 40 markah]

3

Page 4: 34402

Rubrik Tugasan

Kriteria WajaranTidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

Penuh0 1 2 3 4Pendahuluan 1 Pendahuluan

tidak berkaitan dengan tajuk tugasan.

Pendahuluan terlalu umum dan tidak spesifik dalam menyatakan objektif tugasan.

Pendahuluan kurang spesifik dalam menyatakan objektif tugasan.

Pendahuluan ditulis dengan jelas tetapi hanya menjelaskan tujuan penulisan secara ringkas.

Pendahuluan ditulis dengan jelas, menarik dan menyatakan tujuan tugasan dengan baik dan jelas.

4

Konsep kaedah Talaqi Musyafahah yang diamalkan pada zaman Rasulullah dan para sahabat

1.5 Tidak menghuraikan konsep kaedah Talaqi Musyafahah yang diamalkan pada zaman Rasulullah dan para sahabat.

Menghuraikan konsep kaedah Talaqi Musyafahah yang diamalkan pada zaman Rasulullah dan para sahabat dengan keterangan yang tidak tepat.

Menghuraikan konsep kaedah Talaqi Musyafahah yang diamalkan pada zaman Rasulullah dan para sahabat dengan keterangan kurang lengkap dan ringkas.

Menghuraikan konsep kaedah Talaqi Musyafahah yang diamalkan pada zaman Rasulullah dan para sahabat dengan keterangan yang betul dan ringkas.

Menghuraikan konsep kaedah Talaqi Musyafahah yang diamalkan pada zaman Rasulullah dan para sahabat dengan keterangan yang betul, jelas dan terperinci.

6

Huraian bagaimana terjadinya perbezaan qiraat sedangkan ianya adalah dari Rasulullah

2.5 Tidak menghuraikan bagaimana terjadinya perbezaan qiraat sedangkan ianya adalah dari Rasulullah.

Menghuraikan SATU perkara bagaimana terjadinya perbezaan qiraat sedangkan ianya adalah dari Rasulullah dengan penerangan yang sedikit dan kurang lengkap.

Menghuraikan DUA perkara bagaimana terjadinya perbezaan qiraat sedangkan ianya adalah dari Rasulullah dengan penerangan yang lengkap.

Menghuraikan TIGA perkara bagaimana terjadinya perbezaan qiraat sedangkan ianya adalah dari Rasulullah dengan penerangan yang lengkap.

Menghuraikan TIGA perkara bagaimana terjadinya perbezaan qiraat sedangkan ianya adalah dari Rasulullah dengan penerangan yang jelas, menarik dan terperinci.

10

4

Page 5: 34402

Kriteria WajaranTidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

Penuh0 1 2 3 4Huraian khilaf farsy bagi Qiraat Tujuh di dalam surah al-Falak.

3 Tidak menghuraikan khilaf farsy bagi Qiraat Tujuh di dalam surah al- Falak.

Menghuraikan khilaf farsy bagi Qiraat Tujuh di dalam surah al-Falak dengan keterangan yang tidak lengkap.

Menghuraikan khilaf farsy bagi Qiraat Tujuh di dalam surah al-Falak dengan penjelasan yang kurang lengkap dan ringkas.

Menghuraikan khilaf farsy bagi Qiraat Tujuh di dalam surah al-Falak dengan penjelasan betul dan ringkas.

Menghuraikan khilaf farsy bagi Qiraat Tujuh di dalam surah al-Falak dengan penjelasan yang sempurna dan terperinci.

12

Kesimpulan / Penutup

1 Tidak membuat kesimpulan atau ianya tidak berkaitan dengan tajuk.

Kesimpulan yang lemah dengan penjelasan yang tidak berkaitan dengan isu perbincangan.

Kesimpulan yang ringkas dengan penjelasan yang kurang berkaitan dengan isu perbincangan.

Kesimpulan yang baik dalam merumuskan perkara yang berkaitan dengan isu perbincangan.

Kesimpulan yang amat baik, komprehensif, jelas dan menarik dengan penjelasan yang berkaitan dengan isu perbincangan.

4

Format(Muka hadapan, Isi kandungan, penomboran halaman, format rujukan APA dll) dan rujukan

1 Tidak mengikut format penulisan.

Beberapa format tidak betul serta tidak menepati gaya APA.

Beberapa format ditulis dengan betul, baik dan ada menepati gaya APA.

Kebanyakan format ditulis dengan betul, baik serta menarik dan ada gaya APA.

Kesemua format ditulis dan disusun dengan betul, baik serta menarik dan menepati gaya APA.

4

JUMLAH MARKAH 40

5