33272244 bimbingandankaunseling 1 (1)

20
OPEN UNIVERSITY UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA Title ASSIGNMENT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SBSC3103 Name MUHAMMAD HILMI BIN SALEH Matric No 791104025581001 NRIC No 791104-02-5581 T elephone No 019-9216221 Tutor Name Course EN. MAZLAN BIN MOHD ARIF Kolej Informasi Multimedia, Mentakab SEMESTER / YEAR OCTOBER 2003 AN NORRIHAN BINTI SULAN OCTOBER 200

Upload: erulyna

Post on 16-Jul-2016

227 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

KAUNSELING

TRANSCRIPT

Page 1: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

OPEN UNIVERSITY UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIATitle

ASSIGNMENTBIMBINGAN DAN KAUNSELING SBSC3103Name MUHAMMAD HILMI BIN SALEH Matric No 791104025581001 NRIC No 791104-02-5581 Telephone No 019-9216221Tutor Name

Course

EN. MAZLAN BIN MOHD ARIFKolej Informasi Multimedia, Mentakab SEMESTER / YEAR

OCTOBER 2003 AN NORRIHAN BINTI SULANOCTOBER 200

Page 2: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

PENDAHULUAN Dunia hari ini semakin komplikated dari hari ke hari. Maka, pelbagai masalah sosio, psiko dan sebagainya yang mengundang kecelaruan fikiran dan emosi seseorang. Ketidakstabilan fikiran dan emosi inilah yang mengundang kepada pelbagai tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang itu. Justeru, dalam pelbagai senario yang wujud dalam kehidupan harian, khidmat bimbingan dan kaunseling boleh membantu seseorang individu menangani cabaran-cabaran baru yang dihadapinya secara berkesan, sebagaimana menurut Jones, (1957) ; ‘Bimbingan melibatkan pertolongan peribadi yang diberikan oleh seseorang, iaitu yang telah disediakan untuk menolong seseorang itu membuat keputusan kea rah yang dituju, apa yang hendak dibuatnya, atau bagaimana ia dapat mencapai tujuannya itu dengan cara yang paling baik ; ia menolongnya menyelesaikan masalah yang timbul dalam hidupnya’ Jones (1957) Bimbingan sebagai satu proses pembangunan diri yang komprehensif. Ini kerana proses bimbingan melibatkan empat unsur penting yang wujud dalam diri setiap individu, iaitu jasmani, rohani, emosi dan intelek. Bimbingan dan kaunseling sebagai satu proses interaksi anatara dua pihak, iaitu klien (individu yang ditolong atau dibimbing) dan kaunselor (individu yang menolong atau pembimbing). Sebagaimana kata Boy dan Pine (1968) ;

Page 3: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

‘Suatu bentuk perhubungan bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan dari seorang kaunselor’ Boy & Pine (1968) Menjadi seorang kaunselor bukanlah mudah seperti yang di sangka. Selain daripada kemahiran-kemahiran asas dan terapeutik yang seharusnya dimiliki, seseorang kaunselor perlu bijak memainkan peranan, mengawal keadaan dan berempati. Ini tidak lagi termasuk etika yang perlu dipatuhi, seseorang kaunselor juga harus mempunyai nilai peribadi diri yang tinggi walau dimana sahaja berada. Biasanya klien memandang kaunselor sebagai idola atau insan yang sempurna baginya, justeru cadangan kaunselornya dalam permasalahan yang dihadapinya digunapakai dan boleh diterimanya. a) Tujuh kemahiran komunikasi asas yang perlu dikuasai oleh kaunselor Terdapat tujuh kemahiran asas berkomunikasi yang perlu dikuasai oleh seorang kaunselor sepertimana yang telah dikenalpasti oleh Ivey (1996) iaitu , • • • • • • • Penyoalan Dorongan Minima Mendengar Senyap Refleksi emosRefleksi Isi meringkaskan perasaan

b) Huraian dan contoh kemahiran komunikasi asas

Page 4: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

Penyoalan Dalam menjalankan proses kaunseling, kemahiran menyoal adalah

sangat penting. Kaunselor perlu mengunakan cara menyoal yang boleh meransang klien menjawab dengan lebih terperinci serta senang meluahkan perasaan atau masalahnya secara jujur. Terdapat dua teknik penyoalan yang boleh digunakan dalam menjalankan suatu proses kaunseling, iaitu jenis soalan terbuka dan soalan tertutup. Soalan terbuka adalah soalan yang menghendaki klien menerangkan sesuatu pernyataan dengan lebih lanjut. Contoh soalan terbuka adalah seperti ; “Bagaimana kejadian tu boleh berlaku ?” “Apa tindakan anda selepas peristiwa itu?” “Cuba ceritakan, apa yang membimbangkan anda?” Soalan tebuka mendorong klien bercerita lebih lanjut dan bukan hanya mengangguk, menggeleng atau menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’ sahaja. Jenis soalan tertutup pula digunakan oleh kaunselor untuk memeriksa samada tanggapan kaunselor itu benar atau salah. Contoh soalan tertutup ; “ Jadi, kamu pergi berdua sahaja?” “Adakah kamu percaya dengan kata-katanya?” “Adakah anda terima pelawaannya?” Soalan terbuka meransang klien berkongsi maklumat dengan kaunselornya. Seorang kaunselor yang bijak mengurus sesi kaunselingnya dengan berkualiti tidak akan mengeluarkan soalan-soalan sepertimana

Page 5: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

seorang polis menyoal kepada orang yang disyakinya. Soalan-soalan yang meransang klien haruslah lebih bersifat ingin berkongsi, bukan bersifat ingin tahu. Dengan itu, klien bebas untuk meneroka perasaannya, nilai hidupnya dan sikapnya terhadap masalah yang dihadapi. Manakala soalan tertutup hanya menghasilkan jawapan yang bersifat fakta dan kurang perkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh klien. Klien merasakan dia hanya menjawab soalan, tiada kebebasan dalam meneroka perasaannya. Biasanya, soalan terbuka digunakan dalam situasi-situasi berikut i) ii) memulakan sesi temubual Contoh : “apa yang hendak kita bincang hari ini?” membantu klien memberi penerangan yang lebih terperinci mengenai sesuatu Contoh : “ apa yang berlaku selepas itu?” iii) membantu kaunselor mendapatkan contoh yang lebih spesifik mengenai sesuatu perlakuan. Contoh : “Kenapa anda kata anda kecewa dengan tindakannya?” iv) membantu klien menumpu perhatian kepada perasaan Contoh : “Bagaimana perasaan kamu sekarang ?” Lornborg (1991), mengatakan teknik penyoalan adalah sangat bersesuaian dengan keadaan sesi awal kaunseling yang menitikberatkan pengumpulan maklumat tentang masalah dan diri klien. Bagaimanapun, penyoalan bukanlah satu-satunya teknik dalam sesi kaunseling. Seorang kaunselor tidak digalakkan terlalu bergantung kepada soalan-soalan semata-mata kerana ia mungkin akan menjadi seperti proses

Page 6: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

penyiasatan atau interogasi yang membosankan. Penyoalan yang tidak sistematik mengakibatkan aliran perbincangan menjadi tidak menentu. Maka, dari itu penyoalan adalah lebih relevan dan praktikal digunakan ketika memulakan sesi temubual atau mendapatkan maklumat lanjut dari klien. * Dorongan minima Menurut Ivey (1996), dorongan minima ialah respon yang ditunjukkan oleh kaunselor pada tahap yang paling minima bagi menggalakkan klien bercakap. Ini mungkin dilakukan dengan cara anggukan kepala, mempamerkan kaunselor tersebut sedang menumpukan dan memberi sepenuh perhatian terhadap pernyataan masalah atau perasaan oleh klien. Kaunselor juga mungkin memberikan respon-respon seperti menyebut “aha”, “ teruskan” yang menunjukkan kaunselor ingin klien menghuraikan sesuatu dengan lebih lanjut. Contoh ; Klien : “Saya tak tahu kenapa tiba-tiba dia tak nak bercakap dengan saya. Sekarang dah hampir dua minggu. Saya pernah bertanya kepadanya, apa masalah kami sebenarnya…” Kaunselor : “Ya, teruskan..” Kaunselor yang bijak memainkan peranannya seharusnya tahu menyatakan pendapat atau cadangan pada masa yang tepat. Klien harus diberi peluang menyatakan perasaanya tanpa celahan soalan atau pendapat yang membantutkan luahan perasaannya. Dorongan minima oleh kaunselor di sini memberi maksud klien masih diberi peluang

Page 7: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

mempersepsikan masalahnya dan meneruskan pernyataan tanpa sebarang gangguan. * Mendengar Setiap orang pernah berasa sedih, tertekan atau gelisah. Dalam keadaan begini, kita perlukan seseorang untuk mendengar masalah kita. Begitu juga murid atau orang lain. Dalam bimbingan, mendengar ialah menerima mesej dengan teliti dan memberi respon yang tepat kepada mesej yang disampaikan. Mendengar juga boleh dikatakan sebagai salah satu respon kaunselor menunjukkannya berminat dengan permasalahan klien. Tidak terdapat apa-apa gangguan sehingga klien itu habis bercakap. Dengan mendengar kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh klien, kaunselor dapat memberi maklum balas tentang fikirannya dan perasaannya. Mendengar secara aktif membawa dua kebaikan yang utama. Pertama, ia membekalkan lebih banyak maklumat untuk perbincangan dan tindakan lanjut. Kedua, ia memberi kesan terapeutik. Bercakap kepada seorang pendengan yang aktif membolehkan individu itu meluahkan masalah-masalahnya dan ini boleh membawa kepada pelepasan emosi. Tambahan lagi, pendengan yang aktif akan juga menunjukkan kesan, iaitu perasaan penting sebagai seorang individu kepada orang yang meluahkan masalah-masalahnya. * Senyap Kebanyakan kita tidak menyedari bahawa sebenarnya senyap juga merupakan satu daripada kemahiran asas komunikasi. Senyap dalm

Page 8: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

konteks kaunselor iaitu tidak memberi apa-apa komen atau soalan sebagai respon kepada kenyataan klien, tetapi hanya mendiamkan diri dengan membiarkan kliennya terus bercakap atau meluahkan perasaan. Dengan ini, secara tidak langsung memberi peluang klien melihat dirinya, perasaannya, sikap, nilai-nilai dan perbuatannya. Berdasarkan kajian Ivey (1996), berpendapat biasanya pada peringkat awal sesi kaunseling, klien lebih memerlukan seseorang untuk mendengar tanpa apa-apa maklumbalas. Senyap bertujuan ; Membolehkan klien memeriksa apa yang difikirkannya dan apa yang dirasakannya. Menyedarkan klien bahawa tanggungjawab bercakap dalam temubual kaunseling adalah pada klien. Memberi ruang masa untuk membuat kesimpulan tentang implikasi perbincangan tersebut. Bagimanapun, senyap antara lain juga membawa maksud disebaliknya, seperti klien enggan bekerjasama dengan kaunselor . Adakalanya juga menunjukkan kaunselor dan klien telah sampai ke jalan buntu, dimana kedua-duanya mencari jalan ke mana hendak dihalakan perbincangan. Maka, disinilah kaunselor perlu bijak memainkan peranannya, samada mencelah atau memecahkan kebuntuan tersebut. Senyap secara dasarnya membawa banyak maksud, tetapi adafaedahnya. Ia menunjukkan bahawa kaunselor amat mengambil berat tentang kliennya, penerimaannya dan kesanggupan kaunselor memberi peluang kepada klien meyaring fikirannya tanpa sebarang tekanan untuk memberi respon. • Refleksi Emosi

Page 9: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

Refleksi emosi juga merujuk kepada refleksi perasaan iaitu respon kaunselor untuk menggambarkan emosi klien bagi menunjukkan empati kaunselor. Contoh ; Klien : “Bila dapat buktikan pada makcik bukan saya yang ambil duit simpananya, barulah saya rasa lega kerana ayah masih mempercayai saya” Kaunselor : “Jadi, sekarang kamu merasa lebih selamat dan tenang?” Kaunselor merefleksi keadaan emosi klien pada ketika itu dan dengan itu mengkomunikasikan penerimaannya terhadap klien. Dengan itu, klien akan merasa dirinya difahami dan seterusnya menjadi lebih terbuka dalam mempersepsikan masalahnya. • Refleksi Isi

Refleksi isi merupakan respon kaunselor untuk menggambarkan isi perbualan dengan klien yang menunjukkan kefahaman kaunselor. Isi perbincangan mungkin dibuat berdasarkan kepada beberapa sesi pertemuan yang telah berlangsung. Tujuannya adalah untuk membuat semakan. Disamping itu juga, memberi keyakinan kepada klien bahawa masalahnya diberi sepenuh perhatian oleh kaunselor. Refleksi isi biasanya dibuat dalam situasi-situasi seperti ;

Page 10: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

-

Kaunselor menstruktur permulaan sesi kaunseling dengan mengimbas kembali perkara yang telah dibincangkan dalam temubual yang lalu

-

Klien mula membuat kenyataan yang mengelirukan dan tiada kaitan dengan masalahnya Apabila hendak mengambil sesuatu tindakan akan datang, kaunselor dan klien membuat penilaian apa yang telah dipelajari dari perbincangan sebelumnya

-

Pada peghujung sesi, kaunselor memberitahu klien apa yang didapati dan telah dipelajari daripada sesi tersebut. • Meringkaskan perasaan

Meringkaskan perasaan boleh dikatakan sebagai persepsi awal yang dibuat oleh kaunselor terhadap sesuatu pernyataan klien berhubung masalah atau perasannya. Contoh ; “Jadi, kamu marah dengan ibu bapa kamu dan kecil hati dengan tindakannya?” Apabila kaunselor cuba meringkaskan perasaan, adakalanya klien sukar untuk mengakui hakikat perasaannya walaupun ia benar. Maka, kaunselor harus bijak dalam komunikasinya agar tidak bercanggah pendapat. Tujuan meringkaskan perasaan ialah ; mengenalpasti dan memberi respon terhadap emosi atau perasaan yang pernah diucap sendiri oleh klien atau yang

Page 11: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

dipersepsikan oleh kaunselor. Ini dapat mengajak klien menyemak semuala adakah respon itu tepat sebagaimana perasaannya. Menunjukkann kepada klien bahawa kaunselor benar-benar memberi tumpuan dalam masalahnya dan berusaha membantunya. c) Dialog yang berakhirkan kaunselor meringkaskan perasaan

Situasi 1Klien hadir untuk sesi temujanji kali ke – 2 sepertimana yang telah dipersetujui. Raut wajahnya kelihatan bersahaja dan tidak terlalu runsing sepertimana pertemuan pertama pada minggu lepas. Kaunselor : “Sila duduk.”

(Klien duduk, wajahnya lebih tenang walaupun nampak sugul) Kaunselor : “Anda kelihatan tenang hari ini. Boleh kita mulakan perbincangan kita hari ini?” (Klien mengangguk) Kaunselor : “Apa yang telah berlaku sejak kita berjumpa minggu lepas?” Klien : “Mama dan papa macam biasa, sibuk dengan bisnessnya. Kami pun jarang bertemu. Mungkin dalam 2 atau 3 kali saja sepanjang minggu lepas. Itupun waktu breakfast.”

Page 12: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

Kaunselor Klien Kaunselor Klien

: “ Jadi, macamana perasaan kamu sekarang ?” : “Entahlah, malaslah nak fikir…” : “Anda dah bosan dengan mereka..?” : “Saya ada hidup saya sendiri dan papa dan mama pun ada hidup mereka sendiri…”

Kaunselor

: “ Jadi, anda mengambil keputusan menjalani hidup dengan cara anda sendiri dan biarkan mereka dengan cara mereka?”

Klien

: “Entahlah, kadang-kadang bila difikirkan semula, saya kesal dengan takdir hidup saya. Saya seolah-olah tak wujud dalam hidup mereka. Hidup saya mewah dengan apa saja saya nak, tapi kosong…..”

(Klien termenung seketika dan suasana senyap seketika) Kaunselor : “ Anda sedih kerana diri tidak dihargai dan tiada siapa mengambil peduli tentang diri anda…” Klien : “ Saya tak tahu apa yang nak dilakukan lagi. Saya acapkali memikirkan masalah ni. Mama dan papa seolah-olah tak faham bahawa saya cuma harapkan sedikit perhatian saja, atau sekurang-kurangnya bertanya apa yang saya lakukan

Page 13: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

sepanjang hari ini. Rasa macam saya jauh dari papa dan mama…dunia kami memang berbeza..” Kaunselor : “ Saya dapat merasakan kekecewaan yang anda alami. Jika ada lagi apa-apa yang ingin anda luahkan….saya sedia mendengar..” Klien : “Hidup saya cuma dengan Mak Mah. Dia macam ibu sendiri..lebih dari mama…mama pun tak ambil berat macamana yang Mak Mah buat pada saya. Mujur juga ada Mak Mah, sekurang-kurangnya dia masih menyedari kewujudan saya dalam rumah besar tu..” Kaunselor Klien : “Jadi, anda lebih menyayangi Mak Mah dari mama?” : “Kadang-kadang macam tulah. Sebab tu kalau Mak Mah tak ada di rumah atau pulang ke kampung, saya rasa cukup kehilangan.. Sedangkan mama dan papa yang sentiasa outstation dan ke oversea, tak pula saya rasa kehilangan” Kaunselor : “ Saya boleh rasakan anda sebenarnya harapkan sesuatu yang lebih bermakna dari mereka…. Baiklah, kita ada lagi 10 minit, ada lagi yang nak anda ceritakan? (Klien bercerita tentang kesunyian dan rutin hariannya…) (Kaunselor kemudiannya mengatur satu temujanji dengan pihak ketiga iaitu ibu dan bapa klien bagi memberi peluang kepada mereka

Page 14: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

menyedari bahawa ada seseorang yang sangat mengharapkan sesuatu yang bermakna dari mereka dan seterusnya sama-sama membuat penyelesaian terbaik kedua-dua belah pihak)

Situasi 2Seorang remaja perempuan masuk selepas membuat sesi temujanji dengan kaunselornya. Jelas kelihatan wajahnya murung serta kurang bersemangat. Kaunselor : “Selamat pagi, sila masuk. Sila duduk.” (Klien duduk dan menyelesakan diri bersemuka dengan kaunselor) Kaunselor : “ Kamu nampaknya murung dan tidak bersemangat. Ada apa-apa yang hendak kamu bincangkan dengan saya?” (Klien diam seketika, mungkin memikirkan sesuatu untuk memulakan sesi perbualan) Kaunselor : “Boleh ceritakan apa yang merunsingkan kamu, mungkin saya boleh bantu.” (Klien diam dan kaunselor membiarkannya merangka fikirannya untuk memulakan sesi temubual) Klien : “Saya sebenarnya susah hati …”

Page 15: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

(Suasana senyap) Kaunselor : “ Kita ada masa lebih kurang satu jam, kalau ada apa-apa perkara yang kamu hendak berkongsi dengan saya, silakan.” Klien : “Saya baru tamat peperiksaan SPM tahun lepas, jadi sekarang ni saya belum lagi dapat peluang melanjutkan pelajaran ke mana-mana. Saya masih berharap ada peluang dan surat panggilan belajar dalam masa terdekat ni..” Kaunselor Klien : “Ya, teruskan.” : “ Masalahnya, ayah dan mak saya tak memahami. Mereka nak saya kerja sahaja, dah habis SPM tak payah susahsusah lagi belajar, kerja sahaja sebab boleh dapat duit.” Kaunselor : “ Begitu, maksudnya kamu nak meneruskan pelajaran tapi tak dibenarkan oleh ibu bapa kamu ?” (Klien hanya mengangguk) Kaunselor Klien : “Baiklah, apa yang kamu fikirkan sekarang?” : “Memang kami susah, tapi mak dan ayah sepatutnya beri peluang saya mengubah cara hidup kami supaya lebih

Page 16: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

baik. Saya nak tengok mak dan ayah bersenang sikit, tidaklah teruk bekerja tak menentu tiap hari. Saya sedih dan buntu memikirkan antara kemahuan saya dengan kehendak keluarga saya. Mana yang perlu saya utamakan?” Kaunselor : “Saya faham perasaan kamu. … Kamu merasakan mak dan ayah lebih mementingkan kehendak mereka sahaja dan mengabaikan perasaan kamu ?” (Klien mengangguk) Klien : “ Kadangkala saya terfikir nak lari sahaja dari rumah, tapi memikirkan perasaan mak dan ayah nanti, saya tak sampai hati pula melukakan perasaan mereka yang dah bersusah payah membesarkan saya dan bagi didikan sampai sekarang.” Kaunselor : “Kamu pernah terfikirkan begitu, tapi tak melakukannya bermaksud kamu sangat sayangkan mereka….” Klien : “ Saya tak tahu nak buat keputusan….”

(Kaunselor membantu klien mencari jalan penyelesaian bagi kekeliruan fikiran yang sedang dihadapinya) (Pertemuan berikutnya diaturkan pada mingu berikutnya..)

Page 17: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

RUMUSAN Setiap individu mempunyai personality yang berbeza-beza. Ada yang gemar menceritakan masalah mereka dan ada pula yang sebaliknya. Jenis masalah yang mereka alami juga berbeza. Ada yang mengalami masalah serius yang tidak mudah dikongsi. Oleh yang demikian, seseorang kaunselor hendaklah mempunyai satu rumpun kemahiran bimbingan yang luas. Ini akan membolehkannya bertindak dengan lebih berkesan lagi kerana dengan adanya pelbagai kemahiran bimbingan, kaunselor itu berkebolehan untuk meneroka serta membantu klien memilih strategi penyelesaian yang sesuai.

Page 18: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

RUJUKAN

1. Eee Ah (1997). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (Edisi Kedua). Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd., Shah Alam. 2. Rogers, C.R., On Becoming a Person, Houghton Mifflin Company, Boston, 1961. 3. Open University Malaysia, Modul Bimbingan dan Kaunseling (2004) OUM Sdn. Bhd., Selangor. 4. http ://www.myschoolnet.edu.my

Page 19: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)

5. http//www.oum.edu.my

Page 20: 33272244 Bimbingandankaunseling 1 (1)