32504582-ilmu-mengenal-diri-2

85
Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2 1 Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2 Klinik muallij http://klinik-muallij.blogspot.com oleh: Mustakim bin Mohd Najib 12 April 2010 (27 Rabiul Akhir 1431) tanpa hakcipta – ilmu untuk semua

Upload: zulhafiz-zulkifli

Post on 11-Aug-2015

280 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

1

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Ilmu

Mengenal

Diri

Bahagian Ke-2

Klinik muallij

http://klinik-muallij.blogspot.com

oleh: Mustakim bin Mohd Najib 12 April 2010 (27 Rabiul Akhir 1431)

tanpa hakcipta – ilmu untuk semua

Page 2: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

2

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

NUR MUHAMMAD ANALISA AKHIR

Kepercayaan dan keyakinan penuh membuatkan diri seseorang hamba Allah itu percaya kepada istilah

Nur Muhammad, di sebabkan ia adalah sesuatu yang ghaib maka terlalu sukarlah manusia itu hendak

mempercayainya walaupun asas keimanan itu adalah bergantung kepada yang ghaib namun mahu atau

tidak mahu manusia terpaksa akur dengan keimanan kerana Allah s.w.t sentiasa menyeru kepada

manusia yang berasaskan kepada seruan orang-orang yang beriman bukan kepada orang-orang islam

Orang islam tidak semestinya mereka itu beriman kerana jika setiap orang islam itu benar-benar

beriman maka sudah tentulah mereka itu melaksanakan arahan daripada Allah supaya melaksanakan

hukumNya kerana itulah Allah menyatakan kebanyakan mereka tidak beriman sebagaimana firmanNya

Yang bermaksud:

Sebahagian daripada mereka tidak mahu beriman malah melakukan syirik (Yusuf ayat 106)

Di dalam kehidupan manusia kadangkala manusia tertanya-tanya apakah penilaian Allah terhadap

seorang manusia ? Jawapannya sangat mudah. Allah tidak memandang kepada manusia (Jasmani) tetapi

Allah memandang kepada hati yang di dalamnya ada mengandungi Nur ertinya hati yang mengandungi

Nur Muhammmad (cahaya yang terpuji) tersebut

Manusia hendaklah mengenali hatinya iaitu tempat telek Allah, hati bukan merupakan seketul daging,

tetapi hati itu adalah Rohani (Ruhul Yaqazah) yang terdiri dari Roh,Akal dan Nafsu, memang sukar untuk

mengenali Ammar Rabbi itu kecuali mempelajarinya, dan ramai telah tersalah sangka dengan istilah

tersebut sehingga timbul berbagai-bagai fahaman yang membawa kepada kesesatan atau menolaknya

terus

Akibatnya maka jadilah ilmu ini sebagai momokan dan di takuti oleh umat islam sendiri yang

berkesudahan dengan menutup rapat istilah kerohanian dan Nur Muhammad tersebut di dalam

kehidupan manusia. Di dalam Al Quran Allah berfirman yang bermaksud:

Jadilah kamu orang Rabbani Ahlullah dengan mengajar kitab dan mempelajari kitab Al Quran (surah Al

Imran 79)

Ayat yang di atas adalah suatu perintah daripada Allah jadilah kamu orang Rabbani (orang alim dalam

ilmu ketuhanan) iaitu suatu kepercayaan kepada yang ghaib, ilmu yang ghaib adalah daripada Allah

kerana Tuhan itu adalah yang maha ghaib. Dalam ilmu ini yang menyentuh soal ghaib iaitu tentang

asmak, sifat dan dalam soal asal usul soal af'al Allah, walaupun ilmu ini tidak lagi di ajar orang, akan

tetapi itulah yang di perintahkan oleh Allah kepada manusia. Rabbani itu ialah Dia yang awal, Dia yang

akhir, Dia yang zahir, Dia yang batin

Page 3: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

3

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Jika mahu mengenal Dia, maka Dia itu Zat, maka Zat itu pula adalah Zat yang tidak berupa apa juapun

(Laisa kamislihi) erinya hendak mengenal yang ghaib, maka di sana terdapat lampu merah tanda bahaya

iaitu jangan ada di antara manusia yang berkira-kira mahu mengenal ZatNya maka ia adalah sangat

terlarang, akan tetapi yang di perintahkan adalah tentang mengenal makhluk ciptaanNya sekalipun

makhluk itu berbentuk ghaib seperti jauhal fardhi,jisim,jirim dan jauhar basit atau istilah molikul.

atom,elektron,newtron proton, ion dan sebagainya

Maka di sinilah para ilmuan mengambil suatu pendekatan untuk mengenal Allah melalui mengenal

asmakNya iaitu Nur untuk suatu pendekatan mengenalNya dan dengan mengenal Asmak Allahlah lahir

ilmu yang di sebut sebagai sifat 20 dengan tujuan untuk mengenal Tuhan dan mengenal diri semua

bentuk ilmu ini adalah berasaskan kepada yang ghaib

Cuba manusia fikirkan daripada apa nyawa mereka di jadikan oleh Allah ? Rohnya, akalnya dan nafsunya

semua ini adalah makhluk Tuhan sekalipun nyawa itu bertaraf zat yang tidak menjadikan sesuatu

berbanding Zat Tuhan yang menjadikan sesuatu

FUNGSI RAHSIA LEMBAGA AKAL BERFUNGSI

Pada pelajaran yang lepas kita telah terangkan serba rengkas tentang Nur Muhammad dan sebelumnya

kita telah sentuh tentang akal dan lembaga akal, yang mana lembaga akal tersebut memainkan peranan

yang sangat luas dan fungsinya yang sangat mengkagumkan kesan daripadanya

Pada pelajaran ini kita sentuh pula tentang gelombang yang terdapat pada lembaga akal tersebut

mengikut pandangan agama yang rasanya tidak jauh berbeza dari pandangan sain atau yang mana lebih

dapat difahami oleh orang yang mengkajinya atau orang yang mempraktikkannya dengan penuh

bersemangat

Lembaga akal yang mempunyai tugas masing-masing mengikut fitrah semula jadi daripada Allah s.w.t

mempunyai kaitannya dengan otak manusia yang mengandungi berbilion-bilion sel yang di kenali

segagai jauhal fardhi (neutron) iaitu kombinasi dari sel-sel yang dapat mencetuskan aliran elektrik di

dalam otak manusia yang dapat di kesan dengan rasa atau dengan alat yang di kenali sebagai

electroencephalograph (EEG)

Kesan daripada gerak atau aktiviti sel-sel inilah yang menghasilkan gelombang minda atau brainwave,

aktiviti ini tidak saja diam pada satu tempat malah ia akan sentiasa berubah-ubah mengikut tekanan

lembaga akal atas bantuan nafsu dan juga roh yang mana ia akan tertakluk kepada di mana seseorang

itu berada pada masa tersebut mengikut suasana alam kelilingnya

Pada dasarnya gelombang ini dapat kita bagikan kepada 4 peringkat

Peringkat gerak (Beta)

Page 4: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

4

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Peringkat ini di mana manusia aktif bergerak ketika sedar atau jaga seperti melakukan kerja yang rutin

seharian, kebiasaannya gerak minda akan cepat berubah-ubah sebab setiap gerak atau perbincangan

atau berfikir seseorang itu adalah tidak tetap pada sesuatu tekanan nilai tujuan pada tujuan atau hala

tuju, gelombang ini juga di kenali sebagai beta

Gelombang gerak ini (beta) ada pula pada masa-masa tertentu ia menjadi lemah dan ada pula pada

kalanya ia menjadi tinggi, kebiasaannya apabila gerak terlalu tinggi ia akan menjadikan diri seseorang itu

sukar untuk mengawal perasaan atau orang ini sukar untuk tidur malam namun kesan daripadanya ia

mempunyai kebaikan pada menghilangkan masalah yang lain

Peringkat diam (Alpha)

Pada peringkat ini besar kemungkinan manusia itu sedang berehat atau bersedia untuk tidur yang mana

kekacauan alam di sekelilingnya kurang mengganggu fikirangnnya, peringkat ini juga di kenali sebagai

alfa, demikianlah pada kebiasaannya namun tahap diam ini tidak semestinya kekal sekiranya seseorang

itu banyak menghadapi masalah kehidupan ataupun masalah-masalah yang di hadapinya, yang paling

nyata maka kanak-kanaklah yang sesuai di jadikan contoh gelombang alfha ini kerana mereka tidak

banyak tekanan kehidupan atau orang yang zuhud

Peringkat tenang (Theta)

Pada peringkat tenang ini manusia berada pada tahap hendak terlayang untuk tidur yang mana

gelombang pemikiannya sudah lemah ataupun hampir lemah, gelombang minda ini juga di kenali

sebagai theta

Peringkat fana (Delta)

Pada peringkat ini juga di katakan peringkat tidur mati atau sebahagian daripada mati yang mana

roh,akal dan nafsu sudah mula tidak lagi memainkan peranannya dan sel-sel otak berjalan dengan

tenang, ini bererti Ruhul Yaqazah sudah tidak lagi memaksa jasad untuk aktif maka berehatlah jasad

tersebut dan berehat pulalah otak dan sarafnya, (berehat hanya sekadar fungsi nyawa tanpa cergas)

maka disinilah terletaknya rahsia kerja Tuhan yang tidak mampu di kaji oleh ahli sain, peringkat ini juga

di kenali sebagai delta

Pada pandangan agama islam (kerohanian) rasanya agak lengkap sedikit dari pandangan sain kerana

pada pandangan agama ia ada lima lembaga akal yang menghasilkan gelombang dalam diri manusia

yang di kaitkan pula dengan kerohanian yang berpusat pada akal umpamanya lembaga akal yang lima

itu di kaitkan dengan fungsi nyawa,akal,roh dan nafsu yang berkaitan di antara satu dengan yang lainnya

dan setiap satu akan mengeluarkan gelombang yang mengandungi jauhal fardhi yang mengandungi

fungsi yang berlainan yang sangat terkawal mengikut fitrahnya

Page 5: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

5

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Kajian sain tentang mind ini di kira hanya tertumpu kepada peranan saraf dan otak sahaja tanpa di

kaitkan dengan kerohanian umpamanya mereka memberikan fokus kepada gelombang Beta (12 Hz-38

Hz) Alpha (8 Hz-12 Hz) Theta (3 Hz-8 Hz) dan Delta (0.2 Hz-3 Hz) yang besar kemungkinan atas kajian

mereka tentang tenaga atom, thermal, electromative, kinetic dan potential atas kehadiran molikul-

molikul yang mampu membentuk kutub positif (+) dan kutub (-) nagative (-) dan positive (+) poles , jika

inilah atas kajian mereka maka rasanya ia di fokuskan hanya kepada fungsi hawa kepada nafsu sahaja

Golongan umat islam yang bijak pandai sepatutnya mengkaji lebih dalam lagi dalam soal akal ini kerana

mereka berhadapan dengan amal ibadat yang di kaitkan dengan istilah khusyu" kepada Tuhannya. Ilmu

ini di ambil asal asalnya daripada sifat 20 pada bab sifat ilmu pada sifat maani dan di kaitkan pula pada

sifat maanawiyah iaitu sifat alimun, sebab itu satu kajian sifat 20 ini wajib di ketengahkan oleh orang

muslim

ADAM,ALLAH DAN MUHAMMAD TIDAK BERCERAI SATU ANALISA

Adam adalah seorang manusia yang di cipta oleh Allah s.w.t, yang dimaksudkan manusia itu ialah

apabila Rohani itu sudah memiliki jasad (manus adalah jasmani sementara ia ialah Rohani) jika ada

jasmani tanpa Rohani maka ia bukan manusia, demikian juga jika Rohani tanpa jasmani maka ia bukan

manusia, maka yang di maksudkan manusia itu adalah zuriat daripada Adam sebagaimana firman Allah

menyatakan:

تفضي� خلقنا ممن كثير على ھم وفضلنا الطيبات من ھم ورزقنا والبحر البرى فل ھم وحملنا ادم بنى كرمنا ولقد

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah muliakan Bani Adam, dan Kami angkat mereka di darat dan

juga di laut dan Kami beri rezeki yang baik, dan sesungguhnya Kami lebihkan mereka dari kebanyakan

(makhluk) yang telah Kami jadikan sebenar-benar kelebihan ( Al Israk 70)

Di atas pemberian Allah kepada bani Adam gelaran sebagai makhluk yang di muliakan maka manusia

menjadi makhluk yang terpuji dan mulia, dan makhluk terpuji itu adalah bernama Muhammad, kerana

Muhammad itu bermaksud terpuji, dan yang terpuji itu adalah yang sebaik-baik kejadian seperti mana

firman Allah menyatakan:

تقويم احسن فى ا"نسان خلقنا لقد

Maksudnya: Sesungguhnya Kami jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian ( At Tin 4 )

Ayat yang di atas menerangkan bahawa insan itu adalah sebaik-baik kejadian, sementara Allah pula

beserta dengan Insan tersebut sebagaimana firman Allah menyatakan:

كنتم اينما معكم وھو

Maksudnya: Dan Allah beserta kamu di mana juga kamu berada ( Al Hadid 4 )

Page 6: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

6

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Ayat yang di atas menunjukkan bahawa Allah tetap bersama manusia di mana juga manusia itu berada,

ertinya manusia dan Allah tidak bercerai, ertinya Adam dan Allah tidak mungkin bercerai, jika demikian

mengapa Azazil dapat menyesatkan Adam dan isterinya Siti Hawa ? Di sinilah timbul persoalan dan

keraguan yang akhirnya melahirkan ilmu yang lebih khusus tentang istilah di antara Muhammad dan

Allah itu, logiknya syaitan tidak boleh menggelincirkan Adam jika Allah beserta manusia (Adam)

Di sebabkan manusia itu ada kelebihan maka kelebihan tersebut pula di katakan melahirkan suatu ilmu

yang lebih khusus kerana masalah Adam dapat di sesatkan oleh syaitan walaupun Adam beserta Allah,

jadi apakah ilmu yang lebih khusus itu suatu yang dapat di capai oleh manusia, kerana itu untuk

menyelesaikannya mari kita tinjau dalam bentuk soal jawab

Soalan:

Dimanakah letaknya kelebihan manusia jika di bandingkan dengan makhluk Allah yang lain ?

Jawapan:

Kelebihan di antara manusia dan makhluk terletak pada lembaga akal manusia kerana lembaga akal

maka manusia itu di kenali sebagai manusia, jika manusia tiada lembaga akal maka manusia itu setaraf

dengan haiwan dan syaitan

Soalan:

Bukankah manusia itu sebaik-baik kejadian dan mengapa ada di antara manusia itu berperangai syaitan

dan haiwan ?

Jawapan:

Manusia berperangai syaitan dan haiwan kerana adanya hawa kepada nafsu tersebut dan ia adalah

suatu fitrah daripada Allah s.w.t

Soalan:

Jika demikian manusia yang dikatakan sempurna itu adalah sesuatu yang tidak mutlak ?

Jawapan :

Untuk mendapatkan jawapannya maka kita kena faham siapa yang di maksudkan Insan yang mulia

tersebut, adapun yang di maksudkan Insan yang sempurna kejadian tersebut ialah diri sebenar diri

manusia yang di kenali sebagai Insan atau nyawa atau nafas atau Nur Muhammad naka dialah yang

Page 7: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

7

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

sempurna kerana itulah diri manusia terbahagi kepada empat istilah iaitu diri terdiri (jasmani) Diri

terperi iaitu Ruhul Yaqazah yang terdiri dari roh, Akal dan nafsu, sementara nafas atau nyawa kita di

namakan diri sebenar diri, maka diri inilah yang di katakan Insan yang sempurna itu sementara diri tajalli

ialah sifat Kamal yang tidak bercerai dengan Insan tersebut

Soalan:

Siapakah yang sebenar diri Tajalli tersebut ?

Jawapan:

Diri Tajalli tersebut adalah Tuhan Yang Maha Esa yang menggerakkan manusia zahir dan batin yang

bersifat Qadirun,Maridun,Alimun dan Hayyun

Soalan:

Mengapakah Allah tidak selamatkan Adam dari gangguan syaitan ?

Jawapan:

Allah wajib bersikap adil terhadap permintaan syaitan yang hendak menyesatkan Adam kerana

syaitanpun makhluk Allah juga walaupun dia di rejam oleh Allah, atas permohonan syaitan tersebut

Allah izinkan syaitan menggelincirkan Adam (manusia) akan tetapi Allah kurniakan Al Quran kepada

manusia sebagai senjata melawan syaitan itu dan terpulanglah kepada manusia

( بأذن قلبك على نزله فأنه لجبريل ا و عد كان من قل

Katakan (wahai Muhammad) sesiap yang memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu

menurunkan Al Quran di dalam hatimu dengan izin Allah (Al Baqarah 97)

RAHSIA HURUF DALAM AL QURAN

Al Quran adalah suatu petunjuk daripada Allah terhadap orang-orang yang bertakwa, sesiapa saja di

antara orang islam yang bertakwa maka wajib bagi mereka merujuk semua perkara dengan Al Quran,

sesiapa sahaja yang membelakangkannya maka berdosalah mereka dan di akhirat akan di campakkan

kedalam bakaran api neraka terutama pemerintah-pemerintah

Di dalam Al Quran yang mengandungi setiap huruf, titik dan ayat-ayat mempunyai hikmah

yangtersangat besar

حكمة القران من ونقطة وحرف اية لكل

Setiap huruf,ayat dan titik di dalam Al Quran ada mempunyai hikmah

Page 8: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

8

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Sementara seluruh isi Al Quran itu pula mempunyai penjaganya

فظون لحا له انا الذكرو نزلنا نحن أنا

Sesungguhnya Kami turunkan peringatan (zikra,Al Quran) dan sesungguhnya bagi Al Quran itu pula ada

penjaganya (Al Hijr 9)

Ayat yang di atas menunjukkan bahawa Al Quran itu ada yang menjaganya dan bukan boleh di permain-

mainkan, adalah berdosa besar jika kita mempersenda-sendakan Al Quran tanpa menghayatinya

tambahan lagi jika ada yang menyatakannya sebagai sudah tidak sesuai, sesungguh nereka yang

melakukan sedemikian adalah telah kafir sekalipun jika ada di antara umat islam yang terus melakukan

ibadat

Al Quran itu mengandungi:

Huruf alif sebanyak 48,740 huruf

Huruf ba sebanyak 11,420 huruf

Huruf ta sebanyak 1,404 huruf

Huruf tha sebanyak 190,480 huruf

Huruf jim sebanyak 3,322 huruf

Huruf ha sebanyak 4,138 huruf

Huruf dal sebanyak 5,998 huruf

Huruf zal sebanyak 4,934 huruf

Huruf ro sebanyak 2,206 huruf

Huruf zai sebanyak 1,680 huruf

Huruf sin sebanyak 5,799 huruf

Huruf Syin sebanyak 2,115 huruf

Huruf sod sebanyak 2.780 huruf

Huruf dhod sebanyak 1,882 huruf

Huruf tho sebanyak 1.204 huruf

Huruf zhi sebanyak 842 huruf

Huruf 'ain sebanyak 9,470 huruf

Huruf ghain sebanyak 1,229 huruf

Huruf fa sebanyak 9,813 huruf

Huruf qof sebanyak 8,099 huruf

Huruf kaf sebanyak 8,022 huruf

Huruf lam sebanyak 33,922 huruf

Huruf mim sebanyak 28,922 huruf

Huruf nun sebanyak 17,000 huruf

Huruf waw sebanyak25,506 huruf

Huruf ha sebanyak 26,925 huruf

Huruf lam alif sebanyak 14,707 huruf

Huruf ya sebanyak 25,717 huruf

Page 9: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

9

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Kesemua huruf yang terkandung di dalam Al Quran itu ialah 127,000 huruf, jumlah ini sama dengan

jarak di antara syurga dengan syurga yang lain atau jarak antara langit dan bumi, di dalam Al Quran ada

ayat Makiyah dan Madaniyah, ayat makiyah sejumlah 4,780 dan ayat madaniyah sejumlah1.456 ayat

jumlah semua ayat ialah 6,236 ayat yang mengandungi 114 surah iaitu 86 surah di makkah dan 28 surah

di madinah

Dalam banyak ayat maka الرحيم الرحمن اتته بسم itulah yang nuzul (turunnya) yang amat luar biasa, ketika

turun ayat ini maka berlakulah peristiwa:

وحاج الرياح وسكنت المشرق الى الخيم ھرب الرحيم الرحمن ( بسم نزل لما

السماء من طين الشيا ورجمت نھا بأذا ئم البھا البحرواضغت

Ketika Bis millahirrahmanirrahim di turunkan, awan-awan bergerak ke timur, angin-angin menjadi

tenang, laut bergelora, bintang-bintang sama mendengarkan dengan pendengarannya, syaitan-syaitan

di lempar daripada langit (Al Marawaih)

Demikuan kehebatan turunnya ayat Bis millahirrahmanirrahim tersebut, dan tidaklah menjadi hairan ia

menjadi bacaan bagi setiap pembukaan pada setiap surah malah ia menjadi bacaan pada segala

permulaan sebarang pekerjaan dan pergerakan kecuali pada surah At Taubah, ayat ini bermula pada

huruf BA ب

Huruf ب BA ini tiada bermakna apa-apa jika ia tiada bertitik satu (.) maka pada titik lah rahsia segala

rahsia, pada tahun lima puluhan iaitu zaman saya belajar mengaji dan bersekolah arab saya dapat

membaca ayat tanpa baris akan tetapi tidak dapat membaca tanpa titik

Al Quran itu hanya dapat di baca jika ia ada mempunyai titik satu,dua dan tiga kemudian barulah datang

huruf awal ALIF semua ini perlu di ketahui dan saya fikir ia menjadi fardhu kifayah kerana dengan titiklah

mka lahirnya huruf dan pengetahuan ini tersangat ilmiyah

Di dalam Al Quran hanya ada tiga titik yang membentuk ayat-ayat Al Quran pada setiap huruf yang

kesemuanya berjumlah 102,440 semuanya, sementara huruf yang berjumlah 320,779 huruf, pengkajian

ini haruslah di buat analisa dari suatu zaman yang berada pada surah Al Insan ayat 1

Adapun zaman satu titik di sebut sebagai :

ماكان كان بى ayat ini menunjukkan bermula dari satu titik Ba yang menunjukkan maksud "Bersama Aku

ada apa yang telah ada" apa yang telah ada ? iaitu Ta'ayun awal, bertanyalah kepada yang arif

Kemudian lahir Ta'ayun sani iaitu dua titik .. apa rahsia dua titik ?

مايكانو كانو بى (BersamaKu akan ada apa sahaja yang akan ada, oleh sebab itu maka umat islam yang ingin

tahu rahsia titik maka hendaklah belajar la taayun, taayun awal, taayun sani dan taayun salasa, ada

Page 10: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

10

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

empat taayun yang mana Allah swt menjadikan sesuatu dari rahsia serba empat rahsia, umpamanya

Zat,Sifat,Asmak dan Af'al kemudian Ujud,Ilmu,Nur dan Dyuhud kemudia Tnah Nurani,Air Nurani, Angin

Nurani dan Api nuruk Adhom, kemudian Wadi,Wazi, Mani dan Maknikam, sekian secara rwngkasnya

Mohon izin kepada Wak jono untuk Link pada tempat dia dan inilah asas ilmu wali songo sebenarnya

namun saya tidak khususkan kepada yang berkenaan

RAHSIA TITIK BA YANG DI KAITKAN DENGAN ALIF

Pelajarang yang ke 49 kita telah huraikan peranan titik yang tersangat besar ertinya kepada huruf dan

ayat di dalam Al Quran, namun titik bukanlah huruf akan tetapi ia adalah asal usul kepada huruf ALIF ,

hujah yang menyatakan demikian tersangat ilmiyah untuk di bincangkan kerana ia akan membawa

kepada kritikal akal untuk memikirkannya, ini bermakna kita akan mencari suatu rahsia yang sukar untuk

di terjemahkan cuma kita perlu memikirkannya secara bersama

Di dalam Al Quran banyak ayat yang memerintahkan kita supaya berfikir seperti memikirkan ayat Al

Insan 1, manusia boleh berfikir selagi mereka boleh berfikir dan jangan tutup pintu akal untuk berfikir,

jika kita katakan sesuatu ayat yang terdapat di dalam Al Quran itu tidak perlu di fikirkan sedangkan ia

ada di ceritakan oleh Allah di dalam Al Quran maka sia-sialah Allah menurunkan ayat Al Quran tersebut,

zaman sekarang ramai manusia penuh dengan ke egoaan atau zaman tepuk dada tuding jari

HURUF BERTITIK

Lazimnya huruf yang di sertai titik satu ,dua dan tiga adalah seperti di bawah ini:

1. Huruf Ba ( ب ) di dalam Al Quran sebanyak 11,420

2. Huruf Ta ( ت ) di dalam Al Quran sebanyak 1,404

3. Huruf Tha ( ث ) di dalam Al Quran sebanyak 10,480 huruf

4. Huruf Jim ( ج ) di dalam Al Quran sebanyak 3,322 huruf

5. Huruf Kho ( خ ) di dalam Al Quran sebanyak 2,503 huruf

6. Huruf Zai ( ذ ) di dalam Al Quran sebanyak 4,934 huruf

7. Huruf Zal ( ز ) di dalam Al Quran sebanyak 1,680 huruf

8. Huruf Shin ( ش ) di dalam Al Quran sebanyak 2,115 huruf

9. Huruf Dhodh ( ض ) di dalam Al Quran sebanyak 1,882 huruf

9. Huruf Dzo ( ظ ) di dalam Al Quran sebanyak 842 huruf

10. Huruf ghain ( غ ) di dalam Al Quran sebanyak 1,229 huruf

11. Huruf Fa ( ف ) di dalam Al Quran sebanyak 9,813 huruf

12. Huruf Qof ( ق ) di dalam Al Quran sebanyak 8,099 huruf

13. Huruf Nun ( ن ) di dalam Al Quran sebanyak 17,000 huruf

14. Huruf Ya ( ي ) di dalam Al Quran sebanyak 25,717 huruf

Page 11: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

11

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Dengan jumlah huruf yang menggunakan titik ialah 102,440 huruf daripada jumlah 320,779 huruf

kesemuanya, ini bererti huruf yang mempunyai titik menjadi nyawa kepada Al Quran itu sendiri, ertinya

hampir setiap perkataan mempunyai huruf yang bertitik, kerana itu kita perlu selami apakah peranan

titik pada asal usulnya yang pada awalnya tiada, iaitu zaman O , zaman ini hanya Zat yang Maha Agong

saja yang ada , iaitu zaman Dia bersifat Salbiyah

Firman Allah:

مذكورا شيأ يكن لم الدھر من حين ا"نسان على اتى ھل

Maksudnya: Bukankah telah berlaku kepada manusia suatu zaman dari masa yang beredar sedang ia

(masih belum lagi ujud) suatu zaman yang tidak dapat di sebut-sebut (Al Insan ayat1)

Ayat yang di atas menunjukkan telah berlalu di suatu zaman yang kita tidak tahu bila, zaman itu manusia

zahir dan batin masih belum lagi ujud dan tidak tahu abad bila ataupun tiada abad, yang Wujud ketika

itu hanya Zatnya sahaja, demikian pandangan Al Ulamak Sofi, (ulama faquha tiada membuat kajian

kerana di fikirkan buang masa) namun Syed Qutub ada membuat pandangan bahawa zaman tersebut

Rohani belum lagi di jadikan oleh Tuhan ataupu Nur Muhammad belum lagi Ujud, atau zaman tersebut

adalah zaman yang di sebut sebagai La Ta'ayun (zaman yang tiada kenyataan) ertinya pada zaman

tersebut kita tidak dapat membuat apa-apa kenyatan

Firman Allah di dalam hadis qudsi:

أعرف لكل الخلق فخلقت اعرف أن فأحببت مخفيا كنزا كنت

Maksudnya: Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, Aku ingin di kenali, lalu Aku ciptakan

makhluk agar mereka mengenaliKu

Zaman ini di kenali sebagai zaman Taayun awal (kenyataan yang pertama) yang mana zaman ini adalah

zaman awal makhluk hendak di jadikan oleh Allah supaya makhluk yang di jadikanNya itu mengenaliNya,

zaman ini sudah boleh di fikirkan awal ilmu yang boleh kita buat kenyataan, iaitu zaman keagungan sifat

Tuhan, dan zaman ini juga baru kita mengetahui bahawa Tuhan itu rupanya berbeza dengan makhluk

yang mana Dia bersifat Salbiyah iaitu zaman

كان ما كان بى (Bi kana ma kana)

Maksudnya: BersamaKU ada apa yang telah ada, apa yang telah ada ? Nur 'Ala Nur الصمد (Nurullah)

kemudian di ikuti dengan

يكانو ما كانو بى (Bi kanu ma yakunu)

Page 12: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

12

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Maksudnya: BersamaKU akan ada apa saja yang akan ada, Apakah yang akan ada ? Apakah yang akan

ada ? محمد نور Awal kejadian atau Hakikatul Muhammadiyah yang berasal dari anasir wujud, ilmu, Nur

dan Shuhud, yakni asal wujud daripada Zat, asal ilmu daripada sifat, asal Nur daripada Asmal dan asal

shuhud daripada Af'al iaitu daripada ALLAH zaman ini adalah zaman dua titik (Taayun Sani)

Kemudian:

Barulah di lengkapkan Allah dengan kenyataan yang ketiga selepas La Taayun iaitu zaman tiga titik (

Taayun Salasa) iaitu zaman

بى عوالم ال فوجود (Fa wujudul 'awalimi bi)

Maksudnya: Adanya sekalian alam ini adalah denganKu

Semuanya hal keilmuan ini wajib di gurui, tambahan lagi ilmu yang berkait dengan rahsia titik Ba dengan

Alif kemudian apa zikirnya ?

AL QURAN DI DALAM DIRI MANUSIA

Di dalam Al Quran ada dua ayat yang jelas menyebut bahawa Al Quran itu di turunkan oleh Allah di

dalam diri manusia dengan menggunakan istilah hati, ayat dari surah Al Baqarah 97 menerangkan:

" Sesiapa yang memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril menurunkan Al Quran di dalam hatimu

dengan izin Tuhan ..."

Ayat yang kedua adalah dari surah Al Qiyamah 17 yang bermaksud:

" Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al Quran itu (di dalam dadamu) dengan

menetapkan bacaannya"

Jika kita teliti ayat Al Quran yang di atas maka terkenanglah kita kepada pelajaran yang telah lalu

(mengenal diri yang ke 50) yang menceritakan kesah Al Quran yang terbentuk dari titik kepada huruf

dan seterusnya kepada ayat yang berjumlah 6236 ayat

Setelah kita memahami Al Quran tersebut dari titik kepasa huruf dan seterusnya menjadi ayat yang

membawa maksud yang berbagai-bagai sebagai panduan hidup manusia maka hari ini kita bawa tuan

dan puan kepada penumpuan Al Quran tersebut yang di masukkan oleh Allah pula di dalam diri manusia

Pelajaran ini tersangat jarang di perkatakan oleh kebanyakan orang akan tetapi yang menyelidikinya

tetap akan mencari mksud sebenar ayat di atas kerana mafhum ayat tersebut tersangat terang dan

mudah untuk di fahami, yang menjadi persoalannya sekarang ialah Al Quran yang macam mana ? atau

berbentuk apa ?

Page 13: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

13

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Apa yang jelas ialah Al Quran itu sudah berada di dalam dada manusia (Al Qiyamah 17) atau Al Quran itu

sudah berada di dalam hati manusia (Al Baqarah 97) kedua-dua ayat ini sudah jelas mengatakan bahawa

Al Quran itu sudah bertempat pada diri manusia dan tidak boleh di pertikaikan lagi, cuma siapa Al Quran

itu ?

Setiap apa yang di katakan Al Quran itu adalah qadim, ataupun qalam qadim, ini bererti al Quran itu

bersifat Qidam ? Jika ia bersifat Qidam maka ia bukanlah muhadas (yang baharu) sebab yang baharu itu

adalah makhluk yang di jadikan, dan yang di jadikan itu jika ia berbentuk Roh maka jelaslah ia makhluk

yang berdarjat ammar (urusan Tuhan)

Pandangan jumhur ulama mengatakan bahawa Al Quran itu adalah qadim iaitu awal tiada permulaan

ertinya qalam yang qadim yang menjadi hak Allah, jika ia menjadi hak Allah maka dia tidak boleh bersifat

Roh akan tetapi ia adalah bersifat zat, jadi yang bersifat zat itulah yang di turunkan oleh Allah di dalam

dada atau hati manusia, siapa dia ?

Adakah Al Quran yang berbentuk Jirim ? atau Jisim ? atau Jauharul Fardhi ? atau Jauharul Basits ? *

* Jirim : Setiap benda yang memenuhi ruang sama ada kecil atau besar

Jisim : Benda yang tersusun dari jauharul Fardhi yang dapat di bahagi-bahagikan

Jauhar: Gambaran kewujudan sesuatu benda yang tidak dapat di pecah atau di pisahkan

Jauhar Fardhi: Benda yang paling kecil yang tidak dapat di bahagi-bahagikan

Jauhar Basits: Benda yang terlalu seni yang menjadi sumber melapangkan kehidupan

Jika Al Quran itu berbentuk yang beristilah di atas maka apakah dia sebenarnya yang di muatkan oleh

Allah di dalam hati manusia atau di dalam dada manusia ? Manusia wajib tahu sebab dia berada di

dalam diri kita sendiri, dan menjadi pula sebagai panduan hidup setiap manusia

Jika ia sebagai panduan hidup manusia maka dapatlah kita katakan bahawa dia itu menjadi panduan

kepada Roh, akal, nafsu dan tubuh badan manusia yang terdiri dari tulang, daging, urat,darah, rambut,

roma dan sebagainya, tanpanya semua yang ada pada sebuah batang tubuh manusia menjadi tiada

bererti sama sekali, sebab itu ada di antara yang bijak pandai dalam ilmu balaghah, mantik dan bayan

menyatakan mencari sesuatu di dalam diri

Apa yang sedang di nantikan oleh semua manusia ialah untuk memahami bahawa Al Quran itu ada di

dalam hati manusia dan ada di dalam dada manusia sebagaimana yang di terangkan pada pelajaran

mengenal diri yang 51, mungkin ramai yang merasakan pelik dan tidak menesabah bahawa Al Quran itu

ada di dalam diri manusia, walau apapun itulah yang di tentukan Allah dalam Al Quran, cuma dalam

Page 14: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

14

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

berbentuk apa ? Itulah yang hendak di ketahui oleh kebanyakan orang, jika berbentuk Al Quran

sebagaimana yang kita ketahui (bentuk kitab yang ada hurup dan rupa) maka itu adalah mustahil kerana

tidak mungkin Al Quran berbentuk itu di muatkan di dalam satu jasad

Al Quran adalah panduan hidup dan mati manusia, panduan yang lain selain daripadanya adalah tidak

layak, Al Quran adalah kalam Tuhan, dia bersifat Nur kepada sekalian alam ciptaan Tuhan, yang

mengikutinya atau menjadikannya panduan akan selamat dan yang mengingkarinya akan memperolehi

bala dan bakal akan menjadi bakaran api neraka, ertinya kepada orang yang mempunyai akal akan

melihatnya sebagai sesuatu yang benar dan suci bersih dengan tiada keraguan terhadapnya, kerana itu

layaklah ia di namakan kalam yang kadim iaitu kalam Tuhan, Rasullullah sendiri tidak akan bercakap

melainkan percakapannya adalah Al Quran, ini bererti cakap yang benar dan haq

Di dalam Quran juga ada ayat yang menggelarkan Al Quran ini sebagai hablillah (tali Allah) iaitu tali yang

mengaitkan antara hamba dengan Tuhannya atau tali yang mengikat perhubungan di antara Allah dan

seorang hambaNya ( hamba dan Tuhan tidak bercerai) jika tali ini tidak di pegang teguh maka akan

bercerai berailah manusia bersama Allah atau sesama manusia dalam erti jalinan roh penghidupan yang

berasaskan ukhwah mengikut fitrah Jauhar Basit ( iaitu benda yang tersangat seni yang bersih yang

menjadi sumber kelapangan kehidupan) ertinya yang berkait dengan nyawa atau tali nyawa (Hablillah)

yang berasal daripada Nurullah yang terpampang luas

Hablillah ini mengenal Tuhannya sejak dari alam Roh lagi dan dialah yang mengakui bahawa Tuhan itu

adalah Rabbi iaitu Tuhan yang menjadikannya, kalamnya tidak pernah dusta sebagaimana Rasullullah

bersabda tidak mengikut perasaannya melainkan mengikut panduan Al Quran semata-mata, ini bererti

bahawa setiap manusia wajib percaya bahawa ilmu La haula Wala itu wajib di fahami bahawa ia di

kuasai oleh Quwwata illa billah dan jika ilmu ini mahu di kaitkan dengan ayat Al Quran dari surah Al

Maidah ayat 15 pun elok juga namun perlu di tafsirkan kepada peristiwa Rasullullah itu sebagai

pembawa Nur kepada manusia yang bersamanya ada Al Kitab Al Quran

Merujuk kepada Al Quran surah Al Baqarah ayat 97 dan Al Qiyamah 17 yang bermaksud Allah dengan

izinNya memasukkan Al Quran ke dalam hati manusia dan dada manusia maka kali ini kita menyingkap

suatu rahsia yang tidak pernah atau selalu di perkatakan oleh kebanyakan para alim dalam keilmuan Al

Quran ini kerana Al Quran yang di maksudkan oleh Allah s.w.t ini bukanlah berbentuk kitab yang berjilid

dan naskah akan tetapi ia adalah berbentuk jauhar yang sukar untuk di lihat dengan mata kasar akan

tetapi ujud dengan fungsinya sebagai IMAM atau pemimpin sebagaimana yang di kehendaki oleh Allah

kepada setiap muslim menjawabnya ketika di soal oleh malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur

atau berbentuk Hablillah (tali Allah)

Pada pelajaran yang lepas juga kita telah terangkan tentang istilah Jirim,Jisim,Jauhar Fardhi dan juga

Jauhar Basit, ternyataAl Quran yang di masukkan oleh Allah ke dalam hati manusia itu bukanlah

berbentuk Jirim,Jisim atau Jauhar yang Fardhi kerana istilah tersebut adalah berbentuk bentuk dalam

istilah dan bendanya, oleh yang demikian maka kita lebih cenderung menyatakan bahawa Al Quran

Page 15: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

15

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

tersebut adalah berbentuk zat, kerana Basit itu adalah sebagahagian daripada zat yang di ujudkan oleh

Allah dan bertepatan dengan Asmak Allah yang maanawiyah di samping ia adalah IMAM atau pemimpin

sebagaimana jawapan yang tepat kepada soalan Mungkar dan Nangkir, oleh kerana ia IMAM maka ia

adalah makhluk yang bertaraf zat

Di alam Roh ketika mana Rohani itu di tanya oleh Allah s.w.t (Bani Isroil ayat 85 dan 86) Maka yang

menjawab soalan tersebut ialah yang menjadi ketua atau IMAM kepada Roh, Akal dan Nafsu, ia adalah

Nur Muhammad atau Hakikatul Muhammadiyah atau di kenali sebagai nyawa atau Nafsin kepada

sumber segala kehidupan (Al Basit) Maka dialah juga di kenali sebagai makhluk La Yakhluqu (zat yang

tidak menjadikan sesuatu) An Nahl ayat 17, apa yang jelas tentang Al Quran yang di masukkan oleh Allah

ke dalam diri manusia itu ialah Nur Muhammad atau Hakikatul Muhammadiyah ataupun diri kebatinan

manusia yang sebenar ataupun di kenali sebagai diri sebenar diri yang tidak menanggung dosa, ini jika

kita faham tentang istilah Ruhul Hayat ataupun Sir kepada Allah

Mempelajari ilmu Sir ini perlu di cari guru yang faham tentang ilmu yang khusus ini, di sebabkan ia

adalah makhluk bertaraf zat yang tidak menjadikan sesuatu maka ia tidak terkecuali dari beribadat

kepada Allah s.w.t , kerana itu ia beribadat dengan nama shuhud kepada Wahdah dan juga kasrah dan

sir ini jugalah yang di kenali sebagai Nafsahu kepada ayat mengenal diri dan Tuhan, dan dia jugalah yang

di kenali seagai INSAN yang sempurna yang tidak ada cacat dan celanya, untuk menyelami istilah yang

lebih luas tentang ilmu ini maka alif ba dan ta ilmu ini selalu di mulakan dengan istilah yang bersangkut

dengan nafas, nufus, Ampas dan Tanafas yang menjadi sumber ilmunya kepada istilah Ujud, Ilmu, Nur

dan Shuhud dan berkait rapat pecahan ilmunya dengan Zat, Sifat, Asmak dan juga Af'al, ertinya ia datang

daripada istilah Asmak Allah

HAQIQAH SOLAH

Atas permintaan ramai maka inilah saya perturunkan maksud HAQIQAH SOLAH, Haqiqah berasal

daripada perkataan HAQ, ertinya yang sebenar dan perkataan ini juga berkait dengan nama Allah

(Asmak) Allah yang ke 52 yang bererti Yang amat benar, sementara perkataan SOLAH ( As Salah) yang

membawa erti menyembah Tuhan Yang Maha Esa, jika di rangkulkan dua perkataan ini ia di namakan

HAQIQAH SOLAH yang bermaksud YANG BENAR MENYEMBAH TUHAN, Haqiqah salah banyak sekali di

gunakan oleh golongan tasauf dan tariqah atau golongan yang mendalami ilmu menyembah Tuhan, saya

berpandangan bahawa HAQIQAH AS SALAH bukanlah MAJAZ (maksudnya nas yang tidak di ertikan

dengan makna yang hakiki) sebab ia adalah maklum kepada orang islam yang sejati

Cuma HAQIQAH AS SALAH ini perlu di lihat dari sudut hukum kepada diri yang benar melakukan solat

tersebut, umpamanya jika manusia itu di perintahkan bersolat maka mereka perlu tahu siapa yang

sebenarnya melakukan solat tersebut sebab itu agama menetapkan hukum qalbi , qauli dan fi'li yang

semua hukum ini di laksanakan oleh makhluk manusia yang ampunya diri, kerana itulah juga maka

setiap manusia perlu mengenal dirinya yang sebenar diri yang ada pada batang tubuh badannya dengan

istilah diri terdiri (jasadnya) diri terperi Ruhul yaqazah ataupun istilah hati yang terdiri dari

roh+Akal+nafsu (qalbi) dan diri sebenar diri (Ruhul Hayat) ataupun nyawanya, semuanya ini wajib

Page 16: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

16

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

melaksanakan solat tanpa kadho kecuali uzur syara'ie, dan perlulah faham juga dengan maksud LA

HAULA WALA pada dirinya

Sesungguhnya QUWWATAILLA BILLAH itu adalah menguasai akan dirinya pada keseluruhannya ertinya

diri yang LA HAULA WALA itu di kuasai sepenuhnya oleh QUWWATA ILLA BILLAH yang difahami oleh

kebanyakan orang tasauf sebagai DIRI TAJALLI yang bermaksud semua perkara perlaksanaan kerja

ibadat itu di sempurnakan oleh qudrat dan iradah Tuhan Yang Maha Esa dalam kefahaman bukan lah

bermaksud PENJELMAAN TUHAN akan tetapi atas ketentuan Tuhan semata mata, dan jika ada yang

memahamkan bahawa HAQIQAH SOLAT ini sebagai kerja nyawa semata-mata (solatul daim) saya sangat

tidak bersetuju pula sebab tidak mungkin hilang af'al kerana istilah HAQIQAH SOLAT tidak sekali-kali

menidakkan kerja ruhul yaqazah dan peranan jasad sebagai sebagai menunjukkan af'al daripada Allah

s.w.t

Terlalu ramai orang yang mengatakan bahawa HAQIQAH SOLAT hanya di kerjakan nyawa semata-mata,

ini tidak benar sama sekali, pandangan mereka apabila sebut sahaja HAQIQAH SOLAT maka ia semata-

mata solatul daim ataupun shuhud wahdah fil kasrah dan shuhudul kasrah fil wahdah (pandangan yang

satu kepada yang banyak dan pandangan yang banyak kepada yang satu) jika amalan ini di lakukan oleh

nyawa semata-mata maka mereka perlu faham tentang maksud kasrah (banyak) apa yang banyak dan

siapa yang di maksudkan yang banyak itu ? Tuhan hanya satu dari yang satu pada maksud WAHDAH

TIDAK AKAN FAHAM HAQIQAH SOLAH MELAINKAN MENGENAL DIRI

Sebenarnya HAQIQAH SOLAH ini hanya dapat di lakukan oleh orang yang mengenal dirinya dan

Tuhannya, kebanyakan orang yang bercakap tentang HAQIQAH SOLAH ialah golongan oeang yang

mempelajari ilmu tariqah dan Tasauf, mereka kadang kala menjadi bangga dengan ilmu ini dan

kadangkala mereka menjual HAQIQAH SOLAH ini kepada orang yang tidak mengenal diri dan Allah

dengan merasa sedikit bangga diri, ini sangat terlarang kerana ilmu jenis ini bukanlah untuk menguji

atau mempermain-mainkan orang yang tidak mengenal akan dirinya malah jika kita halusi ilmu ini tiada

bezanya dengan solat biasa cuma HAQIQAH SOLAH ini hanyalah mengkaji solat dan rukun solat biasa

secara mendalam sahaja

HAQIQAH SOLAT di lakukan oleh diri yang empat jenis diri iaitu diri yang bernama DIRI TERDIRI iaitu

JASMANI, jasmani ini melakukan solahdi bawah ketetapan hukum fi'li, DIRI TERPERI iaitu kerja HATIatau

diri yang di kenali sebagai RUHUL YAQAZAH yang terdiri daripada ROH, AKAL dan NAFSU ATAUPUN

kerjabuat oleh makhluk yang termaktub pada hukum QALBI, DIRI SEBENAR DIRI iaitu makhluk yang di

namakan RUHUL HAYAT atau kerja NYAWA ATAU NAFAS ATAU INSAN ATAU HAKIKATUL

MUHAMMADIYAH ilmu ini termasuk kerja yang di lakukan oleh NYAWA dalam peraturan hukum qalbi,

sementara DIRI TAJALLI adalah kerja di bawah peraturan ketentuan sifat KAMAL

Dalam melaksanakan HAQIQAH SOLAH semua makhluk zahir dan batin pada sebuah batang tubuh di

kehendaki bersolat misalnya bagaimana jasad bersolat, bagaimana Roh,Akal, nafsu dan Nyawa bersolat

yang mana semua makhluk yang berada pada batang tubuh zahir dan batin bersolat yang mana kerja

Page 17: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

17

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

buat setiap makhluk itu di kuasai oleh Allah sepenuhnya, sesungguhnya manusia zahir dan batin yang

tidak mempunyai daya dan upaya itu wajib meyakini bahawa tidak sah solah tanpa makrifah,

persoalannya apakah yang hendak mereka makrifatkan ? Ini semua kena di pelajari dengan guru yang

arif

HAQIQAH SOLAT yang berlaku serentak ini wajiblah faham kerja mereka yang

bergerak,mengingat,membaca, kerja shuhud (solat daiem) Wahdah dan Kasrah, HAQIQAH SOLAH

berlaku pada sembahyang fardhu dan pada masa di luar solah, ilu ini perlu di gurui

RAHSIA MALAIKAT SUJUD PADA ADAM

Ilmu pengetahuan tentang mengenal diri dan Allah penting di ketahui terlebih dahulu sebelum kita tahu

mengapa malaikat di perintahkan Allah supaya sujud kepada Adam, sebagaimana kita semua ketahui

bahawa Tuhan,Adam,Malaikat dan Jin adalah makhluk yang di jadikan oleh Tuhan, Allah s.w.t ujud tiada

bersebab, Dia memiliki sifat keagungan yang berlainan dengan semua makhluk ciptaanNya (Sifat

Salbiyah) sementara yang bertaraf makluk seperti Malaikat,Jin dan manusia Allah perintahkan supaya

sujud kepada Allah sebab mereka adalah makhluk, sujud bermaksud patuh,ikut tanpa bantah segala

perintah Allah, apa yang jelas tentang sujud atau patuh ini di tujukan oleh Allah khas untuk manusia dan

Jin, ini kerana manusia dan Jin ada nafsu bagi memudahkan mereka berkecenderungan untuk beribadat

kepada Tuhannya di samping mereka ada di bekalkan oleh Allah cara-cara beribadat

KITA FOCUS KEPADA MANUSIA

Manusia bermaksud:

MANUS bererti sesuatu makhluk yang dapat di lihat dengan mata kasar iaitu Jasmani

IA bermaksud sesuatu makhluk yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar iaitu Rohani

Rohani di jadikan oleh Allah terlebih dahulu daripada jasmani, malah ia di jadikan oleh Allah sebagai

makhluk yang awal, Rohani terdiri daripada komponen yang terdiri dari Roh, Akal, Nafsu dan Nyawa

(makhluk ghaib) di antara empat makhluk ini maka nyawalah yang Allah jadikan terlebih dahulu,

kemudian baru Roh, kemudian Akal, kemudian nafsu, kemudian Jin, kemudia barulah malaikat, di sini

kita boleh fikirkan bahawa makhluk yang tertua di jadikan oleh Allah ialah nyawa, maka nyawa itulah

juga di namakan dengan istilah Nur Muhammad atau Hakikatul Muhammadiyah atau Insan atau nafas

atau nafas atau nufus atau Ampas atau Tanafus, walau apapun kita focus kepada ROHANI tersebut

Allah menjadikan Rohani itu terlebih dahulu daripada Jasmani, dengan adanya Rohani maka barulah

jasmani itu bermakna, sebab itu di katakan bahawa Rohani itu ibarat se ekor burung dan jasmani itu

ibarat sebuah sangkar, dengan adanya sangkar itulah maka baru Rohani itu dapat beribadat kepada

Allah s.w.t, pada adatnya jika Allah tidak jadikan Adam maka Rohani itu tidak boleh beribadat, kerana

dengan adanya jasmani itu maka barulah kita tahu bahawa Rohani itu melakukan ibadatnya ini kerana

dengan adanya jasmani maka barulah kita tahu rahsia Af'al Allah yang meliputi seluruh alam

Page 18: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

18

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

APAKAH MAKSUD ADAM ?

Adam bermaksud Allah dan manusia tidak bercerai (Allah dan Muhammad tidak bercerai) Allah ada zahir

dan ada pula batiNya, sebab itu Al Quran menerangkan Huwal Awwalu, Wal Akhiru, Wazzohiru dan Wal

Batinu sementara manusia ada juga zahir dan batinnya akan tetapi zahir Bati Allah tidak sama dengan

zahir dan batin manusia, sebab itu di katakan bahawa zahir manusia adalah jasmani dan batin manusia

ialah Rohani, Rohani memiliki kuasa Roh ertinya kudrat, Rohani memiliki kuasa berkehendak ertinya

Iradat, Rohani memiliki daya fikir ertinya ia memiliki kuasa ilmu (akal) dan Rohani memiliki kuasa hidup

ertinya sifat hayat, adapun sifat Roh, Akal dan Nafsu ini adalah bertaraf Rohanian sementara sifat hayat

ini bertaraf berkeadaan zat yang bertaraf man

Rohani ataupun kerohanian sama ada ia bertaraf zat ataupun Rohanian ia tetap man yang di jadikan

ertinya mereka bukannya Tuhan ataupun sebahagian daripada Tuhan atau penjelmaan daripada Tuhan,

mereka inilah letaknya rahsia beserta dengan Tuhan, ertinya di mana juga kita berada maka di situlah

ada Tuhan, dan kita hendaklah ingat kita dengan Tuhan bukan bermaksud bersekutu ! Tuhan dengan

Rohani tidak bercerai, ini bererti jika asal kejadian ADAM pada awal Allah hendak menyempurnakan

kejadiannya maka Allah tiupkan Rohani yang beserta dengan Tuhan itu kedalam jasad Adam maka

Adampun menjadilah sebagai seorang manusia, lepas itu barulah Allah suruh malaikat sujud pada

ADAM, mengapa Allah suruh malaikat sujud pada ADAM ? Kerana beserta ADAM ialah Allah ertinya Ke

Esaan Allah maka itulah rahsia di antara sifat QAHAR DAN SIFAT KAMAL di dalam ilmu akidah sifat 20

Maksud Qalbun dan Qalbi

Dalam islam selalu Tok Imam membacakan do'a dengan menyentuh perkataan Qalbun dan juga Qalbi,

ada di antara orang islam mentafsirkan Qalbun dan Qalbi ini dengan istilah hati ini kerana do'a tersebut

berbunyi "Allahummas sawaba qalbun Qalbi bi nuurikal 'azim abadan abada birahmatika ya Ar

hamarrahimin !" (Wahai Tuhanku berikanlah qalbun dan qalbiku sentiasa bercahaya dengan kekal buat

selama-lamanya) demikian lebih kurang maksud do'a tersebut, iaitu manusia mengharapkan qalbun dan

qalbi itu sentiasa bercahaya, ertinya dua hatinya bercahaya, walaupun setiap manusia hanya ada satu

hati

Dalam ilmu kerohanian Qalbun dan Qalbi itu bermaksud dua mata hati bukannya dua hati, Allah s.w.t

menjadi manusia ini terdiri dari dua unsur iaitu unsur Jasmani dan Unsur Rohani, unsur Jasmani di cipta

oleh Allah mengikut fitrahnya dari sumber tanah di Syurga Khuldi iaitu penciptaan ADAM, sementara

unsur Rohani di jadikan oleh Allah daripadaNya di suatu alam, iaitu alam Ulwi sebelum Allah jadikan

makhluk-makhluknya yang lain, ini bererti manusia batinlah yang Allah ciptakan terlebih dahulu

Mengikut ilmu kerohanian juga bahawa manusia jasmani Allah kurniakan dua biji mata iaitu mata yang

kita dapat lihat dan yang kita semua maklum, mata ini dapat melihat alam yang nyata sahaja, dia tidak

boleh melihat alam yang ghaib, sementara Rohani juga Allah kurniakan dengan dua biji mata iaitu

Qalbun dan juga Qalbi, dua mata inilah yang menjadi focus kita sekarang yang tidak ramai orang yang

Page 19: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

19

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

memahaminya kerana ia berada pada Roh, bukan pada Akal dan juga nafsu iaitu komponen Ruhul

Yaqazah

Adapun Qalbun ini ialah mata hati yang memandang dunia dan seluruh isinya serta memandang kepada

Allah, maksudnya mata yang wajib baginya mengenal dunia tempat mereka berlakon (beribadat) selaku

khalifah di bumi sementara ta'arif yang lain ialah memandang kepada Allah iaitu mengenal ZatNya,

AsmakNya SifatNya dan juga Af'alNya, dengan lain perkataan ialah mengenal Tuhannya, itulah tugas

mata hati ini, ini bererti jika seseorang tidak mengenal pentas mereka beribadat sebagai khalifah dan

juga mengenal TuhanNya maka kehidupan mereka samalah seperti haiwan

Sementara Qalbi ialah mata hati yang memandang kepada Allah dan juga akhirat, ertinya mengenal

Tuhan dan kerja Tuhan yang meliputi seluruh alam, di samping itu mengenal akhirat, ini bererti kedua

mata hati ini akan memandang menyeluruh dunia dan akhirat, sebab itu kita apabila berdo'a yang

bermaksud "Wahai TuhanKu berikanlah aku satu kesenangan dunia dan satu kesenangan akhirat" ini

bererti jika kita mampu menyebut dunia dan akhirat maka kita juga mampu melihat serta mengenal nya,

dan sebab itulah juga apabila kita bersembahyang maka hukum Qalbi itu tersangat penting kerana ia

menjurus kepada penumpuan kita memakrifatkan yang ghaib

TUJUH NUR

Assalamualaikum wr wb..

dinamakan tujuh Nur kepada ahli batin yang beramal dengan ilmunya terhadap keEsaan Allah, iaitu

1. NUR HIDAYAH

Nur Hidayah adalah cahaya petunjuk daripada Allah kepada seseorang yang beramal dengan keimanan

yang luhur melalui jalan zikir (mengingat Allah) dengan mengamalkan zikir itu, Allah akan memberi

petunjuk dan panduan terhadapNya. kebiasaannya mereka akan melakukan dengan jalan bersuluk

(menguzlahkan diri).

2. NUR INAYAH

Nur Inayah adalah cahaya petunjuk yang didatangkan kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah

dengan cara tiba-tiba kepada seseorang yang sentiasa mengingati keAgungan dan kebesaranNya. ada

pandangan yang mengatakan berlaku majuzub terhadap seseorang itu adalah kepada manusia Kamil

yang menjadi pilihan. kebiasaannya berlaku kepada selain nabi dan rasul. kepada nabi dan rasul disebut

mikraj.

3. NUR TAQWA

Orang yang mendapat cahaya ketaqwaan, apabila mereka mendapat petunjuk daripada Allah tentang

sesuatu yang diniatkan. Ahli taqwa melakukan semua jenis ibadat dengan cara taqwa. Orang yang

bertaqwa adalah orang yang beriman dan beramal dengan ilmunya dengan bersungguh-sungguh.

Maksud taqwa itu ialah taat setia kepada hukum Tuhan dan meninggalkan laranganNya.

Page 20: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

20

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

4. NURUL IMAN

Cahaya keimanan itu adalah cahaya kepercayaan kepada perkara rukun iman dan kepada perkara yang

ghaib yang dijadikan Tuhan dan beramal dengan kepercayaan itu. Jika tidak mengamalkan apa yang

mereka percaya maka mereka tidak akan mendapat apa-apa dari keimanan yang mereka percaya, malah

mereka mendapat kemurkaan dari Allah.

5. NURUL YAKIN

Seseorang yang mendapat cahaya keyakinan, maka orang itu dinamakan orang yang beriman dan

beramal dengan sebaik-baiknya. Selepas keimanannya bulat kepada keimanan (Haqqul Yakin), hatinya

tidak dapat dipengaruhi oleh habuan Madiyah (keduniaan), Hubbu Dunya (habuan dunia) dengan cara

tidak halal dan hak. Fikirannya tidak dapat dipengaruhi oleh sesuatu yang batil.

6. NURUL HAKIKI

Cahaya keyakinan yang benar dari keimanan dan ketaqwaan yang diamalkannya mengikut aturan ibadat

dan setelah mendapat petunjuk yang membawa kepada keyakinan yang bersungguh-sungguh, pintu

hatinya (Fuad) dan Qalbun serta Qalbi telah difahaminya menyebabkan fahaman pendiriannya sebagai

seorang Islam yang beriman tidak dapat digugat oleh apa-apa pengaruh pun kerana mata hatinya telah

celik.

7. NURUL MUSTAIED

Cahaya akal yang ilmu didalamnya adalah datang dari alam Samawi. dia adalah seorang Islam yang

sebenar dan mendapat petunjuk. Akalnya diisi hanya dengan Al-Qur'an dan hadis semata-mata serta

memahami tugasnya sebagai khalifah di alam yang rendah (Sufli)

SEMBAHYANG TAQWA

1. Setiap manusia yang melakukan sembahyang wajib mengaku sebagai manusia yang sempurna, iaitu

Insan kamil. Kerana itu sesiapa yang tidak sembahyang maka ia bukanlah manusia yang sempurna, yang

bererti ia bertaraf makhluk sebagaimana Azazil yang telah berkhidmat dengan Tuhan selama 12,000

tahun kepada Tuhan kemudian berakhir dengan menderhaka kepadaNya.

2. Derhakanya Azazil kepada Tuhan kerana tidak mengetahui rahsia perintah tunduk kepada Adam a.s

oleh Allah swt, ertinya tidak mahu sembahyang dan akhirnya ia terus dilaknat oleh Allah dengan nama

syaitan bertaraf iblis.

3. Sembahyang itu adalah untuk mempraktikkan ikrar dan janji kita semasa di Alam Roh. Ia bukanlah

membawa kepada masuk ke syurga, hanya menunaikan ikrar dan janji rahsia tunduk di Alam Roh dan

rahsia masuknya peristiwa Rohani kedalam jasad bayi kedalam perut ibu yakni tanda Ubudiah

(pengabdian seorang hamba).

Firman Allah:

Maksudnya: Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu

membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telah

Page 21: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

21

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu

lakukan

(An-Nahl 91)

4. Sembahyang seorang ahli taqwa tidak ada lafaz usalli, kerana usalli kepada orang taqwa adalah hal

yang maklum, kerana usalli itu adalah kerja orang awam, dan sembahyang yang dilaksanakan itu

mestilah keluar dari sifat makhluk kepada sifat Insan kamil. Selagi ada sifat makhluk, maka ia tetap

masuk api neraka. Hanya Insan kamil sahaja selamat dari api neraka.

3 darjat manusia didalam 3 perkara pokok.

1. Insan kamil - Insan ketuhanan.

2. Insan kamil wa mukammil - Insan bertaraf Muhammad (Mahmudah).

3. Insan mukammil - Insan Abudiah (pengabdian) taraf Adam.

5.Sembahyang mesti fana dalam Zat Allah, fana dalam Sifat Allah dan fana dalam Af’al Allah, maka fana

itu ialah mempraktikkan kerja buat LA ILLAHA ILLALLAH atau LA HAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH

ertinya jasad dalam kalimah Alif ertinya HU. Bagi perempuan HA ertinya HU.

6. Kita berkata didalam hati ‘Tiada Zat aku hanya Zat Allah, tiada Sifat aku hanya Sifat Allah, tiada Af’al

aku hanya Af’al Allah, tiada ujud aku hanya ujud Allah’ dan jangan ingatkan batang tubuh kita, sebaik-

baiknya ingatkan dia Zat dan dia Asmak ertinya menyerahkan diri kepadaNya.

Firman Allah:

Maksudnya: Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan

petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya

(An-Nahl 89)

7. Sembahyang itu ialah untuk mempraktikkan kerja buat BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kepada

golongan ahli taqwa. Kepada orang syariat dimaksudkan ‘tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah’

tetapi kepada golongan ahli taqwa, BISMILLAH itu Zat kepada Allah tetapi kepada kita Nyawa (Insan)

atau Ruhul Hayat (LA YAHLUQU). AR-RAHMAN itu Sifat kepada Allah, maksudnya hati kepada kita, yakni

Ruhul Yaqazah, AR-RAHIM itu Af’al kepada Allah dan kepada kita tubuh (jasad), Jelasnya kita berasal

daripada BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, kerana itu kita tidak boleh membaca

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kerana kerja buat perkara 13 rukun sembahyang itu semua dilakukan

oleh Tuhan pada keseluruhannya. Rujuk kefahaman pada ilmu IFTIQAR kerana itu tidak boleh membaca

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM pada Al-Fatihah dan ayat lazim kerana belajar saufisma ini kepada fekah

tasauf yang tiada berkait dengan fekah dan usuluddin hanya semata-mata tasauf yang dapat

mengelakkan perkara syirik khafi dan mukhafi, asrar dan jali.

8. Sembahyang hendaklah fana dalam Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah dan jangan pula kita didalam

Asmak Allah kerana kita hanya menyembah Zat dan memuji AsmakNya. Apakala kita sudah fana sebagai

Insan kamil, mukammil dan wa mukammil, barulah angkat takbiratul ihram (ALLAHU AKBAR)

MEMAHAMI FAEDAH SEMBAHYANG

1. Faedah sembahyang ahli taqwa ini adalah untuk mencuci nafsu, kerana daripada nafsulah perbuatan

fasik dan mungkar itu terjadi. Kerana itu

Page 22: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

22

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

1. Sembahyang Subuh untuk mencuci nafsu Ammarah

2. Sembahyang Zohor untuk mencuci nafsu Lawamah

3. Sembahyang Asar untuk mencuci nafsu Sawiah

4. Sembahyang Maghrib untuk mencuci nafsu Muthmainah

5. Sembahyang Isya’ untuk menyempurnakan nafsu Takmaninah (syurga)

2. Sembahyang itu adalah fardhu lagi wajib, fardhu kerana sampai waktu hendaklah dilaksanakan tanpa

qadha, sampai masanya hendaklah dilaksanakan, melaksanakan sembahyang dengan segala rukunnya

adalah wajib kecuali uzur syarie.

3. Setiap orang bertaqwa hendaklah juga bersembahyang daiem kerana sesiapa yang tidak sembahyang

daiem ia lebih hina daripada anjing dan babi dan pahala sembahyang daiem 150,000 setiap hari.

Adapun rahsia rukun 13 sembahyang itu ialah:

1. Niat itu tubuh didalam dunia dan akhirat

2. Qiam itu pelita didalam kubur

3. Takbiratul Ihram itu meluaskan tempat didalam kubur

4. Al-Fatihah itu pakaian didalam kubur

5. Ruku’ itu permaidani didalam kubur

6. Iktidal itu memberatkan timbangan dari kesalahan ketika menghadap Tuhan

7. Sujud itu mempercepatkan apabila melalui titi Siratulmustaqim.

8. Duduk diantara dua sujud itu payung di Padang Mahsyar

9. Tahyat awal itu kenderaan di Padang Mahsyar

10. Tahyat akhir itu menjawab pertanyaan Mungkar Nangkir

11. Selawat itu bertemu dengan Nabi Muhammad saw

12. Salam itu membuka pintu syurga

13. Tertib itu menemukan Khalikul Alam di syurga

Bererti setiap perbuatan kita didalam sembahyang itu adalah dinilai oleh Allah swt dan ditentukan

ganjarannya didunia dan akhirat, InsyaAllah.

4. Rahsia niat itu menjamin seseorang itu berlaku ikhlas terhadap Tuhan dan membolehkannya

mendapat ganjaran kepada 13 rukun sembahyang tanpa niat ia tiada mendapat apa-apa faedah dan niat

itu menunjukkan kesedaran seseorang itu sebagai hamba kepada Tuhan kerana itu semasa

menjelmanya niat tidak boleh:

1. Hajis - ertinya tergerak hati kerana sesuatu faedah

2. Khatir - terlintas hati kepada tujuan yang berganda

3. Waham - ertinya was-was lemah ilmu dan iman

(tiga perkara diatas adalah kerja syaitan)

Berniat wajib:

1. Huzur - ertinya tetap Roh ertinya sebagai menunai janji (Alam Roh)

2. ‘Azam - cita-cita yang putus. Sedar tanggungjawab

3. Duhul - ertinya sedia tiada halangan

4. Kasad - ertinya hajat (menunaikan amanah)

Adapun niat itu tiada berhuruf, tiada berupa dan tiada bersuara. Ia merupakan kerja hati (Ruhul

Yaqazah) dan niat itu meliputi kepada mesra seluruh badan diluar dan dalam.

Didalam niat itu:

Page 23: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

23

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

1. Takbiratul ihram

2. Munajat empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang

3. Tabdal kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada ma’arifat.

4. Meeraj

Empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada

ma'arifat.

Ini bererti tatkala Takbiratul ihram itu nyawa mesrakan dengan jasad dan hancurkan jadi demikian,

ertinya hapuskan dan lengkapkan perbuatan hamba itu didalam Af’al Allah, didalam Sifat Allah,

karamkan Zat hamba kepada Zat Allah, maka yang tinggal ialah Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah.

Kerana itu tiada Zat kita (Insan), sifat kita (Ruhul Yaqazah) dan Af’al kita (jasad), hapuskan niat itu

kepadanya, pulangkan kepada Adam yang sedia, barulah angkat takbir Allahu Akbar maksudnya yang

maujud hanya kerja Allah tidak ada kita.

Pada Allahu Akbar itu berlakulah tawakal, iaitu serahkan kelakuan diri kepada kelakuan Allah (Af’al

Allah).

Berlaku Tabdal serah diri dan hapuskan kelakuan hamba kedalam keadaan hak Allah. Berlaku Meeraj

yakni berpindah naik ketempat yang tinggi untuk mengembalikan amanah kepada yang tinggi untuk

mengembalikan amanah kepada yang punya amanah.

Berlaku munajat serahkan kepada hanya kerja Dia dinamakan Khas ul Khas dan kalam itu menjadi

Mutakallimun.

5. Adapun kunci sembahyang itu Takbiratul ihram, dan anak kunci sembahyang itu noktah ghaib La

ta’ayun dan noktah Insan Ta’ayun awal.

6. Sembahyang itu Salam Zaman. Semasa melakukan solat itu tidak boleh bid’ah, ‘Apat, syirik.

7. Didalam masa melakukan Takbiratul ihram itu hendaklah ma’alom, iaitu masuk pintu Tauhid dan niat

didalam musyahadah Zat Allah, ertinya segala tubuh, anggota perasaan, fikirkan bulat menjadi satu

menghadap Tuhan.(kerja buat Zat dan Asmak)

8. Maka usalli itu adalah Zat wajibul wujud yang menggerakkan amal daripada niat sampai tertib

mengikut susunan daripada awal dan akhir, daripada asal dan usulnya.

1. Asal Allah daripada Zat

2. Usul Allah daripada Sifat

3. Asal kita daripada Nyawa

4. Usul kita adalah hati

9. Adapun maksud fardhu itu ialah menentukan istana nyawa kita yang bernama Qolbun mukminin,

tempat tilik Allah akan perbuatan hambaNya yang berasaskan niat.

10. Adapun maksud raka’at itu ialah gerak, qiam, sujud, duduk diantara dua sujud dan Iktidal.

11. Adapun usalli itu dinamakan kebangkitan hati yang disebut inbi’atul qolbi dan bukan hadiksunnafsi

atau cerita hati.

SEMBAHYANG DAN SOAL JAWAB

1. Apakah maksud Solat?

Maksud solat menyembah Zat, memuji Asmak dan mengakui Af’al Allah.

2. Apakah kesempurnaan solat?

Kesempurnaan solat apabila kerja-kerja yang mengandungi

Page 24: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

24

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

1. Kerja-kerja hati (Qalbi)

2. Kerja-kerja lidah (Qouli)

3. Kerja-kerja pergerakan anggota (Fe’li)

3. Apakah kandungan rukun Qalbi, Qouli dan Fe’li?

Adapun kandungan rukun Qalbi itu dua perkara

1. Niat

2. Tertib

Rukun Qouli itu lima perkara

1. Takbiratul Ihram

2. Membaca Al-Fatihah

3. Membaca Tahiyat Akhir

4. Selawat Nabi pada tahiyat Akhir

5. Mengucap salam yang pertama

Rukun Fe’li itu enam perkara

1. Berdiri betul

2. Ruku’

3. ‘Iktidal

4. Sujud

5. Duduk diantara dua sujud

6. Duduk membaca Tahiyat Akhir

4. Apakah kandungan niat (hakikat niat)?

Kandungan niat itu adalah perkara yang berkait dengan ilmu qashad, taaradh dan ta’ayien

1. Qasad – menyehajakan kerja solat

2. Taaradh – menyatakan fardhu (kefardhuan)

3. Ta’ayien – menentukan waktu (nama sembahyang)

5. Mengapa wujud Solat?

Ujud solat kerana ujud hamba dan ujud Tuhan.

6. Mengapa ada yang belajar agama tetapi tiada solat?

Kerana tiada sampai kepada kefahaman ma’arifah hakikat.

7. Apa rahsia rukuk dan sujud?

Rahsia rukuk kerana tunduk kepada kebesaran Allah dan rahsia sujud bermaksud mempraktikkan

pengabdian diri seorang hamba zahir dan batin.

8. Berapa jenis takbir didalam sembahyang dan diluar sembahyang?

Didalam sembahyang ada dua takbir dan diluar sembahyang pun ada dua takbir.

- Dalam sembahyang Takbiratul Ihram dan Takbiratul Intiqal

- Diluar sembahyang Takbir Mursal dan Takbir Muqid.

9. Apa maksud sebenar Usalli?

Usalli itu maksudnya mahu melaksanakan sembahyang akan tetapi ia bukan Mahiyyah atau Hakikat

sembahyang dan Hakikat sembahyang itu dari takbir hingga salam.

10. Bila hendak memakrifatkan La hawla wala quwwata illa billah?

Ketika qiam dan sebelum takbir.

11. Mengapa rukun sembahyang itu 13 perkara?

Page 25: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

25

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Rukun sembahyang 13 perkara kerana mengikut fitrah kejadian manusia yang terdiri daripada 13

bahagian.

Daripada Allah satu iaitu - Nyawa 1

Daripada Rasul empat iaitu - Pendengaran 2 - Penglihatan 3

- Penciuman 4 - Perasaan 5

Daripada Ibu empat iaitu - Darah 6 - Roma 7

- Daging 8 - Otak 9

Daripada Bapa empat iaitu - Kulit 10 - Urat kecil 11

- Urat besar 12 - Tulang 13

12. Apakah rahsia ujud solat?

Rahsia solat adalah kerana menunaikan janji semasa dialam Roh (semasa manusia belum ujud). Firman

Allah:

Maksudnya: Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu

membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telah

menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu

lakukan

(An-Nahl 91)

13. Mengapa apabila solat terpaksa keluar dari sifat makhluk kepada sifat Insan Kamil?

Kerana mengelakkan dari perbuatan syirik dan untuk menepati penyerahan diri kepada Allah.

Firman Allah:

Maksudnya: Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan

petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya

(An-Nahl 89)

14. Membaca Al-Fatihah tanpa Bismillah didalam solat?

Al-fatihah semasa solat seperti firman Allah didalam hadis Qudsi. Firman Allah:

Sabda Rasullullah saw

Maksudnya: Telah berfirman Allah ‘Azza Wajalla “Aku bagi shalat (Al-Fatihah) diantara Aku dan

hambaKu menjadi dua bahagian, setengah untuk Aku dan setengah untuk hambaKu. Bagi hambaKu apa

yang mereka minta, apabila hambaKu berkata: Al-Hamdulillahirobbil ‘alamiin! Allah menjawab:

hambaKu telah memujikan Aku dan apabila hambaKu berkata: Arrahmaanirrahiim! Allah menjawab:

hambaKu telah menyanjung Aku, apabila hambaKu berkata: Maaliki yaumiddiin! Allah menjawab:

hambaKu telah memuliakan Aku, dan apabila hambaku berkata: Iyyakana’ budu wa iyyakanasta’iin!

Allah menjawab: Ini setengah untukKu dan setengah lagi untukmu, bagi hambaKu apa yang mereka

minta dan apabila hambaKu berkata: Ihdinas shirothol mustaqim, shirothollazina an’amta ‘alaihim,

ghoiril maghduubi ‘alaihim, waladdhooliin! Allah menjawab: Ini semua untuk hambaKu dan untuk

hambaKu apa yang mereka pinta

(H.R Imam Muslim dari Abu Hurairah)

Page 26: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

26

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Firman Allah:

Maksudnya: “Wahai anak Adam! Aku telah turunkan tujuh ayat. Tiga daripadanya untuk Aku, dan tiga

untuk engkau. Sementara yang satu lagi Antara Aku dan engkau. Adapun tiga untuk Aku, iaitu:

Alhamdulillahi Rabbil Aalamiin (segala pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam). Ar-Rahmaanir-

Rahiim (Yang Maha Pengasih Maha Penyayang). Maaliki Yaumiddiin (Yang menguasai hari kiamat). Yang

antara Aku dan engkau ialah: Iyyaaka Na’budu Wa Iyyaaka Nasta’iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami

menyembah, dan kepada Engkau pulalah kami meminta pertolongan). Daripadamulah penyembahan,

dan atas Aku pula pertolongan. Dan yang tiga untuk engkau ialah: Ihdinash-shiraathal Mustaqiim

(tunjukilah kami jalan yang lurus!) Shiraathal ladziina An’amta alaihim (jalan orang-orang yang Engkau

kurniakan nikmat kepada mereka). Ghairil Maghduubi alaihim Waladh-Dhaalliin (bukan mereka yang

dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat.)”

(Riwayat Thabarani)

15. Apakah maksud menyerahkan diri kepada Tuhan didalam sembahyang?

Maksudnya Rohani dikuasai oleh Allah (ertinya ikut kata Allah) sementara Jasmani fana dalam Af’al Allah

ertinya dibawah pentadbiran Bismillahirrahmanirrahim.

16. Jika sembahyang fana dan dikuasai oleh Allah, siapa yang membaca setiap pujian dan pujaan?

Yang melaksanakan ialah Mutakallimun, iaitu Zat yang bersifat Kalam inilah yang mesti di’iktikadkan

bukan sifat Kalam atau mentakwil kaunuhu Mutakallimun.

17. Adakah sembahyang itu wajib?

Sembahyang itu Fardhu lagi wajib.

18. Apakah maksud solat dalam solat?

Ada yang menyebut solat daiem.

19. Sembahyang dikatakan tidak boleh syirik. Apakah syirik itu?

Syirik bermaksud menyekutukan Allah pada ZatNya, pada SifatNya dan pada Af’alNya.

MENCARI KUASA TERSIRAT

Mencari yang ada dan yang kekal, yang ujudnya sebagai perbendaharaan yang tersirat yang sebenarnya

tidak dapat dinilai kerana tiada bentuk dan warna, akan tetapi dialah yang mewarnai kehidupan setiap

sesuatu, dialah yang tersembunyi yang mempunyai nilai yang tinggi dan mempunyai rahsia yang perlu

diselidik didalam kehidupan manusia dan makhluk Allah yang lain, namun kebanyakkan manusia yang

berakal tidak menghiraukannya, kerana dia di anggap memeningkan kepala kerana ghaib dan

terpendam, tidak di nafikan bahawa setiap sesuatu mempunyai rahsia yang tersirat dan mencarinya

bukanlah semudah bercakap tentangnya, akan tetapi ia perlu di kaji kerana ia adalah sumber ilmu dan

perkara yang hak, ramai yang memandang remeh tentang tersirat itu kerana tersurat di anggap lebih

penting dan bermutu dan yang benar, yang kekal, dan yang mewarnai kehidupan, namun pandangan

tersebut sebenarnya salah dan tidak benar sama sekali, oleh kerana itulah setiap yang berakal perlu

mempelajari serta mengkaji setiap zarah apa yang ia nampak ataupun yang ia tidak nampak kerana apa

yang dia nampak itu adalah bayangan sahaja kepada rahsia ilmu tersiratnya, kerana itulah contoh yang

baik adalah mencari ilmu dan rahsia yang ada pada ilmu tersebut supaya yang hak itu menjadi teras dan

kenyataan

Ilmu di ambil daripada nas kalam Tuhan ia itu Al Quran, sedangkan Al-Quran itu mengandungi rahsia

kejadian alam yang besar dan perlu di selidik ( Li kulli ayatin wa harfim wa nuqthotin minal quraani

Page 27: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

27

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

hikmatun ) Setip huruf, ayat dan titik, di dalam Al Quran adalah mempunyai hikmah. Dan di terangkan

juga tentang hikmah yang tersangat besar yang terdapat di dalam Al Quran itu ialah:

Maksudnya: Al Quran adalah kalam Allah, setiap huruf ada kemanisannya, setiap kalimah ada

kemuliaannya, setiap ayat ada kebahagiaannya, setiap juzuk ada pembalasannya, dan setiap surah ada

keselamatannya

Ayat yang di atas adalah sebagai contoh yang terdapat di dalam kitab Al-Quran, yang mana di nyatakan

setiap titik,huruf,ayat dan surah mempunyai hikmah dan rahmat, demikian juga dengan berbagai

peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan menjadi ilmu serta ingatan, juga tauladan supaya di

jadikan batas dan sempadan, manusia perlu mencari rahsia dari kejadian kejadian yang terang dan nyata

supaya boleh di jadikan ilmu dan kefahaman tentang kekuasaan dan kebesaran Tuhan yang berlaku

terhadap seluruh makhluk Tuhan, ini bukanlah bererti segala kejadian tersebut habis begitu sahaja

malah ianya perlu di jadikan iktibar atau kajian sebab dan musabab dan di atas kajian itulah akan lahir

ilmu di sebalik tabir atau tersirat dan menjadi dalang bagi menghidupkan segala kehidupan dan watak

mengikut ketetapan yang Maha Pencipta kepada seluruh alam,sebab itulah tidak akan bergerak sesuatu

juapun jika tiada dalangnya

KEWUJUDAN YANG MAHA PENCIPTA

Kewujudan Yang Maha Pencipta di terangkan oleh Allah di dalam Al-Quran melalui firmanNya Al Insan

ayat 1

Maksudnya: Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa yang beredar sedang ia

(insan) belum ujud lagi, zaman itu tidak dapat untuk di-sebut-sebut mengikut perhitungan masa,

mengapa kaum musyrik itu engkar?

Mengikut jumhur ulamak zaman yang di sebut oleh Allah swt di atas adalah zaman yang hanya ujud ialah

Zat Allah semata-mata dan makhluk Allah yang lainpun belum lagi ujud, akan tetapi Allah yang kita

kenali sekarang sebagai Tuhan yang wajib di sembah itu dan di kenali sebagai (Dialah yang awal, Dialah

yang Akhir, Dialah yang Zahir dan Dialah yang Batin) telahpun sedia ujud, Yang di katan yang Awal itu

kerana Dia bersifat Qidam, iaitu sifat yang mutlak bagi diriNya, dan tiada di dahului oleh sesuatu

jugapun, demikianlah juga dengan sifat Akhir dengan tiada berkesudahan, kerana ia memiliki sifat

mutlak yang Baqo, ini bererti Dia memerintah, mentadbir, Mengurus, Menguasai semua makhluk

ciptaaNya daripada awal sehingga ke akhir, sementra siafat ZahirNya ia menunjukkan kepada jelas dan

terangnya segala apa yang berlaku atas bergerak dan diamnya segala alam ciptaanNya adalah dari kerja

urusanNya, ia juga di kenali sebagai Af’al Tuhan atau kerja buat urusan yang sentiasa menjalankan

urusanNya sebagaimana firmanNya menyatakan

Maksudnya: Semua makhluk yang berada di langit dan di bumi sentiasa Berhajat dan bermohon

kepadaNya, tiap-tiap masa Dia didalam urusanNya (Mencipta dan mentadbir makhlukNya)

(Ar Rahman 29)

Ayat yang di atas mengukuhkan lagi kefahaman umat islam bahawa segala yang bergerak dari sekalian

makhlukNya adalah ditadbir dan disebabkan oleh kuasa dan kehendak Allah swt, dengan kuasa tadbir itu

bermakna takdir seluruh makhluk itu adalah di bawah kuasa gerak daripada Ke Esaan Tuhan secara

mutlak dan di tentukan oleh Allah swt, mengikut nafsu semasa makhluk tersebut, inilah suatu rahsia

takdir daripada Tuhan terhadap makhlukNya, dan di-sinilah kekaburan manusia tentang ilmu qadha dan

qadar Allah swt sehingga membawa kepada pertengkaran yang tiada berkesudahan, ini bererti sekalian

makhlukNya tiada mempunyai pilihan daya dan keupayaan setelah di nilai taraf kehendak nafsu

Page 28: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

28

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

seseorang tersebut sebelum takdir di timpakan oleh Allah swt kepadanya, ini bererti ke EsaanNyalah

yang sepatutnya di fahami oleh sekalian makhluk terutama manusia yang memiliki akal lagi mampu

berfikir secara waras, dengan kenyataan di atas jugalah kita di fahamkan bahawa Tuhan itu sentiasa

menjalankan urusanNya tanpa berhenti-henti dan tanpa batas waktu dan masa, ertinya setiap

bergeraknya makhluk itu adalah datang dari takdir ke Esaan Tuhan, demikian jugalah dengan sifat wal

Batinu Tuhan yang sememangnya tidak dapat di lihat dengan mata yang zahir, hanya dapat di yakini oleh

mata basirah iaitu mata hati manusia kerana itulah juga manusia wajib tahu dan mengenal fungsi mata

hatinya di samping mengenalinya dengan sempurna, terutama mengenal kekuasaan Tuhan secara yang

menyeluruh sebagaimana firmanNya

Maksudnya: Dialah Allah,yang tiada tuhan melainkan Dia,yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib

dan yang nyata, Dialah yang amat pemurah dan amat mengasihani,Dialah Allah,yang tiada tuhan

melainkan Dia, yang menguasai, yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang melimpahkan Keamanan,

yang Maha Mengawal dan Mengawasi, yang Maha Kuasa, yang Maha Kuat, yang melengkapi segala

Kebesaran, Maha suci Allah dari segala yang mereka sekutukan, Dialah Allah, yang mencipta sekalian

makhluk, yang mengadakan, yang membentuk rupa, (mengikut kehendakNya) baginyalah nama yang

sebaiknya dan semulia-mulianya, bertasbih segala apa yang berada di langit dan di bumi, Dialah yang

tiada tolok bandingnya, lagi amat Bijaksana

(Al-Hasyar 22, 23, 24)

Ayat yang di atas adalah merupakan ayat akidah yang wajib di percayai oleh semua manusia yang

beriman kepada kuasa Ketuhanan yang menjadikan sekalian alam-alam ciptaanNya, dan ayat yang diatas

menunjukkan kekuasaanNya yang menyeluruh terhadap alam tersebut, oleh kerana itu manusia wajib

mengenali Tuhan secara menyeluruh sama ada Zatnya, Asmaknya, Sifatnya dan juga Af’alnya, yang ke

semuanya bergerak serentak tanpa ada yang mendahulu atau terkemudian

MENTAUHIDKAN ZAT

Menyatakan dengan penuh rasa kesedaran dan pengakuan bahawa kita menerima dan menyatakan

bahawa tiada seorang yang waras dapat membuat kajian yang memperolehi kejayaan tentang

penemuan keadaan Zat tersebut, yang mengakui telah bertemu dengan keadaan Zat Allah swt itu adalah

di anggap sudah gila atau pendusta, kerana tiada yang termampu melakukan kajian terhadap keadaan

yang tidak menyerupai apa jugapun,Dia tiada dapat di bandingkan dengan segala yang ujud daripada

seluruh makhlukNya, Dialah yang mengatasi segala yang ujud (ada) tiada yang mampu menyatakan

keadaan Zat tersebut walaupun Nabi-nabi dan Rasul-rasulNya sekalipun atau para MalaikatNya

sekalipun, yang cuba mencari-cari rahsia Zatnya atau menyelidik keadaanNya pasti akan kecundang dan

tersungkur kerana ada larangan daripadaNya sebagaimana firmanNya

Maksudnya: Allah mencegah kamu daripada mengenal Dirinya (Zatnya)

(Ali Imran 30)

Dan sabda Rasullullah saw menyatakan dalam sebuah hadisnya:

Page 29: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

29

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Maksudnya: Fikirkanlah segala makhluk Allah, dan jangan kamu Fikirkan tentang Zatnya, maka dengan

sebab itu kamu Akan binasa

(HR Abu Naim dan Tabrani)

Allah swt mengingatkan manusia yang mempunyai akal supaya memahami taraf akal yang di kurniakan

Allah kepada mereka yang terhad fungsinya untuk menyelidikki tentang perkara yang tersurat dan

tersirat dan perkara yang batin lagi ghaib, sementara Baginda Rasullullah saw pula mengingatkan

umatnya supaya tidak menumpukan fikirannya secara berat tentang Zat Allah swt itu kerana bagaimana

hebatnya fikiran seseorang itu memikirkan tentang Zat Allah swt maka hasilnya adalah kosong kerana

tiada seorangpun yang termampu menyelidikki Zat Allah tersebut, di dalam sebuah firman Allah pada

surah Asy Syam ayat 11 Allah berfirman

Maksudnya: Tiada siapapun yang menyamai (Zat Allah) Dia adalah Yang Maha mendengar dan Maha

melihat

Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa keadaan Zat Allah swt itu tidak dapat di bandingkan

dengan apa juga makhluk ciptaanNya iaitu (Mukholafatuhu Ta’ala lilhawadis) oleh kerana itu jangan ada

lagi yang memerah fikiran untuk mengkaji Zat tersebut, akan tetapi jika ada yang tidak mahu

membazirkan perahan lembaga akalnya untuk mengetahui Zat itu maka kajilah Zat yang ujudnya

bersebab, iaitu Zat Ma’anawiyah atau Asmak Allah swt yang hampirnya dengan Zat Nafsiyah itu paling

hampir dan tidak pernah bercerai

TAUHIDUL ASMAK

Setiap yang beriman kepada Tuhan wajib pula mereka mempercayai bahawa Tuhan mereka dan Tuhan

sekalian makhluk itu mempunyai nama-nama yang tertentu dan indah, yang mana nama-nama tersebut

mempunyai maksud yang tertentu dan mempunyai maksud pengertian yang sesuai dengan kuasaNya,

dan nama tersebut begitu penting bagi diriNya untuk mentadbir seluru alam ciptaanNya dan nama-

nama itu juga penting di ketahui oleh sekalian hambaNya supaya mereka memahami akan setiap

kejadian adalah datang daripada kekuasaan Tuhan, diantara nama-nama Tuhan yang paling agong ialah

ALLAH, yang mana nama tersebut mengandungi pengertian Zatnya atau diriNya, AsmakNya atau nama-

namaNya yang baik dan agong, Sifat-sifatnya dan Af’alNya, kesemuanya ini wajib di ketahui supaya

manusia khususnya terelak daripada melakukan penyekutuan (Syirik) kepada Tuhan, di dalam Asmak

Tuhan tiada satupun sifat AsmakNya yang tiada berfaedah terhadap makhluk ciptaanNya, ini kerana

dengan AsmakNyalah Tuhan memerintahkan kepada manusia supaya menyeru AsmakNya apabila

memohon sesuatu hajat, asmak Allah swt ini adalah sifat mutlak Allah untuk mentadbir makhlukNya,

dan ia adalah bertaraf Zat kerana dengan nama-nama tersebut menunjukkan Dia memilikki kebesaran

dan keagungan yang mutlak, di dalam Al Quran Allah berfirman di dalam surah Al A’araf ayat 180

Page 30: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

30

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Maksudnya: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik dan mulia Berdo’alah kepadaNya dengan

menyebut nama-nama itu Pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dengan Menyebut nama

itu, mereka akan dapat balasan dengan Apa yang mereka kerjakan

Ayat di atas menunjukkan kuasa yang telah di tetapkan oleh Allah swt kepada manusia supaya

menyebut AsmakNya apabila mahu yang memohon sesuatu hajat kepadaNya dengan menyebut nama-

namaNya, ini bererti apabila kita mahu bermohon sesuatu maka kita serulah ALLAH dahulu kemudian

baharulah mita seru namaNya yang lain, sebagai contoh “ Ya Allah Ya Rahman” (Wahai Tuhan yang amat

Pengasih) kita sebut begitu adalah kerana Allah itu adalah ganti nama kepada Zat (DiriNya) dan Rahman

adalah sikap sifat Zat yang Pengasih, jika kita seru dengan Rahman sahaja mungkin seolah-olah kita akan

melupai akan diriNya, itu adalah suatu tertib yang jelas dan nyata, kerana pada ayat Al A’araf di atas ada

larangan Allah kepada segolongan manusia yang menggunakan namaNya sahaja untuk kepentingan diri

dengan menyebut nama-namaNya sahaja tanpa menyebut nama bagi Zat (Allah) dengan tujuan

mengqadamkan Asmak Allah tersebut

ASMAUL HUSNA TERBAHAGI DUA

Asmaul Husna atau nama-nama Allah terbahagi dua kumpulan besar, satu di kenali sebagai Asmaul

Adhom dan lagi satu Asmaul Husna, Asmaul Adhom maksudnya Nama-nama Allah yang meng Agongkan

ZatNya, Asmak ini khusus untuk DiriNya sahaja, ia bertujuan meng Agongkan diriNya supaya dapat

membezakan dengan makhluk ciptaanNya, ertinya Asmaul Adhom itu hanya di timpakan kepada Zat

sahaja, sementara Asmaul Husna adalah nama-nama Tuhan yang di-timpakan kepada seluruh alam

ciptaan Tuhan yang menunjukkan kuasa mentadbir dan takdirNya dari ke Esaan ZatNya.

TAUHIDUL SIFAT

Wajib mempercayai ujud sifat Allah swt, yang di maksudkan dengan sifat di sini ialah sifat yang berdiri

pada Zat Allah atau sifat yang bergantung kepada Zat Allah, ada pandangan ulamak ilmu ketuhanan

mengatakan bahawa tiada istilah sifat di dalam ilmu ketuhanan kerana Allah sudah memilikki sifat

Asmaul Husna yang indah dan Dia tidak memerlukan sifat lagi, hujah mereka ialah apabila Zat yang

Maha Agong itu sudah memilikki sifat kamalat yang tidak terhingga banyaknya itu serta qadim pula

maka apa perlu Dia berkehendakkan kepada sifat yang lain, pada masalah inilah para ulamak ilmu

ketuhanan cuba merungkaikan dengan berijtihad mensari jalan penyelesaian dengan mengujudkan ilmu

yang di kenali sebagai sifat yang dua puluh, yang mana ilmu ini cuba mencari jalan penyelesaian dengan

sewajarnya sehingga mereka (ulamak ilmu ketuhanan) menemui jalan penyelesaian terhadap ilmu sifat

ini dan mereka memperkenalkan maksud sifat itu ialah yang berdiri pada Zat atau sifat yang

mengharapkan kepada Zat dengan istilah sifat ma’ani (sifat bermakana) sementara sifat Zat yang qadim

(Sifat Asmaul Husna) di istilahkan kepada sifat Ma’anawiyah (sifat yang memberi makna) ertinya sifat

Ma’anawiyah memberikan makna kepada sifat ma’ani, sebagai contoh jika sifat ma’ani itu sifat qudrat

maka yang memberikan makna kepada sifat qudrat itu ialah sifat Asmak Allah yang bernama Qadirun,

sebagai contoh, sifat qudrat bermaksud kuasa, dan sifat Qadirun bermakna Yang amat Berkuasa oleh itu

Yang amat Berkuasa memberikan kuasa (tenaga) kepada sifat kuasa maka barulah sifat qudrat itu

Page 31: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

31

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

memperolehi kuasa dan demikianlah kepada sifat-sifat yang lain, oleh kerana itu jelaslah sifat qudrat itu

adalah makhluk.

Para ulamak ilmu Ketuhanan menggariskan beberapa sifat dan istilahnya di dalam keilmuan ini supaya di

fahami oleh manusia untuk permulaan memahami mengenal Allah dan hamba Tuhan, mengenal Tuhan

yang ghaib dan tersirat dan mengenal hamba yang tersirat dan tersurat, dan di sinilah punca

perhubungan di antara yang ghaib dan yang nyata bermula, dan perlulah di ketahui yang mana di

antaranya yang memberi erti di dalam kehidupan manusia dan perhubungannya dengan Tuhan dan

menetapkan yang lebih berkuasa di antaranya, kerana itu para ulamak di dalam bab ilmu ini melahirlah

istilah Nafsiyah, Salbiyah, maani dan Maanawiyah, para ulamak juga menggariskan susunan jumlah sifat

pada setiap bahagian dari sifat tersebut mengikut kesesuaian sifat tertentu kepada setiap bahagian

supaya tujuan ilmu tersebut menepati ilmu akidah dan memberikan kefahaman dengan jelas seperti

yang tersenarai di bawah ini:

1. Sifat Nafsiyah di bahagikan kepada satu iaitu sifat Wujud

2. Sifat Salbiyah di bahagikan kepada lima sifat iaitu Qidam Baqo, Mukholafatuhu Taala Lilhawadis,

Qiamuhu Binafsih dan Wahdaniyah

3. Sifat Maani di bahagikan kepada tujuh sifat iaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’a, Bashar, dan

Kalam, Sifat Maanawiyah di bahagikan kepada tujuh sifat iaitu sifat

4. Qadirun, Maridun, Alimun, Hayyun, Sami’un, Bashirun dan Mutakallimun iaitu sifat Asmaul Husna

Kesemua sifat diatas berjumlah dua puluh sifat, dan istilah sifat di berikan kepada semua sifat dua puluh

itu adalah kerana mengelakkan kepada pengamal ilmu ini dari bercakap tentang Zat, akan tetapi jika kita

nahu memahami ilmu yang sebenarnya ialah Nafsiyah itu ialah Zat yang bertaraf Diri Tuhan, Salbiyah

bertaraf Keagungan Tuhan, Ma’ani bertaraf makhluk Tuhan dan Ma’anawiyah bertaraf Asmaul Husna

Tuhan ia itu sifat Tuhan oleh yang demikian taraf sifat itu yang di katakana berdiri atau mengharapkan

pergantungannya kepada Tuhan adalah bertaraf makhluk kerana Tuhan tidak memerlukan

pergantunganNya dengan sesiapa, dan kerana itulah juga di dalam ilmu sifat dua puluh memberi

kefahaman kepada ilmu mengenal Rububiyah dan Uluhiyah atau ilmu di antara Tuhan dan hamba, iaitu

hamba yang tersembunyi ia itu Rohani yang bersumer dari sebahagian dari sifat maani tersebut, atau di

kenali juga sebagai sifat Qahar yang bersumber daripada sifat Maani bukan hamba yang tersurat iaitu

jasad manusia, dan sifat inilah yang di maksudkan yang berdiri atau bergantung pada Zat, iaitu Zat

Maanawiyah (Asmaul Husna) bukan Zat Nafsiyah dan sementara itu Zat Maanawiyah pula berserta

dengan Zat Salbiyah dan Zat Salbiyah pula adalah menunjukkan Keagungan Zat Nafsiyah, ini bererti

Nafsiyah, Salbiyah, Maanawiyah sentiasa berserta dengan sifat Maani, maka di sinilah kefahaman orang-

orang yang mengenal Allah dan mengenal diri supaya meninjau dan memahami ilmu INSAN KAMIL yang

menemukan di antara sifat Qahar dan sifat Kamal Allah swt, pertemuan di antara tiga kumpulan sifat

Salbiyah, Maanawiyah dan sifat Maani yang mana sifat ini merupakan sifat Al Uluhiyah di dalam bab

ilmu Iftiqar, kerana itulah setiap manusia wajib memahami ilmu akidah supaya mereka memahami Alif

Ba Ta ilmu Ketuhanan dan Kehambaan, ia itu hamba yang ghaib dan tersirat yang di kenali secara umum

sebagai makhluk Allah swt, yang diperintahkan kepada manusia supaya mengenal dan

Page 32: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

32

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

mememikirkannya (Fikirkanlah tentang makhluk Allah) oleh kerana itulah di katakana bahawa sifat

Maani itu adalah bayang-bayang kepada sifat Maanawiyah.

TAUHIDUL AF’AL

Manusia yang masih hidup wajib mempercayai,mengakui bahawa segala Af’al Allah datang daripada

kuasa ke Esaan Tuhan, inilah suatu fahaman akidah yang tidak dapat hendak di nafikan oleh seluruh

manusia, dan Af’al Allah itu membawa maksud segala gerak dan diamnya sekalian makhluk yang di

jadikan Tuhan adalah kerja buat perbuatan Allah di atas takdirNya, jika manusia tersilap menyangka

segala perbuatannya itu atas kuasa mutlak darinya sendiri tanpa di kaitkan dengan takdir maka

terperangkaplah manusia itu dengan perbuatan syirik, ramai di kalangan manusia yang terperangkap

dan memerangkap dirinya ke dalam perbuatan syirik ini kerana kejahilannya atau kemalasannya kerana

tidak mengambil berat dan yakin untuk mempelajari ilmu Ketuhanan dan kehambaan dan tidak kurang

yang mengambil rengan dengan ilmu dirinya sendiri, dan ada di kalangan manusia yang menamakan

ilmu Af’al Allah ini sebagai ilmu takdir daripada Tuhan kerana itu mereka selalu mengingatkan diri

mereka dengan selalu berdo’a.

Maksudnya: Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang datang daripadaMu

Manusia berlindung dan mengharapkan kepada Tuhan supaya segala takdir kejahatan dan kecelakaan di

jauhkan daripada kita kerana tiada siapapun yang berakal merasa rela menerimanya tambahan lagi

takdir yang buruk itu datang tanpa di ketahui datang dari Tuhan, walau bagaimanapun takdir kejahatan

pasti ada hikmah di sebaliknya.

Dan lagi FirmanNya:

Maksudnya: Katakanlah olehmu segala sesuatu itu datang daripada Allah

(An Nisa 78)

Ayat yang di atas menerangkan bahawa setiap sesuatu itu datang daripada Allah, dan sesuatu itu

dimaksudkan pula secara syumul sama ada makhluk ciptaanNya ataupun setiap sesuatu itu bermaksud

segala pergerakkan alam datang daripadaNya atau apa juga takdir yang berlaku kepada sekalian

makhlukNya adalah datang di sebabkan atas kehendakNya.

Terlalu banyak ayat Al Quran yang menyebut tentang Af’al Allah di antaranya Allah berfirman:

Maksudnya: Allahlah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu lakukan

(As Shofat 97)

Maksud ayat yang di atas ini ialah Allah menerangkan bahawa Dialah yang menjadikan manusia (kita)

sama ada zahir dan batinnya dan Dialah juga yang menggerakkan manusia itu.

Dan lagi firmanNya:

Page 33: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

33

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Maksudnya: Tidaklah kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allahlah yang melempar

(Al Anfal 17)

Ayat yang di atas menerangkan bagaimana kuasa melempar yang datang nya daripada manusia itu di

anggap sebagai kuasa yang terdapat daripada manusia, akan tetapi sebenarnya adalah datang daripada

Allah swt, inilah rahsia kombinasi sifat Qahar dan sifat Kamal yang kebanyakkan manusia tidak

mengetahuinya kerana ia di anggap soal remeh dan memeningkan akal dan jangan ada hendaknya

manusia menjadikan pengetahuan yang hak itu sebagai mangsa kepentingan didi dan kuasa wal hal ia

suatu yang wajib di ketahui kerana akal adalah makhluk dan dia perlu beribadat dengan menggunakan

akal tersebut dan demikianlah juga kehidupan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini, dan

kebanyakkan manusia tidak mengetahui bahawa akal itu adalah yang tersirat yang menentukan hala

tuju manusia mengabdikan diri kepada Allah, juga manusia perlu berfikir bagaimana sesuatu perbuatan

itu dapat di laksanakan jika akal tidak memainkan peranannya apabila hendak melakukan sesuaru

rancangan yang sempurna, dan manusia juga perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu itu adakah

terlarang atau di perintah.

Dan lagi firmanNya:

Maksudnya: Dan tidaklah kamu yang berkehendak melainkan apa yang di kehendakki oleh Allah

(At Takwir 29)

Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kehendak setiap manusia itu sebenarnya adalah kehendak Allah

swt, dan kehendak Allah itu adalah takdir yang di timpakan kepada manusia mengikut taraf sifat dan

sikap nafsu seseorang itu, kerana itulah manusia perlu melihat fungsi akalnya supaya berikhtiar untuk

menyelamatkan dirinya dengan mencuci sikap hawa nafsunya,tidak boleh bersikap jabariyah kerana

Allah telah mengurniakan manusia akal untuk berikhtiar bagi menyelamatkan diri mengikut arahan

Tuhan di dalam Al Quran dan di sinilah setiap manusia perlu bertanyakan kepada dirinya tentang faedah

apa Allah kurniakan kepadanya akal dan akal itu hendaklah di rujuk kepada konsef jabariyah sama ada

boleh mendatangkan faedah kepada kehidupan manusia ataupun tidak atau apa yang sebenarnya

konsef jabariyah tersebut di dalam kehidupan manusia dan ketika mana ia perlu di gunakan di dalam

kehidupan ini tidak bermakna sifat jabariyah itu tidak perlu ada akan tetapi ia perlu di lihat dari konsef

kehidupan seorang manusia yang bertugas sebagai khalifah di bumi bagi menunaikan perintah Allah swt

dan jabariyah bukanlah suatu konsef yang mendorong manusia berlepas tangan dengan tugas sebagai

khalifah jika ia di rujuk kepada fungsi akal yang sentiasa berfikir kepada soal kebaikkan dan

kesempurnaan.

MERAGUI TAKDIR

Meragui takdir daripada Allah swt adalah berdosa dan boleh merosakkan keimanan seseorang dan

seterusnya boleh menjadi sesat yang nyata kerana ada kemungkinan sebahagian manusia menyalahkan

ketentuan takdir Tuhan, tambahan pula jika ada yang membaca firman Tuhan di dalam surah An Nahl

ayat 93, Firman Allah:

Page 34: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

34

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Maksudnya: Jika Allah berkehendak tentulah Dia menjadikan kamu satu umat akan tetapi Dia akan

sesatkan siapa yang dikehendakiNya, dan Dia berikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki,

sesungguhnya kamu akan di Tanya apa yang kamu kerjakan.

(An Nahl 93)

Ayat di atas menunjukkan kekuasaan Tuhan untuk menentukan takdir seseorang tersebut sama ada

Tuhan hendak sesatkan ataupun tidak, sepintas lalu kelihatan berlaku buruk sangka terhadap Tuhan

kerana ketidak adilanNya terhadap konsef takdir Tuhan terhadap hambaNya, ada di kalangan hambaNya

yang merasa keciwa dengan ketentuan ini seolah-olah ada pilih kasih diantara seorang hamba dengan

hambaNya yang lain, persoalannya adakah adil sifat kasih sayang Allah yang sedemikian rupa?

Bagaimana penilaian Allah terhadap sekalian hambaNya? semuanya ini wajib di jawab mengikut

ketentuan Tuhan di dalam banyak amaranNya di dalam Al Quran, dan kepada orang-orang yang beriman

sepatutnya mereka tidak meragui akan keadilan Tuhan dan mereka perlu membaca diri sendiri terlebih

dahulu sama ada mereka sudah menepati hidup sebagai seorang hamba kepada Tuhan atau hidup

sebagai sekutu syaitan dan hawa nafsunya yang jahat lagi syirik, cuba kita tinjau ayat-ayat ketentuan

Tuhan terhadap manusia sehingga menyamakan manusia seolah-olah dikelasifikasikan sebagai haiwan

dan syaitan sebagaimana firmanNya,

Maksudnya: Sesungguhnya sejahat-jahat binatang yang melata disisi Allah ialah orang kafir kerana tidak

mahu beriman.

(Al Anfal 55)

Ayat yang di atas di tujukan kepada orang-orang yang tidak mahu beriman kepada perkara keimanan, ini

bererti hanya orang kafir yang tidak mahu beriman, jika mereka beriman tentulah mereka tidak di tuduh

sedemikian rupa dan tentulah mereka melaksanakan peraturan Tuhan dengan sewajarnya dan Allah

juga berfirman di dalam Al Quran,

Maksudnya: Dan demikianlah Kami jadikan tiap-tiap Nabi itu musuh iaitu syaitan dari jenis manusia dan

Jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan yang menarik untuk

menipu manusia, jika Tuhan menghendakki, nescaya mereka tidak mengerjakannya maka tinggalkanlah

mereka dengan apa yang mereka ada-adakan

(Al-An’am 112)

Firman Allah swt di atas jelas menunjukkan bahawa Allah telah menjadikan syaitan jenis manusia dan

syaitan dari jenis keturunan Jin sebagai musuh kepada Nabi-nabi sebagai ujian terhadap mereka dalam

menjalankan Tugas amanah daripada Tuhan, Nabi-nabi yang diperintahkan oleh Allah swt supaya

menyampaikan cara kehidupan yang telah di tetapkan oleh Allah dengan peraturanNya dan mengikut

kesesuaian asal anasir manusia itu ternyata mendapat tentangan daripada kedua-dua jenis syaitan

tersebut semata-mata kerana keangkuhan dan ketakburan sikap mereka yang semula jadi daripada Allah

sebagai ujian kemantapan keimanan terhadap manusia yang beriman, dan di sinilah rahsia kejadian

setiap sesuatu alam itu wajib di ketahui oleh orang-orang yang beriman dan Allah tidak menjadikan

sesuatu jenis makhluk itu dengan sia-sia melainkan ada hikmah yang tersirat yang perlu di fahami oleh

Page 35: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

35

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

manusia, ertinya manusia wajib memahami kerja mereka dan syaitan perlu memahami kerja mereka,

namun apa yang dapat kita lihat ialah hanya syaitan sahaja yang patuh dengan kerja mereka sementara

manusia tidak memahami tugas mereka sebagai seorang manusia, sebab itulah rahsia dari Tuhan yang

mengatakan jika Tuhan menghendaki nescaya merka tidak mengerjakannya, ertinya kerja permusuhan

syaitan itu adalah restu daripada Allah juga untuk menguji manusia sejauh mana manusia hidup secara

manusia sebagaimana yang telah di sampaikan oleh Nabi-nabi, jika apa yang telah di sampaikan oleh

Nabi-nabi itu tidak di ikut atau di remeh temehkan atau di provokasikan maka izin Tuhan kepada syaitan

untuk menyesatkan manusia adalah tinggi dan Tuhan pasti berkehendakkan atau mengizinkan kepada

syaitan untuk menjadikan Nabi-nabi sebagai musuh, sebab itulah juga Allah menyatakan “Demikianlah

Kami jadikan setiap Nabi itu musuh” dan selepas Nabi-nabi pewaris Nabi-nabi pula, golongan inilah pada

peringkat awalnya menerima ujian yang awal daripada Allah, dan tidak kurang daripada mereka itu (dari

pewaris nabi) kecundang kerana kepentingan jawatan dan kehidupan, cuba kita bayangkan apa akan

terjadi jika golongan yang bukan dari kalangan Nabi-nabi dan pewarisnya yang di uji pada peringkat awal

pengembangan agama daripada Allah tersebut maka sudah tentu manusia semuanya akan menjadi

syaitan, kerana itulah manusia patut menghormati ulamak, jangan sampai ada manusia yang

memandang bodoh dan jijik terhadap golongan ini kerana ketayap dan songkoknya yang lusuh, namun

kerananyalah roh ajaran Nabi-nabi itu melindungi kamu dan di akhirat nanti kamu akan dapat

melihatnya walaupun di dunia ini kamu mencemuhnya.

KETENTUAN TUHAN

Ketentuan tetap berlaku sepanjang kehidupan manusia kerana ketentuan itu adalah majhul (ketentuan

yang tidak di ketahui) terhadap kehidupan manusia yang menyebabkan manusia merasa gelisah, jika

tidaklah kerana majhul mungkin manusia dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi takdir, namun

takdir tidak mengizinkan sedemikian kerana ia mendorong kepada akidah yang sempit dan amalan yang

bermusim, apa yang penting ialah manusia di kehendakki oleh Allah dalam keadaan yang sentiasa

bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan, di dalam Al Quran Allah berfirman:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) tidak sesekali akan menimpa kami melainkan apa yang

telah di tetapkan (Allah) bagi kami, Dialah Pengawal menyelamatkan kami, kepadaNyalah orang orang

beriman menyerahkan diri

Ayat yang di atas Allah swt memberikan panduan kepada manusia supaya memahami konsef takdir

daripada Allah swt iaitu ketetapan daripada Allah swt itu adalah kata putus tertimpanya segala takdir

sama ada baik ataupun buruk, sama ada kecelakaan atau segala mushibah kerana Dialah yang mengawal

semua makhluknya termasuk manusia, akan tetapai di sana ada syarat yang kelihatan mampu di jadikan

tauladan iaitu orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah swt dengan syarat ilmu dan amalan dan

dengan syarat berusha tanpa melakukan penyekutuan kepada Allah swt dan ini perlu di fahami dan

mencari ilmu yang berkait dengan tawakkal, bukan setakat ucapan mulut sahaja tanpa memahami ilmu

tawakkal tersebut, dan sesungguhnya konsef takdir yang membawa kepada Af’al Allah itu tersangat luas

dan perlu berhati-hati memahaminya, apa yang penting ialah setiap takdir sama ada baik ataupun buruk

Page 36: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

36

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

itu mesti di kaitkan dengan sebab dan musabab sama ada dari kebodohan dan kecerdikkan kita

sebagaimana firman Allah swt menyatakan:

Maksudnya: Sesungguhnya berbahagialah orang yang membersihkan dirinya, dan sesungguhnya

celakalah orang yang mengotorkan dirinya

(As Syam 9, 10)

Ayat yang di atas menerangkan kepada kita bahawa orang yang membersihkan dirinya (Membersihkn

diri yang di dalam) akan berbahagia dan kepada yang tidak mempedulikan dirinya atau mengotorkan diri

akan di tetapkan oleh Allah dengan takdir keburukkan, ini menunjukkan ada ikhtiar daripada manusia

untuk selamat kerana rahsia akal yang di kurniakan Allah kepada mereka, kerana itulah manusia wajib

mengenal dirinya supaya mereka memahami diri manakah yang perlu di bersihkan, apabila diri sudah

bersih maka Allah akan memelihara kita dari takdir yang kita benci mengikut pandangan Allah swt jika

kita kotorkan diri kita maka Allah akan berikan takdirnya mengikut diri yang kotor, sebab itu manusia

kena belajar perkara diri yang tersirat iaitu diri tempat penilaian Allah swt

Dan lagi Allah berfirman:

Maksudnya: Tiada sekutu baginya, dan demikianlah aku di perintah, dan aku adalah Muslim yang

pertama

(Al An’am 163)

Selain daripada ayat yang menerangkan kepada manusia supaya mensucikan diri, Allah juga

menetapkan supaya manusia membuat pengakuan supaya tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu

daripada alam ciptaaNya, kerana tidak menyekutukan Allah adalah konsef umat manusia yang awal

sejak daripada alam Roh lagi di mana ketika itu diri sebenar diri manusia telah membuat pengakuan

“Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah” ketika mana pada waktu menjawab pertanyaan Allah

ALAS TUBIROBBI KUM (Tidakkah Aku ini Tuhan kamu?)

Sebenarnya manusia perlu memahami bahawa diri kita yang tersirat telahpun di jadikan oleh Allah swt

lebih awal daripada diri yang zahir iaitu jasad manusia, iaitu diri yang telah di tetapkan oleh Allah yang

datang daripada Allah dan kembali kepadaNya, dan apabila kedua-dua konsef membebaskan diri

daripada syirik dan mensucikan diri di atas maka barulah Allah swt mengampunkan manusia apabila

manusia itu memohon ampun dan barulah Allah menimpakan takdir yang baik dan mendorong manusia

kepada kebaikkan serta beberapa taufik dan hidayahNya, apa yang penting ialah setiap kerja buat kita

hendaklah menuju kepada redha Tuhan dan sesame manusia kerana itu lah manusia di berikan oleh

Allah suatu ketenangan dari jaminanNya sebagaimana firmanNya di bawah ini

Firman Allah swt:

Maksudnya: Bahawa Tuhanku telah mengampuni aku dan aku di jadikan daripada golongan yang di

muliakan

(Yasin ayat 27)

Page 37: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

37

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Sebenarnya manusia dapat merasakan keampunan daripada Tuhan setelah semua yang menggagalkan

kehidupannya masa yang lalu berlalu dengan merasakan ketenteraman di dalam jiwanya dan

ketenangan akal dan penambahan rezekinya daripada Allah swt dan merasa ringan pula melakukan

ibadat kepada Allah dengan dapat nerasakan ketenangan di dalam kehidupan, dan di dorong juga oleh

Allah perasaannya kepada kerja untuk melaksanakan hukum-hukum Allah dan merasakan dirinya

berdosa jika membiarkan suatu golongan yang memperjuangkan hukum Allah tidak di bela dengan

sewajarnya, sepatutnya umat islam sentiasa mencari punca kelemahan yang ada pada dirinya terutama

pada sikap hawa kepada nafsunya yang tersirat dan tersorok di dalam lubuk hatunya yang mana tempat

tersebut sentiasa di nilai oleh Allah swt sebagaimana firmanNya:

Maksudnya: Dan tidaklah ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya, kerana

tidak mendapat hidayat daripada Allah

(Al Qashas 50)

Didalam keilmuan ini apabila kita telah menyentuh soal Tauhidul Zat, Asmak, Sifat dan juga Af’alNya

maka terkumpullah ilmu kalimah tauhid di situ ia itu kalimah LA ILAHA ILL ALLAH, oleh kerana mahu

mencari yang tersirat maka Zat, Asmak Sifat itu adalah tersirat dan yang tersuratnya adalah Af’alNya

kerana dia dapat di lihat dan juga di nilai, kerana itulah nilai ghaib adalah ghaib biasa dan ghaib luar

biasa (Ghoibul ghuyub). Ghaib luar biasa tidak dapat kita melihatnya hanya dapat melihat kerja

bekasNya sementara ghaib yang biasa dapat di lihat melalui mata hati iaitu qalbun dan qalbi, itupun

sekiranya kedua matahati itu dicuci dengan zikirullah mengikut kaedah yang di tetapkan.

MENCARI TERSIRAT 2

Dalam mencari yang tersirat peringkat kedua ini penulis bawa kepada konsep mengenal diri jenis

makhluk yang bernama manusia yang menjadi khalifah di bumi secara ringkas, sebagaimana yang di

ketahui umum manusia adalah makhluk yang di jadikan Tuhan sama dengan makhluk yang lain, asal usul

awalnya di katakana daripada Nur, ertinya daripada Allah sebagaimana firmanNya menyatakan KULLA

MIN INDALLAH (setiap sesuatu itu daripada Allah), sedangkan Allah itu adalah Nur, memandangkan

manusia ini adalah jenis makhluk yang berdarjat tinggi jika di bandingkan dengan makhluk Allah yang

lain, dengan pengurniaan akal kepada mereka maka manusia perlu membuat penilaian kepada dirinya

sendiri, iaitu dengan membandingkan diri mereka dengan makhluk Allah yang lain, oleh kerana itu

manusia perlu keluar daripada sifat makhluk kepada sifat manusia, dan daripada sifat manusia kepada

sifat Insan Kamil, dan dengan taraf Insan Kamil lah baru manusia itu menjadi sempurna sebagaimana

firman Allah menyatakan:

Maksudnya: Sesungguhnya Kami jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian, kemudian Kami kembalikan

mereka ke tempat tang hina

(At Tin 4, 5)

Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa Allah swt telah menjadikan manusia sebagai makhluk yang

sempurna jika di bandingkan dengan makhluk yang lain, dan kemudiannya akan di kembalikan di sisi

Allah swt sebagai makhluk yang hina, ini menunjukkan bahawa ada perbezaan pada darjat manusia itu

kerana setelah Allah jadikan dengan sempurna mana mungkin di kembalikan pada tempat yang hina?

Page 38: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

38

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

inilah bukti yang kukuh yang menunjukkan manusia itu mempunyai darjat tertentu, sebagai satu contoh

adakah manusia beribadat kepada Allah masih berdarjat makhluk atau berdarjat manusia ataupun

berdarjat Insan Kamil, itulah sebabnya para ulama’ membezakan taraf manusia itu kepada beberapa

darjat supaya dengan memahami darjat tersebut dapatlah manusia melaksanakan tugasnya kepada

Allah dengan sempurna sejajar dengan kesempurnaan tersebut, dan kerana itulah manusia perlu

mengenali dirinya dan statusnya sebagai manusia yang sempurna dan kerana itulah ulamak menyatakan

(Sesiapa mengenal dirinya ia mengenal Tuhannya, dan sesiapa mengenal dirinya maka binasalah ia) ayat

ini menunjukkan bahawa Man ini secara am sama ada manusia ataupun bukan manusia jelasnya Man ini

adalah bertaraf makhluk, namun apabila ia mengenal dirinya Nafsahu maka barulah ia mengenal

TuhanNya yang bernama Rabbahu, iaitu Tuhan yang bertaraf Laisa kamislihi syai un (Yang tidak berupa

apa juapun) ini bererti manusia Man ini jika kita bawa kepada pengertian manusia maka ia akan

membawa kepada manusia yang jenis Laisa kamislihi syai un iaitu manusia yang batin atau di kenali

sebagai Insan atau di kenali juga sebagai diri sebenar diri yang bertaraf nyawa atau Nafas, ia adalah

sebahagian daripada diri Rohani, fungsinya adalah sebagai menghidupkan diri jasmani ataupun diri yang

bernama diri terperi yang fungsinya di dalam batang tubuh sama ada yang turun dan naik ataupun yang

keluar dan masuk pada jasad manusia yang anasirnya yang terdiri daripada Nafas, Nufus, Ampas dan

juga Tanafas dan yang sentiasa mengingat Allah tanpa henti-henti, sesungguhnya diri manusia yang

bertaraf Man dan Nafsahu ini wajib di kenali, dan ibadahnya pun wajib juga di kenali, inilah nilai sebenar

manusia, dan pada garis kasar mengenal diri ini adalah patut di huraikan juga taraf diri yang lain, iaitu

diri kedua penting didalam kehidupan yang diberikan nama diri terperi yang terdiri dari komponen

rohani yang di kenali sebagai Roh, Akal dan juga nafsu, ia juga di kenali sebagai Ruhul Yaqazah yang

fungsinya menentukan jasmani manusia berdaya dan berupaya kerana itu orang sofi dan juga orang

yang memahami jalan diri menyatakan

Maksudnya: Bahawa tiap-tiap jasad itu ada dua Roh, salah satu dari keduanya ialah Roh Yaqazah (Roh

menjagakan) yang di tentukan oleh Allah adat, jika ia berada pada jasad, jadilah manusia itu jaga, maka

apabila ia keluar daripadanya (jasad) maka tidurlah manusia itu, dan berlaku lah mampu, yang lagi satu

ialah Ruhul Hayat (Nyawa) yang di tentukan Allah adat, jika ia berada pada jasad maka hidup lah jasad,

apabila ia berpesan daripada badan mati lah manusia (jasad) dan kedua-dua jenis Roh ini berada dalam

jasmani manusia, tiada yang mengetahui tempat ketetapannya melainkan Allah atas urusan itu

Ayat yang di atas menerangkan bahawa didalam jasad manusia itu terdapat dua jenis Roh, satu

dikatakan bernama Ruhul Yaqazah yang terdiri daripada Roh, Akal dan Nafsu, yang mana Ruhul Yaqazah

ini juga di kenali sebagai hati, ia memberikan fungsi kepada manusia supaya hidup bererti, dengan

adanya Roh di dalam jasad maka ia dapat memberikan kekuatan dan keupayaan kepada setiap

komponen jasmani, Akal pula dapat memberikan kuasa berfikir, mengingat, dan berperasaan dan

menyimpan segala maklumat masa silam dan semasa, sementara fungsi yang terdapat pada anasir hawa

Nafsu pula ialah untuk melahirkan sikap berkeinginan, berkecenderungan dan mempengaruhi serta

mendorong kepada sesuatu pergerakan untuk menyempurnakan niat yang datang daripada akal, Ruhul

Yaqazah ini jika dia masih berada didalam jasad maka manusia akan menjadi aktif dengan berkesedaran

sebagaimana manusia semua maklum, dan apabila ia keluar daripada jasad maka jasmani menjadi hilang

keupayaan aktifnya secara total semua ini adalah atas ketentuan Allah yang mentadbir dan mengatur

Page 39: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

39

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

alam ciptaanNya, di dalam Al Quran pada surah Az Zumar ayat 42 Allah menyatakan bahawa Ruhul

Yaqazah ini di tahan kemudian di lepaskan, jika di lepaskan bermaksud jasad menjadi aktif dan

peranannya dapat di lihat dan apabila ditahan maka jasad menjadi hilang berkeupayaan, hilang fungsi

minat, dan hilang keupayaan untuk berfikir, maka jadilah jasad tidak bermaya dengan istilah tidur,

sebagaimana yang telah di terangkan Allah di dalam surah Al An’am ayat 60, sementara satu lagi jenis

Roh dinamakan Ruhul Hayat atau di kenali sebagai nyawa kepada jasad, atau dikenali juga sebagai Insan

batin, Ruhul Hayat (Roh menghidupkan) ini selagi ia tidak keluar daripada jasmani maka jasad tidak akan

mati, ertinya manusia tidak akan mati-mati selagi ia tidak keluar daripada jasad, akan tetapi apabila ia

keluar maka jasad manusia akan mati dan menjadi busuk atau hilang ghaib, sementara Ruhul Yaqazah

akan mengikutinya kemana saja ia berada. Sebenarnya Rohani yang terdiri daripada anasir Roh, Akal,

Nafsu dan Nyawa adalah makhluk yang tersirat dan yang berhak di istilahkan sebagai diri yang sebenar

kepada manusia, dialah yang lebih awal Allah jadikan sebelum Allah ciptakan manusia dari jenis yang

tersurat dan yang menjadi kepada rumah Rohani tersebut, kaedahnya samalah juga dengan kita

memilikki tempat kediaman yang mana kita boleh keluar dan masuk dan memeliharanya dengan baik

supaya dapat tinggal lama di situ, kerana itulah kita perlu selalu berdo’a kepada Allah atas rasa syukur

apabila Rohani itu di kembalikan Allah kedalam jasmani supaya dapat meneruskan kerja khalifah di bumi

ini (Segala pujian bagi Allah yang telah mengembalikan Rohku kepadaku, dan yang telah menyegarkan

pada tubuhku) do’a ini menunjukkan bahawa Rohani (Ruhul Yaqazah) itu boleh keluar dan masuk

kedalam jasad manusia atas keizinan Allah swt. Rohani dan komponennya mempunyai istilah yang

tersangat banyak sehingga ia memeningkan akal manusia untuk memikirkannya, pada pandangan

penulis istilah yang berbagai-bagai itu adalah cara seseorang itu berguru mengikut fahaman tarikat-

tarikat yang tertentu sahaja, apa yang lebih penting ialah meyakini ianya ada di dalam jasad manusia

dengan dalil-dalil nas Al Quran dan hadis Rasullullah saw, ini bererti jika orang yang tidak selalu merujuk

kepada Al Quran atau berwirid dengannya maka ia tidak akan berjumpa dengannya malah ada yang

menafikan atau membuat tuduhan yang tidak ada asas terutama pada golongan yang athies dan tiada

keimanan yang kukuh dan melulu atau mencegah daripada membincangkannya kerana ia di katakan itu

hanya urusan Allah walaupun ia di muatkan di dalam Al Quran yang menjadi asas panduan kehidupan

manusia yang di turunkan daripada langit oleh Allah kepada manusia. Sememangnya manusia buat

zaman akhir ini terlalu meragam dengan istilah kerohanian ini malah ada yang tersangat takut dengan

istilah tersebut kerana di katakana tersangat bahaya kepada kepentingan mereka walaupun ianya benar

mengikut Nas, dan tidak kurang pula yang mengatakan yang ghaib hanya Allah sahaja yang

mengetahuinya, dalam masa yang sama mereka percaya pula kepada Allah yang Maha ghaib dan di

tuntut pula untuk mempercayainya serta mengenaliNya, demikian juga kepada malaikat yang ghaib

serta syaitan yang ghaib, bagi penulis orang yang sedemikian rupa tinggalkan saja mereka itu, nanti di

akhirat mereka boleh menyaksikan apa yang benar dan yang salah dan manusia bukanlah terus hidup

dan hidup terlalu lama untuk membuktikan fahaman mereka itu. Hanya orang yang Allah tunjukkan

jalan saja yang memahami dan meyakini perkara yang ghaib itu kerana mereka dapat melihat dengan

mata hatinya yang di izinkan oleh Allah swt (Hati orang yang arif mempunyai mata memandang,

matanya dapat melihat apa yang tidak dapat di lihat pandangan biasa)

PERHUBUNGAN ROHANI DAN ALLAH

Page 40: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

40

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Di dalam masalah perhubungan Allah dan Rohani itu perlu di pelajari dengan penuh hati-hati kerana ia

tersangat seni dan kritis, jika tersilap memahamkannya boleh menjadi tersesat dan terkeluar daripada

fahaman akidah yang sebenar, oleh kerana perhubungannya dengan Allah ini suatu yang berbentuk

kerohanian maka manusia perlu mempelajari ilmunya dengan betul dan bertanyalah kepada orang yang

Arif, di dalam Al Quran Allah berfirman (Dan ia tetap beserta kamu di mana juga kamu berada) Al Hadid

4. ayat ini mengesahkan bahawa berlaku perhubungan di antara yang tersirat dengan yang Maha

tersirat iaitu perhubungan Rohani dan Allah swt, jika perhubungan ini tidak berlaku maka tidaklah alam

ini menjadi kenyataan dan tidaklah menjadi bermakna sama sekali, kerana itulah manusia di tuntut

mempelajarinya, jika tidak manusia sentiasa berada di dalam keadaan syirik dan syirik itu adalah

perbuatan yang terkutuk dan di kutuk oleh Allah swt, oleh kerana perhubungan di antara Rohani ini

tersangat penting maka umat manusia wajiblah mempelajari asas-asas ilmu itu dahulu sebelum benar-

benar memahaminya kerana ilmu ini di sentoh secara amnya sahaja di dalam Al Quran, kerana itu

ulamak berijtihad untuk menyusun mengikut Nas yang terdapat di dalam Al Quran dan Hadis Rasullullah

saw, sehingga kedudukkannya dapat difahami walaupun tidak semestinya menepati maksud yang

sebenarnya, namun apa yang penting jangan sampai terjebak dengan perbuatan syirik, kerana itu

penulis menganjurkan supaya di pelajari ilmu ini dengan ilmu sifat dua puluh yang berasaskan

kerohanian, jika tanpa kerohanian maka ia tidak akan membawa kepada kefahaman yang sebenar dan

tidak akan bertemu dengan ilmu kerohanian, adapun ilmu kerohanian ini di sebut oleh Allah di dalam Al

Quran sebagaimana firmanNya

Maksudnya: Dan mereka bertanyakan kepadamu tentang Roh, katakanlah “Roh itu adalah urusan

Tuhanku, dan kamu tidak di berikan ilmu (tentangnya) melainkan sedikit sahaja

(Bani Israil 85)

Ayat yang di atas adalah menunjukkan bukti kokoh tentang ujudnya makhluk yang bernama Roh

(Kerohanian) tersebut, makhluk ini di cipta oleh Allah untuk mengabdikan dirinya kepada Allah dan

telahpun mengakui bahawa dia telah membuat pengakuan di alam Roh, demikian di terangkan oleh

tafsir Al Quran pimpinan Ar Rahman pada bab petunjuk ayat muka surat 1465 bab tauhid dan rujukkan

pada ayat Al A’araf 172 dan di katakan juga Roh itu adalah kepercayaan Tauhid dan rujukkannya pada

ayat Al Baqarah 255 ini menunjukkan bab Roh ini adalah persoalan akidah dan juga di katakan bahawa

orang yang tidak mengambil berat tentang tauhid adalah golongan orang-orang kafir yang fanatik buta.

Kita kembali kepada ayat bani Israil ayat 85 yang menerangkan bahawa Roh itu di uruskan oleh Allah

dan ilmu tentangnya di perkenalkan oleh Allah hanya sedikit, maksudnya tidak meluas

Apa yang kita kena faham ialah soal ilmu Roh yang sedikit itu ialah supaya manusia tidak menyelidik ilmu

tentangnya secara meluas, umpamanya Roh itu di jadikan oleh Allah daripada bahan apa? sepertimana

Allah jadikan Adam daripada tanah, kerana soal kerohanian ini bukanlah setakat Roh sahaja akan tetapi

apa-apa yang berbentuk kerohanian adalah termasuk ilmu Rohani, iaitu ilmu makhluk yang tidak dapat

di lihat dengan mata kasar, kepada umat islam jika mereka mengkaji Roh maka itu adalah satu bab

sahaja dari bab kerohanian tersebut maka tidaklah wajar bagi manusia takut untuk mengkajinya malah

yang di kaji itu ada di dalam batang tubuhnya sendiri, lojiknya apa yang ada didalam rumah kita pun

wajib kita mengetahuinya atau apa yang terdapat di dalam poket kitapun wajib kita mengetahuinya

Page 41: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

41

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

sama ada yang benar ataupun yang salah, didalam asas ilmu Roh ini jika kita katakana bahawa ia di

uruskan oleh Allah maka asas ilmu iftiqar pada ilmu sifat dua puluh adalah yang paling tepat untuk kita

memahaminya kerana ilmu Roh itu berlegar pada sifat Qahar Allah swt dan yang menguruskan Roh itu

adalah sifat Kamal Allah swt, yang mana ia di kuasai oleh ke Esaan Allah itu sendiri, jika tidak mana

mungkin manusia boleh memahami ilmu Roh itu jika tidak melalui ilmu tersebut inilah satu-satu ilmu

yang lebih terang dan jelas untuk di fahami, namun ilmu ini pula menjadi bahan ketakutan manusia

untuk mempelajarinya kerana di katakan merbahaya dan di rujuk pula kepada sebab dan musabab

pandangan mazhab wahabi yang telah mengharamkan ilmu sifat dua puluh itu kerana di katakan

membawa kepada kemunduran dan khurafat

MENCARI KUASA TERSIRAT

Mencari yang ada dan yang kekal, yang ujudnya sebagai perbendaharaan yang tersirat yang sebenarnya

tidak dapat dinilai kerana tiada bentuk dan warna, akan tetapi dialah yang mewarnai kehidupan setiap

sesuatu, dialah yang tersembunyi yang mempunyai nilai yang tinggi dan mempunyai rahsia yang perlu

diselidik didalam kehidupan manusia dan makhluk Allah yang lain, namun kebanyakkan manusia yang

berakal tidak menghiraukannya, kerana dia di anggap memeningkan kepala kerana ghaib dan

terpendam, tidak di nafikan bahawa setiap sesuatu mempunyai rahsia yang tersirat dan mencarinya

bukanlah semudah bercakap tentangnya, akan tetapi ia perlu di kaji kerana ia adalah sumber ilmu dan

perkara yang hak, ramai yang memandang remeh tentang tersirat itu kerana tersurat di anggap lebih

penting dan bermutu dan yang benar, yang kekal, dan yang mewarnai kehidupan, namun pandangan

tersebut sebenarnya salah dan tidak benar sama sekali, oleh kerana itulah setiap yang berakal perlu

mempelajari serta mengkaji setiap zarah apa yang ia nampak ataupun yang ia tidak nampak kerana apa

yang dia nampak itu adalah bayangan sahaja kepada rahsia ilmu tersiratnya, kerana itulah contoh yang

baik adalah mencari ilmu dan rahsia yang ada pada ilmu tersebut supaya yang hak itu menjadi teras dan

kenyataan

Ilmu di ambil daripada nas kalam Tuhan ia itu Al Quran, sedangkan Al-Quran itu mengandungi rahsia

kejadian alam yang besar dan perlu di selidik ( Li kulli ayatin wa harfim wa nuqthotin minal quraani

hikmatun ) Setip huruf, ayat dan titik, di dalam Al Quran adalah mempunyai hikmah. Dan di terangkan

juga tentang hikmah yang tersangat besar yang terdapat di dalam Al Quran itu ialah:

Maksudnya: Al Quran adalah kalam Allah, setiap huruf ada kemanisannya, setiap kalimah ada

kemuliaannya, setiap ayat ada kebahagiaannya, setiap juzuk ada pembalasannya, dan setiap surah ada

keselamatannya

Ayat yang di atas adalah sebagai contoh yang terdapat di dalam kitab Al-Quran, yang mana di nyatakan

setiap titik,huruf,ayat dan surah mempunyai hikmah dan rahmat, demikian juga dengan berbagai

peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan menjadi ilmu serta ingatan, juga tauladan supaya di

jadikan batas dan sempadan, manusia perlu mencari rahsia dari kejadian kejadian yang terang dan nyata

supaya boleh di jadikan ilmu dan kefahaman tentang kekuasaan dan kebesaran Tuhan yang berlaku

terhadap seluruh makhluk Tuhan, ini bukanlah bererti segala kejadian tersebut habis begitu sahaja

malah ianya perlu di jadikan iktibar atau kajian sebab dan musabab dan di atas kajian itulah akan lahir

ilmu di sebalik tabir atau tersirat dan menjadi dalang bagi menghidupkan segala kehidupan dan watak

mengikut ketetapan yang Maha Pencipta kepada seluruh alam,sebab itulah tidak akan bergerak sesuatu

juapun jika tiada dalangnya

Page 42: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

42

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

KEWUJUDAN YANG MAHA PENCIPTA

Kewujudan Yang Maha Pencipta di terangkan oleh Allah di dalam Al-Quran melalui firmanNya Al Insan

ayat 1

Maksudnya: Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa yang beredar sedang ia

(insan) belum ujud lagi, zaman itu tidak dapat untuk di-sebut-sebut mengikut perhitungan masa,

mengapa kaum musyrik itu engkar?

Mengikut jumhur ulamak zaman yang di sebut oleh Allah swt di atas adalah zaman yang hanya ujud ialah

Zat Allah semata-mata dan makhluk Allah yang lainpun belum lagi ujud, akan tetapi Allah yang kita

kenali sekarang sebagai Tuhan yang wajib di sembah itu dan di kenali sebagai (Dialah yang awal, Dialah

yang Akhir, Dialah yang Zahir dan Dialah yang Batin) telahpun sedia ujud, Yang di katan yang Awal itu

kerana Dia bersifat Qidam, iaitu sifat yang mutlak bagi diriNya, dan tiada di dahului oleh sesuatu

jugapun, demikianlah juga dengan sifat Akhir dengan tiada berkesudahan, kerana ia memiliki sifat

mutlak yang Baqo, ini bererti Dia memerintah, mentadbir, Mengurus, Menguasai semua makhluk

ciptaaNya daripada awal sehingga ke akhir, sementra siafat ZahirNya ia menunjukkan kepada jelas dan

terangnya segala apa yang berlaku atas bergerak dan diamnya segala alam ciptaanNya adalah dari kerja

urusanNya, ia juga di kenali sebagai Af’al Tuhan atau kerja buat urusan yang sentiasa menjalankan

urusanNya sebagaimana firmanNya menyatakan

Maksudnya: Semua makhluk yang berada di langit dan di bumi sentiasa Berhajat dan bermohon

kepadaNya, tiap-tiap masa Dia didalam urusanNya (Mencipta dan mentadbir makhlukNya)

(Ar Rahman 29)

Ayat yang di atas mengukuhkan lagi kefahaman umat islam bahawa segala yang bergerak dari sekalian

makhlukNya adalah ditadbir dan disebabkan oleh kuasa dan kehendak Allah swt, dengan kuasa tadbir itu

bermakna takdir seluruh makhluk itu adalah di bawah kuasa gerak daripada Ke Esaan Tuhan secara

mutlak dan di tentukan oleh Allah swt, mengikut nafsu semasa makhluk tersebut, inilah suatu rahsia

takdir daripada Tuhan terhadap makhlukNya, dan di-sinilah kekaburan manusia tentang ilmu qadha dan

qadar Allah swt sehingga membawa kepada pertengkaran yang tiada berkesudahan, ini bererti sekalian

makhlukNya tiada mempunyai pilihan daya dan keupayaan setelah di nilai taraf kehendak nafsu

seseorang tersebut sebelum takdir di timpakan oleh Allah swt kepadanya, ini bererti ke EsaanNyalah

yang sepatutnya di fahami oleh sekalian makhluk terutama manusia yang memiliki akal lagi mampu

berfikir secara waras, dengan kenyataan di atas jugalah kita di fahamkan bahawa Tuhan itu sentiasa

menjalankan urusanNya tanpa berhenti-henti dan tanpa batas waktu dan masa, ertinya setiap

bergeraknya makhluk itu adalah datang dari takdir ke Esaan Tuhan, demikian jugalah dengan sifat wal

Batinu Tuhan yang sememangnya tidak dapat di lihat dengan mata yang zahir, hanya dapat di yakini oleh

mata basirah iaitu mata hati manusia kerana itulah juga manusia wajib tahu dan mengenal fungsi mata

hatinya di samping mengenalinya dengan sempurna, terutama mengenal kekuasaan Tuhan secara yang

menyeluruh sebagaimana firmanNya

Maksudnya: Dialah Allah,yang tiada tuhan melainkan Dia,yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib

dan yang nyata, Dialah yang amat pemurah dan amat mengasihani,Dialah Allah,yang tiada tuhan

melainkan Dia, yang menguasai, yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang melimpahkan Keamanan,

yang Maha Mengawal dan Mengawasi, yang Maha Kuasa, yang Maha Kuat, yang melengkapi segala

Kebesaran, Maha suci Allah dari segala yang mereka sekutukan, Dialah Allah, yang mencipta sekalian

makhluk, yang mengadakan, yang membentuk rupa, (mengikut kehendakNya) baginyalah nama yang

Page 43: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

43

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

sebaiknya dan semulia-mulianya, bertasbih segala apa yang berada di langit dan di bumi, Dialah yang

tiada tolok bandingnya, lagi amat Bijaksana

(Al-Hasyar 22, 23, 24)

Ayat yang di atas adalah merupakan ayat akidah yang wajib di percayai oleh semua manusia yang

beriman kepada kuasa Ketuhanan yang menjadikan sekalian alam-alam ciptaanNya, dan ayat yang diatas

menunjukkan kekuasaanNya yang menyeluruh terhadap alam tersebut, oleh kerana itu manusia wajib

mengenali Tuhan secara menyeluruh sama ada Zatnya, Asmaknya, Sifatnya dan juga Af’alnya, yang ke

semuanya bergerak serentak tanpa ada yang mendahulu atau terkemudian

MENTAUHIDKAN ZAT

Menyatakan dengan penuh rasa kesedaran dan pengakuan bahawa kita menerima dan menyatakan

bahawa tiada seorang yang waras dapat membuat kajian yang memperolehi kejayaan tentang

penemuan keadaan Zat tersebut, yang mengakui telah bertemu dengan keadaan Zat Allah swt itu adalah

di anggap sudah gila atau pendusta, kerana tiada yang termampu melakukan kajian terhadap keadaan

yang tidak menyerupai apa jugapun,Dia tiada dapat di bandingkan dengan segala yang ujud daripada

seluruh makhlukNya, Dialah yang mengatasi segala yang ujud (ada) tiada yang mampu menyatakan

keadaan Zat tersebut walaupun Nabi-nabi dan Rasul-rasulNya sekalipun atau para MalaikatNya

sekalipun, yang cuba mencari-cari rahsia Zatnya atau menyelidik keadaanNya pasti akan kecundang dan

tersungkur kerana ada larangan daripadaNya sebagaimana firmanNya

Maksudnya: Allah mencegah kamu daripada mengenal Dirinya (Zatnya)

(Ali Imran 30)

Dan sabda Rasullullah saw menyatakan dalam sebuah hadisnya:

Maksudnya: Fikirkanlah segala makhluk Allah, dan jangan kamu Fikirkan tentang Zatnya, maka dengan

sebab itu kamu Akan binasa

(HR Abu Naim dan Tabrani)

Allah swt mengingatkan manusia yang mempunyai akal supaya memahami taraf akal yang di kurniakan

Allah kepada mereka yang terhad fungsinya untuk menyelidikki tentang perkara yang tersurat dan

tersirat dan perkara yang batin lagi ghaib, sementara Baginda Rasullullah saw pula mengingatkan

umatnya supaya tidak menumpukan fikirannya secara berat tentang Zat Allah swt itu kerana bagaimana

hebatnya fikiran seseorang itu memikirkan tentang Zat Allah swt maka hasilnya adalah kosong kerana

tiada seorangpun yang termampu menyelidikki Zat Allah tersebut, di dalam sebuah firman Allah pada

surah Asy Syam ayat 11 Allah berfirman

Maksudnya: Tiada siapapun yang menyamai (Zat Allah) Dia adalah Yang Maha mendengar dan Maha

melihat

Page 44: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

44

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa keadaan Zat Allah swt itu tidak dapat di bandingkan

dengan apa juga makhluk ciptaanNya iaitu (Mukholafatuhu Ta’ala lilhawadis) oleh kerana itu jangan ada

lagi yang memerah fikiran untuk mengkaji Zat tersebut, akan tetapi jika ada yang tidak mahu

membazirkan perahan lembaga akalnya untuk mengetahui Zat itu maka kajilah Zat yang ujudnya

bersebab, iaitu Zat Ma’anawiyah atau Asmak Allah swt yang hampirnya dengan Zat Nafsiyah itu paling

hampir dan tidak pernah bercerai

TAUHIDUL ASMAK

Setiap yang beriman kepada Tuhan wajib pula mereka mempercayai bahawa Tuhan mereka dan Tuhan

sekalian makhluk itu mempunyai nama-nama yang tertentu dan indah, yang mana nama-nama tersebut

mempunyai maksud yang tertentu dan mempunyai maksud pengertian yang sesuai dengan kuasaNya,

dan nama tersebut begitu penting bagi diriNya untuk mentadbir seluru alam ciptaanNya dan nama-

nama itu juga penting di ketahui oleh sekalian hambaNya supaya mereka memahami akan setiap

kejadian adalah datang daripada kekuasaan Tuhan, diantara nama-nama Tuhan yang paling agong ialah

ALLAH, yang mana nama tersebut mengandungi pengertian Zatnya atau diriNya, AsmakNya atau nama-

namaNya yang baik dan agong, Sifat-sifatnya dan Af’alNya, kesemuanya ini wajib di ketahui supaya

manusia khususnya terelak daripada melakukan penyekutuan (Syirik) kepada Tuhan, di dalam Asmak

Tuhan tiada satupun sifat AsmakNya yang tiada berfaedah terhadap makhluk ciptaanNya, ini kerana

dengan AsmakNyalah Tuhan memerintahkan kepada manusia supaya menyeru AsmakNya apabila

memohon sesuatu hajat, asmak Allah swt ini adalah sifat mutlak Allah untuk mentadbir makhlukNya,

dan ia adalah bertaraf Zat kerana dengan nama-nama tersebut menunjukkan Dia memilikki kebesaran

dan keagungan yang mutlak, di dalam Al Quran Allah berfirman di dalam surah Al A’araf ayat 180

Maksudnya: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik dan mulia Berdo’alah kepadaNya dengan

menyebut nama-nama itu Pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dengan Menyebut nama

itu, mereka akan dapat balasan dengan Apa yang mereka kerjakan

Ayat di atas menunjukkan kuasa yang telah di tetapkan oleh Allah swt kepada manusia supaya

menyebut AsmakNya apabila mahu yang memohon sesuatu hajat kepadaNya dengan menyebut nama-

namaNya, ini bererti apabila kita mahu bermohon sesuatu maka kita serulah ALLAH dahulu kemudian

baharulah mita seru namaNya yang lain, sebagai contoh “ Ya Allah Ya Rahman” (Wahai Tuhan yang amat

Pengasih) kita sebut begitu adalah kerana Allah itu adalah ganti nama kepada Zat (DiriNya) dan Rahman

adalah sikap sifat Zat yang Pengasih, jika kita seru dengan Rahman sahaja mungkin seolah-olah kita akan

melupai akan diriNya, itu adalah suatu tertib yang jelas dan nyata, kerana pada ayat Al A’araf di atas ada

larangan Allah kepada segolongan manusia yang menggunakan namaNya sahaja untuk kepentingan diri

dengan menyebut nama-namaNya sahaja tanpa menyebut nama bagi Zat (Allah) dengan tujuan

mengqadamkan Asmak Allah tersebut

ASMAUL HUSNA TERBAHAGI DUA

Page 45: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

45

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Asmaul Husna atau nama-nama Allah terbahagi dua kumpulan besar, satu di kenali sebagai Asmaul

Adhom dan lagi satu Asmaul Husna, Asmaul Adhom maksudnya Nama-nama Allah yang meng Agongkan

ZatNya, Asmak ini khusus untuk DiriNya sahaja, ia bertujuan meng Agongkan diriNya supaya dapat

membezakan dengan makhluk ciptaanNya, ertinya Asmaul Adhom itu hanya di timpakan kepada Zat

sahaja, sementara Asmaul Husna adalah nama-nama Tuhan yang di-timpakan kepada seluruh alam

ciptaan Tuhan yang menunjukkan kuasa mentadbir dan takdirNya dari ke Esaan ZatNya.

TAUHIDUL SIFAT

Wajib mempercayai ujud sifat Allah swt, yang di maksudkan dengan sifat di sini ialah sifat yang berdiri

pada Zat Allah atau sifat yang bergantung kepada Zat Allah, ada pandangan ulamak ilmu ketuhanan

mengatakan bahawa tiada istilah sifat di dalam ilmu ketuhanan kerana Allah sudah memilikki sifat

Asmaul Husna yang indah dan Dia tidak memerlukan sifat lagi, hujah mereka ialah apabila Zat yang

Maha Agong itu sudah memilikki sifat kamalat yang tidak terhingga banyaknya itu serta qadim pula

maka apa perlu Dia berkehendakkan kepada sifat yang lain, pada masalah inilah para ulamak ilmu

ketuhanan cuba merungkaikan dengan berijtihad mensari jalan penyelesaian dengan mengujudkan ilmu

yang di kenali sebagai sifat yang dua puluh, yang mana ilmu ini cuba mencari jalan penyelesaian dengan

sewajarnya sehingga mereka (ulamak ilmu ketuhanan) menemui jalan penyelesaian terhadap ilmu sifat

ini dan mereka memperkenalkan maksud sifat itu ialah yang berdiri pada Zat atau sifat yang

mengharapkan kepada Zat dengan istilah sifat ma’ani (sifat bermakana) sementara sifat Zat yang qadim

(Sifat Asmaul Husna) di istilahkan kepada sifat Ma’anawiyah (sifat yang memberi makna) ertinya sifat

Ma’anawiyah memberikan makna kepada sifat ma’ani, sebagai contoh jika sifat ma’ani itu sifat qudrat

maka yang memberikan makna kepada sifat qudrat itu ialah sifat Asmak Allah yang bernama Qadirun,

sebagai contoh, sifat qudrat bermaksud kuasa, dan sifat Qadirun bermakna Yang amat Berkuasa oleh itu

Yang amat Berkuasa memberikan kuasa (tenaga) kepada sifat kuasa maka barulah sifat qudrat itu

memperolehi kuasa dan demikianlah kepada sifat-sifat yang lain, oleh kerana itu jelaslah sifat qudrat itu

adalah makhluk.

Para ulamak ilmu Ketuhanan menggariskan beberapa sifat dan istilahnya di dalam keilmuan ini supaya di

fahami oleh manusia untuk permulaan memahami mengenal Allah dan hamba Tuhan, mengenal Tuhan

yang ghaib dan tersirat dan mengenal hamba yang tersirat dan tersurat, dan di sinilah punca

perhubungan di antara yang ghaib dan yang nyata bermula, dan perlulah di ketahui yang mana di

antaranya yang memberi erti di dalam kehidupan manusia dan perhubungannya dengan Tuhan dan

menetapkan yang lebih berkuasa di antaranya, kerana itu para ulamak di dalam bab ilmu ini melahirlah

istilah Nafsiyah, Salbiyah, maani dan Maanawiyah, para ulamak juga menggariskan susunan jumlah sifat

pada setiap bahagian dari sifat tersebut mengikut kesesuaian sifat tertentu kepada setiap bahagian

supaya tujuan ilmu tersebut menepati ilmu akidah dan memberikan kefahaman dengan jelas seperti

yang tersenarai di bawah ini:

1. Sifat Nafsiyah di bahagikan kepada satu iaitu sifat Wujud

2. Sifat Salbiyah di bahagikan kepada lima sifat iaitu Qidam Baqo, Mukholafatuhu Taala Lilhawadis,

Qiamuhu Binafsih dan Wahdaniyah

Page 46: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

46

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

3. Sifat Maani di bahagikan kepada tujuh sifat iaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’a, Bashar, dan

Kalam, Sifat Maanawiyah di bahagikan kepada tujuh sifat iaitu sifat

4. Qadirun, Maridun, Alimun, Hayyun, Sami’un, Bashirun dan Mutakallimun iaitu sifat Asmaul Husna

Kesemua sifat diatas berjumlah dua puluh sifat, dan istilah sifat di berikan kepada semua sifat dua puluh

itu adalah kerana mengelakkan kepada pengamal ilmu ini dari bercakap tentang Zat, akan tetapi jika kita

nahu memahami ilmu yang sebenarnya ialah Nafsiyah itu ialah Zat yang bertaraf Diri Tuhan, Salbiyah

bertaraf Keagungan Tuhan, Ma’ani bertaraf makhluk Tuhan dan Ma’anawiyah bertaraf Asmaul Husna

Tuhan ia itu sifat Tuhan oleh yang demikian taraf sifat itu yang di katakana berdiri atau mengharapkan

pergantungannya kepada Tuhan adalah bertaraf makhluk kerana Tuhan tidak memerlukan

pergantunganNya dengan sesiapa, dan kerana itulah juga di dalam ilmu sifat dua puluh memberi

kefahaman kepada ilmu mengenal Rububiyah dan Uluhiyah atau ilmu di antara Tuhan dan hamba, iaitu

hamba yang tersembunyi ia itu Rohani yang bersumer dari sebahagian dari sifat maani tersebut, atau di

kenali juga sebagai sifat Qahar yang bersumber daripada sifat Maani bukan hamba yang tersurat iaitu

jasad manusia, dan sifat inilah yang di maksudkan yang berdiri atau bergantung pada Zat, iaitu Zat

Maanawiyah (Asmaul Husna) bukan Zat Nafsiyah dan sementara itu Zat Maanawiyah pula berserta

dengan Zat Salbiyah dan Zat Salbiyah pula adalah menunjukkan Keagungan Zat Nafsiyah, ini bererti

Nafsiyah, Salbiyah, Maanawiyah sentiasa berserta dengan sifat Maani, maka di sinilah kefahaman orang-

orang yang mengenal Allah dan mengenal diri supaya meninjau dan memahami ilmu INSAN KAMIL yang

menemukan di antara sifat Qahar dan sifat Kamal Allah swt, pertemuan di antara tiga kumpulan sifat

Salbiyah, Maanawiyah dan sifat Maani yang mana sifat ini merupakan sifat Al Uluhiyah di dalam bab

ilmu Iftiqar, kerana itulah setiap manusia wajib memahami ilmu akidah supaya mereka memahami Alif

Ba Ta ilmu Ketuhanan dan Kehambaan, ia itu hamba yang ghaib dan tersirat yang di kenali secara umum

sebagai makhluk Allah swt, yang diperintahkan kepada manusia supaya mengenal dan

mememikirkannya (Fikirkanlah tentang makhluk Allah) oleh kerana itulah di katakana bahawa sifat

Maani itu adalah bayang-bayang kepada sifat Maanawiyah.

TAUHIDUL AF’AL

Manusia yang masih hidup wajib mempercayai,mengakui bahawa segala Af’al Allah datang daripada

kuasa ke Esaan Tuhan, inilah suatu fahaman akidah yang tidak dapat hendak di nafikan oleh seluruh

manusia, dan Af’al Allah itu membawa maksud segala gerak dan diamnya sekalian makhluk yang di

jadikan Tuhan adalah kerja buat perbuatan Allah di atas takdirNya, jika manusia tersilap menyangka

segala perbuatannya itu atas kuasa mutlak darinya sendiri tanpa di kaitkan dengan takdir maka

terperangkaplah manusia itu dengan perbuatan syirik, ramai di kalangan manusia yang terperangkap

dan memerangkap dirinya ke dalam perbuatan syirik ini kerana kejahilannya atau kemalasannya kerana

tidak mengambil berat dan yakin untuk mempelajari ilmu Ketuhanan dan kehambaan dan tidak kurang

yang mengambil rengan dengan ilmu dirinya sendiri, dan ada di kalangan manusia yang menamakan

ilmu Af’al Allah ini sebagai ilmu takdir daripada Tuhan kerana itu mereka selalu mengingatkan diri

mereka dengan selalu berdo’a.

Maksudnya: Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang datang daripadaMu

Page 47: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

47

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Manusia berlindung dan mengharapkan kepada Tuhan supaya segala takdir kejahatan dan kecelakaan di

jauhkan daripada kita kerana tiada siapapun yang berakal merasa rela menerimanya tambahan lagi

takdir yang buruk itu datang tanpa di ketahui datang dari Tuhan, walau bagaimanapun takdir kejahatan

pasti ada hikmah di sebaliknya.

Dan lagi FirmanNya:

Maksudnya: Katakanlah olehmu segala sesuatu itu datang daripada Allah

(An Nisa 78)

Ayat yang di atas menerangkan bahawa setiap sesuatu itu datang daripada Allah, dan sesuatu itu

dimaksudkan pula secara syumul sama ada makhluk ciptaanNya ataupun setiap sesuatu itu bermaksud

segala pergerakkan alam datang daripadaNya atau apa juga takdir yang berlaku kepada sekalian

makhlukNya adalah datang di sebabkan atas kehendakNya.

Terlalu banyak ayat Al Quran yang menyebut tentang Af’al Allah di antaranya Allah berfirman:

Maksudnya: Allahlah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu lakukan

(As Shofat 97)

Maksud ayat yang di atas ini ialah Allah menerangkan bahawa Dialah yang menjadikan manusia (kita)

sama ada zahir dan batinnya dan Dialah juga yang menggerakkan manusia itu.

Dan lagi firmanNya:

Maksudnya: Tidaklah kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allahlah yang melempar

(Al Anfal 17)

Ayat yang di atas menerangkan bagaimana kuasa melempar yang datang nya daripada manusia itu di

anggap sebagai kuasa yang terdapat daripada manusia, akan tetapi sebenarnya adalah datang daripada

Allah swt, inilah rahsia kombinasi sifat Qahar dan sifat Kamal yang kebanyakkan manusia tidak

mengetahuinya kerana ia di anggap soal remeh dan memeningkan akal dan jangan ada hendaknya

manusia menjadikan pengetahuan yang hak itu sebagai mangsa kepentingan didi dan kuasa wal hal ia

suatu yang wajib di ketahui kerana akal adalah makhluk dan dia perlu beribadat dengan menggunakan

akal tersebut dan demikianlah juga kehidupan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini, dan

kebanyakkan manusia tidak mengetahui bahawa akal itu adalah yang tersirat yang menentukan hala

tuju manusia mengabdikan diri kepada Allah, juga manusia perlu berfikir bagaimana sesuatu perbuatan

itu dapat di laksanakan jika akal tidak memainkan peranannya apabila hendak melakukan sesuaru

rancangan yang sempurna, dan manusia juga perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu itu adakah

terlarang atau di perintah.

Dan lagi firmanNya:

Maksudnya: Dan tidaklah kamu yang berkehendak melainkan apa yang di kehendakki oleh Allah

Page 48: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

48

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

(At Takwir 29)

Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kehendak setiap manusia itu sebenarnya adalah kehendak Allah

swt, dan kehendak Allah itu adalah takdir yang di timpakan kepada manusia mengikut taraf sifat dan

sikap nafsu seseorang itu, kerana itulah manusia perlu melihat fungsi akalnya supaya berikhtiar untuk

menyelamatkan dirinya dengan mencuci sikap hawa nafsunya,tidak boleh bersikap jabariyah kerana

Allah telah mengurniakan manusia akal untuk berikhtiar bagi menyelamatkan diri mengikut arahan

Tuhan di dalam Al Quran dan di sinilah setiap manusia perlu bertanyakan kepada dirinya tentang faedah

apa Allah kurniakan kepadanya akal dan akal itu hendaklah di rujuk kepada konsef jabariyah sama ada

boleh mendatangkan faedah kepada kehidupan manusia ataupun tidak atau apa yang sebenarnya

konsef jabariyah tersebut di dalam kehidupan manusia dan ketika mana ia perlu di gunakan di dalam

kehidupan ini tidak bermakna sifat jabariyah itu tidak perlu ada akan tetapi ia perlu di lihat dari konsef

kehidupan seorang manusia yang bertugas sebagai khalifah di bumi bagi menunaikan perintah Allah swt

dan jabariyah bukanlah suatu konsef yang mendorong manusia berlepas tangan dengan tugas sebagai

khalifah jika ia di rujuk kepada fungsi akal yang sentiasa berfikir kepada soal kebaikkan dan

kesempurnaan.

MERAGUI TAKDIR

Meragui takdir daripada Allah swt adalah berdosa dan boleh merosakkan keimanan seseorang dan

seterusnya boleh menjadi sesat yang nyata kerana ada kemungkinan sebahagian manusia menyalahkan

ketentuan takdir Tuhan, tambahan pula jika ada yang membaca firman Tuhan di dalam surah An Nahl

ayat 93, Firman Allah:

Maksudnya: Jika Allah berkehendak tentulah Dia menjadikan kamu satu umat akan tetapi Dia akan

sesatkan siapa yang dikehendakiNya, dan Dia berikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki,

sesungguhnya kamu akan di Tanya apa yang kamu kerjakan.

(An Nahl 93)

Ayat di atas menunjukkan kekuasaan Tuhan untuk menentukan takdir seseorang tersebut sama ada

Tuhan hendak sesatkan ataupun tidak, sepintas lalu kelihatan berlaku buruk sangka terhadap Tuhan

kerana ketidak adilanNya terhadap konsef takdir Tuhan terhadap hambaNya, ada di kalangan hambaNya

yang merasa keciwa dengan ketentuan ini seolah-olah ada pilih kasih diantara seorang hamba dengan

hambaNya yang lain, persoalannya adakah adil sifat kasih sayang Allah yang sedemikian rupa?

Bagaimana penilaian Allah terhadap sekalian hambaNya? semuanya ini wajib di jawab mengikut

ketentuan Tuhan di dalam banyak amaranNya di dalam Al Quran, dan kepada orang-orang yang beriman

sepatutnya mereka tidak meragui akan keadilan Tuhan dan mereka perlu membaca diri sendiri terlebih

dahulu sama ada mereka sudah menepati hidup sebagai seorang hamba kepada Tuhan atau hidup

sebagai sekutu syaitan dan hawa nafsunya yang jahat lagi syirik, cuba kita tinjau ayat-ayat ketentuan

Tuhan terhadap manusia sehingga menyamakan manusia seolah-olah dikelasifikasikan sebagai haiwan

dan syaitan sebagaimana firmanNya,

Page 49: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

49

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Maksudnya: Sesungguhnya sejahat-jahat binatang yang melata disisi Allah ialah orang kafir kerana tidak

mahu beriman.

(Al Anfal 55)

Ayat yang di atas di tujukan kepada orang-orang yang tidak mahu beriman kepada perkara keimanan, ini

bererti hanya orang kafir yang tidak mahu beriman, jika mereka beriman tentulah mereka tidak di tuduh

sedemikian rupa dan tentulah mereka melaksanakan peraturan Tuhan dengan sewajarnya dan Allah

juga berfirman di dalam Al Quran,

Maksudnya: Dan demikianlah Kami jadikan tiap-tiap Nabi itu musuh iaitu syaitan dari jenis manusia dan

Jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan yang menarik untuk

menipu manusia, jika Tuhan menghendakki, nescaya mereka tidak mengerjakannya maka tinggalkanlah

mereka dengan apa yang mereka ada-adakan

(Al-An’am 112)

Firman Allah swt di atas jelas menunjukkan bahawa Allah telah menjadikan syaitan jenis manusia dan

syaitan dari jenis keturunan Jin sebagai musuh kepada Nabi-nabi sebagai ujian terhadap mereka dalam

menjalankan Tugas amanah daripada Tuhan, Nabi-nabi yang diperintahkan oleh Allah swt supaya

menyampaikan cara kehidupan yang telah di tetapkan oleh Allah dengan peraturanNya dan mengikut

kesesuaian asal anasir manusia itu ternyata mendapat tentangan daripada kedua-dua jenis syaitan

tersebut semata-mata kerana keangkuhan dan ketakburan sikap mereka yang semula jadi daripada Allah

sebagai ujian kemantapan keimanan terhadap manusia yang beriman, dan di sinilah rahsia kejadian

setiap sesuatu alam itu wajib di ketahui oleh orang-orang yang beriman dan Allah tidak menjadikan

sesuatu jenis makhluk itu dengan sia-sia melainkan ada hikmah yang tersirat yang perlu di fahami oleh

manusia, ertinya manusia wajib memahami kerja mereka dan syaitan perlu memahami kerja mereka,

namun apa yang dapat kita lihat ialah hanya syaitan sahaja yang patuh dengan kerja mereka sementara

manusia tidak memahami tugas mereka sebagai seorang manusia, sebab itulah rahsia dari Tuhan yang

mengatakan jika Tuhan menghendaki nescaya merka tidak mengerjakannya, ertinya kerja permusuhan

syaitan itu adalah restu daripada Allah juga untuk menguji manusia sejauh mana manusia hidup secara

manusia sebagaimana yang telah di sampaikan oleh Nabi-nabi, jika apa yang telah di sampaikan oleh

Nabi-nabi itu tidak di ikut atau di remeh temehkan atau di provokasikan maka izin Tuhan kepada syaitan

untuk menyesatkan manusia adalah tinggi dan Tuhan pasti berkehendakkan atau mengizinkan kepada

syaitan untuk menjadikan Nabi-nabi sebagai musuh, sebab itulah juga Allah menyatakan “Demikianlah

Kami jadikan setiap Nabi itu musuh” dan selepas Nabi-nabi pewaris Nabi-nabi pula, golongan inilah pada

peringkat awalnya menerima ujian yang awal daripada Allah, dan tidak kurang daripada mereka itu (dari

pewaris nabi) kecundang kerana kepentingan jawatan dan kehidupan, cuba kita bayangkan apa akan

terjadi jika golongan yang bukan dari kalangan Nabi-nabi dan pewarisnya yang di uji pada peringkat awal

pengembangan agama daripada Allah tersebut maka sudah tentu manusia semuanya akan menjadi

syaitan, kerana itulah manusia patut menghormati ulamak, jangan sampai ada manusia yang

memandang bodoh dan jijik terhadap golongan ini kerana ketayap dan songkoknya yang lusuh, namun

kerananyalah roh ajaran Nabi-nabi itu melindungi kamu dan di akhirat nanti kamu akan dapat

melihatnya walaupun di dunia ini kamu mencemuhnya.

Page 50: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

50

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

KETENTUAN TUHAN

Ketentuan tetap berlaku sepanjang kehidupan manusia kerana ketentuan itu adalah majhul (ketentuan

yang tidak di ketahui) terhadap kehidupan manusia yang menyebabkan manusia merasa gelisah, jika

tidaklah kerana majhul mungkin manusia dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi takdir, namun

takdir tidak mengizinkan sedemikian kerana ia mendorong kepada akidah yang sempit dan amalan yang

bermusim, apa yang penting ialah manusia di kehendakki oleh Allah dalam keadaan yang sentiasa

bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan, di dalam Al Quran Allah berfirman:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) tidak sesekali akan menimpa kami melainkan apa yang

telah di tetapkan (Allah) bagi kami, Dialah Pengawal menyelamatkan kami, kepadaNyalah orang orang

beriman menyerahkan diri

Ayat yang di atas Allah swt memberikan panduan kepada manusia supaya memahami konsef takdir

daripada Allah swt iaitu ketetapan daripada Allah swt itu adalah kata putus tertimpanya segala takdir

sama ada baik ataupun buruk, sama ada kecelakaan atau segala mushibah kerana Dialah yang mengawal

semua makhluknya termasuk manusia, akan tetapai di sana ada syarat yang kelihatan mampu di jadikan

tauladan iaitu orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah swt dengan syarat ilmu dan amalan dan

dengan syarat berusha tanpa melakukan penyekutuan kepada Allah swt dan ini perlu di fahami dan

mencari ilmu yang berkait dengan tawakkal, bukan setakat ucapan mulut sahaja tanpa memahami ilmu

tawakkal tersebut, dan sesungguhnya konsef takdir yang membawa kepada Af’al Allah itu tersangat luas

dan perlu berhati-hati memahaminya, apa yang penting ialah setiap takdir sama ada baik ataupun buruk

itu mesti di kaitkan dengan sebab dan musabab sama ada dari kebodohan dan kecerdikkan kita

sebagaimana firman Allah swt menyatakan:

Maksudnya: Sesungguhnya berbahagialah orang yang membersihkan dirinya, dan sesungguhnya

celakalah orang yang mengotorkan dirinya

(As Syam 9, 10)

Ayat yang di atas menerangkan kepada kita bahawa orang yang membersihkan dirinya (Membersihkn

diri yang di dalam) akan berbahagia dan kepada yang tidak mempedulikan dirinya atau mengotorkan diri

akan di tetapkan oleh Allah dengan takdir keburukkan, ini menunjukkan ada ikhtiar daripada manusia

untuk selamat kerana rahsia akal yang di kurniakan Allah kepada mereka, kerana itulah manusia wajib

mengenal dirinya supaya mereka memahami diri manakah yang perlu di bersihkan, apabila diri sudah

bersih maka Allah akan memelihara kita dari takdir yang kita benci mengikut pandangan Allah swt jika

kita kotorkan diri kita maka Allah akan berikan takdirnya mengikut diri yang kotor, sebab itu manusia

kena belajar perkara diri yang tersirat iaitu diri tempat penilaian Allah swt

Dan lagi Allah berfirman:

Maksudnya: Tiada sekutu baginya, dan demikianlah aku di perintah, dan aku adalah Muslim yang

pertama

Page 51: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

51

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

(Al An’am 163)

Selain daripada ayat yang menerangkan kepada manusia supaya mensucikan diri, Allah juga

menetapkan supaya manusia membuat pengakuan supaya tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu

daripada alam ciptaaNya, kerana tidak menyekutukan Allah adalah konsef umat manusia yang awal

sejak daripada alam Roh lagi di mana ketika itu diri sebenar diri manusia telah membuat pengakuan

“Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah” ketika mana pada waktu menjawab pertanyaan Allah

ALAS TUBIROBBI KUM (Tidakkah Aku ini Tuhan kamu?)

Sebenarnya manusia perlu memahami bahawa diri kita yang tersirat telahpun di jadikan oleh Allah swt

lebih awal daripada diri yang zahir iaitu jasad manusia, iaitu diri yang telah di tetapkan oleh Allah yang

datang daripada Allah dan kembali kepadaNya, dan apabila kedua-dua konsef membebaskan diri

daripada syirik dan mensucikan diri di atas maka barulah Allah swt mengampunkan manusia apabila

manusia itu memohon ampun dan barulah Allah menimpakan takdir yang baik dan mendorong manusia

kepada kebaikkan serta beberapa taufik dan hidayahNya, apa yang penting ialah setiap kerja buat kita

hendaklah menuju kepada redha Tuhan dan sesame manusia kerana itu lah manusia di berikan oleh

Allah suatu ketenangan dari jaminanNya sebagaimana firmanNya di bawah ini

Firman Allah swt:

Maksudnya: Bahawa Tuhanku telah mengampuni aku dan aku di jadikan daripada golongan yang di

muliakan

(Yasin ayat 27)

Sebenarnya manusia dapat merasakan keampunan daripada Tuhan setelah semua yang menggagalkan

kehidupannya masa yang lalu berlalu dengan merasakan ketenteraman di dalam jiwanya dan

ketenangan akal dan penambahan rezekinya daripada Allah swt dan merasa ringan pula melakukan

ibadat kepada Allah dengan dapat nerasakan ketenangan di dalam kehidupan, dan di dorong juga oleh

Allah perasaannya kepada kerja untuk melaksanakan hukum-hukum Allah dan merasakan dirinya

berdosa jika membiarkan suatu golongan yang memperjuangkan hukum Allah tidak di bela dengan

sewajarnya, sepatutnya umat islam sentiasa mencari punca kelemahan yang ada pada dirinya terutama

pada sikap hawa kepada nafsunya yang tersirat dan tersorok di dalam lubuk hatunya yang mana tempat

tersebut sentiasa di nilai oleh Allah swt sebagaimana firmanNya:

Maksudnya: Dan tidaklah ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya, kerana

tidak mendapat hidayat daripada Allah

(Al Qashas 50)

Didalam keilmuan ini apabila kita telah menyentuh soal Tauhidul Zat, Asmak, Sifat dan juga Af’alNya

maka terkumpullah ilmu kalimah tauhid di situ ia itu kalimah LA ILAHA ILL ALLAH, oleh kerana mahu

mencari yang tersirat maka Zat, Asmak Sifat itu adalah tersirat dan yang tersuratnya adalah Af’alNya

kerana dia dapat di lihat dan juga di nilai, kerana itulah nilai ghaib adalah ghaib biasa dan ghaib luar

biasa (Ghoibul ghuyub). Ghaib luar biasa tidak dapat kita melihatnya hanya dapat melihat kerja

Page 52: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

52

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

bekasNya sementara ghaib yang biasa dapat di lihat melalui mata hati iaitu qalbun dan qalbi, itupun

sekiranya kedua matahati itu dicuci dengan zikirullah mengikut kaedah yang di tetapkan.

MENCARI TERSIRAT 2

Dalam mencari yang tersirat peringkat kedua ini penulis bawa kepada konsep mengenal diri jenis

makhluk yang bernama manusia yang menjadi khalifah di bumi secara ringkas, sebagaimana yang di

ketahui umum manusia adalah makhluk yang di jadikan Tuhan sama dengan makhluk yang lain, asal usul

awalnya di katakana daripada Nur, ertinya daripada Allah sebagaimana firmanNya menyatakan KULLA

MIN INDALLAH (setiap sesuatu itu daripada Allah), sedangkan Allah itu adalah Nur, memandangkan

manusia ini adalah jenis makhluk yang berdarjat tinggi jika di bandingkan dengan makhluk Allah yang

lain, dengan pengurniaan akal kepada mereka maka manusia perlu membuat penilaian kepada dirinya

sendiri, iaitu dengan membandingkan diri mereka dengan makhluk Allah yang lain, oleh kerana itu

manusia perlu keluar daripada sifat makhluk kepada sifat manusia, dan daripada sifat manusia kepada

sifat Insan Kamil, dan dengan taraf Insan Kamil lah baru manusia itu menjadi sempurna sebagaimana

firman Allah menyatakan:

Maksudnya: Sesungguhnya Kami jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian, kemudian Kami kembalikan

mereka ke tempat tang hina

(At Tin 4, 5)

Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa Allah swt telah menjadikan manusia sebagai makhluk yang

sempurna jika di bandingkan dengan makhluk yang lain, dan kemudiannya akan di kembalikan di sisi

Allah swt sebagai makhluk yang hina, ini menunjukkan bahawa ada perbezaan pada darjat manusia itu

kerana setelah Allah jadikan dengan sempurna mana mungkin di kembalikan pada tempat yang hina?

inilah bukti yang kukuh yang menunjukkan manusia itu mempunyai darjat tertentu, sebagai satu contoh

adakah manusia beribadat kepada Allah masih berdarjat makhluk atau berdarjat manusia ataupun

berdarjat Insan Kamil, itulah sebabnya para ulama’ membezakan taraf manusia itu kepada beberapa

darjat supaya dengan memahami darjat tersebut dapatlah manusia melaksanakan tugasnya kepada

Allah dengan sempurna sejajar dengan kesempurnaan tersebut, dan kerana itulah manusia perlu

mengenali dirinya dan statusnya sebagai manusia yang sempurna dan kerana itulah ulamak menyatakan

(Sesiapa mengenal dirinya ia mengenal Tuhannya, dan sesiapa mengenal dirinya maka binasalah ia) ayat

ini menunjukkan bahawa Man ini secara am sama ada manusia ataupun bukan manusia jelasnya Man ini

adalah bertaraf makhluk, namun apabila ia mengenal dirinya Nafsahu maka barulah ia mengenal

TuhanNya yang bernama Rabbahu, iaitu Tuhan yang bertaraf Laisa kamislihi syai un (Yang tidak berupa

apa juapun) ini bererti manusia Man ini jika kita bawa kepada pengertian manusia maka ia akan

membawa kepada manusia yang jenis Laisa kamislihi syai un iaitu manusia yang batin atau di kenali

sebagai Insan atau di kenali juga sebagai diri sebenar diri yang bertaraf nyawa atau Nafas, ia adalah

sebahagian daripada diri Rohani, fungsinya adalah sebagai menghidupkan diri jasmani ataupun diri yang

bernama diri terperi yang fungsinya di dalam batang tubuh sama ada yang turun dan naik ataupun yang

keluar dan masuk pada jasad manusia yang anasirnya yang terdiri daripada Nafas, Nufus, Ampas dan

juga Tanafas dan yang sentiasa mengingat Allah tanpa henti-henti, sesungguhnya diri manusia yang

Page 53: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

53

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

bertaraf Man dan Nafsahu ini wajib di kenali, dan ibadahnya pun wajib juga di kenali, inilah nilai sebenar

manusia, dan pada garis kasar mengenal diri ini adalah patut di huraikan juga taraf diri yang lain, iaitu

diri kedua penting didalam kehidupan yang diberikan nama diri terperi yang terdiri dari komponen

rohani yang di kenali sebagai Roh, Akal dan juga nafsu, ia juga di kenali sebagai Ruhul Yaqazah yang

fungsinya menentukan jasmani manusia berdaya dan berupaya kerana itu orang sofi dan juga orang

yang memahami jalan diri menyatakan

Maksudnya: Bahawa tiap-tiap jasad itu ada dua Roh, salah satu dari keduanya ialah Roh Yaqazah (Roh

menjagakan) yang di tentukan oleh Allah adat, jika ia berada pada jasad, jadilah manusia itu jaga, maka

apabila ia keluar daripadanya (jasad) maka tidurlah manusia itu, dan berlaku lah mampu, yang lagi satu

ialah Ruhul Hayat (Nyawa) yang di tentukan Allah adat, jika ia berada pada jasad maka hidup lah jasad,

apabila ia berpesan daripada badan mati lah manusia (jasad) dan kedua-dua jenis Roh ini berada dalam

jasmani manusia, tiada yang mengetahui tempat ketetapannya melainkan Allah atas urusan itu

Ayat yang di atas menerangkan bahawa didalam jasad manusia itu terdapat dua jenis Roh, satu

dikatakan bernama Ruhul Yaqazah yang terdiri daripada Roh, Akal dan Nafsu, yang mana Ruhul Yaqazah

ini juga di kenali sebagai hati, ia memberikan fungsi kepada manusia supaya hidup bererti, dengan

adanya Roh di dalam jasad maka ia dapat memberikan kekuatan dan keupayaan kepada setiap

komponen jasmani, Akal pula dapat memberikan kuasa berfikir, mengingat, dan berperasaan dan

menyimpan segala maklumat masa silam dan semasa, sementara fungsi yang terdapat pada anasir hawa

Nafsu pula ialah untuk melahirkan sikap berkeinginan, berkecenderungan dan mempengaruhi serta

mendorong kepada sesuatu pergerakan untuk menyempurnakan niat yang datang daripada akal, Ruhul

Yaqazah ini jika dia masih berada didalam jasad maka manusia akan menjadi aktif dengan berkesedaran

sebagaimana manusia semua maklum, dan apabila ia keluar daripada jasad maka jasmani menjadi hilang

keupayaan aktifnya secara total semua ini adalah atas ketentuan Allah yang mentadbir dan mengatur

alam ciptaanNya, di dalam Al Quran pada surah Az Zumar ayat 42 Allah menyatakan bahawa Ruhul

Yaqazah ini di tahan kemudian di lepaskan, jika di lepaskan bermaksud jasad menjadi aktif dan

peranannya dapat di lihat dan apabila ditahan maka jasad menjadi hilang berkeupayaan, hilang fungsi

minat, dan hilang keupayaan untuk berfikir, maka jadilah jasad tidak bermaya dengan istilah tidur,

sebagaimana yang telah di terangkan Allah di dalam surah Al An’am ayat 60, sementara satu lagi jenis

Roh dinamakan Ruhul Hayat atau di kenali sebagai nyawa kepada jasad, atau dikenali juga sebagai Insan

batin, Ruhul Hayat (Roh menghidupkan) ini selagi ia tidak keluar daripada jasmani maka jasad tidak akan

mati, ertinya manusia tidak akan mati-mati selagi ia tidak keluar daripada jasad, akan tetapi apabila ia

keluar maka jasad manusia akan mati dan menjadi busuk atau hilang ghaib, sementara Ruhul Yaqazah

akan mengikutinya kemana saja ia berada. Sebenarnya Rohani yang terdiri daripada anasir Roh, Akal,

Nafsu dan Nyawa adalah makhluk yang tersirat dan yang berhak di istilahkan sebagai diri yang sebenar

kepada manusia, dialah yang lebih awal Allah jadikan sebelum Allah ciptakan manusia dari jenis yang

tersurat dan yang menjadi kepada rumah Rohani tersebut, kaedahnya samalah juga dengan kita

memilikki tempat kediaman yang mana kita boleh keluar dan masuk dan memeliharanya dengan baik

supaya dapat tinggal lama di situ, kerana itulah kita perlu selalu berdo’a kepada Allah atas rasa syukur

apabila Rohani itu di kembalikan Allah kedalam jasmani supaya dapat meneruskan kerja khalifah di bumi

ini (Segala pujian bagi Allah yang telah mengembalikan Rohku kepadaku, dan yang telah menyegarkan

Page 54: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

54

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

pada tubuhku) do’a ini menunjukkan bahawa Rohani (Ruhul Yaqazah) itu boleh keluar dan masuk

kedalam jasad manusia atas keizinan Allah swt. Rohani dan komponennya mempunyai istilah yang

tersangat banyak sehingga ia memeningkan akal manusia untuk memikirkannya, pada pandangan

penulis istilah yang berbagai-bagai itu adalah cara seseorang itu berguru mengikut fahaman tarikat-

tarikat yang tertentu sahaja, apa yang lebih penting ialah meyakini ianya ada di dalam jasad manusia

dengan dalil-dalil nas Al Quran dan hadis Rasullullah saw, ini bererti jika orang yang tidak selalu merujuk

kepada Al Quran atau berwirid dengannya maka ia tidak akan berjumpa dengannya malah ada yang

menafikan atau membuat tuduhan yang tidak ada asas terutama pada golongan yang athies dan tiada

keimanan yang kukuh dan melulu atau mencegah daripada membincangkannya kerana ia di katakan itu

hanya urusan Allah walaupun ia di muatkan di dalam Al Quran yang menjadi asas panduan kehidupan

manusia yang di turunkan daripada langit oleh Allah kepada manusia. Sememangnya manusia buat

zaman akhir ini terlalu meragam dengan istilah kerohanian ini malah ada yang tersangat takut dengan

istilah tersebut kerana di katakana tersangat bahaya kepada kepentingan mereka walaupun ianya benar

mengikut Nas, dan tidak kurang pula yang mengatakan yang ghaib hanya Allah sahaja yang

mengetahuinya, dalam masa yang sama mereka percaya pula kepada Allah yang Maha ghaib dan di

tuntut pula untuk mempercayainya serta mengenaliNya, demikian juga kepada malaikat yang ghaib

serta syaitan yang ghaib, bagi penulis orang yang sedemikian rupa tinggalkan saja mereka itu, nanti di

akhirat mereka boleh menyaksikan apa yang benar dan yang salah dan manusia bukanlah terus hidup

dan hidup terlalu lama untuk membuktikan fahaman mereka itu. Hanya orang yang Allah tunjukkan

jalan saja yang memahami dan meyakini perkara yang ghaib itu kerana mereka dapat melihat dengan

mata hatinya yang di izinkan oleh Allah swt (Hati orang yang arif mempunyai mata memandang,

matanya dapat melihat apa yang tidak dapat di lihat pandangan biasa)

PERHUBUNGAN ROHANI DAN ALLAH

Di dalam masalah perhubungan Allah dan Rohani itu perlu di pelajari dengan penuh hati-hati kerana ia

tersangat seni dan kritis, jika tersilap memahamkannya boleh menjadi tersesat dan terkeluar daripada

fahaman akidah yang sebenar, oleh kerana perhubungannya dengan Allah ini suatu yang berbentuk

kerohanian maka manusia perlu mempelajari ilmunya dengan betul dan bertanyalah kepada orang yang

Arif, di dalam Al Quran Allah berfirman (Dan ia tetap beserta kamu di mana juga kamu berada) Al Hadid

4. ayat ini mengesahkan bahawa berlaku perhubungan di antara yang tersirat dengan yang Maha

tersirat iaitu perhubungan Rohani dan Allah swt, jika perhubungan ini tidak berlaku maka tidaklah alam

ini menjadi kenyataan dan tidaklah menjadi bermakna sama sekali, kerana itulah manusia di tuntut

mempelajarinya, jika tidak manusia sentiasa berada di dalam keadaan syirik dan syirik itu adalah

perbuatan yang terkutuk dan di kutuk oleh Allah swt, oleh kerana perhubungan di antara Rohani ini

tersangat penting maka umat manusia wajiblah mempelajari asas-asas ilmu itu dahulu sebelum benar-

benar memahaminya kerana ilmu ini di sentoh secara amnya sahaja di dalam Al Quran, kerana itu

ulamak berijtihad untuk menyusun mengikut Nas yang terdapat di dalam Al Quran dan Hadis Rasullullah

saw, sehingga kedudukkannya dapat difahami walaupun tidak semestinya menepati maksud yang

sebenarnya, namun apa yang penting jangan sampai terjebak dengan perbuatan syirik, kerana itu

penulis menganjurkan supaya di pelajari ilmu ini dengan ilmu sifat dua puluh yang berasaskan

kerohanian, jika tanpa kerohanian maka ia tidak akan membawa kepada kefahaman yang sebenar dan

Page 55: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

55

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

tidak akan bertemu dengan ilmu kerohanian, adapun ilmu kerohanian ini di sebut oleh Allah di dalam Al

Quran sebagaimana firmanNya

Maksudnya: Dan mereka bertanyakan kepadamu tentang Roh, katakanlah “Roh itu adalah urusan

Tuhanku, dan kamu tidak di berikan ilmu (tentangnya) melainkan sedikit sahaja

(Bani Israil 85)

Ayat yang di atas adalah menunjukkan bukti kokoh tentang ujudnya makhluk yang bernama Roh

(Kerohanian) tersebut, makhluk ini di cipta oleh Allah untuk mengabdikan dirinya kepada Allah dan

telahpun mengakui bahawa dia telah membuat pengakuan di alam Roh, demikian di terangkan oleh

tafsir Al Quran pimpinan Ar Rahman pada bab petunjuk ayat muka surat 1465 bab tauhid dan rujukkan

pada ayat Al A’araf 172 dan di katakan juga Roh itu adalah kepercayaan Tauhid dan rujukkannya pada

ayat Al Baqarah 255 ini menunjukkan bab Roh ini adalah persoalan akidah dan juga di katakan bahawa

orang yang tidak mengambil berat tentang tauhid adalah golongan orang-orang kafir yang fanatik buta.

Kita kembali kepada ayat bani Israil ayat 85 yang menerangkan bahawa Roh itu di uruskan oleh Allah

dan ilmu tentangnya di perkenalkan oleh Allah hanya sedikit, maksudnya tidak meluas

Apa yang kita kena faham ialah soal ilmu Roh yang sedikit itu ialah supaya manusia tidak menyelidik ilmu

tentangnya secara meluas, umpamanya Roh itu di jadikan oleh Allah daripada bahan apa? sepertimana

Allah jadikan Adam daripada tanah, kerana soal kerohanian ini bukanlah setakat Roh sahaja akan tetapi

apa-apa yang berbentuk kerohanian adalah termasuk ilmu Rohani, iaitu ilmu makhluk yang tidak dapat

di lihat dengan mata kasar, kepada umat islam jika mereka mengkaji Roh maka itu adalah satu bab

sahaja dari bab kerohanian tersebut maka tidaklah wajar bagi manusia takut untuk mengkajinya malah

yang di kaji itu ada di dalam batang tubuhnya sendiri, lojiknya apa yang ada didalam rumah kita pun

wajib kita mengetahuinya atau apa yang terdapat di dalam poket kitapun wajib kita mengetahuinya

sama ada yang benar ataupun yang salah, didalam asas ilmu Roh ini jika kita katakana bahawa ia di

uruskan oleh Allah maka asas ilmu iftiqar pada ilmu sifat dua puluh adalah yang paling tepat untuk kita

memahaminya kerana ilmu Roh itu berlegar pada sifat Qahar Allah swt dan yang menguruskan Roh itu

adalah sifat Kamal Allah swt, yang mana ia di kuasai oleh ke Esaan Allah itu sendiri, jika tidak mana

mungkin manusia boleh memahami ilmu Roh itu jika tidak melalui ilmu tersebut inilah satu-satu ilmu

yang lebih terang dan jelas untuk di fahami, namun ilmu ini pula menjadi bahan ketakutan manusia

untuk mempelajarinya kerana di katakan merbahaya dan di rujuk pula kepada sebab dan musabab

pandangan mazhab wahabi yang telah mengharamkan ilmu sifat dua puluh itu kerana di katakan

membawa kepada kemunduran dan khurafat

NILAI KEROHANIAN

Allah swt menilai makhluk kerohanian ini dengan nilai yang tinggi dan utama, namun manusia

memandang rendah dan tiada nilai, jika manusia menilainya sudah pasti manusia mempelajarinya dan

mengambil berat tentangnya, sehinggakan makhluk Allah yang bernama Malaikat dan Jin pun di

perintah oleh Allah sujud kepadanya, sebagaimana firmanNya:

Maksudnya: Maka apabila Aku sempurnakan dia (Adam) dan Aku tiupkan padanya Roh dariKu maka

hendaklah kedua kamu sujud kepadanya

Page 56: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

56

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

(Al Hijr 29)

Ayat yang di atas menerangkan selepas sahaja Allah swt mencipta Adam dengan sempurna (Berbentuk

manusia) maka Allah pun meniupkan Roh (ciptaan) Tuhan ke dalam jasad Adam, selepas itu Allah swt

memerintahkan kepada Malaikat dan Jin sujud kepada Adam, ayat ini jelas menunjukkan bahawa nilai

Roh itulah yang menyebabkan Allah swt memerintahkan keduanya sujud kepada Adam, ertinya Roh

inilah yang bernilai di sisi Allah swt walhal jika nilai Adam terletak pada batang tubuh Adam (jasmani)

maka lebih awallah Allah perintahkan kedua makhluk itu sujud, dan sebenarnya pada Roh itulah

terletaknya nilai kemanusiaan tersebut, oleh kerana nilai manusia ada pada Roh mengapa manusia tidak

mahu mengenal Roh sehingga ada yang menakutkan untuk mengenalnya? malah ada yang melarang

untuk mempelajarinya, dan jika kita menganggap bahawa manusia itu adalah makhluk yang sempurna

maka yang menyebabkan kesempurnaannya adalah Roh, ini juga bererti bahawa yang tersirat itu adalah

Roh kerana yang tersiratlah maka manusia menjadi mulia ini jelas jika perhatikan benar-benar peristiwa

lurutan ayat Al Hijr 29 di atas, manusia yang telah di lengkapkan oleh Allah Akal tentunya tiada berasa

masalah untuk memahaminya, kerana itu janganlah manusia terlalu tertekan dengan larangan oleh

pemikiran dan pandangan orang yang berfikiran sempit tentang memperkatakan tentang Roh tersebut,

Allah swt juga tidak menegah manusia untuk memikirkan tentangnya secara biasa, kerana itulah Allah

swt menyatakan “kamu tidak di berikan ilmu Roh itu kecuali sedikit”.

LAILATUL QADAR SUATU ANALISA

Kita perhatikan dahulu ayat Al-Qur’an yang berhubung dengan peristiwa ini, kerana bukan sahaja orang-

orang tasauf dan kerohanian yang menunggu-nunggu akan masa, hari dan waktu tersebut bahkan

orang-orang awam juga menunggu sama kerana mahu keberkatannya.

Firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam kemuliaan dan sudahkah engkau

tahu, apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih utama daripada seribu bulan, turun

malaikat dan roh pada malam itu dengan izin Allah, mereka membawa pokok-pokok (berkat) dari tiap

perintah, sejahtera dia sehingga terbit fajar.

(Al-Qadr 1-5)

Ayat 1, Allah menerangkan Kami (Asmak) telah menurunkannya, iaitu menurunkan suatu anugerah

kepada hambaNya, ia merupakan anugerah yang tinggi dibawakan oleh malaikat dengan izin Allah pada

malam kemuliaan, maksudnya ialah suatu malam yang penuh berkat. Para pentafsir bermacam-macam

pandangan tentang malam kemuliaan tersebut, ada yang mengatakan pada 17 Ramadhan, ada yang

mengatakan 24 Ramadhan, ada yang mengatakan 21 Ramadhan, ada yang mengatakan 1 hingga 30

Ramadhan, akan tetapi ramai para ulama’ yang mengatakan pada 10 akhir daripada bulan Ramadhan

tersebut. Mereka menyatakan berbagai-bagai alasan tentang masanya dan ada pula yang mengatakan

malam tersebut tidak berlaku langsung kerana apa yang sebenarnya tentang malam itu ialah berlaku

hanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w sahaja iaitu pada masa Nuzul Al-Qur’an iaitu pada 24 Ramadhan

sehinggalah 23 tahun sesudah itu (10 tahun di Mekah dan 13 tahun di Madinah). Baginda berhubung

dengan Tuhannya dialam Malakut sehingga sempurnalah Al-Qur’an itu. Selepas waktu itu tidak ada lagi

malam Lailatul Qadar tersebut, dan berbagai-bagai pandangan yang dibuat dengan alasan-alasan yang

tertentu dan hikmahnya.

Page 57: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

57

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Malam kemuliaan atau malam Lailatul Qadar itu dikatakan lebih utama daripada 1,000 bulan iaitu

bersamaan 83 tahun 4 bulan, turun malaikat dan roh pada malam itu, maksudnya turun malaikat Jibril

(yang juga dikenali sebagai roh iaitu Ruhul Amin, Ruhul Quds). Semua istilah itu dipegang oleh malaikat

Jibril kerana hanya malaikat Jibril sahaja yang bertugas membawa khabar gembira. Baginda dapat

melihat rupa Jibril 2 kali dalam keadaan sebenar dan menyamar sebagai manusia biasa sekali iaitu

menyerupai sebagai seorang sahabat Nabi bernama Dahiyyah Al-Kalby semasa baginda bersama-sama

para sahabatnya. Setiap kali Jibril turun, ia akan membawa pokok-pokok yang bererti petunjuk-petunjuk

daripada Allah s.w.t. dan diakhir ayat disebut, sejahtera dia sehingga terbit fajar. Maksudnya baginda

Rasulullah (pada zamannya) dan kepada siapa yang Allah hendak tunjukkan diantara hambaNya yang

bertaqwa dan beriman terpulanglah kepada Allah sendiri yang membuat penentuanNya.

Walaupun berbagai-bagai pandangan yang diberikan oleh para alim ulama’ berkait dengan Lailatul

Qadar ini, akan tetapi disini diperturunkan pula pandangan daripada ulama’ Saufi tentang masalah

Lailatul Qadar ini. Rasanya ini tersangat penting untuk diketahui oleh setiap golongan tertentu

termasuklah orang-orang awam kerana banyak memeningkan kepala kepada mereka yang berhajat

berjumpa dengan malam tersebut. Kerana itu, ikutilah pandangan seperti dibawah ini,

1. Lailatul Qadar itu sesungguhnya ada dan berterusan sepanjang zaman dan ianya berlaku pada bulan

Ramadhan. Setiap manusia hendaklah memulakan amal ma’aruf dan nahi mungkar dari awal Ramadhan

lagi supaya kemantapan iman diperolehi apabila bersua dengan peristiwa tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Ahmad, Tarmizi, Abu Daud yang

diperolehi daripada Ubai Bin Ka’ab,

Maksudnya: Demi Allah! Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya (Lailatul Qadar) itu

berada dibulan Ramadhan.

(pergiliran pada malam angka ganjil pada 10 malam akhir dibulan Ramadhan tersebut kita pulangkan

kepada Allah sama ada pada malam 23, 25, 27 dan 29)

2. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas,

Maksudnya: Bilangan-bilangan yang disukai oleh Allah adalah yang ganjil dan yang paling disukai

diantara yang ganjil itu adalah angka tujuh, maka disebutkanNyalah langit yang tujuh, bumi yang tujuh,

hari yang tujuh, tingkatan-tingkatan neraka, bilangan- bilangan tawaf, anggota yang tujuh, maka

menunjukkan bilangan itu bahawa Lailatul Qadar dimalam yang kedua puluh tujuh.

3. Rasulullah s.a.w apabila berjumpa dengan seorang lelaki dari Bani Israil yang sentiasa menyandang

senjata pada tengkuknya yang digunakannya untuk berjihad kepada jalan Allah selama 1000 bulan iaitu

83 tahun empat bulan dan Baginda Rasulullah tersangat mengaguminya walaupun umurnya

dianggapkan sebagai sudah tua, akan tetapi masih bertenaga dan kuat, lalu Baginda mengharap

umatnya mencontohi Bani Israil tersebut, akan tetapi memandangkan suasana fitrah alam yang sudah

akhir zaman maka Baginda Rasulullah berdoa untuk umatnya,

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Engkau jadikanlah umatku yang paling pendek umur mereka dan yang

paling sedikit amalan mereka.

Dengan Baginda Rasulullah tersebut maka Allah memperkenankan doa kekasihnya lalu Allah kurniakan

Lailatul Qadar khusus kepada umat Muhammad. Kerana itu apa yang disebut sebagai Lailatul Qadar bagi

zaman kita ini ianya adalah benar akan wujudnya dan masih ada lagi. Adapun qaul yang mengatakan

Lailatul Qadar tersebut telah diangkat oleh Allah ialah mereka mengambil dari Dalil seperti dibawah ini,

Page 58: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

58

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Maksudnya: Aku keluar untuk memberikan kepada kamu dengan Lailatul Qodri, maka bermarah-

marahan sipolan dan sipolan lalu diangkatlah (Lailatul Qadar).

Dengan hadis tersebut diatas maka kebanyakan ulama’ mengatakan bahawa Lailatul Qadar itu telahpun

diangkat, akan tetapi apa yang diangkat adalah ketentuan malam turunnya Lailatul Qadar tersebut

bukannya Lailatul Qadar itu kerana kebanyakan manusia yang berselisih adalah malam qadar itu

diangkat kerana ada diantara manusia ketika zaman tersebut masing-masing membuat andaian

sehingga timbul pertelagahan sesama sendiri atau ada yang iri hati lalu malam turunnya tidak

dinyatakan kerana telah diangkat. Kerana itulah Sambungan ayat tersebut diatas ada menyatakan,

Maksudnya: Dan semoga adalah hal tersebut menjadi kebaikan bagi kamu maka tuntutlah ia (Lailatul

Qadar) pada malam-malam yang akhir.

Maka jelaslah sudah bahawa Lailatul Qadar itu masih wujud, dan malam akhir itu adalah bermaksud

akhir bulan Ramadhan (10 hari akhir Ramadhan).

4. Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Umar r.a,

Maksudnya: Barangsiapa yang berusaha menuntutnya, maka hendaklah dituntutnya pada malam dua

puluh tujuh.

5. Melalui ijtihad mengikut kaedah surah Al-Qadr ayat 1 hingga 5 mengikut kaedah hurufiah pada

bilangan huruf kepada perkataan Lailatul Qadar tersebut. Huruf tersebut ialah Lam, Ya Lam, Ta Alif, Lam,

Qof, Dal dan Ro. Jumlahnya adalah 9 huruf, sementara perkataan Lailatul Qadri itu hanya terdapat pada

tiga ayat sahaja didalam Al-Qur’an, iaitu pada surah Al-Qadr itu sendiri iaitu pada ayat 1 hingga ayat 3.

kerana itu dikalikan 9 huruf itu dengan 3 malam qadar jadi jumlahnya adalah 27 malam, maksudnya

malam yang ke-27 Ramadhan. Secara kebetulan pula perkataan yang terdapat pada surah Al-Qadr itu

semuanya berjumlah 30. ini menunjukkan bilangan hari didalam bulan Ramadhan dan pada ayat yang

kelima dari surah ini terdapat pula kalimah “Hiya” iaitu perkataan yang ke-27 yang menunjukkan

matlamat malam qadar tersebut iaitu Salamun Hiya (sejahteralah ia) iaitu orang yang beramal dan

mendapat kemuliaan sehingga fajar.

Adalah diingatkan bahawa seseorang yang mahu merasakan malam keutamaan yang berdarjat 1000

bulan itu janganlah mengharapkan akan ketibaan malam tersebut untuk beribadat, ianya mestilah

dimulai daripada sekarang hingga bila-bila kerana jangan apabila ada peluang yang baik baru mahu

beribadat kepada Allah.

Rezeki ilmu di Malam Lailatul Qadar

Lailatul qadar yang di tunggu sudahpun berakhir walau apapun rahmat Allah tetap tidak berwaktu

kepada sesiapa yang Allah hendak kurniakan, rahmat Allah tidak terkira banyaknya cuma kepada orang-

orang khusus rahmat Allah tetap di cari semperna dengan bulan ibadah dengan ketetapan pada malam

qadar mengikut maksud ayat al quran

Kepada mereka yang beramal syuhud pada sepanjang bulan ramadan dan malam bulan ibadah

sebelumnya mereka sangat mengharapkan kurniaan Allah pada kefahaman ilmu mengikut konsep sifat

20 namun pada hakikat diri yang mengingat Allah tidak berputusan itu tetap juga mengharapkan

sesuatu petunjuk daripada Allah

Page 59: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

59

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Apabila kita menarik nafas ataupun nyawa maka tetekala kita mengingat Diri Zat maka teringatlah kita

akan keagungan Tuhan yang lima perkara iaitu sifat Salbiyah dan sifat kalanNya yang enam iaitu sifat

sama'a,bashar dan kalam yang di kuasai oleh Sami'un,Basyirun dan Mutakallimun

Apabila kita turunkan nafas tetekala kita mengingat Allah maka teringatlah kita kepada

ZatNya,AsmakNya,SifatNya dan Af'alNya sekali gus kita juga mengingat ZatNya yang Maha Esa pada sifat

Kamal, kita ingat sifat kebesaran Allah (Asmak) pada sifat qadirun, Maridun,Alimun dan Hayyun, kita

ingat pula sifat makhluk pada sifat qahar dengan mengingat sifat Qudrat,Iradat,Ilmu dan Hayat yang

menjadi Rohani, dan kita ingat Af'al Allah dengan mengingat batang tubuh kita yang menjadi penghuni

kepada Rohani

Adapun sifat Diri Zat itu di dalam ilmu sifat 20 di namakan sifat Istaghna dan kita ingat diri kita yang

beserta Allah dalam ilmu sifat 20 yang bernama Iftiqar, sifat Istaghna mengandungi sifat Jalal dan Jamal

sementara sifat Iftiqar adalah sifat yang mengandungi sifat Qahar dan Kamal, ini bererti bahawa apabila

kita mengingat Zat maka kita ingat DiriNya dan apabila kita ingat Allah maka kita ingat kita beserta Allah

CERITA DARI MASJID NABAWI

Satu minggu sebelum Pak Karamu pulang ke tanah air Pak Karamu/Umarak Dagang telah berjumpa

dengan seorang yang Pak Karamu anggap orang besar agama di dalam masjid Nabawi, dia ini datang dari

Indonesia dan di iringi oleh beberapa orang pengiringnya termasuk orang arab sendiri

Apabila dia berada di dalam masjid dia membaca al quran yang di unjukkan oleh seorang arab, apabila

masuk waktu solat orang arab datang ambil al quran daripadanya dan meletakkan al quran itu di

tempatnya balik iaitu di tiang masjid yang ada tempat khusus al quran, bersamanya ada 9 orang

pengiring mereka semua berpakaian seperti orang arab

Pak Karamu hanya memerhatikan saja, dalam hati Pak Karamu mungkin dia ini orang besar agama dan

mungkin selalu datang ke tanah suci ini sebab ramai orang arab yang kenal dia atau dia ini pensyarah di

university Madinah fikir Pak Karamu, pada hari juma'at Pak Karamu pergi awal ke masjid seorang diri

orang lain belum lagi ramai datang

Setelah lebih kurang 1 jam di masjid tetiba orang Indonesia ini masuk ke dalam masjid duduk pula

bersebelahan Pak Kramu dan pengikutnya juga sudah berada di kiri kanan Pak Karamu, dia salam Pak

Karamu dan pengikutnya juga turut salam, di sebabkan waktu masih lagi lama dia sapa Pak Karamu "

Dari mana ? Sapanya Pak Karamu jawab rengkas "Malaysia " jawab Pak Karamu, dari negara islam

hadhari ? Katanya sambil tersenyum, dalam hati Pak Karamu dia ni perli nih ! Jawab Pak Karamu tidak !

Selepas solat juma'at dia salam dan pegang tangan Pak Karamu agak lama kemudian dia sebut al

hamdulillah ! kemudian tercetus dari Pak Karamu secara tetiba saja entah mengapa Pak Karamu

bagitahu dia " Pak ! dalam masjid ini banyak Allah ! sambil menunjukkan kalimah Allah yang begitu

banyak di setiap tiang dalam masjid haram tersebut, Allah banyak ? katanya kehairanan jawab Pak

Page 60: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

60

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Karamu Ya ! Allah banyak ! Kemudian kami masing-masing terdiam selang tak berapa lama dalam

anggaran 10 minit dia pula berkata "Ya ! memang banyak !

Kemudian dia terangkan " oleh kerana kalimah Allah itu adalah asmak tentunya asmak Allah itu banyak !

katanya, kemudian Pak Karamu tanya lagi "jika demikian mahu sembah Tuhan yang mana satu ? tanya

Pak Karamu jawabnya " Masya Allah yang jelas ada ilmu tauhidul Zat,Asmak,sifat dan juga af'al "

katanya" Pak Karamu terus tanya dia " mahu sembah yang mana satu jika tidak tak perlu datang haji

bikin capek dan habis wang saja" jelas Pak Karamu

kemudian dia anggok, kemudian Pak Karamu terangkan bagaimana mereka yang datang haji tapi

bertalbiyah dengan lenangan air mata sedangkan mereka tidak mengenal Tuhannya ?

Syarat Allah itu jika kamu tidak arif dengan dirinya maka dosa kamu tidak terampun kerana satu dari

syarat keampunan Tuhan ialah Faman 'aroofani ! (barang siapa yang mengenaliKu) ertinya baru boleh

sebut Labbaika la syarikalakalabbaik ! ha baru Pak Karamu nampak kelopak matanya merah lalu dia

salam tangan Pak Karamu, ini adalah ingatan Pak karamu kepada seluruh umat islam jika pergi Makkah

tentukan kamu tidak dalam keadaan syirik kerana tidak mengenal Tuhan

IKRAR MANUSIA BERTUHANKAN ALLAH DI ALAM ROH

Adakah manusia ingat bahawa setiap daripada kita telah berbai'at kepada Allah dan telah berikrar dan

berjanji untuk bertuhankan kepada Allah di alam Roh ? Tentunya tidak ingat atau tidak tahu langsung

kerana khabar beritanya sudah begitu lama, lalu Allah peringatkan kembali melalui FirmanNya ayat An

Nahl 89 yang maksudnya:

"Dan Kami turunkan kepada kamu al kitab (al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk

serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang menyerahkan dirinya"

Ayat di atas memungkinkan kepada manusia supaya jangan lagi mengadakan alasan-alasan untuk

menafikan bahawa dia tidak pernah berjanji dan tidak mengenali Allah kerana Allah telah terangkannya

di dalam al Quran seperti ayat al A'araf 172 yang bermaksud:

".. Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Maka semua menjawab (manusia) Benar ! Engkaulah Tuhan kami,

kami menjadi saksi, dan yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari qiamat Kami adalah lalai"

Dan ayat ini di kokohkan lagi oleh ingatan Allah kepada manusia melalui An Nahl ayat 91 yang

bermaksud :

"Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan

sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu mengokohkannya ..."

Dengan ayat yang di atas rasanya tiada alasan bagi manusia hendak menolak yang kita pernah

mengenali Allah kerana Allah telah ingatkan kita dengan menurunkan ayat-ayatNya, pokok persoalannya

siapa diri kita yang sebenarnya yang pernah berjanji itu dan bagaimana keadaannya? dan bagaimana

pula keadaan Allah ketika itu ? Apa yang kita tahu Allah juga telah menyatakan keadaaNya berupa Zat

Page 61: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

61

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Laisa kamishli syaiun ( tidak berupa apa jugapun) dan semua ini telah di terangkan oleh Allah bagi orang-

orang yang menyerahkan dirinya

Orang yang telah menyerahkan dirinya ? Persoalan timbul diri yang mana yang hendak di serahkan dan

bagaimanakah kendak menyerahkannya dalam erti kata Tawakkal 'Alallah !

Ada pandangan dari ulama khlaf bahawa terlalu sukar untuk menyerahkan diri kerana adanya kejadian

jasad yang anasirnya sebagai penghalang untuk mempraktikkan bertawakkal kepada Allah kerana sifat

jasad itu anasirnya dari atom-atom tanah,air,api dan angin yang kuasanya mampu menghalang dari

bertawakkal sedangkan Allah bagi tahu bahawa jasad atau anasir jasad di jadilan hanyalah untuk

menjadi saksi sajaha atas perbuatan manusia jadi apa kuasa penghalang yang ada padanya ?

Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Qiyamah ayat 14 dan 15 yang bermaksud:

" Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri walaupun ia memberikan

alasan-alasannya (untuk membela diri)

IKRAR MANUSIA BERTUHANKAN ALLAH DI ALAM ROH II

Ada nas yang manusia itu telah berikrar kepada Allah bahawa mereka akur berTuhankan ALLAH semasa

mereka di alam Roh lagi ketika zaman itu Allah belum lagi mencipta alam yang lain, manusia yang di

maksudkan di sini adalah tanpa jasad iaitu Rohani yang lengkap Nyawa, akal, nafsu dan roh , maka ke

empat-empat inilah yang di katakan manusia, mereka apabila telah di cipta oleh Tuhan maka di

tempatkan di alam Roh dan di sanalah mereka ini di ambil saksi oleh penciptaNya dengan bertanyakan

kepada mereka seperti yang di nyatakan oleh Allah pada surah Al A'araf 172

Pada zaman tersebut hanya saksi daripada manusia sahaja yang di ambil sedangkan ibadat mereka

belum lagi di perintah oleh Allah kerana jasad mereka belum lagi di cipta oleh Tuhan ini bererti diri

manusia itu tidak boleh beribadat melainkan ia memiliki jasad sebagai saksi atas perbuatan atau gerak

geri ataupun ibadat mereka sebab itu Allah terangkan kepada kita bahawa anggota manusia itu sebagai

saksi terhadap dirinya sendiri walaupun ia memberi alasan untuk membela diri Al Qiyamah 14 dan 15

Nah sekarang jelas bahawa diri manusia yang bernama Rohani itu tetap juga mahu berbohong kepada

Allah sekalipun dia telah berikrar mahu berTuhankan kepada Allah semasa ia di alam Roh, apakah ikrar

manusia mahu berTuhankan kepada Allah semasa di alam Roh ? Ikrar manusia ialah apabila manusia

berkata "Ana 'abduka Ibni 'abduka la ma'abud ghoirika illa Anta" (aku hamba Kamu, anak-anak hamba

Kamu, aku tidak meng'abdikan diriku melainkan kepada Kamu) yang membawa maksud "Tiada Tuhan

yang aku sembah melainkan Allah " ertinya di alan tersebut buat pertama kalinya kaliamah ikrar itu di

lafazkan iaitu LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULLULLAH

Maka sejak di alam Rohlah juga manusia mengakui bahawa dirinya hamba kepada Tuhan ertinya ikut

semua perintah Allah dan tinggalkan laranganNya yang membawa maksud Lillahi Ta'ala, maka itulah

maksud LA ILLAHA ILLALLAH, so sekarang kita bagaimana ? Adakah kerja buat kita sekarang berasaskan

Lillahi Ta'ala atau sebaliknya ? Umpamanya kerja-kerja mungkar adakah Lillahi ta'ala ? Kerana itu ada

tegah dan ada suruh walaupun pada hakikatnya semua itu datang dari Allah "kullum min 'indillah"

Page 62: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

62

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

(segala sesuatu itu datang dari Allah) pada bab ini kita kena belajar qada dan qadar pula supaya tidak

terkeliru

Sebaik saja kita di ambil kesaksian maka tinggallah kita di alam Roh menunggu arahan daripada Allah

bila kita dapat menjadi hamba kepadaNya untuk menjalankan amanat La Illaha illallah ? Jawabnya

sehingga Allah menjadikan Adam manusia pertama yang Allah jadikan dari bahan zat tanah, air, api dan

angin bukan dari tanah yang kita fahami sekarang ini, ia adalah dari istilah-istilah sain iaitu atom-atom

yang halus yang terdiri dari jauhar fardhi ataupun jirim dan jisim yang bahasa sekarang di kenali sebagai

atom, neutron, proton, ion, elektron, neukles dan sebagainya

Ringkasan sejarah empat anasir

Nur Muhammad Mengunjungi empat Anasir Alam Yang Nyata

Selepas Allah s.w.t menjadikan Rohani maka Allahpun jadikan empat sumber alam yang nyata yang

terdiri dari Tanah Nurani, Air Nurani, Angin Nurani dan Api Nurul 'Adhom, anasir ini seperti yang di

nyatakan pada mengenal diri yang ke 72, selepas saja anasir yang empat ini di cipta oleh Allah maka

Allah perintahkan kepada Nur Muhammad (Hakikatul Muhammadiyah) pergi melawat ke empat-empat

anasir tersebut (ketika ini tiada satu alam nyatapun yang ujud) Ada juga pandangan yang menyatakan

bahawa ketika ini manusia jasmani belum lagi di jadikan Allah seperti yang di nyatakan dalam quran Al

Insan ayat 1 kemudian di sambung pada ayat Al Baqarah 29 dan pandangan quran Fi Zilalil Quran

terjemahan syed Qutub

Kunjungan Nur Muhammad

Kunjungan Nur Muhammad (Jangan kaitkan dengan Muhammad saw) pada peringkat ini, kunjungan

pertama kepada anasir angin nurani dan salam di beri, lalu salam di sambut, ketika ini angin nurani

memperlihatkan sikap dan sifatnya kepada Nur Muhammad, dia menjangkakan tiupannya yang kecang

serta egonya dapat mempersonakan Nur Muhammad, lalu Nur Muhammad berkata " Adakah engkau

menyedari akan kelemahanmu ? Jawab angin nurani "Engkau lihat aku kuat, aku hebat dan aku akan di

tempatkan di langit dan juga bumi" Jawab Nur Muhammad " Adakah engkau menyedari bahawa engkau

akan di pergunakan oleh manusia, jawab angin " jika demikian engkau rupanya lebih baik daripada aku,

jawab Nur Muhammad "Aku adalah makhluk Allah yang di jadikan sama seperti kamu hanya Allah sahaja

yang terlepas dari serba kekurangan

Selepas Nur Muhammad mengunjungi angin maka dia pergi pula mengunjungi Api Nurul Adhom yang

pada ketika ini sedang memperlihatkan sikap dan sifatnya, lalu Nur Muhammad memberikan salam

kepadanya lalu Api menyahut salamnya, kemudian dia terus memperlihat sikapnya yang di anggap kuat

dan hebat apabila aku di sentuh atau menyentuh nescaya musnahlah sesuatu itu, lalu Nur Muhammad

berkata " Adakah engkau menyedari bahawa satu hari nanti manusia akan mempergunakan kamu ?

Jawab Api jika demikian engkau lebih baik daripada aku, jawab Nur Muhammad aku adalah hamba yang

Tuhan jadikan sama seperti kamu juga, hanya Tuhan saja yang tiada cacat celanya

Page 63: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

63

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Selepas mengunjungi Api maka Nur Muhammad pun pergi mengunjungi Air, ketika ini Air sedang

memperlihatkan sikap dan sifatnya, lalu Nur Muhammad memberikan salam kepadanya, lalu salam itu

di sambut, Air berkata tidakkah engkau melihat kehebatanku ? Aku ganas, aku kuat, Aku pemusnah,

tiada siapapun yang menandingi aku, lalu Nur Muhammad berkata " Tidakkah engkau tahu satu hari

nanti kamu akan di pergunakan dan di perintah oleh manusia ? Jawab Air " Jika demikian kamu lebih

baik daripada aku "jawab Nur Muhammad "Aku adalah hamba Tuhan sama seperti kamu hanya Allah

saja yang tiada cacat celanya

Akhirnya Nur Muhammad pergi pula berjumpa dengan Tanah Nurani lalu memberikan salam kepadanya,

salam itu di sambut oleh Tanah dengan baiknya, ketika ini tanah sedang memperlihatkan sikap dan

sifatnya yang tenang, dia tidak bongkak, sombong, ego, malah dia sentiasa merendahkan dirinya, lalu

Nur Muhammad memperkenalkan dirinya yang di perintah Allah untuk mengunjungi Angin, Api, Air dan

dia sendiri lalu Nur Muhammad berkata " Engkau sesungguhnya akan menjadi kekasih kepada Allah

(Muthmainnah) Jawab Tanah "Engkau rupanya lebih baik daripada Aku, lalu jawab Nur Muhammad "

Sesungguhnya aku sama seperti kamu iaitu hamba kepada Tuhan yang menjadikan aku, hanya Tuhan

yang tiada cacat dan celanya

Selepas Nur Muhammad mengunjungi le empat-empat anasir tersebut maka Nur Muhammadpun

melaporkan kepada Allah hasil selidiknya, lalu Allah berfirman : Sesungguhnya Aku telah memakluminya

dari ilmuKu sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia (jasmani) dari Empat anasir tersebut kerana

Aku tidak mahu bersikap tidak adil terhadap empat anasir yang Aku jadikan serentak (KUN) itu, sejarah

anasir ini di padankan dengan firman Allah dalam surah al anbiya ayat 30 dan 32 dan surah al fussilat

ayat 9 hingga 12 serta surah qaf ayat 38

Demikianlah rengkasan cerita asal usul alam yang nyata yang Allah jadikan dari empat anasir tersebut

yang mempunyai berbagai ragam makhluknya untuk renungan kita bersama dan melihat perangai setip

daripada kita dan alam yang lain

Perangai Manusia Mengikut Sifat Unsur Tanah, Air, Api Dan Angin

Asal tanah daripada air, asal air daripada angin dan asal angin daripada api, ke empat-empat anasir ini

berasal daripada Nur, tanah yang di sebut oleh Allah asal kejadian manusia (jasad) yang berbagai

perangai dan sikap adalah asas ujudnya air, angin dan api sebagai pengimbang ketahanan diri jasmani

apabila Rohani di tempatkan padanya

Di dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Tarmizi menyebut begini:

Maksudnya:

Page 64: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

64

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Sesungguhnya Allah "Azza Wajalla telah menciptakan Adam dari segenggam tanah dari unsur semua zat

tanah, maka telah terbentuk keturunan Adam menurut sifat unsur itu, di antaranya berkulit

merah,hiam,sawo matang ada yang berkulit halus dan kasar dan ada yang baik dan ada yang jahat

Ibnu Abbas dan Ibnu Mas'ud serta sahabat yang lain menyatakan Allah telah memerintahkan kepada

Malaikat Jibrail turun ke bumi untuk mengambil tanah pilihan, sesampainya ke bumi tanah tidak

mengizinkan ia di ambil kerana menganggap ia suatu perbuatan membuat kerosakan lalu ia berkata

"'Auzubillahi minka" jangan engkau merosakan aku, lalu Jibrail naik berjumpa Tuhan dan berkata " Ya

Tuhanku tanah tidak membenarkan dan ia berlindung atas namaMu dan tanah takut Adam akan

membuat kerosakan, lalu Allah memerintahkan malaikat Mikail turun kebumi untuk mengambil tanah,

sampai ke bumi masalah yang sama berlaku yang mana tanah berkata A'uzubillahi minka, kemudian

Allah perintahkan kepada malaikat Israfil pula turun ke bumi juga masalah yang sama berlaku yang mana

tanah tidak mengizinkan ia di ambil, akhirnya Allah utuskan pula malaikat 'Izroail pula turun ke bumi

untuk mengambil tanah pilihan, tanah tetap juga dengan pendiriannya namun malaikat 'Izroil berkata

pada bumi sama ada kamu bagi atau tidak aku tetap juga akan mengambilnya kerana ini adalah perintah

daripada Allah, jika engkau engkar maka derhakalah engkau kepada Allah

Tanah tiada pilihan lain melainkan membenarkan malaikat 'Izroil mengambil tanah untuk mencipta

manusia (Adam yang awal) yang menjadi keturunan manusia, maka sejak dari peristiwa tersebut maka

bermulalah malaikat 'Izroil memegang amanah Tuhan untukmengambil nyawa segala makhluk Allah

tanpa mengenal belas kasihan atas perintah Allah kepadanya kerana itulah nyawa setiap manusia tidak

akan dapat di lambatkan atau di percepatkan walau dalam keadaan apa sekalipun

ROHANI BERKUASA TINGGI

Sifat dan sikap Rohani adalah berkuasa tinggi yang tiada tolak bandingnya kerana itu dia sentiasa

beserta Allah dan menjadikannya menjalankan urusan Allah iaitu Ammar Rabbi, andainya kejadian

manusia awal (jasad) itu di bentuk oleh Allah hanya dengan satu anasir sahaja maka sudah tentu anasir

yang hanya satu itu akan musnah, kerana itulah ketahanan jasad manusia mesti di selaraskan dengan

kuasa yang ada pada kuasa Rohani tersebut, bab ini perlu di bincangkan dengan para doktor dalam hal

anatomi yang melibatkan istilah ilmu sain dan bab ini juga ada di dalam ilmu sifat 20 pada bab Iftiqar,

ertinya ilmu sifat 20 bukan hanya untuk mengenal diri Rohani, jasmani dan Tuhan saja akan tetapi ia

juga melibatkan ilmu kedoktoran bagi tamadun manusia

Sila sama-sama kita perbetulkan tentang ejaan dan ayat-ayat

Penciptaan Adam Manusia Pertama

Sebelum Allah s.w.t menjadikan Adam sebagai manusia yang pertama, terlebih dahulu Allah s.w.t telah

memaklumkan kepada para malaikat bahawa Dia akan menjadikan manusia untuk menjadi pengganti

makhluk yang terdahulu daripadanya (Khalifah)

Page 65: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

65

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Dalam sebuah firman Allah (Al Baqarah ayat 30) menyatakan yang bermaksud:

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat "Sesungguhnya Aku akan menjadikan se orang

khalifah di muka bumi"

Khalifah di sini bermaksud pengganti, iaitu manusia khalifah yang akan mengantikan bangsa Jin yang

terlebih dahulu di tugaskan sebagai khalifah di planet bumi, Jin telah membuat kerosakan di bumi

kerana anasirnya tidak sesuai dengan planet bumi, lalu Allah telah mengirim bala tentera dari malaikat

yang di ketuai oleh Azazil yang pada ketika itu masih patuh dengan perintah Allah, rujuk juga firman

Allah Al An'am ayat 165

Rujuk juga pandangan Ibnu Abbas r.a dalam tafsir quran Ibnu Katsir

Seterusnya saya ceritakan mengikut soal dan jawab untuk kemudahan semua pehak

Soalan:

Apakah reaksi malaikat apabila Tuhan hendak jadikan khalifah ?

Jawapan:

Reaksi pertama malaikat tidak bersetuju kerana dia tidak mengetahui sebab dia tidak tahu manusia

khalifah itu makhluk jenis apa dan adakah nanti manusia khalifah ini sama perangainya dengan jin yang

telah di peranginya yang di ketuai oleh Azazil

Soalan:

Mengapa malaikat bimbang tentang manusia khalifah ?

Jawapan:

Kerana sangkaan malaikat nanti manusia akan membuat kerosakan dan bertumpah darah, walaupun

manusia khalifah belum terbukti melakukan sebarang kerosakan dan bertumpah darah

Soalan:

Kemudian apa jawapan Allah ?

Jawapan:

Jawapan Allah sesungguhnya Aku lebih mengetahui dari apa yang kamu tidak mengetahuinya

Soalan:

Mengapa Tuhan mengatakan malaikat tidak mengetahi rahsia manusia khalifah ?

Jawapan:

Kerana malaikat hanya di beritahu tentang ilmu bidang tugasnya sahaja, ini bermaksud pengetahuan

malaikat adalah terhad tentang rahsia Tuhan jadikan manusia

Page 66: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

66

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Soalan:

Apakah akhirnya malaikat bersetuju tentang penciptan Adam ?

Jawapan:

Malaikat akhirnya tidak membantah kerana terbukti Adam telah menerangkan segala benda di syurga

(taman) sedangkan malaikat tidak mengetahuinya

Soalan:

Setelah Tuhan mengatakan malaikat tidak mengetahui dari apa yang di rancangkan oleh Nya, Apakah

terjadi selepas itu ?

Jawapan:

Selepas itu Allahpun pergi mengunjungi Rohani di alam Roh untuk di ambil kesaksiannya seperti firman

Allah dalam surah Al A'araf 172

Soalan:

Kemudian Apakah yang terjadi selepas itu ?

Jawapan:

Selepas Rohani di ambil kesaksian maka Allah perintahkan empat malaikat mengambil Zat tanah dari

bumi

Soalan:

Mengapa Allah tugaskan malaikat mengambil Zat tanah daripada bumi ?

Jawapan:

Kerana rahsia tanah bumi sesuai untuk menempatkan Adam menjadi manusia khalifah di planet bumi

dan penciptaan bagi persediaan menjadikan Adam ini bukan hanya tanah bumi sahaja bahkan tanah

syurga juga sebab manusia bakal akan mendiami di syurga juga

Soalan:

Di manakah manusia khalifah akan di ciptakan oleh Tuhan ?

Jawapan:

Manusia pertama di jadikan oleh Tuhan di jannatul khuldi, bukan di bumi, syurga ataupun jannah adalah

juga di kenali sebagai tempat balasan anak cucu Adam yang soleh dan soleha

Soalan:

Adakah semasa Tuhan memaklumkan pada malaikat Rohani telah di cipta ?

Jawapan:

Page 67: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

67

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Benar ! Rohani telah di cipta oleh Allah lebih awal daripadanya cuma belum lagi dapat bertugas sebagai

manusia khalifah sebab lembaga Adam (jasmai) belum lagi di jadikan Tuhan

Soalan:

Mengapakah Rohani belum boleh bertugas sebagai hamba sehingga manusia pertama di cipta ?

Jawapan:

Rohani tidak boleh bertugas kepada Tuhan tanpa jasmani sebab jasmanilah akan menjadi saksi atas

perbuatan Rohani itu dan Rohanilah sebenarnya diri manusia tersebut lihat al qiyamah 14

Allah Mencipta Lembaga Adam

Allah mencipta lembaga Adam daripada sari pati tanah yang di ambil daripada bumi dan juga langit,

tanah-tanah ini di adun dengan air serta bau-bauan dari syurga, di antara tanah yang di sebut di dalan Al

Quran ialah : Tanah Tin, tanah liat tin yang mampat, tanah yang panas yang hilang baunya, tanah keras

seperti tembikar Selepas adunan itu selesai maka Allah dengan sifat Jalal dan Jamalnya mula

membentuk lembaga Adam dengan tanganNya (qudrat dan iradatNya) Setelah lembaga Adam di bentuk

maka ia di biarkan sehingga menjadi hitam dan berubah baunya

Selepas di bentuk dalam keadaan kosong maka lembaga tersebut di biarkan kering sehingga ia berbunyi

nyaring apabila di sentuh (di ketuk) dengan benda yang lain, semasa lembaga Adam terbiar mengikut

masa yang tertentu itulah iblis datang untuk melihat ciptaan Tuhan tersebut, di tendangnya lembaga

tersebut lalu mengeluarkan bunyi yang nyaring (Min shal shalin kal fakh khar) seperti bunyi tembikat

yang kosong dan iblis juga telah masuk ikut lubang mulut lembaga itu dan ia keluar pula ikut lubang

dubur lembaga Adam

Iblis ketika keluar dari lembaga Adam berikrar akan menysatkannya dan demikian juga terhadap anak

cucunya, namun mana-mana yang tetap mengikut jalan yang benar maka tidak ada kuasa baginya untuk

disesatkannya malah dia akan menghalang mereka dari di sesatkan. Apabila sampai waktu yang di

tetapkan maka Allah dengan sifat Jalal dan JamalNya meniupkan Rohani dari ciptaannya masuk kedalam

jasad Adam, lalu lembaga tersebut berubah menjadi makhluk yang dapat bergerak seperti manusia

biasa, dengan cepat dan tergesa-gesa dia mahu berdiri tapi tidak berdaya

Adam yang di cipta oleh Allah setinggi 60 hasta (90 kaki) dan lebarnya 7 hasta (15 kaki) akhirnya dapat

berdiri,kemudian Allah perintahkan semua malaikat sujud kepada Adam, semua malaikat sujud kecuali

Iblis yang tidak mahu sujud kerana dia takbur tentang asalnya daripada api sedangkan Adam di jadikan

daripada tanah kontang, demikian pandangan Iblis tentang Adam, lalu Allah murka kepadanya

Allah berfirman : Hai Iblis apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada makhluk yang Aku telah

ciptakan dengan kekuasaanKu ? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan

yang tertinggi ? Jawab Iblis " Aku lebih baik daripadanya Engkau cipta aku daripada api sedang dia

Engkau cipta daripada tanah

Page 68: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

68

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Firman Allah: Jika demikian keluarlah engkau daripadanya (syurga) Sesungguhnya engkau telah di laknat

terus menerus sehingga hari kiamat, Iblis pula berkata" Jika demikian berilah aku tempuh sehingga ke

hari mereka di bangkitkan, kemudian atas permohonan Iblis itu Allah perkenankan, lalu Iblis berikrar

untuk menyesatkan Adam dan anak cucunya semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang di antara zuriat

Adam yang telah di bersihkan dari kederhakaan dan penyelewengan

Soalan:

Mengapa Allah cipta Adam menggunakan dua sifat

Jawapan:

Sebab dengan dua sifat tersebut iaitu sifat Jalal (kebesaran) dan sifat Jmal (Keindahan) menunjukkan

bahawa sifat tersebut Allah berkuasa menjadikan hambanya dengan sempurna dengan tiada cacat cela

kerana terdapat sifat qudrat dan iradat atas dasar kemahuanNya dan keindahan bagi sekalian ciptaaNya

dan sifat itulah yang mutlak bagi DiriNya

Soalan:

Mengapa lembaga Adam di biarkan setelah selesai di cipta ?

Jawapan:

Sebab hendak menentukan kematangan batang tubuh manusia (Adam) mengikut prosesnya iaitu

tempuh matang untuk sesuatu kejadian bagi menetapkan fitrah ilmu bagi manusia untuk di fikirkan

Soalan:

Bukankah lebih baik Allah jadikan Adam berasaskan KUN FAYAKUN ?

Jawapan:

Kita hendaklah ingat bahawa yang di jadikan oleh Allah ialah jasad Adam BUKAN Rohaninya, jasmani

Adam inilah yang di cipta oleh Allah supaya di fikirkan oleh Tuhan yang menjadi fitrah ilmu kepada

manusia untuk di buat kajian (anatomi) Jika Allah jadikan lembaga Adam berasaskan KUN maka manusia

hari ini tidak berjaya menyingkap rahsia imu anatomi kecuali kepada mereka yang arif sahaja

Soalan:

Mengapa Iblis tendang lembaga Adam, pada hal dia belom lagi di istihar dehaka dan takbur ?

Jaapan:

Segala perbuatan Iblis pada ketika itu adalah untuk mencari rahsia kejadian manusia sama ada manusia

akan melawan apabila di sanggah ataupun tidak, kebetulan apabila Iblis menendang lembaga Adam

rupanya lembaga itu berbunyi, ertinya manusia akan melawan apabila dia di apa-apakan dengan cara

yang tidak hak, inilah suatu fitrah sebenarnya, jika di tendang tidak berbunyi alamat manusia menerima

apa saja tanpa bantahan dan ikhtiar inilah fitrah hukum namanya

Page 69: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

69

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Soalan:

Mengapa Iblis masuk kedalam lembaga Adam ?

Jawapan:

Ini juga suatu fitrah sebenarnya kerana akan masuk kedalam lembaga Adam itu makhluk yang ghaib

sepertinya, iaitu Rohani, malaikat hafazho dan qarin akan tetapi Iblis tidak faham rahsianya kerana di

hijab oleh Allah pengetahuannya sampailah ia tidak mahu tunduk kepada Adam dan terus membantah

perintah Tuhan kerana tidak mahu tunduk sujud apabila di perintahkan oleh Allah sujud, Iblis tetap

dengan pendiriannya dengan menyebut Adam di cipta dari tanah sedangkan dia dari api dan dia tak tahu

rahsia Rohani yang di tiupkan Allah ke dalam jasad Adam tidak terfikir olehnya bagaimana Adam bangun

dan bersifat hidup

Soalan:

Adakah Adam boleh nampak malaikat sujud dan Iblis tidak sujud kepadanya ?

Jawapan:

Adam boleh nampak pada ketika itu tapi dia tidahk tahu siapakah makhluk yang di perintahkan Allah

sujud kepadanya kerana dia melihat dengan mata hatinya dan terus ke mata jasadnya

Soalan:

Adakah Iblis tidak tahu rahsia Rohani yang terdapat dalam jasad Adam ?

Jawapan:

Pada ketika itu dia tidak tahu sehinggalah Adam dan Hawa dapat di sesatkannya

Soalan:

Mengapa Allah perkenankan permohonan Iblis hendak sesatkan Adam dan anak cucunya ?

Jawapan:

Allah dengan sifat kasih sayangnya tetap memberikan keizinan kepada sekalian makhluk ciptaanNya

tanpa memilih siapa mereka, ini juga satu fitrah bagi DiriNya cuma Allah akan memelihara siapa di

antara hambaNya yang patuh dengan perintahNya, ternyata Iblis sudahpun tidak mahu mengikut

perintah Allah supaya sujud kepada Adam, ertinya sesiapa manusia yang tidak mahu ikut perintah Allah

maka ia samalah seperti Iblis yang di beri nama syayatinul Ins, ini semua adalah suatu fitrah hukum

Soalan:

Apakah maksud fitrah hukum ?

Jawapan:

Fitrah hukum itu ialah sesuatu fitrah peristiwa awal untuk di kenalpasti yang kemudiannya melahirkan

sumber panduan hidup tentang kewujudan pantang dan larang yang di tunjukkan Allah kepada manusia

sebagai rujukkan sekalipun Allah menggunakan makhluk yang ternyata telah melanggar perintah Allah

Page 70: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

70

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

ertinya Iblis adalah makhluk yang telah di tetapkan oleh Allah untuk menjadi ujian kepada manusia,

dengan adanya peristiwa Adam dan Iblis maka lahirlah panduan untuk di jadikan suri tauladan

Selepas Adam berdiri tegak dan Allah memerintahkan kepada malaikat sujud kepadanya (malaikat

semuanya sujud kecuali Iblis) maka Adam di berikan kebebasan menjelajah di dalam syurga dan

makanlah buah-buahan yang di sukainya yang terdapat di syurga itu

Sesudah sekian lama berjalan dan meninjau keadaan syurga maka Adam mersa LETIH dan mengantuk

lalu TERTIDUR, Apabila Adam terbangun daripada tidur di dapatinya seorang wanita sedang duduk di

sebelah kepalanya lalu Adam menegur perempuan tersebut "Siapakah kamu ? Jawab wanita itu "Saya

adalah seorang wanita" Adam bertanya lagi "Untuk apa kamu di jadikan ? Jawab wanita itu " Aku di

jadikan supaya kamu jinak kepadaku " nampaknya wanita itu cukup faham yang dia adalah menjadi

kecenderungan untuk Adam, ertinya dia faham bahawa dia adalah makhluk penggoda seorang lelaki

Sebaik saja wanita itu menyatakan bahawa dia adalah penjinak untuk lelaki maka Adampun

memerintahkan wanita itu datang kepadanya, lalu wanita itu berkata" Kamulah datang kesini ! Ketika

Adam mahu menghampiri wanita itu maka Adam terdengar suara "Wahai Adam ! tunggu dulu , kerana

wanita itu belum lagi halal bagimu, kemudian Allah perintahkan malaikat berkumpul lalu Adam di ijab

kabulkan di bawah sepohon pokok di syurga yang bernama طوبى شجرة (Shajaroti Thouba) yang di

saksikan empat malaikat Jibrail,Mikail,Isrofil dan 'Izroil

Sebelum di akad nikahkan, malaikat yang berada berhampiran Adam dan wanita itu bertanyakan kepada

Adam "siapakah namanya wahai Adam ? Jawab Adam " namanya Hawa ! Bertanya malaikat lagi

"Mengapa Hawa ? Jawab Adam " kerana dia di jadikan dari benda yang hidup" Sebaik saja Adam dan

Hawa di ijab kabulkan , tidak lama selepas itu maka turunlah perintah Tuhan kepada Adam seperti yang

di nyatakan dalam Al A'araf 19

Firman Allah:

الظلمين من فتكونا الشجرة ھذه تقربا و? شئتما حيث من من فك� الجنة وزوجك انت اسكن ادم ويا (Dan wahai Adam, tinggallah

engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanan sepuasnya apa saja kamu berdua

sukai, dan janganlah kamu menghampiri pohon ini (jika hampiri) jadilah kamu dari golongan yang zalim)

Iblis yang begitu bedendam kepada Adam berikrar untuk menyesatkan Adam dan berusha keras

menjalankan tipu dayanya secara halus yang kadangkala tidak di sedari oleh Adam sendiri, akhirnya

Adam dapat di sesatkan oleh Iblis dengan membisikkan ketelinga Adam dan Hawa supaya menghampiri

pohon khuldi dan memakannya, sebaik saja kedua mereka memakan buah tersebut maka terbukalah

pakaian mereka

Setelah Adam dan Hawa memakan buah khuldi yang di larang oleh Allah kepada keduanya dan lupa ia

akan perintah Allah setelah merengan-rengankannya maka Allah tersangat murka lalu memanggil

Page 71: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

71

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

mereka keduanya " Bukankah Aku telah melarang kamu daripada menghampiri pohon itu ? Dan Aku

telah peringatkan bahawa syaitan itu musuh kamu yang terang dan nyata (Al A'araf 22)

Adam ketika di suruh oleh Allah mengadapnya pada mulanya dia merasa malu kepada Tuhan dan cuba

untuk melarikan diri tiba-tiba Tuhan memanggilnya "Wahai Adam kemana engkau akan lari ? Jawab

Adam " Tidak wahai TuhanKu, Ampunkan dosa kami wahai TuhanKu ! Berfirman Allah " Turunlah kamu

kesemuanya setengah kamu menjadi musuh kepada setengah yang lain, di bumi tempat kamu tinggal

sehingga di suatu masa (Al A'araf 24)

Soalan:

Mengapa Iblis tidak mahu sujud pada Adam ?

Jawapan:

Dia tidak mahu sujud pada Adam sebab takbur dengan asal usulnya daripada api

Soalan:

Iblis tidak mahu sujud kerana apa ?

Jawapan:

Dia tidak mahu sujud kerana dia tidak tahu rahsia Adam yang beserta Allah dan dia juga terlupa kepada

yang memerintahkannya sujud itu adalah Tuhannya, yang ganjilnya ketika nak menyesatkan Adan dia

memohon kepada Allah untuk mendapatkan kebenaran

Soalan:

Bahasa apakah yang di gunakan dm di syurga ?

Jawapan:

Adam menggunakan bahasa arab dan iblis juga berbahasa arab

Soalan:

Mengapa wanita itu tahu yang dia seorang wanita ?

Jawapan:

Sebab dia adalah seorang penggoda kepada lelaki dan dia juga tahu dia berasal dari sifat nafsu iaitu

hawa kepada nafsu adam di sebelah kiri iaitu nafsu amarah, lawammah dan radhiah dan dia tahu

bahawa hawa nafsunya mengatasi lelaki kerana dia ada tiga jenis darah iaitu darah merah, darah putih

(benih) dan air susu, dia bukan di jadikan dari tulang rusuk Adam di sebelah kiri sebagaimana pandangan

ahli kitab

Soalan:

Mengapakah wanita itu tahu bahawa dia adalah untuk penjinak lelaki (Adam) ?

Page 72: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

72

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Jawapan:

Sebab dia dapat mersakan ransangan hawa nafsunya kerana mempunyai tiga jenis darah namun akhlak

malunya melebihi lelaki sebab itu Adam mahu menerkamnya lalu di tegur oleh Allah

Soalan:

Mengapa Adam memerintahkan kepada wanita itu supaya datang kepadanya ?

Jawapan:

Kerana fitrah manusia wajib mengikut kata-kata seorang lelaki (rijal)

Soalan:

Mengapa wanita itu berkata kepada Adam "kamulah datang kepadanya ?

Jawapan:

Kerana fitrah lelakilah datang melamar wanita ertinya bukan perigi mencari timba, inilah sejarah fitrah

ijab dan kabul dan bermulanya halal di antara seorang lelaki dan wanita

Soalan:

Mengapa malaikat bertanyakan siapa wanita itu kepada Adam ?

Jawapan:

Sebab bentuk Adam dan wanita itu berbeza sekalipun mereka berdua memakai pakaian syurga iaitu

cahaya, dan Adam memberitahu malaikat bahawa wanita itu adalah Hawa

Soalan:

Malaikat bertanya Adam mengapa Hawa ?

Jawapan:

Adam menjawab sebab Hawa di jadikan daripada benda yang hidup, ertinya Hawa bermaksud benda

yang hidup atau menghidupkan

Soalan:

Bagaimana Adam tahu wanita itu Hawa ?

Jawapan:

Sebab Adam dapat merasakan sesuatu rahsia yang terdapat pada diri Hawa, sebab itu pada awalnya dia

mahu menerkam Hawa lalu terdengar suara menahannya "Adam ! tunggu dulu kerana ia belum halal

bagimu, kemudian dia di ijab kabulkan di bawah sepohon kayu bernama sajaroti touba

Soalan:

Mengapa Adam di larang Allah supaya jangan menghampiri pohon itu, dan siapa sebenarnya pohon itu ?

Page 73: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

73

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Jawapan:

Sebenarnya pohon itu adalah Siti Hawa sendiri, demikianlah ayat qiasan di dalam quran yang

mengatakan pohon khudi

Soalan:

Jika Siti Hawa itu adalah pohon yang tidak boleh di hampiri oleh Adam, Mengapa ? Sedangkan mereka

telah di ijab kabulkan ?

Jawapan:

Sebab di syurga bukanlah tempat untuk membiak manusia, syurga adalah tempat pembalasan bagi

manusia yang soleh sebab itu dia di larang menghampiri pohon khuldi (Hawa isterinya)

Soalan:

Kemudian apakah yang terjadi ?

Jawapan:

Iblis dapat mempengaruhi Adam dan Hawa dengan membisikkan kepada Adam dan Hawa supaya

memakan buah khuldi kerana kata iblis jika Adam mahu kekal tinggal di syurga, dan Tuhan tidak akan

memarahi kamu berdua, beria-ia Iblis mempengaruhi mereka berdua sehinggakan Iblis bersumpah

dengan nama Allah, akhirnya berlakulah hampir menghampiri, kemudian mereka terus memakan buah

itu, iaitu Adam makan buah Hawa dan Hawa makan buah Adam, lalu terbukalah pakaian keduanya

Soalan:

Apakah maksudnya makan buah ini ?

Jawapan:

Maksudnya mereka telah melakukan persetubuhan, sebab itu ketika Hawa turun kebumi dalam keadaan

mengadung kali pertama, demikian kesah yang di kesahkan oleh kitab manusia di langit dan bumi

karangan Al Marhom senator amaluddin Darus

Soalan:

Kemudian apakah seterusnya ?

Jawapan:

Atas kesalahan Adam melanggar perintah Tuhan maka Allahpun memurkai mereka, lalu Allah arahkan

mereka keluar dari syurga, dan Adam sebenarnya bukanlah bersalah kerana bersetubuh, kerana ia

telahpun halal sebagai suami isteriakan tetapi dia bersalah kerana melanggar tegahan Tuhan, Jangan

hampiri pohon ini !

Adam dan Siti Hawa setelah melakukan kesalahan maka Allah perintahkan mereka keluar dari syurga

khuldi, mereka berdua dan Iblis juga di arahkan turun kebumi dan menjadi musuh di antara mereka,

sebelum Adam turun ke bumi mereka sempat memohon ampun kepada Allah, ketika Adam hendak

Page 74: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

74

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

memohon ampun kepada Allah ketika mana dia hendak mengangkat kepalanya maka ketika itulah dia

nampak di tiang aras kalimah shahadah

Hadis yang di riwayatkan oleh Al-Baihaqi (seorang Imam hadis bermazhab syafi'e 384 H- 458 H)

محمد ( ? ا اله ? فيه مكتوبا العرش قوائم على فارانت راءسى وفعت خلقتنى لما انك ىرب يا قال اخلقه ولم محمدا عرفت كيف ادم يا

( رسول

Maksudnya:

Wahai Adam, Bagaimana kamu tentang Muhammad pada hal Aku belum lagi menjadikannya ? Adam

menjawab: Wahai Tuhanku, ketika Engkau ciptakan aku (ketika memohon ampun) aku mengangkat

kepala kemudian terlihat olehku tulisan di tiang 'Arsy berbunyi La Illaha Ill Allah

Muhammaddarrasullullah

Kalimah tersebut memberi kefahaman kepada Adam selepas Tuhan ampunkan dosanya dan di anggap

kalimah tersebut sebagai kalimah karamah yang awal di berikan Allah kepada manusia pertama itu,

dengan kalimah itu fahamlah Adam bahawa Muhammad (manusia) adalah pesuruh Allah

Dalam hadis qudsi yang lain yang di riwayatkan oleh Abu Na'iem (Ahmad b Abdullah b Ahmad Al

Asbahani seorang hafiz quran di lahirkan di Asbahan 336 H- 430 H) meriwayatkan

"رض وا السموات اخلق ان قبل العرش فى اسمى مع اسمه كتبت منه على اكرم خلقا خلقت ما

Maksudnya:

Tidak pernah Aku ciptakan satu ciptaan yang lebih mulia menurut pandanganKu, telah Aku tuliskan

namanya (Muhammad) bersama namaKu di 'Arsy sebelum Aku ciptakan tujuh lapis langit dan bumi

Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa ujud nama Tuhan dan Manusia (Muhammad) di 'Arsy

sebagai pengetahuan kepada manusia dan ujud juga tujuan manusia (Muhammad) untuk mereka

bersyahadah kepada Tuhan dan bersyahadah pengakuan diri mereka kepada Allah dan inilah suatu

riyaliti yang terdapat sehingga ke hari ini dan demikianlah juga dengan kembaran ALLAH dan

MUHAMMAD yang menjadi hiasan dinding

Nabi Adam dan Siti Hawa semasa turun kebumi maka berlakulah suasan gawat dengan ribut petir

sambung menyambung yang menghasilkan kemudiannya menjatuhkan sejenis batu hitam (Hajratul

Aswad) sesampainya di bumi mereka berpisah di antara satu dengan yang lain demikian juga Iblis yang

di rejam kemudiannya di kenali sebagai syaitan, ertinya di atas dia terkenal dengan nama Iblis dan di

bumi dia bernama syaitan (Jauh dari rahmat Allah)

Nabi Adam di turunkan di sarindit Pulau ceylon dan Hawa di Padang 'arafah demikian fakta sejarah yang

tidak di catat di dalam Al Quran, walau apapun yang pentingnya mereka bertiga iaitu Adam dan Hawa

Page 75: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

75

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

serta syaitan kekal di planet bumi sehinggalah ke hari ini, di antara mereka berdua telah menjadi musuh

dan keturunan Adampun bermusuhan sesama di antara mereka

Adam dan Hawa sesampai di planet bumi mereka memohon ampun sekali lagi kepada Tuhan Robbana

zolamna anfusana .......... namun syaitan tidak pernah menyesal akan kesalahannya kepada Tuhan malah

menuduh Tuhanlah yang menyesatkannya. Nabi Adam dan anak cucu Adam dan Hawa di peringatkan

oleh Tuhan : Dibumi kamu hidup dan mati dan mereka akan di turunkan dengan petunjuk dari Allah dan

RasulNya, sesiapa yang mengikutinya tidak ada siapa yang dapat menyesatkan mereka, dan sesiapa yang

berpaling daripadanya akan di kumpulkan di dalam neraka

الشجرة ھذه تقربا و?

Dan jangan kamu berdua mendekati pohon itu (Al Baqarah 35)

Ayat yang di atas adalah ayat perumpamaan, Adam dan juga siti Hawa di peringatkan oleh Allah s.w.t

supaya JANGAN mendekati pohon itu, ayat di atas samalah juga dengan ayat larangan Allah kepada bani

Adam "Jangan kamu hampiri zina"

Adam dan siti Hawa di berikan oleh Allah kebebasan berjalan dan memakan makanan apa saja dari

syurga keculai hampiri pohon itu, ertinya Adam dan siti Hawa merdeka di situ, namun kemerdekaan

yang di berikan tidak bermakna jika tiada peraturan dan undang-undang, peraturan ada suruh dan ada

larangan supaya mereka dapat kemerdekaan seratus peratus

Andai semua kebebasan itu ada penghalangnya maka kebebasan akan hilang dan kerugianlah yang akan

di tanggung dan penyesalanlah yang akan dapat, ini adalah suatu fitrah yang perlu di fahami sampai bila-

bila demikianlah juga dengan erti kemerdekaan dan kemerdekaan tidak menjadi sempurna jika tiada

pantang dan larang

Mengapa ujud pantang dan larang dalam kebebasan dan kemerdekaan ? Jawapannya mudah kerana

fitrah kehidupan manusia di lengkapkan dengan berbagai ujian untuk manusia mengukuhkan keimanan

dan kepercayaan, di sinilah letaknya peranan ujian dari Allah melalui Iblis yang di izinkan oleh Allah

untuk menguji Adam dan Hawa

Iblis yang berdendam terhadap Adam dan Hawa berjaya menjalankan tugasnya untuk menyesatkan

Adam dan Hawa yang akhirnya dia berjaya mengeluarkan mereka daripada syurga kerana mengikut kata

Iblis dan mengabaikan larangan daripada Allah, maka di sinilah Iblis menunjukkan sifat takbur kali yang

kedua, sekali ketika bangga dengan asal usulnya daripada api dan kedua kerana berjaya menyesatkan

Adam dan Hawa

Di tipunya Adam dengan kata-kata يبلى ? وملك الخلد شجرة على لك اد ھل ( Wahai Adam, mahukah kamu aku

tunjukkan kepadamu pohon dan kerajaan yang berkekalan dan tidak akan binasa ?) Thaha 120 . Dengan

Page 76: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

76

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

bujukan Iblis itu maka Adam dan Hawa makan juga buah tersebut kerana mahukan kekal dan tidak

binasa

Selepas mereka makan pohon tersebut maka terbukalah pakaian mereka berdua lalu berlakulah apa

yang menjadi fitrah pada seorang lelaki dan perempuan (manusia) di syurga rasanya ini sangat di

fahami, namun ingat ! bahawa mereka bukan melakukan zina hanya mereka telah melanggar perintah

Allah supaya jangan mendekati pohon itu, jadi nyatalah bahawa pohon yang di maksudkan adalah Adam

dan Hawa itu sendiri

LURUTAN DARI PERISTIWA FITRAH INI:

* Pohon itu maksudnya Adam dan Hawa

* Buah khuldi adalah buah Adam dan Hawa

* Sudah menjadi fitrah bahawa jika buah dan pohon di maka maka pakaian boleh lucut

* Buah itu sebenarnya tidak kekal sebagaimana dakwa Iblis

* Di larang mendekati lelaki dan perempuan yang bukan muhrim

* Berhati-hati dengan janji syaitan, dan teliti dengan janji-janji manusia

* Fahami dengan erti kebebasan dan kemerdekaan

Apa yang berlaku kepada Adam dan Hawa akan menjadi fitrah hukum untuk anak cucunya

MENGENAL AHLI ALLAH DAN AHLI SYAITAN

Istilah yang di atas adalah suatu ketetapan daripada Allah s.w.t sebagai ingatan kepada manusia yang

bertaraf sebaik-baik kejadian, sebenarnya walaupun Allah s.w.t menetapkan bahawa manusia adalah di

antara makhluk Allah yang paling sempurna namun di antara manusialah yang paling hina kerana ada di

antara manusia yang bertarap haiwan dan syaitan

Manusia yang di kurniakan oleh Allah akal perlulah mengenal dan menilai diri mereka tanpa ada

kepentingan diri sendiri, manusia juga perlu menyelamatkan diri mereka dengan mengubah sikap bagi

keselamatan diri dan keluarga mereka dengan menjadikan diri mereka sebagai ahlullah atau ahli

Rabbani sebagaimana firman Allah رسون تد كنتم وبما الكتاب تعلمون بما نيين ربا كونوا (Jadilah kamu orang

Rabbani, dengan mengajarkan kitab, dan mempelajarinya) Ali Imran 79

Ayat yang di atas Allah s.w.t menegaskan kepada manusia supaya kamu (manusia) menjadikan diri

mereka sendiri sebagai ahlullah dengan mengajarkan kitab iaitu al quran serta mempelajarinya,

mengajar kitab al quran yang di tetapkan oleh Allah sebagai Huddan bukalah suatu yang mudah

melainkan mereka terpaksa mempelajarinya dengan seorang yang arif tentang selok belok Asbabul

nuzulnya serta sejarah quran itu secara menyeluruh yang berteraskan bahasa arab, tidak boleh bahasa

yang lain melainkan tafsiran dan terjemahannya

Page 77: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

77

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Orang alim Rabbani apabila telah mempelajari kitab dan mengajarnya maka berhaklah mereka di panggil

kumpulan Allah (Ahlullah) yang telah di tetapkan oleh Allah hati mereka (Ruhul Yaqazah) dengan roh

yang baik dan akal yang sempurna dan merekalah juga di kenali sebagai Hizbullah حزب ان ا? ( حزب اولئك

المفلحون ھم ( (Mereka itu adalah penyokong Allah, ketahuilah bahawa penyokong Allah itu adalah orang

yang menang) Al Mujaddalah 22

Sementara itu ada lagi satu kumpulan manusia yang di tetapkan oleh Allah sebagai kumpulam syaitan

jenis manusia dan jenis haiwan iaitu kumpulan yang tidak mahu menyampaikan isi al quran secara

sebenar sekalipun mereka itu bergelar ahli kitab atau ahli yang cuba memutar belitkan isi kitab dengan

mengelirukan ilmu nahu kerana tidak mempelajari tajwid yang terdapat pada al quran, mereka ini di

sifatkan oleh Allah sebagai manusia yang telah di kuasai oleh syaitan, sebagaimana firman Allah

menyatakan:

نالخسرو ھم الشيطن حزب أن أ? الشيطن حزب أولئك ( ذكر نسھم فأ الشيطن عليھم استحوذ (Syaitan telah menguasai dan

mempengaruhi mereka sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati ajaran Allah, mereka itu adalah

kumpulan syaitan, dan kumpulan syaitan itu adalah kumpulan yang rugi) Al Mujaddalah 19

Dan firman Allah lagi :

لين ا?ذ فى أولئك ، ورسوله ( نو د يحا الذين ان (Sesungguhnya mereka yang menentang Allah dan Rasulnya,

mereka termasuk golongan yang amat hina) Al Mujaddalah 20

TERSEMBUNYI

Apa-apa yang tersembunyi yang di ujudkan oleh Allah ia adalah suatu rahsia yang mesti di selidiki oleh

umat islam mengikut kemampuan dan keupayaan sehingga ia dapat di fahami dan menjadikannya ilmu

untuk di amalkan serta pengakuan, sebagai contoh yang nyata apabila semua makhluk yang di jadikan

Tuhan termasuk manusia maka manusia perlu mengkaji dirinya supaya mereka benar-benar faham

bahawa mereka adalah manusia walaupun pada asalnya mereka adalah makhluk yang Allah jadikan

Segala rahsia mestilah di cari dan di farakkan dengan menilai darjat-darjat yang ada, contohnya ialah

dari makhluk menjadi manusia, dari taraf manusia menjadi insan, dari insan menjadi insan kamil, dari

insan kamil menjadi insan kamil wa mukamil, Allah sentiasa melapangkan akal untuk memahami

sesuatu, seterusnya sesuatu itu jika ada suruhan ataupun larangan maka di sana akan dapat kita jadikan

batas dan sempadan ini tertakluk kepada keimanan seseorang

Istilah yang di utarakan oleh ulama setelah mereka berijtihad ataupun bermunajat mengikut nas al

quran dan hadis nabi maka tentunya ia akan menghasilkan sesuatu yang dapat membawa faedah

kepada manusia dalam hidup bertamadun mungkin hasil dari berijtihad itu akan menghasilkan sesuatu

yang kadangkala semacam berkhayal akan tetapi itu semua adalah datang daripada Allah asalkan tidak

bercanggah dengan asas quran dan hadis rasullullah saw

Page 78: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

78

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Cuba kita perhatikan istilah di bawah ini:

Manusia terdiri dari berbagai-bagai unsur yang nyata dan juga ghaib, yang penting di antara keduanya

ialah yang ghaib, maka yang ghaib itu berasal daripada Nur demikian juga yang nyata, iaiatu Allah

(Kullum min 'indillah) setiap sesuatu itu adalah daripada Allah, sedangkan Allah itu adalah NUR kepada

cahaya langit dan bumi, itu adalah secara kasarnya, akan tetapi jika kita bawa kepada diri kita maka

pengertiannya adalah lebih meluas lagi istilahnya

Sebagai contoh: diri manusia itu di sebut sebagai diri terdiri (jasmani) diri terperi (Ruhul Yaqazah) diri

sebenar diri manusia (Ruhul hayat) diri tajalli (Insam Kamil) Apa yang kita fahami ialah apabila di sebut

Ruhul Yaqazah,Ruhul Hayat dan Insan Kamil maka ia memahamkan kepada kita pada bab zat dan juga

soal roh, yang inilah perlu di fahami oleh manusia

Persoalannya ialah adakah yang ghaib yang bertaraf zat dan roh itu terdiri daripada listrik positif

(proton) ? atau listrik negatif (electron) ? yang mana kedua-dua ini apabila berpadu akan menghasilkan

butiran-butiran atom, dan apabila ia dinamakan atom adakah a juga di kenali sebagai atom hidrogen

yang terdapat di dalamnya unsur-unsur atom neutral yang di namakan neutron ?

Sesungguhnya konsep atom ini mungkin banyak konsepnya kerana proton dan neutron juga dapat

membentuk atom, oleh itu cuba pula kita perhatikan perkara yang ghainb dan tersembunyi yang

terdapat di dalam diri manusia sehinggakan manusia dapat hidup secara selesa dengan menghasilkan

af'al Allah hasil dari penguasaan Zat Allah terhadap sekalian hambaNya

Kerana itu adakah konep mengenal diri dan Allah itu sia-sia ? Ijma ulama ada menyebuat jika kita tak

kenal diri maka mereka akan menjadi tidak sedar diri, jika mereka tidak mengenal Allah maka mereka

ada cita-cita nak jadi Allah (syirik)

Kerjasama di pinta untuk memperbetulkan ejaan yang salah

PELAJARAN KITA PADA KALI INI KITA AKAN TERANGKAN ISTILAH DIRI

فسدالجسد ربه عرف ومن ربه، عرف فقد نفسه عرف من

Jika kita tinjau di dalam al quran maka kita akan berjumpa dengan istilah diri yang di petik dari istilah

nafas, nufus, Ampas dan juga Tanafas yang membawa maksud diri, diri ini tidak di pahami oleh

kebanyakan orang awam kerana istilah ini sangat seni dan halus namun istilah ini tetaplah bermaksud

diri sebagaimana yang terdapat di dalam al quran

Orang saufisma yang berlandaskan kepada tauhid memahamkan istilah diri ini berpunca dari istilah

INSAN yang mana di katakan anasir INSAN ini daripada istilah Nafas, Nufus, Ampas dan juga Tanafas

yang membawa maksud diri di dalam al quran dan di dalam al quran juga terdapat istilah diri sebagai

Page 79: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

79

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Fuad, Anfusahum, Nafasaka, Nufusikum, Nafsun, Nafsin, Anfusikum, Nafsahu, Nufusun, Nafsika dan

lainnya

Dalam mempelajari ilmu ini kita ambil saja istilah ini secara kasarnya sahaja yang mana ilmu ini telah

masyhur di perkatakan dan di pelajari oleh ahli ilmuan yang membawa kepada tarikat, tasauf, tasawwuf

dan Kerohanian yang membawa kepada ilmu tamadun manusia di sepanjang zaman

ISTILAH DIRI

1. Diri Terdiri (Jasmani)

2. Diri Terperi (Yang terdiri dari Roh, Akal, dan Nafsu) atau di namakan juga Ruhul Yaqazah

3. Diri Sebenar Diri (Yang terdiri dari istilah Insan) atau di kenali juga sebagai Ruhul Hayat

4, Diri Tajalli yang berpaksi kepada sifat Kamal

1. DIRI TERDIRI

Diri ini membawa kepada maksud diri jasmani, perkataan TERDIRI ini menunjukkan bahawa jasmani itu

terdiri daripada apa asal usul kejadian awal dan selepasnya ia juga bererti bahawa jasmani manusia itu

TERDIRI dari apa serta mengapa ia di ciptakan oleh Tuhan

Diri ini mula di ciptakan oleh Allah di mulai ilmunya daripada sejarah ADAM a.s di syurga Khuldi

(Jannatul Khuldi) Anasir awalnya daripada tanah yang di perintahkan oleh Allah malaikat mengambilnya

yang mana tanah pilihan ini mengandungi air,api dan juga angin dan selepasnya diri terdiri ini di jadikan

pula dari unsur jenerasi kedua iaitu dari wadi,wazi, mani dan juga maknikam iaitu benih Hawa dan juga

Adam

Ilmu ini adalah ilmu kajian para doktor (Anatomi) Yang mana ilmu ini memakan masa yang agak lama

untuk di pelajari dan di selidiki sehingga mereka memperoleh kepakaran dalam bidang kedoktoran dan

sehingga zaman ini belum lagi para doktor berpuas hati di dalam kajiannya

Diri TERDIRI ini secara rengkasnya adalah terdiri dari apa juga yang terdapat pada sebatang tubuh

manusia sama ada di luar jasmani ataupun di dalam jasmani, ertinya sebatang tubuh manusia yang

TERDIRI dari kepala, tangan, badan, kaki, kulit,daging, rambut, urat, jantina dan lainnya

Diri ini jugalah yang di maksudkan oleh Allah di dalam al quran sebagai

زيره معا ألقى ولو بصيرة، نفسه على ا"نسن بل وأخر، قدم بما يومئذ نسن اا" ينبؤ

Maksudnya: Pada hari itu manusia di beritahu akan apa yang ia telah lakukan dan apa yang ia telah

tinggalkan, bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun ia

memberikan alasan-alasan (Untuk membela diri)

(Al Qiyamah 13,14 dan 15)

Page 80: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

80

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Ayat yang di atas menunjukkan secara jelas bahawa diri terdiri ini telah di tentukan oleh Allah untuk

menjadi saksi kepada segala perbuatan dirinya, ini bererti ada diri yang sebenar yang bersoal jawab

dengan Tuhannya sementara jasadnya tetaplah menjadi saksi, siapakah diri ini ? Diri inilah yang di

maksudkan diri TERPERI

Dan diri inilah juga yang di terangkan oleh Allah sebagai : فعدلك ٮك فسو خلقك الذى (Tuhan yang telah

mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (Dengan tujuan yang kerananya di adakan

anggota itu) serta menjadikan (benaan tubuhmu) sama padan dengan kekuatannya (Surah Infitar ayat

7)

Jelas sekali ayat ini menujukkan bahawa tujuan Allah menjadikan jasad (Diri Terdiri) ini dengan tujuan

kerananya iaitu kerana diri Terperi yang kekuatannya adalah lebih kuat dari diri jasmani akan tetapi di

sebabkan asal usul bahan diri TERDIRI ini di jadikan dari sumber tanah, air, api dan juga angin yang

kemudiannya dari bahan wadi, wazi, mani dan juga maknikam maka ia di anggap sebagai bahan daya

tahan atau cooling system maka mampulah diri TERPERI itu tinggal di dalamnya dan diri TERDIRI inilah

yang dapat dan mampu memperlihatkan Af'al daripada Allah

2. DIRI TERPERI

Istilah diri TERPERI adalah melibatkan ilmu yang berkaitan dengan perkara Kerohanian, asal ilmu ini di

petik dari istilah Rohani yang mengandungi anasir roh,akal,nafsu dan juga nyawa, apabila Rohani itu di

bahagikan kepada dua maka ujudlah istilah Ruhul Yaqazah dan Ruhul Hayat, Ruhul Yaqazah

mengandungi anasir roh,akal dan juga nafsu sementara ruhul hayat mengandungi anasir nyawa sahaja

Ruhul Yaqazah inilah yang di kenali sebagai diri TERPERI, diri ini di sebut TERPERI adalah kerana ia

memiliki keupayaan yang tidak ada tolak bandingnya, ertinya tidak terperi keupayaannya,kehendak dan

juga ilmunya, asal usulnya daripada sifat ma'ani iaitu sifat qudrat,Iradat dan juga Ilmu, dari qudrat ujud

roh, dari Iradat ujud nafsu dan dari ilmu ujud Akal, semua ini perlu di pelajari dari ilmu sifat 20 tanpanya

adalah sukar untuk di fahami

Di dalam al quran cerita Ruhul Yaqazah atau diri TERPERI ini kita boleh memahaminya melalui surah Al

An'am ayat 60 FirmanNya:

مسمى أجل ليقض فيه يبعشكم ثم بالنھار جرحتم ما ويعلم باليل يتوفٮكم الذى وھو

تعملون كنتم بما ينبئكم مش مرجعكم أليه شم

Maksudnya: Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu

kerjakan pada siang hari, kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) untuk di sempurnakan ajal yang

telah di tetapkan, kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada

kamu apa yang telah kamu lakukan

Page 81: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

81

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kamu itu adalah kamu diri TERPERI iaitu apabila kita di tidurkan

oleh Allah maka roh, akal dan nafsu keluar dari jasad, yang tinggal hanyalah jasad dan juga nyawa,

andainya nyawapun keluar maka ia di namakan mati

Allah berfirman lagi dalam surah Az Zumar ayat 42

الموت عليھا قضى التى فيمسك مھا منا فى تمت لم والتى موتھا حين ا"نفس يتوفى (

يتفكرون لقوم "يٮت ذلك فى أن مسمى أجل ألى ا"خرى سل وير

Maksudnya:

Allahlah yang menguasai segala-galanya, Dia mengambil dan memisahkan satu-satunya jiwa dari badan,

jiwa yang orang sampai ajalnya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya, kemudian Dia

menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan kembali jiwa yang lain kebadannya,

sehingga sampai ajal yang di tentukan sesungguhnya yang demikian itu tanda-tanda kekuasaan Allah

bagi kaum yang berfikir

Ayat yang di atas menerangkan semua perkara diri di tahan oleh Allah atas fitrah kehendakNya sama

ada Dia tahan atau Dia lepaskan jiwa-jiwa atau di hukum mati dalam tidur atau menahan jiwa yang

terhukum mati dan melepaskan kembali jiwa ke badan sehingga sampai ajal, ertinya semasa orang tidur

Allah tahan Ruhul Yaqazah, sementara Ruhul Hayat tetap dengan jasad, apabila Ruhul Yaqazah di

lepaskan kembali ke badan maka terjagalah manusia itu, ini juga bermaksud bahawa Ruhul Yaqazah (diri

TERPERI) itu bermaksud Roh yang menjagakan manusia, ertinya apabila roh,akal dan juga nafsu keluar

maka manusia tidur dan apabila di lepaskan balik pada jasad maka manusia terjaga

Untuk memahamkan lagi konsep diri TERPERI ini maka di sini di terangkan dengan tafsiran ijtihad ulama

mengatakan bahawa

مستيقظا ا"نسان كان الجسد فى كانت اذا بانھا العادة ( اجرى التى اليقظة روح ھما احدا روحين جسد كل فى بان

الجسد فى كانت بانھااذا العادة ( اجرى التى الحياة روح وا"خرى مات، المنا الروح تلك ورأت نام منه خرجت فأذا

ذلك على ( اطلعه من ا? مقرھما ?يعرف ا"نسان باطن فى الروحان وھاتان مات فارقته فأذا حيا كان

Bi anna fi kulli jasadi ruhaini ihuda huma ruhul yaqazatillati ajrallahul 'adata bi an naha iza kanat fil jasadi

kanal insanu mustaiqizon fa iza kho rajat minhu nama wa roo at til kal ruhul mana mati, wal ukhro ruhul

haayatallati aj rollahul 'adaata bi annaha iza kaanat fil jasadi kana hayyan fa iza faroqot hu mata wa ha

tanir ruhaani fi batinil insaani la yu'rofu maqor ruhuma illa man at lamahullahu ala zalik

Maksudnya: Bahawa setiap jasad itu ada dua jenis roh, salah satu dari keduanya ialah Ruhul Yaqazah,

yang di alirkan oleh Allah adat. jika ia berada pada jasad, jadilah manusia itu jaga (sedar) Maka apabila ia

keluar daripada jasad, maka tidurlah manusia dan melihatlah roh (diri TERPERI) itu akan mimpi-mimpi,

sementara ruhul hayat yang di alirkan olehNya adat jika ia berada dalam satu jasad maka jadilah jasad

Page 82: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

82

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

hidup, apabila ia berpisah dari badan maka matilah manusia, dan kedua jenis roh ini berada dalam jasad

manusia yang tidak di ketahui tempat ketetapannya melainkan orang yang di perlihatkan oleh Allah

kepadanya atas yang demikian itu

Lebih jelas lagi ilmu diri TERPERI ini jika kita boleh faham ilmu IFTIQAR pada bab sifat qahar iaitu sifat

qudrat,Iradat,Imu dan sifat hayat, yang mana sifat ini lazim melazimi dengan sifat Maanawiyah

(Qadirun, Maridun, Alimun dan juga Hayyun) dan satu sifat Salbiyah (Sifat Kamal) yang menguasai sifat

qahar yang menyebabkan semua kuasa ini di tangani oleh Ke Esaan Allah semata-mata yang

menghasilkan maksud ayat At Takwir ayat 29, Ash Shafat 96, Al An'am 61, Al Baroah 51 dan banyak ayat

lagi

Ilmu diri TERPERI inilah yang menyebabkan manusia menanggung 'azab dan sangsara kerana di sana

ujudnya roh, akal dan juga nafsu yang menyebabkan manusia hanyut dalam ilmu akidah dan

perhubungannya dengan Tuhan Yang Maha Esa, sebaiknya berjumpalah guru yang arif tentang ilmu ini

Dengan memahami ilmu diri TERPERI ini juga maka kenallah kita akan maksud Ammar Rabbi yang

tertakluk di bawah takdir Tuhan atau ilmu yang di namakan qadha dan qadar, ilmu ini sangat luas, ia

perlu di pelajari dengan berpandukan al quran dan hadis nabi s.a.w dan ilmu inilah yang di kuasai oleh

Saidina Ali r.a yang di muatkan oleh Yusuf Al Qardawi di dalam kitab khutbahnya

Awas kepada yang mempelajari ilmu diri TERPERI ini juga harus di peringatkan supaya jangan

mengamalkan fahaman Jabariah, yang sebaiknya kita perlu merujuk ayat-ayat jabariah sehingga ia di

bawa kepada fahaman ahli Sunnah Wal Jama'ah kerana tugas kita sebagai khalifah di bumi ini tertunai

dengan sebaiknya

3. DIRI SEBENAR DIRI

Diri ini di kenali sebagai Insan atau Ruhul Hayat, sebenarnya diri sebenar diri ini istilahnya sangat

banyak ia terpulang kepada individu bagaimana pengetahuan ini di pelajari oleh peminatnya, walau

bagaimanapun istilah yang paling mirip mengikut al quran perlu di utamakan kerana tiada keraguan

orang ramai untuk menerima ilmu ini, bagi pengarang saya lebih mirip kepada 3 istilah diri sebenar diri

iaitu Insan, Ruhul Hayat dan juga Nur Muhammad, sekalipun ianya saya utarakan 3 nama akan tetapi ia

tetaplah satu

Insan ini di sebut oleh Allah di dalam al quran sebagai تقويم احسن فى ا"نسن خلقنا لقد (Sesungguhnya Kami

telah jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian) At-Tin 4, mungkin Insan yang di fahami oleh orang awam

berbeza dengan orang khusus, orang awam memahami Insan itu sebagai manusia pada maksud

keseluruhannya akan tetapi mengikut fahaman orang khusus Insan itu adalah Diri batin yang mengawal

seluruh istilah diri

Diri ini di kira sangat seni dan tidak menanggung dosa kerana diri ini tidak di sertai sesuatu yang

mencemarkan martabatnya dari sempurna dan diri inilah yang di maksudkan ربه عرف فقد نفسه عرف من

Page 83: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

83

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

(Barang siapa yang mengenal dirinya maka ia mengenal Tuhannya) diri ini juga yang bertaraf Sirullah

atau rahsia Allah kerana kesempurnaannya di kaitkan untuk tangga mengenal Allah yang menjadikan

seluruh alam dan keadaannya tidak menyerupa apa jugapun

Mungkin ada di antara kita yang keliru tentang Insan yang tidak menyerupai apa jugapun seolah-olah

sama dengan keadan Tuhan iaitu LAISA KAMISLI SYAI UN namun di sini kita perlu terangkan supaya

orang yang membaca kitab ini tidak tersesat dengan mengemukakan hujah al quran yang di petik dari

surah An Nahl ayat 17 يخلق كمن يخلق افمن? �تذكرون أف ( Kalau sudah begitu adakah Allah yang

menciptakan (Zat yang menjadikan) semua itu sama seperti makhluk (zat yang tidak menjadikan) yang

tidak menciptak sesuatu? Maka patutkah kamu lalai kerana tidak mahu memikirkannya ? )

Ayat An Nahl 17 di atas menerangkan bahawa di antara Zat Allah dan Zat manusia adalah tidak sama

kerana Zat Allah ada sifat keagunganNya (sifat Salbiyah) yang tidak ada permulaan dan akhirnya

sementara zat Manusia ada awal kejadiannya, ini bererti ianya makhluk yang bertaraf zat yang di jadikan

oleh Allah dan manusia perlu melihat ke dalam diri mereka sendiri, kerana itu Allah suruh manusia

berfikir "Dan di dalam diri kamu itu tidakkah kamu perhatikan ?

Sesungguhnya Insan ini anasirnya daripada nafas, nufus, ampas dan juga tanafas dan ialah yang menjadi

rahsia kepada mengenal ujudnya Zat Allah sebab itu di katakan Al Insani sirri wa ana sirrohu dan diri

inilah yang di sebut oleh Allah di dalam Al quransebagai كنتم أينما معكم ھوو (Dan Dia beserta kamu di

mana saja kamu berada) Al-Hadid 4 dan banyak lagi ayat yang menyatakan bahawa Dia adalah beserta

manusia dan juga hampir di antaranya ayat Al Baqarah 186, Surah Qaaf 16

MENGAPA DIA DI SEBUT SEBAGAI DIRI SEBENAR DIRI ?

Diri ini di sebut oleh jumhur Ulama semasa mereka berada di alam Roh adalah sebagai diri yang menjadi

wakil kepada sekalian Roh-roh (roh,nafsu dan akal) bagi menjawab pertanyaan Allah sebagaimana yang

terdapat di dalam al quran pada surah Al A'araf ayat 172

غفلين ھذا عن كنا أنا القيمة يوم تقولوا أن شھدنا بلى قالوا بربكم ألست

Maksudnya: Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Mereka semua menjawab "Benar Engkau adalah Tuhan

kami dan kami menjadi sksi" yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak,

sesungguhnya Kami adalah lalai (tentang hakikat Tauhid ini)

Ayat di atas menunjukkan janji diri sebenar diri itu kepada Tuhan yang mereka mahu berTuhankan

kepda penciptanya iaitu Allah dengan berkata kami menyaksikan, ertinya menaik saksi bahawa tiada

tuhan yang wajib di sembah melainkan Allah iaitu La Illaha Illallah ( ? ا? اله ) ) yang mana kalimah

tersebut sebagai pengakuan diri sebenar diri itu mahu menjadi hamba yang soleh kerana mahu

mengamalkan semua cara hidup berasaskan Lillhi Ta'ala ( ? ا? اله ) )

Page 84: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

84

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

Mengikut pandangan yang lain ada juga yang mengatakan bahawa yang mewakili sekalian roh tersebut

adalah Nur Muhammad dan ada juga yang mengatakan Hakikatul Muhammadiayah, semuanya itu

adalah sama iaitu dialah sebagai diri sebenar diri atau Insan atau Ruhul Hayat

4, DIRI TAJALLI

Hanya orang-orang khusus saja yang faham dengan istilah DIRI TAJALLI ini namun tidak pula terkecuali

untuk orang awam memahaminya asalkan mereka rajin berwirid dengan al quran, DIRI TAJALLI ini

bermula di ceritakan oleh golongan yang menghampiri diri mereka kepada Allah s.w.t sama ada mereka

ingin mengetahui dengan jelas lagi bagaimana perhubungan manusia dalam soal beribadah (Uluhiyah)

Walau apapun DIRI TAJALLI ini bukan makhluk akan tetapi Rububiyah

Kesah bermula daripada peristiwa Nabi Allah Musa mahu melihat Zat Allah s.w.t sebagaimana

firmanNya dalam surah Al A'araf ayat 143

Firman Allah s.w.t

أليك أنظر أرنى رب قال ربه وكلمه لميقتنا موسى جاء ولما

فسوف مكانه استقر فأن الجبل ألى انظر ولكن ترنى لن قال

فلما صعقا خرموسى و كا د جعله للجبل ربه تجلى فلما ترنى

المؤمنين أول وأنا أليك تبت سبحنك قال أفاق

Maksudnya: Dan tetekala nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhanmu

berkata dengannya, maka nabi Musa berkata "Wahai Tuhankuperlihatkanlah kepadaku (akan ZatMu)

supaya aku dapat memandang kepadaMU, Allah berfirman "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup

melihatKu, tetapi lihatlah ke gunung itu, maka jika ia tetap berada pada tempatnya, nescaya engkau

akan dapat melihatKu, maka tetekala Tuhan mentajallikan dirinya, kepada gunung itu maka hancur

leburlah gunung itu, lalu Musapun jatuh pengsan, setelah ia sedar semula berkatalah Musa Maha suci

Engkau, aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal beriman kepadaMu

Demikianlah sejarah Tajalli yang di kaitkan dengan ilmu DIRI TAJALLI. Istilah DIRI TAJALLI ini ada yang

mengertikan sebagai menunjukkan Diri Zat, ada juga yang mentafsirkan sebagai menzahirkan, dan ada

juga sebagai menampakkan diri Zat itu, dalam tafsiran pimpinan Ar Rahman menyebut sebagai

menzahirkan sifat kebesaran ZatNya, walau apapun soal pokoknya ialah Zat yang Maha Agong itu telah

mentajallikan dirinya di bukit Thur Sina lalu bukit itu menjadi hancur berderai

DIRI TAJALLI SATU ANALISA

berdasarkan ayat Tajalli di atas sudah jelas bahawa DIRI TAJALLI itu bukan makhluk akan tetapi Tuhan

dengan sifat keagunganNya yang memiliki sifat yang berlainan dengan sifat kebesaranNya, saya lebih

menumpukan analisa ini berdasarkan ilmu sifat 20 yang membezakan sifat keagungan dan sifat

kebesaranNya kerana sifat keagunganNya itu adalah sifat yang menetapkan sifat keagungan DiriNya

Page 85: 32504582-Ilmu-Mengenal-Diri-2

Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2

85

Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij

secara mutlak sementara sifat kebesaranNya adalah sifat yang di timpakan kepada sekalian makhlukNya

sebab itulah sifat ma'anawiyah dan Salbiyah berbeza, hal ini perlu di rujuk kepada guru yang lebih arif

Soal mengapa DIRI TAJALLI ini menjadi rujukan diri yang di kaitkan dengan diri manusia ialah kerana

ujud sifat salbiyah (Wahdaniyah) pada sifat Kamal Allah s.w.t hal ini adalah jelas, inilah yang terdapat

pada sifat Iftiqar kerana itu di katakan bahawa semua perbuatan,kehendak, dan kuasa penggerak

adalah datang daripada Allah s.w.t sila rujuk pada ayat at takwir 29, ayat ash shaffat 96, ayat Al An'am

61, ayat surah al Baro'ah 51, ayat surah al anfal 17 dan An Nisa 78 dan banyak ayat lagi, dan yang

terbaiknya ialah berjumpalah dengan guru yang arif

Jika kita ambil daripada peristiwa Musa ini maka kita dapati ilmu ini merangkumi dua ilmu yang besar

dan asas iaitu ilmu Rububiyah dan Uluhiyah yang mana ilmu Rububiyah inilah yang di katakan Tuhan

menjadikan sesuatu daripada alam ini, sementara ilmu uluhiyah adalah ilmu yang membabitkan diri

terdiri, diri terperi dan diri sebenar diri dan yang menghubungkan di antara dua ilmu yang asas ini ialah

sifat Wahdaniyah dari kumpulan sifat Salbiyah. Tuhan tidak di katakan Tuhan jika Dia tidak bersifat

Salbiyah

Melihatkan kepada peristiwa nabi Musa maka jelaslah kuasa Uluhiyah di kuasai oleh sifat Wahdaniyah

yang ada pada sifat Kamal yang menunjukkan bahawa segala sesuatu itu datangnya daripada Ke Esaan

Allah belaka iaitu SETIAP SESUATU ITU DATANG DARIPADA ALLAH. cuma adalah agak mustahil bagi nabi

Musa mahu melihat wajah Zat Allah sebab kuasa Nur ala Nur itu tersangat kuat sehinggakan bukit Thur

sinapun hancur berderai menjadi abu, itulah sebabnya pandangan para ulama menyatakan bahawa

NUR itu memiliki kuasa yang bukan layak bagi sekalian baharu mendampinginya dan sebab itulah juga

Allah menjadikan alam yang nyata ini bersumber daripada tanah nurani, air nurani, angin nurani dan api

nurul adhom sebagai pelindung kuasa ketahanan, semua ini perlu di gurui