4. sistem saraf
TRANSCRIPT
Sistem Saraf
Terminologi o Sistem saraf pusat (Central nervous system) : Sebahagian sistem saraf yang terdiri daripada otak dan saraf tunjang. o Sistem saraf periferi (Peripheral nervous system) : Sebahagian sistem saraf yang di luar daripada otak dan saraf tunjang.
Rajah 1: Gabungan sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi o Neuron (Neuron) : Sel saraf yang menghubungkan system saraf yang terdiri daripada jasad sel, dendrite dan akson.
Rajah 2: Struktur neuron o Neuron aferen (Afferent neuron) : Neurone yang menghantar impuls dari reseptor ke otak atau saraf tunjang. o Neuron eferen (Efferent neuron) : Neuron yang menghantar impuls dari otak atau saraf tunjang ke otot atau kelenjar. o Rangsangan (Stimulus) : Perubahan pada persekitaran. o Reseptor (Receptor) : Struktur khusus yang peka terhadap rangsangan.78
Sistem Saraf
o Efektor (Effector) : Struktur khusus yang menerima isyarat arahan daripada pusat kawalan dan bertindak mengikut isyarat yang dihantar. o Impuls (Impulse) : Maklumat rangsangan yang telah ditukarkan kepada isyarat elektrik. o Sinaps (Synapse) : Tempat bertemunya neuron yang terdiri daripada pre-sinaptik membrane (akson) dengan ruang sinaptik dan pos-sinaptik membrane (dendrite). o Neurotransmitter (Neurotransmitter) : Bahan kimia yang terdapat di hujung akson yang bertanggungjawab dalam memindahkan impuls merentasi sinaps.
Rajah 3: Struktur synaps dan neurotransmitter o Tindakan reflex (Reflex arc) : Tindakan luar kawalan yang melibatkan otot rangka berlaku secara spontan. o Sistem saraf somatik (Somatic nervous system) : Sebahagian daripada sistem saraf periferi yang menyesuaikan badan dengan persekitaran luaran hasil interaksi reseptor saraf pusat dan otot. o Sistem saraf autonomik (Autonomic nervous system) : Sebahagian daripada sistem saraf periferi yang mengawal fungsi organ dalaman seperti mengawal otot licin, otot kardium dan kelenjar. o Parasimpatetik (Parasympathetic) : Pembahagian daripada sistem saraf autonomik yang mengawal organ dalaman dengan mengekalkan keadaan normal badan.
79
Sistem Saraf
o Simpatetik (Sympathetic) : Pembahagian daripada sistem saraf autonomik yang menyediakan diri terutamanya persekitaran dalaman semasa situasi kecemasan.
Rajah 4: Sistem autonomik (simpatetik dan para-simpatetik)
Sistem SarafApa itu sistem saraf?Sistem saraf tersusun oleh berjuta-juta sel saraf yang mempunyai bentuk bervariasi dan berhubung antara satu sama lain. Saraf memindahkan maklumat iaitu impuls yang mana dalam bentuk arus elektrik melalui jaringan sel saraf yang menjadi unit asasnya iaitu neuron. Sistem saraf berfungsi mengkoordinasi, mentafsir dan mengawal sistem lain dalam badan. Sistem ini meliputi sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Terdapat tiga jenis neuron utama di dalam sistem saraf. 1. Neuron sensori: Menghantar impuls rangsangan. 2. Neuron penghubung: Menghubungkan neuron sensori dengan neuron motor. 3. Neuron motor: Menghantar impuls tindak balas kepada organ terlibat.
80
Sistem Saraf
Rajah 5: Jenis-jenis neuron Sistem saraf terbahagi kepada dua bahagian iaitu sistem saraf pusat dan periferi. Sistem saraf periferi pula terbahagi kepada somatik dan autonomik. Simpatetik dan para-simpatetik pula terletak di bawah bahagian saraf autonomik.
Sistem Saraf
Periferi
Pusat
Somatik
Autonomik
Simpatetik
ParaSimpatetik Rajah 6: Rumusan komponen dalam sistem saraf
81
Sistem Saraf
Sistem saraf pusat
Rajah 7: Struktur sistem saraf pusat
Sistem saraf pusat meliputi bahagian otak dan saraf tunjang. Sistem saraf pusat berfungsi menghantar impuls sensori sama ada somatik atau autonomik ke otak serta membawa impuls motor dari otak ke efektor yang berkaitan. Otak berfungsi sebagai pusat pemprosesan maklumat yang diterima serta menghasilkan gerakbalas dan koordinasi yang sesuai. Berikut merupakan struktur otak dan fungsinya:
82
Sistem Saraf
Otak
Rajah 8: Struktur otak Berikut merupakan bahagian otak berserta fungsinya: a) Cerebrum (otak besar): Memainkan peranan penting dalam ingatan, pembelajaran, percakapan, emosi serta menghasilkan tindakbalas tingkahlaku kompleks. b) Cerebellum (otak kecil): Mengkoordinasi pergerakan tubuh, memainkan peranan dalam pembelajaran dan mengingati perlakuan motor. c) Medulla oblongata: Mengawal sistem pernafasan, aliran darah, mengunyah dan pencernaan. d) Kelenjar pituitari: Lobus posterior; menyimpan dan menghasilkan dua jenis hormon yang dihasilkan oleh hypothalamus. Lobus anterior; menghasilkan dan merembes pelbagai jenis hormon yang menetapkan fungsi tubuh yang pelbagai. e) Hypothalamus: Pusat kawalan homeostatik, mengawal kelenjar pituitari. f) Thalamus: Pusat input bagi data sensori untuk ke cerebrum. Pusat output bagi perlakuan motor meninggalkan cerebrum; mengasingkan data.
83
Sistem Saraf
Saraf tunjang
Rajah 9: Struktur saraf dalam saraf tunjang a) White matter: Mengandungi saraf fiber (akson). b) Grey matter: Saraf sel tubuh dan dendrite. c) Dorsal root: Laluan di mana neuron sensori memasuki tulang belakang. d) Ganglion: Mengandungi sel tubuh neuron sensori. e) Ventral root: Laluan di mana neuron motor meninggalkan tulang belakang.
Sistem saraf periferiSistem ini terdiri daripada serabut saraf yang bermula dari saraf pusat hingga reseptor deria. Fungsinya adalah untuk menghantar impuls dari reseptor ke saraf pusat dan dari saraf pusat ke organ yang berkenaan untuk tindakan yang bersesuaian. Sel yang membawa masuk impuls dan maklumat tentang rangsangan dari reseptor deria merupakan sel sensori. Sel yang membawa impuls dari sistem saraf pusat ke otot dan organ tumpuan ialah saraf motor. Sistem saraf periferi terdiri dari sistem saraf sedar (somatik) dan sistem saraf tak sedar (autonomik). Sistem saraf sedar mengawal aktiviti oleh otak, sedangkan saraf autonomik
84
Sistem Saraf
mengawal aktiviti yang tidak dapat dikawal otak. Terdapat dua jenis saraf yang terlibat dalam system ini iaitu saraf kranial dan saraf spinal.
Rajah 10: Laluan bagi neuron motor somatik dan autonomik
Saraf kranialSaraf kranial merupakan jaringan saraf yang terhasil dari bahagian bawah otak. Terdapat 12 pasang saraf kranial (kanan dan kiri).
Rajah 11: Struktur bahagian dalam saraf kranial85
Sistem Saraf
Struktur saraf cranial berserta fungsinya: Fungsi Saraf untuk bau. Saraf untuk melihat. Saraf ke otot mata. Saraf otot mata superior oblique yang mempunyai penyangkuk. 5. Trigeminial nerve Saraf tri-geminal kerana ada tiga bahagian: i. Bahagian Ophthalmic ke orbit mata ii. Bahagian Maxillary ke rahang atas (upper jaw) iii. Bahagian Mandibular ke rahang bawah (lower jaw) 6. Abducent nerve Saraf otot lateral rektus yang abdusikan bola mata. 7. Facial nerve Saraf otot muka. 8. Vestibule-Cochlear nerve Terdiri daripada dua bahagian: i. Vestibular nerve untuk keseimbangan ii. Cochlear nerve untuk pendengaran 9. Glossopharyngeal nerve Ke lidah (glosso-lidah) dan pharynx 10. Vagus nerve Saraf merayau (vagrant wandering) kerana mensarafi kawasan yang meluas ke leher, thorax dan abdomen. 11. Accessory nerve Saraf aksesori kerana kelihatan seperti sebahagian daripada saraf vagus. 12. Hypoglossal nerve Saraf ke otot lidah yang bergerak ke bawah lidah sebelum mensarafinya. Jadual 1: Bahagian saraf kranial dan fungsi 1. 2. 3. 4. Bahagian Offactory nerve Optic nerve Occulomotor nerve Throchlear nerve
Saraf spinalSaraf spinal terbentuk daripada akar dorsal dan akar ventral saraf tunjang. Saraf spinal berjumlah 31 pasang saraf gabungan. Asalnya, saraf spinal dibezakan kepada 8 pasang saraf serviks, 12 pasang saraf thoracic, 5 pasang saraf lumbar, 5 pasang saraf sacral dan satu pasang saraf coccygeal.
Rajah 12: Struktur saraf spinal86
Sistem Saraf
Saraf refleksi
Rajah 13: Tindakbalas saraf refleksi Apabila lutut (patella) diketuk, reseptor sensori akan mengesan regangan di tendon. Sensori neuron seterusnya akan menghantar maklumat kepada CNS (sistem saraf pusat - saraf tunjang). Di dalam CNS, maklumat tersebut akan dihantar ke neuron motor dan menyebabkan otot quadriceps mengecut sekali gus menyentak kaki ke hadapan. Sistem saraf autonomik Sistem ini mengawal tindakan luar sedar dan luar kawalan di mana melibatkan otot licin dan otot kardiak. sistem saraf autonomik terbahagi kepada dua bahagian iaitu: i. Simpatetik Sistem ini menyediakan badan dalam menjalankan tindakan semasa badan dalam keadaan tertekan atau terancam. Sebagai contoh seperti dalam keadaan dikejar babi hutan. Hal ini akan merubah system di dalam badan. Kadar denyutan jantung, kadar pernafasan, kadar perpeluhan dan lain-lain akan meningkat sebagai menyediakan badan untuk menghadapi keadaan tersebut. Keadaan ini juga dipanggil fight or flight. Para-simpatetik Sistem ini pula menyediakan badan untuk keadaan yang tenang selepas menghadapi keadaan simpatetik. Kadar denyutan jantung, kadar pernafasan, kadar perpeluhan dan lain-lain akan menurun menjadi normal. Keadaan ini dipanggil sebagai rest and digest.
ii.
87
Sistem Saraf
Rajah 14: Tindakan simpatetik dan para-simpatetik Para-simpatetik
Simpatetik
pengecilan pupil memperlahankan kadar respirasi
pembesaran pupil nemingkatkan kadar respirasi
memperlahankan kadar denyutan jantung
meningkatkan kadar denyutan jantung
penghasilan air liur yang banyak
menghalang penghasilan air liur
merangsang pencernaan menghasilkan hormon noradrenalin
menghalang pencernaan
menghasilkan hormon adrenalin
Jadual 2: Contoh tindakan simpatetik dan para-simpatetik88
Sistem Saraf
Rajah 15: Keadaan simpatetik dan para-simpatetik
Fungsi sistem sarafMenerima rangsangan sensori dari reseptor dan organ lain dan menghantar ke CNS
Fungsi sistem saraf Menghasilkan tindakbalas yang sesuai dan menghantar ke organ melalui saraf motor
Mentafsir dan mengintegrasi maklumat Rajah 16: Fungsi sistem saraf89
Sistem Saraf
Rujukan Madder, S.S. (2008). Biology Ninth Edition. Boston: Mc Graw Hill Companies. Peter H. Raven. (2004). Biology for Matriculation. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Companies. Reflex Action. (2006). Retrieved on January 7th, 2011 from
http://www.yachigusaryu.com/blog/2006/08/top-ten-principles-of-yachigusa-ryu_18.html Saraf Kranial. Retrieved on Janyuary 8th, 2011 from
http://panmedical.wordpress.com/2010/05/12/saraf-kranial-saraf-otak/ The Autonomic Nervous System. Retrieved on January 7th, 2011
http://www.cliffsnotes.com/study_guide/The-Autonomic-Nervous-System.topicArticleId 22032,articleId-21948.html
90