3.0 struktur organisasi peranan guru dan kepimpinan sekolah (2)

10
4 3.0 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA DAN PERANAN GURU SERTA KEPIMPINAN SEKOLAH DALAM PENINGKATAN PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM MURID PENDIDIKAN KHAS 3.1 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Upload: cikguatiqanabila

Post on 17-Dec-2015

190 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pendidikan khas

TRANSCRIPT

10

3.0STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA DAN PERANAN GURU SERTA KEPIMPINAN SEKOLAH DALAM PENINGKATAN PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM MURID PENDIDIKAN KHAS

3.1STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Carta alir menunjukkan pengurusan Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Peringkat pengurusan yang paling tinggi adalah Jabatan Pendidikan Khas (JPK). Pada peringkat ini perancangan pembangunan dan dasar berkaitan Pendidikan Khas dibuat. Segala perancangan dan dasar dilaksanakan di peringkat negeri oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan disalurkan ke peringkat daerah melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Di bawah pengurusan PPD terdapat Sekolah Rendah Khas Harian, Sekolah Rendah Khas Berasrama, Sekolah Rendah Biasa Rancangan Percantuman/Integrasi, Sekolah Menengah Khas Berasrama dan Sekolah Menengah Biasa Rancangan Percantuman/ Integrasi.3.2PERANAN GURU DAN KEPIMPINAN SEKOLAH DALAM PENINGKATAN PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM MURID PENDIDIKAN KHAS

3.2.1 Peranan Penolong Kanan Pendidikan Khas

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas bertanggungjawab bagi melicinkan pengurusan Pentadbiran Pendidikan Khas, Pengurusan Kurikulum Pendidikan Khas, Pengurusan Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas dan Pengurusan Kokurikulum Pendidikan Khas serta mempertingkatkan prestasi pengajaran guru serta pembelajaran murid dan menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.AspekPeranan

1) Kurikulum 1) Menentukan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

2) Menentukan Rancangan Pelajaran Tahunan, Rancangan Pengajaran Guru, Rancangan Pendidikan Individu Murid dan lain-lain.3) Membantu serta membimbing guru guru pelatih, guru-guru yang baru mengajar, di dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka. 4) Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan awam dan penilaian dan mencadangkan tindakan susulan.

5) Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Pendidikan Khas dan Kementerian Pelajaran.

6) Menyelaras dan menyusun Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian

2) Pentadbiran1) Membantu menentukan beban tugas guru-guru Pendidikan Khas dan Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas .

2) Membantu menyelaras Hal Ehwal Peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas.

3) Membantu menyenggara dan menyelaras kutipan data serta maklumat dan perangkaan.

4) Membantu ,merancang, menyelaras dan melaksanakan Takwim Pendidikan Khas/ Program berkaitan.

5) Menyelia kerja-kerja guru dan Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas.

6) Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah bagi Pendidikan Khas.7) Mengurus hal-hal kemudahan fizikal dan keceriaan dalam bilik darjah atau kawasan pendidikan khas.8) Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak Pendidikan Khas/ Agensi lain.

3) Hal ehwal murid1) Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid Pendidikan Khas.2) Menyemak Buku Kedatangan murid Pendidikan Khas.

3) Mengurus kemasukan dan penempatan serta penukaran murid Pendidikan Khas.

4) Mengurus surat akuan, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil berhenti sekolah murid Pendidikan Khas.

5) Menyemak buku/ kad kemajuan murid dan jadual markah.

6) Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.

7) Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid Pendidikan Khas yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.

8) Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid Pendidikan Khas.

9) Menguruskan kemudahan rawatan dan program kesihatan murid Pendidikan Khas.10) Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid Pendidikan Khas.11) Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Makanan Tambahan, Projek Susu dan lain-lain rancangan bantuan dan kebajikan murid Pendidikan Khas.12) Memastikan langkah-langkah keselamatan murid Pendidikan Khas semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan . 13) Menguruskan kutipan-kutipan Data dan Maklumat Murid Pendidikan Khas

4) Kokurikulum 1) Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum Pendidikan Khas.2) Menyusun dan menyelaras kegiatan kokurikulum Pendidikan Khas.3) Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum Pendidikan Khas.

4) Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan Kokurikulum telah diambil.

5) Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan Kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian.

6) Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum Pendidikan Khas.

7) Memastikan rekod dan data kokurikulum Pendidikan Khas disenggarakan.

8) Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid Pendidikan Khas dalam bidang berhubung dengan kokurikulum.

9) Mengenalpasti guru-guru yang berpotensi dalam kegiatan kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.

10) Mengenalpasti murid-murid yang berbakat untuk dilatih supaya dapat sampai ke tahap yang lebih tinggi.

3.2.2Peranan Guru Pendidikan KhasDalam pelaksanaan program pendidikan khas, guru memainkan peranan penting dalam menjamin pelaksanaan dan kejayaan program tersebut. Kejayaan dalam konteks ini adalah diukur dari segi kemajuan dan kejayaan yang dicapai dalam usaha mendidik dan melatih murid-murid berkeperluan khas dalam segala aspek contohnya jasmani, emosi, rohani, sosial dan kurikulum itu sendiri. Seseorang guru pendidikan khas perlu mempunyai tanggungjawab yang menyeluruh supaya murid-murid berkeperluan khas ini dapat meningkatkan prestasinya dalam segala bidang khususnya kurikulum dan kokurikulum.AspekPeranan guru

Pengurusan bilik darjah1) Menyediakan bilik darjah yang lengkap dengan peralatan dan keperluan asas

2) Menyediakan ruang dan sudut bagi setiap sesi pembelajaran

3) Memastikan keselamatan bilik darjah adalah pada tahap maksimum dalam segala aspek

Pendaftaran pelajar1) Menerima kemasukan murid dengan meneliti borang pendaftaran dan penempatan

2) Menempatkan murid dalam program atau kelas yang sesuai

3) Merekodkan pendaftaran murid dalam buku rekod pendaftaran

4) Menyediakan fail rekod murid

Menjalankan Tugas Pentadbiran1) Menyediakan jadual waktu kelas dan persendirian2) Menyediakan perancangan tahunan dan semester

3) Menguruskan hal kewangan, kedatangan murid, kelas, dan lain-lain

Menguruskan program pendidikan khas1) Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian2) Merancang aktiviti yang akan dijalankan

3) Menyediakan laporan harian

4) Menyediakan rekod dan laporan disiplin murid

Pelaksanaan program1) Menjalankan ujian diagnostik2) Menyediakan senarai nama murid bagi mengelakkan murid tercicir

3) Menyediakan Rancangan Pendidikan Individu

4) Menyediakan bahan dan pembelajaran yang sesuai

Melaksanakan Kurikulum Pendidikan Khas1) Menjalankan pengajaraan dan pembelajaran mengikut kurikulum yang disediakan2) Merancang mata pelajaran yang sesuai bagi diajar kepada murid-murid berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan

Melaksanakan kokurikulum pendidikan khas1) Mewujudkan aktiviti kokurikulum dan menggalakkan murid pendidikan khas mengambil bahagian2) Menubuhkan unit beruniform, kelab, persatuan yang bersesuaian

3) Melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan

Mengurus hal ehwal murid pendidikan khas1) Mengawasi disiplin murid2) Mengenal pasti murid yang memerlukan khidmat multidisiplin dan bantuan kewangan

3) Mengadakan lawatan ke rumah murid bagi mengeratkan perhubungan antara sekolah dan ibu bapa

Menjalankan terapi1) Menjalankan pelbagai terapi seperti terapi renang, terapi berkuda, terapi muzik, terapi cara kerja, terapi pertuturan, dan sebagainyaa.

Penyeliaan dan pengawalan1) Mengawal perjalanan kelas supaya tidak ada masalah disiplin yang berlaku

2) Membantu dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul

Pemeriksaan kesihatan1) Memeriksa kesihatan murid dari masa ke masa

2) Menguruskan khidmat pemeriksaan dari pihak Jabatan Kesihatan3) Menguruskan ceramah kesihatan

Menjalankan penilaian1) Menjalankan ujian mengikut tahap murid-murid2) Menjalankan tindakan susulan seperti mendaftarkan murid untuk peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan sebagainya.

Memberi khidmat nasihat1) Memberi kaunseling kepada murid bermasalah2) Memberi kaunseling kepada ibu bapa yang memerlukan

3) Memberi khidmat nasihat kepada masyarakat.

3.3.3 Peranan Pembantu Pengurusan Murid

Pembantu Pembantu Pengurusan Murid atau kebiasaannya disebut sebagai PPM adalah merupakan pembantu kepada guru-guru Pendidikan Khas bagi menguruskan murid-murid berkeperluan khas. Memang tidak dinafikan bahawa tugas seorang PPM itu adalah penting bagi memastikan kejayaan dalam pelaksanaan program pendidikan khas. Terdapat beberapa peranan yang dimainkan oleh PPM ini. Antaranya ialah :-

AspekPeranan

Pengurusan bilik darjah dan bangunan kelas1) Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan terurus sebelum dan selepas P&P.

2) Memastikan kebersihan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.

3) Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas Pendidikan Khas.

4) Membantu murid menjaga projek pendidikan khas seperti kebun, taman dan lain-lain.

5) Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik darjah/ bangunan Pendidikan Khas.

6) Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskini papan kenyataan dari semasa ke semasa.

7) Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.

8) Membantu menceriakan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.

9) Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api masih boleh digunakan.

Pengurusan dokumen dan stok pendidikan khas1) Membantu menyusun fail Pendidikan Khas dengan teratur dan mudah diperolehi.

2) Membantu dalam pengurusan surat menyurat.

3) Membantu mengemas kini data murid setiap bulan.

4) Membantu mengemas kini rekod dan fail murid.

5) Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas.6) Memeriksa stok barangan keperluan murid di dalam kelas

Perjalanan pengajaran dan pembelajaran1) Membantu menyediakan bahan,peralatan dan buku yang diminta oleh guru sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran2) Membantu mengurus masalah tingkahlaku murid semasa pengajaran dan pembelajaran sekiranya perlu.3) Membantu menguruskan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekiranya perlu.4) Membantu murid inklusif di kelas aliran perdana sekiranya perlu.

Pengurusan dan pergerakan dan aktiviti murid pendidikan khas1) Menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri untuk ke sesuatu tempat .2) Menguruskan murid setiap aktiviti terapi dan aktiviti luar contohnya terapi renang, terapi berkuda, senamrobik, terapi refleksiologi, aktiviti sukan dan aktiviti lawatan.3) Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktiviti kokurikulum.4) Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas aliran perdana.

Tugas sewaktu cuti sekolah1) Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.

2) Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak serta mencukupi

3) Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman, haiwan peliharaan dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.

4) Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

3.2.4Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah persatuan yang wujud di setiap sekolah. Keahlian persatuan ini terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak di sesebuah sekolah dan guru-guru di sekolah tersebut. Jika PIBG tidak dapat berfungsi dengan baik, hasrat sekolah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang pasti akan terganggu. Tugas untuk menaikkan prestasi akademik dan kurikulum tidak hanya tertumpu kepada pihak sekolah semata-mata. PIBG juga turut memainkan peranan penting bagi meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum sekolah umumnya dan murid-murid Pendidikan Khas khususnya.

Kesimpulannya,memang tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan percapaian sekolah kerana persatuan berkenaan menjadi medium untuk mencetuskan hala tuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan. Gabungan antara ibu bapa dan pihak sekolah itu sendiri mampu untuk meningkatkan prestasi murid-murid berkeperluan khas dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.