30 panduan minda usahawan cemerlang

48
30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang

Upload: ak7464

Post on 04-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 1/48

30 Panduan Minda Usahawan

Cemerlang

Page 2: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 2/48

 PANDUAN MUKASURAT

PENDAHULUAN 1 PENGENALAN 2 MINDA #1 : MINAT DALAM PERNIAGAAN 3 MINDA #2 : KONSISTEN DALAM PERNIAGAAN 4

 MINDA #3 : KEJAYAAN DAN KEGAGALAN ADA DI TANGAN 5 MINDA #4 : RAJIN DALAM BEKERJA 6 MINDA #5 : ORANG BERJAYA CARI PELUANG 7 MINDA #6 : ORANG GAGAL CARI ALASAN 8 MINDA #7 : MASALAH ADALAH PERKARA KECIL 9 MINDA #8 : BERSYUKUR DENGAN REZEKI 11 MINDA #9 : GAGAL SELEPAS 1000 KEGIGIHAN 12 MINDA #10 : PENGORBANAN 13 MINDA #11 : BERPANDANGAN JAUH 14 MINDA #12 : DESAKAN SEBAGAI MOTIVASI 15 MINDA #13 : BINA KEKUATAN DIRI 16 MINDA #14 : JANGAN BERTANGGUH 17 MINDA #15 : BERGERAK SEPERTI MARATHON 18 MINDA #16 : SUKA BERSAING 20 MINDA #17 : KENALI PENCURI MOTIVASI 21 MINDA #18 : MILIKI CITA-CITA YANG TINGGI 23 MINDA #19 : REBUT PELUANG BUKAN TUNGGU PELUANG 24 MINDA #20 : PELIHARA KESIHATAN 25 MINDA # 21 : SEBAB MENDAPAT BERKAT 27 MINDA #22 : REZEKI YANG BERKAT 28 MINDA #23 : INGIN MAJU DALAM PERNIAGAAN 30 MINDA #24 : BIASAKAN DENGAN KERJA SUSAH 31 MINDA #25 : REZEKI PERLU DIKUTIP 32 MINDA #26 : FIKIR KECIL ATAU FIKIR BESAR 33 MINDA #27 : JANGAN TAKUT DENGAN ANGKA BESAR 34 MINDA #28 : SAYANGI DIRI ANDA 35 MINDA #29 : MINDA UMPAMA SEKEPING GAMBAR 37 MINDA #30 : ACTION ! ACTION !! ACTION !!! (TRIPLE A) 38 PENUTUP 40 BONUS KHAS BINAUSAHAWAN.COM : 5 TIPS EMAS MINDA USAHAWAN

CEMERLANG 41 TIP # 1 : MEMBENCI ATAU MENGHORMATI ORANG BERJAYA 41 TIP # 2 : BELAJAR JUGA ADALAH PELABURAN 42 TIP # 3 : FOKUS PELUANG? ATAU FOKUS HALANGAN? 43 TIP # 4 : MEMUPUK MINDA KEUSAHAWANAN 43 TIP # 5 : MATLAMAT DAN PERANCANGAN. 44 BIODATA PENULIS 46 

Page 3: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 3/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 1

PENDAHULUAN

Dengan lafaz Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Segala

puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, ini adalah penghasilan pertama saya dalambidang penulisan melalui koleksi daripada tulisan harian blog

binausahawan.com, maka terhasillah naskah sulung pertama Ebook saya yang

bertajuk

“30 PANDUAN 

MINDA USAHAWAN CEMERLANG” 

Ebook ini menterjemahkan kepada dunia realiti apakah persediaan minda yang

harus seorang bakal usahawan akan persiapkan sebelum membuka perniagaan

kelak. Sesuai sebagai bacaan bakal usahawan tidak kira tua atau muda dan juga

pelajar pusat pengajian tinggi yang akan menempuhi alam pekerjaan sebenar.

Beberapa panduan yang diberikan adalah melalui pengalaman peribadi yang

dikongsikan oleh penulis untuk dikongsikan kepada pembaca apakah

persediaan-persediaan sebelum menempuhi alam keusahawanan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang banyak membantu

secara langsung atau tidak langsung kepada naskah ini. Jasa anda semua tidak

ternilai dalam memberikan idea-idea untuk dalam proses penerbitan Ebook

pertama saya ini. Tidak lupa kepada krew BINAusahawan.com yang selalu

memberikan perkongsian pendapat bagaimana membentukan pasukan yang

mantap dan secara tidak langsung memberikan idea bernas kepada penghasilan

ebook pertama ini.

Page 4: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 4/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 2 

PENGENALAN

Apa yang terlintas di fikiran ketika ingin memulakan perniagaan adalah modal

permulaan dan jenis perniagaan apa yang akan dilakukan. Bagi yang tiadalangsung mempunyai pengalaman ataupun sedang makan gaji janganlah

memikirkan modal adalah batu halangan besar untuk menggerakkan perniagaan

anda. Kadang-kadang perancangan telah dibuat tetapi disebabkan modal yang

tidak mencukupi, perancangan perniagaan tinggal menjadi kenangan.

Manakala ramai individu menghadiri kursus-kursus tertentu yang menjurus

kepada perniagaan mereka. Mereka berminat yang dengan dunia IT menghadiri

kurus bagaimana membuat laman web dan berkaitan, bagi yang berminat

dengan pertanian mereka menyertai kursus anjuran Jabatan Pertanian ataupun

MARDI ataupun yang ingin menjadi usahawan takaful mendaftarkan diri untuk

peperiksaan PCEIA. Bab-bab berkaitan teknikal sebenarnya menyumbangkan

10% kepada kejayaan usahawan. Faktor utama yang menyumbangkan kepada

kejayaan adalah sikap yang ada dalam diri usahawan itu.

Persiapan yang paling utama disebalik memikirkan perkara modal dan jenis

perniagaan adalah menanamkan minda untuk menjadi usahawan cemerlang.

Pelbagai panduan yang akan dikongsi dengan pembaca apakah persiapan

minda yang perlu kita tanamkan sebelum menjadi usahawan. Sesuai bagi adik-

adik yang sedang belajar ataupun rakan-rakan yang ingin mencuba untuk

menjadi usahawan, minda usahawan cemerlang adalah lebih mahal harganya

daripada modal permulaan perniagaan anda. Malahan ini adalah sebenarnya

modal yang anda perlu disediakan sebelum membuka perniagaan. Mulakan hari

ini dengan menanam benih minda usahawan cemerlang dan saya yakin pokokini akan membuahkan hasil suatu hari kelak.

Page 5: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 5/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 3 

Minda #1 : Minat dalam perniagaan

Bagi yang ingin menceburi kerjaya dalam bidang keusahawanan IT, anda bukan

sahaja perlu minat dalam bidang IT. Manakala yang berminat dalam bidangpertanian, anda bukan sahaja perlu pakar dalam ilmu pertanian / ternakan. Dan

sama juga jika anda ingin menceburi bidang keusahawanan takaful, anda bukan

sahaja perlu mempelajari ilmu berkaitan produk takaful.

Langkah pertama yang perlu anda ambil berat adalah meminati kerjaya yang

anda lakukan setiap hari….Ya, perniagaan adalah perkara yang pertama kali

anda perlu minat. Apabila melakukan aktiviti perniagaan tidak kira online / offline,

kita perlu melakukan urusniaga dengan pelbagai orang dan ragam setiap hari.

Walaupun apa bidang yang dipelajari sekalipun, jika masih tidak berminat dalam

bidang perniagaan, kita tidak dapat bertahan sebagai usahawan.

Selain daripada itu juga, apabila kita telah sampai kepada meminati kerjaya ini,

kita tidak akan merasakan penat ataupun putus asa dengan cabaran. Malahan

kita akan lebih bersemangat untuk melakukan perkara yang baru dan mencabar.

Ramai usahawan yang kita rujuk tidak kira dimana mereka berada, menjadikan

perniagaan sebagai cara hidup hingga akhir hayat mereka.

Page 6: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 6/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 4 

Minda #2 : Konsisten dalam perniagaan

Ramai orang memulakan sesuatu dengan jayanya dan ramai orang juga tidak

dapat mempertahankan kejayaannya bagaimana dia mula-mula memulakannya.Jangan terikut-ikut dengan kejayaan orang lain tetapi kita perlu mencipta

kejayaan sendiri. Tidak tetap pendirian antara dugaan yang sering dihadapi oleh

sebilangan usahawan tidak kira dimana jua dia berada.

Semasa zaman permintaan arnab tinggi suatu ketika dahulu, ramai

ingin menceburi ternakan ini, kemudian timbul pula perniagaan kulat

mereka sekali lagi berduyun-duyun menanam kulat. Dan kini pula perniagaan

cacing pula ada di mana-mana dengan menawarkan perbagai insentif. Maka

kelompok ini berganding bahu bersama-sama mengejar kejayaan orang lain.

Dan ada juga yang kes yang lebih malang selepas melompat dari satu

perniagaan kepada perniagaan yang lain, mereka kembali bekerja makan gaji 

akibat bosan dengan kegagalan yang dilalui.

Dalam membicarakan mengenai istiqamah dalam perjuangan, sebagai

usahawan yang sejati seseorang itu perlu memfokuskan pada perniagaan utama

sebagai teras dan melihat perniagaan utama beliau sebagai anak emas yang

perlu dibelai hari demi hari. Apa akan jadi jika kita menukar pelbagai perniagaan,

ia sama seperti kita menukar anak dan tentu anak itu tidak dapat membesar

dengan sempurna.

Page 7: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 7/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 5 

Minda #3 : Kejayaan dan kegagalan ada

di tangan

Seorang anak kecil sedang bermain di halaman rumah sambil ditemani oleh

bapanya yang khusyuk membaca akhbar dihujung minggu. Dengan tidak

semena-mena anak kecil itu tertangkap seekor anak burung yang terjatuh

daripada sarang di atas pokok berhampiran halaman rumah mereka. Lalu anak

kecil itu membawa ketempat bapanya untuk memberi teka-teki berkenaan nasib

anak burung itu. Apa yang akan ditanya di dalam pemikirannya ialah

adakah anak burung di dalam genggamannya itu hidup atau mati???. 

Apabila sampai ketempat bapanya, anak kecil itu terus bertanya seperti yang di

rancangkan, setelah mendengar pertanyaan anaknya yang manja itu, bapanya

tersenyum sebentar. Kemudian dia menjawab, “Anakku, nasib anak burung ini

ada di tangan kamu. Jika kamu menggenggamnya hingga anak burung sesak

nafas ia akan mati. Tetapi jika kamu melepaskan, ia akan terbang kembali ke

sarangnya.”

Begitulah sama seperti kehidupan kita. kejayaan dan kegagalan adalah pilihan

tangan anda sendiri. Jika anda memilih Jalan Kejayaan, maka tangan anda akan

berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dan juga sebaliknya. Pilih jalan

yang betul kerana pilihan ini ada di tangan anda. 

Page 8: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 8/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 6 

Minda #4 : Rajin dalam bekerja

Puan Fauziah (bukan nama sebenar) adalah pemilik restoran kecil di kawasan

Gombak. Beliau berjaya menyewa sebuah kedai dan menjual berbagai hidangandaripada sarapan pagi hinggalah makan malam. Atas keperhatinan kepada

rakan-rakan / pelanggan di kawasan sekitar, Puan Fauziah mengajak ramai

surirumah yang tidak bekerja untuk membantu membuat berbagai kuih

tambahan untuk mempelbagaikan hidangan di restorannya.

Hasrat beliau adalah untuk meningkatkan pendapatan surirumah yang tidak

bekerja di sekitar kawasan itu. Jawapan daripada pelawaannya agak

menyedihkan kerana hampir kesemua memberi jawapan yang negatif malah ada

yang mengatakan Puan Fauziah ingin mempergunakan mereka untuk

keuntungan sendiri. Ada juga yang berjanji untuk meletakkan kuih tetapi hingga

hari ini kuih buatan mereka tidak kunjung tiba.

Di sekitar kawasan itu juga ada seorang wanita Indonesia yang datang dari

rumah ke rumah menawarkan perkhidmatan mencuci dan mengemas rumah.

Perkhidmatan ini banyak membantu kepada keluarga yang mana suami isteri

bekerja sepenuh masa dan tiada masa menguruskan hal ehwal rumah. Harga

yang ditawarkan ialah RM30 dan sangat berpatutan dengan perkhidmatan yang

ditawarkan.

Sifat kerajinan yang yang ditunjukkan oleh wanita Indonesia ini menunjukkan jika

kita ada kemahuan berbagai-bagai cara kita boleh lakukan. Walaupun wanita ini

bukanlah penduduk setempat tetapi dengan sifat kerajinan beliau tentu

mempunyai pendapatan yang lumayan sekiranya wang hasil upahnya dihantar

ke kampung halaman. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. 

Page 9: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 9/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 7 

Minda #5 : Orang berjaya cari peluang

Salah satu lagi ciri seorang yang berjaya adalah sentiasa mencari peluang.

Mereka akan sentiasa memikirkan peluang-peluang baru yang bolehdiaplikasikan dalam perniagaan mereka. Tidak kira dalam keadaan sibuk, serius

atau dalam gelak ketawa dalam jamuan. Kita imbas kembali bagaimana

mendiang Lim Goh Tong terfikir untuk membuat satu taman tema di puncak

bukit???. Ia bermula ketika beliau ingin mengambil angin keluar sekejap ketika

menghadiri satu keraian. Lihat…beginilah sifat seorang usahawan yang berjaya

sentiasa memikirkan untuk mencari peluang walaupun jika difikirkan pada ketika

itu adalah masa “happy hour” beliau..

Mulai hari ini, sentiasa memikirkan bagaimana ingin membesarkan perniagaan

anda, bagaimana mencipta produk yang lebih dinamik, bagaimana untuk

meningkatkan jualan syarikat, bagaimana menambahkan lagi peluang-peluang

perniagaan dan lain-lain. Idea yang datang tidak kira masa. Kadang – kadang

idea datang mencurah-curah walaupun kita sedang menjamah makanan.

Sentiasa bawa buku catatan, malah pada masa kini telefon bimbit kita semua

mempunyai aplikasi untuk menyimpan catatan. Catat perkara yang anda fikirkan

dan lakukan tindakan susulan pada waktu yang sesuai.

Page 10: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 10/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 8 

Minda #6 : Orang gagal cari alasan

Berbeza dengan sifat orang yang berjaya, orang yang gagal akan mencari

beribu-ribu alasan atau penyebab kenapa dia gagal. Dia akan menyalahkanproduknya yang tidak setanding dalam pasaran, kemahuan pasaran yang tidak

menepati penawaran perkhidmatannya, pekerja-pekerja yang tidak produktif dan

ada kalanya menyalahkan pasaran dunia yang mengakibatkan kegagalan

perniagaannya.

Lebih dahsyat lagi menyalahkan ibubapa yang tidak memberi tunjuk ajar, jiran

yang tidak membantu menggunakan perkhidmatannya, ketua kampung yang

tidak memberikan projek dan kerajaan yang tidak memberi subsidi. Mereka yang

gagal sentiasa berfikir, tetapi apa yang mereka fikirkan ialah sebab-sebab

kenapa mereka tidak boleh buat. Halangan minda adalah sahabat karib orang

gagal. Itulah sebabnya mereka telah awal-awal lagi menyediakan pelbagai

alasan yang munasabah kenapa mereka gagal walhal belum mendapat

keputusannya lagi.

Page 11: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 11/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 9 

Minda #7 : Masalah adalah perkara kecil

Banyak perbezaan yang dapat kita lihat antara orang yang berjaya dan orang

yang gagal. Tanda aras perbezaan dalam konteks tajuk perbincangan inibukanlah dilihat pada kejayaan mendapat wang ringgit, harta benda yang

banyak, pangkat yang tinggi malah nama besar yang dapat diukir dalam industri

yang diceburi. Ada orang yang gagal pada masa kini, tetapi dia tidak berputus

asa berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal penat lelah, dan berjaya pada

umur yang lewat. Apakah resepi rahsia yang boleh kita pelajari untuk mengenal

orang yang berjaya dengan orang yang gagal.

Ini bermula dengan “Attitude” atau dalam Bahasa Melayu bermaksud sikap

adalah antara akar tunjang dalam membezakan orang berjaya dengan orang

gagal. Kita perlu bersikap positif supaya jalan yang dilalui akan menemui

kejayaan. Semasa menempuhi perjalanan adakalanya kita akan menempuhi

berbagai masalah. Oleh yang demikian untuk menjadi orang yang berjaya kita

seharusnya melihat masalah itu perkara kecil dan biasa kepada semua orang.

Orang yang gagal awal-awal lagi dia akan memikirkan masalah itu PERKARA

BESAR Apa yang selalu dikata :

•  “susah la dapat client asyik kena reject jeee…” 

•  “kenapa kursus buat hari ni, hari esok takde ke..” 

•  “kereta rosak la tak dapat datang training…” 

•  “apasal asyik meeting jeee tak dapat buat promosi” 

•  “maaf ada kenduri rumah kawan tak dapat join buat promosi” 

Dan bermacam-macam masalah yang baginya perkara besar seolah-olah di

seorang menteri. Orang yang berjaya dalam perjuangannya

menghadapi masalah sama seperti di atas, mereka menganggap ini

Page 12: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 12/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 10 

semua perkara kecil dan menjadi rutin kepada perjalanan usahawan yang berjaya.

Sentiasa berpegang dengan kata-kata :

Orang berjaya melihat masalah adalah perkara kecil, orang gagal melihat

masalah adalah ...

PERKARA BESAR.

Page 13: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 13/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 11

Minda #8 : Bersyukur dengan rezeki

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selepas membaca

blog salah seorang rakan yang menceritakan pengalaman beliau semasa bercutidi negara jiran, tersentuh di hati bahawa negara kita penuh dengan nikmat dan

kesenangan. Memang sebelum ini banyak rakan memberitahu di negara jiran

ini masih ramai orang-orang miskin yang kehulur-hilir meminta sedekah. Mereka

ada di mana-mana, di hadapan kedai, di sepanjang jalan, tempat tumpuan awam

dan tidak segan silu menghampiri kepada pelancong meminta belas kasihan

untuk mengisi perut mereka.

Berbanding di negara kita, walaupun berbagai cabaran ekonomi yang melanda,

kita belum pernah melihat situasi sebegini. Jika melihat peminta sedekah di

negara ini pun mereka mewah dengan “pendapatan mereka”, kadang-kadang

ada yang melebihi pendapatan kita . Dan melihat peminta sedekah disini,

mereka juga ada tapak operasi (selalunya mereka memilih hari Jumaat di

hadapan masjid). Mereka juga sudah tahu lokasi masjid mana yang memberi

hasil kutipan yang baik.

Kesenangan dan kemewahan yang dilimpahi dalam hidup kita, patut kita syukuri.

Ada berbagai cara kita boleh menunjukkan kesyukuran kita sebagai contoh

memberi bantuan kepada yang memerlukan (tidak kira samada bantuan tenaga,

buah fikiran ataupun wang ringgit), berjimat cermat dalam mengatur

perbelanjaan seharian dan memperingati antara kita betapa perlunya kita

bersyukur dengan nikmat yang ada. 

Page 14: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 14/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 12 

Minda #9 : Gagal selepas 1000 kegigihan

Sebagai seorang usahawan yang bekerja keras setiap hari untuk mengejar

kejayaan, dia tidak akan lari daripada menemui kegagalan. Ada ketika andamerancang dengan teliti dan berusaha dengan gigih tetapi tidak seratus peratus

yang dapat. Dan ada ketika anda lipat gandakan usaha untuk kali

kedua tetapi terus gagal tidak seperti yang diimpikan pada permulaan.

Pada saat ini, sebagai muslim kita perlu menerima ketentuan ilahi bahawa

segala apa yang dirancang akan ditentukan oleh yang Maha Esa. Kita fikir sudah

gagal tetapi ingatlah bahawa ada orang lain yang lebih gagal daripada diri kita.

Sentiasa muhasabah dan reda dengan ketentuannya.

Langkah kedua perlulah mempunyai kesabaran yang tinggi. Memang ada

individu tertentu yang apabila hilang sabar dia lupa segala-galanya. Dia fikirkan

dengan memarahi orang lain akan menghilangkan kesabarannya. Tidak…kita

perlu beristighfar dan duduk bertenang memikirkan kenapa berlaku kegagalan

sedemikian rupa.

Seterusnya carilah rakan-rakan yang boleh dipercayai untuk berkongsikesedihan anda. Jika kita menyimpan kesedihan dalam jiwa kelak akan

merosakkan badan. Luahkan perasaan dengan rakan / pasangan / 

ibubapa. Lakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama rakan-rakan seperti

bersukan, berkelah, melancong dan lain-lain. Aktiviti yang menyeronokkan

sedikit sebanyak akan melupakan kesedihan kita.

Page 15: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 15/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 13 

Minda #10 : Pengorbanan

Jalan menuju kejayaan seorang usahawan berbeza mengikut seorang individu

dengan yang lain. Ada yang lancar sejak permulaan dan ada yang berliku-likusebelum menemui titik kejayaan. Walau apa pun, halangan tetap ada setiap hari,

setiap bulan dan setiap tahun. Seorang usahawan perlulah tabah menghadapi

cabaran dan pada ketika inilah beliau perlu membuat banyak pengorbanan.

Bukan sahaja wang ringgit yang diertikan sebagai pengorbanan. Pengorbanan

utama adalah MASA dan TENAGA. Untuk mencapai kejayaan, seorang

usahawan perlulah mengorbankan banyak masa untuk diberikan kepada

bagaimana untuk mempertingkatkan prestasi perniagaannya. Memang tidak

dinafikan nama-nama besar tokoh perniagaan bekerja lebih 12 jam sehari!!!.

Sama juga dengan pengorbanan tenaga dimana seseorang usahawan perlu

mengerahkan sepenuh tenaga dalam aktiviti harian beliau seperti mesyuarat

dengan pekerja, program memasarkan produk, melakukan tinjauan projek dan

berbagai-bagai lagi yang memerlukan kudrat tulang empat kerat. Pengorbanan

demi pengorbanan ini jika konsisten dilakukan inshaallah membuahkan hasil.

Bukan mudah untuk menjadi usahawan yang berjaya sekiranya tidak

menanamkan dalam minda erti sebuah pengorbanan.

Page 16: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 16/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 14 

Minda #11 : Berpandangan jauh

Sememangnya tugas membina empayer perniagaan bukan kerja yang mudah.

Banyak rintangan dan cabaran yang harus ditempuhi oleh insan yang bernamausahawan sebelum mengecapi kejayaan. Bermula dengan syarikat kecil yang

diuruskan oleh seorang, maju setapak ke saiz yang sederhana dengan memiliki

berpuluh atau beratus pekerja dan pergi lebih jauh dengan memiliki aset

perniagaan jutaan ringgit. Begitulah perjalanan yang harus diimpikan hari demi

hari.

Tiada jalan singkat dalam menuju ke destinasi itu, hanya kesabaran dan usaha

yang gigih yang perlu di laburkan setiap hari. Perlu diingat ini adalah satu

perjalanan yang jauh dan seorang usahawan perlu memikirkan lebih jauh

daripada perjalanan yang harus ditempuhi. Sememangnya sukar untuk

dizahirkan makna ini dengan perkataan, melainkan anda menceburi bidang ini

anda boleh betul-betul merasai keadaannya.

Dia perlu merancang pentadbiran yang lebih cekap apabila saiz perniagaan yang

membesar hari demi hari, dia perlu membaiki mutu perkhidmatan untuk

mengekalkan kesetiaan oleh pelanggan, dia perlu mencari peluang-peluang

perniagaan / pelaburan baru untuk mengembangkan empayer perniagaan, dia

perlu sentiasa melihat persaingan yang ada di sekelilingnya dan dia juga perlu

membuat persediaan apabila berlaku perkara yang tidak disangka.

Ambil masa tidak kurang 1 jam untuk memikirkan sendiri atau dengan pasukan

anda. Dengar segala pandangan dan luahan rakan kongsi perniagaan ataupun

pekerja bawahan anda kerana kita banyak belajar apabila kita banyak

mendengar daripada bercakap dan terus bercakap.

Page 17: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 17/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 15 

Minda #12 : Desakan sebagai motivasi

Membaca kisah-kisah biografi usahawan yang berjaya memberi kita satu idea

bagaimana desakan hidup untuk mencari sesuap nasi juga mampu mengubahhidup seseorang yang bergelar usahawan yang berjaya. Sebahagian kisah

usahawan menceritakan pahit maung hidupnya semasa kecil dan daripada

kesulitan ini mendesak fikiran mereka untuk mengubah taraf hidup suatu hari

nanti.

Apa yang ada difikiran mereka adalah satu, untuk keluar daripada kepompong

kesusahan. Mereka tiada pilihan hanya bekerja bersungguh-sungguh

mendapatkan duit dan mengembangkan lagi perniagaan mereka semoga

keluarga mereka tidak lagi diselubungi dengan kepayahan hidup.

Bagaimana pula anda yang datang daripada keluarga sederhana ataupun yang

berada??? Adakah kesenangan ini boleh mendesak anda bekerja 18 jam

sehari??? Orang yang sederhana ataupun yang berada mempunyai banyak

pilihan untuk meneruskan kehidupan. Sebagai contoh simpanan sendiri,

pekerjaan makan gaji, harta peninggalan keluarga ataupun mewarisi perniagaan

keluarga.

Oleh yang demikian bagi golongan dari kategori yang mampu dalam

hidup, mereka perlu memberi desakan kepada diri sendiri agar keluar daripada

kepompong kesenangan kerana kemewahan yang berlebihan menyebabkan

daya juang / jati diri akan luntur dari diri mereka. Belajar berdiri atas kaki sendiri

kerana apabila mewarisi perniagaan keluarga kelak adalah tugas yang benar

benar mencabar untuk dikembangkan. 

Page 18: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 18/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 16 

Minda #13 : Bina kekuatan diri

Membina perniagaan sendiri sehingga maju kehadapan adalah impian oleh

semua usahawan tidak kira berada di mana sekalipun. Memajukan perniagaansendiri memerlukan pengorbanan yang tidak terhingga seakan memelihara anak

kecil hingga melihat dia berjaya dewasa kelak.

Seorang usahawan perlu mempunyai pelbagai ciri seperti mempunyai

kepimpinan dalam pasukan, pengurusan perniagaan yang cekap, nampak

sasaran di hadapan, sentiasa merebut peluang yang ada, mempunyai wawasan,

pemikiran yang kreatif, percaya kepada kekuatan sendiri dan banyak lagi yang

melibatkan perniagaan yang dimiliki olehnya.

Namun ilmu ini tidak boleh dikuasai dalam masa yang singkat. Anda perlu sabar

menghadapinya setiap hari. Walaupun sebesar mana perniagaan yang kita

usahakan, mulakan dengan membina diri sendiri. Sangat bagus jika kita

memulakan perniagaan kecil yang diusahakan oleh anda sendiri. Dengan kata

lain anda bos dan anda juga kuli.

Dalam peringkat ini anda dapat menguji kekuatan anda menguruskanperniagaan kecil anda sendiri. Inshaallah jika anda tabah menghadapi saat-saat

yang sukar, tiada perkara yang mustahil untuk menguruskan perniagaan

bersaiz sederhana seterusnya perniagaan yang bersaiz besar yang mempunyai

berpuluh ribu pekerja akan menjadi kenyataan.

Page 19: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 19/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 17 

Minda #14 : Jangan bertangguh

Pada permulaan tahun, salah seorang rakan saya Encik A telah memasang

azam untuk menyimpan RM1 setiap hari sebagai tabung simpanan yang akandigunakan pada masa keperluan yang mendesak. Beliau membeli tabung

kecil dan disimpan di dalam bilik tidur sebagai perancangan azam beliau.

Malangnya beliau tiap hari asyik menangguhkan perancangannya kerana

pelbagai masalah. Tetapi beliau terus berangan-angan untuk menyimpan satu

hari kelak apabila masalahnya telah selesai.

Manakala Encik B mempunyai azam yang sama, beliau juga membeli tabung

kecil yang diletakkan di bilik tidur. Setiap hari beliau memastikan menyimpan 

RM1 sebagai pelaksanaan azamnya apabila pulang dari kerja. Beliau

mendisplinkan diri supaya memastikan pelaksanaannya mengikut jadual. Ada

ketika beliau tidak dapat menabung kerana menghadapi masalah tertentu, tetapi

pada keesokannya beliau akan menggantikan mengikut jumlah hari yang

ditinggalkan.

Kini sudah setahun masa telah berlalu. Tabung Encik A penuh dengan azam,

cita-cita, kemahuan dan perancangan. Tetapi tabung Encik B dipenuhi dengan

wang syiling yang disimpan hasil usaha dan displin yang telah dilakukan

semanjak awal tahun. Laksanakan segala perancangan anda yang telah

ditulis dan jangan suka bertangguh melakukan kerja yang telah dirancang.

Menangguhkan kerja-kerja sama seperti menyimpan angan-angan dalam tabung

yang kosong dan ia adalah satu kerugian untuk jangkamasa panjang.. 

Page 20: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 20/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 18 

Minda #15 : Bergerak seperti marathon

Menjadi seorang usahawan boleh diumpamakan sebagai seorang pelumba

marathon. Dia perlu berani merempuh perjalanan yang jauh. Dia tidak bolehmenantikan kejayaan hanya dengan berlari 1-2 kilometer. Bukan seperti pelumba

 jarak dekat yang perlu menumpukan perjalanan yang pendek. Pelumba

marathon tidak boleh lari pantas dan laju untuk perjalanan sejauh 42 kilometer…!

Kelak akan binasa badannya dan tidak akan sekali dia boleh memenangi

perlumbaan itu. Untuk menjadi seorang pelumba marathon, syarat utama adalah

ketahanan untuk mengharungi perjalan yang panjang. Perjalanan yang

mengambil tempoh yang panjang tidak akan lurus dan selesa. Kita akan

mengharungi jalan yang berliku, keadaan cuaca yang tidak menentu, keadaan

persekitaraan yang turut sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kita dan

keadaan diri kita sendiri yang juga terlibat dalam gangguan ini.

Meletakkan kedalam minda bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya adalah ciri

utama pelumba marathon. Untuk menjadi pemenang di dalam perlumbaan

marathon, kita perlu mematuhi peraturan perjalanan perlumbaan. Tidak boleh

menggunakan jalan pintas, jika membuat demikian penyertaan kita akan

dibatalkan. Jika ada pelumba berjaya menggunakan jalan pintas sekalipun,

lambat laun orang ramai akan mengetahui juga dan dia tidak akan digambarkan

sebagai pemenang yang sebenar.

Perjalanan yang panjang dalam perlumbaan marathon menuntut kita supaya

menyediakan kekuatan fizikal dan mental. Fizikal dalam erti kata mempunyai

kesihatan tubuh badan yang maksima, menjaga pemakanan dengan baik, boleh

bergerak dengan pantas dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain, dapat

menghindarkan diri daripada penyakit dan boleh melakukan pekerjaan dalam

tempoh yang lama.

Page 21: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 21/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 19 

Kekuatan mental juga tidak kurang penting juga. Persediaan mental dan rohani

diperlukan tatkala berlaku kegagalan yang memang akan dilalui oleh setiap

usahawan. Sentiasa bersedia melakukan apa sekalipun tindakan jika keadaan

sekeliling berubah. Kesabaran adalah kunci utama kerana diingatkan semula ini

adalah perjalanan yang jauh. Ada situasi memihak kepada diri kita dan ada

situasi memihak kepada orang lain. Ada masanya kita menang dan ada

masanya kita kalah. Anda perlu bersabar…

Satu perlumbaan yang betul memenatkan jika anda ingin menceburi bidang

keusahawanan. Dalam mengharungi perlumbaan yang maha dahsyat ini ada

yang bermula dengan pecutan yang sangat laju, memperlahankan ketika

pertengahan jalan dan berhenti pada pertengahan jalan itu akibat keletihan. Ada

 juga yang bergerak perlahan, dan sehingga hari ini perjalanannya masih

perlahan. Tapi nampaknya semacam tak bergerak langsung. Oleh yang

demikian mulakan perlumbaan keusahawanan anda dengan konsisten sampai

bila-bila….anda pasti berjaya, tiada yang mustahil..

Page 22: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 22/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 20 

Minda #16 : Suka bersaing

Ada individu yang ditemui meluahkan bahawa mereka tidak berminat dalam

kerjaya yang memerlukan unsur perlawanan atau persaingan merebut keputusanyang baik. Sebagai contoh mereka tidak menyukai kerjaya sebagai jurujual

kerana tidak mahu tertekan dengan target jualan yang disasarkan.

Apatah lagi dia tentu tidak ingin menceburi bidang keusahawanan kerana

persaingan dalam bidang kerjaya usahawan sangat sengit. Sifat takut kepada

persaingan menyebabkan mereka hilang daya saing dan hanya mahu bekerja

berkaitan urusan pentadbiran yang “selamat” dan tenang kepada diri dia sahaja.

Persaingan dalam kerjaya atau kehidupan kita adalah lumrah dan anda tidak

perlu risau jika kedudukan anda jatuh kebawah. Perkara yang penting

ialah menerima kekalahan dengan hati terbuka, mengkaji penyebab kepada

kegagalan itu, merancang semula bagaimana untuk memberbaiki kegagalan dan

melaksanakan rancangan baru.

Jika kita lihat syarikat besar di negara kita, menjadikan persaingan sebagai cara

untuk mempertingkatkan prestasi dan mutu perkhidmatan. KrewBINAusahawan.com sendiri tidak dapat lari daripada persaingan antara syarikat

pengendali takaful, persaingan sesama agensi dan malah persaingan sesama

perunding takaful. Jadikan persaingan sebagai pengalaman yang

menyeronokkan. 

Page 23: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 23/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 21

Minda #17 : Kenali pencuri motivasi

Pada zaman yang serba canggih ini, banyak maklumat motivasi yang ada di

sekeliling kehidupan kita. Hanya dalam lingkungan internet ini sahaja kita bolehmendapat beribu-ribu lama web yang menceritakan perkara motivasi.

Perkembangan ini sungguh bagus untuk meningkatkan tahap kualiti kehidupan

masyarakat kita.

Tidak kira adik-adik di sekolah, mahasiswa di pusat pengajian tinggi, rakan-rakan

 / abang / kakak yang sedang bekerja, kita akan sering diberikan kursus motivasi

oleh guru / pensyarah / majikan kita. Ada kalanya cerita-cerita motivasi juga

dihidangkan untuk menaikkan semangat kita untuk belajar atau bekerja.

Sama seperti pencuri yang mencuri wang atau harta benda. Pencuri motivasi

lebih bahaya daripada golongan pencuri yang tradisional ini. Mereka berada di

mana-mana ; di pejabat, di bilik kuliah. di kedai mamak. di pasaraya malahan

tidur sekatil dengan anda setiap malam. Hati-hati kerana mereka tidak mahu

melihat kesungguhan anda untuk bermotivasi. Mereka mencuri bukan dengan

senjata tetapi hanya berkata seperti sedemikian :

“Eleeehh kau mana boleh buat macam tuu…” 

“Emmmmm jangan mimpi la..kau bukan pandai cakap orang putih”  

“Kesian…takde kerja lain yang mulia daripada berniaga kat pasar malam 

ni…”  

“Takyahhla buat kerja ni, awak dah tua…”  

“Mustahil…orang kita mana pernah buat bisnes ni kat luar negara”  

Jauhilah daripada golongan ini, jika anda ada kedengaran suara-suara yang

berkata sedemikian atau mempunyai maksud yang hampir sama, mereka bukan

Page 24: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 24/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 22 

berniat berbual kosong, tetapi mereka ingin mencuri motivasi yang anda miliki

dalam minda anda..

Page 25: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 25/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 23 

Minda #18 : Miliki cita-cita yang tinggi

Memetik kata-kata motivasi Inggeris yang berbunyi “  Jika ingin menembak,

tembaklah ke langit, jika tidak mengena langit, pasti akan mengena bulan”memberi maksud yang mendalam bagaimana bangsa Inggeris mempunyai

pemikiran dan cita-cita yang besar dalam kehidupan mereka. Kita perlu membuat

perubahan dalam budaya pemikiran dalam kehidupan kita. Hidup dalam

kelompok pemikiran yang kecil menyebabkan kita akan merasa diri kita sungguh

kecil untuk memikirkan cita-cita yang besar. Kita sentiasa tidak yakin kerana

sejak kecil kita diasuh dengan pemikiran untuk berfikir sebagai orang yang kecil.

Apabila kita mempunyai cita-cita ataupun angan-angan letakkan ia ditahap yang

tinggi setinggi langit kerana itu adalah tahap yang mana kita perlu memikirkan

sebagaimana orang besar berfikir. Tahap pencapaian individu berbeza antara

satu sama lain dan semua orang berhak mendapat kejayaan. Ada yang berjaya

pada usia yang awal dan ada juga yang berjaya pada usia yang lewat.

Seperti yang disasarkan pada peringkat awal iaitu ke langit, mungkin ada yang

mencapai sasaran itu. Tetapi kepada sesiapa yang tidak mencapai sasaran

itu jangan cepat berputus asa kerana jika anda konsisten dalam perjuangan pasti

peluru itu akan sampai ke bulan suatu hari kelak. 

Page 26: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 26/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 24 

Minda #19 : Rebut peluang bukan tunggu

peluang

Peluang ada dimana-mana. Peluang untuk belajar, peluang untuk meningkatkan

taraf ekonomi, peluang untuk bersosial, peluang untuk meluahkan segala isi hati,

peluang untuk mencari ilmu dan berbagai lagi. Dalam konteks keusahawanan,

peluang memulakan perniagaan terbentang luas di negara ini. Semua peluang

ini tidak datang jatuh ke riba anda, ia perlu di kutip dan adakalanya kita perlu

kejar hingga dapat.

Kerajaan khasnya telah menyediakan pelbagai peluang untuk memulakanperniagaan. Bagi sesiapa yang tidak mempunyai asas perniagaan seminar-

seminar dan kursus memulakan perniagaan disediakan. Bantuan kewangan pun

disediakan bagi yang tidak mempunyai modal permulaan. Persekitaran

perniagaan di negara kita masih berupaya untuk memberi peluang rezeki yang

melimpah ruah.

Kemajuan internet pun sama memberi kita peluang membuat perniagaan jauh

beribu batu dari komputer kita. Kita boleh mempelajari pelbagai ilmu daripada

internet dengan percuma yang suatu ketika dahulu adalah mustahil untuk

didapati. BINAusahawan.com juga memberikan peluang kepada individu yang

ingin menghampiri dunia pengurusan perniagaan dan motivasi

keusahawanan. Tips keusahawanan dan perkongsian pengalaman daripada

kami dapat melengkapkan diri sebagai persediaan menghadapi dunia

perniagaan di alam realiti yang sebenar.

Page 27: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 27/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 25 

Minda #20 : Pelihara kesihatan

Badan yang sihat melahirkan minda yang cerdas. Kesihatan seorang peneraju

syarikat memainkan peranan utama untuk mengetuai sesebuah organisasiperniagaan. Seorang usahawan yang sentiasa sakit tidak dapat memantau

perjalanan perniagaan dan lambat laun berbagai masalah akan timbul. Justeru

itu anda yang ingin menceburi bidang keusahawanan perlu ambil berat dengan

serius hal-hal berkaitan kesihatan.

Pemakanan adalah antara perkara utama apabila kita memperkatakan soal

kesihatan. Kita akan mudah jatuh sakit apabila tidak mengambil berat hal

pemakanan. Memakan makanan secara berlebihan atau makanan yang banyak

mengandungi bahan kimia / gula / kolesterol akan memudaratkan anggota tubuh

badan dan sedikit demi sedikit boleh menghidap penyakit yang kritikal.

Banyakkan makan makanan yang mengandungi unsur serat seperti buah-

buahan, sayuran dan bijirin.

Faktor kedua yang perlu kita lihat dalam menjaga kesihatan kita adalah aktiviti

senaman. Corak hidup kita yang semakin moden menyebabkan kita hidup tanpa

banyak menggerakkan tubuh badan. Membuat bayaran bil-bil melalui internet,

memesan makanan boleh melalui telefon / internet, menonton televisyen di

rumah, berinteraksi dengan rakan pun boleh dibuat dari internet di rumah dan

kadangkala ada yang bekerja sepenuh masa terus dari rumah. Jika anda sedang

mengalami atau semakin menghampiri corak hidup demikian, cuba ubah dengan

meluangkan 3-4 kali sessi senaman dalam seminggu dengan melakukan

pelbagai aktiviti seperti jogging, bermain permainan yang disukai, melakukan

aktiviti di gimnasium berhampiran ataupun setidak-tidaknya berjalan kaki ditaman.

Perkara ketiga yang tidak kurang penting adalah aktiviti sosial. Pemerhatian

kepada masyarakat Jepun kenapa mereka mempunyai jangka hayat yang

panjang adalah kerana melakukan aktiviti bersama-sama rakan seperti

Page 28: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 28/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 26 

melancong, berkhemah, berjalan bersama dan berbagai-bagai lagi. Secara

logik apabila anda bersendirian anda akan memikirkan masalah dan secara tidak

langsung penyakit akan datang kepada diri anda. Tetapi apabila anda bergaul

dengan rakan-rakan, anda boleh bergembira bersama dan meluahkan isi hati

kepada rakan, kita akan melupai masalah peribadi secara automatik. Cara ini

 juga antara terapi yang digunakan kepada kebanyakan pesakit kanser.

Page 29: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 29/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 27 

Minda # 21 : Sebab mendapat berkat

Rezeki yang kita cari sepanjang hari mestilah dengan niat untuk mendapatkan

keberkatan. Jika tidak berkat rezeki itu, segala kemewahan yang didapatimenyebabkan kita semakin hari semakin lalai dengan suruhan Allah. Oleh itu

mari kita bekerja bersungguh-sungguh siang dan malam dengan niat rezeki yang

telah dapat akan mendekatkan diri kita dengan perintah Allah. Berikut panduan

sebab mendapat rezeki yang berkat :

1.Niat kerana Allah 

2.Bertakwa 

3.Membaca Al-Quran 

4.Berdoa 

5.Tidak kedekut 

6.Mengikut sunnah 

7.Istiqamah 

8.Tidak meminta 

9.Infaq (sedekah)

10.Mendirikan solat 

11.Sentiasa beristighfar 

12.Bertawakal kepada Allah 

13.Jujur dalam muamalat 

14.Melaksanakan kerja di awal pagi.

Page 30: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 30/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 28 

Minda #22 : Rezeki yang berkat

Memulakan hari setiap hari dengan menuju ke tempat kerja adalah kegiatan

harian kita tidak kira sebagai usahawan mahupun bekerja makan gaji. Ini adalahtuntutan kita insan di dunia ini untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.

Berikut adalah beberapa perkara berkaitan rezeki :

Konsep rezeki : 

1.Allah pemberi rezeki (Al-Baqarah : 22)

2.Rezeki tidak terhad / tidak habis (Shod : 54)

3.Dikurniakan mengikut ukuran dan kadar yang tertentu (Al-syura : 27)

4.Rezeki adalah ujian Allah (Al-fajr : 15-16)

5.Allah mengurniakan rezeki tidak sama (Al-nhal : 71)

6.Rezeki datang dari langit dan bumi (Al-saba : 24)

Sebab mendapat rezeki : 

1.Bertakwa dan beriman (Al-A’araf : 96)

2.Berjihad (Al-Anfal : 74)

3.Bersabar dan menolak kejahatan dengan kebaikan (Al-qasas : 54)

4.Bersyukur ( Ibrahim : 7)

5.Tidak melampaui batas (Thoha : 81)

Sebab hilang berkat : 

1.Terlibat dengan riba  

Page 31: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 31/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 29 

2.Melakukan dosa dan maksiat 

3.Mengabaikan solat 

4.Terlalu mementingkan dunia 

5.Tamak 

Page 32: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 32/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 30 

Minda #23 : Ingin maju dalam perniagaan

Semua usahawan ingin maju dalam perniagaan yang diceburinya. Walaupun dia

belum bergelar usahawan sekalipun saya yakin apa yang diingininya ialahsupaya perniagaan mereka akan maju. Bagaimana kita ingin mengukur

kemajuan perniagaan kita?

Antara cara mudah bagi mengukur kemajuan perniagaan ialah dalam bentuk

peratusan. Sebagai contoh keuntungan bersih perniagaan pada tahun 2007 ialah

RM100,000 manakala tahun 2008 ialah RM110,000. Ini menunjukkan

keuntungan bersih perniagaan anda bertambah maju sebanyak 10%.

Sentiasa ukur skala perniagaan anda supaya maju tahun demi tahun. Tentu ada

sebab sekiranya keuntungan perniagaan merosot daripada tahun sebelumnya.

Kaji kenapa boleh terjadi sedemikian dan ubah strategi jika keadaan memerlukan

perubahan.

Page 33: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 33/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 31

Minda #24 : Biasakan dengan kerja

susah

“Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian. Bersakit-sakit dahulu

bersenang-senang kemudian”  Ini adalah peribahasa yang sentiasa

berkumandang di telinga ketika kita dalam zaman pembelajaran di sekolah

mahupun di universiti. Peribahasa ini mirip maksudnya dengan peribahasa yang

dipetik daripada buku Bahasa Inggeris yang berbunyi “Hidup akan susah jika

suka melakukan perkara senang, tetapi hidup akan senang jika suka melakukan

perkara susah”

Olahan ayat yang berlainan tetapi memberi maksud yang sama. Kita sebagai

usahawan perlu membiasakan diri melakukan / menghadapi kesusahan dalam

menempuh jalan untuk kejayaan. Apakah perkara yang susah? Bagi orang

yang tidak pernah menjual produk adalah perkara susah untuk melakukannya

untuk pertama kali. Dalam keadaan ini, mahu ataupun tidak mahu dia perlu

melakukannya. Manakala orang yang berpengalaman yang sudah biasa menjual

kepada seorang pada setiap hari, kali ini dia pula perlu menjual kepada 2 orang

pada setiap hari.

Melakukan perkara yang susah boleh diertikan dengan melakukan perkara yang

kita tidak biasa buat sebelum ini. Melalui tabiat ini dengan tidak secara langsung

produktiviti kita akan meningkat dan kita dapat lari daripada zon kesenangan

yang selalu melalaikan kehidupan seorang usahawan. Mulai hari ini cuba buat

perkara baru dalam hidup, jika biasa dengan jalan A untuk ke pejabat, cuba pula

 jalan B / C / D. Mungkin anda akan dapat ilmu baru melalui pengalamanini. Jangan takut berdepan dengan kegagalan. 

Page 34: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 34/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 32 

Minda #25 : Rezeki perlu dikutip

Tuhan menurunkan rezeki kepada manusia setiap hari. Rezeki ini perlu

digunakan oleh setiap manusia untuk meneruskan kehidupan dan sebagaitanggungjawab mentadbir alam ini. Manusia seharusnya bersyukur dengan

segala pemberian yang dikurniakan. Namun, dalam kesibukan kita mencari

rezeki ada golongan yang tidak berusaha mengutip segala rezeki yang

diturunkan ke bumi ini. Jika kita tidak berusaha mengutip, segala rezeki ini akan

 jatuh kepada orang yang rajin mengutip setiap hari.

Ada juga golongan yang mengutip rezeki setiap hari dengan cara ala kadar,

maka kehidupannya hanyalah ala kadar. Sebaliknya ada golongan yang

berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat lelah mengutip rezeki

setiap hari, maka kehidupannya sungguh mewah hingga akhir hayatnya.

Dan ada juga yang hidup mewah dengan rezeki yang dikutipnya sehingga

melupakan tanggungjawab kepada tuhan dan manusia yang lain. Maka dia akan

lalai dengan rezekinya selama hayatnya, Sebaliknya ada yang banyak mengutip

rezeki dan digunakan lebihan rezekinya untuk kerja-kerja kebajikan. Inshaallah

hidupnya akan aman dan damai hingga akhir hayat.

Ada berbagai cara mengutip rezeki, ada berbagai kisah pahit manis sebalik

kehidupan mengutip rezeki. Walau apa pun, biarlah rezeki yang kita kutip halal,

bersih dan digunakan untuk kebaikan manusia yang lain.

Page 35: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 35/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 33 

Minda #26 : fikir kecil atau FIKIR BESAR

Persediaan minda sebelum menjadi usahawan tidak memerlukan bayaran kos

yang mahal. Malah di dalam dunia internet ini terlalu banyak blog yangmemberikan tips motivasi keusahawanan yang anda boleh baca dengan

percuma. Sebagai salah satu persediaan minda apabila anda ingin menceburi

kerjaya sebagai usahawan ialah mengubah corak pemikiran dalam minda. Ubah

cara pemikiran daripada berfikir sebagai seorang yang mempunyai minda kecil

kepada yang mempunyai MINDA BESAR.

Ubah pemikiran yang mana satu ketika dahulu dianggap kecil kepada pemikiran

yang lebih besar. Dahulu hanya inginkan pekerjaan dengan pendapatan RM3000

sebulan sekarang ingin melakukan kerjaya yang berpendapatan RM100,000

sebulan. Dahulu hanya inginkan berniaga kecilan di gerai ataupun pasar malam

tetapi sekarang berfikir untuk membuka outlet perniagaan seluruh Malaysia !

malah ke serata pelusuk dunia. Dahulu kerjaya sebagai usahawan untuk

menampung keperluan keluarga tetapi sekarang menjadi usahawan untuk

menubuhkan yayasan yang membantu golongan yang susah.

Apabila corak pemikiran ini telah sebati dalam minda anda, jiwa anda serta

merta akan ada semangat keusahawan yang teguh walaupun ribut taufan

melanda. Jika jiwa kita tidak mempunyai minda berfikiran besar, daya saing kita

akan lemah menyebabkan cabaran yang datang menjadikan diri kita akan

berubah seperti lalang ditiup angin. Ini adalah antara faktor sebahagian besar

golongan yang sentiasa menukar perniagaan mereka kerana tidak tahan dengan

cabaran yang melanda.

Page 36: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 36/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 34 

Minda #27 : Jangan takut dengan angka

BESAR

Melihat jutawan yang mempunyai duit yang banyak, perniagaan yang besar dan

kedudukan yang tinggi dalam masyarakat adakalanya membuat seorang

pemuda yang baru mula mengenal kerjaya usahawan menelan air liur. Bukan

perasaan kagum yang bermain di mindanya tetapi melihat adakah beliau mampu

menjadi seperti sang jutawan di hadapan matanya.

Gejala takut kepada diri sendiri datang apabila melihat kejayaan orang lain, dia

akan memikirkan adakah saya boleh menjadi seperti sang jutawanitu?. Kejayaan mereka yang bergelar jutawan itu semua adalah bermula

dengan angka yang kecil. Jangan sekali-kali takut dengan nilai yang

besar.  Oleh kerana angka yang terlalu besar dalam pencapaian orang yang

berjaya membuatkan kita sentiasa membuat tembok yang mengatakan kita tidak

boleh menjadi seperti mereka.

Mulai hari ini musnahkan pemikiran sebegitu. Bina keyakinan diri dengan

mengatakan bahawa :

•  “Aku boleh buat seperti sang jutawan.” 

•  “Kejayaan aku akan bermula secara kecil-kecilan” 

•  “Yakin suatu hari nanti aku akan berada sama seperti dia.” 

•  “Angka kejayaan tidak akan takut kepada aku, tetapi aku akan 

menggenggam ia” 

Selamat berjaya dalam mengharungi onak dan duri hidup sebagai usahawan.

Page 37: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 37/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 35 

Minda #28 : Sayangi diri anda

Akibat terlalu sibuk dengan perniagaan  dan  komitmen ke atas keluarga 

adalah antara sebab musabab utama yang biasa diberikan untuk menolakpelawaan menghadiri aktiviti riadah. Keghairahan masyarakat masakini dalam

kerjaya mereka menyebabkan hidup mereka didedikasi sepenuhnya

untuk mengejar kejayaan dalam hidup. Belum lagi yang bekerja makan

gaji, malah golongan ini kadang-kadang bekerja lebih teruk daripada golongan

usahawan.

Bagi yang telah berkeluarga mereka memberikan alasan ingin meluangkan masa

di samping pasangan dan tiada masa untuk beriadah. Walau bagaimanapun

mereka masih muncul dalam majlis makan-makan, seperti berbuka puasa di

bulan Ramadhan, majlis rumah terbuka di Syawal dan majlis perkahwinan pada

musim cuti sekolah. Menghadiri majlis makan-makan tiada salahnya tetapi

akibatnya akan berlaku bila tiada keseimbangan antara makanan yang masuk

dalam tubuh badan dan tenaga yang telah digunakan oleh kerana akibat tabiat

makan yang berlebih-lebihan.

Makanan yang kita makan kadang-kadang malah selalunya terkandung toksik

yang merbahaya kepada tubuh badan. Jadi aktiviti bersenam akan memberikan

keseimbangan dalam tubuh badan kita kerana apabila kita aktif bersenam maka

toksik dalam badan akan terkeluar dan mengurangkan lemak-lemak yang

berlebihan. Kita juga akan sentiasa sihat dan bertenaga sepanjang masa. Ini

secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit moden zaman kini

yang banyak diakibatkan oleh corak diet harian kita.

Oleh yang demikian, bagi anda yang sentiasa bekerja kuat sepanjang minggu,

luangkankan masa 3-4 jam dalam seminggu untuk bersenam. Tiada alasan bagi

yang berkeluarga kerana aktiviti berjoging dan berjalan kaki di taman bersama

keluarga dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan juga memberikan

didikan yang baik kepada anak kecil betapa pentingnya menjaga kesihatan. Kita

Page 38: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 38/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 36 

tidak mahu suatu hari nanti mempunyai harta yang melimpah ruah, pangkat yang

tinggi dan mempunyai kerjaya yang baik tetapi diri terlantar di katil pada usia

yang masih muda. 

Page 39: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 39/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 37 

Minda #29 : Minda umpama sekeping

gambar

Memetik kata-kata mutiara Datuk Dr. Fadzilah Khamsah, minda kita umpama

gambar yang diucapkan oleh perkataan.  Memang tepat sekali apa yang

difikirkan oleh golongan bijak pandai. Apa yang kita sebutkan setiap hari secara

tidak langsung akan membentuk peribadi dan corak hidup kita sendiri.

Sama seperti apa yang dilakukan oleh orang Islam, berdoa. Apabila kita berdoa

(meminta sesuatu permohonan kepada Allah) kita akan berkata-kata. Dan

sekiranya kata-kata ini diucapkan berulang kali dengan ikhlas keranaAllah, inshaallah tidak mustahil segala permintaan kita dimakbulkan.

Jika diaplikasikan dalam kehidupan kita, sekiranya individu itu sering berkata-

kata yang tidak baik seperti : “susah lah jadi usahawan”, “penat lah perlu

memikirkan bisnes setiap hari”, “aaaah mustahil untuk buat begini”, “aku tak

mampu buat macam awak”…sedikit demi sedikit minda akan membentuk imej

orang yang gagal, tidak daya saing, cepat mengaku kalah dan berbagai imej

negatif yang akan diterjemahkan oleh wajah dan tingkah laku kita.

Manakala bagi anda yang sentiasa berkata-kata positif seperti : “ya saya mampu

buat perkara ini”, “jangan bimbang kita akan mendapat peluang pada akan

datang”, “kejayaan di tangan kita” dan berbagai kata-kata positif yang lain. Maka

kata-kata itu akan akan membentuk imej orang yang berjaya, orang yang cekal,

orang yang mempunyai daya juang tinggi dalam minda kita. Sedikit demi sedikit

wajah dan tingkah laku anda akan membentuk rupa orang yang berjaya.

Sentiasa berkata-kata positif dalam percakapan kita….

Page 40: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 40/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 38 

Minda #30 : Action ! Action !! Action !!!

(Triple A)

Perjalanan untuk kejayaan :

1) The Dream 

2) Goals 

3) Plan 

4) Belief 

5) Action 

Impian, sasaran, perancangan dan keyakinan sememangnya akar umbi

bermulanya perjalanan kepada kejayaan. Khasnya apabila mengatakan

berkenaan tajuk keusahawanan. 4 perkara ini siapa sahaja boleh lakukannya.

Seseorang itu boleh memulakannya bila-bila masa tanpa mengeluarkan kos

yang banyak. Sebagai contoh jika ingin menjadi usahawan, anda

boleh melakukan 4 perkara utama ini dalam masa kurang 5 minit. Mengimpikan

kejayaan dalam masa 5 tahun akan datang, menetapkan sasaran jualan dan

pendapatan, merancang bagaimana untuk memasarkan produk dan keyakinan

terhadap produk dan juga kekuatan diri sendiri.

Action atau tindakan adalah proses terakhir. Walaupun diletakkan sebagai

proses yang terakhir, ia dianggap penentu kepada kejayaan. Jika proses 1-4

disiapkan dengan keputusan yang amat cemerlang, ia masih belum berjaya lagi

dengan tindakan susulan yang menjadi penanda aras kejayaan. Anda telah

Page 41: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 41/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 39 

berhempas pulas untuk membuat proses 1-4 dalam menjadi usahawan yang

berjaya itu belum cukup. Anda perlu bertindak : mendaftarkan perniagaan,

mengkaji permintaan pelanggan, membuat contoh produk dan memasarkan

produk anda dengan gigih.

Page 42: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 42/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 40 

PENUTUP

Keinginan untuk berjaya dalam bidang keusahawanan tidak boleh bergantung

kepada semangat seperti api yang membara. Semangat tidak cukup untukmenjadikan kita berjaya jika kita tidak melakukan tindakan tanpa menangguhkan

lagi segala perancangan untuk tempoh hari demi hari. Tindakan adalah langkah

pertama bermulanya kerjaya sebagai usahawan.

Namun tindakan tidak cukup lagi untuk berjaya dalam bidang ini kerana ramai

yang bertindak, tetapi hanya untuk langkah pertama ataupun langkah kedua

ataupun hanya sehingga langkah ketiga. Oleh yang demikian, tindakan yang

berterusan menjamin pengekalan dalam kerjaya ini. Lakukan tindakan dengan

konsisten tanpa menghiraukan segala cabaran dan dugaan yang datang

menimpa. Tindakan yang berterusan menjaminkan kesinabungan hidup dalam

bidang keusahawanan.

Satu lagi perkara yang perlu kita tanam dalam minda iaitu bukan sahaja

semangat yang membara, bukan sahaja tindakan pertama dan bukan sahaja

tindakan yang berterusan, ia adalah mengkaji peningkatan prestasi tahun demi

tahun. Jika melakukan perniagaan tanpa peningkatan prestasi bermakna tiada

peningkatan dalam segi pendapatan. Jika situasi demikian berlaku bermakna

kita bekerja seolah-olah seperti kerja makan gaji sahaja. Kaji segala kelemahan

yang ada dan perbaiki untuk mengelakkan kelemahan ini datang lagi pada masa

akan datang.

Page 43: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 43/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 41

Bonus Khas BINAusahawan.com : 5 Tips

Emas Minda Usahawan Cemerlang

TIP # 1 : MEMBENCI ATAU MENGHORMATI ORANG BERJAYA

Salah satu sifat yang mesti ada dalam minda bakal seorang usahawan ialah

menghormati orang yang telah berjaya dalam kerjaya perniagaan

mereka. Perasaan hasad dengki dan cemburu membabi buta terhadap kejayaan

orang lain tidak mendatangkan faedah kepada diri kita. Walaupun secara logik

kita akan berfikir dengan memusnahkan perniagaan orang lain kita boleh maju

ke depan…TIDAK SAMA SEKALI.

Jika kita berfikiran sedemikian, musibah pertama yang akan datang kepada kita

ialah persepsi / pandangan masyarakat kepada diri kita. Walaupun kita boleh

menyorokkan kerja jahat kita lambat laun masyarakat akan mengetahui juga.

Jalan untuk maju  kehadapan akan sukar kerana masyarakat sekeliling telah

melabelkan diri kita sebagai individu yang tidak berguna dan perosak duniaperniagaan.

Selain daripada itu juga putaran perniagaan akan terjejas jika kita cuba

memusnahkan pesaing perniagaan ataupun perniagaan lain yang bukan

daripada bidang kita. Umum sudah tahu walaupun perniagaan adalah daripada

perlbagai jenis, kita memerlukan pertolongan dan kerjasama erat antara satu

sama lain. Oleh yang demikian jalan untuk maju kehadapan bertambah

tambah sukar akibat sifat hasad dengki dengan kejayaan orang lain.

Mulai hari ini tanamkan dalam minda kita untuk menghormati dan mempelajari

daripada orang yang telah berjaya. Jika kita dapat bersua dengan mereka,

 jangan lepaskan peluang mendapatkan kata-kata nasihat dan motivasi

keusahawanan daripada mereka. Berikan ucapan tahniah jika rakan kita telah

Page 44: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 44/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 42 

berjaya dalam perniagaan mereka. Jika agak sukar bersua dengan mereka,

sering membaca kisah-kisah kejayaan mereka daripada akhbar, buku atau

internet. 

TIP # 2 : BELAJAR JUGA ADALAH PELABURAN 

Bukan sahaja pengiklanan adalah pelaburan, menuntut ilmu juga adalah

pelaburan jangka panjang yang seharusnya kita perlu ambil berat untuk menjadi

usahawan yang berjaya. Dalam usaha untuk memiliki minda usahawan yang

berjaya, pada ketika sebelum membuka pintu perniagaan dan ketika membuka

perniagaan kita tidak boleh lari daripada belajar, belajar dan terus belajar.

Dalam konteks pembelajaran yang diperkatakan ini, bukan bermaksud belajar

dalam kelas seperti di sekolah atau di pusat pengajian tinggi. Setiap kali kita

lakukan kesilapan anggapkan sebagai satu pelajaran, setiap kali menemui idea

baru anggapkan juga sebagai ilmu baru, membaca di internet / akhbar /buku

 /majalah malah berbual dengan rakan boleh dijadikan pelajaran jika kita pandai

mengambil perkara yang baik.

Kursus ataupun seminar jangka pendek perlu kita hadiri. Sekurang-kurangnya

dalam setahun peruntukkan 2-3 hari untuk mengambil kursus bagaimana

mempertingkatkan kemahiran dalam diri kita. Jangan anggapkan bayaran kursus

yang bernilai RM1000 hingga jumlah manapun sebagai pembaziran. Banyak

yang anda boleh manfaatkan daripada kursus ini. Ada juga kursus yang

menawarkan harga yang berpatutan dan maklumat boleh kita dapati di internet

ataupun akhbar harian.

Setelah kita membuat pelaburan sedemikian, inshaallah hasilnya akan datang

sediri kepada diri kita. Praktikkan ilmu yang kita pelajari dan jangan lokek dengan

ilmu yang ada, kerana jika kita selalu menyampaikan ilmu walaupun sedikit

kepada rakan lain kehidupan akan bertambah berkat dan banyak ilmu akan

datang kepada diri kita. Ilmu tidak bernilai harganya, oleh yang demikian carilah

Page 45: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 45/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 43 

ilmu sebanyak mungkin ketika hayat di kandung badan dan sebarkan kepada

rakan anda yang lain.

TIP # 3 : FOKUS PELUANG? ATAU FOKUS HALANGAN? 

Hidup di Kuala Lumpur memang tidak sempurna jika kita tidak menghadapi

kesesakan jalan raya. Malah sesuatu yang janggal jika jalan raya lancar pada

waktu puncak. Apabila memandu di jalan raya kita sudah tentu fokus untuk ke

destinasi yang ingin dituju. Dalam menempuhi perjalanan ini kita tidak akan

terlepas melalui halangan samada jalan yang berlubang atau kesesakan yang

sungguh memenatkan. Jika kita asyik memikirkan masalah ini, kita akan rasa

putus asa dan tidak akan meneruskan perjalanan.

Perumpamaan ini boleh dikaitkan dengan pemikiran orang yang gagal. Dia akan

sentiasa meratap atas kesusahan yang dipikul, meletakkan dalam minda bahawa

tiada lagi jalan untuk berjaya dalam hidupnya dan setiap masa fokus ke

atas halangan tanpa memikirkan jalan penyelesaian. Ini menyebabkan hidupnya

tidak akan berubah kepada kemajuan. Bagi orang yang berjaya, dia juga tidak

akan lari dari menghadapi halangan. Subjek utama, orang berjaya akan mencari

peluang bagaimana menyelesaikan halangannya.

Sama juga perjalanan kita sebagai usahawan. Jika asyik setiap hari fokus

terhadap halangan, maka kita tidak akan dapat bergerak untuk maju ke hadapan.

Perkara yang utama ialah sentiasa fokus kepada peluang. Cari peluang

untuk membesarkan perniagaan, fokus kepada sasaran pelanggan, sentiasa

memikirkan perkara inovatif yang dapat membantu kepada daya

saing perniagaan pada masa depan.

TIP # 4 : MEMUPUK MINDA KEUSAHAWANAN 

Berbagai teknik boleh kita aplikasikan untuk memupuk minda keusahawanan

dalam diri kita khas bagi yang mula-mula ingin menceburi bidang ini. Melalui

pembacaan, minda kita akan selalu dipenuhi kata-kata motivasi keusahawanan

Page 46: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 46/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 44 

yang akan mengekalkan diri kita dalam bidang ini, menonton kisah

keusahawanan akan menanamkan imej seorang usahawan dalam minda kita,

bergaul dan berkawan dengan orang yang berjaya dalam bidang

keusahawanan juga memberikan impak yang sama dalam proses untuk kekal

dan terus berjaya dalam bidang ini.

Seperti yang telah ramai perkatakan, kita tidak dilahirkan menjadi seorang

usahawan. Ada usahawan yang berjaya adalah datang dari keluarga usahawan / 

keluarga biasa / latar belakang keluarga kaya dan ada juga daripada latar

belakang keluarga yang miskin melarat. Ini bermaksud menjadi usahawan bukan

hak golongan tertentu. Anda berhak menjadi usahawan asalkan memupuk minda

keusahawan setiap hari sehingga sebati dengan jiwa anda. Kejayaan yang

dikecapi bukan dengan sekelip mata, tetapi perlu melalui proses perjalanan yang

diharungi dengan sabar setiap hari.

Bagi yang ingin menceburi bidang ini, teruskan menanam minda kepercayaan ini

setiap hari setiap masa. Siramkan dengan kerja yang bersungguh-sungguh

setiap hari kerana suatu hari nanti anda layak menikmati buah kejayaan yang

anda tanamkan. Ciri orang yang berjaya dalam bidang keusahawanan adalah

mereka yang konsisten dalam kerja. Dalam tajuk ini, kita perlu setiap detik untukmemasukkan sebanyak mungkin ciri minda keusahawanan yang patut

dicontohi kedalam diri kita. 

TIP # 5 : MATLAMAT DAN PERANCANGAN.

Jika kita bergerak untuk menuju destinasi kita sebut perbuatan ini sebagai

berjalan, tetapi jika kita bergerak tanpa tujuan kita akan sebut perbuatan ini

sebagai jalan-jalan. Bermain bola sepak dengan menjaringkan gol sebagaisasaran adalah perkara biasa, tetapi bermain bola sepak tanpa gol adalah

perkara luar biasa. Lebih malang lagi cuba fikirkan jika hidup kita dengan

membuat perkara sesuka hati setiap hari tanpa tujuan. Kadang-kadang bekerja

kadang kadang tidak, ada masa belajar tetapi tidak belajar pada masa lain, ada

hari kita bersukan dan ada hari tidur sahaja di rumah.

Page 47: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 47/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

Mukasurat 45 

Jika hidup tanpa perancangan dan matlamat, ia akan merugikan diri sendiri.

Kehidupan keluarga, masyarakat dan negara akan menjadi huru hara.

Menanamkan minda dengan menetapkan matlamat dan perancangan dalam

bidang keusahawanan sangat sangat penting walaupun perkara ini di sebut

berjuta kali dalam setiap blog motivasi tetapi perkara ini juga yang banyak kali

dilupai apabila berada dalam gelanggang keusahawanan. Tetapkan matlamat

dan perancangan, inshaallah perjalanan akan lebih lancar dan teratur kelak.

Selamat maju jaya dan tiada yang mustahil.

Page 48: 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

7/29/2019 30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG

http://slidepdf.com/reader/full/30-panduan-minda-usahawan-cemerlang 48/48

30 Panduan Minda Usahawan  Cemerlang  daripada www.BINAusahawan.com  

BIODATA PENULIS

Ahmad Azal Afarok berasal daripada Gombak Selangor, graduan daripada

Otaru University of Commerce dalam jurusan Ekonomi Antarabangsa. Meminati

bidang perniagaan sejak menuntut di menara gading melalui pembacaan buku

biografi tokoh-tokoh perniagaan ternama. Peluang menghadiri kuliah-kuliah khas

dalam bidang perniagaan yang menjemput tokoh perniagaan negara matahari

terbit itu mendekatkan beliau kepada dunia perniagaan semasa di menara

gading lagi.

Setelah tamat pengajian, beliau sempat berkhidmat dengan syarikat

multinasional daripada Jepun selama 6 bulan. Atas keinginan membara dalam

bidang perniagaan beliau terus terjun dalam bidang perundingan Takaful dan kini

mempunyai agensi sendiri dan giat aktif melatih perunding Takaful baru. Hasil

pengalaman dan pemerhatian dalam bidang kejurulatihan perunding Takaful,

timbul idea untuk mengembangkan ilmu pengurusan perniagaan dan motivasikeusahawanan secara praktikal dengan melalui penulisan di blog beliau

(www.BINAusahawan.com) dan ebook.