3 sebab kenapa bahasa inggeris digunakan untuk matapelajaran

Upload: ayuniza-furzani

Post on 03-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    1/25

    3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk

    Matapelajaran Sains dan Matematik

    Kalau tak silap saya, agak lama juga ya negara ini mewajibkan pengajaran matapelajaran

    Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris. Saya rasa ianya dilakukan semasa TunMahathir menjadi Perdana Menteri lagi. Dan saya fikir, dalam tempoh ini sepatutnyamasyarakat telah menerima hakikat bahawa pembelajaran Sains dan Matematikdijalankan dalam bahasa inggeris. Sekali lagi - sebenarnya dah banyak kali - saya inginmenegaskan bahawa saya tidaklah menyanjung bahasa inggeris atau merendahkan bahasamelayu.

    Kenapa tiba-tiba saya nak bercakap tentang pengunaan bahasa inggeris untukmatapelajaran Sains dan Matematik? Oh.. dah tentulah, kan saya mengajar bahasainggeris di sini.. Apalah yang peliknya?

    Sebenarnya saya agak terkejut dan sedikit rasa simpati campur kesian, apabila semasamerayau-rayau di blog orang lain, saya telah membaca satu coretan tentang penggunaanbahasa inggeris untuk matapelajaran Sains dan Matematik. Saya tidak mahu menyatakandi sini siapa tokei blog tersebut - sebab beliau agak terkenal juga, walaupun beliau bukanIM tapi beliau blogger terkenal - tapi saya akan beritahu ada secara ringkas apakah isicoretan beliau yang membuatkan saya terkejut, sedikit simpati dan kesiannnnnn..

    Menurut beliau (yang telah diubahsuai kepada ayat saya sendiri tanpa mengubahmaksudnya):

    Beliau dan isteri tidak lagi dapat membantu anak-anak mereka membuat homework,

    kerana sejak penggunaan bahasa inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik,masa lebih banyak terbuang membuka kamus dari belajar. Untuk mengelakkan daripadamembuang masa dengan membuka kamus, beliau dan isteri menghantar anak-anak kekelas tuisyen. Malangnya, seperti yang kita semua sedar, harga tuisyen agak mahal juga.Oleh itu, sebagai kesimpulan, beliau merayu kepada Perdana Menteri sekarang, DatoAbdullah untuk menukarkan kembali penggunaan bahasa inggeris dalam matapelajaranSains dan Matematik kepada bahasa melayu.

    Nahhhh.. tidakkah anda juga merasa terkejut, simpati dan kesian kepada bloggertersebut?

    Mengelakkan Kekeliruan Terms Dalam Pembelajaran

    Walaupun kita semua tahu bahawa pakar-pakar dalam bidang Sains dan Matematiksebenarnya adalah orang Islam tetapi mereka bukan melayu. Mereka orang arab danbertutur serta menulis dalam bahasa Arab/ Yunani. Selepas era kegemilangan Islam,semua ilmu ini telah dicuri oleh orang-orang dari Barat, yang mana mereka membuatkajian lebih lanjut dan menyebarkannya ke seluruh dunia. Hasilnya? Ilmu ini disebarkandalam bahasa barat a.k.a. bahasa inggeris.

    http://www.cikguazleen.com/index.php/belajar-bi/2007/05/3-sebab-kenapa-bahasa-inggeris-digunakan-untuk-matapelajaran-sains-dan-matematik.htmlhttp://www.cikguazleen.com/index.php/belajar-bi/2007/05/3-sebab-kenapa-bahasa-inggeris-digunakan-untuk-matapelajaran-sains-dan-matematik.htmlhttp://www.cikguazleen.com/index.php/belajar-bi/2007/05/3-sebab-kenapa-bahasa-inggeris-digunakan-untuk-matapelajaran-sains-dan-matematik.htmlhttp://www.cikguazleen.com/index.php/belajar-bi/2007/05/3-sebab-kenapa-bahasa-inggeris-digunakan-untuk-matapelajaran-sains-dan-matematik.html
  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    2/25

    Kita boleh membuat terjemahan untuk seluruh ilmu ini, tetapi bukan sahaja ianya akanmengambil masa yang lebih panjang, bahkan menimbulkan kekeliruan dari segipenggunaan terms. Dan bila bersaing di pasaran antarabangsa, kita kalah dan kelirudengan perkataan yang mereka gunakan. Atau, kita boleh belajar dalam bahasa melayutetapi menggunakan termbahasa inggeris. Kemudian, terhasillah satu bahasa melayu

    rojak.. Hmmm.. kenapa tidak bahasa inggeris rojak?

    Menggalakkan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Pekerjaan Seharian

    Semasa mula-mula kerajaan memperkenalkan penggunaan Bahasa Inggeris untukmatapelajaran Sains dan Matematik, saya juga membantah tindakan tersebut. Pada fikiransaya, kalau penguasaan Bahasa Inggeris yang menjadi puncanya mengapa matapelajaranSains dan Matematik yang menjadi mangsanya? Sungguh tidak masuk akal! Kan lebihbagus kalau kita ubah sajasyllabus matapelajaran Bahasa Inggeris supaya ianya boleh

    menjadikan rakyat Malaysia ini mampu berkomunikasi dalam bahasa inggeris?

    Bahasa melayu telah dijadikan bahasa perantaraan untuk pembelajaran di sekolah sejaktahun 1978 (atau mungkin lebih awal dari itu?). Hmmm.. Saya belumpun lahir pada masaitu. Selama itu juga, kita belajar bahasa inggeris sebagai satu subjek bahasa kedua. Danselepas 20 tahun, barulah kita boleh melihat sejauhmanakah keberkesanan sistemtersebut.. Dan selama lebih 20 tahun bahasa inggeris diajar sebagai bahasa kedua,sebahagian dari pelajar keluar cemerlang, dan sebahagian laginya, tidak tahupun apakahitu bahasa inggeris. Kalau nak katasyllabus kita bermasalah, mengapa ada pelajar yangcemerlang? Tetapi saya boleh jawab mengapa ada pelajar yang gagal sedangkansyllabuskita agak hebat!

    Senario sebelum penggunaan bahasa inggeris untuk matapelajaran Sains dan Matematik:

    Mereka yang gagal menguasai bahasa inggeris biasanya bertindak untuk mengabaikansubjek ini. Fikirannya Arghhh.. gagal BI pun masih lulus SPM!. Jadi, mereka masihlagi boleh lulus cemerlang, bahkan jika sewaktu aggregat dikira untuk SPM , merekaberjaya mendapat aggregat bawah 15 - Percayalah, saya ada seorang kawan yangmendapat aggregat 11 tetapi gagal BI! Masalahnya, bila mereka ke universiti, walaupunsubjek diajar dalam bahasa melayu, buku rujukan dalam bahasa inggeris. Masa tuh barunak carik kamus (atau mungkin nak tunggu sampai ada anak?) dan belajar semula bahasaini.

    Senario selepas penggunaan bahasa inggeris untuk matapelajaran Sains dan Matematik:

    Mereka yang gagal menguasai bahasa inggeris memaksa diri sendiri untuk belajar subjekini kerana jika tidak, peluang untuk cemerlang dalam matapelajaran Sains dan Matematikamat tipis. Masih boleh lulus, tetapi tidak mungkin cemerlang. Mungkin memberikanmereka sedikit tugas tambahan yang berat, tetapi tiada masalah apabila ke universiti..

    http://www.advertlets.com/_/campaigns.php?click=1&cid=advertlets-lite&go=http://www.advertlets.com
  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    3/25

    Dan apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan, mereka telah mahir berkomunikasidalam bahasa inggeris untuk urusan seharian. Tahukah anda kenapa walaupun Malaysiamempunyai ramai saintis dan pencipta yang berjaya mengkaji dan menghasilkan produkyang luarbiasa, kebanyakan hasil kajian gagal diketengahkan?

    Calon Pekerjaan Bersaing Di Atas Landasan Yang Sama Rata

    Cuba selak bahagian employments/ appointments di suratkhabar. Cuba lihat requirementyang diminta untuk sesuatu jawatan, hatta jawatansalesman sekalipun. Selalunya mestiada keperluan ini:Kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa mandarin/ kantonisadalah satu kelebihan. Semua orang pun tahu bahawa apabila dah kata kelebihan,sebenarnya ia bererti satu kemestian. Dan kelebihan ini membuatkan calon kita (yangsebangsa dengan saya) tidak bersaing di atas landasan yang sama rata.

    Kenapa? Kurang separuh daripada rakyat negara ini yang belajar bahasa tersebut semasabersekolah. Tetapi kenapa kita mesti pandai bahasa itu jika mahu bekerja? Kerana

    syarikat-syarikat tersebut adalah kepunyaan mereka. Kerana bahasa yang paling banyakdigunakan dan diamalkan di dunia adalah bahasa itu. Kerajaan tidak boleh meletakkansatu syarat supaya mereka membuang requirementtersebut. Kalau dikenakan pun, siapayang boleh memantau sewaktu proses pemilihan dilakukan?

    Alternatifnya, memaksa semua orang belajar bahasa inggeris - bahasa kedua terbanyakdiamalkan dan digunakan di seluruh dunia. Dan apabila semua orang dibesarkan dalamsuasana bahasa inggeris, requirementtadi akan berubah

    Oohhh.. Saya tidak mahu mengulas sebab ini secara detail, kerana ianya cukup bahayadan berunsurkan politik. Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut, anda boleh

    menghubungi saya. Pssss.. saya tidak mewakili mana-mana parti di blog ini ya!

    Kenapa Saya Terkejut, Simpati Dan Kesian Kepada Blogger Tadi?

    Saya terkejut kerana selepas begitu lama isu penggunaan bahasa inggeris untukmatapelajaran Sains dan Matematik ini selesai, beliau masih lagi ingin meminta bahasamelayu digunakan semula. Walaupun kadang-kadang kita melihat kerajaan kita sukamembuat keputusan yang pelik-pelik dalam masa yang singkat, mereka telahmemikirkannya untuk tempoh yang lebih lama (tetapi tidak di war-warkan) dan mengkajisetiap kesan tindakan mereka. Ehemmm.. saya bercakap tentang kerajaan yang diketuaioleh Tun Mahathir dulu ya!

    Dan saya simpati dengan keadaan blogger tadi yang seolah-olah helpless untukmenyelesaikan masalah beliau. Ya, saya terpaksa akui kos menghantar tuisyen adalahagak mahal. Saya sendiri mengenakan RM30 sebulan untuk setiap pelajar. Yangpeliknya, saya tak pernah pegi tuisyen masa sekolah dulu.. Boleh juga lulus dengancemerlang - sekurang-kurangnya saya dikategorikan dalam kumpulan elit sekolah!

  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    4/25

    Tetapi saya cukup kesian dengan blogger itu kerana beliau merasakan proses membukakamus untuk mengajar anaknya adalah sesuatu yang membuang masa. Kalau anda taktahu, saya ingin mengingatkan anda bahawa kamus adalah perkara terpenting dalampembelajaran bahasa inggeris dan yang seumpamanya. Bila anda menghadiri kelas sayakelak, anda akan tahu betapa pentingnya kamus untuk anda. Kerana tidak mahu

    menggunakan kamuslah, ramai pelajar yang gagal menguasai bahasa inggeris. Bahkan,pemerhatian saya juga menunjukkan pelajar yang lemah, tidak tahupun caramenggunakan kamus dengan betul.

    Tambah kesian lagi saya kepada blogger itu kerana beliau mengambil cara mudahmenyelesaikan masalahnya. Pertama, supaya beliau tidak perlu membuka kamus danbelajar bahasa inggeris untuk mengajar anaknya, beliau hantar anaknya ke tuisyen.Kedua, beliau merayu kepada kerajaan supaya menukar kembali penggunaan bahasamelayu dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Beliau gagal untuk menjadikanmasalah beliau sebagai cabaran untuk memperbaiki penguasaan bahasa inggeris beliau.Sayang sekali, saya terfikir apakah yang beliau lakukan berada di internet begitu lama,

    tetapi masih tidak nampak kepentingan bahasa inggeris untuk masa depan anak-anaknya.

    Jadi Seperti Orang Jepun

    Ya, saya tahu.. Sebahagian daripada anda mungkin ingin mengingatkan saya tentangkemajuan dan kecemerlangan orang Jepun walaupun mereka tidak bertutur bahasainggeris. Saya ingin menjelaskan kepada anda bahawa tamadun Jepun telah bermula lebihawal dari tamadun Melayu. Sebab itu, mereka berjaya menakluki Tanah Melayuwalaupun untuk tempoh yang tidak begitu lama. Dan seperkara lagi, ada bezanya antaraTIDAK TAHU dengan TIDAK MAHU. Mereka tidak mahu berbahasa inggeris,bukannya tidak tahu berbahasa inggeris. Jika mereka tidak tahu, mana mungkin mereka

    mempelajari teknologi barat dengan mudah.Jika ingin menjadi seperti mereka, jadilah seseorang yang TIDAK MAHU berbahasainggeris, bukannya TIDAK TAHU berbahasa inggeris.

    P.S.: Untuk maju dan berjaya sebagai saintis dan pencipta, anda perlu berkomunikasi

    dalam Bahasa Inggeris dengan fasih. Ini kerana untuk mengetengahkan hasil kajiananda, anda perlu mempamerkan dan membentangkannya di forum-forum dan seminar-

    seminar antarabangsa yang hampir kesemuanya berlangsung dalam bahasa inggeris.

    Anda boleh menggunakan penterjemah, tetapi itu akan mengehadkan peluang anda.

    P.P.S.

    : Bayangkan, dalam tempoh pengalaman saya sebagai saintis yang kurang dari 2tahun, saya terlibat sebanyak 5 kali untuk mempamerkan dan membentangkan hasil

    kajian saya di forum dan seminar, yang semuanya berlangsung dalam bahasa inggeris -

    walaupun hanya melibatkan saintis dalam negara. Dan setiap laporan, mestilah ditulisdalam bahasa inggeris. (http://www.cikguazleen.com/index.php/belajar-bi/2007/05/3-sebab-kenapa-bahasa-inggeris-digunakan-untuk-matapelajaran-sains-dan-matematik.html)

    http://www.cikguazleen.com/index.php/belajar-bi/2007/05/3-sebab-kenapa-bahasa-inggeris-digunakan-untuk-matapelajaran-sains-dan-matematik.htmlhttp://www.cikguazleen.com/index.php/belajar-bi/2007/05/3-sebab-kenapa-bahasa-inggeris-digunakan-untuk-matapelajaran-sains-dan-matematik.htmlhttp://www.cikguazleen.com/index.php/belajar-bi/2007/05/3-sebab-kenapa-bahasa-inggeris-digunakan-untuk-matapelajaran-sains-dan-matematik.htmlhttp://www.cikguazleen.com/index.php/belajar-bi/2007/05/3-sebab-kenapa-bahasa-inggeris-digunakan-untuk-matapelajaran-sains-dan-matematik.htmlhttp://www.cikguazleen.com/index.php/belajar-bi/2007/05/3-sebab-kenapa-bahasa-inggeris-digunakan-untuk-matapelajaran-sains-dan-matematik.htmlhttp://www.cikguazleen.com/index.php/belajar-bi/2007/05/3-sebab-kenapa-bahasa-inggeris-digunakan-untuk-matapelajaran-sains-dan-matematik.html
  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    5/25

    Sains & Matematik Dalam BI : Soalnya Mahu, Tidak Mahu,

    Ikhlas Atau TidakPosted on Thursday, February 09 @ 18:41:47 MYT

    Sdr Editor!

    Sebenarnya tidak ada perkara yang menghalang empat pelajar sekolah menengah di Perakmenyaman Kementerian Pelajaran kerana membantah penggunaan Bahasa Inggeris sebagaipengantar mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah dan menengah.

    Dari segi kebebasan dan undang-undang mereka mempunyai hak untuk berbuat demikianmeskipun kita percaya pelajar terbabit pada hakikatnya tidak begitu memahami tentang tujuan

    atau objektif sebenar tindakan itu.

    Malah keempat-empat pelajar berkenaan Mohammad Shawwaal Mohd Nizar, 14; Mohammad FadzirRosni, 15; Nor Najiha Muhaimin dan Syazaira Arham Yahya Ariff kedua-duanya berusia 16 tahunhanya diwakili oleh bapa mereka ketika mengemukakan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala

    Lumpur baru-baru ini.

    Sekiranya ditanyakan soalan kepada pelajar terbabit mengapa mereka mengemukakan samantersebut sudah pasti mereka akan menyerah tugas untuk memberikan jawapan itu kepada bapamereka.

    Dalam erti kata lain, pelajar terbabit hanya mengikut kehendak dan kebijaksanaan bapa merekadalam hal saman menyaman ini.

    Bagi peguam yang mewakili pelajar berkenaan, Mohamad Hanipa Maidin, saman itu dibuat keranapenggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengantar mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolahrendah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

    Menurutnya, mengikut Seksyen 17 Akta Pendidikan Tahun 1956, Bahasa Melayu hendaklah menjadibahasa pengantar dalam semua mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah di negara ini.

    Manakala bagi salah seorang bapa pelajar terbabit Mohd Nizal Jamaluddin berkata, anaknyamengambil tindakan tersebut untuk kepentingan murid Melayu pada masa depan.

    Katanya, kesan yang paling besar ialah kepada murid dari kawasan luar bandar kerana mereka

    tidak mempunyai peluang untuk mempelajari Bahasa Inggeris yang mencukupi seperti rakanmereka di bandar.

    Tidaklah dapat difahami apakah lebih ratusan ribu lagi pelajar di negara ini tidak mampumemikirkan masa depan mereka ekoran pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan

    Matematik melainkan hanya empat pelajar terbabit yang cukup peka dan prihatin.

    Malah alasan kononnya untuk membela pelajar dari kawasan luar bandar juga amat meragukan

    kerana berdasarkan keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang lalu pelajar dari sekolahluar bandar juga mampu mencatatkan keputusan yang membanggakan.

    Ini terbukti menerusi keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini.

    Ketiga-tiga subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris semuanya menunjukkan peningkatan

    sebanyak 1.6% (Sains), 0.4% (Matematik) dan 3.7% (Inggeris) dari aspek tahap penguasaanminimum atau kelulusan tahap A,B,C atau D.

    Jumlah pelajar yang mendapat semua A juga meningkat ke 20,101 atau 4.9% dari jumlah pelajar

  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    6/25

    menduduki PMR berbanding tahun 2004 (16,312 atau 4.2% dari jumlah pelajar menduduki PMR).

    Berdasarkan keputusan tersebut jelas memperlihatkan tidak wujud kesan negatif seperti yangdiwar-warkan atau yang dibimbangi empat keluarga pelajar terbabit.

    Malah setiap dasar yang baru juga tidak boleh dinilai dalam masa yang terdekat. Kita percayakejayaan sesuatu dasar itu bergantung kepada komitmen pelbagai pihak baik dari Kementerian

    Pelajaran, sekolah, masyarakat, pertubuhan-pertubuhan tertentu, ibu bapa dan pelajar itu sendiri.

    Tindakan saman menyaman ini sebenarnya tidak membantu sebaliknya lebih dilihat mempunyai

    agenda yang tersembunyi apatah lagi sehingga ke hari ini hanya empat pelajar sahaja yangmengemukakan saman seumpama itu.

    Semua pihak sepatutnya berfikiran dan bersikap matang berhubung perkara ini. Jika ikhlas, kitasepatutnya memberi idea-idea yang positif dan membina dalam usaha kerajaan melaksanakan

    dasar Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris untuk memastikannegara akan terus maju ke hadapan.

    Bapa Mithali

    Kg Gajah, Perak (http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=5172)

    http://eprints.utm.my/2228/1/3_9.pdf- akrobat reader

    rencana

    Ke arah generasi menguasai bahasa Inggeris

    Oleh: ZIN MAHMUD (Wartawan Utusan)

    Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini merupakan satu mercutanda bersejarah bagi pendidikan negara ini. Ini kerana buat pertama kali generasi pelajaryang mempelajari mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris diuji dalamsatu peperiksaan nasional.

    Hasilnya, projek penggunaan bahasa Inggeris dalam mengajar dan belajar Sains danMatematik pada keseluruhannya telah berjaya.

    Sememangnya kenyataan ini menimbulkan petanda-petanda keraguan dalam masyarakattentang kejayaan program kontroversi yang merupakan cetusan wawasan Tun Dr.Mahathir Mohamad dan didukung oleh pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    Dalam era di mana mudah bagi orang ramai untuk meragui kenyataan-kenyataan rasmi,maka dapat difahami betapa kejayaan projek ini pasti turut dipersoalkan.

    http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=5172http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=5172http://eprints.utm.my/2228/1/3_9.pdf-http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=5172http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=5172http://eprints.utm.my/2228/1/3_9.pdf-
  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    7/25

    Lebih-lebih lagi bidang pendidikan di negara ini sudah terlalu dipolitikkan denganelemen-elemen berbau perkauman, maka kecenderungan adalah untuk mempersoalkankejayaan program berkenaan.

    Hakikat pertama yang perlu diterima ialah pentadbiran pendidikan di negara ini, walau

    apa pun imejnya adalah berasaskan kepada profesionalisme. Sama ada KementerianPelajaran mahupun Kementerian Pangajian Tinggi menjalankan kerja mereka menurutamalan-amalan profesional, daripada guru-guru hinggalah kepada pentadbirnya.

    Sebarang kelemahan yang timbul adalah lebih berbentuk kepada pengecualian ataukejadian terpencil, dan bukannya amalan rasmi dalam sistem berkenaan.

    Sistem yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada amalan universal bidangpendidikan, dan bukannya berbentuk politik atau usaha untuk menonjolkan kejayaansemata-mata.

    Hakikat bahawa bidang pendidikan berada dalam wilayah kesedaran sensitifnyamendorongnya untuk lebih telus dan berhati-hati dalam membuat keputusan.

    Begitu juga dengan pelaksanaan projek pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematikdalam bahasa Inggeris.

    Ia benar-benar menepati sasaran dan tidak ada sebarang kompromi terhadap mutupencapaian dalam mata pelajaran tersebut. Tolak ansur mungkin berasaskan padapendekatan yang mengambil kira kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalammemahami dan menjawab soalan mata pelajaran itu. Tetapi dari segi kandungan matapelajaran, mutunya tetap dipertahankan.

    Pada hemat saya, secara umum dan purata, pelajar-pelajar mampu menguasai bahasaInggeris dan memahami Sains dan Matematik dalam bahasa berkenaan.

    Masalah besar terletak pada pelajar-pelajar lemah. Mereka ini bukan saja tidak dapatmenguasai bahasa Inggeris, bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibunda juga gagaldikuasai dengan baik. Malah jika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu,mereka tetap gagal menguasainya.

    Umpamanya, jika mereka dapat memahami sedikit saja mata pelajaran Sains danMatematik ketika diajar dalam bahasa Melayu, maka apabila diajar dalam bahasa

    Inggeris, mereka langsung tidak dapat memahaminya.Pelajar-pelajar pintar kurang menghadapi masalah. Mereka dapat menguasai apa sajabahasa. Sama ada bahasa Inggeris atau Arab. Dengan belajar Sains dan Matematik dalambahasa Inggeris, mereka lebih beruntung kerana dapat meningkat penguasaan bahasaInggeris mereka.

  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    8/25

    Di universiti kelak, yang pasti dapat dimasukinya, mereka akan mudah akses pada bahan-bahan bacaan bahasa Inggeris. Bukan itu saja, program ini meningkatkan keupayaanmereka ketika mencebur diri dalam dunia kerjaya masing-masing kerana bahasa Inggerismereka.

    Bagi pelajar-pelajar sederhana, mereka mungkin menghadapi masalah. Andai kata Sainsdan Matematik menggunakan bahasa ibunda, mungkin mereka dapat menguasainyadengan lebih baik. Tetapi penggunaan bahasa Inggeris membuka peluang mereka untukmeningkatkan penguasaan bahasa itu, sesuatu yang berguna bagi mereka.

    Bagaimanapun, bagi pelajar-pelajar lemah, dunia seolah-olah meminggirkan mereka.Sudahlah masyarakat lebih memihak kepada pelajar-pelajar pintar, mereka terpaksaberlawan dengan psikologi rendah diri untuk hidup. Tambahan pula mereka pastiterperosok dalam lingkungan rakan sebaya yang juga bersahsiah lemah, maka bertambahmasalah bagi mereka.

    Ibu bapa, guru, majikan, media dan anggota masyarakat tidak mesra kepada golonganberkemampuan pelajaran lemah.

    Maka golongan ini bukan saja tidak dapat menguasai bahasa Inggeris, malah matapelajaran Sains dan Matematik yang menggunakan bahasa Inggeris berada di luarjangkauan mereka.

    Bahasa Inggeris tidak ada guna bagi golongan pelajar lemah ini. Mereka pasti tidak akanmenjejak kaki ke universiti. Mereka tidak perlu untuk membaca buku-buku bahasaInggeris. Mereka juga bukannya minat pun.

    Tambahan pula, mereka akan bekerja dalam lapangan kerja yang tidak banyakmenggunakan bahasa Inggeris.

    Golongan inilah yang perlu diberi perhatian lebih oleh masyarakat termasuk KementerianPelajaran. Mungkin ada kalangan dalam golongan ini merupakan mereka yang jenispelajar lambat atau mekar lewat (slow learners dan late boomers).

    Bagi pelajar lemah lepasan PMR tidak ada guna bagi mereka diasak masuk untukmengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang pastinya tidak akan dapat dikuasai olehmereka. Jalan lain perlu dicari. (http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1224&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_03.htm&arc=hive)

    Soal bahasa ajar Sains, Matematik bukan isu besar

    KUALA LUMPUR 16 Dis. - Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. AbdulRahman Arshad menyifatkan soal bahasa yang digunakan dalam pengajaran Sains danMatematik bukan suatu isu besar.

    http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1224&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_03.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1224&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_03.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1224&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_03.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1224&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_03.htm&arc=hive
  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    9/25

    Menurutnya, ini kerana bahasa itu hanya merupakan suatu alat sedangkan bahan sebenaradalah subjeknya yang perlu dikuasai iaitu Matematik dan Sains.

    ``Namun alat tersebut perlu dikendalikan oleh mereka yang mahir dan dalam isu ini, guruyang hendak mengajar perlu terdiri daripada mereka yang dapat menguasai bahasa

    tersebut dengan baik.

    ``Jika mahu melihat dasar ini berjaya, maka kita memerlukan guru-guru yang terlatih dandapat menguasai bahasa Inggeris supaya akhirnya mereka dapat menyampaikan kepadapelajar dengan baik,'' katanya.

    Beliau berkata demikian ketika membincangkan isu pendidikan pada KongresKepentingan Bangsa, di sini hari ini.

    Kongres dua hari itu dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Melayu denganPresiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi Ibrahim

    bertindak selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Kongres.

    Isu dasar pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggerismenjadi fokus utama para ahli panel yang membincangkan topik pendidikan dalamkongres tersebut.

    Selain pendidikan, kongres yang bertemakan `Gagasan Survival Bangsa: MenebusKehilangan Mengisi Masa Depan' itu turut mengetengahkan dua topik lain untukdibincangkan iaitu ekonomi dan sosio-budaya.

    Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Omar Mohd. Hashim

    berpendirian sebaliknya dan berpendapat sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semuladasar ini.

    Katanya, ia bagi mengelakkan lebih ramai anak-anak Melayu terpaksa bergelut untukmenguasai kedua-dua ilmu ini hanya kerana wujudnya masalah bahasa.

    ``Kita telah berjaya membuang `ketakutan' anak-anak Melayu pada Matematik dan Sainstetapi hari ini fobia tersebut muncul semula.

    ``Sebab itu, kerajaan perlu kaji semula kerana penggunaan bahasa ibunda sememangnyadiakui di seluruh dunia sebagai medium perantaraan ilmu yang terbaik,'' jelasnya.

    Presiden Akademi Sains Islam Malaysia berkata, Prof. Dr. Shaharir Mohd. Zin berkata,jika diambil contoh luar, pemenang Hadiah Nobel dalam bidang sains sekalipun lebih 90peratus daripada mereka mendapat pendidikan dalam bahasa ibunda sehingga peringkatijazah pertama.

    ``Jika dilihat Singapura sendiri yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasapengantar sekalipun tidak ada rakyatnya yang boleh dikatakan sebagai ahli sains tersohor.

  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    10/25

    ``Malah mereka sendiri sekarang mahu memperkenalkan balik penggunaan bahasaMandarin di peringkat sekolah untuk dijadikan bahasa pengantar termasuk bagi subjekMatematik dan Sains,'' katanya yang kini penyelidik di Universiti Putra Malaysia (UPM).( http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1217&pub=utusan_malaysia&sec=dalam

    %5Fnegeri&pg=dn_05.htm&arc=hive)

    Rombak sistem pendidikan -- Jika kerajaan mahu memperkasasekolah kebangsaan - Murad

    Oleh MARZITA ABDULLAH

    KUALA LUMPUR 26 Mei - Sistem pendidikan negara sekarang perlu dirombak semulajika kerajaan mahu memperkasakan sekolah kebangsaan, kata tokoh pendidikan Tan SriMurad Mohd. Nor.

    Beliau berkata, ini kerana wujud ketidakseimbangan dalam sistem pendidikan negarayang memerlukan penilaian dan penelitian secara keseluruhan terhadapnya.

    Antara cadangan beliau ialah:

    Mengkaji semula kurikulum latihan perguruan agar lebih terkini dengan perubahan dalambidang pendidikan yang bersifat global.

    Pembelajaran dan pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris perludiperkasakan lagi kerana ia adalah mercu tanda dalam pendidikan negara pada masa

    sekarang dan akan datang.

    Sistem pendidikan perlu memberikan pelajaran yang seimbang kepada semua pelajariaitu dari segi bahasa, sains dan teknologi, sejarah dan asal-usul masyarakat, agama,kebudayaan dan sebagainya.

    Murad, yang pernah menjadi Ketua Pengarah Pelajaran selama sembilan tahun sejak1976 berkata, usaha memperkasakan sekolah kebangsaan perlu dimulakan dengan guru-guru yang memahami bidang pendidikan negara dan terlatih.

    ``Mereka perlu faham apa yang diajar kepada siapa, bahasa yang digunakan dan cara

    penyampaian pengajarannya kepada pelajar,'' katanya kepada pemberita di kediamannyadi Bukit Damansara di sini hari ini.

    Ditanya apa yang dimaksudkan dengan ``memperkasa sekolah kebangsaan'', beliauberkata:

    ``Maksudnya ialah pelajar yang dihasilkan oleh sekolah harus mempunyai ciri-ciriakhlak, disiplin, agama, budaya, akademik dan sukan yang baik.

    http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1217&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_05.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1217&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_05.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1217&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_05.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1217&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_05.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1217&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_05.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1217&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive
  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    11/25

    ``Bukannya memastikan sesebuah sekolah itu mempunyai pelajar dan guru pelbagaikaum.''

    Katanya, rombakan kepada sistem yang dicadangkan itu bukan dilakukan secara`menampung-tampung' mana-mana yang kurang; bukan secara ad-hoc tetapi ia perlu

    menyeluruh meliputi guru, sekolah dan pelajar.

    ``Namun, tegas Murad, rombakan itu tidak harus menyentuh dan mengubah DasarPendidikan Kebangsaan sebaliknya ia perlu dipegang teguh.

    ``Dasar tidak boleh berubah tetapi yang berubah ialah sistem iaitu dengan memperincikancara-cara kita bertindak,'' katanya.

    Rombakan dalam sistem pendidikan juga, menurut Murad, boleh dilakukan menerusiaspek mata pelajaran, di mana pelajar perlu dibekalkan dengan pengetahuan danpelajaran tentang amalan kebudayaan kaum.

    ``Ia bertujuan supaya para pelajar dapat memahami dan tahu mengenai resmi dan budayakaumlain. Kalau kita dapat wujudkan suasana yang harmoni, hormat-menghormati danmemahami adat resam bangsa lain, ia secara tidak langsung dapat memperkasakansekolah kebangsaan,'' katanya.

    Murad melihat hasil sistem pendidikan di negara ini lebih tertumpu kepada jumlahkeputusan dalam setiap peperiksaan.

    ``Kita alu-alukan kecemerlangan ini, tetapi kenapa hanya satu sahaja pelajar yangsebegini dan kenapa lagi berjuta-juta yang keluar tidak seperti ini,'' katanya.

    Selain itu, beliau juga mencadangkan para pensyarah yang mendidik bakal guru itusupaya `turun padang' seperti yang dilakukan oleh jemaah nazir sekolah.

    ``Mereka perlu melihat sendiri situasi di sekolah, melihat gelagat pelajar, cara pengajarandan pembelajaran (P&P) dan memikirkan apayang perlu diubah dan ditambah.

    ``Jadikan sekolah kebangsaan benar-benar kebangsaan. Kalau kita sudah memperkasakansekolah kebangsaan, semuanya ada di sana,'' katanya.

    Ditanya mengenai penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang

    mengimbangi pembelajaran dan pengajaran Sains Teknologi dengan Agama, beliauberkata, pendidikan sebegitu lebih elok dijalankan di sekolah kebangsaan.

    ``Memang bagus, tetapi kenapa kita tidak boleh pindahkan sistem pendidikan SMKAkepada sekolah kebangsaan.

    ``Sepatutnya di sekolah kebangsaan kita boleh mendapat kesemua pelajaran yang adadalam sistem pendidikan kita,'' kata Murad.

  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    12/25

    (http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0527&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive)

    rencana

    Melayu tidak akan tercicir -- Penguasaan bahasa Inggeris saintifikakan mengangkat martabat bangsa

    MUKADIMAH

    TIDAK sampai tiga tahun pelaksanaannya, dasar pengajaran dan pembelajaran

    Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kembali dipertikaikan.

    Rumusan Kongres Pendidikan Melayu Kedua di Kuala Lumpur baru-baru ini

    antara lain meminta kerajaan mengkaji semula penggunaan bahasa Inggeris untuk

    dua mata pelajaran itu.

    Kongres yang dihadiri oleh tokoh-tokoh Melayu dalam pelbagai bidang itu

    bimbang dasar berkenaan mengancam kedaulatan bahasa dan jati diri orang

    Melayu.

    Dalam wawancara bersama wartawan Hassan Mohd. Noor dan Noor Azam Shairi,

    Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan isu-isu

    yang timbul itu.

    ``Selama ini pun ramai orang Melayu yang mendapat pendidikan dalam bahasa

    Inggeris termasuk pejuang-pejuang bahasa masih kukuh jati diri Melayunya,''katanya.

    Melihat kepada senario antarabangsa, pasaran ekonomi global dan peluang masa

    depan, Hishammuddin mempertahankan dasar tersebut.

    Beliau menyebut tentang kuasa bahasa Inggeris sebagai paksi bahasa ilmu yang

    kepantasan sebarannya tidak akan dapat disaingi oleh bahasa Melayu. Maknanya

    hanya dengan menguasai bahasa itu kita akan dapat menguasai ilmunya.

    Dalam wawancara ini, Hishammuddin kemudian membangkitkan satu isu yang

    seharusnya menjadi renungan bersama terutamanya mereka yang kerasmengkritik dasar tersebut.

    ``Kita mesti segera bermuhasabah,'' katanya.

    Apakah yang dijadikan sasaran itu adalah dasar yang sedang dilaksanakan

    sekarang atau sebenarnya hanya untuk menutup kelemahan mereka mengangkat

    martabat bahasa Melayu selama ini?

    http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0527&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_01.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0527&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_01.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0527&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_01.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0527&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_01.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0527&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_01.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0527&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive
  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    13/25

    MINGGUAN: Bagaimanakah Datuk Seri melihat isu pengajaran Sains dan Matematikdalam bahasa Inggeris yang dibangkitkan dalam Kongres Pendidikan Melayu Keduabaru-baru ini?

    HISHAMMUDDIN: Saya dapat merasakan kebimbangan di kalangan pihak tertentu yang

    menghadiri kongres tersebut.

    Kebimbangan pertama adalah berkaitan penguasaan murid Melayu dalam subjekMatematik dan Sains akibat program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan MatematikDalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

    Keduanya, kedudukan bahasa Melayu akan terancam dan jati diri Melayu akan terhakisakibat penggunaan bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu dalam PPSMI.

    Tidak salah bagi mana-mana pihak menyuarakan kebimbangan kerana saya sendiriberkongsi kebimbangan yang sama. Seperti yang disebut oleh Datuk Seri Najib, para

    pemimpin UMNO juga bimbang sehingga kita membincangkan soal ini dengan begitumendalam dalam Mesyuarat Biro Pendidikan UMNO.

    Yang membezakan di antara satu pihak dengan pihak yang lain adalah cara merekabereaksi. Di satu pihak, mereka menyalahkan dasar dan mendesak agar PPSMI tidakditeruskan dan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya. Satu pihak lagi, biarpunmempunyai kebimbangan yang sama, menyedari realiti semasa yang menuntut anak-anakMelayu kita menguasai ilmu berkaitan sains dan matematik.

    Pihak yang kedua melihat PPSMI sebagai cabaran dan anak-anak Melayu perlu beranimenghadapinya demi masa depan mereka. Pihak yang kedua ini tidak menyalahkan dasar

    kerana bagi mereka dalam tempoh dua tahun, kelemahan atau kekuatan sesuatu dasarmasih belum teruji.

    Yang teruji masa ini adalah pelaksanaan dan keupayaan anak-anak serta guru-guru kitamenyesuaikan diri.

    Datuk Seri menyebut tentang realiti semasa. Apakah yang Datuk Seri maksudkan?

    HISHAMMUDDIN: Saya yakin ramai yang sedar bahasa Inggeris telah menjadi semakinpenting dalam era globalisasi. Bagi kita di Malaysia, bahasa Melayu amat penting keranaia merupakan identiti rakyat Malaysia dan perlu diberi penghormatan yang sewajarnya.

    Bahasa Mandarin pula semakin penting dengan terbukanya ekonomi China yangmempunyai lebih 1 bilion penduduk.

    Kedua-dua bahasa penting tetapi kedua-duanya penting hanya di dalam sempadan negaramasing-masing. Sedangkan kepentingan bahasa Inggeris adalah merentasi sempadanmana-mana negara. Kita boleh lihat bagaimana pengaruh bahasa Inggeris merentassempadan melalui Internet. Lebih 80 peratus ilmu pengetahuan dalam Internetmenggunakan bahasa Inggeris.

  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    14/25

  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    15/25

    PPSMI juga bertujuan untuk melahirkan generasi yang mampu berfikir dan melahirkanidea berkaitan sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris selain berkebolehanmembentangkan idea-idea mereka itu dengan fasih dalam bahasa Inggeris.

    Jika begitu kenapa tidak diajar istilah sahaja? Kenapa Matematik? Bukankah ia diajar

    menggunakan simbol?

    HISHAMMUDDIN: Tentang kenapa Matematik, bagi saya walaupun kita bolehmempelajari Matematik menggunakan simbol, tetapi apabila kita hendak menerangkanpenyelesaian sesuatu masalah Matematik secara lisan, mahu tidak mahu simbol-simbolini masih perlu diterjemahkan ke dalam bentuk ayat.

    Saya tidak fikir ia mudah dikuasai dan senang dilakukan melainkan bagi mereka yangbenar-benar terdedah dengan penggunaan bahasa Inggeris saintifik ini secara kerap.

    Bagaimanapun Datuk Seri, ada kajian yang dibentangkan dalam Kongres Pendidikan

    Melayu Kedua itu mengatakan bahawa setengah juta pelajar Melayu akan tercicir dalammata pelajaran Sains dan Matematik. Tidakkah ini akan menjejaskan hasrat kerajaan tadi?

    HISHAMMUDDIN: Saya masih belum lihat lagi kajian itu, tetapi saya ada dimaklumkanoleh pegawai-pegawai di kementerian saya bahawa kenyataan setengah juta pelajarMelayu akan tercicir bukan dapatan kajian sebaliknya cuma satu andaian.

    Dimaklumkan juga bahawa ada keganjilan sedikit dalam kajian tersebut keranapembentang membandingkan prestasi dalam UPSR yang merupakan penilaian diperingkat nasional dengan peperiksaan semester satu tingkatan dua yang merupakanpenilaian di peringkat sekolah.

    Saya suka menyatakan di sini kementerian sentiasa memantau dan mengkaji hasilpelaksanaan PPSMI sejak tahun pertama ia dilaksanakan. Bersama saya terdapat empatkajian berkaitan tahap kefahaman murid dalam subjek Sains, Matematik dan BahasaInggeris serta tahap penggunaan bahasa Inggeris dan ICT di sekolah-sekolah.

    Selain itu juga ada enam laporan pemantauan tentang tahap persediaan sekolah untukmelaksanakan PPSMI, perbandingan pelaksanaan fasa satu dan fasa dua sertapenggunaan lap-top oleh guru-guru dalam PPSMI. Ini tidak termasuk laporan tahapkefahaman guru dalam penggunaan perkakasan dan perisian PPSMI yang dilakukan olehpihak ketiga.

    Segala kajian dan laporan pemantauan ini menunjukkan kementerian amat mengambilberat tentang pelaksanaan PPSMI. Hasil kajian dan laporan inilah yang digunakan untukmenambah baik kaedah-kaedah pelaksanaan PPSMI.

    Apakah hasil daripada kajian-kajian dan laporan-laporan ini?

  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    16/25

    HISHAMMUDDIN: Dapatan awal kajian dan pemantauan menunjukkan beberapa kesanpositif khususnya tentang penggunaan bahasa Inggeris dan ICT.

    Kita dapati guru dan murid semakin yakin menggunakan bahasa Inggeris di bilik darjah.Penguasaan bahasa Inggeris mereka juga didapati semakin baik. Ada dinyatakan bahawa

    guru dan murid yang tidak terlibat dengan PPSMI juga mula memberanikan diri bercakapdi dalam bahasa Inggeris. Pada masa yang sama kita dapati keyakinan guru dalammenggunakan perkakasan ICT turut meningkat.

    Memang ada masalah di peringkat awal dari segi kelewatan penghantaran notebook dancourseware. Begitu juga masalah untuk menyelaraskan jadual kursus-kursus PPSMIdengan cuti dan kursus-kursus lain selain kelewatan pembayaran insentif. Tetapi satudemi satu telah kita cuba perbaiki.

    Baru-baru ini Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ada melaporkan hasil kajian terbaruoleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Didapati murid tahun 1 cepat menyesuaikan diri.

    Pencapaian bagi semua mata pelajaran yang terlibat adalah memberangsangkan.

    Purata skor bagi mata pelajaran Sains ialah 69.3 peratus, Matematik 77.4 peratus danBahasa Inggeris 77.7 peratus. Didapati juga pencapaian murid tahun 1 di sekolah-sekolahluar bandar mampu menyaingi pencapaian rakan-rakan mereka di bandar. Dapatan initidak mengejutkan kerana sebelum PPSMI dilaksanakan, pernah dimaklumkan bahawalebih awal murid didedahkan dengan PPSMI maka peluang kejayaan mereka adalah lebihbaik.

    Sebaliknya murid tingkatan I menghadapi sedikit masalah untuk menyesuaikan dirimenyebabkan purata skor mata pelajaran Sains hanya pada tahap 59.2 peratus, Matematik

    58.2 peratus dan Bahasa Inggeris 61.0 peratus. Bagaimanapun hasil kajian tersebut jugamendapati tahap kefahaman murid pada tahun kedua PPSMI meningkat.

    Walaupun ada kesan positif namun saya sendiri masih belum berpuas hati. Saya telahmeminta agar kajian yang lebih mendalam dibuat supaya kita boleh mengesahkandapatan kajian-kajian sebelum ini. Saya sendiri akan memantau kajian-kajian ini.

    Tidakkah ini bermaksud kita tidak sepatutnya memulakan PPSMI kepada murid ditingkatan 1?

    HISHAMMUDDIN: Dalam era globalisasi, mahu tidak mahu kita kena cepat belajar

    menyesuaikan diri untuk menghadapi cabaran. Kita tidak ada banyak pilihan selaindaripada menggandakan usaha dan latihan.

    Walaupun begitu, jangan lupa, hasil kajian tadi menunjukkan kefahaman muridmeningkat selepas dua tahun didedahkan dengan PPSMI. Selain itu kita juga dapatikeputusan STPM tahun ini menunjukkan PPSMI tidak menjejaskan persiapan dankeputusan murid.

  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    17/25

    Bagi saya segala-galanya berbalik kepada sikap, baik sikap murid, guru dan juga ibubapa. Kita semua maklum, ada di kalangan ibu bapa murid Melayu yang menghantaranak mereka ke SJKC. Bukankah anak mereka ini terpaksa belajar Matematik dan Sainsdalam bahasa Mandarin?

    Saya tidak fikir ibu bapa murid ini akan membiarkan sahaja anak mereka, sebaliknyamereka akan memberi segala sokongan yang termampu kepadanya.

    Jika anak-anak orang Melayu boleh mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasaMandarin, tidakkah itu bermaksud mereka juga boleh mempelajari Matematik dan Sainsdalam bahasa Inggeris yang lebih mudah dan mempunyai lebih banyak bahan rujukan.

    Benarkah moral para guru terjejas akibat pelaksanaan PPSMI?

    HISHAMMUDDIN: Jemaah Nazir Sekolah (JNS) merupakan pihak yangbertanggungjawab untuk menilai perkara ini. Berdasarkan laporan pemantauan oleh pihak

    JNS, didapati sebanyak 85 peratus guru sekolah rendah dan menengah bersedia untukmelaksanakan PPSMI.

    Laporan itu menyebut, walaupun ada guru yang berpandangan bahasa Inggeris merekabelum begitu baik, namun mereka menyatakan bersedia melaksanakan PPSMI.Dimaklumkan juga bahawa guru-guru berpandangan kursus-kursus yang disediakan,perkakasan dan bahan pengajaran yang dibekalkan boleh membantu mereka dalam prosespengajaran dan pembelajaran.

    Perlu diingat guru-guru bukan sahaja terpaksa mempelajari bahasa Inggeris saintifik,malah terpaksa belajar menggunakan lap-top dan projektor LCD. Mungkin di peringkat

    awal ada guru-guru yang `takut' menggunakan komputer, tetapi sejak kitamemperkenalkan elemen-elemen baru dalam latihan, kita dapati tahap kefahaman dankecekapan guru-guru kita menggunakan perkakasan ICT meningkat.

    Bagi saya bukan salah guru jika mereka mengatakan bahasa Inggeris mereka belumcukup baik untuk PPSMI. Ini bukan salah mereka dan kelemahan ini memang telah sayajangkakan. Kerana itu sekarang saya mahu tumpuan diberikan kepada aspek latihan untukguru-guru kita. Saya mahu memantapkan penguasaan bahasa Inggeris guru-guru kita danmeningkatkan keyakinan diri mereka.

    Saya bersedia memikul tanggungjawab penuh dalam hal ini dan saya akan melakukan

    yang terbaik bagi membantu guru-guru saya mengatasi masalah ini.Sejak saya memasuki Kementerian Pelajaran, saya tidak pernah berhenti bertanyapandangan pegawai-pegawai kementerian dan guru-guru tentang PPSMI.

    Setakat ini semua yang ditanya menyatakan sokongan terhadap dasar ini. Walaupun diperingkat awal dahulu ada yang tidak yakin, tetapi selepas dua tahun, mereka dapatmelihat banyak perubahan positif pada murid, guru dan ibu bapa.

  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    18/25

    Ada kerisauan bahawa PPSMI akan mengorbankan murid-murid kita di luar bandar.Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh KPM untuk mengurangkan risiko ini?

    HISHAMMUDDIN: Saya bersetuju bahawa kita perlu mengatasi jurang pendidikan diluar bandar. Tetapi agenda pendidikan luar bandar tidak terhad kepada PPSMI sahaja.

    Kita semua tahu bahawa Perdana Menteri sendiri amat mengambil berat tentangpembangunan luar bandar dan menjadikan agenda untuk mendekatkan jurang antarabandar dengan luar bandar sebagai salah satu daripada agenda utamanya.

    Di peringkat kementerian, hasrat ini kita terjemahkan dalam perancangan RancanganMalaysia Kesembilan (RMK-9). Kita akan berusaha meningkatkan infrastruktur,menangani masalah penempatan guru, kekurangan guru, lokasi sekolah danmengurangkan jumlah dan masalah sekolah kurang murid.

    Semua ini sebagai tambahan kepada program bantuan tambahan yang dilaksanakan

    secara berterusan. Tahun ini saja kementerian memperuntukkan hampir RM1.3 bilionuntuk melaksanakan program bantuan tambahan seperti Skim Baucar Tuisyen, ProgramMakanan Tambahan, Program Susu Sekolah, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskindan banyak lagi. Jumlah ini belum termasuk perbelanjaan untuk menguruskan asrama-asrama harian.

    Kita faham akan kebimbangan ini, tetapi jangan risau kerana kita tidak pernah melupakankebajikan rakyat di luar bandar dan pedalaman dalam perancangan kita.

    Cuma saya hendak ingatkan di sini, analisis pencapaian 20 sekolah terbaik dalam KajianTahap Kefahaman Murid dalam PPSMI yang terbaru menunjukkan murid-murid tahun 1

    di sekolah-sekolah luar bandar mampu bersaing dengan rakan-rakan mereka di bandar.

    Begitu juga, jangan lupa kejayaan pelajar terbaik SPM, Nur Amalina membuktikanbahawa bukan jenis dan lokasi sekolah yang menjadi penentu kejayaan seseorang murid.

    Ada cadangan supaya Sekolah Kebangsaan terutamanya di luar bandar diberikankelonggaran sama seperti SJKC yang masih dibenarkan mengajar Sains dan matematikdalam bahasa ibunda untuk beberapa waktu tertentu. Bolehkah itu dilakukan untukmengemaskan pelaksanaan dasar ini?

    HISHAMMUDDIN: Ini bergantung pada kajian yang akan kita buat dalam masa

    terdekat. Buat masa ini, kementerian memang ada memberi kelonggaran untuk muridmenjawab soalan peperiksaan dalam bahasa yang mereka kuasai dari tahun pelaksanaansehingga 2007. Semua soalan diberi dalam dwibahasa.

    Walau bagaimanapun kita tidak menggalakkan guru mengajar dwibahasa kerana kitaberpandangan untuk meningkatkan penguasaan murid, kita perlu memberikan muridpendedahan mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris semaksimummungkin dan bukan mengurangkannya.

  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    19/25

    Tidakkah pelaksanaan PPSMI ini merosakkan identiti dan jati diri bangsa Melayu?Bagaimana nasib bahasa Melayu?

    HISHAMMUDDIN: Bagi saya tidak. Selama ini pun ramai orang Melayu yang mendapatpendidikan dalam bahasa Inggeris, termasuk juga pejuang-pejuang bahasa yang masih

    kukuh jati diri Melayunya. Bahasa Inggeris tidak `menghilangkan bangsa'. Sebaliknyamartabat bangsa Melayu akan menjadi lebih tinggi apabila mereka mampu bersaing danberjaya di peringkat antarabangsa.

    Pada pandangan saya, kita mesti segera bermuhasabah dan mencari jalan untukmemartabatkan serta memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu. Jangan ada pihakyang menjadikan PPSMI sasaran mudah semata-mata untuk menutup kelekaan dankelalaian mereka pada masa lalu sehingga menyebabkan kedudukan bahasa Melayutergugat.

    Bahasa Melayu adalah identiti bangsa Malaysia. Adalah menjadi tanggungjawab setiap

    rakyat Malaysia untuk memartabatkan dan mempertahankannya. Bagaimanapun kitaperlu melihat semula pendekatan-pendekatan kita untuk memartabatkan bahasa Melayuyang mungkin tidak lagi sesuai dengan suasana semasa.(http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0403&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_04.htm&arc=hive)

    Kaji semula penggunaan BI

    KUALA LUMPUR 26 Mac - Kongres Pendidikan Melayu Kedua menggesa kerajaanmengkaji semula penggunaan bahasa Inggeris sebagai kaedah pengajaran mata pelajaranMatematik dan Sains di sekolah, kerana ia boleh mengancam kedaulatan bahasa dan jati

    diri bangsa Melayu.

    Pengerusi Jawatankuasa Kongres Pendidikan Melayu Kedua, Tengku Razaleigh Hamzahberkata, penggunaan bahasa Inggeris sebagai kaedah pengajaran Matematik dan Sainstelah menimbulkan banyak masalah kepada guru dan murid sejak ia dilaksanakan tigatahun lalu.

    Ketika berucap pada perasmian kongres itu yang disempurnakan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di sini hari ini, Tengku Razaleigh berkata, banyakkajian oleh pelbagai pihak berhubung keberkesanan kaedah itu mendapati banyakmasalah yang berbangkit daripada pelaksanaan dasar itu.

    ``Kajian itu mendapati wujud kegelisahan di kalangan guru dan murid yang `dipaksa'mengajar dan belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Malah banyak gurudan pelajar Melayu, terutama di sekolah kebangsaan di luar bandar tidak bersemangatdan malas untuk mengajar dan belajar mata pelajaran terbabit dalam bahasa tersebut,''katanya.

    http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0403&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_04.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0403&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_04.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0403&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_04.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0403&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_04.htm&arc=hive
  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    20/25

    Seramai 1,000 peserta terdiri cendekiawan dan pakar bahasa Melayu menghadiri kongresdua hari anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu (PBPPM) itu.

    Tengku Razaleigh berkata, jika kaedah pengajaran itu tidak dikaji semula sejarah bahasaMelayu sebagai bahasa ilmu bagi bidang Sains dan Matematik akan tamat dalam tempoh

    lapan tahun.

    Menurutnya, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sains di universiti juga akanterhapus apabila 91 peratus kursus dalam bidang Sains akan diajar dalam bahasa Inggerismenjelang 2008.

    Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan pihak universiti yang telah membinaratusan ribu istilah sains dalam bahasa Melayu juga akan menjadi sia-sia kerana tidakdigunakan, katanya.

    ``Akan tiba masanya orang Melayu tidak dapat membaca buku sains dalam bahasa

    Melayu dan berbincang serta berfikir tentang ilmu sains dalam bahasanya sendiri,'' katabeliau.

    Tengku Razaleigh berkata, ilmu Matematik dan Sains tidak hanya boleh dipelajari dalambahasa Inggeris malahan ia boleh juga dipelajari dalam semua bahasa termasuk bahasaArab, Mandarin, Jepun, Korea termasuk bahasa Melayu.

    Kata beliau, sekiranya pelajar Melayu sekolah rendah gagal dalam mata pelajaranMatematik dan Sains ia bukan disebabkan mereka tidak mempunyai kebolehan untukbelajar Matematik dan Sains dalam bahasa mereka, tetapi kerana mereka gagal dalamBahasa Inggeris dan kelemahan kaedah pengajaran.

    ``Kita kena periksa kaedah mengajar bahasa Inggeris, buku teks yang digunakan, mutuguru dan kelengkapan mengajar, terutama di kawasan luar bandar,'' katanya.

    Beliau berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan segera mengkaji semua kelemahan itusebelum ia membawa akibat buruk kepada ratusan ribu pelajar Melayu yang akan gagalkerana kelemahan dasar.( http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0327&pub=utusan_malaysia&sec=persidangan&pg=pr_01.htm&arc=hive)

    Kesan awal terhadap pelajar Tingkatan 1

    SETIAP kali saya membuat pemantauan dan pencerapan di dalam bilik darjah bagi matapelajaran Matematik dan Sains Tingkatan 1 didapati ada kelainan jika dibandingkandengan tahun-tahun yang lalu.

    Yang jelas ialah pelajar-pelajar lebih memberi tumpuan, rajin bertanya dan nampakberminat dalam mata pelajaran tersebut. Sesungguhnya perubahan ini ada kaitan denganpenggunaan komputer, paparan kristal cecair (LCD) dan bahasa Inggeris itu sendiri.

    http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0327&pub=utusan_malaysia&sec=persidangan&pg=pr_01.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0327&pub=utusan_malaysia&sec=persidangan&pg=pr_01.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0327&pub=utusan_malaysia&sec=persidangan&pg=pr_01.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0327&pub=utusan_malaysia&sec=persidangan&pg=pr_01.htm&arc=hive
  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    21/25

    Kebiasaannya ketika mula mengajar, guru akan menerangkan tajuk pengajaran, definisikonsep, istilah dan kandungan pelajaran.

    Bagi menerangkan kepada pelajar dengan lebih jelas dan mendalam lagi, guru akanmenggunakan kaedah bersoal jawab, rujukan dan alat pandang dengar yang lain.

    Alat yang paling berkesan sekali ialah penggunaan komputer melalui LCD dan skrin.Gambar yang ditayangkan adalah dalam bentuk berwarna-warni, grafik yang menarik,gambar yang jelas dan ada yang tiga dimensi. Kaedah ini memberi kesan yang mendalamterhadap kandungan isi pengajaran.

    Bagi pengajaran peralatan dan isi kursus yang dibekalkan banyak membantu guru dalampengajaran mereka.

    Tayangan melalui LCD merupakan pengajaran berbentuk interaktif yang berjaya menjanapemikiran dan menarik minat pelajar di mana isi kandungannya disampaikan dengan cara

    yang bersistematik dan berkesan.

    Tidak timbul keadaan di mana pelajar-pelajar tidak memahami langsung pengajaran guru.Ini disebabkan guru-guru telah dibekalkan dengan sukatan pelajaran, skrip pengajaran,buku teks, buku rujukan komputer, skrin dan LCD. Bahan pengajaran boleh diulangberkali-kali sehingga pelajar memahaminya.

    Ini turut dibantu dengan kaedah soal jawab dan perbincangan sesama pelajar yangmerupakan sebahagian daripada aktiviti kelas.

    Dasar baru ini dapat dilaksanakan dengan baik kerana selain bahan yang disediakan oleh

    Kementerian Pendidikan, pihak sekolah juga diberikan peruntukan sebanyak RM10,000.

    Wang tersebut bukan sahaja digunakan untuk membeli buku, disket dan bahanpengajaran tetapi boleh juga digunakan bagi mengendalikan kursus-kursus kemahiranguru yang dianjurkan oleh pihak swasta.

    Ini boleh meningkatkan lagi penguasaan bahasa dan keyakinan guru selain daripadakursus-kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat PendidikanDaerah serta sistem buddy bersama rakan sejawatan.

    Mungkin ada pihak yang bertanya dari segi keputusan ujian atau peperiksaan pelajar.

    Berdasarkan analisis yang dibuat dalam Ujian Selaras 1 yang diadakan pada akhir bulanMac lalu didapati keputusan pencapaian pelajar tidak banyak berbeza jika dibandingkandengan ujian yang sama pada tahun 2002.

    Namun demikian dalam soal selidik kepada pelajar yang tidak mencapai keputusancemerlang dalam ujian tersebut mendapati terdapat sedikit masalah untuk memahamikonsep dan fakta yang diajarkan.

  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    22/25

    Ini disebabkan pertama kali mereka terdedah dengan istilah-istilah Matematik dan Sainsdalam bahasa Inggeris.

    Secara umumnya ini adalah masalah berbentuk sementara yang mengambil sedikit masauntuk mereka memahami dan menghayatinya.

    Selain itu terdapat juga kekurangan dari segi kemahiran berbahasa misalnya adaketikanya pelajar-pelajar mencampuradukkan bahasa Inggeris dan Melayu semasamembuat soalan atau diminta menerangkan sesuatu.

    Bagaimanapun pelajar-pelajar tidak boleh dihalang berbuat demikian. Sesuatu perubahanbesar memerlukan sedikit masa sebelum ia benar-benar mantap.

    Demikian juga di kalangan guru yang mana nampaknya berusaha keras untukmeningkatkan kemahiran masing-masing melalui pembacaan, perbincangan, latihanbertutur dalam bahasa Inggeris dengan rakan sebaya dan melalui alat audio-visual.

    Satu kaedah yang berkesan ialah sistem buddy di mana guru mata pelajaran BahasaInggeris berpasangan dengan guru-guru berkenaan bagi meningkatkan kemahiranberbahasa mereka.

    Sebagai orang yang terlibat di peringkat pelaksanaan, saya sangat yakin dan optimisdasar baru ini akan terlaksana dengan jayanya seperti yang dirancangkan. Sokongandaripada semua pihak diperlukan terutama daripada ibu bapa. Berikan semangat danbantuan kepada anak-anak dalam mempelajari kedua-dua mata pelajaran tersebut.

    Ternyata pelajar-pelajar Tingkatan 1 bernasib baik kerana dapat menguasai mata

    pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris bagi persediaan awal sebelummereka ke institusi pengajian tinggi.

    Mereka juga telah mula didedahkan dengan pengajaran yang menggunakan kemudahankomputer. Ini adalah peringkat permulaan kepada sistem pendidikan yang bertaraf dunia.

    Dalam masa yang sama pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran berbahasa Inggerisyang merupakan bahasa ilmu dan sangat diperlukan di pasaran kerja.

    ALIMUDDIN MOHD. DOM, Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSM).

    Kirim pendapat anda melalui faks 03-92239854

    [email protected](http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=0411&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

    rencana

    mailto:[email protected](http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=0411&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hivemailto:[email protected](http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=0411&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hivemailto:[email protected](http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=0411&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hivemailto:[email protected](http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=0411&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive
  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    23/25

    Biar Matematik, Sains dalam BM

    Kertas kerja Prof. Ismail Salleh di Kongres Pendidikan Melayu kebanyakannya patutdilaksanakan atau dikaji semula. Bagaimanapun, saya ingin mempertikaikan tentangsaranan beliau untuk mengatasi masalah penguasaan bahasa Inggeris iaitu dengan kaedah

    mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dimulakan darisekolah rendah.

    Pendekatan cara ini pada hemat saya akan menjadi `yang dikejar tak dapat yangdikendong berciciran'. Akhirnya kita terpinga-pinga dan tertanya-tanya apa sudah terjadi,dan sekali lagi orang Melayu dipersalahkan.

    Pada masa belum ada aliran Melayu di sekolah menengah, dalam tahun 1950-an dan1960-an, kita telah pun mengajar semua mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Prestasibahasa Inggeris orang Melayu lemah juga jika dibandingkan dengan bukan Melayu.Begitu juga dengan pencapaian kita dalam Matematik Tambahan dan Sains Tulen.

    Sebagai penyelesaiannya selepas itu, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar.Tujuannya ialah untuk memartabatkan bahasa Melayu di samping memudahkan anak-anak Melayu untuk menguasai Matematik dan pelajaran yang berkaitan dengan sains danteknologi.

    Sekarang, ada cadangan supaya kita tukar balik supaya Matematik dan Sains diajar dalambahasa Inggeris?

    Pencapaian bumiputera dalam Matematik dan Sains yang sekarang diajar dalam bahasaMalaysia pun sudah amat menyedihkan.

    Apa akan jadi nanti sekiranya diajar dalam bahasa Inggeris yang hampir keseluruhanorang Melayu masih belum menguasainya, terutama dari segi pendengaran danpertuturan dalam bahasa Inggeris.

    Saya ingin bertanya, siapa akan mengajar Matematik dan Rampaian Sains, Fizik, Kimia,Biologi dan Matematik Tambahan dalam bahasa Inggeris?

    Ketika tahun 1960-an dan 1970-an dahulu, semasa aliran menengah Melayu barudiperkenalkan, kita menghadapi masalah. Orang Malaysia kebanyakannya, termasuk guruMelayu sendiri, tidak sanggup mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu

    kerana mereka datang dari aliran Inggeris. Mereka tidak tahu istilah dan berbagai-bagailagi masalah yang berkait-kait.

    Jadi pada zaman itu, buat permulaannya kita terpaksa membawa American Peace Corpsuntuk mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu.

  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    24/25

    Dari segi praktikalnya, buat masa ini amatlah susah bagi kita hendak mencari guru ataumelatih semula guru agar mereka sanggup mengajar Matematik dan Sains dalam bahasaInggeris walaupun bagi tahap sekolah rendah.

    Saya tidak yakin anak-anak Melayu akan meningkat prestasi Matematik dan Sains

    mereka jika mereka diajar dalam bahasa yang mereka sendiri kurang menguasainya.

    Untuk mengatasi masalah pencapaian Matematik dan Sains, saya mencadangkan supayadikaji semula pendekatan, dan cara guru-guru dilatih dan cara mereka mengajar sekarang.Prof. Dr. Isahak Harun ada memberi contoh dalam kongres tersebut seperti jika ditanyamurid Melayu di sekolah kebangsaan sifir 8 x 7 misalnya, maka murid tersebut akanmenghitung 7, 14, 21, 28, 35, 42, 49, baru dia akan mendapat jawapan 56! Sementara diSekolah Jenis Kebangsaan, mereka akan terus menjawab 56 secara spontan.

    Ada sesetengah perkara, teorem dan formula yang sudah difahami mesti pula di ingatidan dihafal. Ada sesetengah tidak diperlukan.

    Teknik import sempoa dianggap sebagai cara hikmat tak lama dulu. Sekarang sempoaberlonggok dalam stor di rumah atau di sekolah. Kenapa tidak memakai teknik danpendekatan daripada orang tempatan seperti yang diperkenalkan oleh bekas seorangmajistret di Teluk Intan atau oleh seorang bekas pegawai pendidikan di Melaka. Diuniversiti, kita tidak kekurangan cerdik pandai lulusan Cambridge, McGill, Harvard danMIT yang boleh memberi sumbangan dan penilaian.

    Kajian, pemantauan dan maklum balas hendaklah dijalankan terus-menerus dan jika perludiubahsuai pendekatan dan cara mengajar hendaklah dilakukan setelah dibincangkanserta dihalusi dalam semua aspek.

    Walaupun berkali-kali ada cadangan atau bahagian di Kementerian Pendidikan cubahendak meyakinkan ibu bapa bahawa kita cukup guru bahasa Inggeris, namunhakikatnya, banyak sekolah, terutama di luar bandar tidak mempunyai seorang pun guruyang pengkhususannya dalam bahasa Inggeris.

    Oleh itu, kalau hendak menguasai bahasa Inggeris, pastikan guru bahasa Inggerismencukupi dan betul-betul terlatih dalam penguasaan bahasa Inggeris (mendengar,bertutur, membaca, menulis). Malahan yang sama penting ialah kemahiran dari segipedagogi dan penyampaian yang boleh memberi minat, praktikal dan menyeronokkanpelajar (bukan dengan menyuruh murid tahun satu dan dua mengingatkan undang-undang

    nahu bahasa Inggeris yang mungkin anak orang putih atau kita yang dewasa sendiri puntidak boleh mengingatinya).

    Saya berharap cerdik pandai dan pihak Kementerian Pendidikan akanmempertimbangkan semasak-masaknya hal mengajar dalam dwi-bahasa ini agar ia tidakmenjadi kes neither... nor. Ini tak dapat, yang itu pun tak dapat. - FAUZY HALIM, ShahAlam, Selangorhttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001&dt=0905&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

    http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001&dt=0905&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001&dt=0905&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001&dt=0905&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001&dt=0905&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive
  • 7/28/2019 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran

    25/25