3. pengenalan

Upload: naggen-sri-dx

Post on 28-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 3. pengenalan

    1/2

    MTE 3093MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG

    5.0 PENGENALAN

    Matematik merupakan salah satu cabang pendidikan yang sangat penting khususnya dalam

    zaman moden kini. Penerapan dan pembinaan asas Matematik dalam diri setiap individu

    semestinya bermula sejak kecil lagi iaitu di bangku sekolah. Dalam memastikan asas

    Matematik yang dibina dalam kalangan murid sekolah adalah kukuh, maka adalah menjadi

    tugas guru untuk merancang setiap langkah pengajaran dengan baik dan teliti.

    Persediaan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran Matematik perlu diteliti

    dan dirancang dengan sebaiknya bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran

    adalah berjalan dengan lancar. Perancangan dalam pengajaran Matematik bukan hanya di

    dasari dengan penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH guru tersebut, bahkan

    ianya juga merangkumi pemilihan !ahan bantu mengajar dalam pengajaran Matematik. Hal

    ini kerana, pemilihan bahan bantu belajar yang tepat memainkan peranan yang penting

    dalam proses pengajaran.

    "alau bagaimanapun sebagaimana yang diketahui, minat dan prestasi murid dalam

    Matematik berkait rapat dengan pengetahuan, ke#ahaman serta kepercayaan seseorang

    pendidik terhadap matematik serta gaya dan amalan pengajarannya dalam bilik darjah

    ($hornton, %&'' )nsey * +ooney, %&&' +ooney, %&- cott, %&'' mith, %&''

    )isenberg, %&'' . epertimana yang dinyatakan dalam salah sebuah artikel yang dijadikan

    rujukan, pendidik atau guru semakin kehilangan kualiti pro#esional pada hari ini. /ekurangan

    kualiti ini menjadikan pengajaran Matematik dalam bilik darjah menjadi tidak bermakna

    sehingga guru gagal membina asas ke#ahaman pelajar ke atas mata pelajaran Matematik.

    0khirnya, pengajaran dan pembelajaran berakhir dengan hanya ha#alan untuk murid1murid

    menguasai #ormula1#ormula dalam Matematik.

    Melalui permasalahan ini, jelas kelihatan pendekatan dan bahan bantu mengajar

    yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan konsep Matematik kepada murid1muridmemainkan peranan yang sangat penting. Pemilihan pendekatan dan bahan bantu

    mengajar yang bersesuaian serta bertepatan dengan topik Matematik yang ingin diajar

    membolehkan konsep diterima pakai oleh murid1murid dan ke#ahaman dapat dibina

    khususnya topik yang melibatkan konsep Matematik yang kompleks. epertimana yang

    ditekankan dalam penggubalan /R, pendekatan dan bahan bantu mengajar yang

    berpusatkan murid, aktiviti dan bahan menjadi #okus utama dalam memastikan pengajaran

    dan pembelajaran di sekolah rendah lebih e#isien sejak tahun %&-. Pendidik atau guru

    dalam masa yang sama perlu memiliki kemahiran yang tinggi bukan sahaja dari segi

    1

  • 7/25/2019 3. pengenalan

    2/2

    MTE 3093MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG

    pedagogi dan isi kandungan pengajaran, bahkan juga berkemahiran dalam memilih dan

    mengoptimumkan penggunaan bahan dalam pengajaran Matematik.

    Mengikut teori pembelajaran, kanak1kanak membina pengalaman mereka semasa

    bermain dan terlibat akti# dalam melakukan sesuatu perkara sama ada bermain atau belajar.

    ekiranya murid1murid tidak dilibatkan dengan akti# dalam pengajaran dan pembelajaran

    Matematik, maka amat sukarlah bagi mereka untuk membina pemahaman ke atas konsep1

    konsep dalam Matematik.

    /esimpulannya, pemilihan pendekatan, bahan bantu mengajar dan teknik penting

    dalam penghasilan Rancangan Pengajaran Harian (RPH yang berkesan. Penulisan RPH

    tidak seharusnya dipandang remeh kerana RPH merupakan dokumen bertulis yang amat

    penting dalam suatu perancangan pengajaran Matematik. Penulisan RPH yang berkesanmampu memberi impak yang besar ke atas pengajaran Matematik dalam bilik darjah. RPH

    ditulis mengikut langkah1langkah yang diperlukan dalam proses pengajaran dilakukan.

    etiap satu langkah dalam RPH ini memainkan peranan yang sangat penting dan perlu

    2ujudnya kesinambungan antara satu langkah kepada langkah seterusnya. Penelitian amat

    diperlukan oleh guru dalam penulisan RPH yang baik. Maka, tugas guru dalam

    menyampaikan pengajaran Matematik tidak hanya tertumpu kepada penyampaian ilmu

    semata1mata, tetapi ianya perlu terlebih dahulu disokong dengan perancangan yang baik

    dan teliti dalam segenap aspek.

    2