3 model tasmik khatam al-quran-edit

11
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KHATAM AL-QURAN MODEL TASMIK 1. PENDAHULUAN Model Tasmik telah dicadang dan mendapat respon yang baik daripada pelbagai peringkat pengurusan Kementerian Pelajaran dan daripada pelbagai pihak lain. Panduan ini bertujuan menjelaskan mengenai Model Tasmik Khatam Al-Quran dan cara pelaksanaannya. Penjelasan dalam panduan ini menyentuh tentang takrif, objektif, kumpulan sasar, strategi pelaksanaan, agihan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. 2. TAKRIF Model Tasmik Khatam al-Quran ialah satu program membimbing dan merekod perkembangan Iqra’ dan bacaan al-Quran murid secara individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam al-Quran semasa berada di Sekolah Rendah dan dilaksanakan di luar jadual waktu. 3. OBJEKTIF 3.1 Murid dapat membaca al Quran dengan bertajwid. 3.2 Murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk apabila tamat tahun 6 (sekolah rendah) 4. KUMPULAN SASAR Semua murid beragama Islam sekolah rendah. 5. STRATEGI PELAKSANAAN 5.1 Semua murid hendaklah menggunakan buku Iqra’ yang diluluskan oleh Kementerian dan al-Quran Rasm Uthmani. 5.2 Setiap murid perlu mempunyai Guru Tasmik yang dilantik oleh pihak sekolah. 1

Upload: suehaida-sue

Post on 20-Jul-2015

3.502 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3 model tasmik khatam al-quran-edit

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KHATAM AL-QURANMODEL TASMIK

1. PENDAHULUAN

Model Tasmik telah dicadang dan mendapat respon yang baik daripada

pelbagai peringkat pengurusan Kementerian Pelajaran dan daripada pelbagai

pihak lain. Panduan ini bertujuan menjelaskan mengenai Model Tasmik

Khatam Al-Quran dan cara pelaksanaannya. Penjelasan dalam panduan ini

menyentuh tentang takrif, objektif, kumpulan sasar, strategi pelaksanaan,

agihan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

2. TAKRIF

Model Tasmik Khatam al-Quran ialah satu program membimbing dan

merekod perkembangan Iqra’ dan bacaan al-Quran murid secara individu

berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam al-Quran

semasa berada di Sekolah Rendah dan dilaksanakan di luar jadual waktu.

3. OBJEKTIF

3.1 Murid dapat membaca al Quran dengan bertajwid.

3.2 Murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk apabila tamat

tahun 6 (sekolah rendah)

4. KUMPULAN SASAR

Semua murid beragama Islam sekolah rendah.

5. STRATEGI PELAKSANAAN

5.1 Semua murid hendaklah menggunakan buku Iqra’ yang diluluskan

oleh Kementerian dan al-Quran Rasm Uthmani.

5.2 Setiap murid perlu mempunyai Guru Tasmik yang dilantik oleh pihak

sekolah.

1

Page 2: 3 model tasmik khatam al-quran-edit

5.3 Guru tasmik terdiri daripada guru j-QAF. Pihak sekolah boleh melantik

guru Pendidikan Islam dan guru akademik yang berkebolehan

al-Quran untuk terlibat dalam program ini. Murid yang telah khatam

al-Quran juga boleh menjadi pembantu kepada guru Tasmik.

5.4 Guru Tasmik hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan

murid dalam Buku Rekod Bacaan al-Quran setiap kali ditasmik.

5.5 Murid yang masih tidak dapat menguasai Iqra’ dan bacaan al-Quran

perlu dibimbing secara berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti

yang sesuai seperti Kem Literasi al-Quran, kelas tambahan dan

sebagainya oleh guru j-QAF dan Guru Pendidikan Islam

5.6 Guru j-QAF hendaklah menilai dan mengesahkan pencapaian murid

sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam Buku Rekod Bacaan al-

Quran yang disediakan oleh guru.

5.7 Guru j-QAF hendaklah memastikan murid-murid mendapat bimbingan

dari Guru Tasmik sebelum penilaian dilaksanakan.

5.8 Murid dikehendaki membaca al-Quran berdasarkan agihan muka

surat yang dicadangkan dalam agihan rancangan tahunan bacaan

individu di Lampiran A.

5.9 Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat

dengan agihan juzuk yang dicadangkan.

5.10 Bagi melaksanakan agihan yang dicadangkan, murid digalakkan

membaca al-Quran setiap hari supaya mereka dapat memberi

tumpuan kepada kualiti bacaan. Ini penting terutama bagi murid yang

belum menguasai bacaan.

5.11 Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran pada masa-

masa yang sesuai (luar jadual waktu) seperti:

a. Waktu petang bagi sesi pagi

b. Waktu pagi bagi sesi petang

c. Waktu Kokurikulum

5.12 Pihak sekolah hendaklah membuat penilaian dan menyediakan

laporan kepada JPN.

2

Page 3: 3 model tasmik khatam al-quran-edit

3

Page 4: 3 model tasmik khatam al-quran-edit

6. AGIHAN TUGAS

6.1 Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam, Penolong Pengarah

Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri, Pegawai j-QAF dan

Penyelia Pelajaran Daerah bertanggungjawab memastikan program

j-QAF berjalan seperti yang dijadualkan.

6.2 Guru Besar bertanggungjawab

a. menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah;

b. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program

j-QAF;

c. mengeluarkan surat pelantikan kepada guru pembimbing;

d. memberi taklimat kepada guru pembimbing murid yang terlibat;

e. memastikan program j-QAF ini dapat dilaksanakan dengan

sempurna;

f. memantau perlaksanaan Model Tasmik; dan

g. mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantar

ke JPN. Laporan pencapaian murid dibuat menggunakan format

pelaporan Analisa Pencapaian Murid yang disediakan oleh BPI.

6.3 Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab

a. bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat

sekolah;

b. mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi menentukan Guru

Tasmik;

c. bekerjasama dengan Guru Pendidikan Islam menyediakan

keperluan pelaksanaan program j-QAF; dan

d. menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran.

6.4 Guru j-QAF bertanggungjawab

a. mengumpul data guru tasmik al-Quran;

b. menentukan Guru Tasmik untuk semua murid yang terlibat

dengan projek ini;

4

Page 5: 3 model tasmik khatam al-quran-edit

c. menjadi penilai serta membuat pengesahan dalam rekod bacaan

al-Quran murid seminggu sekali;

d. menentukan pencapaian murid dan dicatatkan dalam Buku Rekod

Bacaan al-Quran;

e. memaklumkan sebarang masalah murid dan Guru Tasmik kepada

jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah;

f. membuat laporan dengan mengisi borang pencapaian al-Quran

seperti lampiran; dan

g. memantau pelaksanaan Tasmik dijalankan.

6.5 Guru Tasmik bertanggungjawab;

a. membimbing murid sehingga khatam al-Quran;

b. mencatat setiap kali bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan

al-Quran;

c. mengenalpasti kelemahan dan membuat pemulihan; dan

d. mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang

timbul.

7. PENILAIAN

Seperti yang dinyatakan dalam model Khatam al-Quran, penilaian

menyeluruh pencapaian murid hendaklah dibuat dengan

menggunakan borang yang disediakan. Laporan yang dinyatakan

dalam borang-borang berkenaan mengandungi pencapaian murid

yang merangkumi kedua-dua model. Ini kerana pencapaian murid

untuk kedua-dua model ini direkodkan dalam Buku Rekod Bacaan al-

Quran dan borang tersebut menggunakan maklumat dari buku ini.

5

Page 6: 3 model tasmik khatam al-quran-edit

Lampiran A

١اضيهن رانخغن ميغضوان تسميع تاهون

اونييتي

اقرأي ي/يسورةيي

هلميني ي/يايةيايةي

١ – ١٦اقرأ ١

حروفمثبوت دان ممباخ

هجاءية توغضل برباريس

خ-ساتو دأتس ( )ا

٧- ١٤ ١اقرأ ٢

حروفمثبوت دان ممباخ

هجاءية توغضل برباريس

)ضساتو دأتس ( د-

١٥- ٢١ ١اقرأ ٣

حروفمثبوت دان ممباخ

هجاءية توغضل برباريس

ك- ساتو دأتس ( )ط

٢٢ – ٢٧ ١اقرأ ٤

حروفمثبوت دان ممباخ

هجاءية توغضل برباريس

ي- ساتو دأتس ( )ل ٢اقرأ ٥

٤ دان ٢,٣كلمة يغ مغاندوغي ١ – ١٣

برسامنوغ برباريسحروف

6

Page 7: 3 model tasmik khatam al-quran-edit

اونييتي

اقرأي ي/يسورةيي

هلميني ي/يايةيايةي

دأتس.

١٤ - ٢٣٠اقرأ ٦ حروفكلمة يغ مغاندوغي

مد دان تندا مد

١ – ٣٥اقرأ ٧

حروف دان كلمة برباريس

ساتو دباوه دباخ فينديق اتاو

فنجغ.

٦ – ٣١٣اقرأ ٧

دان كلمة برباريسحروف

ساتو دباوه دباخ فينديق اتاو

فنجغ.

١٤ – ٣٣٠اقرأ 8

دان كلمة برباريسحروف

هادفن دباخ فينديق دان

فنجغ

باخاءن تنوين١ – ٤٦ اقرأ٩

باخاءن فنجغ (لين)٧ – ٤١٠ اقرأ١٠

7

Page 8: 3 model tasmik khatam al-quran-edit

اونييتي

اقرأي ي/يسورةيي

هلميني ي/يايةيايةي

١١ – ٤١٥ اقرأ١١ باخاءن نون سكينه دان ميم

سكينه

باخاءن قلقله١٦ – ٤١٧ اقرأ١٢

سكينه۲حروفباخاءن ١٨ – ٤٢٠ اقرأ١٣

سكينه۲حروفباخاءن ٢١ – ٤٣٠ اقرأ١٣

١ – ٥٢ اقرأ١٤ تيدق اد فداليف حروف

باخاءنث

٣ – ٥٥ اقرأ١٤ دباخاخيروقف حروف

سكون

تنوين حروف فدوقف ٥٦ اقرأ١٥دأتس دوا برباريس

تا مربوطهفدوقف ٧ – ٥٨ اقرأ١٥

8

Page 9: 3 model tasmik khatam al-quran-edit

اونييتي

اقرأي ي/يسورةيي

هلميني ي/يايةيايةي

٥٩ اقرأ١٦ تندا باخاءن فنجغ لبيه دوا

حركة

نون دان ميم شدة١٠ – ٥١١ اقرأ١٦

١٢ – ٥١٣ اقرأ١٧ لم اد فد باخاءن داناليف

لم تيدق اد فد باخاءناليف

لءين برتندا تشديدحروف١٤ – ٥١٩ اقرأ١٧

ميم سكينه برتمو "ب"٥٢٠ اقرأ١٨

٢١ – ٥٢٣ اقرأ١٨ باخاءن كلمه ا دباخ تبل

دان نيفيس

٢٤ – ٥٢٦ اقرأ١٩ نون سكينه دان تنوين برتمو

" ل " دان " ر "

٢٧ – ٥٣٠ اقرأ٢٠ باخاءن فنجغ انم حركة فد

تندا " "

١ – ٦٦ اقرأ٢١ نون سكينه دان تنوين برتمو

"و" دان "ي"حروف9

Page 10: 3 model tasmik khatam al-quran-edit

اونييتي

اقرأي ي/يسورةيي

هلميني ي/يايةيايةي

٧ – ٦١٠ اقرأ٢٢ نون سكينه دان تنوين برتمو

"ب" حروف

حقيقياخفاء١١ – ٦١٨ اقرأ٢٣

تندا وقف١٩ – ٦٢٠ اقرأ٢٤

فد كلمة ترتنتووقف ٢١ – ٦٢٦ اقرأ٢٥

حروف دأول باخاءن٦٢٧ اقرأ٢٦

حفظن١ - ٤اية الفاتحة٢٧

حفظن٥ - ٧اية الفاتحة٢٨

دان حفظنباخاءن١ - ٧اية الفاتحة٢٩

حفظن١ - ٣اية الناس٣٠

10

Page 11: 3 model tasmik khatam al-quran-edit

اونييتي

اقرأي ي/يسورةيي

هلميني ي/يايةيايةي

حفظن١ - ٦اية الناس٣١

حفظن١ - ٣اية الفلق٣٢

حفظن١ - ٦اية الفلق٣٣

حفظن١ - ٤اية الخلص ٣٤

حفظن١ - ٤اية الخلص ٣٥

٣٦

الفاتحةالفلقالناس

الخلص

١ – ٧

١ – ٥

١ – ٦

١ – ٤

حفظن

11