3 isi bmm3107i.docx

28
1 PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107 1.0 PENGENALAN Kajian linguistik meliputi bidang yang luas. Antara kajian linguistik tersebut ialah fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis, leksikografi, semantik, pragmatik, linguistik sinkronik dan linguistik diakronik, linguistik teoritis dan linguistik terapan. Berdasarkan bidang-bidang yang disebutkan di atas, hanya tiga bidang linguistik utama iaitu bidang fonetik dan fonologi, morfologi, dan sintaksis tanpa mengetepikan lain- lain bidang sahaja yang akan dikupas dalam tugasan ini. Penumpuan tugasan akan lebih difokuskan pada bidang sintaksis. Rajah 1. Bidang-bidang dalam kajian linguistik 2.0 Fonetik dan Fonologi Pertuturan bahasa melibatkan bunyi-bunyi bahasa . Bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan berbentuk tertentu dan berbeza menurut bahasa tertentu. Kesemua bunyi yang dihasilkan merupakan bidang kajian ilmu fonetik dan fonologi. Fonetik meneliti bunyi bahasa menurut cara sebutannya dan sifat-sifat akuastiknya, manakala ilmu fonologi pula meneliti bunyi- bunyi bahasa tertentu mengikut fungsi, susunan dan strukturnya. Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Upload: rinteez

Post on 04-Dec-2015

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3 ISI BMM3107i.docx

1

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

1.0 PENGENALAN

Kajian linguistik meliputi bidang yang luas. Antara kajian linguistik tersebut ialah 

fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis, leksikografi, semantik, pragmatik, linguistik

sinkronik dan linguistik diakronik, linguistik teoritis dan linguistik terapan. 

Berdasarkan bidang-bidang yang disebutkan di atas, hanya tiga bidang linguistik

utama iaitu bidang fonetik dan fonologi, morfologi, dan sintaksis tanpa

mengetepikan lain-lain bidang sahaja yang akan dikupas dalam tugasan ini.

Penumpuan tugasan akan lebih difokuskan pada bidang sintaksis.

Rajah 1. Bidang-bidang dalam kajian linguistik

2.0 Fonetik dan Fonologi

Pertuturan bahasa melibatkan ‘bunyi-bunyi bahasa”. Bunyi-bunyi bahasa yang

dihasilkan berbentuk tertentu dan berbeza menurut bahasa tertentu. Kesemua

bunyi yang dihasilkan merupakan bidang kajian ilmu fonetik dan fonologi. Fonetik

meneliti bunyi bahasa menurut cara sebutannya dan sifat-sifat akuastiknya,

manakala ilmu fonologi pula meneliti bunyi-bunyi bahasa tertentu mengikut fungsi,

susunan dan strukturnya.

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

LINGUISTIKFonetik dan fonologi

Morfologi

Sintaksis

Leksikografi

Semantik

Pragmatik

Linguistik sinkronik dan linguistik diakronik

Linguistik teoritis dan linguistik terapan

Page 2: 3 ISI BMM3107i.docx

2

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

Rajah 2. Bidang penelitian dalan fonetik dan fonologi

3.0 Morfologi

Nik Safiah Karim et al. (1993) mentakrifkan morfologi sebagai "bidang ilmu bahasa

yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata", manakala Arbak Othman

(1968) menjelaskan morfologi sebagai peninjauan linguistik yang menitikberatkan

hubungan antara morfem dan varian morfem. Sebagai rumusan, dapat disimpulkan

bahawa morfologi ialah bidang yang mengkaji cara kata dibentuk.

Rajah 3. Bidang morfologi dan subbidang kajiannya

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Linguistik

FonetikMeneliti binyi-bunyi bahasa menurut cara sebutannya

FonologiMeneliti bunyi-bunyi

bahasa tertentu mengikut fungsi, susunan dan

strukturnya.

Morfologi

Struktur kataSusunan bentuk bunyi ujaran atau

lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

Bentuk kata * Bentuk kata tunggal* Bentuk kata terbitan * Bentuk kata majmuk * Bentuk kata ganda

Penggolongan kata* Golongan kata nama*Golongan kata kerja

* Golongan kata adjektif* Golongan kata tugas

Page 3: 3 ISI BMM3107i.docx

3

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

4.0 Sintaksis 

Di dalam bidang linguistik, "sintaksis" bermaksud "kajian pembentukan ayat".

Menurut Kamus Linguistik (1997), sintaksis ialah cabang ilmu linguistik yang

mengkaji proses pembentukan ayat, seperti penyusunan kata kepada ayat dan cara

hubungan antara kata di dalam ayat. Nik Safiah Karim et al. (1986) mendefinisikan

sintaksis sebagai "bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat".

Abdullah Hassan (1981) menyatakan sintaksis ialah "istilah untuk mengkaji

pembentukan ayat", iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit

sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa, dan ayat merupakan inti

terbesar. Asmah Hj. Omar (1968) turut mendefinisikan sintaksis sebagai "bahagian

daripada linguistik deskriptif atau sinkronis yang mempelajari kombinasi kata di

dalam rangkai kata dan ayat".

Rajah 4. Aliran pembentukan ayat dalam bidang sintaksis

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, ayat mengandungi unsur klausa,

manakala klausa terbentuk daripada unsur frasa, dan frasa terdiri daripada bentuk-

bentuk perkataan. Ini dapat digambarkan melalui jadual di bawah.

Ayat Anak kucing itu sedang menyusu.

Klausa

Frasa

Perkataan

anak kucing itu sedang menyusu

anak kucing itu sedang menyusu

anak kucing itu sedang menyusu

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Ia

juga mengkaji hukum tatabahasa yang mendasari kaedah penggunaan dan

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Kata Frasa Klausa Ayat

Page 4: 3 ISI BMM3107i.docx

4

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam

sesuatu bahasa. Antara subbidang sintaksis yang akan dinyatakan dalam tugasan

ini ialah pola ayat dasar, jenis frasa, susunan ayat, ragam ayat, jenis ayat, dan

bentuk ayat.

Rajah 5. Subbidang yang terkandung dalam bidang sintaksis

4.1 Pola Ayat Dasar

Pola ayat dasar merupakan ayat yang menjadi dasar bagi semua ayat lain

dalam sesuatu bahasa. Ayat mengandungi dua unsur utama iaitu subjek dan

predikat. Dalam bahasa Melayu terdapat empat pola ayat dasar, iaitu seperti

contoh di bawah.

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Sintaksis

Pola ayat dasar Pola 1: FN + FN Pola 2: FN + FK Pola 3: FN + FA Pola 4: FN + FS

Jenis frasa 1. Frasa nama 2. Frasa kerja

3. Frasa adjektif 4. Frasa sendi nama

Susunan ayat Bentuk susunan subjek & predikat 1. Susunan biasa

2. Susunan songsang

Ragam ayat 1. Ayat aktif 2. Ayat pasif

Jenis ayat 1. Ayat penyata 2. Ayat tanya

3. Ayat perintah 4. Ayat seruan

Bentuk ayat 1. Ayat tunggal 2. Ayat majmuk

Page 5: 3 ISI BMM3107i.docx

5

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

Pola Subjek Predikat

Pola 1 Frasa Nama

Wanita itu

Frasa Nama

pramugari kapal terbang

Pola 2 Frasa Nama

Lembu di belakang

Frasa Kerja

telah ditambat

Pola 3 Frasa Nama

Plaza Tol Sungai Besi

Frasa Adjektif

amat sibuk

Pola 4 Frasa Nama

Ikan keli itu

Frasa Sendi Nama

di dalam baldi

4.2 Jenis Frasa

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-

kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia

berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak

boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan

melalui rajah 1.5 sebelum ini, terdapat empat jenis frasa iaitu frasa nama

(FN), frasa kata (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu

frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik mengandungi

satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa nama,

frasa kerja dan frasa adjektif ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama,

kata kerja dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.

Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)

Frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama seperti ke dapur, di sekolah.

Ia tidak mempunyai unsur inti. Kewujudan sendi nama di bergantung kepada

sekolah dan ke kepada dapur. Frasa ini dikatakan frasa eksosentrik kerana

ia bergantung kepada suatu unsur luaran.

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Page 6: 3 ISI BMM3107i.docx

6

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

Rajah 6. Jenis-jenis frasa

4.3 Susunan Ayat

Ayat bukan sahaja dapat dilihat dari unsur yang mendirikan ayat tetapi juga

dari segi susunan unsur-unsur ayat itu. Ayat terbahagi kepada dua bentuk

iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Ayat susunan biasa ialah ayat

yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Biasa ia terdiri

daripada ayat-ayat dasar.

Ayat songsang ialah di mana predikatnya didahulukan. Pendepanan

boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja,

frasa adjektif, atau frasa sendi nama. Contoh ayat biasa dan ayat songsang

adalah seperti dalam jadual di bawah.

Ayat Biasa Ayat Songsang

Abang saya mandi lagi di sungai itu.

Mandi lagi abang saya di sungai itu.

(FK mandi didepankan)

Hanafi ke London dengan isterinya.

Ke London Hanafi dengan isterinya.

(FS ke London didepankan)

Warna rambut kakak perang.

Perang warna rambut kakak.

(FA perang didepankan)

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Jenis FrasaFrasa endosentrik

Frasa nama

Frasa kerja

Frasa adjektif

Frasa eksosentrikFrasa sendi nama

Page 7: 3 ISI BMM3107i.docx

7

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

4.4 Ragam Ayat

Ragam ayat bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu ayat aktif dan ayat

pasif. Ayat aktif terbahagi kepada dua bahagian. Pada umumnya pula ayat

pasif bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada:

i. ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif,

ii. ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama

diri kedua, dan

iii. ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Rajah 7. Ragam ayat terbahagi kepada ayat aktif dan ayat pasif

4.4.1 Ayat Aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutama-

kan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri

daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Ragam Ayat

Ayat aktif

Ayat aktif transitif

Ayat Aktif tak transitif

Ayat pasifAyat pasif dengan imbuhan kata kerja

pasif

Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama & kedua

Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Page 8: 3 ISI BMM3107i.docx

8

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

a) Ayat Aktif Transitif

Ayat aktif transitif merupakan ayat yang mengandungi kata kerja

transitif yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komplemen

sebagai objek atau unsur penyambutnya.

Ayat aktif transitif yang bersifat ayat tunggal terbentuk daripada

ayat yang mengandungi frasa nama subjek asal sebagai judul dan

frasa nama objek sebagai unsur penyambut kata kerjanya. Contohnya:

Subjek Predikat

Kata Kerja Transitif Objek

i. Guru Besar

ii. Dia

iii. Air hujan

iv. Penyalahgunaan

dadah

memanggil

membeli

membasi

mengancam

saya.

buah rambutan.

bajunya.

keselamat negara.

Ayat aktif transitif yang mengandungi klausa komplemen sebagai

penyambut kepada kata kerja merupakan ayat majmuk. Contoh-contoh

ayat jenis ialah seperti:

i. Dia menyatakan bahawa Halim sudah pergi.

ii. Kami mengetahui bahawa Zalifah sudah berkahwin.

Ada juga ayat aktif yang mengandungi kata kerja yang boleh

menerima dua objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat dan objek

sipi. Contohnya adalah seperti jadual di halaman seterusnya.

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Page 9: 3 ISI BMM3107i.docx

9

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

Subjek

Predikat

Kata Kerja Aktif Transitif

Objek Tepat Objek Sipi

i. Anaknya

ii. Halimah

iii. Gadis itu

membawakan

menghadiahi

menjahitkan

saya

ibunya

adiknya

secawan kopi.

seutas rantai.

sehelai baju.

Ayat aktif transitif yang mempunayi dua objek boleh diubah

binaanya menjadikan objek tepat mendapat kata sendi nama di

hadapannya lalu terbentuklah frasa sendi nama yang berfungsi

sebagai keterangan, manakala objek sipi asal akan menjadi objek

tepat baharu. Contohnya seperti dalam jadual di bawah.

Subjek Predikat

Kata Kerja Objek Tepat Objek Sipi

i. Anaknya

ii. Halimah

iii. Gadis itu

membawakan

menghadiahi

menjahitkan

secawan kopi

seutas rantai

sehelai baju

untuk saya .

untuk ibunya.

untuk adiknya.

Selain itu ada juga ayat aktif transitif yang boleh digugurkan

objeknya. Ayat jenis ini mengandungi kata kerja transitif yang

memperoleh ciri adjektif, iaitu kata kerja itu boleh menerima kata

penguat. Lazimnya kata dasar bagi kata kerja ini ialah kata adjektif.

Contohnya:

i. Keputusan itu sungguh memeranjatkan ibu bapanya.

ii. Kegagalannya amat menyedihka saya.

iii. Peristiwa itu amat memalukan kami.

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Page 10: 3 ISI BMM3107i.docx

10

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

b) Ayat Aktif Tak Transitif

Ayat aktif tak transitif mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang

tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Ayat jenis ini boleh

dibahagikan kepada dua, iaitu ayat aktif tak transitif dengan kete-

rangan yang boleh digugurkan, dan ayat aktif tak transitif dengan

keterangan yang tidak boleh digugurkan.

Rajah 8. Ayat aktif tak transitif terbahagi kepada dua

(i). Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan

Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan

mengandungi kata kerja tak transitf yang boleh mengandungi frasa

keterangan secara pilihan, contohnya adalah seperti berikut:

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Ayat Aktif Tak TransitifAyat aktif tak transitif dengan keterangan

yang boleh digugurkan

Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan

(a) Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.

(b) Kanak-kanak itu sedang mandi.

(a) Setengah-setengah belia berniaga di pasar malam.

(b) Setengah-setengah belia berniaga.

(a) Suara azan sedang berkumandang di angkasa raya.

(b) Suara azan sedang berkumandang.

(a) Pokok itu membesar dengan cepatnya.

(b) Pokok itu membesar.

Page 11: 3 ISI BMM3107i.docx

11

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

(ii). Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh

digugurkan

Ayat aktif jenis ini mengandungi kata kerja yang mesti diikuti oleh

unsur pelengkap untuk menyempurnkan maksud ayat. Unsur

pelengkap ini berfungsi sebagai frasa keterangan yang tidak boleh

digugurkan, contohnya adalah seperti di bawah.

4.4.2 Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang menekankan atau mengutamakan objek dan

perbuatannya. Pada umumnya, ayat pasif dalam bahasa Mealayu

boleh dibahagikan kepada tiga bidang utama, iaitu ayat pasif dengan

imbuhan kata kerja pasif, ayat pasif dengan kata ganti nama diri

pertama dan kata ganti nama diri kedua, dan ayat pasif dengan

perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

(a) Ayat Pasif dengan Imbuhan Katak Kerja Pasif

Ayat pasif jenis ini, kata kerjanya mengandungi imbuhan imbuhan kata

kerja pasif di- dan ter-. Contohnya:

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

(a) Dia berada di Kuala Lumpur.

(b) * Dia berada.

(a) Kebanyakan penganggur tinggal di rumah setinggan.

(b) * Kebanyakan penganggur tinggal.

(a) Pengembara itu berselimutkan embun.

(b) * Pengembara itu berselimutkan.

(a) Peniaga itu berhasrat ingin menjadi kaya.

(b) * Peniaga itu berhasrat ingin menjadi .

Page 12: 3 ISI BMM3107i.docx

12

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

SubjekKata Kerja

Pasifoleh +

Frasa NamaKeterangan

i. Barang itu

ii. Istana raja

sudah diambil

terbina

oleh Abu

oleh rakyat

semalam.

dalam masa

satu tahun.

Untuk ayat-ayat pasif di atas semua bahagian binaan oleh + FN

boleh digugurkan apabila subjeknya hendak diberi tekanan. Contohnya:

i. Barang itu sudah diambil Abu semalam.

ii. Istana raja terbina dalam masa satu tahun.

Ayat pasif juga boleh dibentuk dengan kata kerja yang

mengandungi imbuhan ber- dan ke-..-an. Ayat pasif jenis bahagian

oleh + FN biasanya tidak diperlukan.

Subjek Predikat

i. Baju itu

ii. Mereka

berjahit dengan benang biru.

kehujanan sepanjang hari.

(b) Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua

Dalam ayat pasif bentuk ini, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan

kata kerja dasar. Ini adalah kerana kata ganti nama pertama dan

kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-.

Subjek Predikat Keterangan

i. Kerja itu

ii. Makanan itu

iii. Tugas ini

sudah saya selesaikan

belum kurasai lagi

mesti kami pikul

semalam.

sepenuhnya.

dengan sepenuh

tenaga.

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Page 13: 3 ISI BMM3107i.docx

13

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

(c) Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena

Ayat pasif ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja

dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh secara

pilihan digugurkan.

Subjek KenaKata Kerja

Dasaroleh +

Frasa Nama

i. Pencuri itu

ii. Perajurit itu

kena

kena

tangkap

tembak

(oleh polis).

(oleh pengganas).

4.5 Jenis Ayat

Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada empat jenis, iaitu

ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Jenis AyatAyat penyata

Ayat berita atau ayat keterangan

Ayat tanyaAyat tanya tanpa kata tanya

Ayat tanya dengan kata tanya

Ayat perintahSuruhan

Larangan

Silaan

Permintaan

Ayat seruanMenyatakan sesuatu keadaan perasaan.

Page 14: 3 ISI BMM3107i.docx

14

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

Rajah 9. Jenis-jenis ayat

a) Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan

atau menerangkan sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat

berita atau ayat keterangan.

Ayat contoh:

i. Bola itu dibuat daripada getah.

ii. Pengganas telah berundur dari kawasan itu semalam.

b) Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.

Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat

tanya dengan kata tanya. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam

tulisan.

Ayat contoh:

i. Kamu sudah pulangkan buku Ramli? (Ayat tanya tanpa kata tanya)

ii. Sipakah nama guru kamu? (Ayat tanya dengan kata tanya)

Selain cara penggolongan yang berdasrkan strukturnya, ayat tanya

boleh dilihat dari segi jawapan yang dikendaki iaitu sama ada ayat tanya

terbuka atau ayat tanya tertutup. Ayat tanya tertutup memerlukan jawapan ya

atau tidak/bukan. Ayat tanya terbuka pula memerlukan jawapan yang

bergantung kepada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut.

Ayat contoh (ayat tanya tertutup).

i. Encik Farid pengurusnya?

ii. Adikkah yang menangis?

iii. Ke kedaikah kakak kamu?

Ayat contoh (ayat tanya terbuka)

i. Apakah benda itu?

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Page 15: 3 ISI BMM3107i.docx

15

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

ii. Dari manakah mereka datang?

iii. Bilakah kita akan menduduki peperiksaan?

c) Ayat Perintah

Ayat perintah diucapkan utuk memberi arahan atau untuk tujuan menimbul-

kan suatu tindakan. Ayat perintah dapat diucapkan sama ada dalam bentuk

suruhan, larangan, silaan, dan permintaan, bergantung pada jenis perintah

yang digunakan.

Ayat contoh:

i. Siapkan tugas ini dengan segera! (suruhan)

ii. Jangan pijak rumput di sini. (larangan)

iii. Sila buat laporan di balai polis. (silaan)

iv. Tolong buang sampah itu. (permintaan)

d) Ayat Seruan

Ayat seruan ialah ayat yang digunakan secara bernada seru untuk

melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan

sebagainya. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan. Ayat

seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan

sebagainya.

Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh

aduh untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum

1. Aduh, sakitnya tanganku!2. Aduh, besarnya rumahmu!

aduhai untuk menyatakan perasaan sedih

Aduhai, malang sungguh nasibku!

ah untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu

1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!2. Ah, alasan itu tak dapat kuterima!

amboi/wah untuk menyatakan perasaan hairan

1. Amboi, mahal betul kereta itu!2. Wah, berani betul budak itu!

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Page 16: 3 ISI BMM3107i.docx

16

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

atau kagum

cis/cih untuk menyatakan perasaan marah dan benci

1. Cis, berani dia menentangku!2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku!

eh untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut

1. Eh, kamu sudah sampai!2. Eh, tadi dia ada di sini!

hai untuk menegur seseorang atau menarik perhatian

1. Hai, diamlah sikit!2. Hai, sudah lama kita tidak bertemu!

wahai menyatakan perasaan sayang atau merayu

Wahai adik ku sayang!

cis marah atau jijik Cis, awak rupanya yang menjadi batu api!

oh terkejut hairan, gembira atau mengharap

Oh, itu rupanya rumah kamu!Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku!

syabas gembira, puas, memuji atau ucap tahniah

Syabas, awak berjaya juga akhirnya!

alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat!

4.6 Bentuk Ayat

Dalam bahasa Melayu, ayat merupakan unit bahasa yang tertinggi. Ia boleh

dibahgikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Ayat

tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri

daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat majmuk pula terdiri daripada

ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk

campuran. Ayat majumuk pancangan pula terdiri daripada ayat majmuk

pancangan relatif, komplemen dan keterangan. Penjenisan ini berdasarkan

bilangan klausa dalam ayat berkenaan.

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Page 17: 3 ISI BMM3107i.docx

17

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

Rajah 10. Bentuk ayat terbahagi kepada dua jenis yang utama

4.6.1 Ayat Tunggal

Ayat ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

Subjek ialah ayat yang diterangkan, dan predikat ialah bahagian ayat

yang menerangkan subjek. Ayat tunggal terbahagi kepada ayat

tunggal binaan subjek dan ayat tunggal binaan predikat.

(a) Ayat tunggal binaan subjek

Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk

daripada salah satu unsur berikut; kata nama, kata ganti nama, kata

kerja yang berfungsi sebagai kata nama, dan kata adjektif yang

berfungsi sebagai kata nama.

Rajah 11. Ayat tunggal binaan subjek

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

BentukAyat

Ayat tunggal

Binaan subjek

Binaan predikat

Ayat majmuk

Majmuk gabungan

Majmuk pancangan

Majmuk campuran

Ayat tunggal binaan subjek Kata nama

Kata ganti nama Kata kerja yang berfunsi sebagai kata

nama Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata

nama

1. Pancangan relatif

2. Pancangan komplemen

3. Pancangan keterangan

Page 18: 3 ISI BMM3107i.docx

18

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

Anatara contoh bagi ayat tunggal binaan subjek ialah seperti berikut:

i. Abang saya juruterbang.

ii. Osman penyanyi terkenal.

iii. Pukulannya sungguk kuat.

iv. Dia berternak ayam.

v. Ini kawasan rumah saya.

vi. Melukis menjadi kegemarannya.

vii. Biru ialah warna pilihan Mohd Najib.

(b) Ayat tunggal binaan predikat

Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur

utama seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi

nama.

Rajah 12. Ayat tunggal binaan predikat

Contoh-contoh ayat tunggal binaan predikat adalah seperti di bawah.

i. Beliau Pengarah Pendidikan Pahang.

ii. Ahmad guru.

iii. Tegurannya suatu pengajaran.

iv. Bapa Ali tidur.

v. Ali mandi di sungai.

vi. Monyet itu makan pisang.

vii. Mereka bersenam setiap hari.

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Ayat tunggal binaan predikat Frasa nama

Frasa kerja

Frasa adjektif

Frasa sendi nama

Page 19: 3 ISI BMM3107i.docx

19

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

viii. Kakak menggoreng ikan.

ix. Dia selalu memburukkan orang lain.

x. Ibu pejabat firma itu besar.

xi. Tulisannya bulat-bulat.

xii. Wang saya pada dia.

4.6.2 Ayat Majmuk

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat

tunggal atau lebih, dan pencantuman ayat-ayat itu disusun mengikut

cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Ayat majmuk

terbahagi kepada tiga, iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk

pancangan, dan ayat majmuk campuran.

Rajah 13. Ayat majmuk

(a) Ayat majmuk gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat terdiri daripada dua ayat atau lebih,

kemudian digabungkan menjadi ayat  majmuk gabungan dengan

menggunakan kata hubung gabungan. Contoh kata hubung gabungan

ialah dan, atau, tetapi, serta, sambil, lalu, lagi, serta dan sebagainya.

Namun begitu, penggunaan kata hubung yang berbeza menghasilkan

dua jenis gabungan iaitu; Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Ayat majmuk Ayat majmuk gabungan

Ayat majmuk pancangan

Ayat majmuk campuran

Page 20: 3 ISI BMM3107i.docx

20

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

i. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berurutan.

Ayat gabungan jenis ini menggunakan kata hubung dan, lalu,

lagi, serta, sambil, dan malahan. Ayat ini terdiri daripada dua

ayat iaitu, ayat pertama  Saya minum teh ayat kedua, Amin

makan nasi lemak. Contohnya seperti berikut;

Saya minum teh dan Amin makan nasi lemak. 

ii. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya bertentangan.

Ayat majmuk ini memberikan pertentangan fakta. Antara kata

hubung yang digunakan ialah atau, tetapi, sebaliknya, melain-

kan, dan padahal. Contohnya seperti berikut;

Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.

 

Dengan mengambil ayat Dia mengambil buku itu lalu masuk ke bilik

tidur sebagai contoh, perkaitan antara ayat-ayat dalam ayat majmuk

jenis ini dapat digambarkan secara gambar rajah seperti di bawah.

Rajah 14. Pembentukan ayat majmuk gabungan

(b) Ayat majmuk pancangan

Ayat majmuk pancagan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang

tidak setara. Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa

bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat 

kecil.

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Ayat 1

Ayat 2 Kata hubung Ayat 3

Saya minum teh dan Amin makan nasi lemak

Page 21: 3 ISI BMM3107i.docx

21

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan

kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguh-

pun dan sebagainya.

Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan

kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat

keterangan.

Rajah 15. Jenis-jenis ayat majmuk pancangan

i. Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama

dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil. Perhatikan

contoh berikut:

(1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman.

(2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman

(3) Kanak-kanak itu cedera

Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan

dijadikan ayat kecil  dengan menggugurkan “kanak-kanak itu”

dan menggunakan kata hubung yang.

ii. Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan

dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada

ayat utama. Perhatikan contoh berikut:

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Ayat Majmuk PancanganAyat Relatif

Ayat Komplemen

Ayat Keterangan

Page 22: 3 ISI BMM3107i.docx

22

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

Dia memberitahu sesuatu. Jika sesuatu itu diterangkan sebagai

“giginya sakit” atau “membeli baju baru” atau “ akan bertolak ke

Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk

dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang.

Dia memberitahu bahawa giginya sakit.

Dia memberitahu bahawa dia membeli baju baru.

Dia memberitahu yang dia akan bertolak ke Kuala Lumpur

esok.

iii. Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri

daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang

bertugas sebagai keterangan kepada predikat. Contohnya:

Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.

Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat

saman.

Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata

kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal dan

Atan menerima empat saman.

Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan

menggunakan kata hubung yang tertentu. Contoh-contoh kata

hubung dalam ayat keterangan ialah seperti kerana, oleh,

sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya,

andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar,

supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun,

walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak,

umpama.

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Page 23: 3 ISI BMM3107i.docx

23

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

(c) Ayat majmuk campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada

satu jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat

majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Biasanya, ayat jenis

ini panjang. Perhatikan contoh-contoh di bawah.

Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat

kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.

 Contoh 1.

Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya

bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan eknomi mula

berkembang semula (K1).

Contoh 2. 

Apabila kami tiba di Langkawi (K1) kami disambut oleh jawatan-

kuasa (U1) dan kami diperkenalkan kepada Pegawai Daerah (U2)

serta ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampun (U3).

 Contoh 3.

Ketika pihak bomba sampai (K1) kebakaran itu mula merebak (U1)

walaupun penduduk di situ cuba mengawal api (K2).

Contoh 4.

Projek-projek besar kerajaan diharap menjana pertumbuhan

ekonomi negara (U1) dengan meluaskan pekerjaan (K1) serta

menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K1) serta

menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K2) selain

menyediakan infrastruktur negara (U2).

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Page 24: 3 ISI BMM3107i.docx

24

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

5.0 Rumusan

Berdasarkan pandangan pengkaji-pengkaji bidang linguistik, dapat dirumuskan

bahawa sintaksis sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji "bentuk, struktur dan

binaan ayat". Ia sebenarnya mengkaji bagaimana ayat dibentuk bermula dengan

penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan seterusnya ayat. Kajian

sintaksis melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum

atau rumus tatabahasa yang mendasari cara penggabungan dan penyusunan

perkataan atau kelompok perkataan untuk membina ayat.

Ayat ialah unsur yang paling tinggi di dalam tatabahasa. Di dalam ayat,

terdapat unsur-unsur seperti kata, frasa dan klausa. Penggabungan unsur inilah

yang membentuk binaan yang dikatakan ayat. Jika dikaji dari aspek bebas, ayat

didefinisikan sebagai bentuk bahasa yang bebas. Bloomfield (1930), mengatakan

ayat ialah satu bentuk bebas di dalam bahasa yang tidak tertakluk dengan mana-

mana bentuk lain yang lebih besar. Ada kalanya bentuk kata, frasa dan klausa

menjadi bentuk bebas. Tetapi, ia masih belum berdiri sendiri kerana  unsur-unsur ini

tertakluk kepada bentuk lain yang lebih besar, iaitu ayat.

Jika dipandang dari segi ragam ayat, kita akan dapati dalam ragam ayat

terkandung ayat aktif dan ayat pasif. Kemudian, jika diamati pula tujuan ayat, maka

akan kita dapati pula ayat yang berbentuk ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah

dan ayat seru. Dalam bentuk ayat pula, bahasa Melayu memang unik dengan

bahasa dan bentuk struktur ayatnya yang pelbagai bagi menerangkan dengan jelas

situasi dan ayat yang hendak diterangkan. Ini jelas dinyatakan dalam pelbagai jenis

ayat yang mewakili ayat tunggal dan ayat majmuk.

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Page 25: 3 ISI BMM3107i.docx

25

PENGANTAR LINGUISTIKOLOGI BAHASA MELAYU BMM3107

RUJUKAN

Abdullah Hassan (2005). Linguistik Am: Siri pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana

Nik Safiah Karim dan Norlidza Shamsuddin (2008). Bahasa Melayu Kertas 1 & 2. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et. al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Empat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuan Jah Tuan Yusof et.al. (2012). Modul bahasa Melayu BMM3107. Pengantar Linguistik Bahasa Melayu. Cyberjaya. Institut Pendidikan Guru

Jenis-jenis  ayat   bahasa Melayu - Wikipedia Bahasa Melayu ... diperoleh daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu, pada 15 Mac 2013

Jenis ayat. diperoleh daripada http://www.tutor.com.my/stpm/jenis_ayat/jenis ayat. htm, pada 15 Mac 2013

Program Pensiswazahan Guru (PPG) – 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka