(2)seni abad ke-15 renaisan.docx

10
SENI ABAD KE-15 : RENAISAN Pengenalan Secara umum, Renaisan (Renaissance) bermaksud ‘kelahiran semula’. Dalam konteks seni lukis, renaisan merujuk kepada kelahiran dan kebangkitan semula seni klasik, iaitu seni silam Yunani dan Rumawi yang mula berlaku di Itali dari sekitar 1400-1600M. disamping kebangkitan minat terhadap seni klasik, ia juga merupakan reaksi terhadap seni Medieval. Di Itali, Giotto dianggap sebagi seniman yang mengilham serta memberi laluan kepada kebangkitan seni tersebut. Pada abad ke – 15, orang-orang Itali mula sedar bahawa Itali di mana Rom menjadi kotanya suatu ketika dahulu merupakan kota serta pusat ketamadunan dunia dan budaya. Lantas, kebangkitan semula itu berkaitan dengan kebangkitan Rom serta kebesarannya. Masyarakat Itali menganggap bahawa zaman pertengahan (Middle Ages atau Dark Ages) merupakan satu zaman yang mengganggu diantara keagungan zaman silam dengan zaman kini. Mereka percaya bahawa seni dan sains yang wujud di zaman silam serta zaman keagungan Empayar Rumawi telah dimusnahkan oleh Barbarians pada zaman pertengahan. Lalu, mereka merasakan amat perlu dan bertanggungjawab untuk membangunkan semula keagungan silam dan membawa era baru yang gemilang. Florence, sebuah kota perdagangan di Itali ketika itu merupakan pusat dimana bermulanya gaya seni Renaisan. Bandar tersebut menjadi salah satu pusat seni budaya yang penting di Eropah di

Upload: si-naga-naga

Post on 13-Dec-2015

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: (2)SENI ABAD KE-15 RENAISAN.docx

SENI ABAD KE-15 : RENAISAN

Pengenalan

Secara umum, Renaisan (Renaissance) bermaksud ‘kelahiran semula’. Dalam konteks

seni lukis, renaisan merujuk kepada kelahiran dan kebangkitan semula seni klasik, iaitu

seni silam Yunani dan Rumawi yang mula berlaku di Itali dari sekitar 1400-1600M.

disamping kebangkitan minat terhadap seni klasik, ia juga merupakan reaksi terhadap

seni Medieval.

Di Itali, Giotto dianggap sebagi seniman yang mengilham serta memberi laluan kepada

kebangkitan seni tersebut. Pada abad ke – 15, orang-orang Itali mula sedar bahawa

Itali di mana Rom menjadi kotanya suatu ketika dahulu merupakan kota serta pusat

ketamadunan dunia dan budaya. Lantas, kebangkitan semula itu berkaitan dengan

kebangkitan Rom serta kebesarannya. Masyarakat Itali menganggap bahawa zaman

pertengahan (Middle Ages atau Dark Ages) merupakan satu zaman yang mengganggu

diantara keagungan zaman silam dengan zaman kini. Mereka percaya bahawa seni dan

sains yang wujud di zaman silam serta zaman keagungan Empayar Rumawi telah

dimusnahkan oleh Barbarians pada zaman pertengahan. Lalu, mereka merasakan amat

perlu dan bertanggungjawab untuk membangunkan semula keagungan silam dan

membawa era baru yang gemilang.

Florence, sebuah kota perdagangan di Itali ketika itu merupakan pusat dimana

bermulanya gaya seni Renaisan. Bandar tersebut menjadi salah satu pusat seni budaya

yang penting di Eropah di samping Flanders dengan golongan bangsawan serta

pensyarikatan kerja yang menaungi kerja-kerja seni. Seperti Itali, banyak bandar-

bandar perdagangan yang lahir di Eropah Utara dan menjadi pusat seni Renaisan,

misalnya, Bruges, Ghent, Paris dan London.

Renaisan Eropah, atau disebut ramai sejarawan Barat sebagai Early Modern (Zaman

Moden Awal) atau An Ages Of Discovery (Zaman Penemuan) itu mengubah pandangan

masyarakat terhadap alam semulajadi yang semata-mata bersifat keagamaan secara

dramatik kepada pemikiran yang bersifat sekular dan kemanusiaan. Ini disifatkan

Page 2: (2)SENI ABAD KE-15 RENAISAN.docx

sebagai salah satu aspek besar yang membezakan Zaman Pertengahan dengan era

Renaisan.

Struktur Masyarakat

Era Renaisan menyaksikan kemunculan kuasa-kuasa bandar yang kukuh serta

berkembangnya perhubungan Eropah dengan dunia luar seperti Afrika, dan ini telah

mempertingkatkan hubungan perdagangan serta pertembungan budaya. Perhubungan

dengan dunia luar juga membolehkan bahan-bahan logam seperti emas dan perak

masuk ke Eropah justeru mempengaruhi penghasilan seni.

Era Renaisan juga melihat penemuan-penemuan sains berlaku, seperti Nicholaus

Copernicus dengan teori sistem solarnya yang menjadi pemangkin kepada sains

empirical. Ketaksuban kepada agama semata-mata diganti dengan keinginan untuk

mempelajari budaya dan tamadun luar, lantas menelurkan tanggapan bahawa

Renaisan itu sebagai An Age Of Discovery (Zaman Penemuan).

Seni dan seniman

Seniman (pelukis dan pereka) menurut sejarawan merupakan antara penyumbang-

penyumbang terpenting Renaisan. Hasil seni lukis adalah yang paling utama. Meskipun

era Renaisan juga dilihat daripada sumbangan-sumbangan bidang seperti sastera,

falsafah dan sains, cabang-cabang kreativiti ini kurang menyerlah, lengkap, ataupun

berkembang seperti seni lukis. Namun begitu, bidang-bidang ini juga saling

berhubungan, sebagaimana seni lukis dengan matematik yang diterjemahkan oleh para

pelukis menerusi karya-karya mereka. Ini menunjukkan perhubungan seni,sain dan

matematik.Raphael dalam catannya”The School Of Athens”meletakkan potretnyan dan

potret-potret temannya di antara ahli-ahli matematik dan falsafah sebagai kiasan

ketinggian kedudukan pelukis dan seni lukis.

Model renaisan adalah manusia yang bijak. Justeru itu, mereka menceduk inspirasi

daripada wira-wira klasik. Malahan,pada abad ke-15 dan ke-16 itu ,kehidupan para

cendekia dan tokoh-tokoh sezaman menjadi contoh. Biografi orang-orang ternama

ditulis,dan wajah-wajah mereka dilukis,bukan hanya wira-wira klasik. Ini semangat era

Page 3: (2)SENI ABAD KE-15 RENAISAN.docx

baru dan moden, sebagaimana ditulis oleh Aberti dalam On Painting, yang memuji dan

menyanjungi pencapaian – pencapaian generasinya. Dia menjelaskan tentang

kemodenan yang melewati pencapaian – pencapaian klasik,tanpa melupakan contoh –

contoh klasik sebagai rujukan dan titik tolak.

Renaisan mengutamakan individu :kecemerlangan individu. Pada era Medieval

manusia menganggap diri mereka rendahdan Cuma boleh melakukansesuatu dengan

keizina Tuhan . tetapi pandangan hidup era Renaisan tidak begitu:manusia adalah

rujukan yang sempurna dan mereka boleh mencipta diri mereka sendiri.

Dalam era Renaisan, konsep Medieval yang membezakan seni dan sains berubah

kepada pandangan bahawa kedua-duanya saling berhubungan. Albrecht Durer

menegaskan bahawa seni lukis tanpa sains , iaitu teknik tanpa satu teori yang

menghubungkan kebolehan pelukis dengan pengamatan adalah sia-sia. Pengalaman

teliti terhadap dunia optikal oleh para seniman Renaisan serta integrasinya dengan

sistem matematik seperti perspektif menyarankan satu pembentukan kefahaman sains.

Malah ,pemikir Barat seperti Afred North Whitehead menganggap bahawa penerokaan

sistematik para seniman Renaisan yang membawa kepada pengalaman visual telah

mendahului analisis saintifik tentang apa yang tersirat akan apa-apa yang kita lihat.

Justeru itu ,mereka beranggapan bahawa seni Renaisan sebagai monumen pertama

Barat dalam pencarian aturan dalam alam.

Pencarian aturan dalam alam berterusan dalam abad ke-17 dan awal abad ke-18

dengan penemuan-penemuan dan kejayaan-kejayaan dalam bidang sains menerusi

kelahiran teori-teori bersifat revolusi oleh Galileo ,kepler, dan Newton,iitu teori-teori

tentang aturan alam fizikal. Dalam sejarah cendekia manusia, periode ini dikenali

sebagai the Age Of Reason atau the Enlightment. Pada periode ini, persoalan lama

tentang struktur dan sebab alam diselesaikan bukan semata-mata dari sudut

keagamaan ,tapi dari sudut percubaan-percubaan sains.(Ibid:619-623).

.Seni Catan

`The Medici’ (penaung dan pelindung seni) serta keluarga-keluarga hartawan

membiayai catan untuk hiasan gereja ,bangunan awam serta rumah mereka. Subjek-

Page 4: (2)SENI ABAD KE-15 RENAISAN.docx

subjek catan dipetik dari kisah-kisah keagamaan ,potret dan mitologi. Catan dinding

amat penting disamping panel yang dibuat dari tempera dan terhasil dalam bentuk bulat

(tondos) untuk hiasan rumah.

Ciri-ciri catan

1. Penggunaan ‘linear perspective’ (perspektif garisan) yang betul telah

diperkenalkan oleh Brunelleschi. Dalam kaedah ini, kesan daripada tiga dimensi

dalam catan dicapai menerusi penggunaan garisan yang tersirat dan tersurat.

2. ‘Aerial perspective’ (perspektif atmosfera atau perspektif warna) dapat

menunjukkan kesan tiga dimensi apabila pelukis mengambil kira kesan

atmosfera ke atas objek yang mereka lihat. Misalnya, objek yang jauh akan

menjadi lebih kabur. Kesan ruang dicapai menerusi penggunaan terang gelap

warna.

3. Representasi anatomi yang betul.

4. Skala atau ukuran figura yang bersesuaian dengan persekitaran : penamatan

kaedah ‘hierarchic scaling’ atau skala hiraki.

5. Karya berlatarbelakangkan landskap, dan kebanyakannya dengan seni bina.

6. Halo masih digunakan.

7. Figura disusun dalam komposisi tiga segi.

8. Kesan cahaya yang tetap datang dari satu arah di luar karya.

9. Potret tidak sahaja dipersembahkan secara ‘profile’ atau pandangan sisi atau

sebelah, tetapi juga dari suku sudut pandangan.

Seni arca

Arca timbulan dan arca berdiri bebas berkembang maju dalam abad ke-15 di Itali.

Figura ‘life size’ (ukuran benar) menjadi popular dan ‘nude figures’ (figura bogel)

muncul kembali. Arca dibiayai oleh orang perseorangan serta persyarikatan sebagai

satu bentuk peringatan. Potret juga digambarkan realisitik dan bertepatan. Figura

serta arca timbulan yang bersubjekkan keagamaan digunakan untuk menghiasi

gereja serta bangunan-bangunan awam. Sementara itu, figura-figura yang

menggambarkan subjek mitologi dan agama juga digunakan untuk menghiasi

Page 5: (2)SENI ABAD KE-15 RENAISAN.docx

rumah-rumah persendirian. Tokoh-tokoh dan orang-orang kenamaan dirakamkan

dalam bentuk figura berkuda (equestrian figures) dan digunakan juga untuk

menghiasi pusara.

Ketepatan wajah dan tubuh manusia dalam arca renaisan adalah kesinambungan

yang diperhalusi dan disempurnakan daripada arca-arca Romanes dan Gotik. Seni

Renaisan dianggap menyempurnakan pandangan kemanusiaan Barat : suatu

fenomena menyamai seni Yunani abad ke-5 dan ke-6 Sebelum Masihi.

Media dan teknik.

1. Gangsa digunakan dalam figura ‘life size’, ‘equestrian statues’ serta arca

timbulan.

2. Batu dan marmar diukir.

3. Terracotta juga digunakan untuk membentuk figura ukuran benar dan arca

timbulan.

4. Kayu untuk ukiran.

Reka bentuk

1. ‘contrapposto’ yang betul. Iaitu satu posisi di mana keberatan figura tertumpu

pada sebelah kaki, sementara yang sebelah lagi kelihatan selesa.

2. Figura yang berisi, dirakamkan bentuk otot-ototnya secepat mungkin.

3. Kain dan pakaian dibentuk bersesuaian dengan gerakan badan.

4. Figura tidak lagi bergantung kepada struktur seni bina.

5. Komposisi serta aksi yang dinamik semakin popular.

6. Ciri-ciri tiga dimensi dicapai dalam arca timbulan.

7. Ukiran figura dalam arca timbulan disesuaikan dengan keadaan disekelilingnya.

8. Realisme, terutamanya dalam potret ditekankan.

9. Ciri-ciri psikologi dapat dilihat dalam figura.

Seni bina

Seni bina di Itali memperlihatkan pengaruh-pengaruh Rumawi dan zaman-zaman

selepasnya. Di Eropah Utara, seni binanya meneruskan gaya Gotik. Di Itali, Filipino

Page 6: (2)SENI ABAD KE-15 RENAISAN.docx

Brunelleschi (seorang pengarca dan arkitek di awal abad ke-15) tertarik dengan reka

bentuk yang berdasarkan logik dan peraturan matematik. Reka bentuk yang baru

mewujudkan suasana tenang dan terang di dalam bangunan-bangunan Renaisan.

Filipino Brunelleschi (1377-1446 M) juga merupakan orang yang bertanggungjawab

memperkenalkan system matematik dalam menunjukkan ruang di dalam catan yang

bersifat dua dimensi. Penggunaan perspektif itu kemudiannya mempertingkatkan

ilusi reality di dalam catan.

Di samping pihak gereja, hartawan, persyarikatan serta cukai yang dikenakan kepad

masyarakat umum membiayai pembinaan bangunan-bangunan baru seperti

hospital, istana dan lain-lain lagi.

Di antara media dan teknik yang digunakan dalam pembinaan gereja termasuklah

batu untuk dinding dan asas bangunan, marmar untuk dekorasi dan permukaan

dinding, plaster untuk dinding dalaman, kaca lutsinar atau cerah serta stained glass

untuk tingkap (lebih kecil di Itali dari utara Eropah kerana panas), tile (jubin) untuk

bumbung dan akhir sekali konstruksi ‘post lintel’ (tiang dan ambang) digunakan

bersama dom dan relung.

Pandangan dalaman seni bina gereja Renaisan kelihatan tenang dan tidak sesak. Di

samping meminjam ciri-ciri Rumawi, seni bina itu juga menggabungkan elemen-

elemen seni bina medieval. Bangunan-bangunan yang secular juga mempunyai

prinsip pembinaan yang serupa dengan gereja, tetapi rumah-rumah persendirian

kelihatan lebih berat dan dengan bentuk luaran kota berkubu. Ruang dalamannya

dihias dengan mewah, sementara luarnya dibiarkan sederhana.

Contoh-contoh karya

1. Masaccio, ‘The Tribute Money’ (fresco, Brancacci chapel) (1427 M)

2. Masaccio, ‘Expulsion from Eden’, (1425 M)

3. Paolo Uccello, ‘Battle of San Romano’ (s. 1455 M)

4. Andrea del Castagno, ‘Last Supper’ (1455 M)

5. Piero della Francesca, ‘Annunciation’ (1455 M)

Page 7: (2)SENI ABAD KE-15 RENAISAN.docx

6. Fra Angelico, ‘Descent from the Cross’ (1434 M)

7. Fra Lippi, ‘Madonna Enthroned’ (1437 M)

8. Antonio Pollauolo, ‘Apollo and Daphne’ (1475 M)

9. Domenico Ghirlandaio, ‘Old Man and His Grandson’ (1480 M)

10.Sandro Botticelli, ‘ Birth of Venus’ (1482 M)

11.Andrea Mantegna, ‘St. Sebastian’ (1455-60 M)

12.Antonello da Messina, ‘St. Jerome in His Study’ (s. 1450-55 M)

Seni arca

1. Donatello ‘St. Mark’, Florence (1411-13 M)

2. Donatello, ‘David’ (s.1430-32 M)

3. Andrea Verrocchio ‘David’ (s. 1465 M)

4. Antonio Pollaiuolo, ‘Herackles and Antaios’ (s.1475 M)

5. Brunelleschi, ‘The Sacrifice of Isaac’ (1401-2M)

6. Lorenzo Ghiberti ‘ The Sacrifice of Isaac’ (1401-2M)

Seni Bina Gereja

1. Filipino Brunelleschi, ‘San Lorenzo’, Florence (1421-69 M)

2. Filipino Brunelleschi, ‘San Spirito’, Florence (1428 M)

3. Leon Battista Alberti, ‘San Andrea’, Mantua (1470 M)

Seni Bina Sekular

1. Filipino Brunelleschi, ‘Founding Hospital’, Florence (1419-24M)

2. Alberti, ‘Palazzo Rucellai’, Florence (1446-51 M)