2_konsep dan teori pembelajaran.ppt

Upload: mokhtarppg

Post on 01-Mar-2016

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KONSEP DAN TEORI PEMBELAJARAN

  • KENAPA PENTING?BAGAIMANAKAH PELBAGAI ASPEK ILMU YANG BERKAITAN PROSES PEMBELAJARAN MEMPENGARUHI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH?

  • impactTEORI BEHAVIORISTEORI KOGNITIFTEORI PEMBELAJARAN SOSIALTEORI KONSTRUKTIVISMETEORI HUMANISTIK

  • APAKAH PEMBELAJARAN?Seorang bayi mula merangkakSeorang kanak-kanak memegang sebatang pensil dan mula melukisSeorang budak lelaki berumur 10 tahun menemui cara lain untuk menyelesaikan masalah matematik

  • listenAPAKAH PEMBELAJARAN?Slavin (1991), seorang ahli psikologi pendidikan:

    Pembelajaran adalah perubahan pada individu hasil daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak lahir dan semua pembelajaran ini berkaitan dengan pengalaman

  • Pembelajaran tidak hanya terhad kepada sekolah sahajaPembelajaran berlaku dalam banyak keadaan: formal, tidak formal, bukan formalPembelajaran berlaku melalui pelbagai cara: sengaja, tidak sengaja Pembelajaran berlaku pada bila-bila masa

  • APAKAH PERANAN PENDIDIK?Bagaimana boleh membantu murid-murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan konsep yang memberi manfaat kepada mereka di hari kemudian kelak?Bagaimana boleh membantu murid-murid memfokus perhatian dan proses mental mereka supaya memperoleh pengetahuan asas dan kemahiran secara berkesan?

  • MengambilMaklumatCara menyampaikanMaklumatModel PengajaranPemindahan maklumat

  • Maka, Ahli psikologi membina teori pembelajaran yang berbeza untuk menerangkan bagaimana murid belajar.

  • TEORI PEMBELAJARAN

  • TEORI PEMBELAJARANTeori pembelajaran BehaviorisTeori pembelajaran KognitifTeori pembelajaran SosialTeori KonstruktivismeTeori Humanistik

  • TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISPERANAN PENGALAMAN DALAM MENTADBIRKAN TINGKAH LAKUJohn B. Watson, Ivan Pavlov, Edward Thorndike, B. F. Skinner

  • PELAZIMAN

  • PELAZIMAN KLASIK(PELAZIMAN PAVLOV)Pavlov ahli sains behaviorisMenjumpai proses pelaziman klasik semasa beliau membuat kajian terhadap gerak balas rembesan air liur anjing

  • RANGSANGAN TAK LAZIMRANGSANGAN TERLAZIMGERAK BALAS TERLAZIM(a) PELAZIMAN KLASIK (Pelaziman Pavlov)RANGSANGAN BARU

  • RANGSANGANRangsangan neutralReaksi berlaku secara automatik apabila terdapat rangsangan tak terlazimRangsangan tak terlazimPeristiwa di mana gerak balas berlaku secara automatik tanpa latihan awal

  • Corak Pembelajaran berlaku apabila:Dua rangsangan (rangsangan neutral dan rangsangan tak terlazim) yang dipasangkan itu (wujud serentak) berhubungkait antara satu sama lainHasil rangsangan ini akan menghasilkan gerak balas: gerak balas tak terlazim atau gerak balas terlazim

  • DALAM KAJIAN PAVLOVRembesan air liur (gerak balas tak terlazim) pada mulanya berlaku disebabkan oleh makanan (rangsangan tak terlazim) yang disajikanApabila makanan dipasangkan dengan loceng, rembesan air liur (sekarang menjadi gerak balas terlazim) berlaku semasa mendengar bunyi locengBunyi loceng (rangsangan terlazim) rangsangan neutral yang boleh menimbulkan gerak balas terlazim setelah dipasangkan dengan rangsangan tak terlazim

  • J. B. WATSON

  • PELAZIMAN OPERAN (PELAZIMAN INSTRUMENTAL)

  • APAKAH PELAZIMAN OPERAN?Bukan semua pembelajaran berlaku secara automatikTidak semua tingkah laku dibangkitkan oleh rangsanganBagi manusia, sebenarnya pembelajaran berlaku secara sukarelaManusia dikatakan beroperasi secara aktif terhadap persekitarannya untuk melahirkan akibat yang berlainan. Tindakan ini dinamakan operan.

  • Mengikut Woolfolk (1998):Proses pembelajaran yang terlibat dalam tingkah laku operan dinamakan pelaziman operan kerana kita belajar bertingkah laku mengikut cara kita beroperasi dengan persekitaranPembelajaran dikatakan berlaku apabila peserta perlu memberi gerak balas untuk melahirkan perubahan pada persekitaran

  • Contohnya;Jika anda memberi sesuatu gerak balas terhadap sesuatu rangsangan dan akibatnya adalah menyenangkan, maka kemungkinan besar anda akan menunjukkan gerak balas yang sama apabila berhadapan dengan rangsangan tersebut di lain masaDengan ini, pembelajaran berlaku apabila tingkah laku sukarela menjadi kukuh atau lemah disebabkan oleh akibat atau peristiwa sebelumnya (Woolfolk, 1998)

  • PRINSIP-PRINSIP TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISApakah yang anda suka lakukan semasa waktu lapang? Membaca? Atau Bermain?Seseorang akan bertambah kerap melakukan tingkah laku yang memberi kesan yang menyeronokkan, manakala kesan yang tidak menyeronokkan akan mengurangkan kekerapan sesuatu tingkah laku.Kesan yang menyeronokkan merupakan peneguhan, manakala kesan yang tidak menyeronokkan adalah hukuman.

  • PRINSIP-PRINSIP TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISPRINSIP 1: PENEGUHANBerdasarkan ahli psikologi,Peneguhan = sebarang kesan yang memperkukuh atau menambahkan kekerapan sesuatu tingkah laku

    Bagaimana guru menggunakan peneguhan di dalam bilik darjah?

  • PRINSIP 1: PENEGUHANContoh peneguhan:Memuji murid anda kerana tingkah lakunya yang baikMenghadiahkan buku cerita kepada murid anda kerana penulisannya yang baik

  • PENEGUHAN PRIMERMemenuhi keperluan atau dorongan asas biologiContoh peneguhan primer adalah makanan, air, keselamatan, kemesraan, dll

  • PENEGUHAN PRIMERUrutan pengurangan dorongan:Penghapusan kepuasan bagi keperluan asasDorongan rangsangan yang memberi tenaga kepada organisme untuk bertindakAktiviti yang mencapai kepuasan keperluan dan melegakan tekananAktiviti yang serta merta mendahului kepuasan keperluan atau mengurangkan dorongan diperteguhkan

  • PENEGUHAN SEKUNDERPENEGUHAN SEKUNDER= rangsangan yang memperoleh sifat-sifat peneguhan apabila dikaitkan dengan peneguhan primerContoh; wangTiga (3) kategori peneguhan sekunder;Peneguhan sosial (pujian, senyum, peluk atau perhatian)Peneguhan token atau simbolik (wang, gred, bintang)Peneguhan aktiviti (akses kepada permainan, atau aktiviti yang menyeronokkan)

  • PENEGUHAN POSITIFRangsangan yang menyeronokkan (makanan, air, pujian, gred) setelah berlaku gerak balas yang menjadi sasaranContoh; apabila salah seorang daripada murid anda secara spontan membantu murid lain, anda sebagai guru akan memberi pujian

  • PENEGUHAN NEGATIFKaedah meningkatkan tingkah laku melalui penghapusan rangsangan yang tidak menyeronokkanContoh; seorang murid yang mempunyai masalah pertuturan tidak akan bercakap di bilik darjah kerana kecacatan ini akan menyebabkan murid lain ketawakannyaJika guru menerangkan kesan daripada ketawa mereka dan memujuk mereka supaya berhenti, ini akan menggalakkan murid tersebut untuk cuba bercakap dalam bilik darjahPenghapusan rangsangan yang tidak menyeronokkan akan meningkatkan kekerapan gerak balas tersebut

  • Harus diingat bahawa Peneguhan positif atau negatif memberi pengukuhan kepada tingkah laku, manakala hukuman melemahkannya.HUKUMAN merujuk kepada rangsangan yang menghasilkan gerak balas yang berkuranganHUKUMAN boleh berbentuk penyampaian rangsangan (hukuman positif) atau penghapusan rangsangan (hukuman negatif)

    PRINSIP 2: HUKUMAN

  • HUKUMANContoh;Seorang murid dimarahi kerana bermain dalam bilik darjah, maka tingkah laku ini akan kurang kerap berlaku hukuman positifSeorang pemain bola keranjang digantung kerana melanggar peraturan latihan hukuman negatif

  • Penghapusan rangsangan yang menyenangkan yang diikuti dengan gerak balas, seterusnya mengurangkan kekerapan gerak balas tersebutContoh; seorang guru mungkin secara tidak sengaja memberi ganjaran kepada muridnya yang berteriak dengan membenarkan mereka mengambil bahagian dalam perbincangan bilik darjah. PRINSIP 3: PENGHAPUSAN

  • Jika anda memuji murid anda serta merta, bermakna anda telah melakukan sesuatu yang betulMemberi peneguhan secara serta merta dalam pengajaran adalah pentingPembentukan merupakan suatu alat penting dalam arahan bilik darjahDalam pelaziman operan, guru dianggap sebagai arkitek dan pembina tingkah laku muridPRINSIP 4: PEMBENTUKAN

  • Teori Pembelajaran Kognitif

  • TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIFTeori ini berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripada peringkat bayi kepada zaman kanak-kanak dan remaja dan akhirnya alam dewasaAhli psikologi kognitif yang paling terkemuka, Jean Piaget:Kanak-kanak sebagai murid aktif yang berlagak seperti saintis kecil. Mereka membina teori sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini.Ahli teori behavioris kanak-kanak sebagai murid pasif yang hanya bertindak kepada rangsangan persekitaran sahajaTumpuan utama Piaget bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan

  • Piaget berpendapat bahawa di sepanjang hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat pemikiran secara kualitatif:Bayi - memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman sensori penglibatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bauKanak-kanak prasekolah - berkembang daripada peringkat memperoleh ilmu pengetahuan tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman sendiri di dunia. Kanak-kanak lebih dewasa mula mengaplikasikan peraturan logik untuk memahami bagaimana dunia berfungsiRemajaDewasa berkembang ke peringkat di mana mereka boleh mengaplikasikan logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan sebenarPiaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi pengertian tentang dunia dengan membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran

  • Piaget mencadangkan 4 prinsip konseppembelajaran kognitif:

    ORGANISASIADAPTASIASIMILASIAKOMODASI

  • ORGANISASIIa adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam sistem mental atau kategoriSistem mental atau kategori persepsi dan pengalaman yang dinamakan skemaIa sebenarnya adalah pembinaan asas blok pemikiran dan pengurusan sistem tindakan atau pemikiran yang membolehkan kita berfikirContoh skema adalah skema minum, skema kategori, skema penyelesaian masalah matematik, dll

  • ADAPTASIDalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian terhadap persekitaranDua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi

  • ASIMILASIProses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia adaSeperti menambah data baru ke dalam fail data yang sedia adaData tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia adaOleh itu, asimilasi melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang kita telah ketahui (Woolfolk, 1998)Contoh; pada peringkat permulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekor hamster bagaikan seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti binatang

  • AKOMODASIIa berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada situasi baruIa melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baruApabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan pemikiran kitaContoh; Dalam kes tadi, kanak-kanak tersebut akan tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti binatang ini dikatakan akomodasi

  • KESIMPULANPembelajaran berlaku apabila manusia dari semasa ke semasa, mengubah kefahaman dalaman mereka tentang dunia semasa mereka menemui bukti luaran yang bercanggah dengan kefahaman awal merekaGuru mempunyai peranan penting dalam menyediakan murid dengan pengalaman yang akan membantu mereka membina kefahaman yang lebih tepat tentang bagaimana persekitaran dan dunia berfungsiTokoh-tokoh lain seperti Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel

  • TEORI PEMBELAJARAN SOSIALTeori ini berdasarkan pendekatan behavioris atau teori pembelajaran Bandura (1977)Ia menekankan pembelajaran berdasarkan faktor sosialManusia berfikir dan bertingkah laku melalui pemerhatian terhadap orang lain dan meniru tingkah laku yang boleh memberi manfaat kepadanyaBandura menamakan ini sebagai pembelajaran pemerhatian atau pembelajaran melalui model

  • Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap modelMelalui proses pemerhatian terhadap orang lain, seseorang individu membentuk satu idea bagaimana kelakuan dilaksanakan dan apakah kesannyaManusia boleh belajar daripada contoh sebelum melaksanakan sendiri, tidak memerlukan percubaan dan tidak membuat kesilapan

    TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

  • Menurut Bandura, terdapat 4 elemen penting dalam pembelajaran pemerhatian yang perlu dipertimbangkan;i.memberi perhatian/tumpuanii.mengekalkan maklumat/penyimpananiii.menghasilkan tingkah lakuiv.motivasi dan peneguhan TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

  • i. Memberi perhatian/tumpuanKita harus memberi tumpuan (attention) kepada tingkah laku model untuk membolehkan kita mempelajarinyaBandura & Walters (1963) menekankan bahawa hanya dengan memerhati orang lain, pembelajaran boleh berlakuSama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada faktor seperti nilai, harga diri dan sikap yang dimiliki oleh model tersebut

  • ii. Mengekalkan maklumat / penyimpananKita juga harus mengenkod peristiwa itu dalam sistem ingatan (retention)Ini membolehkan kita melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini

  • iii. Menghasilkan tingkah lakuKita juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkah laku (reproduction)Bagi sesetengah tingkah laku, kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen tingkah laku yang telah diperhatikan

  • iv. Motivasi dan peneguhanKita juga memerlukan motivasi (motivation) yang secukupnya untuk menghasilkan tingkah laku yang tertentuPemberian peneguhan akan merangsang dan menyebabkan kita mempunyai sebab untuk melakukan tingkah laku tertentu dan mempunyai keinginan untuk meniru

  • Maklumat lanjut:http://tip.psychology.org/bandura.htmlSoalan yang relevan:Bagaimanakah teori ini boleh memberi penjelasan mengenai isu-isu merokok, bohsia dan gangsterisme di kalangan remaja di negara kita?Apakah kaitan antara keganasan di TV dan tingkah laku kanak-kanak?

  • TEORI HUMANISTIKPsikologi humanistik mempunyai banyak pendekatan yang berbeza, berkongsi beberapa pegangan;Manusia berbeza dengan haiwanManusia bercirikan kesedaran mereka sebagai insan yang unikManusia mempunyai potensi yang unggul, dan mereka berusaha sedaya upaya untuk mengembangkan potensi tersebut dengan sepenuhnyaDua ahli psikologi yang terkemuka dalam teori humanistik ini adalah Abraham Maslow dan Carl Rogers

  • Pendekatan humanistik menekankan keseluruhan murid berkaitan dengan aspek emosi dan sosial kehidupan muridPendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semula jadi untuk belajar, dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermaknaPendekatan ini juga menekankan kepentingan peranan guru dalam memberi sokongan dan mengambil beratGuru perlu menerangkan sebab sesuatu perkara dengan cara tertentuTEORI HUMANISTIK

  • Pendekatan terkiniTeori ini berpendapat bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman merekaSetiap murid membina makna semasa mereka belajarMurid membina makna secara aktif melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial

    TEORI KONSTRUKTIVISME

  • Manusia perlukan peluang untuk meneroka dan mengkajiContohnya; kanak-kanak bermain bola, kemudian bola itu jatuh berulang kali. Tanpa disedari kanak-kanak tersebut membuat uji kaji berkaitan hukum gravitiOleh itu, guru perlu menyediakan peluang untuk muridnya menguji pendapat baru, mengembangkan maklumat, menyelesaikan masalah harian dan mencipta respon baru terhadap sesuatu situasiTEORI KONSTRUKTIVISME

  • TEORI KONSTRUKTIVISMEVygotsky banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial, di mana ilmu pengetahuan yang dibina berdasarkan kepada interaksi sosial, alat budaya dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individuVygotsky mencadangkan konsep pembinaan zon proksimal, di mana kanak-kanak boleh menyelesaikan sesuatu masalah dengan bantuan (scafolding) orang dewasa, guru atau rakan sebaya yang lebih berkebolehan

  • PRINSIP PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISMEPembelajaran adalah satu proses yang aktif di mana murid mengguna input sensori untuk membinanyaMurid belajar cara belajar semasa belajar. meliputi membina makna dan membina sistem maknaAktiviti pembelajaran melibatkan minda, tindakan fizikal dan pengalaman langsungPembelajaran melibatkan bahasa. Vygotsky menyatakan bahawa bahasa dan pembelajaran saling berhubung kaitPembelajaran adalah aktiviti sosial. Pembelajaran berkaitan dengan manusia lain, guru, rakan sebaya, dan lain-lain hubungan

  • Maklumat lanjut:http://tip.psychology.org/theories.htmlSoalan yang relevan:Dalam pendekatan pengajaran konstruktivisme, guru perlu menggalakkan pelajar supaya aktif. Terangkan ciri-ciri guru yang mengamalkan konstruktivisme.Lakarkan sebuah peta minda untuk semua teori pembelajaran. Carikan kelebihan dan kelemahan setiap teori.

  • TEORI PEMBELAJARANBEHAVIORISKOGNITIFSOSIALHUMANISTIKKONSTRUKTIVISME

  • Implikasi Teori-teori Pembelajaran dalam Pengajaran dan PembelajaranKaitkan peristiwa yang positif dan menyenangkan dengan tugasan pembelajaran. Dalam aktiviti bilik darjah, tekankan kerja kumpulan dan kerjasama dalam pembelajaran

  • Implikasi Teori-teori Pembelajaran dalam Pengajaran dan PembelajaranGuru perlu membentuk respon yang betul, untuk membolehkan kanak-kanak menyebut dan menulis respon dengan betul. Guna pembelajaran yang diprogramkan di mana tugasan dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan diorganisasikan dalam urutan yang sistematik

  • Implikasi Teori-teori Pembelajaran dalam Pengajaran dan PembelajaranBantu murid membuat banding beza situasi untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan. Ini membolehkan mereka membuat diskriminasi dan generalisasi dengan tepat

  • Implikasi Teori-teori Pembelajaran dalam Pengajaran dan PembelajaranMemberi pujian secara jelas dan sistematik. Guru perlu menentukan bahawa pujian diberi dengan betul bersesuaian dengan tingkah laku

  • Implikasi Teori-teori Pembelajaran dalam Pengajaran dan PembelajaranHargai pencapaian murid atas usaha dan kebolehan mereka. Beri peneguhan kepada murid bagi membina keyakinan mereka dalam mencapai kejayaan

  • ****