2984132 bab 9 komen dan cadangan

7
BAB 9: KOMEN DAN CADANGAN Hilmi Faridah Arkitek Sdn Bhd merupakan sebuah firma arkitek yang terkenal di kepulauan ini. Dengan kepercayaan tinggi yang diberikan oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang dilakukan dalam rekaan bangunan, hiasan dalaman, dan tempat-tempat rekreasi yang lain. Firma ini telah berkembang menjadi sebuah firma yang terunggul dan berdaya saing. Secara amnya, latihan industri yang telah saya jalankan selama enam bulan dari 12 JANUARI 2009 sehingga 12 JUN 2009 di firma Hilmi Faridah Arkitek Sdn Bhd telah mencapai objektif sebenar latihan industri mengikut kehendak pengurusan Politeknik Sultan Idris Shah bagi setiap pelajar yang menjalani latihan industri samada pada peringkat sijil atau pun diploma. Tujuan utama komen ini bukanlah bertujuan untuk mendedahkan keburukan dan kelemahan syarikat. sepanjang saya menjalankan latihan industri di syarikat tersebut, tetapi adalah untuk pihak syarikat memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada semasa pelajar menjalani latihan industri agar latihan yang di jalankan mencapai kepuasan bersama, antara pelajar dan pihak syarikat. Saya juga sebagai pelajar bersedia untuk menerima komen daripada pihak politeknik dan pihak firma kerana segala apa yang saya buat, saya yakin saya tidak sepenuhnya sempurna. Saya sebagai pelajar yang sentiasa ingin memeperbaiki kelemahan diri dengan rendah dirinya meminta maaf sekiranya berlaku kesalahan dan kesilapan sepanjang saya berada di firma Hilmi Faridah Arkitek Sdn Bhd ini. Jika ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti, jika ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati

Upload: kanak2ribena

Post on 16-Jun-2015

1.826 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2984132 Bab 9 Komen Dan Cadangan

BAB 9: KOMEN DAN CADANGAN

Hilmi Faridah Arkitek Sdn Bhd merupakan sebuah firma arkitek yang

terkenal di kepulauan ini. Dengan kepercayaan tinggi yang diberikan oleh

pelanggan terhadap perkhidmatan yang dilakukan dalam rekaan bangunan, hiasan

dalaman, dan tempat-tempat rekreasi yang lain. Firma ini telah berkembang menjadi

sebuah firma yang terunggul dan berdaya saing.

Secara amnya, latihan industri yang telah saya jalankan selama enam bulan

dari 12 JANUARI 2009 sehingga 12 JUN 2009 di firma Hilmi Faridah Arkitek Sdn

Bhd telah mencapai objektif sebenar latihan industri mengikut kehendak

pengurusan Politeknik Sultan Idris Shah bagi setiap pelajar yang menjalani latihan

industri samada pada peringkat sijil atau pun diploma.

Tujuan utama komen ini bukanlah bertujuan untuk mendedahkan keburukan

dan kelemahan syarikat. sepanjang saya menjalankan latihan industri di syarikat

tersebut, tetapi adalah untuk pihak syarikat memperbaiki segala kelemahan dan

kekurangan yang ada semasa pelajar menjalani latihan industri agar latihan yang di

jalankan mencapai kepuasan bersama, antara pelajar dan pihak syarikat.

Saya juga sebagai pelajar bersedia untuk menerima komen daripada pihak

politeknik dan pihak firma kerana segala apa yang saya buat, saya yakin saya tidak

sepenuhnya sempurna. Saya sebagai pelajar yang sentiasa ingin memeperbaiki

kelemahan diri dengan rendah dirinya meminta maaf sekiranya berlaku kesalahan

dan kesilapan sepanjang saya berada di firma Hilmi Faridah Arkitek Sdn Bhd ini.

“ Jika ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti, jika ada silap

dan salah, jangan disimpan di dalam hati ”

Page 2: 2984132 Bab 9 Komen Dan Cadangan

9.1 Komen Untuk Syarikat

Pada keseluruhannya tidak banyak yang hendak di komen pada syarikat ini.

Ini kerana walaupun mempunyai beberapa kekurangan di dalam syarikat. Syarikat

ini dapat mengatasi dengan kecekapan dan kemahiran yang ada pada setiap staff

mereka. Tetapi untuk jangka masa panjang, permasalahan ini haruslah diatasi untuk

membolehkan syarikat ini terus berdaya saing dan sentiasa menjadi syarikat yang

terunggul di mata pelanggan.

Antara perkara-perkara yang perlu diatasi adalah :

Kekurangan Tenaga Kerja

Kekurangan tenaga kerja dalam sesuatu organisasi adalah lazimnya

berlaku. Namun kekurangan ini haruslah diatasi. Kelewatan dalam menghantar

lukisan kepada pihak terlibat boleh berlaku jika kekurangan tenaga kerja.

Kekurangan gaji ataupun elaun

Untuk memuaskan hati semua pihak bukanlah senang. Tetapi pada

pendapat

saya, sesuatu pekerjaan yang dilakukan haruslah bertetapan dengan keuntungan

yang diperolehi. Tanpa kehadiran staff-staff yang ada segala lukisan tidak akan

dapat diselesaikan mengikut kehendak pelanggan.

Kelembapan komputer yang digunakan

Komputer yang digunakan memainkan peranan yang penting kerana

kelancaran lukisan yang dibuat bergantung penuh kepadanya.

Page 3: 2984132 Bab 9 Komen Dan Cadangan

Pengagihan tugas

Dapat saya perhatikan pegagihan tugas tidak sekata. Ini kerana diwaktu-

waktu terdapat kerja yang banyak terdapat segelintir staff yang leka membuat kerja

lain.

9.2 Cadangan Untuk Syarikat

i. Menambahkan lagi tenaga kerja dalam bahagian pelukis pelan.

Kekurangan pekerja akan menyebabkan sesuatu lukisan itu lambat

disiapkan

ii. Menambahkan gaji dan elaun kepada para pekerja memandangkan

beberapa pekerja agak mengeluh akan gaji yang diperolehi setimpal

dengan kerja yang diberikan dan taraf hifup yang tinggi di kawasan ini.

Ini adalah untuk memastikan setiap pekerja yang berada di firma ini

dapat memotivasi kan diri untuk menjadi lebih baik seiring dengan

motto syarikat “do mistake at the first time, zero mistake in all time”

iii. Walaupun setiap pekerja diharapkan mempunyai segala jenis

kemahiran yang ada, pihak syarikat boleh juga sesekali untuk

memberikan kursus yang lebih kepada staff memandangkan wujudnya

perisian yang baru seiring dengan dunia teknologi sekarang. Dengan

adanya kemahiran yang tinggi pada setiap staff, firma ini akan lebih

berdaya saing dan lebih disukai oleh pelanggan.

iv. Sillaturrahim yang lebih erat perlulah dipupuk diantara majikan dan

pekerja untuk menjamin persefahaman sesame mereka. Aktiviti-aktiviti

seperti percutian bersama, Hari Keluarga dan riadaha dapat dilakukan

untuk majikan dan pekerja meluangkan masa bersama.

Page 4: 2984132 Bab 9 Komen Dan Cadangan

v. Pihak syarikat perlulah mengeluarkan sijil tamat latihan industri kepada

pelatih sebagai bukti pelatih pernah menjalani latihan industri di

syarikat tersebut. Ini adalah penting untuk membuktikan kepada orang

lain bahawa pelatih tersebut pernah menimba pengalaman di salah

sebuah firma yang terunggul di abad ini.

vi. Penyelarasan elaun perlulah dilakukan setimpal dengan kerja yang

diberikan kepada pelatih. Ini dapat menjamin pelatih untuk lebih

menyukai firma tersebut dan seterusnya memilih firma itu sebagai

tempat meneruskan kerjaya.

vii. Pekerjaan lebih masa oleh para pekerja haruslah dihargai dan perlu

dibayar setimpal dengan masa yang diluangkan untuk memastikan

setiap lukisan itu dihantar mengikut tarikh penghantaran yang

ditetapkan.

10.3 Komen Kepada Politeknik khususnya Unit Latihan Industri

Unit latihan industri Politeknik Sultan Idris Shah seharusnya memastikan

penempatan pelajar yang ingin menjalani latihan industri bersesuaian dengan

bidang yang diceburinya. Ini adalaha untuk memastikan segala ilmu yang diperolehi

dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh pelajar untuk kegunaannya di masa akan

dating.

Selain itu mereka juga haruslah memastikan segala surat-menyurat telah

dihantar atau diumumkan kepada pelajar dengan sistematik dan lebih cekap lagi

kerana sesetengah pelajar tidak menerima sebarang maklumat yang penting seperti

jadual bekerja, had bonus dan elaun yang akan diberikan, perkhidmatan dan

kemudahan penempatan di temapt latihan dan sebagainya.

Pihak latihan industri diharapkan agar sentiasa mengadakan lawatan

dengan lebih kerap ke tempat latihan pelajar supaya hubungan diantara pensyarah,

pelajar dan pihak firma lebih erat. Disamping dapat memahami kerja yang dilakukan

oleh pelajar di firma ini.

Page 5: 2984132 Bab 9 Komen Dan Cadangan

10.3.1 Cadangan Untuk Pihak Politeknik

i. Pihak Politeknik seharusnya lebih menekankan agar pelajar yang menjalani

latihan industri supaya memilih tempat latihan yang sesuai dengan kursus pelajar

iaitu dengan menyemak tempat latihan yang di pilih oleh pelajar dan mengenal pasti

perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah syarikat itu.

ii. Keperihatinan pihak Politeknik yang sedia ada terhadap pelajar yang

menjalani latihan industri haruslah di tingkatkan dan di teruskan seiring dengan

objektif latihan industri ini.

iii. Di harapkan agar lawatan ke tempat latihan industri adalah daripada

pensyarah dari jabatan yang sama dengan pelajar yang di lawati supaya apa yang

diberitahu oleh pegawai operasi di syarikat lebih difahami.

v. Pihak Politeknik Sultan Idris Shah seharusnya berbincang dengan pihak

pengurusan syarikat untuk mendapatkan gambaran mengenai gerak kerja yang di

lakukan oleh syarikat untuk memastikan kesesuaian kursus pelajar dengan gerak

kerja syarikat.

10.4 Komen Kepada Pelajar Latihan Industri.

Sebagai pelajar yang menjalani latihan industri diharapkan agar sentiasa

mengikuti dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak politeknik

mahupun pihak firma supaya tidak berlaku masalah kepada diri sendiri. Tambahan

lagi kita sebagai pelajar membawa bersama nama baik Politeknik Sultan Idris Shah

ke tempat latihan indsutri ini.

Segala nama baik politeknik berada ditangan pelajar dan diharapkan tidak

menjatuhkan maruah politeknik. Selain itu etika bersama dengan pihak firma

haruslah dijaga dengan tidak bercerita hal-hal polisi ataupun hal keburukan kepada

pihak luar. Selain itu para pelajar haruslah menjaga kredibilti dan segala maklumat

rahsia syarikat untuk menjamin keunggulan dan kejayaan syarikat itu sendiri.

Page 6: 2984132 Bab 9 Komen Dan Cadangan

10.4.1 Cadangan kepada Pelajar yang menjalani latihan.

i. Sentiasa menunjukkan sikap yang positif supaya mendapat kepercayaan

oleh pihak firma. Dengan ini peluang untuk bekerja semula di firma itu lebih

terjamin dan lebih dipercayai.

ii. Hargai setiap kemudahan yang disediakan di syarikat dengan menjaga

peralatan-peralatan, menjaga kebersihan dan sebagainya.

iii. Ketepatan kehadiran setiap hari adalah amat penting begitu juga dengan

isu-isu disiplin seperti yang telah ditetapkan oleh pihak firma mahupun

politeknik.

iv. Sebagai pelajar yang sedang belajar, haruslah menerima apa jua kerja yang

diberi tanpa sebarang keluhan dan haruslah sentiasa berfikir bahawa semua

ini adalah peluang, dan ketahuilah pengalaman yang berharga tidak dapat

dibeli dengan wang ringgit.

v. Lebih bersedia dalam apa jua masalah yang akan dialami seperti tempat

tinggal, pengangkutan, kewangan dan sebagainya. Mengamalkan sikap rajin

dan berdedikasi supaya segala kerja yang diberikan dapat memuaskan hati

semua pihak dan dapat menyiapkannya dengan sempurna pada masa yang

ditetapkan.

Page 7: 2984132 Bab 9 Komen Dan Cadangan

10.5 Kesimpulan

Sebagai seorang hamba Allah S.W.T yang wujud di muka bumi ini, pasti

mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Oleh itu kita tidak

seharusnya meninggi diri akan kelebihan yang diperolehi dan tidak berputus asa

akan kekurangan yang ada pada diri. Sebagai manusia tidak salah untuk kita

sentiasa bernasihat-nasihat dang memperingati diantara satu sama lain. Ini kerana

semua ini adalah untuk kebaikan dan kemantapan individu itu sendiri. Dan

seterusnya akan berjaya mengetuai sesebuah syarikat itu dengan lebih mantap lagi.

Apa yang diharapkan adalah semua yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dengan program latihan industri ini akan sentiasa berhijrah dari

kelemahan kepada kelebihan begitu juga dengan diri saya.

Sekali lagi sebagai hamba Allah S.W.T yang biasa ingin saya menyusun

sepuluh jari saya memohon maaf dan keampunan terutama sekali kepada pihak

firma sekiranya saya telah melakukan kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan

saya tidak disenangi oleh pihak tuan. Tetapi jauh dihati saya, ingin sekali untuk saya

memberikan khidmat bakti saya di firma Hilmi.Faridah Arkitek Sdn Bhd ini kerana

bagi saya selama 6 bulan saya menjalani latihan industri disini, saya seolah-olah

sudah mempunyai saudara baru. Kemesraan, keprihatinan, dan segala pengalaman

yang diperolehi disini tentu sekali tidak dapat saya nilai dengan wang ringgit. Tinggi

harapan saya supaya pihak Hilmi.Faridah Arkitek Sdn Bhd akan sentiasa menerima

kehadiran saya dengan tangan yang terbuka pabila terdetik dihati untuk bekerjaya

disana. Insya Allah....