28669738-kajian-tempatan.ppt

28
KAJIAN TEMPATAN UNIT 2 GEOGRAFI FIZIKAL

Upload: ismaliza-ishak

Post on 30-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • KAJIAN TEMPATANUNIT 2 GEOGRAFI FIZIKAL

  • A. BENTUK MUKA BUMI - Tanah Tinggi dan Kepentingannya

    Tanah tinggi terdiri daripada banjaran, gunung, dataran dan bukit

  • Menjana Kuasa HidroelektrikStesen jana kuasa hidroelektrik dibina di kawasan tanah tinggi yang ada sumber air. Contohnya Empangan Batang Ai membekalkan kuasa elektrik ke kawasan kediaman dan perindustrian di Kuching dan Bintulu.

  • Pelancongan Suhu yang nyaman dan pemandangan bukit-bukau yang menghijau menarik pelancong. Aktiviti pelancongan ini mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri perhotelan.

  • PertanianKamu boleh melihat banyak sayur-sayuran ditanam jika melawat Tanah Tinggi Kundasang. Di sini juga terdapat tanaman bunga-bungaan. Tanaman ini sesuai ditanam kerana kawasan ini bersuhu rendah.

  • Kawasan Perindustrian Kawasan perindustrian seperti Shah Alam, Pasir Gudang, Gurun dan Bintulu terletak di kawasan tanah rendah. Bangunan kilang yang besar hanya dapat dibina di kawasan yang rata. Pembinaan kilang di kawasan rata tidak memerlukan kos yang tinggi.

  • Jaringan PengangkutanJika kamu melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, kamu mendapati sebahagian besar laluannyadibina di kawasan tanah pamah. Pembinaannya mudah dan kosnya rendah. Selain itu, di tanah pamah dibina landasan kereta api, lapangan terbang dan landasan komuter. Kemudahan jaringan pengangkutan telah memudahkan urusan seharian penduduk dan kegiatan ekonomi.

  • - Saliran dan Kepentingannya -

    Sungai mengalir dari kawasan tanah tinggi ke kawasan tanah rendah dan terus ke laut.

  • Sumber Pengairan dan Perikanan Petani dapat menanam padi apabila mendapat bekalan air yang diempang dari sungai. Contohnya, Sungai Muda di Kedah diempang untuk mengairi kawasan tanaman padi di Dataran Kedah-Perlis. Ada sungai dan tasik yang dijadikan kawasan ternakan ikan. Contohnya, ternakan ikan dalam Sangkar di Sungai Pahang. Tasik juga dijadikan kawasan ternakan seperti di Tasik Timah Tasoh, Perlis.

  • Sumber AirAir sungai diempang dan disalurkan ke loji rawatan untuk dibersihkan. Contohnya, air Sungai Kelang diempang dan dibersihkan di Empangan Klang Gate. Selepas itu, air dibekalkan untuk pelbagai kegunaan peduduk di Lembah Kelang.

  • Jalan Perhubungan Sungai Rajang di Sarawak manjadi jalan perhubungan dan pengangkutan. Sungai Kinabatangan di Sabah digunakan untuk menghanyutkan kayu balak ke kilang untuk diproses. Sungai Tembeling di Pahang pula menjadi laluan masuk pelancong ke Taman Negara, Pahang.

  • - Kepentingan Pinggir Laut dan Kepulauan - Kawasan pinggir laut negara kita terdiri daripada pantai, teluk dan tanjung dan pulau.

  • PelanconganPantai berpasir dan pulau yang airnya jernih serta mempunyai pemandangan yang indah sering menjadi tumpuan pelancong.

  • PelabuhanDi pinggir laut terdapat pelabuhan. Contohnya, Pelabuhan Klang di Selangor dan Tanjung Pelepas di Johor. Pelbagai aktiviti eksport dan import akan dijalankan.

  • Perikanan Negara kita mempunyai pinggir laut yang panjang. Nelayan menangkap ikan di sepanjang pinggir laut di Selat Melaka dan Laut China Selatan. Kegiatan menangkap ikan memberikan sumber pendapatan kepada nelayan dan peraih ikan.

  • Ringkasan Pelajaran

  • B. CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA - Ciri Iklim Di Malaysia

    Malaysia mengalami iklim khatulistiwa.

  • SuhuMalaysia menerima cahaya matahari sepanjang tahun. Oleh itu, suhu di negara kita tinggi dan hampir sekata. Purata suhu tahunan negara kita ialah 27 Darjah Celcius. Perbezaan suhu setiap bulan bagi sesuatu tempat adalah antara 1 hingga 2 Darjah Celcius.

  • Angin dan Hujan Negara kita menerima tiupan angin Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Angin Monsun Barat Daya bertiup antara bulan Mei September. Angin Monsun Timur Laut bertiup antara bulan Nov Mac. Oleh itu, Malaysia menerima hujan sepanjang tahun. Jumlah hujan nagara kita ialah sebanyak 2600 mm setahun.

  • - Faktor Yang Mempengaruhi Cuaca dan Iklim

    KedudukanKedudukan Malaysia terletak di antara garisan lintang 1- 7 Darjah Utara. Oleh itu, Malaysia beriklim Khatulistiwa. Oleh hal yang demikian, negara kita mangalami keadaan panas dan lembap sepanjang tahun.

  • Angin dan HujanTiupan angin monsun menyebabkan taburan hujan di negara kita tidak sekata. Arah tiupan angin juga berbeda mengikut angin monsun.

  • Ketinggian Dari Aras LautSuhu di sesuatu kawasan dipengaruhi ketinggian bentuk muka bumi. Semakin tinggi sesuatu kawasan, semakin rendah suhunya kerana kurang mendapat haba pembalikan dari Bumi.

  • KepulauanPulau-pulau merupakan tanah daratan yang dikelilingi laut. Suhu di pulau lebih rendah kerana disederhanakan oleh air. Oleh itu, kawasan daratan yang jauh dari laut, suhunya lebih tinggi.

  • - Pengaruh Iklim Terhadap Kegiatan Ekonomi Penduduk -

    PertanianNegara kita menerima hujan yang banyak dan suhu yang tinggi sepanjang tahun. Oleh itu, pertanian dapat dijalankan dengan baik.

  • PerikananPada musim tiupan angin Monsun Timur Laut, para nelayan tidak akan turun ke laut. Mereka akan membaiki bot dan pukat.

  • PelanconganPada musim hujan, bidang pelancongan terjejas, manakala, pada musim panas pula para pelancong akan mengambil peluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

  • Pembalakan Iklim Khatulistiwa menyebabkan hutan Sabah mempunyai jenis pokok seperti cengal, keruing, dan merbau. Pokok-pokok ini tumbuh subur kerana cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Oleh itu, kegiatan menebang balak mudah dijalankan jika hari tidak hujan.

  • TAMAT TERIMA KASIH