25522816 peranan 3 komponen seni dalam pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran masa kini

8
Peranan Tiga Komponen Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Masa Kini. Seperti yang kita sedia maklum hari ini, di setiap sekolah pada masa kini tidak kira sekolah rendah mahupun sekolah rendah semestinya terdapat pengajaran matapelajaran seni. Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudakan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu itu dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang turut sama ingin mewujudkan insan yang seimbang dari aspek yang sama juga. Selai itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di sekeliling kana-kanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Mereka juga

Upload: nur-afiqah-bt-zulkafli

Post on 26-Dec-2015

58 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: 25522816 Peranan 3 Komponen Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Masa Kini

Peranan Tiga Komponen Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Masa Kini.

Seperti yang kita sedia maklum hari ini, di setiap sekolah pada masa kini tidak kira

sekolah rendah mahupun sekolah rendah semestinya terdapat pengajaran

matapelajaran seni. Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP

diwujudakan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu itu dari aspek

jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang turut sama ingin mewujudkan insan yang seimbang dari aspek yang

sama juga. Selai itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan

dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual,

seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dalam matapelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru

dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni

visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan

lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu

aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang

didengari.

Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di

sekeliling kana-kanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat

mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih

berkesan. Mereka juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru

dengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing.

Warna merupakan elemen yang tidak kurang penting dalam kehidupan. Tanpa warna

kehidupan akan menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada

hanya warna hitam dan putih. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dna tidak

menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam

komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama

iaitu warna primer, warna sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya

wujud disekeliling kita. Contoh-contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat

Page 2: 25522816 Peranan 3 Komponen Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Masa Kini

daun, warna warni yang terdapat pada pelangi dan juga sebagainya. Penggunaan

warna juga turut member kesan kepada manusia. Warna yang digunakan member

kesan terhadap personality, budaya dan juga psikologi seseorang. Terdapat juga warna

panas dalam seni visual. Sebagai contoh warna merah yang menggambarkan perasaan

marah, semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang. Sebagai

contoh, jika seseorang individu itu mengenakan pakaian yang berwarna terang seperti

oren dan merah, semestinya tanggapan yang wujud ialah dia seorang berani kerana

memilih warna tersebut sebagai pilihan. Warna sejuk pula member kesan yang lebih

tenang dan nyaman dalam sesuatu hasil seni visual. Ianya juga menggambarkan emosi

sedih dan juga sayu seseorang.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka maka

muzik tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu

atau rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu

kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi

seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita

seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak

kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini

merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya

berlaku setiap masa. Kanak-kanak juga mampu menghasilkan irama mereka sendiri. Ini

dapat dilihat ketika mereka berkawad, menepuk tangan, mengetuk meja dan

sebagainya. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan menghasilkan muzik

yang menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan

sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama

sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan,

menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda

kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran

muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid

akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan

secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti

Page 3: 25522816 Peranan 3 Komponen Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Masa Kini

dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok

melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan

meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya

tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar.

Ruang juga merupakan elemen dalam matapelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang

dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau

dengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian, kita

memerlukan ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Penggunaan ruang

yang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruang

tersebut lebih selamat.

Menurut Howard Gardner ( 1983 ), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan

melihat dunia “ visual spatial” dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik

bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan

aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung membantu

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya

mencapai matlamat pnp tersebut.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education

menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu

cabang komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan

menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu,

guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran

Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan

menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertent

dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam

Pendidikan sebenarnya member peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam

sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam

setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak

langsung, ia mengajar murid untuk menangani/ menguruskan sumber imaginasi,

kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

Page 4: 25522816 Peranan 3 Komponen Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Masa Kini

Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli

piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu

ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif.

Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan.

Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah

bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan

kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk

menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh

meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif.

Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi semua

matapelajaran. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran-

kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga turut perlu diberi tumpuan demi

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru

hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid menggunakan

sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti yang

meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai

kepelbagaian gaya belajar.

Tiga unsur dalam Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan

perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah

mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik,

memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang

yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan,

murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif.

Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih

berpusatkan kepada guru.

Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan

menggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna ( seni visual ), irama

( seni muzik ), dan seni pergerakan.sebagai contoh, dalam pengajaran matapelajaran

Page 5: 25522816 Peranan 3 Komponen Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Masa Kini

sains dimana guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan haiwan peliharaan

kepada kanak-kanak. Guru boleh membawa kanak-kanak ke taman sains sekolah

untuk melihat haiwan peliharaan yang terdapat di situ. Seterusnya kanak-kanak akan

membuat pemerhatian, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari

aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga boleh

melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat itu. Bimbingan daripada guru kepada

kanak-kanak yang mempunyai masalah perlulah diberikan. Kebebasan perlulah

diberikan kepada murid untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan untuk

mendapatkan hasil yang menarik dan kreatif. Pelajar juga dapat menggunakan daya

imaginasi dan ingatan mereka dalam menghasilkan lukisan dan seterusnya dapat

meningkatkan daya kreativiti mereka.

Setelah kajian yang dilakukan telah selesai dijalankan, guru boleh mengarahkan murid

untuk membentang dapatan kajian yang mereka telah perolehi. Pembentangan boleh

dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh menggunakan setiap ruang

yang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan menjalinkan bersama

kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan tersebut menarik dan kreatif.

Seterusnya setiap kumpulan akan membuat persembahan seperti menyanyi dan juga

menari lagu yang berkaitan dengan haiwan yang telah mereka kaji. Mereka boleh

membuat pergerakan dan bunyi haiwan yang telah mereka kaji. Perbincangan antara

ahli kumpulan perlu dilakukan untuk menghasilkan satu bentuk persembahan yang

menarik dan kreatif. Setiap kumpulan diberi kebebasan untuk mencipta irama yang

akan digunakan untuk mengiringi persembahan mereka. Alatan yang berada di

sekeliling boleh digunapakai untuk menghasilkan irama yang diinginkan. Mereka boleh

meneroka bunyi-bunyian seperti bunyi botol kaca yang diketuk, bunyi tapak kasut, dan

juga sebagainya. Pelajar perlulah mencuba dan menggunakan pelbagai alatan dan

bahan sewaktu mengadakan persembahan bagi menjadikannya lebih menarik. Mereka

akan berasa seronok menjalankan hasil kreativiti mereka sendiri.

Dari segi aspek ruang, pelajar perlulah menggunakan ruang yang ada dengan sebaik

mungkin. Pemilihan ruang yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan akan

menjadikan persembahan lebih menarik. Sekiranya ruang yang diperlukan tidak

Page 6: 25522816 Peranan 3 Komponen Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Masa Kini

mencukupi, mereka boleh mengubah kedudukan meja dan kerusi. Pengalaman yang

diperolehi ini akan membantu pelajar dalam kreativiti mereka.

Kesimpulannya, pengajaran yang berkonsepkan seni dalam pendidikan akan dapat

membantu pelajar dalam meningkatkan daya keyakinan diri melalui penerokaan mereka

sendiri terhadap apa yang ada disekeliling mereka.