25114

10
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT ________________________________________________________________________ HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT SEPTEMBER 2013 ______________________________________________________________ __________ ARAHAN KEPADA PELAJAR / INSTRUCTIONS TO STUDENTS 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. / This assignment contains only ONE (1) question that is set in the language of the printed module for the course. 2. Jawab dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. / Answer in Malay or English. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. / Download the language version of the assignment template concerned from the MyVLE for preparation and submission of your assignment. Your assignment should be typed using 12 point Times New Roman font and 1.5 line spacing. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. / Your assignment should be between 2500 to 3000 words excluding references. The number of words should be shown at the end of your assignment. Do not copy the assignment question and instructions to your answer. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. / You must submit your assignment ON-LINE via the MyVLE. Refer to the portal for instructions on the procedures to submit your assignment on-line. You are advised to keep a copy of your submitted assignment for personal reference.

Upload: rj-md-suwardi

Post on 30-Nov-2015

78 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 25114

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASANASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT

________________________________________________________________________HBHE 3103

GAYA HIDUP SIHATSEPTEMBER 2013

________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR / INSTRUCTIONS TO STUDENTS

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. / This assignment contains only ONE (1) question that is set in the language of the printed module for the course.

2. Jawab dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. / Answer in Malay or English.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. / Download the language version of the assignment template concerned from the MyVLE for preparation and submission of your assignment. Your assignment should be typed using 12 point Times New Roman font and 1.5 line spacing.

4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. / Your assignment should be between 2500 to 3000 words excluding references. The number of words should be shown at the end of your assignment. Do not copy the assignment question and instructions to your answer.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. / You must submit your assignment ON-LINE via the MyVLE. Refer to the portal for instructions on the procedures to submit your assignment on-line. You are advised to keep a copy of your submitted assignment for personal reference.

6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail./ You can submit your assignment ONCE only in a SINGLE file.

7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 5hb-15hb November 2013 (ONLINE). Serahan selepas 15hb November 2013 TIDAK akan diterima./ Your assignment must be submitted between 5th-15th November 2013. Submission after 15th November 2013 will NOT be accepted.

8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri . / Your assignment should be prepared individually. You should not copy another person’s assignment. You should also not plagiarise another person’s work as your own.

Page 2: 25114

______________________________________________________________________________

PENILAIAN / EVALUATION

Tugasan ini akan menyumbangkan 40% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik. / This assignment accounts for 40% of the marks for the course mentioned and shall be assessed based on the Rubrics.

Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula / You would be informed of the assignment mark before the Final Semester Examination commences.

PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH / PLAGIARISM : MARKS DEDUCTION

Amaran : Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: / Warning : The submitted assignment will automatically undergo a similarity check. If plagiarism is detected, marks would be deducted as follows:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh. / Assignments with 10 - 30 % overlap with others: 20% deduction from the total marks scored.

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50 % : potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh. / Assignments with 31 - 50 % overlap with others: 40% deduction from the total marks scored.

Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan. / Assignments with more than 50% overlap with others: Zero mark would be given.

Page 3: 25114

SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION

PENERANGAN

Jerebu di Malaysia bukanlah satu fenomena yang baru tetapi telah kerap berlaku hingga

terdapat sebahagian populasi yang tidak mengendahkan kesan jerebu kepada mereka.

Malahan terdapat juga rakyat Malaysia yang tidak mengambil langkah-langkah keselamatan

akibat kejahilan mereka terhadap aspek kesihatan. Tabiat ini menjadi ikutan kepada kanak-

kanak walaupun terdapat pelbagai amaran dan peringatan yang dikeluarkan oleh pihak yang

berwajib untuk berhadapan dan menangani jerebu.

Kementerian Pendidikan juga telah menggariskan beberapa langkah serta-merta bagi

mengatasi masalah jerebu. Malahan pihak sekolah juga telah mengadakan pelbagai program

‘ad hoc’ untuk mengatasi masalah ini. Salah satu daripada aktiviti yang boleh dijalankan

ialah dengan memberikan ceramah kepada para pelajar dan ibu bapa.

Anda dikehendaki :

a. menyediakan teks ceramah untuk disampaikan kepada para pelajar dan ibu bapa

berkaitan dengan jerebu

b. menyediakan persembahan powerpoint berkaitan kandungan ceramah yang

disampaikan

c. mengumpul artikel berkaitan dengan kesan jerebu terhadap kesihatan kanak-kanak

SOALAN

Bagi menyempurnakan tugasan, anda dikehendaki melaksanakan perkara-perkara berikut :

i. Menyediakan satu teks ceramah yang lengkap berkaitan dengan jerebu, punca-puncanya,

kesan jerebu terhadap kesihatan, langkah-langkah keselamatan dan langkah-langkah untuk

mengatasinya.

(20 markah)

ii. Menyediakan sekurang-kurangnya 10 slaid powerpoint berkaitan dengan kandungan

ceramah yang akan disampaikan

(10 markah)

Page 4: 25114

iii. Mengumpul sekurang-kurangnya 5 artikel berkaitan dengan bencana jerebu yang melanda

Malaysia baru-baru ini dan menulis refleksi berkaitan jerebu tersebut.

(10 markah)

[Jumlah 40 markah]

Page 5: 25114

PANDUAN PELAJAR

1. Anda dikehendaki menyempurnakan tugasan berdasarkan panduan di bawah ini :

a. Teks ceramah yang disediakan perlu disediakan dengan lengkap, jelas, tepat dan dapat

mengutarakan idea-idea yang bernas berpandukan data-data dan infomasi terkini serta

disokong oleh dapatan kajian yang berkaitan.

b. Persembahan PowerPoint yang disediakan hendaklah berkaitan dengan teks ceramah

yang akan disampaikan.

c. Anda juga dikehendaki mengumpul artikel terkini berkaitan dengan bencana jerebu yang

melanda Malaysia baru-baru ini dari pelbagai sumber seperti majalah, akhbar atau

internet.

d. Anda digalakkan menyertakan gambar-gambar, foto atau rajah untuk menyokong tugasan anda.

Catatan

1. Anda perlu menyediakan tugasan ini secara secara individu.

2. Anda dikehendaki menyenaraikan bahan rujukan yang berkaitan mengikut format APA. Perlu berbincang dengan tutor tentang cara menulis bibliografi yang betul.

Antara rujukan yang dicadangkan ialah :

i. OUM (2007). HBHE 2103 : Program Bersepadu Sekolah Sihat

ii. OUM (2007). HBHE 2203 : Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran

iii. OUM (2007). HBHE 3103 : Gaya Hidup Sihat

3. Masukkan elemen ICT dalam menghasilkan tugasan anda.

Page 6: 25114

RUBRIK TUGASANHBHE3103 GAYA HIDUP SIHATSEMESTER SEPTEMBER 2013

Kriteria Pemberatan

Sangat lemah Lemah Memuaskan Baik Cemerlang

Markah maksimum0 1 2 3 4

Penyediaan teks ceramah

5

Tidak menyediakan teks ceramah yang diperlukan.

(a) Teks ceramah yang disediakan dan diolah secara sangat ringkas. (b) Tidak menulis objektif penulisan.(c) Kesinambungan isi kandungan yang kurang memuaskan, hanya terdapat sedikit huraian data dan diulas secara sangat ringkas. (d) Cadangan yang diberikan kurang memuaskan serta kurang relevan.

(a) Teks ceramah yang disediakan dengan diolah secara baik dan ringkas sahaja.Tiada pemerengganan bahagian pendahuluan, perbincangan isi kandungan dan penutup.(b) Objektif penulisan kabur dan kurang difahami. (c) Kesinambungan isi kandungan yang agak baik. Tidak menepati kehendak koheran dan kohesi dalam penulisan.(d) Data dihuraikan secara ringkas dan perbincangan yang kurang memuaskan.

(a) Teks ceramah yang disediakan dan diolah secara baik tetapi masih kurang sistematik. Pemerangganan bahagian pendahuluan, perkembangan isi kandungan dan penutup ditulis secara kurang sistematik.(b) Objektif penulisan dinyatakan dengan baik tetapi kurang spesifik.(c) Kesinambungan isi kandungan teks ceramah baik tetapi kurang menepati kehendak koheran dan kohesi dalam penulisan.(d) Data-data dihuraikan dengan baik dan jelas. (e) Hujah serta cadangan yang baik.

(a)Teks ceramah yang sangat terperinci dan diolah secara sistematik. Terdapat pemerengganan bahagian pendahuluan, bahagian isi kandungan, dan penutup yang ditulis secara bersistematik.(b) Objektif penulisan dinyatakan sagat jelas dan spesifik.(c) Kesinambungan isi kandungan teks ceramah yang sangat baik dan adanya unsur koheran dan kohesi.(d) Data-data dihuraikan dengan baik dan sangat jelas serta kritikal.(e) Hujah serta cadangan yang sangat bernas dan memperlihatkan percambahan pemikiran penulis.

20

Page 7: 25114

Persembahan powerpoint

2.5 Tidak menghasilkan persembahan multimedia.

(a) Penghasilan multimedia yang kurang menarik dan tidak lengkap.(b) Hanya menyediakan empat hingga lima persembahan multimedia daripada sepuluh yang diperlukan. (c) pemilihan font, warna, dan keletakan setiap objek dalam skrin kurang memuaskan.

(a)Penghasilan multimedia yang agak, lengkap, menarik dan agak baik.(b) Hanya menyediakan enam hingga tujuh persembahan multimedia daripada sepuluh yang diperlukan.(c) Pemilihan font, warna, dan keletakan setiap objek dalam skrin agak baik. (d) Persembahan multimedia kurang menepati kesinambungan teks yang disediakan.

(a) Penghasilan multimedia yang menarik, baik, dan lengkap serta memuaskan.(b) Hanya menyediakan lapan hingga sembilan persembahan multimedia daripada sepuluh yang diperlukan.(c) Pemilihan font, warna, objek, dan keletakan objek pada skrin yang baik dan teratur.(d) Persembahan multimedia sebahagan besarnya mengikuti kesinambungan tek yang disediakan.

(a) Penghasilan multimedia yang amat menarik, amat baik, amat sempurna dan amat memuaskan.(b) Menyediakan sepuluh atau lebih persembahan multimedia yang diperlukan.(c) Pemilihan font, warna, illustrasi, grafik, objek, keletakan objek pada skrin yang amat baik dan amat bersistematik.(d) Persembahan multimedia amat bersesuaian dan mengikuti kesinambungan teks sepenuhnya.

10

Pengumpulan bahan

2.5 Tiada menyatakan sumber.

(a) Sumber yang disediakan kurang sesuai dan tidak menepati kehendak tajuk berkaitan dengan jerebu. (b) Hanya menyediakan satu hingga artikel yang berkaitan dengan jerebu.(c) Refleksi yang disediakan secara umum

(a) Sumber yang disediakan agak baik dan sebahagian besarnya adalah berkaitan dengan jerebu. (b) Menyediakan sekurang-kurangnya tiga artikel atau sumber yang berkaitan dengan jerebu.(c) Refleksi yang

(a) Sumber yang disediakan baik dan berkaitan dengan jerebu yang melanda negara Malaysia.(b) Menyediakan sekurang-kurangnya empat artikel atau sumber yang berkaitan dengan jerebu.

(a) Sumber yang disediakan amat baik dan amat berkaitan dengan jerebu yang melanda negara Malaysia.(b) Menyediakan lima artikel atau sumber yang berkaitan dengan jerebu.

10

Page 8: 25114

dan kurang menampakkan kematangan pemikiran.

disediakan agak baik dan sebahagiannya menampakkan kematangan pemikiran penulis.

(c) Refleksi yang disediakan baik dan menampakkan kematangan pemikiran penulis. Hujah serta idea berkaitan dengan artikel diulas dengan baik .

(c) Refleksi yang disediakan amat baik dan menampakkan secara jelas kematangan pemikiran penulis. Hujah dan idea berkaitan artikel diulas dengan amat baik dan bernas. Memperlihatkan percambahan pemikiran penulis.

JUMLAH MARKAH 40