25 februari 2017 / 1438 jabatan penerangan edisi … dokumen/2017/febuari/pelitabrunei... ·...

23
EDISI SABTU / PERCUMA JABATAN PENERANGAN 28 ''SESEORANG yang memiliki etika kerja yang sihat, mampu untuk bekerjasama secara sihat pula, tanpa membeza-beza status sosial dan bangsa, serta pandai menghormati orang lain.'' - Titah sempena Sambutan Hari Polis Pasukan Polis Diraja Brunei, Negara Brunei Darussalam Ke-96 Tahun 2017 pada 21 Jamadilawal 1438 Hijrah / 18 Februari 2017 Masihi. ''DAN kalaulah penduduk sesebuah negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan (rasul-rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka (dengan azab) disebabkan apa yang mereka telah usahakan.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah al-A'raf, ayat 96. TAHUN 62 / BILANGAN 24 1438 25 FEBRUARI 2017 / E-mel: [email protected] E-mel: [email protected] Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217 Faksimile: 2381004 Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn - INTISARI TITAH - Realisasikan tiga matlamat utama Wawasan Brunei 2035 Laksanakan wawasan penuh komitmen bagi menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara Bersatu padu kunci kejayaan Wawasan Brunei 2035 Sektor kerajaan dan swasta mustahak bekerja dalam satu pasukan Mekanisme 'korup' atau rasuah menjerumus negara kepada keburukan Pengisian Sambutan Hari Kebangsaan wajar bersifat ilmiah dan bercorak inklusif serta mampu merentasi semua generasi Kemerdekaan sebahagian sejarah bangsa dan 'mahkota' bangsa Realisasikan Wawasan Negara dengan penuh komitmen Oleh : Bolhassan Haji Abu Bakar, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Hamzah Mohidin Ke muka 3 BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 22 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, Wawasan Brunei 2035 tidak wajar dibiarkan sebagai satu retorik intelektual semata-mata, yang cuma indah dalam sebutan, tetapi kita mesti melaksanakannya dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh. ''Kita perlu bertindak lebih tangkas bagi menghasilkan impak yang tinggi yang boleh menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara,'' titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-33, Tahun 2017 di Istana Nurul Iman, di sini. Bagi merealisasikan tiga matlamat utama Wawasan Negara itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memperkenankan Kerangka Kerja, antara lain, menggariskan bidang-bidang utama yang perlu diberikan perhatian serta ke arah pencapaian hasil-hasil yang perlu dicapai. Peneraju-peneraju bagi setiap strategi titah baginda, juga telah dilantik. Untuk semua itu, baginda menyeru agar kita terlebih dahulu bersatu padu, jangan berpecah-belah dan pastikan semua usaha yang dibuat adalah secara muafakat, relevan dan menepati peredaran masa kerana itulah rahsia atau kunci kejayaan bagi Wawasan Negara 2035. KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan menerima tabik hormat perbarisan lalu daripada para peserta perbarisan pada Upacara Perhimpunan Agung sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien - Foto : Masri Osman (Lihat muka 5, 6, 12 dan 13). 5.05 5.15 6.33 6.56 12.34 3.51 6.34 7.43 Upacara Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan Ke-33 penuh gilang-gemilang Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama Kuota jemaah haji seramai 1,000 orang BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 22 Februari. - Berikutan Pertemuan Tahunan Konsultasi Pengurusan Haji Tahunan Peringkat Menteri antara Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi yang diketuai oleh Menteri masing-masing pada hari Khamis, 16 Februari 2017 di Jeddah, Arab Saudi, maka Kementerian Hal Ehwal Ugama sukacita memaklumkan bahawa dengan persetujuan Kerajaan Arab Saudi menerusi Kementerian Haji dan Umrahnya, kuota rasmi jemaah haji Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1438H / 2017M adalah ditetapkan seramai (1,000) seribu orang.

Upload: trankhue

Post on 31-Jan-2018

277 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

EDISI SABTU / PERCUMAJABATAN PENERANGAN28

''SESEORANG yang memilikietika kerja yang sihat, mampuuntuk bekerjasama secara sihatpula, tanpa membeza-beza statussosial dan bangsa, serta pandai

menghormati orang lain.''- Titah sempena SambutanHari Polis Pasukan Polis

Diraja Brunei,Negara Brunei Darussalam

Ke-96 Tahun 2017pada 21 Jamadilawal 1438 Hijrah /

18 Februari 2017 Masihi.

''DAN kalaulah penduduksesebuah negeri

itu beriman serta bertakwa,tentulah Kami akan melimpahkan

kepada mereka berkatdari langit dan bumi tetapi merekamendustakan (rasul-rasul Kami)

lalu Kami timpakan mereka(dengan azab) disebabkan

apa yang merekatelah usahakan.''- Firman Allah

Subhanahu Wata'ala dalamSurah al-A'raf,

ayat 96.

TAHUN 62 / BILANGAN 24 143825 FEBRUARI 2017 /

E-mel: [email protected]: [email protected]: 2382891 / 2383400 Smb: 217 Faksimile: 2381004 Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn

- INTISARI TITAH -Realisasikan tiga matlamat utama Wawasan Brunei 2035Laksanakan wawasan penuh komitmen bagi menyumbang kepadakemajuan dan kemakmuran negara

Bersatu padu kunci kejayaan Wawasan Brunei 2035Sektor kerajaan dan swasta mustahak bekerja dalam satu pasukanMekanisme 'korup' atau rasuah menjerumus negara kepada keburukanPengisian Sambutan Hari Kebangsaan wajar bersifat ilmiah danbercorak inklusif serta mampu merentasi semua generasiKemerdekaan sebahagian sejarah bangsa dan 'mahkota' bangsa

Realisasikan Wawasan Negaradengan penuh komitmen

Oleh : Bolhassan Haji Abu Bakar, Wan Mohamad Sahran Wan AhmadiFoto : Hamzah Mohidin

Ke muka 3

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 22Februari. - Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda Sultan HajiHassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulahibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'AliSaifuddien Sa'adul Khairi Waddien,Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam bertitah, Wawasan Brunei2035 tidak wajar dibiarkan sebagai saturetorik intelektual semata-mata, yang cumaindah dalam sebutan, tetapi kita mestimelaksanakannya dengan penuh komitmendan bersungguh-sungguh.

''Kita perlu bertindak lebih tangkas bagimenghasilkan impak yang tinggi yangboleh menyumbang kepada kemajuan dankemakmuran negara,'' titah Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam sempena Sambutan Hari

Kebangsaan Ke-33, Tahun 2017 di IstanaNurul Iman, di sini.

Bagi merealisasikan tiga matlamat utamaWawasan Negara itu, Kebawah DuliYang Maha Mulia telah memperkenankanKerangka Kerja, antara lain, menggariskanbidang-bidang utama yang perludiberikan perhatian serta ke arahpencapaian hasil-hasil yang perlu dicapai.

Peneraju-peneraju bagi setiap strategititah baginda, juga telah dilantik.

Untuk semua itu, baginda menyeru agarkita terlebih dahulu bersatu padu, janganberpecah-belah dan pastikan semua usahayang dibuat adalah secara muafakat, relevandan menepati peredaran masa keranaitulah rahsia atau kunci kejayaan bagiWawasan Negara 2035.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibniAl-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam ketika berkenan menerima tabik hormat perbarisan lalu daripada para peserta perbarisan padaUpacara Perhimpunan Agung sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien - Foto : Masri Osman (Lihat muka 5, 6, 12 dan 13).

5.05 5.15 6.33 6.56 12.34 3.51 6.34 7.43

Upacara Perhimpunan Agung HariKebangsaan Ke-33 penuh gilang-gemilang

Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama

Kuota jemaah hajiseramai 1,000 orang

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 22 Februari. - Berikutan Pertemuan TahunanKonsultasi Pengurusan Haji Tahunan Peringkat Menteri antara Kementerian Hal EhwalUgama, Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Haji dan Umrah, Kerajaan ArabSaudi yang diketuai oleh Menteri masing-masing pada hari Khamis, 16 Februari 2017di Jeddah, Arab Saudi, maka Kementerian Hal Ehwal Ugama sukacita memaklumkanbahawa dengan persetujuan Kerajaan Arab Saudi menerusi Kementerian Haji danUmrahnya, kuota rasmi jemaah haji Negara Brunei Darussalam bagi Musim HajiTahun 1438H / 2017M adalah ditetapkan seramai (1,000) seribu orang.

Page 2: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

2 HALUAN

2825 FEBRUARI 2017 BERSAMAAN 1438

Pasar Pelbagai Barangan GadongLambang keprihatinan

Kebawah DYMM kepada rakyatBismillahir Rahmannir Rahim

Assalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh

ALHAMDULILLAH, syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata'alakerana dengan limpah rahmat-Nya

jua kita dapat berkumpul bersama-samapada petang ini.

Sebelum memulakan ucapan peramba,kaola, saya yang seterusnya, marilah kitasemua yang hadir bersama-sama menjunjungkasih ke atas perhatian berat, keikhlasandan keprihatinan (KE-PE-RI-HA-TI-NAN)Kebawah Duli Yang Maha Mulia PadukaSeri Baginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu'izzaddin Waddaulah ibni Al-MarhumSultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adulKhairi Waddien, Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam ke atas ProjekJulangan Titah Pasar Pelbagai BaranganGadong.

Justeru itu juga, peramba / kaola / sayamerakamkan ucapan setinggi-tinggi terimakasih kepada Jawatankuasa Projek JulanganTitah Pasar Pelbagai Barangan Gadong yangterdiri daripada pihak kakitangan PejabatKebawah Duli Yang Maha Mulia sendiridan yang diketuai oleh Yang Berhormat PehinSetiausaha Sulit dan Laila Rahsia KebawahDuli Yang Maha Mulia Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam. Terima kasih atas usaha kerjakeras dan titik peluh mereka tanpa mengiramasa bagi menjayakan projek pengubahsuaiandan pembukaan rasmi 'Julangan Titah'Pasar Pelbagai Barangan Gadong.

Projek pengubahsuaian 'Julangan Titah'Pasar Pelbagai Barangan Gadong inimerupakan pemedulian Kebawah DYMMPaduka Seri Baginda Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalamterhadap permasalahan peniaga-peniagadi Pasar Pelbagai Barangan Gadong ini.Setentuya ini selari dengan misi kerajaan bagimembangun Perusahaan Mikro, Kecil danSederhana (MSME) dan oleh yang demikian,ini dengan sendirinya akan menyumbangkepada kemakmuran orang ramai dankestabilan negara selaras dengan hasratKebawah DYMM Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam.

Dengan adanya sokongan padu yang lahirdaripada sifat pemedulian dan perhatian beratKebawah DYMM Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam, pasar yang telah diubah suaiini insyaaAllah akan memastikan suasanajual beli yang lebih selesa di mana isu-isulama seperti kekurangan pendapatan danpersekitaran yang kurang selesa diharap akanditangani dan tidak akan timbul lagi.

Peramba / kaola / saya terdengar sejakpemindahan semula ke tapak yang asal,walaupun bukan di tempat yang sama, serbasedikit telah dapat meningkatkan pendapatan

para peniaga-peniaga. InsyaaAllah, lokasiyang asal berserta dengan kemudahan-kemudahan yang tersedia akan menggalakkanlebih ramai pelanggan berkunjung ke pasarini dan setentunya akan meningkatkanpendapatan peniaga-peniaga.

Dari segi ini terpapar pandangan jauhKebawah DYMM Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam dalam mengambil kira keperluanpara peniaga, bukan sahaja dari segi jasmani,namun keperluan rohani juga tidak lepas daripandangan Kebawah DYMM Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam dengan adanya peruntukansebuah surau agar para peniaga dan pelanggantidak ketinggalan menunaikan amal ibadatseperti yang kita telah sama-sama lakukantadi bagi Solat Berjemaah Fardu Asar.

Dalam urusan perniagaan ini, kitaperlu mengingati nilai-nilai murni ajaranIslam, termasuk kepentingan menjagakebersihan dan kesucian serta integriti.Nilai-nilai ini harus diterapkan sebagai satubest practice yang jelas dari segi persekitaranberniaga, penyediaan makan minum, dantempat hidangan di pasar ini.

Amalkanlah juga nilai-nilai teras, tulus,dan jujur dalam perniagaan anda, termasukdalam memenuhi amanah dengan mematuhisyarat-syarat perjanjian yang telah dimeteraiantara pihak peniaga dan Kerajaan KebawahDYMM Paduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalambagi perniagaan di pasar ini pada 31 Januari

2017.Alhamdulillah hari ini, melalui skim yang

dikelolakan oleh pihak Darussalam Enterprise(DARe), seramai 16 perusahaan yangberoperasi di pasar ini akan menerimapembiayaan kewangan melalui Skim MikroKredit. DARe merupakan sebuah badanberkanun yang bertujuan untuk memupukdan mendukung perusahaan tempatan dalampelbagai peringkat pertumbuhan. Selain SkimMikro Kredit ini, pihak DARe juga akanmenawarkan co-matching grant bagimemberikan apa-apa lagi suntikan modaltambahan. Setakat ini masih ada peluangbagi 159 perusahaan untuk menerima bantuankewangan bagi lebih menjana pertumbuhanperusahaan mereka terutamanya perusahaanstart-up.

Kerajaan Kebawah DYMM Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam dan agensi-agensi sepertiDARe akan sentiasa berusaha dengan gigihuntuk meluaskan akses sokongan bagi terusmenjana landskap keusahawanan tempatan.

Akhir sekali, peramba / kaola / sayaucapkan selamat berniaga kepada para peniagasekalian, antaranya 36 peniaga graduan kitayang berijazah sarjana dan sarjana muda. Inimenunjukkan bahawa orang Brunei tidak lagimemilih kerja dan berani menceburi bidangkeusahawanan yang semakin diminati dandihormati. Peramba / kaola / saya amatberbangga dengan graduan-graduan ini akanmula berniaga dari peringkat akar umbi danberharap dengan pengalaman ini, mereka akanmelahirkan generasi entrepreneurs yangberdisiplin baik dan menjana ekonomi negaradi masa akan datang. Kekalkanlah identiticara berniaga keBruneian zaman-berzamandan sama-samalah kita memohon doa danrestu kepada Allah Subhanahu Wata'alaagar perniagaan semua ahli penjaga akanberdaya tahan dan sentiasa dilimpahkanrezeki.

Akhirnya, marilah kita sama-sama sekalilagi menjunjung kasih di atas perhatian beratKebawah DYMM Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam yang sentiasa mengutamakankesejahteraan rakyat. Marilah kita sebagairakyat terus menerus mendukung nilai-nilaimurni prinsip Melayu Islam Beraja dan padamasa yang sama mengambil peluang iniuntuk merakamkan rasa syukur ke ataskebijaksanaan dan kemurahan hati KebawahDYMM Paduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.Marilah kita semua sama-sama mendoakansemoga Kebawah DYMM Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam serta kerabat dirajaakan sentiasa berada dalam kebahagiaan,sihat walafiat dan di bawah perlindunganAllah Subhanahu Wata'ala jua. Amin, amin,Ya Rabbal Alamin.

HARI SABTU 25 FEBRUARI 2017

FEBRUARI JAMADILAWAL

25262728

1 MAC23

282930

1 JAMADILAKHIR

23

4

5 . 055 . 055 . 055 . 055 . 045 . 055 . 05

5 . 155 . 155 . 155 . 155 . 145 . 145 . 14

6 . 336 . 336 . 326 . 326 . 326 . 326 . 31

6 . 566 . 556 . 556 . 556 . 546 . 546 . 54

12 . 3412 . 3412 . 3412 . 3412 . 3412 . 3412 . 33

3 . 513 . 513 . 513 . 503 . 503 . 493 . 49

6 . 346 . 346 . 346 . 336 . 336 . 336 . 33

7 . 437 . 437 . 437 . 437 . 437 . 437 . 43

������������

���������

�����������

MENTERI Tenaga dan Perindustriandi Jabatan Perdana Menteri, Yang BerhormatPehin Datu Singamanteri Kolonel (B) DatoSeri Setia (Dr.) Awang Haji MohammadYasmin bin Haji Umar semasa berucap padaMailis Pembukaan Rasmi 'Julangan Titah'Pasar Pelbagai Barangan Gadong padahari Khamis, 5 Jamadilawal 1438 Hijrahbersamaan 2 Februari 2017 Masihi di PasarPelbagai Barangan Gadong.

Ke muka 8

TERAPKAN SEMANGATPATRIOTISME

MESKIPUN cuaca kurang mengizinkan denganturunnya hujan dari awal pagi, namun ia tidak pernahmelunturkan dan mematahkan semangat patriotisme

133 buah pasukan yang melibatkan 23,000 peserta termasukPasukan Pembaca Ikrar, Pasukan Pembawa Bendera-Bendera,Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei,Pasukan Beruniform, Pelatih Program Khidmat Bakti Negara(PKBN), Pasukan Orang-Orang Berkeperluan Khas, PasukanKementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaandi ibu negara untuk sama-sama menunjukkan taat setia danhormat kepada raja serta negara dengan mengambil bahagiandalam Upacara Perhimpunan dan Perbarisan sempenaSambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33 yang diadakan pada 23 Februari laludi Taman Sir Muda Haji Omar 'Ali Saifuddien.

Malahan semangat terus berkobar dengan keberangkatanKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan HajiHassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum SultanHaji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka-padukaanakanda dan adinda baginda untuk menyertai rakyatserta penduduk di negara ini ke upacara yang bertemakan'Menjayakan Wawasan Negara'.

Menyentuh mengenai tema sambutan, ''Pada tahun ini,kita menyambutnya dengan tema 'Menjayakan WawasanNegara'. Tema ini sangatlah bersesuaian setelah tiga tahunberturut-turut kita memakai 'Generasi Berwawasan','' titahKebawah DYMM sempena Sambutan Hari KebangsaanKe-33, Tahun 2017 di Istana Nurul Iman.

Kebawah DYMM bertitah, kita tidaklah wajar membiarkanwawasan ini sebagai retorik intelektual semata-mata, yang cumaindah dalam sebutan. Tetapi kita mesti melaksanakannyadengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh.

Selain itu, Kebawah DYMM juga bertitah mengingatkanbahawa kemerdekaan adalah sebahagian daripada sejarahbangsa, dan malah merupakan 'mahkota' bangsa.

Titah baginda, mencuaikan kemerdekaan bermaknamencuaikan sejarah serta sekali gus 'menyambaranakan'mahkota bangsa.

Sehubungan itu, negara kita sekali lagi mencatat sejarahnyadengan mengadakan Upacara Perhimpunan dan Perbarisanyang mana dimulai dengan Upacara Perbarisan Lalu di hadapanPentas Diraja.

Persembahan 'Bicara Berirama' yang disertai seramai 433peserta dari Sekolah Rendah Anggerek Desa, Sekolah RendahHaji Muhammad Jaafar Maun, Kiulap; Sekolah St. George's danpelatih-pelatih PKBN Pengambilan Ke-6 juga turut diadakan.

Persembahan ini menekankan peranan generasi muda yangterdiri dari kanak-kanak dan belia dalam melengkapkan bagimencapai Wawasan Brunei 2035.

Sebagai tanda menzahirkan rasa syukur ke hadrat AllahSubhanahu Wata'ala dan menumpukan taat setia di bawahpimpinan Kebawah DYMM, Ikrar Hari Kebangsaan turutdilafazkan dan laungan takbir 'Allahuakbar' juga dilaungkansebanyak tiga bagi menyemarakkan lagi sambutan.

Rakyat dan penduduk di negara ini juga berpeluangmenyaksikan Persembahan Tema 'Menjayakan Wawasan Negara'yang dipersembahkan oleh seramai 6,833 peserta mewakilipelbagai sektor dan agensi pembangunan negara termasuk beliayang mewakili sekolah-sekolah menengah, maktab-maktab daninstitusi-institusi pengajian tinggi.

Persembahan Tema ini membawa segenap lapisanmasyarakat untuk menghayati peranan mereka dalam mencapaiWawasan Brunei 2035, di mana di dalamnya dipersembahkansub-tema persembahan, iaitu peranan pelbagai lapisanmasyarakat dalam menjayakan Wawasan Negara 2035.

Sehubungan itu, tema 'Menjayakan Wawasan Negara'menyifatkan pandangan Kebawah DYMM yang jauh ke hadapanmemastikan negara ini dikenali di seluruh dunia sebagai sebuahnegara yang memiliki rakyat yang berpendidikan, berkemahirantinggi dan berjaya, kehidupan rakyat yang berkualiti tinggidan ekonomi yang dinamik serta berdaya tahan. - KetuaPenyuntingan (Hs).

Page 3: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 2017 3

Pengisian Sambutan Hari Kebangsaanwajar bersifat ilmiahBANDAR SERI BEGAWAN,Rabu, 22 Februari. - Semuapengisian program Sambutan HariKebangsaan pada tahun ini adalahwajar bersifat ilmiah dan bercorakinklusif serta mampu untukmerentasi semua generasi akan dapatmemahami erti kemerdekaan.

''Tujuan kita dengan ini, ialahsupaya semua peringkat, secarasambung bersambung, akandapat memahami erti sebenarkemerdekaan,'' titah Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan Haji Hassanal

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-MarhumSultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenanmengurniakan titah sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-33, Tahun 2017 yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

Oleh : Bolhassan Haji Abu Bakar, Wan Mohamad Sahran Wan AhmadiFoto : Hamzah Mohidin

Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulahibni Al-Marhum Sultan HajiOmar 'Ali Saifuddien Sa'adulKhairi Waddien, Sultan danYang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam dalam perutusansempena Sambutan HariKebangsaan Ke-33, Tahun 2017di Istana Nurul Iman.

Kebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam seterusnya bertitahmenyarankan agar pengisianSambutan Hari Kebangsaan tahun ini

sebaiknya lebih menekankan kepadapembentukan sifat-sifat dalamanyang sihat, seperti jujur, amanahdan setia.

Tanpa semua sifat-sifat itu, jelasbaginda, jentera kehidupan ataujentera pentadbiran tidak akan dapatberjalan baik, bahkan sebaliknyaboleh bermasalah dan lemah.

Maka dengan itu, baginda bertitah,barulah nanti akan diharapkan semuapihak khasnya para generasi yangmenyusul kemudian, akan benar-benar terikat kepada menghargaidan menyayangi kemerdekaan.

''Seyogia diingat, bahawa

kemerdekaan adalah sebahagiandari sejarah bangsa, dan malahmerupakan 'mahkota' bangsa.Mencuaikan kemerdekaan bermaknamencuaikan sejarah, serta sekaligus 'menyambaranakan' mahkotabangsa,'' tegas baginda.

Dalam titah perutusan, bagindajuga merakamkan ucapanpenghargaan ucapan setinggi-tinggipenghargaan dan terima kasihkepada semua peserta dan petugasserta Ahli-ahli JawatankuasaTertinggi serta Ahli-ahliJawatankuasa Sambutan PerayaanUlang Tahun Hari Kebangsaan

Negara Brunei Darussalam Ke-33pada tahun ini.

Seterusnya baginda jugamerakamkan ucapan penghargaankepada semua lapisan rakyatdan penduduk di negara initermasuk semua peringkat wargaPerkhidmatan Awam, meliputi jugamereka yang bertugas di luar negara,pasukan-pasukan keselamatan sertamereka yang berkhidmat di sektorswasta sambil berdoa, kitadan negara akan sentiasaterpelihara dan mendapatperlindungan daripada AllahSubhanahu Wata'ala.

''Ini, meliputi untuk semua,sama ada sektor kerajaanmahupun swasta adalah mustahakuntuk memupuk kerjasama danpersefahaman, dalam makna,semua kita adalah dikehendakiuntuk bekerja dalam satu pasukantanpa melakukan perkara-perkarayang menyalahi peraturan atauundang-undang.

Walaupun kita sudah memilikiinfrastruktur, teknologi, peralatan,mekanisme dan sistem yangbaik, namun tegas baginda, jika'dalaman' kita tidak baik, makahasilnya tetap tidak baik juga.

Baginda seterusnya membericontoh, apabila di dalam kerajaanterdapat mekanisme yang 'korup'atau rasuah, maka sekalipunianya dari kalangan ilmuwan danmempunyai kemahiran tinggi,namun sikapnya yang sedemikianitu tidak akan menolonguntuk membawa kebaikanmalah sebaliknya menjerumuskannegara kepada keburukan.

Tegas baginda, perkara itulah

yang perlu kita kawal untukmengelakkan negara darimengalami perkara-perkarayang tidak diingini.

''Kita sudah melihat ataumendengar, banyak kejadianyang tidak diingini berlaku dimana-mana, seperti amalan-amalan pecah amanah, rasuahdan lain-lain. Kita juga turutmengetahui, bahawa tempat-tempat yang dilanda olehgejala-gejala seperti ini tidaksunyi dari mengalami pelbagaikesusahan,'' titah baginda.

Oleh itu, Negara BruneiDarussalam, titah baginda,mestilah selalu berwaspadasambil mengambil iktibardaripadanya.

Terdahulu, dalam titahbaginda telah menyentuhmengenai dengan tema SambutanHari Kebangsaan tahun ini'Menjayakan Wawasan Negara',yang mana tema berkenaansangat bersesuaian setelahtiga tahun berturut-turutmenggunakan tema 'GenerasiBerwawasan'.

Dari muka 1

Realisasikan Wawasan Negaradengan penuh komitmen

Kebawah DYMM berkenan menghantar perutusan tahniah

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25Februari. - Kebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan Haji HassanalBolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibniAl-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali SaifuddienSa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telahberkenan menghantar titah-titah perutusantahniah kepada His Highness Sheikh SabahAl-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwaitdan kepada Perdana Menteri Kuwait, HisHighness Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad

Al-Sabah dan kerajaan serta rakyat Kuwaitsempena dengan Hari Kebangsaan Kuwait.

Dalam titah perutusan tahniah kepada HisHighness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-JaberAl-Sabah, Amir Kuwait, Kebawah Duli YangMaha Mulia merakamkan kegembiraan dapat

mengalu-alukan keberangkatan His HighnessSheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah,Amir Kuwait semasa mengadakan LawatanNegara ke Negara Brunei Darussalam padabulan Oktober yang lepas.

Kebawah DYMM penuh yakinPerjanjian dan Memorandum-MemorandumPersefahaman (MoUs) yang telahditandatangani semasa keberangkatanLawatan Negara His Highness itu akanmeningkatkan lagi kerjasama di antarakedua-dua buah negara.

Sementara itu, dalam titah perutusan tahniahyang sama kepada Perdana Menteri Kuwait, HisHighness Sheikh Jaber Mubarak Al-HamadAl-Sabah, Kebawah DYMM amat menghargaihubungan yang erat dan kerjasama yangbernilai di antara kerajaan dan rakyat kedua-duabuah negara dan berharap akan dapatmengukuhkan lagi hubungan yang telah sekianlama wujud pada tahun-tahun mendatang.

Pada mengakhiri titah-titah perutusantahniah tersebut, Kebawah DYMM berdoake hadrat Allah Subhanahu Wata'alasemoga His Highness Sheikh SabahAl-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, AmirKuwait dan ahli kerabat diraja dan juga PerdanaMenteri Kuwait, His Highness Sheikh JaberMubarak Al-Hamad Al-Sabah akansentiasa berada di dalam sihat sejahtera dankegembiraan, serta Negara Kuwait danrakyatnya sentiasa menikmati keamanan dankemakmuran yang berpanjangan.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adulKhairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada His Highness Sheikh SabahAl-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwait dan kepada Perdana Menteri Kuwait, His Highness Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah dan kerajaan serta rakyatKuwait sempena dengan Hari Kebangsaan Kuwait.

Page 4: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 20174

BANDAR SERI BEGAWAN,Rabu, 22 Februari. - Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan Haji HassanalBolkiah Mu'izzaddin Waddaulahibni Al-Marhum Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien Sa'adul KhairiWaddien, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara BruneiDarussalam berangkat ke MajlisKesyukuran Sembahyang FarduMaghrib dan Isyak Berjemaah,Membaca Surah Yaa Siin danDoa Kesyukuran sempena SambutanUlang Tahun Hari KebangsaanNegara Brunei Darussalam Ke-33,Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihiyang diadakan di MasjidOmar 'Ali Saifuddien, Bandar SeriBegawan, di sini.

Keberangkatan Kebawah DuliYang Maha Mulia ke majlis tersebutdijunjung oleh Menteri Hal EhwalUgama, Yang Berhormat PehinUdana Khatib Dato Paduka SeriSetia Ustaz Haji Awang Badaruddinbin Pengarah Dato Paduka HajiOthman dan Menteri Kebudayaan,Belia dan Sukan, Yang BerhormatPehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral(B) Dato Paduka Seri Haji AwangHalbi bin Haji Mohd. Yussof, selakuPengerusi dan Ahli Jawatankuasa

Tertinggi Sambutan Ulang TahunHari Kebangsaan Ke-33, Tahun1438H / 2017M.

Berangkat sama, ialah Duli YangTeramat Mulia Paduka Seri PengiranMuda Mahkota Pengiran Muda HajiAl-Muhtadee Billah, Yang TeramatMulia Paduka Seri Duli PengiranMuda 'Abdul Malik dan YangTeramat Mulia Paduka Seri DuliPengiran Muda 'Abdul Wakeel.

Sejurus keberangkatan bagindadan kerabat diraja yang lain,Azan Maghrib telah dilaungkanoleh Pegawai Masjid Omar 'AliSaifuddien, Mudim Awang HajiMetassim bin Haji Metussin.

Kebawah DYMM kemudianmenunaikan Sembahyang FarduMaghrib Berjemaah yangdiimamkan oleh Yang BerhormatPehin Datu Imam Dato PadukaSeri Setia Ustaz Haji AwangAbdul Hamid bin Bakal.

Ia diikuti dengan SembahyangSunat Hajat yang diimamkan olehYang Berhormat Pehin Orang KayaPaduka Seri Utama Dato PadukaSeri Setia Haji Awang Salim binHaji Besar yang kemudiannyamemimpin bacaan Surah Yaa Siinberamai-ramai.

Doa Kesyukuran dibacakan olehMufti Kerajaan, Yang Berhormat

Pehin Datu Seri Maharaja DatoPaduka Seri Setia (Dr.) Ustaz HajiAwang Abdul Aziz bin Juned.

Sementara itu, Azan Isyakdikumandangkan oleh Pegawai HalEhwal Masjid, Masjid Omar 'AliSaifuddien, Mudim Awang Haji

Amran bin Haji Md. Sallehdan Sembahyang Fardu IsyakBerjemaah diimamkan oleh YangDimuliakan Pehin Orang KayaPaduka Setia Raja Dato PadukaSeri Setia Haji Awang Suhaili binHaji Mohiddin.

Majlis kesyukuran tersebut jugatelah diadakan di semua masjid,surau dan balai ibadat seluruh negaradengan beberapa buah masjidsebagai tumpuan mengikutdaerah-daerah seperti di DaerahBrunei dan Muara di MasjidOmar 'Ali Saifuddien, BandarSeri Begawan; Jame' 'Asr HassanilBolkiah, Kampung Kiarong;Masjid Al-Ameerah Al-HajjahMaryam, Kampung Jerudong;Masjid Mohamed Bolkiah,Kampung Serusop; Masjid SultanSharif Ali, Kampung Sengkurong;Masjid Al-Muhtadee Billah,Kampung Sungai Kebun; MasjidSetia Ali, Pekan Muara dan MasjidPerpindahan Lambak Kanan.

Manakala di Daerah Belait pulaialah di Masjid Muhammad JamalulAlam, Kuala Belait; Masjid RPNKampung Pandan, Kuala Belait danMasjid Pekan Seria, Daerah Belait.

Sementara itu, bagi DaerahTutong diadakan di Masjid HassanalBolkiah, Pekan Tutong danDaerah Temburong di Masjid UtamaMohammad Salleh, Pekan Bangar.

ANTARA orang ramai yang hadir semasa Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sempenaSambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 1438H / 2017M (kiri dan kanan).

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan paduka-paduka anakanda baginda berkenan menerima junjung ziarah sebelumberangkat meninggalkan majlis.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam berangkat ke Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari KebangsaanNegara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi. Berangkat sama, paduka-paduka anakanda baginda, iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda HajiAl-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. DauddinFoto : Mohamad Azmi Awang Damit, Muhammad Asri Haji

Awang Abas

Kebawah DYMM berangkat ke majlis kesyukuran

Page 5: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 2017 5

Lebih 6,000 peserta warnai PersembahanTema Menjayakan Wawasan Negara

BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 23 Februari. - AcaraKemuncak Perhimpunan AgungSambutan Ulang Tahun Hari

Kebangsaan Ke-33 yangberlangsung di Taman Haji SirMuda Omar 'Ali Saifuddien,di ibu negara diwarnai dengan

Persembahan Tema 'MenjayakanWawasan Negara' yang dijayakanoleh 6,833 peserta mewakilipelbagai sektor dan agensipembangunan negara termasuk parapelajar sekolah-sekolah menengah,maktab-maktab dan institusi-institusi pengajian tinggi.

Persembahan Tema membawasegenap lapisan masyarakatuntuk menghayati perananmereka dalam mencapai WawasanBrunei 2035, di mana didalamnya dipersembahkan sub-temapersembahan, iaitu Perananpelbagai lapisan masyarakatdalam menjayakan WawasanNegara 2035.

Sinopsis Persembahan Temamembawa para penonton untukmenghayati peranan individu dalampembangunan negara, bermuladari kanak-kanak sehingga dewasa,di mana dalam babak pertama,sebagai seorang murid, kanak-kanakperlu melengkapkan diri merekadengan ilmu dan pengetahuanserta kepekaan dalam menjaga masakerana masa adalah emas danharuslah diisi dengan kegiatanyang bermanfaat.

Babak kedua pula menekankanperanan belia sebagai ejentransformasi negara, seterusnyababak ketiga menggambarkankecemerlangan yang akan dicapaijika warga berjaya berperananmemajukan bangsa dan negara,sementara babak keempatmenggambarkan kepentingankeluarga bahagia sebagai tunjangkepada pembangunan masyarakatyang berjaya, dan babakkelima akhirnya menggambarkankecemerlangan bangsa dan negaradalam mencapai wawasan negara,bangsa yang sehati senada akanmencapai kemajuan bersama-sama.

Terdahulu, buat julung kalinyadiadakan Persembahan BicaraBerirama yang dipersembahkan olehseramai 433 peserta melibatkanpenuntut dari Sekolah RendahAnggerek Desa, Sekolah Rendah

Haji Muhammad Jaafar MaunKiulap, Sekolah St. George's danpelatih PKBN Pengambilan Ke-6.

Persembahan ini menekankanperanan generasi muda yangterdiri dari kanak-kanak dan beliadalam melengkapkan bagi mencapaiWawasan Brunei 2035.

Antara sinopsis PersembahanBicara Berirama ialah mengutarakansuara belia harapan berkaitan temaSambutan Hari Kebangsaan, iaitu

'Menjayakan Wawasan Negara',dengan menjelaskan bagaimanapara belia ini dapat menjayakanWawasan Negara tersebutdengan mendidik jiwa ke arahkebaikan; sentiasa menjagakehormatan diri; memeliharakeperibadian; dan mengawalpenampilan dengan berlandaskanajaran agama Islam.

Oleh : Khartini HamirFoto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor,Masri Osman, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah,

Hamzah Mohidin, Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. AmirulnizamPg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adulKhairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam gembiramenyaksikan persembahan yang membawa tema 'Menjayakan Wawasan Negara'semasa Upacara Perhimpunan Agung sempena Sambutan Ulang Tahun HariKebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33.

PARA peserta penuh bersemangatmembuat persembahan meskipundalam suasana hujan yang lebatdemi menjayakan Sambutan HariKebangsaan (kanan dan bawah).

DI ANTARA lebih enam ribu peserta yang terdiri daripada kanak-kanak hinggadewasa dengan penuh semangat patriotisme menjayakan persembahan yangmenekankan peranan belia sebagai ejen transformasi negara.

Ke muka 6

Page 6: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 20176

Namun apakah yang perludimiliki oleh para belia ke arahmencapai Wawasan Negara itu?Iaitu dengan mempunyai kesedarandiri; mampu melaksanakan segalaperancangan matlamat hidupdengan tindak-tanduk perbuatan;mempunyai jati diri sertakeperibadian yang luhur agarterhindar dari kemunduran dankerosakan; dan memiliki mindset yang positif, berkeyakinan diri,dinamik, kreatif, berinovatif sertabertanggungjawab yang benar-benardiperlukan untuk menggerakkannegara dengan tidak bergantungkepada pihak kerajaansemata-mata.

Mereka juga menyebut tentangperanan ibu bapa dalammembimbing ke arah berbudibahasa dan bersopan santunsejak kecil lagi, selain mengajarkanuntuk sentiasa mempunyai sifathormat-menghormati, bersopansantun, bertolak-ansur kepada oranglain tanpa mengira bangsa danagama dan tidak melakukankekotoran di negara sendiri denganmembuang sampah di meratatempat dan sebagainya.

Juga turut disentuh ialahmengenai peri-mustahaknyabudi bahasa untuk melahirkanbelia yang mulia, unggul danutopia, demi merealisasikan aspirasinegara ke arah Wawasan Negara2035, seumpama pepohon yangterus bergoyang, biarlah matahariterus bersinar dan biarlah NegaraBrunei Darussalam terus diseganikerana kekayaan budi bahasarakyatnya.

Pada mengakhiri PersembahanBicara Berirama itu, merekamenyeru kepada para belia mudamudi di negara ini untuk sama-samabangkit memajukan diri masing-masing dan seterusnya menjadikelompok belia Muslim yangberguna yang dapat memberisumbangan kepada pembangunannegara dan kemajuan ummahmelalui pendidikan yang disediakanoleh pihak kerajaan, yang sempurnadan seimbang iaitu pendidikanyang berteraskan kepada agamadan akademik.

Di samping itu, mereka turutmengingatkan bahawa ketikaini banyak gejala sosial sepertipengambilan bahan terlarang,pergaulan bebas, pemugut, dansebagainya yang berlaku di segenap

lapisan masyarakat kitani, dari itumereka menyeru bahawa kitaharus sedar dan berusaha denganmenguatkan dan mengukuhkanlagi 'Iman' diri kerana disebabkanterlalu banyak berlakunyagejala-gejala tersebut, pihakkerajaan mahupun masyarakattelah mengambilinisiatifbertungkus-lumus membanterasmasalah berkenaan.

Upacara persembahan padangterus disemarakkan dan diwarnaidengan penuh gilang-gemilang,sorak tawa segenap lapisanmasyarakat dan penduduk di negaraini yang datang menyaksikansambutan berkenaan terdiri daripelbagai lapisan bangsa dan agamatetap memeriahkan lagi suasanaTaman dan bandar itu sendiri bagisama-sama menzahirkan semangatpatriotisme yang tinggi dalammenyanjungi, mencintai danmempertahankan negara darisebarang anasir-anasir yang

negatif.Sementara itu, dalam Upacara

Perbarisan Lalu menyaksikanpenglibatan 133 pasukan yangmelibatkan 23,000 peserta

termasuk Pasukan PembacaIkrar, Pasukan Pembawa Bendera-Bendera, Angkatan BersenjataDiraja Brunei, Pasukan PolisDiraja Brunei, Pasukan Beruniform,

Pelatih Program Khidmat BaktiNegara (PKBN), PasukanOrang-Orang Berkeperluan Khas,Pasukan Kementerian-Kementeriandan Jabatan-Jabatan Kerajaan.

Dari muka 5

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali SaifuddienSa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka-paduka anakanda dan adinda gembira dan melambaikan tangan kepadapara peserta yang mengambil bahagian semasa upacara kemuncak sambutan tersebut.

SUASANA keindahan kemuncak Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-33 yang penuhgilang-gemilang dan warna-warni di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien (atas). Sementara gambar bawah, orang ramaitidak melepaskan peluang hadir dan menyaksikan suasana sambutan tersebut.

PASUKAN dari Jabatan Perdana Menteri sama-sama mempersembahkan perananpelbagai lapisan masyarakat dalam menjayakan Wawasan Negara 2035 sempenaSambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33.

Page 7: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 2017 7AGAMA

Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait

Masjid Utama Mohammad Salleh, Temburong

Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong

Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang TahunHari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar (tiga, kiri) semasa hadirpada Majlis Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin serta Membaca Doa Kesyukuransempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2017 Masjid Utama MohammadSalleh, Pekan Bangar.

Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain

Berita & Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

TUTONG, Rabu, 22 Februari. -Sembahyang Fardu Maghrib danIsyak Berjemaah, Membaca SurahYaa Siin dan Doa Kesyukuransempena Sambutan Ulang TahunHari Kebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33, Tahun 2017diselenggarakan serentak dimasjid-masjid, surau-surau danbalai-balai ibadat seluruhnegara.

Seperti kelazimannya bersempenadengan acara kenegaraan ini, tumpuanutama bagi Daerah Tutong diadakandi Masjid Hassanal Bolkiah, PekanTutong, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormatmajlis berkenaan ialah TimbalanMenteri Hal Ehwal Luar Negeri danPerdagangan, Yang Mulia DatoPaduka Awang Haji Erywan bin PehinDatu Pekerma Jaya Haji Mohd.Yusof.

Majlis dimulakan denganSembahyang Fardu MaghribBerjemaah dan diikuti denganSembahyang Sunat Hajat yangdiimamkan oleh Imam masjidtersebut, Awang Sahibul Omarbin Haji Mohd. Yusof.

Bacaan Surah Yaa Siin dipimpinoleh Pegawai Hal Ehwal Masjid,

TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu PekermaJaya Haji Mohd. Yusof (empat, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, MembacaSurah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33,Tahun 2017 di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

Berita dan Foto : Noraisah Muhammed

KUALA BELAIT, Rabu, 22 Februari.- Sebagai tanda kesyukuran ke hadratAllah Subhanahu Wata'ala kerana

atas kepimpinan bijaksana KebawahDuli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-Pertuan

TIMBALAN Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit(tiga, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, MembacaSurah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun1438 Hijrah bersamaan 2017 Masihi di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

TEMBURONG, Rabu, 22 Februari. -Masjid Utama Mohammad Salleh,Pekan Bangar menjadi tumpuan Majlis

Sembahyang Fardu Maghrib dan IsyakBerjemaah, Membaca Surah Yaa Siinserta Membaca Doa Kesyukuran

Negara Brunei Darussalam, rakyat danpenduduk di negara ini dapat hidupdalam sebuah negara yang aman,

makmur dan sejahtera telah diadakanMajlis Kesyukuran SembahyangFardu Maghrib dan Isyak Berjemaah,Membaca Surah Yaa Siin dan DoaKesyukuran sempena MenyambutUlang Tahun Hari Kebangsaan NegaraBrunei Darussalam Ke-33, Tahun1438 Hijrah bersamaan 2017 Masihidi seluruh masjid dan surau didaerah ini.

Masjid Muhammad Jamalul Alam,Kuala Belait merupakan masjidtumpuan utama bagi acara tersebut.Hadir selaku tetamu kehormatpada majlis tersebut, ialah TimbalanMenteri Pertahanan, Yang MuliaLaksamana Pertama (B) Dato SeriPahlawan Awang Abdul Aziz binHaji Mohd. Tamit.

Sembahyang Fardu Maghrib danIsyak Berjemaah diimamkan PegawaiHal Ehwal Masjid MuhammadJamalul Alam, Kuala Belait, AwangAkup bin Haji Lamat, sementara

bacaan Doa Kesyukuran dibacakanoleh Ketua Pegawai Ugama DaerahBelait, Awang Haji Asminan binHaji Chuchu.

Turut hadir pada majlis tersebut,ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara,Yang Berhormat Hanapi bin Mohd.Siput, Pemangku Penghulu MukimLabi. Hadir sama, Pegawai DaerahBelait, Awang Haji Haris bin Othman;ketua-ketua jabatan dan cawanganDaerah Belait, penghulu-penghulumukim dan ketua-ketua kampung,pengetua-pengetua maktab / sekolahmenengah kerajaan dan bukankerajaan, guru-guru besar sekolahrendah kerajaan dan bukan kerajaanDaerah Belait, Ahli-Ahli MajlisPerundingan Mukim dan Kampung,pegawai dan kakitangan JabatanKerajaan Daerah Belait, pegawai dankakitangan syarikat-syarikat swastaserta Ahli Takmir Masjid MuhammadJamalul Alam.

sempena Sambutan Ulang TahunHari Kebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33, Tahun 2017

Bagi Daerah Temburong dengantema sambutan kali ini 'MenjayakanWawasan Negara'.

Majlis dimulakan denganSembahyang Fardu MaghribBerjemaah dan Solat Sunat Hajat yangdiimamkan oleh Imam Masjid UtamaMohammad Salleh, Pekan Bangar,Awang Haji Yussof bin Haji Ahad dandisusuli dengan bacaan Surah Yaa Siinberamai-ramai yang dipimpin olehPegawai Hal Ehwal Masjid, MasjidUtama Mohammad Salleh, PekanBangar, Haji Awang Shafrillah binHaji Ahmad.

Manakala Doa Kesyukurandibacakan oleh Pemangku KetuaPegawai Ugama Daerah Temburong,Awang Haji Kamarulzaman bin HajiKamis, sementara Sembahyang FarduIsyak Berjemaah diimamkan olehHaji Awang Shafrillah bin HajiAhmad.

Turut hadir pada majlis ini,Timbalan Menteri Pembangunan,Yang Mulia Dato Paduka AwangHaji Suhaimi bin Haji Gafar;Ahli Majlis Mesyuarat Negara, YangBerhormat Awang Haji Emran bin

Haji Sabtu, selaku Penghulu MukimBokok; Pegawai Daerah Temburong,Awang Mohd. Amir Hairil bin AwangHaji Mahmud; pegawai-pegawaikanan kerajaan, penghulu-penghulumukim dan ketua-ketua kampungserta para jemaah masjid.

Majlis keagamaan yang diadakansetiap tahun di ambang SambutanUlang Tahun Hari KebangsaanNegara Brunei Darussalam ini adalahpenzahiran kesyukuran ke hadrat Al-lah Subhanahu Wata'ala, kerana di ataslimpah kurnia Rahmat-Nya jua bumiBrunei Darussalam terus dikurniakankeamanan, keselamatan dankemakmuran yang berpanjangansepanjang 33 tahun mengecapikemanisan sebagai sebuah negaramerdeka, dan di bawah kepimpinanseorang Raja yang bijaksana dandikasihi, Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda Sultandan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam, seluruh rakyat danpenduduk di negara ini dapatmenjalani kehidupan dalam keadaanselesa, bahagia dan amandamai.

Masjid Hassanal Bolkiah, AwangMohammad Fauzi bin HajiAnuar.

Majlis diteruskan dengan bacaanDoa Kesyukuran sempena menyambutUlang Tahun Hari Kebangsaan NegaraBrunei Darussalam Ke-33, dipimpinoleh Ketua Pegawai Ugama DaerahTutong, Kementerian Hal EhwalUgama, Awang Hassan binAmat.

Majlis diakhiri dengan SembahyangFardu Isyak Berjemaah, yangdiimamkan oleh Awang SahibulOmar bin Haji Mohd. Yusof.

Majlis keugamaan adalah bertujuanbagi memohon ke hadrat Ilahi agarNegara Brunei Darussalam, raja,rakyat dan penduduk serta segala isididalamnya dan seluruh teluk rantaudan jajahannya akan terus dikurniakankeberkatan dan sentiasa terpeliharadan diberkati oleh Allah SubhanahuWata'ala di bawah kepimpinan adillaila bijaksana Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam turun-temurun diatas takhta singgahsana.

Turut hadir pada majlis tersebutialah Pegawai Daerah Tutong, AwangShamsul Bahrin bin Haji Mohd.

Hussain, Ahli-ahli Majlis MesyuaratNegara, serta rakyat dan penduduk didaerah ini.

Negara Brunei Darussalammenyambut Hari Kebangsaan padasetiap 23 Februari dan tahun

ini merupakan sambutan buat kalike-33 yang membawa tema'Menjayakan Wawasan Negara'.

Page 8: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 20178 NASIONAL

Oleh : Marlinawaty HussinFoto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

Dalam kesempatan ini juga, sekali lagi peramba / kaola / saya dengan tulusikhlas ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam memberikan apa jua sumbangandalam bersama-sama mengungkayahkan dan menjayakan Majlis PembukaanRasmi ini, terutama kepada Jawatankuasa Projek Julangan Titah PasarPelbagai Barangan Gadong yang terdiri daripada pihak kakitanganPejabat Kebawah DYMM sendiri. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala akanmengurniakan rahmat dan ganjaran yang sebaiknya kepada semua yangberkenaan. Amin, amin Ya Rabbal Aalamin.

Dengan rasa syukur dan tawaduk ke hadrat Allah Subhanahu Wata'alakerana dengan limpah rahmat-Nya jua marilah kita sama- sama merasmikanMajlis Pembukaan Rasmi 'Julangan Titah' Pasar Pelbagai BaranganGadong.

Wabillahit Taufik Walhidayah, Assalamualaikum WarahamatullahiWabarakatuh.

Peserta PBCTA terima sijil

BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 23 Februari. - Seramai 43peserta Program Belia Cinta TanahAir (PBCTA) dari keempat-empatdaerah menerima sijil dan hadiahpenghargaan dan penyertaan padaMajlis Penghargaan PBCTA Ke-12

sempena Sambutan Ulang TahunHari Kebangsaan Ke-33 yangberlangsung di Dewan Riadah,Pusat Belia, di ibu negara.

Sijil-sijil disampaikan olehSetiausaha Tetap KementerianKebudayaan, Belia dan Sukan

(KKBS), Dato Paduka Dr. HajiAffendy bin Pehin Orang KayaSaiful Mulok Dato Seri Paduka HajiAbidin selaku tetamu kehormat.

Turut hadir, ialah TimbalanSetiausaha Tetap KKBS, AwangHaji Mohd. Noor Jusmin bin HajiAbd. Samad serta pegawai-pegawaikanan kerajaan.

Acara dimulakan dengan nyanyianlagu kebangsaan diikuti dengan bacaanSurah Al-Fatihah dan Doa Selamatyang dipimpin oleh peserta dariDaerah Brunei dan Muara, AwangMuhammad Asrul Nizam bin HajiAhmad.

Pemangku Pengarah Belia danSukan, Awang Zafri Haji Mohamed,selaku Pengerusi Majlis PenghargaanPBCTA dalam ucapan alu-aluannyaantara lain mengucapkan tahniahkepada para peserta PBCTA yangterlibat dalam Perbarisan LaluSambutan Ulang Tahun HariKebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33.

Majlis diteruskan dengan ucapandaripada dua wakil peserta PBCTAdari Daerah Brunei dan Muara,Awang Muhammad Arif bin Asri danDayangku Nur Hidayah bintiPengiran Ya'akub, dan diserikan lagidengan tayangan video PBCTA sertapersembahan koir dari pesertaPBCTA.

Acara kemudiannya diteruskan lagidengan penyampaian sijil penyertaandan penghargaan yang disempurnakanoleh tetamu kehormat kepada parapeserta yang mana Awang MohamadRidzwan bin Haji Moksin dipilihmenjadi Peserta Lelaki Contoh,manakala Peserta Perempuan Contohpula ialah Dayang Nurul Nadiahbinti Radat.

PBCTA merupakan anjuran bersamaKKBS, Kementerian Hal EhwalDalam Negeri dan Kementerian HalEhwal Ugama yang telah bermulapada 16 Februari yang lalu.

Program tersebut dijalankan dalambeberapa aktiviti seperti Menyertai

Upacara Menaikkan Bendera BesarSambutan Ulang Tahun HariKebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33, kerja-kerjakemasyarakatan di daerah-daerah,Perkampungan BCTA, PerarakanBCTA di Bandarku Ceria, MenyertaiMajlis Kesyukuran SambutanUlang Tahun Hari Kebangsaan danMenyertai Perbarisan Lalu SambutanUlang Tahun Hari KebangsaanNegara Brunei Darussalam Ke-33.

Program berkenaan antara lainbertujuan untuk mengadakan aktivitikenegaraan ke arah meningkatkanlagi semangat patriotik parabelia disamping menyuntik semangatpara belia untuk bergiat aktifdalam mengikuti apa juaaktiviti yang bersifat kepimpinan,kesukarelawanan dan pembangunanbelia serta menyemarakkansemangat setia kawan, gotong-royongdan saling bantu di antara satusama lain.

HALUANDari muka 2

Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

MAJLIS Penghargaan PBCTA Ke-12 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-33 dimulakan dengan nyanyian lagukebangsaan.

Brunei - Kuwait terus kukuhkan hubungan

JERUDONG, Jumaat, 24 Februari. -Kedutaan Besar Kuwait di negaramengadakan Majlis Resepsi Makan

Malam sempena Sambutan UlangTahun Hari Kebangsaan Kuwait Ke-56yang berlangsung Dewan Indera

Samudera, The Empire Hotel &Country Club, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat

majlis ialah Menteri Kebudayaan,Belia dan Sukan, Yang BerhormatPehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B)Dato Paduka Seri Haji Awang Halbibin Haji Mohd. Yussof.

Duta Besar Istimewa dan MutlakKuwait ke negara ini, Tuan YangTerutama Dr. Fahad MasharyAl-Thafiri, dalam ucapannyamenggariskan mengenai hubunganpersahabatan yang kukuh di antarakedua-dua buah negara yang telahmenyaksikan kemajuan melaluipertukaran lawatan rasmi secaratetap.

Tuan Yang Terutama berkata,lawatan His Highness SheikhSabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah,Amir Kuwait ke negara ini pada bulanOktober tahun lalu telah membukabab baharu bagi hubungan dua haladan meletakkan asas yang kukuhbagi kerjasama dalam pelbagaikepentingan yang berbeza.

Menurutnya, Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan dan YangDi-Pertuan Negara BruneiDarussalam dan Amir Kuwait

telah menyaksikan penandatangananenam perjanjian dalam bidangPengajian Tinggi dan KajianSaintifik, Kerjasama Pelancongan,Perjanjian untuk PengecualianBersama Visa bagi Pemegang PasportDiplomatik, Istimewa dan Rasmi,Protokol Pindaan Perjanjian bagiPengelakan Cukai Berganda,Perjanjian bagi Latihan Diplomatikserta penubuhan 'Joint Commission forCooperation' baharu yang diketuaioleh menteri-menteri luar.

TYT menambah, ia merupakanpetunjuk yang jelas dalamkesungguhan kedua-dua buah negarauntuk meningkatkan lagipersefahaman dan mewujudkanmekanisme bagi perundingan politikdan diplomatik antara menteri-menteriluar.

Majlis tersebut dimulakan dengannyanyian Lagu Kebangsaan NegaraBrunei Darussalam dan Kuwait, diikutidengan Upacara Memotong KekUlang Tahun Hari KebangsaanKuwait oleh Yang BerhormatMenteri Kebudayaan, Belia dan Sukandan TYT.

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. HajiAffendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin (kiri)menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada peserta Program Belia CintaTanah Air (PBCTA).

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbibin Haji Mohd. Yussof (tengah) dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kuwait ke negara ini, Tuan Yang Terutama Dr. FahadMashary Al-Thafiri semasa Upacara Memotong Kek sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Kuwait.

Page 9: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 2017 9NASIONAL

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan AhmadiFoto : Ihsan Persatuan Belia Lumapas

Dengan berpersatuan, menambah kemahiran

MUKIM LUMAPAS, Jumaat,24 Februari. - Berpersatuanadalah salah satu cara bagi ahli-ahlimasyarakat untuk melibatkan diridalam pembangunan negara, lebih-lebih lagi kepada para belia untukmenggunakan tenaga, masa dan ideayang ada untuk berpersatuan.

Ahli Majlis Mesyuarat Negara,Yang Berhormat Awang Iswandy binAhmad berucap demikian semasamelancarkan Sambutan Jubli EmasPersatuan Belia Lumapas (PERLU)berlangsung di Sekolah RendahLumapas, di sini.

Yang Berhormat berkata, mungkinada yang beranggapan, berpersatuancumalah untuk aktiviti sukarelawansahaja.

Namun begitu, jelasnya, kita sudahmelihat beberapa persatuan di negaraini berjaya menjadikan pergerakanberpersatuan untuk meningkatkanekonomi, mendidik anak-anak buahserta ahli-ahlinya di dalam kemahirantertentu dan yang penting sekali,merapatkan hubungan silaturahim diantara masyarakat.

''Di sini saya ingin menyeru kepadarakan-rakan belia yang berada disini, untuk terus bekerjasama danberkecimpung dalam berpersatuan.

''Memang setentunya pekerjaan bagiyang bekerja, pembelajaran bagiyang masih belajar atau berkeluargamenjadi keutamaan, akan tetapijika bijak mengurus masa danmenggunakan peluang yang ada, kitanidapat memberi dan menerima manfaatdari berpersatuan,'' ujarnya.

Yang Berhormat juga berpendapat,dengan berpersatuan boleh menambahkemahiran yang tidak dapat diperolehidi tempat kerja, belajar dari teman-teman di dalam persatuan ataupunmerapatkan hubungan kekeluargaandengan aktiviti riadah yang dianjurkanoleh persatuan.

Terdahulu, Yang Berhormat berkata50 tahun pergerakan sebagai sebuahpersatuan bukanlah senang.

''Di sini, saya ingin mengucapkansyabas dan tahniah kepada PERLUkerana berjaya memperjuangkan halehwal belia, terutama sekali dikawasan ini untuk sama-sama juamemberikan manfaat yang terbaikkepada ahli-ahli serta masyarakat disini,'' katanya lagi.

Sebelum mengakhiri ucapannya,Yang Berhormat berkesempatan untukmengucapkan Selamat MenyambutHari Kebangsaan Ke-33 kepada yanghadir dan perlu berbangga keranamenjadi anak Brunei yang merdeka,menghirup udara aman damai danmenyeru supaya meneruskan usahamemajukan negara di dalam apa juabidang.

Yang Di-Pertua PERLU, PengiranHaji Hanafi bin Pengiran Haji Ahmadyang juga selaku Pengerusi majlisdalam alu-aluannya antara lainmelahirkan penghargaan danberterima kasih kepada semua pihaktermasuk para peserta pameran, ahliPelopor 3PKLB, PERLU serta AhliJawatankuasa Penyelenggara yangbertungkus-lumus dalam menjayakansambutan itu.

Meskipun sambutan itu ringkas dansukarela, tambahnya, akan tetapicukup besar maknanya kepadaPERLU sebagai persatuan belia yangsuka dan rela berkorban.

Salah seorang penerima WatikahPengiktirafan yang juga PengasasUtama Penubuhan, Dato Paduka HajiAbu Bakar bin Haji Sapar ketikaditemui menjelaskan mengenai sejarahawal penubuhan persatuan itu yangdulu dikenali sebagai PersatuanPemuda Pemudi Kampung LumapasBrunei (3PKLB) di mana pada tahun60an keahliannya hanya sekitar 60orang ketika itu.

Di samping aktif dalam aktiviti-aktiviti atau kegiatan keraian,tambahnya, persatuan mulaberkecimpung dalam kedai koperasipada tahun 1978 demi memperting-katkan ekonomi mereka pada masaitu.

Dato Paduka Haji Abu Bakar jugaberharap akan ramai belia khususnyapara penduduk kampung tersebutmenyertai persatuan itu agar PERLUakan sentiasa 'hidup' dalam sama-sama memperkembangkan kemajuankampung dan juga negara.

Sambutan Jubli Emas PERLUditeruskan dengan penyampaianWatikah Pengiktirafan dan

dimeriahkan dengan Perlawanan TarikKalat menggunakan Kain Sarung.

Perlawanan tarik kalat dimenangioleh pasukan MPK Lumapas 'B'setelah berjaya menewaskan MPKLumapas 'A'.

Pelbagai acara disusun sepanjangtiga hari sambutan itu diadakanantaranya Sukan Ria, Bermukun,Malam Budaya Titian Emas, geraijualan serta Senamrobik dan Walkatonpada yang akan diadakan Ahad ini.

IoT tangani cabaranpembangunan bandar

TAIPEI, TAIWAN. - MomentumNegara Pintar (Nation Smart) TelekomBrunei Berhad (TelBru) semakinmendapat tempat berikutanpelaksanaan infrastruktur yangmembolehkan pemasangan 'Internetof Things' (IoT) bagi menanganibeberapa penyelesaian cabaranpembangunan bandar melaluipenggunaan peralatan moden denganpenekanan khusus kepada teknologiLoRA.

Dengan beberapa stesen pangkalanyang strategik di kawasan majoritiyang meliputi Brunei dan Muara dankawasan perairan, TelBru telahmenetapkan asas berkesan bagipenyelesaian IoT yang berkaitan danmelihat potensi awal dalam menanganiisu-isu kehidupan sebenar yangtermasuk anti-kecurian penutuplurang, pemantauan penggunaanpintar elektrik dan air, keupayaanpemantauan banjir, kelembapan dansuhu pengukuran dan juga untuk tujuanpengunaan pertanian.

Ketika TelBru bergerak ke hadapandengan kewujudan teknologi yangmembolehkan 'Smart Living' dikalangan penduduk di sampingmemberikan perkhidmatan nilaitambah dalam bidang ICT, syarikattersebut terus mencari jalan untukmeningkatkan keupayaan ke arahmenyediakan teknologi terkini bagimengatasi cabaran-cabaran semasadan yang mungkin akan timbul dalampelbagai bidang lain yang juga tidakterhad dalam bidang kesihatan,ekonomi dan pendidikan.

Sehubungan dengan itu, KetuaPegawai Pemasaran TelBru, Lim Ming

Soon bersama kakitangan syarikattersebut pada awal minggu ini telahmenghadiri Persidangan 'WorldTelecom Smart City' di Taipei untukmeneroka pelbagai kemungkinan danaplikasi IoT yang berkaitan denganpembangunan Brunei terutama denganpelancaran rangkaian jalur lebarTelBru yang berkelajuan tinggi seluruhnegara.

Pada majlis yang diadakan di DewanPameran Taipei, Pusat DaganganDunia Nangang, Lim Ming Soontelah diundang sebagai penceramahjemputan pada segmen sulung 'TelCo'sStrategy and Planning in IoT Era' atasundangan Persatuan Komputer Taiwan(TCA) yang memberi fokus kepada'Menjayakan Wawasan Brunei melaluiNegara Pintar' di mana kemajuanICT Brunei, telah digariskan antarakalangan 19 buah syarikatantarabangsa yang telah dijemputuntuk memberikan ceramah padaperhimpunan tersebut.

Sejajar dengan visi TelBru yangbertujuan untuk memperkenalkanteknologi terkini IoT di Brunei,ekspo itu juga adalah sebagai platformuntuk tidak hanya mempamerkankeupayaan semasa Brunei tetapijuga untuk memudahkan dayatarikan dalam pelaburan langsungasing ICT ke dalam negara daripadapemaju IoT dan pengeluar yangmengambil bahagian.

Serentak dengan persidangan itu,Sidang Kemuncak 'Smart City' danEkspo 2017 merupakan acara IoTyang terbesar di Taiwan denganmengundang lebih 100 pengusahayang mempamerkan aplikasi 'NationSmart' bagi beberapa kategori 'Smart'yang merangkumi Bangunan Pintar,Runcit Pintar, tenaga hijau,pengangkutan pintar dan juga sleepteknologi.

70 petak sertai KarnivalPengguna Antarabangsa

Siaran Akhbar :Telekom Brunei Berhad (TelBru)

MUKIM BERAKAS, Jumaat, 24Februari. - Karnival PenggunaAntarabangsa anjuran Pro AccessEvent Management akanberlangsung selama enam haribermula pada 28 Februari hingga5 Mac ini di Stadium TertutupSultan Haji Hassanal Bolkiah,Berakas.

Majlis Perasmian KarnivalPengguna Antarabangsa tersebutakan disempurnakan oleh MenteriKebudayaan, Belia dan Sukan, YangBerhormat Pehin Datu LailarajaMejar Jeneral (B) Dato Paduka SeriHaji Awang Halbi bin Haji Mohd.Yussof pada 28 Februari ini distadium berkenaan.

Perkara itu diumumkan oleh ProAccess Event Management, AwangAzman bin Abdul Talib pada SidangMedia mengenainya bertempat diHellas Restoran and Catering,Serusop, di sini.

Sebanyak 70 petak pamerandisediakan dan 60 peratusdaripadanya akan disertai olehpeserta dari luar negara, iaituMalaysia, Indonesia, Thailand jugaSME Brunei Darussalam.

Tujuan utama karnivaljelasnya, adalah sebagai platformkepada pengedar-pengedar SMEdi negara ini, belia-belia lepasansekolah, graduan-graduan InstitusiPendidikan Tinggi (IPT) yangbelum mempunyai pekerjaantetapi berminat untuk menceburkandiri dalam bidang perniagaandan ingin memperkenalkanproduk yang dimiliki.

Pada masa yang sama, katanya,ia dapat mempromosi barang-barangan mereka dengan hargayang lebih kompetitif dan amatbertepatan dengan fenomenasekarang yang mana dunia DigitalMarketing kian popular, pantasdan sangat berkesan.

Menurutnya, pihak penganjurdengan kerjasama PersatuanUsahawan Internet Malaysia(PUIM) juga akan mengadakan'My Business Online Live Talk'

pada 3 Mac 2017 bertempatdi Exhibition Hall, di stadiumtersebut yang dimulai jam 2.30petang hingga 6.00 petang pada sesipertama, manakala sesi keduapada jam 8.00 malam hingga10.00 malam.

Seminar pendek itu dibukakankepada belia-belia, usahawandan bakal usahawan mengenaipeluang perniagaan yang bolehdilaksanakan menggunakaninternet.

Beliau menambah, platformtersebut adalah sesuai untukpelancaran produk-produk baharumereka sebagai satu percubaankepada pengunjung yang datang.

Oleh itu, orang ramai yang ingindan berminat untuk menyertaiseminar itu dikenakan bayaran yuranpendaftaran sebanyak BND50manakala pelajar-pelajar dikenakansebanyak BND30.

Seterusnya, para penganjur

akan bekerjasama dengan PersatuanPenyanyi, Pemuzik dan PenggerakSeni Brunei Darussalam untukmengungkayahkan acara pentasdi sepanjang karnival tersebut.

Acara pentas tersebut akandijayakan oleh barisan artis-artisBrunei terdiri daripada Siti Aisah,Asimah, Jojo, Suzen, Ct Maryamdan Hajah Sa'adiah manakalapersembahan akustik dibarisi olehKumpulan Iron Dragon, No Band,Aqasha dan Ai selain Peraduan SeniKhat dari Dewan Bahasa danPustaka (DBP).

Sementara acara kanak-kanakdihiburkan oleh Tinker BellLearning School, Rumah Pusakadari Putra Seni, PertandinganMenumpah Ambuyat dan CabaranTeh Tarik oleh Sabli Foodindustries.

Sebarang keterangan lanjutbolehlah menghubungi melaluitalian +673 8855875.

Oleh : Nooratini Haji AbasFoto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

PRO Access Event Management, Awang Azman bin Abdul Talib semasamempengerusikan Sidang Media Karnival Pengguna Antarabangsa bertempatdi Hellas Restoran and Catering, Serusop.

AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad (kiri)menyampaikan Watikah Pengiktirafan (Tokoh Kerabat Setia) kepada Awang Haji Kamisbin Haji Mangsor (kanan).

Page 10: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 201710 NASIONAL

Palestin berhasrat memperluaskerjasama bidang pendidikanBANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,22 Februari. - Universiti Islam SultanSharif Ali (UNISSA) telah menerimakunjungan daripada Duta BesarIstimewa dan Mutlak Palestin keNegara Brunei Darussalam yangtidak menetap, Tuan Yang TerutamaDr. Anwar H. Al-Agha.

TYT telah mengadakan lawatan danperjumpaan dengan Rektor UNISSA,Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Dalam perjumpaan tersebut, TuanYang Terutama Dr. Anwar telahmembincangkan hasratnya untukmemperluaskan lagi hubungan danjalinan kerjasama di antara NegaraPalestin dan Negara BruneiDarussalam, khususnya dalam bidang

pendidikan.Tuan Yang Terutama menyuarakan

keinginannya untuk melihat lebihramai lagi pelajar dari kalanganrakyat Palestin yang akan mengikutipengajian mereka di UNISSA,khususnya dengan adanya peluangbiasiswa yang ditawarkan olehKerajaan Brunei Darussalam bagiPelajar Antarabangsa.

Selain itu, Tuan Yang TerutamaDuta Besar Istimewa dan MutlakPalestin juga berhasrat untukmengembangkan hubungan akademikdi antara institusi-institusi pengajiantinggi di Palestin dengan UNISSAmelalui pertukaran pelajar, pertukaranstaf akademik dan juga melalui aktiviti

ilmiah menerusi seminar, persidangan,lawatan sambil belajar, dan lainnya.

UNISSA sebelum ini pernahmenerima pelajar Palestin di peringkatpengajian lepas ijazah yang telahlulus menamatkan pengajiannya.

Sehari sebelumnya, dalamkesempatan yang lain, RektorUNISSA, Dr. Haji Norarfan jugatelah menerima kunjungan daripadaDuta Besar Istimewa dan MutlakNegara Brunei Darussalam keKesultanan Oman yang baru dilantikpada 15 Februari lepas, Tuan YangTerutama Haji Sulaini bin Haji Said.

Kunjungan Tuan Yang TerutamaHaji Sulaini adalah bagi mengikutiperkembangan hubungan UNISSAdengan institusi-institusi pengajiandi Oman.

Pada masa ini, terdapat tujuhpelajar UNISSA sedang mengikuti

pengajian mereka di Oman, iaitu empatorang pelajar mengikuti pengajian diSultan Qaboos University (SQU), dibawah program pengajian luar negara(study abroad program) selamasetahun atau dua semester, manakalatiga orang lagi pelajar UNISSA jugasedang mengikuti pengajian intensifbahasa Arab di Sultan Qaboos Collegefor Teaching Arabic Language toNon-Native Speakers (SQCA) selamalapan minggu.

Penghantaran pelajar UNISSA keSQCA telah bermula sejak 2015, hasildari perbincangan dan hubungan rapatUNISSA dengan Kedutaan KesultananOman di Negara Brunei Darussalam.

TYT dan Rektor UNISSA jugamembincangkan inisiatif untuk

memperluaskan lagi hubunganUNISSA dengan institusi-institusipengajian tinggi di Oman sertameneroka peluang kerjasama yangboleh dijalin melalui pertukarantenaga akademik dan pelajar,peluang untuk menjalani latihanindustri di Oman, kursus-kursusintensif bagi tenaga akademiktempatan UNISSA dan peluangpenyelidikan bersama dan penerbitanbahan ilmiah.

Juga turut hadir dalam perjumpaantersebut ialah Timbalan RektorUNISSA, Dr. Haji MohammedHussain bin Pehin Penyurat HajiAhmad; Penolong Rektor, Dr. Armanbin Haji Asmad dan beberapa orangpegawai utama UNISSA.

Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali

UNIVERSITI Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) semasa menerima kunjungan daripadaDuta Besar Istimewa dan Mutlak Palestin ke Negara Brunei Darussalam yang tidakmenetap, Tuan Yang Terutama Dr. Anwar H. Al-Agha.

UNISSA semasa menerima kunjungan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kesultanan Omanyang baru dilantik, Tuan Yang Terutama Haji Sulaini bin Haji Said.

NBD jalin hubungandiplomatik dengan Kerajaan

Saint Kitts and NevisSiaran Akhbar :

Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,22 Februari. - Kerajaan Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam menjalinhubungan diplomatik denganKerajaan Saint Kitts and Nevis mulai21 Februari 2017.

Majlis Menandatangani KenyataanBersama penjalinan hubungandiplomatik telah diadakan diPerwakilan Tetap Negara BruneiDarussalam ke PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu diNew York.

Kerajaan Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam telah diwakili oleh WakilTetap Negara Brunei Darussalam kePertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diNew York, Tuan Yang TerutamaDato Paduka Haji Abdul Ghafar binHaji Ismail.

Sementara itu, Kerajaan SaintKitts and Nevis diwakili oleh WakilTetap Saint Kitts and Nevis kePertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatudi New York, Tuan Yang TerutamaSam T. Condor.

Siaran Akhbar : Jabatan Laut

Kerja pengorekan dijalankan

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 22 Februari. - Pelaut-pelaut diingatkankerja-kerja haluan pengorekan telah bermula pada bulan Disember lalu hingga31 Mac tahun ini.

Menurut Siaran Akhbar Jabatan Laut, kerja pengorekan tersebut akanmenyebabkan pembatasan kepada keselamatan pelayaran.

Kawasan-kawasan yang terlibat ialah di perairan Tanjung Kerasik, SungaiDowo Besar, perairan negara ini.

Kapal bernama Jin Hwa digunakan bagi pengorekan itu selain bot penunda,tongkang dan landing craft.

Pemasangan boya-boya dan papan tanda terapung akan disediakan sebagaiisyarat amaran.

Peta Laut yang terlibat : BA 2134.

Oleh : Rohani Haji Abdul HamidFoto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

PEMANGKU Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei, Awang Haji Abd. Aziz bin Haji Akopmenyerahkan agihan wang zakat kepada penerima.

MUIB serah BND2,400 wang agihanzakat kepada mangsa kebakaran

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,22 Februari. - Dalam usaha untukmeringankan beban mangsa kebakaranbaru-baru ini, Majlis Ugama IslamBrunei (MUIB), Kementerian HalEhwal Ugama, menyerahkansejumlah BND2,400 wang agihanzakat kepada mangsa-mangsakebakaran Kampung PerpindahanLambak Kanan dan KampungLumapas.

Hadir untuk menyerahkan agihanzakat pada majlis yang berlangsungdi Bilik Seroja, KHEU itu ialahPemangku Setiausaha MUIB,Awang Haji Abd. Aziz bin HajiAkop.

Pada majlis penyampaian itu, agihanzakat yang berupa bantuan kewangansebanyak BND400 telah diserahkankepada dua buah keluarga yangterdiri daripada dua orang penghuniyang terlibat dalam musibahkebakaran di Kampung PerpindahanLambak Kanan pada 31 Januari2017.

Penerima bantuan agihan wangzakat tersebut ialah Awang HajiMahdini bin Haji Mahri, dan Awang

Haji Mahadi bin Haji Mahri yangmasing-masing menerima sebanyakBND200.

Manakala pemilik rumah yangterlibat dalam musibah kebakaranKampung Lumapas pada 9 Februari2017, Awang Muhammad Tarip bin

Abd. Ghani dan isteri menerimasebanyak BND2,000 serta bantuanalat-alat persekolahan untukanak-anak beliau.

MUIB berharap, agihan wang zakatitu dapat meringankan beban yangditanggung oleh mangsa dan dalammasa yang sama menyeru kepadamereka supaya lebih berhati-hatiserta berwaspada dalam menjagakeselamatan anggota keluargadaripada ditimpa musibah.

Page 11: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 2017 11NASIONAL

DARIPADA KETUA-KETUA NEGARA

DARIPADA KETUA-KETUAKERAJAAN

1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri PadukaBaginda Sultan Muhammad V, Yang Di-PertuanAgong Malaysia

6. Kebawah Duli Yang Maha Mulia PreahBat Samdech Preah Boromneath NorodomSihamoni, Raja Kemboja

12. Presiden Republik Demokratik Rakyat Lao,Tuan Yang Terutama Bounnhang Vorachith

42. Perdana Menteri Republik Islam Pakistan,Tuan Yang Terutama Muhammad Nawaz Sharif

46. Secretary General of the Organization ofIslamic Cooperation, Tuan Yang Terutama Dr.Yousef A. Al-Othaimeen

17. Presiden Republik Demokratik Sosialis SriLanka, Tuan Yang Terutama Maithripala Sirisena

39. Perdana Menteri Republik Singapura, TuanYang Terutama Lee Hsien Loong

41. Perdana Menteri Kemboja, Tuan YangTerutama Samdech Akka Moha Sena PadeiTecho Hun Sen

38. Perdana Menteri Malaysia, Yang AmatBerhormat Dato' Sri Mohd Najib bin TunAbdul Razak

3. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Queen Elizabeth II, Queen of the UnitedKingdom of Great Britain and Northern Ireland

2. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salmanbin Abdul Aziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Sucidan Raja Negara Arab Saudi

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-MarhumSultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menjawat beberapa perutusan tahniah yang telah

disembahkan ke hadapan majlis baginda daripada Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan sempena menyambut Ulang Tahun Ke-33 Hari Kebangsaan Negara BruneiDarussalam Tahun 2017, iaitu di antaranya daripada :

19. Presiden Republik Islam Iran, Tuan YangTerutama Dr. Hassan Rouhani

20. Presiden Amerika Syarikat, Tuan YangTerutama Donald J. Trump

21. Gabenor Jeneral Australia, Tuan Yang TerutamaSir Peter Cosgrove AK MC (Retd)

22. Gabenor Jeneral Kanada, Tuan Yang TerutamaDavid Johnston

23. Presiden Republik Persekutuan Jerman,Tuan Yang Terutama Joachim Gauck

25. Presiden Republik Perancis, Tuan YangTerutama Francois Hollande

26. Presiden Republik Itali, Tuan Yang TerutamaSergio Mattarella

8. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Philippe,Raja Belgium

18. Presiden Mongolia, Tuan Yang TerutamaTsakhia Elbegdorj

24. Presiden Persekutuan Rusia, Tuan YangTerutama Vladimir Putin

27. Presiden Republik Turki, Tuan Yang TerutamaRecep Tayyip Erdogan

28. Presiden Federal Republik Austria,Tuan Yang Terutama Alexander Van der Bellen

29. Presiden Republik Bulgaria, Tuan YangTerutama Rumen Radev

30. Presiden Ukraine, Tuan Yang TerutamaPetro Poroshenko

40. Perdana Menteri Republik Demokratik RakyatLao, Tuan Yang Terutama Thongloun Sisoulith

7. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Harald V,Raja Norway

16. Presiden India, Tuan Yang TerutamaPranab Mukherjee

LAIN-LAIN ORANGKENAMAAN LUAR NEGERI

5. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad binIsa Al-Khalifa, Raja Bahrain

43. Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh,Puan Yang Terutama Sheikh Hasina

44. Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal LuarNegeri Republik Fiji, Yang Berhormat JosaiaVoreqe Bainimarama

31. Presiden The United Mexican States,Tuan Yang Terutama Enrique Pena Nieto

32. Presiden The Swiss Confederation,Puan Yang Terutama Doris Leuthard

34. President of the Councils of State and Ministerof the Republic of Cuba, Tuan Yang TerutamaRaul Castro Ruz

35. Presiden Republik Demokratik Rakyat Algeria,Tuan Yang Terutama Abdelaziz Bouteflika

36. Presiden Republik Zambia, Tuan Yang TerutamaEdgar Chagwa Lungu

33. Presiden Republik Uzbekistan, Tuan YangTerutama Shavkat Mirziyoyev

37. Pemangku Presiden Republik Korea,Tuan Yang Terutama Hwang Kyo-ahn

10. Presiden Republik Singapura, Tuan YangTerutama Dr. Tony Tan Keng Yam

4. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah IIII ibn Al Hussein, Raja Jordan

45. Secretary-General of the United Nation,Tuan Yang Terutama Antonio Guterres

9. Presiden Republik Indonesia, Tuan YangTerutama Joko Widodo

11. Presiden Republik Kesatuan Myanmar,Tuan Yang Terutama Htin Kyaw

15. Presiden Republik Rakyat China,Tuan Yang Terutama Xi Jinping

14. Presiden Republik Rakyat Bangladesh,Tuan Yang Terutama Md. Abdul Hamid

13. Presiden Republik Islam Pakistan,Tuan Yang Terutama Mamnoon Hussain

Kebawah DYMMberkenan menjawat perutusan tahniah

Page 12: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

PELITA BRUNEI HARI ISNIN 27 FEBRUARI 2015 PELITA BRUNEI HARI ISNIN 27 FEBRUARI 2015PELITA BRUNEI HARI ISNIN 27 FEBRUARI 2015 PELITA BRUNEI HARI ISNIN 27 FEBRUARI 2015PELITA BRUNEI HARI ISNIN 27 FEBRUARI 2015 PELITA BRUNEI HARI ISNIN 27 FEBRUARI 2015PELITA BRUNEI HARI ISNIN 27 FEBRUARI 2015 PELITA BRUNEI HARI ISNIN 27 FEBRUARI 201512 13HARI SABTU 25 FEBRUARI 2017

Upacara Perhimpunan Agung HariKebangsaan Ke-33 penuh gilang-gemilang

Oleh : Nooratini Haji AbasFoto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor,Masri Osman, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah,

Hamzah Mohidin, Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. AmirulnizamPg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 23 Februari. - NegaraBrunei Darussalam sekali lagimelakar sejarah dengan meraikanSambutan Hari Kebangsaan Ke-33,walaupun hujan namun ia satukerahmatan buat seluruh rakyat danpenduduk untuk berasa kemeriahandan yang penting menaikkan rasacintakan negara, raja, bangsadan agama berlandaskan MelayuIslam Beraja dan Negara Zikir.

Semangat itu terus berkobardengan keberangkatan KebawahDuli Yang Maha Mulia PadukaSeri Baginda Sultan Haji HassanalBolkiah Mu'izzaddin Waddaulahibni Al-Marhum Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien Sa'adul KhairiWaddien, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara BruneiDarussalam di Taman Haji Sir MudaOmar 'Ali Saifuddien bagi menyertairakyat dan penduduk di negara inike Upacara Perhimpunan Agungsempena Sambutan Ulang TahunHari Kebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33.

Keberangkatan Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalamdijunjung oleh Ahli-ahliJawatankuasa Tertinggi Sambutan,Menteri Kebudayaan, Belia danSukan, Yang Berhormat PehinDatu Lailaraja Mejar Jeneral (B)Dato Paduka Seri Haji AwangHalbi bin Haji Mohd. Yussof, selakuPengerusi Jawatankuasa TertinggiSambutan Hari Kebangsaan Ke-33;Timbalan Menteri di JabatanPerdana Menteri (JPM), Yang MuliaDato Paduka Awang Haji Mohd.Roselan bin Haji Mohd. Daud;Timbalan Menteri Pendidikan, YangMulia Pengiran Dato Paduka HajiBahrom bin Pengiran Haji Bahar;Timbalan Menteri Hal EhwalUgama, Yang Mulia Dato PadukaAwang Haji Abdul Mokti binHaji Mohd. Daud; PesuruhjayaPolis, Dato Paduka Seri AwangHaji Mohd. Jammy bin Haji Muhd.Shah Al-Islam dan PemerintahAngkatan Bersenjata Diraja Brunei(ABDB), Yang Dimuliakan PehinDatu Pekerma Jaya Mejar JeneralDato Paduka Seri Awang Mohd.Tawih bin Abdullah.

Berangkat sama, Duli Yang

Teramat Mulia Paduka Seri PengiranMuda Mahkota Pengiran Muda HajiAl-Muhtadee Billah, Menteri Kanandi JPM; Duli Yang Teramat MuliaPaduka Seri Pengiran PerdanaWazir Sahibul Himmah Wal-WaqarPengiran Muda Mohamed Bolkiahdan Duli Yang Teramat MuliaPaduka Seri Pengiran DigadongSahibul Mal Pengiran Muda HajiJefri Bolkiah.

Juga berangkat ialah Yang TeramatMulia Paduka Seri Duli PengiranMuda 'Abdul Malik, Yang TeramatMulia Paduka Seri Duli PengiranMuda 'Abdul Wakeel dan YangTeramat Mulia Paduka SeriPengiran Anak Puteri AmeerahWardatul Bolkiah.

Lagu Kebangsaan 'AllahPeliharakan Sultan' dilaungkansejurus keberangkatan tiba dansetelah itu Kebawah DYMMdijunjung bagi memeriksa PasukanPerbarisan Kawalan Kehormatanyang terdiri daripada anggotaABDB dan anggota Pasukan PDB.

Upacara Perhimpunan Agungsempena Ulang Tahun HariKebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33 bermula denganUpacara Perbarisan Lalu di hadapanPentas Diraja oleh lebih 23 ribuorang peserta yang mewakili 133buah pasukan dengan didahului olehPembawa Bendera Negara BruneiDarussalam berukuran besar yangdiikuti oleh Pasukan Pembaca Ikrar,Pasukan Pembawa Bendera-BenderaLogo Hari Kebangsaan, ABDB,PDB, Pasukan Berpakaian Seragam,peserta Program Khidmat BaktiNegara (PKBN), PasukanOrang-Orang BerkeperluanKhas, Pasukan Cemerlang,Kementerian-Kementerian danJabatan-Jabatan Kerajaan, wakildaerah-daerah dan sektor swasta.

Sambutan terus diwarnai denganpersembahan menarik 'BicaraBerirama' dengan penuh semangatyang disertai seramai 433peserta dari Sekolah RendahAnggerek Desa, Sekolah RendahHaji Muhammad Jaafar Maun,Kiulap; Sekolah St. George's danpelatih-pelatih PKBN PengambilanKe-6.

Sementara itu, pasukan-pasukandari institusi-institusi pengajiantinggi, maktab-maktab, sekolah-sekolah, persatuan-persatuan,Pertubuhan Awam dan PasukanWarga Asing di Negara Bruneimeneruskan upacara perbarisanberkenaan dengan meriah.

Ikrar Hari Kebangsaan kemudiandilafazkan, yang dikepalai olehPemangku Penolong PegawaiDaerah Brunei dan Muara, AwangMuhammad Ihsan Sabri binHaji Abd. Manap, sebagai tandamenzahirkan rasa syukur ke hadratAllah Subhanahu Wata'ala danseterusnya sebagai tanda bersatupadu dan menumpukan taat setia dibawah pimpinan Kebawah DYMMPaduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam.

Laungan takbir 'Allahuakbar'dilaungkan sebanyak tiga kalioleh Pengiran Muhammad AmeerMubarak bin Pengiran Haji Hashimterus menyemarakkan lagi sambutanyang penuh gilang-gemilang.

Rombongan pembaca ikrartersebut juga disertai oleh parapeserta berkeperluan khas yangmenggunakan bahasa isyarat.

Persembahan bertemakan'Menjayakan Wawasan Negara'melibatkan seramai 6,833 pesertayang mewakili pelbagai sektor

dan agensi pembangunan negaratermasuk belia-belia yang mewakilisekolah-sekolah menengah,maktab-maktab dan institusi-institusipengajian tinggi dengan megahmempamerkan Persembahan Tematahun ini iaitu dengan membawasegenap lapisan masyarakat untukmenghayati peranan mereka dalam

mencapai Wawasan Brunei 2035.Sebelum berangkat meninggalkan

upacara, Kebawah DYMM PadukaSeri Baginda Sultan dan YangDi-Pertuan Negara BruneiDarussalam berkenan menerimajunjung ziarah daripada para pesertayang menjayakan sambutan tahunini.

Tema Sambutan Ulang TahunHari Kebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33 ialah'Menjayakan Wawasan Negara'merupakan gagasan KebawahDYMM Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam.

Tema berkenaan juga menyifatkanpandangan baginda yang jauhke hadapan memastikan negara inidikenali di seluruh dunia sebagaisebuah negara yang memilikirakyat yang berpendidikan,berkemahiran tinggi dan berjaya,kehidupan rakyat yang berkualititinggi dan ekonomi yang dinamikserta berdaya tahan.

Bagi mencapai wawasan tersebut,tiga nilai utama perlu diterapkan iaitukesetiaan kepada raja dan negara,keyakinan terhadap nilai-nilai Islam,keharmonian sosial dan amalantradisi.

Ini sekali gus mengingatkan agarsetiap rakyat dan pendudukserta segenap sektor dalampembangunan negara mempunyaiperanan dalam memastikanWawasan Brunei 2035 itu tercapaidan berjaya.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan HajiOmar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Duli Yang Teramat MuliaPaduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) denganpenuh gembira berkenan menerima junjung ziarah daripada golongan kanak-kanak yang membuat Persembahan Bicara Beriramapada acara kemuncak Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 (atas).Sementara gambar bawah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan memeriksa Pasukan Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiridaripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).

KEBAWAH DYMM berkenan berangkat ke Upacara Perhimpunan Agung sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NegaraBrunei Darussalam Ke-33. Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka SeriPengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri PengiranPerdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran DigadongSahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat MuliaPaduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

PASUKAN Pembawa Bendera Negara Brunei Darussalamberukuran besar mendahului perbarisan lalu (kiri).Sementara gambar atas, pembacaan Ikrar Hari Kebangsaandikepalai oleh Pemangku Penolong Pegawai DaerahBrunei dan Muara, Awang Muhammad Ihsan Sabri binHaji Abd. Manap.

PASUKAN dari Kementerian Perhubungan (atas) dan Pasukan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (bawah kanan) dengan penuhbersemangat menyertai perbarisan lalu semasa upacara kemuncak sambutan tersebut. Sementara gambar kiri dan bawah kiri, PasukanBeruniform ABDB dan pasukan dari salah sebuah sekolah di negara ini sama-sama berperanan memajukan Wawasan Negara 2035.

HARI SABTU 25 FEBRUARI 2017

Page 13: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 201714 JAWATAN KOSONG / IKLAN

JABATAN LAUTKEMENTERIAN PERHUBUNGAN

JUALAN SECARA TAWARAN AWAM($EBUT HARGA) TERTUTUP

JABATAN LAUTKEMENTERIAN PERHUBUNGAN

ADALAH dengan ini dimaklumkan bahawaJabatan Laut, Kementerian Perhubungan akanmengadakan Jualan Lelong Secara TawaranAwam (Sebut Harga) Tertutup Bagi 1 BuahToyota Hilux 4WD BG6134, Jabatan Laut.

Syarat - Syarat Tawaran:1. Tawaran adalah dipelawa kepada

pemborong-pemborong, firma swasta dan orang- orang perseorangan.

2. Borang-borang tawaran boleh didapati diJabatan Laut, Bahagian Kewangan, Tingkat2, Serasa Muara, Negara Brunei Darussalamsemasa hari-hari berkerja (Isnin hingga

Sabtu) pada 22 Februari 2017 dan tarikhterakhir mengambil Borang Jualan SecaraTawaran Awam (sebut harga) Tertutup ialahpada 13 Mac 2017 jam 3.00 Petang.

3. Bayaran Borang Tawaran Awam (SebutHarga) Tertutup ialah BND10.00 bagi setiapsatu borang (tidak dikembalikan) dan waktubagi menerima bayaran, hari Isnin hingga hariKhamis 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi dan 2.00Petang hingga 3.00 Petang, manakala hariSabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi.

4. Harga tawaran permulaan bagi 1 BuahTogota Hilux 4WD Jabatan Laut, KementerianPerhubung ada ialah BND2,000.00.

5. Syarat-syarat tawaran adalah seperti manaterkandung di dalam borang tawaran danborang-borang tawaran yang telah diisikandengan lengkap hendaklah dimasukkan ke PetiTawaran Sebut Harga dalam sampul surat yang

tertutup dengan menunjukkan tajuk tawarantanpa menunjukkan identiti pemborong.

Jualan Lelong Secara Tawaran Awam(Sebut Harga) Tertutup 1 Buah Toyota

Hilux 4WD, Stor LojistikJabatan Laut, Kementerian Perhubungan

Tingkat Bawah, Penyambut TetamuJabatan Laut, Serasa MuaraKementerian Perhubungan

Negara Brunei Darussalam BT1728.

6. Tawaran mestilah dihantar denganmenggunakan borang tawaran yangdisediakan.

7. Sebarang keterangan lanjut dan sebarangpertanyaan boleh menghubungi terus kepada:-

Awang Haji Al-Awalli bin Haji Kadir ditalian 2771347 - 56 sambungan : 400Penyelanggara Stor Tingkat Khas.

dan datang terus ke Jabatan Laut untukmembuat penaksiran harga dan mengenal pastiperaltan/perkakas pejabat yang ditawarkan

tersebut setelah membuat pembayaran borangtawaran sebut harga secara tertutup.

8. Pembeli/ Pengusaha/ Syarikat yang berjayahendaklah memunggah barangbarang PeralatanPejabat/Perkakas Pejabat tersebut dalamtempoh 2 hari setelah berjaya menerima suratmakluman.

9. Pembeli/Penguasa/ Syarikat yang berjayajuga hendaklah membuat pembayaran secaratunai dalam masa 48 jam (tidak termasuk harikelepasan Awam) setelah berjaya menerimasurat makluman.

l0. Tarikh tutup tawaran pada hari Isnin, 13Mac 2017 jam 3.00 Petang.

SENARAI KENDERAAN YANGDITAWARAN AWAM (SEBUT HARGA)

TETUTUP

Bil 1.Keterangan:

Toyota Hilux 4WD BG 6134Jumlah : 1 Buah

Page 14: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 2017 15AGAMA / NASIONAL

Oleh : Rohani Haji Abdul HamidFoto : Hamzah Mohidin

Siaran Akhbar : Tabung Amanah Pekerja

PEMANGKU Penolong Pegawai DaerahBrunei Muara, Awang Muhammad IhsanSabri bin Haji Abdul Manaf selakuKetua Pasukan Ikrar Sambutan UlangTahun Hari Kebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33.

Belia perlu berfikiran terbuka, kreatif

BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 23 Februari. - Bacaan ikrarmerupakan satu tugasan yangharus dibuat sejak negara menyambutsambutan Ulang Tahun HariKebangsaan bermula dari tahun1984 dan sehingga kini ia tetapdipersembahkan sebagai tandakesyukuran dan janji kita sebagairakyat Brunei kepada raja kita.

Dalam temu bual bersamaPemangku Penolong Pegawai DaerahBrunei Muara, Awang MuhammadIhsan Sabri bin Haji Abdul Manafselaku Ketua Pasukan Ikrarmenjelaskan persediaan pasukanikrar untuk Sambutan Ulang TahunHari Kebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33 yang telah diaturselama dua bulan dengan mengikutprogram yang telah disediakan olehjurulatih.

Tambahnya, sesi latihan telahbermula pada minggu ketiga dankeempat bulan Januari yang lalu yangmana pasukan ikrar telah membuatlatihan di Kementerian Kebudayaan,

Belia dan Sukan.Pemilihan pembaca ikrar jelasnya,

dibuat mengikut proses yangagak singkat, iaitu pada minggupertama semua peserta khusus pesertalelaki, diuji tahap vokal masing-masing dan kemudian diisikan denganintonasi yang diajar dan seterusnyapula dilihat bagaimana perkembanganpara peserta ikrar yang dikehendaki.

Jelasnya, antara ciri-ciri yang perluyang ada pada pembaca ikrar ialahmempunyai tahap kualiti vokal,sebutan dan lontaran suara yangbertenaga, di samping mempunyaipenampilan yang bersesuaian.

Beliau seterusnya menjelaskan,selaras dengan tema SambutanUlang Tahun Hari Kebangsaan, iaitu'Menjayakan Wawasan Negara'membawa maksud para belia jugamestilah mempunyai fikiran yangterbuka dan kreatif dalam dirimasing-masing agar mereka akantetap dan terus maju sertamenjadi seorang yang berjayadalam apa jua bidang.

Lembaga TabungAmanah Pekerja isytihardividen simpanan TAP

dan SCP

BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 23 Februari. - TabungAmanah Pekerja (TAP)memaklumkan bahawa LembagaTabung Amanah Pekerjamengisytiharkan dividen simpananTAP dan SCP untuk tahun kewanganberakhir 31 Mac 2016 pada kadar1 peratus.

Dividen pada Tahun Kewangan2015 - 2016 ini telah pun dikreditkanke dalam akaun ahli-ahli TAP danSCP pada 23 Februari 2017. Ahliboleh mendapatkan maklumat akaunmereka dengan menggunakanperkhidmatan Online e-Amanahmelalui www.tap.com.bn ataupunmelalui Kiosk e-Info TAP.

Dengan kadar tersebut, sebanyak

Dua Puluh Tiga Juta, Tujuh RatusSembilan Belas Ribu, Sembilan RatusEnam Puluh Tiga Ringgit dan LapanPuluh Tiga Sen (BND23,719,963.83)telah pun dimasukkan ke dalam144,634 akaun ahli TAP dan sebanyakLapan Juta, Empat Ratus Tujuh PuluhDua Ribu, Satu Ratus Lapan PuluhTujuh Ringgit dan Lima PuluhSembilan Sen (BND8,472,187.59)telah pun dimasukkan ke dalam135,344 akaun ahli SCP bagi TahunKewangan 2015 - 2016.

Untuk maklumat lanjut mengenaipenggunaan perkhidmatan onlinee-Amanah bagi ahli-ahli TAP, silahubungi Pusat Panggilan TAP ditalian +673 2382800 semasa waktubekerja.

Penyelewengan akidahdan perkara bid'ah

MARILAH kita meningkatkanketakwaan kita kepada AllahSubhanahu Wata'ala dengan penuh

keyakinan dan keikhlasan dengan melakukansegala suruhan-Nya dan meninggalkan segalalarangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadiinsan yang beriman dan bertakwa serta selamatdi dunia dan selamat di akhirat.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SubhanahuWata'ala kerana melimpahkan segalanikmat-Nya kepada kita dan antara nikmatyang terbesar itu ialah nikmat Islam. Islamadalah agama yang sangat mulia, lengkapdan sempurna. Agama Islam menyelamatkankita daripada kegelapan kepada cahaya yangterang benderang, daripada kebatilan kepadakebenaran, dan memimpin kita ke jalan yangdiredai oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalamSurah Ali 'Imran, ayat 19 :

Tafsirnya : ''Sesungguhnya agama yangbenar di sisi Allah ialah agama Islam.''

Alhmadulillah kita sangat-sangat bersyukurkerana agama rasmi negara kita ialahagama Islam menurut akidah Ahli SunnahWaljamaah Mazhab Shafie. Maka adalahmenjadi kerugian besar kepada sesiapa yangmemilih agama lain selain daripada agamaIslam sebagai agamanya. Sebagaimana firmanAllah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali'Imran, ayat 85 :

Tafsirnya : ''Dan siapa yang mencari

agama lain selain agama Islam, maka tidakakan diterima daripadanya, dan ia pada hariakhirat kelak dari orang-orang yang rugi.”

Dari semenjak dahulu lagi hinggalahsekarang fahaman atau ajaran yangmengelirukan sering timbul untuk menjeratdan memerangkap orang-orang Islamkhususnya kepada orang-orang yang kurangmemahami tentang ajaran agama Islam.Malah lebih membimbangkan lagi bila manawujudnya penyelewengan akidah yangamat berbahaya dan meragui kebenarannyayang boleh merosakkan iman dan akidahIslam yang sebenarnya.

Ketahuilah bahawa ajaran dan aliran sepertiini boleh mengelirukan kehidupan beragamadan menggugat keselamatan, kestabilan,keharmonian dan kesejahteraan negara, sertaperpaduan umat Islam di negara ini. Keranasebahagian daripada ajaran tersebut bolehmenimbulkan kekacauan dan perpecahandalam kalangan masyarakat. Selaku rakyat danpenduduk negara ini hendaklah sentiasaberhati-hati dan berwaspada terhadap segalaajaran yang boleh menyelewengkan danmemesongkan akidah kita.

Daripada Auf bin Malik ia berkata :''Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallambersabda : Demi Tuhan yang jiwa Muhammaddalam genggamannya, sesungguhnya akanberpecah umatku di atas tujuh puluh tigagolongan, maka yang satu masuk syurga dantujuh puluh dua golongan masuk neraka.Bertanya para sahabat : Siapakah yang tidakmasuk neraka itu wahai Rasulullah? Bagindamenjawab : Ahli Sunnah Waljamaah,''riwayat Imam Ibnu Majah.

Ketahuilah antara sebab berlakunyapengaruh dan penyebaran ajaran yangmenyeleweng ini adalah disebabkan diajarkansecara sulit dan senyap-senyap kepada orangyang kurang pengetahuan tentang agama Islammalahan yang lebih berbahaya lagi ialah orangyang menyampaikannya kurang mendalamiilmu tersebut.

Kita juga pernah terdengar terdapat beberapaisu masyarakat di negara ini memperkatakanmengenai perkara bid'ah seperti bersalam-salaman selepas berdoa setelah selesaimenunaikan sembahyang, mengadakan majlistahlil atau kenduri arwah dan sebagainya.Sebagai umat Islam kita hendaklah berhati-hati

dan jangan terus menolok semua perkarabid’ah. Kita lihat dulu apa asas dan ciri-cirinyarujuklah kepada dalil syarak Al-Quran,As Sunnah, pendapat para sahabat, ijmakulama Islam. Oleh itu, janganlah mengambilmudah dengan melihat Al-Quran dan hadissemata-mata tanpa perlu melihat pendapatsahabat dan ijmak ulama. Kerana ulamajuga adalah pewaris kepada Nabi dan gurusepanjang zaman.

Sesungguhnya Al Imam An-NawawiRahimahullah telah menyebut di dalamkitabnya Al-Azkar, bahawa bid'ah ituada lima macam, iaitu pertama : bid'ahdiwajibkan. Kedua : bid'ah yang diharamkan,ketiga, bid'ah yang dimakruhkan. Keempat :bid'ah yang disunatkan. Kelima : bid'ahyang diharuskan (dibolehkan). Antara bid'ahyang diharuskan atau dibolehkan itu ialahberjabat tangan (bersalam-salaman) selepasselesai sembahyang.

Sebagaimana menurut Imam An-NawawiRahimahullah lagi dalam Al-MajmukSyarah Al-Muhazzab sebagai menukilpendapat Imam Muhammad bin Abdussalam,bahawa adapun berjabat tangan yangbiasa dilakukan selepas sembahyang dan Asaradalah antara bid'ah yang dibolehkan, tidakdisifatkan ia makruh dan sunat. Namuntidaklah mengapa, kerana asal berjabattangan itu adalah sunat, khusus dalam keadaantertentu.

Selain itu pada kebiasaannya di negarakita atau bukan negara kepulauan negaraMelayu apabila ada kematian maka majlistahlil atau kenduri arwah akan diadakan olehkeluarga orang yang meninggal dunia.Keluarga tersebut akan menjemput ahlikeluarga, sanak saudara dan sahabat handaibagi membaca ayat-ayat Al-Quran sepertimembaca Surah Yaa Siin, bertahlil, bertahmid,bertasbih dan sebagainya untuk dihadiahkanpahalanya kepada orang yang meninggaldunia. Sebagaimana yang kita ketahuiagama Islam sangat menggalakkan umatnyauntuk berbuat kebajikan seperti bersedekah,memberi makan dengan mengundang orangke rumah dengan tujuan mengeratkansilaturahim, dengan membaca ayat-ayatAl-Quran dan berdoa beramai-ramai memohonrahmat bagi orang yang meninggal duniadan sebagainya.

Sesungguhnya zikir bererti menyebut namaAllah dengan bertahlil ……………, bertasbih………….., bertahmid ............, bertakbir.........., menyebut hawqolah………….........................., menyebut........................., membaca basmallah………………………… membaca Al-Qurandan membaca doa-doa yang ma'tsur danmustajab, iaitu membaca doa-doa yangditerima daripada Rasulullah SallallahuAlaihi Wasallam. Oleh kerana pentingnyazikir dalam kehidupan, maka ulama-ulamabesar seperti Al Imam An-Nawawi telahmengumpulkan zikir-zikir daripadaRasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam denganmenyebutkan penggunaannya, berdasarkantempat, masa dan lain-lain. Semua inimenjelaskan bahawa segala ruang waktuitu adalaj perlu diisi dengan zikir. Tanpazikir, hati kita akan terasa kosong dansangatlah besar kerugiannya, sebagaimanasabda Nabi Muhammad Sallallahu AlaihiWasallam yang diriwayatkan oleh ImamAbu Daud :

Maksudnya : ''Daripada Abu HurairahRadhiallahuanhu : bersabda Nabi SallallahuAlaihi Wasallam : Tidak ada suatu yang berdirimeninggalkan suatu majlis padahal mereka itubelum sempat berzikir kepada Allah Ta'aladi majlis itu, melainkan mereka berdirimeninggalkannya adalah mereka sepertibangkai keldai dan bagi mereka itukekecewaan.''

Ketahuilah tiada jalan lain yang patut kitaikuti untuk menjaga iman dan akidah kitaselain daripada berpegang teguh denganAl-Quran dan As-Sunnah serta akidah AhliSunnah Waljamaah. Rujuklah kepada pihakyang berkenaan dan yang lebih arif jikatimbul sebarang keraguan terhadap masalahagama. Semoga dengan demikian kita akansentiasa berada di jalan yang benar danmendapat keredaan Allah Subhanahu Wata'ala.Amin Yaa Rabbal Alamin.

Surah Ali 'Imran, ayat 83 :Tafsirnya : ''Adakah mereka mencari agama

yang lain daripada agama Allah? Padahalkepada-Nya tunduk taat sekalian makhlukyang ada di langit dan di bumi, sama adadengan sukarela ataupun terpaksa dan hanyakepada-Nya lah mereka dikembalikan.''

Page 15: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 201716 NASIONAL

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. IbrahimFoto : Mohd. Zul Izzi Haji Duraman

PEMANGKU Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad (tiga, kiri)hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Forum Hari Kebangsaan Kali Ke-33 Tahun.

AHLI-AHLI panel, iaitu Pensyarah Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Pengiran Dr. Khairul Rijal bin Pengiran HajiAbdul Rahim dan Pegawai Ugama dari Pusat Da'wah Islamiah, Awang Haji Ahmad Abdul Salam bin Haji Abdul Rahman membahaskantajuk 'Melayu Islam Beraja (MIB) Menjana Kecemerlangan Wawasan 2035'.

Forum Hari Kebangsaan bahas MIBMenjana Kecemerlangan Wawasan 2035

Berita dan Foto :Ihsan Kumpulan Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali

DR. Kamaru Salam Yusof semasamenyampaikan ceramah beliausemasa forum yang dianjurkan olehKumpulan Syababul Iman MasjidSultan Sharif Ali, KampungSengkurong.

Forum bicara fenomenakehidupan hedonisme

MENTIRI, Rabu, 22 Februari. -Bersempena Sambutan Ulang TahunHari Kebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33 Tahun 2017,masjid-masjid, surau-surau danbalai-balai ibadat di seluruh negaramengadakan Majlis KeugamaanSembahyang Fardu Maghrib danDoa Kesyukuran.

Turut mengadakan majliskeagamaan tersebut, ialah MasjidKampung Mentiri, denganmengelolakan acara sampingan iaituMajlis Forum Hari KebangsaanKali Ke-33 Tahun.

Hadir selaku tetamu kehormat,Pemangku Pengarah Penerangan,Awang Mawardi bin HajiMohammad.

Terdahulu, majlis bermula dengan

Sembahyang Fardu MaghribBerjemaah, bacaan Surah Yaa Siindan bacaan Doa Kesyukuransempena menyambut UlangTahun Hari Kebangsaan NegaraBrunei Darussalam Ke-33 Tahundan Sembahyang Fardu IsyakBerjemaah.

Ini diikuti dengan forum yangmenampilkan dua orang panelbagi membahaskan tajuk 'MelayuIslam Beraja (MIB) MenjanaKecemerlangan Wawasan 2035', iaituPensyarah Akademi Pengajian Brunei,Universiti Brunei Darussalam,Pengiran Dr. Khairul Rijal binPengiran Haji Abdul Rahim danPegawai Ugama dari Pusat Da'wahIslamiah, Awang Haji AhmadAbdul Salam bin Haji Abdul

Rahman.Dalam forum berkenaan, Pengiran

Dr. Khairul antara lain menyentuhmengenai gagasan atau hala tujuWawasan 2035 iaitu untuk menjadikanNegara Brunei Darussalam negaraterkenal di mata dunia; melahirkanrakyat yang berilmu, berkemahirandan bertamadun; memiliki kualitihidup yang terbaik setara dengan10 negara teratas di seluruh duniadan menghasilkan pendapatan perkapita yang tinggi setara dengan 10negara teratas di seluruh dunia.

Juga hadir pada majlis tersebut,Ketua Kampung Mentiri,pegawai-pegawai kanan kerajaanserta penduduk kampungberkenaan.

BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 23 Februari. - Dewasa ini,kita sering mendengar perihal hidupmasyarakat yang begitu megahdengan hiburan berlebih-lebihan,kehidupan boros yang tidakbertempat, budaya melepak dalamkalangan muda-mudi dan yangsewaktu dengannya.

Fenomena kehidupan yangsebegini, atau lebih dikenali denganhedonisme, begitu meluas di duniamasa kinisehingga kita nampakimpaknya menular masuk kedalamkehidupan umat Islam itu sendiri.

Persoalannya adakah fenomenaini selari dengan ajaran Islam? Gayahidup yang asing ini menjadi isuyang ditekankan oleh bagindaSultan pada Hari Belia KebangsaanKe-10 pada tahun 2015 yang lalu.

Sehubungan itu, Kumpulan BeliaSyababul Iman bertindak proaktifdengan mendedahkan atau mendidikmasyarakat, terutamanya golonganbelia dan para ibu bapa, akanfenomena hedonisme ini.

Demikian antara yang dibicara-kan pada forum yang dianjurkanoleh Kumpulan Syababul ImanMasjid Sultan Sharif Ali, KampungSengkurong yang menampilkan tigaorang ahli forum, iaitu DekanFakulti Ekonomi dan KewanganIslam, Dr. Kamaru Salam Yusof;Awang Muhammad Yussof binHaji Abdul Majid, penceramahdari Bahagian Perancangan danPembangunan Sumber Manusia,Kementerian Hal Ehwal Ugamadan Penceramah bebas MUIBberkelulusan bidang Usuluddindari Mesir, Awang Hilman binHaji Salim.

Objektif forum antara lain untukmemahami maksud hedonismedari pandangan barat dan Islam;

memberi kesedaran kepada orangramai tentang kesan negativehedonisme; memahami konsepkesenangan atau kebahagiaan dalamIslam dan mendidik masyarakatagar sentiasa hidup berpandukanAl-Quran dan Sunnah.

Pengerusi atau moderator bagisesi forum pula akan dikendalikanoleh Dr. Hajah Ummi Fa'izahbinti Haji Abdul Rahman, yangmerupakan graduan Ph.D dariUniversiti Kebangsaan Malaysiadalam bidang Dakwah danKepimpinan.

Kumpulan Syababul Iman MasjidSultan Sharif Ali merupakan sebuahkelab belia masjid dibawah naunganMasjid Sultan Sharif Ali, KampungSengkurong yang mana kumpulanitu baru ditubuhkan secara rasmipada 23 Mac 2012 yang lalu.

Terus dukunghasrat institusi MPK Bunut

MUKIM KILANAS, Jumaat,24 Februari. - Majlis PerasmianMesyuarat Agung MajlisPerundingan Kampung (MPK)Bunut Perpindahan diadakanbertempat di Rumah Ikatan PersatuanBelia Bunut (IKERAB), KampungBunut, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormatpada majlis tersebut ialah PenghuluMukim Kilanas, Awang Haji Abdullahbin Haji Halus.

Pemangku Ketua KampungBunut Perpindahan, Awang HajiDurahim bin Hassan dalam ucapan

alu-aluannya di mesyuarat tersebutberkata, mesyuarat yang diadakanantara lain bertujuan untukmembubarkan ahli jawatankuasayang lama (2012-2017) dan melantikahli jawatankuasa yang barubermula 2017 hingga 2022, iaitubagi tempoh lantikan selama limatahun.

Majlis Perundingan Kampung(MPK) jelasnya, akan terus berusahamendukung hasrat institusi MPKke arah pelaksanaan untukmengungkayahkan sebarang aktivitiyang berkebajikan terutama untuk

kemajuan dan kesejahteraanpenduduknya.

Menurut beliau, bagi melaksanakanhasrat demikian sudah setentunyasetiap orang yang diamanahkanterutama yang telah dilantiksebagai ahli jawatankuasa akanmengambil peranan dan berkorbanbagi sama-sama berusaha,bekerjasamadalam mencapai tujuan dan matlamatyang diharapkan bersama.

Demikian juga penduduk-pendudukkampung tambahnya, akan dapatmengambil peranan untukmelibatkan diri dalam apa juapengungkayahan aktiviti-aktivitiyang berkebajikan, di manakesepakatan, sokongan dankerjasama adalah amat diperlukan.

Oleh : Aimi SaniFoto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

PENGHULU Mukim Kilanas, Awang Haji Abdullah bin Haji Halus bergambar ramai bersama ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Bunutpada mesyuarat tersebut.

Page 16: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 2017 17RENCANA

Ke muka 3

Vermi Komposjana ekonomi

MPK Pandan 'A'Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim

Foto : Syahi Haji Ludin

Kampung Pandan 'B'pernah dianugerahkan

Kampung Indahdan Bersih

Oleh : HadiwansuaikalmanHaji Mohd. Diah

Foto : Syahi Haji Ludin

SALAH satu alat yang digunakan untuk pemprosesan.

KETUA Kampung Pandan 'B', Awang HajiAbdul Malik bin Haji Abu Bakar.

PENGERUSI Projek Perekonomian MajlisPerundingan Kampung (MPK) Pandan 'A', AwangHaji Ali bin Mat.

MEMELIHARA cacing-cacing untuk menghasilkanBaja Vermi Kompos memerlukan kerajinan dantidak boleh dilakukan dengan hanya sambil lewa.

BAGI mereka yang melibatkan diridengan dunia pertanian setentunyatidak asing dengan Baja Vermi Kompos

(baja cacing) yang memberikan banyakkebaikan pada tanam-tanaman. Namun bagimereka yang belum mengetahuinya, Baja VermiKompos (baja cacing) jika digunakan padabunga-bungaan, sayuran dan buah-buahanakan memberikan banyak kebaikanantaranya dapat memperbaiki struktur tanah,meningkatkan daya menahan air danmemperkayakan tanah dengan mikro organism.Selain itu, Vermi Kompos (baja cacing) jugadapat mempercepatkan percambahan bijibenih dan pembesaran tumbuh-tumbuhan yangsihat, meningkatkan kualiti dan hasil tanaman.

Menyedari akan potensi yang dapatdiperolehi melalui baja berkenaan sertamanfaat yang diberikan dengan penggunaanbaja tersebut pada tanam-tanaman, makaMajlis Perundingan Kampung (MPK) Pandan'A' telah menjadikannya sebagai satu produkperekonomian kampung tersebut di bawahprogram Satu Produk Satu Kampung.Pengerusi Projek Perekonomian MPK Pandan'A', Awang Haji Ali bin Mat menjelaskan,beliau mempelajari teknik bagi menghasilkanBaja Vermi Kompos itu dari Selangor,Malaysia dengan hanya berkomunikasimelalui telefon bersama salah seorangyang pakar dalam pemeliharaan cacing bagimenghasilkan Baja Vermi Kompos.

Memelihara cacing-cacing ini jelasnya,memerlukan kerajinan dan tidak bolehdilakukan dengan hanya sambil lewasahaja. Beliau menjelaskan, cacing-cacingpeliharaannya akan diberi minum air gulaseminggu sekali, malahan dimandikan setiappagi. Dalam menjayakan projek tersebut,mereka memelihara cacing-cacing pelbagaijenis antaranya Blue Worm, African Wormdan Red Ridgleer yang mana cacing-cacingtersebut memakan bahan-bahan buangan sepertidaun-daun, tray telur dan mukah kulat.

SEJARAH RINGKAS PROJEKMengimbas sejarah ringkas projek

berkenaan, Awang Haji Ali menjelaskan projekbermula pada bulan Jun 2010 di kawasan rumahsalah seorang Ahli MPK Pandan 'A', AwangKifrawi bin Haji Maaruf, yang tinggal dalamkawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN)Kampung Pandan 'A', Kuala Belait denganmembiakkan kira-kira satu kilogram hingga11kg cacing. Cacing-cacing tersebut berjayamenghasilkan baja kompos sejumlah200kg baja. Pada bulan Ogos 2010, projekberpindah ke kawasan rumah Awang Haji Alidi mana sebuah pondok sementara bernilaikira-kira BND845 telah dibina dan pembiakancacing-cacing berjalan dengan jayanya. Padatahun 2014, sebuah bangunan kekal siap dibinadan digunakan untuk menternak cacing-cacingbagi menghasilkan Baja Kompos, bertempatdi sebuah kawasan lapang di Simpang29-10, RPN Kampung Pandan 'A'.

Projek juga dijayakan dengan bantuanperalatan yang diberikan oleh pihak kerajaanmelalui Jabatan Daerah Belait, Kementerian HalEhwal Dalam Negeri. Mesin pengisar makanancacing disumbangkan oleh Ketua KampungPandan 'A', manakala benih cacing pula diberibantuan oleh Jabatan Daerah Belait.

MENDAPAT SAMBUTANBaja Vermi Kompos yang dihasilkan oleh

MPK Pandan 'A' ini memang mendapatsambutan yang menggalakkan dari parapengguna baja. Bagi satu bungkus (berat 1kg)dijual dengan harga BND3. Kepada parapelanggan yang ingin mendapatkan bekalanbaja kompos bolehlah datang sendiri mendapatmendapatkan bekalan tersebut di pondokberkenaan. Selain itu, baja juga dibekalkankepada penjual-penjual bunga di Tudong Sajiataupun semasa ekspo-ekspo jualan anjuranMajlis-Majlis Perundingan Mukim / Kampungdan juga jabatan-jabatan kerajaan.

Kampung Pandan 'A' terkandung di dalamMukim Kuala Belait di bawah kepimpinan KetuaKampung, Awang Sulaiman bin Haji Udin yangdilantik sebagai Ketua Kampung Pandan 'A' padabulan Mei 2005. Ketika ini, Kampung Pandan 'A'mempunyai seramai lebih lima ribu lapan ratusorang penduduk yang majoritinya terdiri daribangsa Melayu selain bangsa China, Ibandan lain-lain. Adalah diharapkan para pendudukkampung berkenaan akan terus saling bersatu

padu dan bekerjasama ke arahmengembangmajukan lagi perekonomiankampung tersebut dan sekali gus membantukerajaan dalam menjana ekonomi negara.

KAMPUNG Pandan 'B' ditubuhkanpada tahun 2007 apabila padatahun 2006 dibukakan calon untuk

menjadi ketua kampung dan ketika ituKampung Pandan dipecahkan kepada3 bahagian, iaitu Kampung Pandan 'A',Kampung Pandan 'B' dan Kampung Pandan'C'. Pada masa itu, Awang Haji Abdul Malikbin Haji Abu Bakar dicalonkan untukmenjadi Ketua Kampung Pandan 'B' danpada 23 Jun 2007, Awang Haji Abdul Malik

telah menjadi Ketua Kampung Pandan 'B'.KERAMAIAN PENDUDUK

Keramaian penduduk di Kampung Pandan 'B'hampir mencecah 6,000 orang. Dari jumlahtersebut 400 lebih orang menerima pencen tua,22 orang menerima bantuan kebajikan, 10 orangmenerima bantuan orang gila dan 1 orang kurangpenglihatan. Yang mana penduduknya terdiridaripada pelbagai masyarakat iaitu Puak Belait,Tutong, Kedayan, Melayu, Tutong, Iban,Cina dan juga India. Penduduk yang tinggaldi Kampung Pandan 'B' bekerja dengansektor kerajaan dan juga swasta.

KEMUDAHAN ASASKampung Pandan 'B' serta kawasan sekitarnya

juga menerima kemudahan asas yang diberikanoleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalam sepertibekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalanraya selain daripada kemudahan awam contohbangunan perseranan yang telah disediakandi kampung tersebut. Di Kampung Pandan 'B'juga ada mempunyai beberapa peringkatsekolah seperti sekolah rendah satu, sekolahmenengah satu, dua buah sekolah swasta.

AKTIVITI KAMPUNGMereka juga ada mengadakan beberapa

aktiviti yang dapat meningkatkan silaturahimdi antara satu sama lain seperti penjiranankampung yang melibatkan belia-belia di

kampung tersebut dan mereka juga adamelakukan aktiviti yang berfaedah contohnyamelakukan aktiviti sukan seperti futsal dan jugasepak takraw agar belia-belia dapat mengisimasa lapang dengan sebaiknya. Mereka jugaada mengadakan Bengkel Dikir SyarafilAnam, iaitu Dikir Brunei lama bagi MajlisPerundingan Kampung Pandan Daerah Belaitanjuran Majlis Perundingan Kampung Pandan'B' dengan kerjasama bahagian institusimukim dan kampung Jabatan Daerah Belaitpada tahun 2012.

EKONOMIDari segi ekonomi pula, penduduk di

Kampung Pandan 'B' juga ada menjalankanpelbagai perniagaan kecil-kecilan untukmenyara dan menambah sumber rezeki merekamasing-masing seperti membuat rumahkedai yang menjual barang-barang keperluan,membuat restoran, perkhidmatan mencucikereta, menjual nasi katok yangbermacam-macam perisa, menyediakantempat menyewa pakaian pengantin dan

bermacam-macam lagi. Dengan melakukanperniagaan begini ini akan dapatmembantu meningkatkan ekonomi negaradengan penurunan kadar penganggurandalam kawasan tersebut.

PENCAPAIAN KAMPUNGKampung Pandan 'B' juga menerima

beberapa pencapaian kampung, iaitu padatahun 2014, Kampung Pandan 'B' telahdianugerahkan kebersihan dan keindahankawasan rancangan perumahan negaraSempena Hari Mesra Pelanggan 2014dari Kementerian Pembangunan danjabatan-jabatan di bawahnya yangmenunjukkan kebersihan adalah salahsatu perkara yang penting diterapkan kepadapenduduk di Kampung Pandan 'B' supayapersekitaran sentiasa bersih agar sentiasabersih dan Kampung Pandan 'B' jugamemenangi Perlawanan Dikir ke SeluruhNegara Mukim Tahun 2015, iaitu johanbagi lelaki dan manakala bagi wanitapula mereka telah mendapat nombor 3.

Page 17: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 201718 NASIONAL

Majlis keugamaan sempenaHari Kebangsaan

Siaran Akhbar dan Foto :Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Riyadh, Arab Saudi

RIYADH, ARAB SAUDI, Rabu,Februari. - Sebagai tanda kesyukuranke hadrat Allah Subhanahu Wata'alaatas limpah kurnia rahmat ke atasbumi Brunei Darussalam yangterus dikurniakan keamanan dankemakmuran sepanjang 33 tahunmenjadi sebuah negara merdeka,Kedutaan Besar Negara BruneiDarussalam di Riyadh, Arab Sauditurut mengadakan Majlis SembahyangFardu Magrib dan Isyak Berjemaah,membaca Surah Yaa Siin sertaDoa Kesyukuran Sempena HariKebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33.

Pada majlis yang diadakan diKedutaan Besar Negara BruneiDarussalam di Riyadh, Arab Saudi itu,acara dimulakan dengan SembahyangFardu Maghrib yang diimamkan olehSetiausaha Kedua, Kedutaan BesarNegara Brunei Darussalam di Riyadh,Arab Saudi, Awang MohammadJoehimie Anuar, diikuti denganmembaca Surah Yaa Siin dan DoaKesyukuran.

Manakala Sembahyang Fardu Isyakpula dipimpin oleh Duta BesarIstimewa dan Mutlak Negara BruneiDarussalam ke Arab Saudi, Tuan YangTerutama Dato Seri Setia AwangHaji Yusoff bin Haji Ismail.

Majlis keugamaan bertujuan bagimemohon ke hadrat Ilahi agarNegara Brunei Darussalam, raja,rakyat dan penduduk serta segalaisi di dalamnya dan seluruh telukrantau dan jajahannya, akan terusdikurniakan keberkatan dan sentiasaterpelihara dan diberkati olehAllah Subhanahu Wata'ala di bawahkepimpinan adil laila bijaksanaKebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalamturun-temurun di atas takhtasinggahsana.

Negara Brunei Darussalammenyambut Hari Kebangsaan padasetiap 23 Februari dan tahun inimerupakan sambutan buat kali ke-33yang membawa tema 'MenjayakanWawasan Negara'.

DUTA Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Awang Haji Yusoffbin Haji Ismail (lima, kiri) bersama pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Riyadh, Arab Saudi turutmengadakan Majlis Sembahyang Fardu Magrib dan Isyak Berjemaah, membaca Surah Yaa Siin serta Doa Kesyukuran Sempena HariKebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33.

DUTA Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Awang Haji Yusoffbersama keluarga dan para pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Riyadh, Arab Saudi.

Hari Terbuka IBTE pada 25 dan 26 Februari 2017

BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 23 Februari. - InstitutPendidikan Teknikal Brunei (IBTE)sekali lagi menganjurkan HariTerbuka dan Sesi Khidmat Nasihattahunannya bagi pengambilan Julai2017 yang akan datang pada 25 dan26 Februari 2017.

Acara ini akan diadakan dikampus IBTE SATELLITE yangmerangkumi Kampus IBTE JefriBolkiah, Kuala Belait; KampusIBTE Sultan Bolkiah, Seria danKampus IBTE-Agro Technology,Wasan bermula dari jam 8.30 pagihingga 5.00 petang.

Hari Terbuka ini bertujuan untukmemberikan peluang orang ramaimelihat dengan lebih dekatmengenai kursus yang ditawarkandan peluang berinteraksi dengan

Siaran Akhbar : Institut Pendidikan Teknikal Brunei

tenaga pengajar dan pelajar IBTE.Di samping itu, perkhidmatan

dalam talian untuk mendaftar bagikursus juga akan disediakan olehpihak kampus masing-masing padaacara tersebut nanti.

Beberapa aktiviti turut diadakansemasa hari terbuka termasukpameran untuk mengikuti latihan,demonstrasi bengkel, lawatan disekitar kawasan kampus dan jualanmakanan oleh pelajar IBTE.

Beberapa buah syarikat iaitu MCBIOTECH Sdn. Bhd., Brunei Halal(Ghanim Antarabangsa), TamadaNursing Services SDN. BHD.,Golden Corporation Sdn. Bhd.,Baxter Healthcare (Asia),HISEATON Fisheries Sdn. Bhd.juga telah dijemput untukmempamerkan peluang pekerjaan di

syarikat masing-masing dan jugamempromosikan produk mereka.

Bagi pengambilan Julai 2017Kampus IBTE Jefri Bolkiah, KualaBelait melalui Sekolah Tenaga danKejuruteraan Satelit (SEES)menawarkan kursus HNTec inBuilding Services Engineering,HNTec in Instrumentation andControl Engineering dan HNTec inPlant Engineering.

Manakala Akademi MaritimBrunei menawarkan kursus-kursusIBTE Diploma in MarineEngineering, IBTE Diploma inNautical Studies, Apprenticeship inDeck Ratings dan Apprenticeship inEngine Ratings.

Sementara Kursus yangditawarkan oleh Pusat PengajianTeknologi Maklumat danKomunikasi (Branch) ialah dalamHNTec in Computer Networking danHNTec in InformationTechnology.

Sekolah PembelajaranTinkerbell anjur ceramah

Penjagaan Pergigian

BANDAR SERI BEGAWAN,Rabu, 22 Februari. - Dalamusaha mempromosikan penjagaankesihatan mulut dengan betul untukwarga sekolah, terutama sekalikanak-kanak bagi menghindaripenyakit yang mudah berjangkit,Sekolah Pembelajaran Tinkerbelltelah menganjurkan CeramahPenjagaan Kesihatan Mulut danaktiviti berkaitan untuk pelajarperingkat pra dan rendah.

Ceramah yang diadakan di kawasanhalaman Sekolah PembelajaranTinkerbell di Kampung Sungai Orok,Kampung Salambigar telahdikendalikan oleh beberapa orangjururawat pergigian dari JabatanPerkhidmatan Pergigian, KementarianKesihatan.

Acara dimulakan denganceramah berbentuk pendidikanbagi penjagaan mulut oleh salah

seorang jururawat dari JabatanPerkhidmatan Pergigian, KementerianKesihatan.

Di dalam ceramah tersebut,pelajar-pelajar diberi tunjuk ajartentang kepentingan kebersihanmulut, cara-cara memberus gigiyang betul dan penjagaan kesihatanyang sihat.

Acara hari itu diteruskan dengancara-cara memberus gigi yang betulsebelum pelajar-pelajar menikmatihidangan ringan.

''Di antara kunci penjagaangigi yang sihat adalah memberusdengan ubat gigi yang sesuaisekurang-kurangnya 2 minit,''jelas salah seorang jururawatberkenaan.

Beliau juga menambah bahawamempunyai rutin ini pada peringkatawal mempunyai kesan yang terbuktihingga dewasa.

Berita dan Foto : Ihsan Ady Shairazy

PELAJAR-PELAJAR Sekolah Pembelajaran Tinkerbell, diberi tunjuk ajar tentangkepentingan kebersihan mulut, cara-cara memberus gigi yang betul dan penjagaankesihatan yang sihat.

Page 18: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 2017 19NASIONAL

Majukan negara capai Wawasan 2035

BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 23 Februari. - Tiga puluh tigatahun Negara Brunei Darussalam(NBD) kini sudah meraikan HariKebangsaan setelah mencapaikemerdekaan sepenuhnya dan tibamasa kematangannya itu menyasarkansatu arah tuju yang lebih jitudalam pembangunannya sebandingnegara-negara yang pesatmembangun.

Sambutan Hari Kebangsaanwalaupun disambut setiap tahun, akantetapi apa yang penting ialah motifutamanya bagi menaikkan lagisemangat patriotisme di sanubarisetiap rakyat dan penduduk bagisama-sama mengembleng ke arahmemajukan negara terutama dalamsasaran kita mencapai WawasanNegara 2035 dengan jayanya.

Ahli Majlis Mesyuarat Negara,Yang Berhormat Awang Iswandy bin

Ahmad semasa ditemui Pelita Bruneisangat menjunjung tinggi titahperutusan Kebawah Duli Yang MahaMulia sempena Sambutan HariKebangsaan NBD Kali Ke-33 yangantara lain menyentuh bahawa ertikemerdekaan adalah mendalamsebagai sejarah bangsa, bahkanseperti mahkota bangsa.

Yang Berhormat menjelaskan,sebagai rakyat di bumi BruneiDarussalam ini seharusnyamempertahankan kedaulatan sertamensyukuri usaha-usaha keranakita dapat hidup dalam suasanaaman dan damai.

Setiap rakyat katanya, perlumemainkan peranan di dalammenjayakan dan mencapai Wawasan2035, menurut bidang masing-masingsecara bekerjasama sebagai sebuahnegara tidak kira dari sektor, umur danlatar belakang mana sekalipun.

Yang Berhormat juga selakuYang Di-Pertua Majlis AIDS NBDseterusnya menambah, sebagai salahsebuah badan bukan kerajaan (NGO)di negara ini, pihak Majlis AIDSmemainkan peranan di dalammenangani isu sosial denganmenyebarkan kesedaran mengenaiHIV & AIDS, kehamilan remajadan penyakit jangkitan hubungankelamin.

''Mendukung salah satu pencapaianWawasan 2035 iaitu kualiti kehidupanyang tinggi di kalangan 10 negaraterbaik, maka usaha Majlis AIDSadalah membantu negara di dalammemastikan kes HIV dan AIDSterkawal serta orang-orang yangdijangkiti mendapat perkhidmatankesihatan yang baik.

''Ini dapat dilihat dengan inisiatifMajlis AIDS seperti menyebarkankesedaran HIV dan perkara berkaitandi kalangan belia; memberikanbimbingan kepada kalangan ahliMajlis AIDS sebagai pemimpin mudadi dalam kerja berpersatuan; sertamelibatkan masyarakat di dalambekerjasama bersama pihak kerajaan,swasta dan orang-orang persendiriandi dalam mengadakan aktivitikesedaran yang bersesuaian,'' ujarnya.

Manakala, Ahli MMN, YangBerhormat Dayang Khairunnisabinti Awang Haji Ash'ari ketikamemberikan respons mengenai titahperutusan Kebawah DYMM yangmenyentuh tentang nilai-nilai moralberkata kita sebagai rakyat perlulahmengamalkannya dalam usahamencapai Wawasan 2035.

"Inilah sifat-sifat yang patut dilatihdari kecil lagi agar kita lebihberamanah dalam menjalankan tugasdan kehidupan seharian," jelasnya.

Usaha membangunkan negaratambahnya, melibatkan semua pihaktidak mengira bangsa dan agama, kitasemua mempunyai tanggungjawab danjuga peranan dalam menyumbangkepada pembangunan mapan.

Sementara itu, salah seorangpegawai kerajaan berkata, sarananKebawah DYMM dalam titahperutusan itu bagi semua peringkatgenerasi di Negara Brunei Darussalammemahami erti sebenar kemerdekaansewajarnya diberikan perhatianserius.

Awang Azman bin Haji AbdulRahim berpendapat peringatanKebawah DYMM agar kemerdekaantidak dicuaikan, adalah sesuatu yangtinggi nilainya dari seorang pemimpinyang sentiasa ingin melihat anakbangsa sentiasa hidup di dalamsuasana yang selesa, bahagia dansejahtera.

''Kemerdekaan bukanlah satuperkara yang boleh diraih denganmudah, tetapi memerlukankesungguhan dan keazaman yangtinggi malahan pengorbananyang sering kali mengakibatkanpertumpahan darah di dalammemperjuangkannya,'' jelasnya.

Beliau bersetuju bahawa perbuatan'menyembaranakan' kemerdekaansepertimana terkandung di dalamtitah tersebut perlu dielakkandisebabkan ia boleh menjerumuskannegara kepada keburukan.

Dari itu, tambahnya, usaha-usahaperlu dipergiatkan agar masyarakat

Brunei, khususnya generasi akandatang, dapat mengikutiprogram-program yang menjuruskepada pembentukan sikap insanmenghargai dan menyayangikemerdekaan.

Mengenai titah sempenasambutan Hari Kebangsaan KaliKe-33 secara keseluruhan, AwangAzman selanjutnya berkata ketiga-tigaperkara yang disentuh olehKebawah DYMM, iaitu temasambutan - 'Menjayakan WawasanNegara'; keburukan mekanisme yang'korup' dan seruan bagi memahamierti sebenar kemerdekaan adalahtepat pada masanya serta jelasdan padat.

Tingkatkan iltizam membangun negara

BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 23 Februari. - 'MenjayakanWawasan Negara' merupakantema Sambutan Hari Ulang TahunHari Kebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33 yang sangatrelevan kerana kita sebagai rakyatdan penduduk masing-masing adalahpendiri bangsa.

Setiausaha Agung Tertinggi MajlisBelia Brunei, Awang Zefri Ariffberkata, kita perlu mempunyaikomitmen terhadap pembangunanbangsa, lebih-lebih lagi kalangan beliayang seharusnya dapat memberi suatukomitmen dan perhatian yang jelasterhadap apa sahaja yang dimaksudkandengan wawasan negara termasukWawasan Brunei 2035, WawasanNegara Zikir dan wawasanuntuk menjadikan Negara BruneiDarussalam, Melayu Islam Beraja.

''Sehubungan itu, kita telah melihatbanyak pembangunan infrastruktur,pembangunan dari segi sumber tenaga

manusia (human resource), pendidikandan sebagainya dan telah berlakudengan begitu tersusun, kitamenginginkan sesuatu yang lebihcepat lagi agar setiap gerak kerja yangberwawasan itu dapat dipacu denganlebih baik dan lebih terarah,'' ujarnyaketika ditemui oleh Pelita Brunei padaUpacara Perhimpunan Agung UlangTahun Hari Kebangsaan NegaraBrunei Darussalam Ke-33 yangberlangsung di ibu negara, di sini.

Menurutnya lagi, dengan maksudbahawa setiap apa yang kitalakukan itu perlulah mempunyai satukesejajaran dan satu gerak kerja yangsenergi di antara satu entiti denganentiti yang lain kerana kita tidak mahumelihat bahawa entiti itu hanyalahentiti persendirian atau individu tetapientiti yang dikatakan, seperti titahKebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam, secaruk sepengayuhan.

Beliau menambah, kita mahumelihat semua yang kita lakukanadalah mengarah kepada satumatlamat yang sama dan ini perludifahamkan oleh setiap ahlimasyarakat termasuk golongan beliaagar mereka juga mempunyai satuiltizam atau kemahuan bersatusemangat untuk bersama-samamembangun negara dari pelbagaiperspektif, pelbagai potensi danpelbagai upaya yang mereka miliki.

Dalam usaha ini katanya lagi, kitajuga perlu ada kerjasama di antarasetiap sektor dalam masyarakattermasuk dalam sektor kerajaan,swasta, persendirian dan sektor yangmelihat kepada komuniti keranagerakan-gerakan komuniti sepertipersatuan-persatuan belia juga perludimantapkan agar ia dilihat sebagai

satu platform yang akan dapatmencipta suatu gerak kerja yangtersusun, dalam masa yang samamereka dapat menyusun dirimereka dan dapat memberikan satupengetahuan asas terhadap bagaimanauntuk berorganisasi, bagaimanauntuk bergerak dalam kumpulandan bagaimana untuk memimpinmasyarakat yang lebih besar lagi.

Manakala menurut salah seorangpelancong yang berada di negara ini,Kimberley Hendoa yang berasal dariUnited Kingdom menjelaskan, beliauyang baru sahaja sampai di negaraini kelmarin berpendapat NegaraBrunei Darussalam merupakan negarayang damai.

Beliau ingin tahu bagaimanasuasana Negara Brunei Darussalamdan justeru itu berhasrat bermalamuntuk beberapa hari di negara ini.

''Saya merasa beruntung keranadapat sama-sama menyaksikanupacara perhimpunan agung padahari ini di mana perhimpunanrakyat dan penduduk negara inisangat menakjubkan dengan uniformmasing-masing. Negara BruneiDarussalam juga mempunyai rakyatdan penduduk yang sangat ramah sertaprihatin,'' ujarnya.

Beliau seterusnya mendoakanrakyat serta penduduk dan NegaraBrunei Darussalam sentiasa dalamkeadaan baik.

Bagi Melvin Tulod yang berasal dariFilipina juga merasa beruntung keranaberpeluang untuk kali ketiga merasaikeseronokan upacara perhimpunanagung pada tahun ini.

Jelasnya, perhimpunan agung setiaptahun mempunyai keistimewaannyatersendiri dan melalui upacara iniakan menarik lebih ramai pelanconguntuk ke negara ini dan semestinyamelalui upacara seumpama ini akanmenyerlahkan lagi identiti NegaraBrunei Darussalam yang aman damai.

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan AhmadiFoto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman,

Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

Oleh : Saerah Haji Abdul GhaniFoto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

AWANG Azman bin Haji Abdul Rahimsemasa ditemu bual.

AHLI MMN, Yang Berhormat DayangKhairunnisa binti Awang Haji Ash'ari.

Ahli MMN, Yang Berhormat AwangIswandy bin Ahmad.

PELANCONG dari Filipina, Melvin Tulodsemasa ditemu bual.

SETIAUSAHA Agung Tertinggi MajlisBelia Brunei, Awang Zefri Ariff.

PELANCONG yang berasal dari UnitedKingdom, Kimberley Hendoa.

Bazar AMAL 2K17 1.0 bermula27 Februari di Dewan Muhibbah

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 24 Februari. - Dalam beberapa harisahaja lagi akan berlangsungnya Bazar AMAL 2K17 1.0 akan diadakan dipenghujung bulan Februari tahun 2017.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untukberkunjung ke Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara,Berakas mulai daripada 27 Februari 2017 sehingga 2 Mac 2017, dari jam8.00 pagi hingga 7.00 malam.

Bazar Amal yang dikendalikan oleh Battle Pro Marketing & ManagementServices (BattlePro MMS) dengan kerjasama Jabatan Daerah Bruneidan Muara itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi Tabung Amal JabatanDaerah Brunei dan Muara bagi membantu mangsa-mangsa bencana yangtidak terduga.

Selain itu, bazar ini juga mengetengahkan para usahawan mudadan usahawan tempatan sebagai peluang mereka untukproduk-produk dan jenama mereka kepada orang awam.

Antara produk-produk yang akan dijual termasuk pakaian fesyenterkini, produk kecantikan, barang keperluan harian dan sebagainya.

Para pengunjung juga berpeluang untuk mengikuti cabutan bertuahdan memenangi hadiah-hadiah menarik seperti sebuah kereta BMW X1, pakejumrah dan pakej percutian.

Siaran Akhbar : BattlePro MMS

Page 19: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 201720 NASIONAL

Semangat jati diri belia bakaljayakan wawasan negaraBANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 23 Februari . - Suasana di ibunegara seawal pagi lagi dimeriahkandengan kehadiran ribuan peserta sertapengunjung dari segenap lapisanmasyarakat termasuk pelancong asingbagi menyaksikan Acara KemuncakPerhimpunan Agung Sambutan UlangTahun Hari Kebangsaan Ke-33 diTaman Sir Muda Haji Omar 'AliSaifuddien.

Walaupun hujan turun semasaberlangsungnya sambutan berkenaan,ia tidak menghalang para pesertaperbarisan untuk mempamerkansemangat patriotisme mereka sebagaimenghargai detik bersejarah tersebut.

Malahan, orang ramai juga tidakberganjak bagi menyaksikanperarakan sambutan yang bertemakan'Menjayakan Wawasan Negara' itu.

Sokongan dan penglibatan rakyatkhususnya generasi muda dalamsama-sama memeriahkan acarasambutan itu turut melambangkansemangat perpaduan yang kukuh danrasa cinta mereka kepada negara.

Pelita Brunei berpeluang menemubual beberapa peserta yang terlibatdalam acara perbarisan SambutanUlang Tahun Hari Kebangsaan Ke-33bagi mengongsikan ucapan mereka

Siaran Akhbar dan Foto :Pasukan Polis Diraja Brunei

Oleh : Marlinawaty HussinFoto : Azmah Haji Ahad

''GOLONGAN belia akan terus majudan meningkatkan semangat diri demimenjayakan wawasan negara padatahun ini sejajar dengan tema UlangTahun Hari Kebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33,'' Dayang SyaffizSyaffinaz Emydiora binti Haji Karim, 17tahun, sukarelawan dari KementerianKebudayaan, Belia dan Sukan.

''HARAPAN saya adalah agar generasi berwawasan pada tahun ini menjadi lebihbersemangat dari sebelumnya sebagai langkah ke arah mencapai Wawasan 2035,''Dayang Lina Aqilah binti Haji Isa (kanan sekali), 13 tahun, penuntut Sekolah SeriMulia Sarjana.

''BERSEMPENA Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33,saya berharap supaya negara ini kekal aman dan makmur di bawah naungan KebawahDuli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam serta agar melahirkan lebih ramai generasi yang berwawasan,'' Dayang SitiAsmaa Nadzirah binti Raya (tengah), 22, Kadet Pancaragam Tentera Politeknik Brunei.

''SAYA berharap agar rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam akanterus melangkah maju ke hadapan dalam sama-sama merealisasikan WawasanNegara 2035,'' Dayang Rina binti Ajak (tengah), 36 tahun, Guru Pelatih Kadet Polis SekolahMenengah Menglait.

''TEMA Ulang Tahun Hari KebangsaanNegara Brunei Darussalam Ke-33 padatahun ini mendorong kita dalam menanaitanggungjawab serta bersatu padu danberdiri teguh demi menjayakan wawasannegara,'' Awang Muhd. Fakhrul Lizambin Haji Sahepol, 14 tahun, penuntutSekolah Menengah Saiyidina Abu Bakar.

dalam menghayati tema sambutanpada tahun ini.

Dayang Syaffiz Syaffinaz Emydiorabinti Haji Karim, 17 tahun berkatabahawa, golongan belia akan terusmaju dan meningkatkan semangat jatidiri demi menjayakan wawasan negarapada tahun ini sejajar dengan temaUlang Tahun Hari Kebangsaan NegaraBrunei Darussalam tahun ini.

Sementara itu, Dayang Lina Aqilahbinti Haji Isa, 13 tahun berharap agargenerasi berwawasan pada tahun iniakan menjadi lebih bersemangat darisebelumnya sebagai langkah menujuke arah mencapai Wawasan 2035.

Manakala, Dayang Siti AsmaaNadzirah binti Raya, 22 tahun berharapbersempena Ulang Tahun HariKebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33 ini supaya negaraini akan kekal aman dan makmurdi bawah naungan pemerintahanKebawah Duli yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalamserta dapat melahirkan lebih ramaigenerasi berwawasan.

Bagi Dayang Rina binti Ajak, beliauberharap agar rakyat dan pendudukNegara Brunei Darussalam akan terus

melangkah maju ke hadapan dalamsama-sama merealisasikan WawasanNegara 2035.

Dalam pada itu, Awang Muhd.Fakhrul Lizam bin Haji Sahepol, 14tahun, berkata tema Ulang Tahun Hari

Kebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33 pada tahun inimendorong kita untuk menanaitanggungjawab serta bersatu padu danberdiri teguh demi menjayakanwawasan negara.

Pengawasan Kejiranan sertai Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-33

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Februari. -Pada tahun ini, seramai 200 Ahli Pengawasan Kejirananmenyertai perbarisan Sambutan Ulang Tahun HariKebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun.

Perbarisan diketuai oleh Ketua Unit PerhubunganAwam, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), DSP AwangHaji Mohamad Noor bin Haji Abd. Rahman.

Pada masa ini keahlian Pengawasan Kejirananadalah sebanyak 108 buah kampung dengan keramaian1,674 ahli.

Pasukan Polis Diraja Brunei mengalu-alukan orangramai untuk menyertai Pengawasan Kejiranan terutamasekali para belia sesuai dengan tema Sambutan HariKebangsaan pada tahun ini, iaitu 'Menjayakan WawasanNegara' dan juga Wawasan 2035 yang menjurus kepadakeselamatan di tempat awam.

SERAMAI 200 Ahli Pengawasan Kejiranan menyertaiperbarisan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yangdiketuai oleh Ketua Unit Perhubungan Awam, Pasukan PolisDiraja Brunei (PDB), DSP Awang Haji Mohamad Noor binHaji Abd. Rahman.

Page 20: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 2017 21NASIONAL

Belia berperanan kekalkankeharmonian negara

BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 23 Februari. - Lebih tigadekad Negara Brunei Darussalam telahmencapai kemerdekaannya di manapelbagai kemajuan dan transformasitelah dilaksanakan, namun usahaini hendaklah diteruskan olehgolongan belia.

Masa depan negara terletak kepadakeupayaan serta peranan golonganbelia dalam memastikan pembangunannegara sentiasa terjamin selarasdengan usaha negara untukmelestarikan falsafah Melayu IslamBeraja (MIB), menanai konsep NegaraZikir, di samping merealisasikanWawasan Negara 2035.

Dalam usaha membangun beliadi negara ini, Kerajaan KebawahDuli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam sentiasamemberikan perhatian yang penuhmelalui penyediaan berterusanprogram-program pembangunankapasiti, kemudahan-kemudahanprasarana, infrastruktur dan bantuanfizikal.

Selain itu, pihak kerajaan jugaamat menitikberatkan tahap kualitipendidikan dan latihan bagi golonganbelia yang mana pendidikan itumerangkumi kepentingan menuntutilmu ukhrawi dan duniawi kerana iaamat penting supaya kehidupangolongan belia itu bertambah baik dandalam masa yang sama ajaran Islamtidak dipinggirkan selaras denganfalsafah MIB.

Melihat akan kepentinganperanan belia sebagai pemangkinpembangunan negara, Pelita Bruneisempat menemu bual beberapagolongan belia semasa UpacaraPerhimpunan Agung SambutanUlang Tahun Hari KebangsaanNegara Brunei Darussalam Ke-33Tahun di ibu negara.

Dayang Siti Hazimah binti Zakaria,31, yang mengikuti persembahan'Bicara Berirama' ketika ditemuimelahirkan rasa teruja kerana dapatmenyertai Sambutan Hari Kebangsaanpada tahun ini.

Beliau yang merupakan seoranglepasan graduan dari Institut Kemudaberkata, belia sering ditakrifkansebagai golongan muda yang akan

mewarisi kepemimpinan negara suatumasa nanti.

''Justeru, belia seharusnyamemikirkan tanggungjawab danperanan yang bakal mereka pikuldan galas pada masa depan.

''Memandangkan rintangan yangperlu ditempuhi oleh pemimpin negarapada masa kini amat mencabar,maka sudah tentu rintangan yang bakalditempuhi oleh belia yang akanmewarisi tampuk pentadbiran negara,masyarakat atau sesebuah organisasimasa depan lebih mencabar.

''Oleh itu, belia wajar diberi peluanguntuk sama-sama terlibat di dalamurusan dan pentadbiran sesebuahorganisasi mahupun masyarakat,''ujarnya.

Manakala bagi Dayang Fatin NurAlifah binti Mohamad dan DayangNur Haziqah Najihah binti Haji Jaya,penuntut IBTE Kampus Bisnesdalam jurusan 'HNTEC OfficeAdministration' turut menzahirkanperasaan yang sama.

Menurut mereka, peranan dansumbangan belia amat penting dalam

mengekalkan keharmonian danperpaduan rakyat di samping menjaditonggak kepada pentadbiran dankepimpinan negara.

''Oleh itu, adalah penting untuksemua pihak, sama ada pihak kerajaan,badan bukan kerajaan dan masyarakatuntuk memastikan belia dipimpindengan sebaik-baiknya dan para beliapula harus melengkapkan diri merekadengan pengetahuan yang tinggi,kemahiran yang relevan untukpembangunan ekonomi di sampingberpegang pada nilai-nilai yang bolehmenyumbang kepada kestabilan sosialdi negara ini,'' jelas mereka.

Siaran Akhbar dan Foto :Telekom Brunei Berhad (TelBru)

Oleh : Aimi SaniFoto : Azmah Haji Ahad

DAYANG Siti Nor Hazimah binti Zakaria besama-sama anak murid latihan beliau yang mengikuti persembahan 'Bicara Berirama'.

DAYANG Fatin Nur Alifah binti Mohamad(kiri) dan Dayang Nur Haziqah Najihahbinti Haji Jaya (kanan) penuntut IBTEKampus Bisnes dalam jurusan HNTECOffice Administration, menurut mereka,peranan dan sumbangan belia amatpenting dalam mengekalkan keharmoniandan perpaduan rakyat, di sampingmenjadi tonggak kepada pentadbirandan kepimpinan negara.

TelBru sertai perarakan Hari Kebangsaan Ke-33

BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 23 Februari. - TelekomBrunei Berhad (TelBru) tidakketinggalan untuk sama-samamengambil bahagian dalamperhimpunan Sambutan Ulang TahunHari Kebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33 bersama ribuanrakyat dan penduduk Brunei di manaseramai 118 pegawai dan kakitanganmenyertai perarakan di ibu negara.

Perarakan ini menjadi acara tahunanTelBru bagi memperingati peristiwapenting dalam sejarah Negara BruneiDarussalam.

Kali ini perarakan diketuai olehKetua Pegawai Kewangan TelBru,Nurbahriah Eliza binti Abdullahdan Ketua Pegawai PerkhidmatanKorporat, Hajah Rosmawati bintiHaji Abdul Manaf terdiri daripada 83

kakitangan lelaki dan 35 wanitatermasuk kakitangan veteran, yangbaru berkhidmat dan juga mereka yangakan bersara. Mereka telah berkumpulsebelum subuh di Bandar SeriBegawan dan sebelum ini juga telahmengikuti latihan-latihan bagi acarakemuncak.

Penyertaan tahunan ini adalahbertujuan untuk memupuk semangatpatriotisme di kalangan kakitanganTelBru bagi membuktikan komitmensyarikat dalam menyokong Visi 2035,yang antara lain, menghargaipenyertaan sumber manusia dalampembangunan negara.

ANTARA kakitangan TelBru yangmengikuti perhimpunan dan perbarisansempena Sambutan Ulang Tahun HariKebangsaan Ke-33.

Page 21: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 201722 NASIONAL

Warna-warni Hari Kebangsaan

PASUKAN Pembaca Ikrar Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NegaraBrunei Darussalam Ke-33, Tahun 2017 mengabdikan gambar kenangan bersamaMenteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu LailarajaMejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor,Masri Osman, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah,

Hamzah Mohidin, Mohd. Sahrizal Haji Said,Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad,

Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

PARA peserta dari pelbagai etnik budaya dan bangsa yang bernaung di negara ini tidak ketinggalan menyertai Upacara PerbarisanLalu walaupun dalam suasana hujan lebat (atas). Sementara gambar kanan, orang ramai sama-sama hadir memeriahkan suasanasambutan. Manakala gambar bawah, cuaca hujan tidak mematahkan semangat kanak-kanak ini membuat persembahan di sambutantersebut. Seterusnya gambar bawah kanan, perbarisan lalu dari salah sebuah organisasi.

Page 22: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

HARI SABTU 25 FEBRUARI 2017 23

Warna-warni Hari KebangsaanNASIONAL

Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor,Masri Osman, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah,

Hamzah Mohidin, Mohd. Sahrizal Haji Said,Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad,

Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

PASUKAN Jabatan Perdana Menteri sama-sama memeriahkan suasana Sambutan Hari Kebangsaan Negara BruneiDarussalam Ke-33 dengan menyertai perbarisan lalu (atas). Sementara gambar bawah kanan dan kiri, pelbagaigolongan masyarakat dari beberapa organisasi di negara ini, dengan penuh semangat patriotisme berbaris laludi hadapan pentas diraja bagi menyemarakkan suasana sambutan walau dalam suasana cuaca hujan lebat.

Page 23: 25 FEBRUARI 2017 / 1438 JABATAN PENERANGAN EDISI … Dokumen/2017/Febuari/pelitabrunei... · Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah ... pendapatan peniaga-peniaga. ... kewangan

24

'MENJAYAKAN WAWASAN NEGARA'BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG :www.pelitabrunei.gov.bn

SUKAN HARI SABTU 25 FEBRUARI 2017

Berita dan Foto : Ihsan Kelab Boling Padang Wisdom

PRESIDEN WBC, Haji Johari bin Awang Achee (kiri) menyerahkan sumbangan kepada pemain yang akan menyertai Kejohanan BolingPadang Pairs Antarabangsa sempena Hari Wilayah di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Hadir menyaksikan majlis tersebut ialahTimbalan Presiden Ke-II WBC, Haji Mohd. Taha bin Haji Mohd. Tahir dan Ketua Jurulatih WBC, Haji Abdul Ghafar bin Pehin OrangKaya Laksamana Dato Seri Setia Haji Mohd. Taha.

WBC sertai Kejohanan BolingPadang Pairs AntarabangsaBANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,22 Februari. - Kelab Boling PadangWisdom (WBC) terus memberikanpeluang kepada pemain-pemainnyauntuk bertanding dalam kejohananboling padang, sama ada di peringkatserantau dan juga Borneo.

Kali ini, WBC akan menghantar tigapasukan untuk berentap di KejohananBoling Padang Pairs Antarabangsasempena Hari Wilayah yang akanberlangsung pada 24 hingga 26Februari ini di Wilayah PersekutuanLabuan, Malaysia.

Tiga pasukan yang merangkumienam pemain itu digabungkan terdiridaripada kalangan pemain senior danjunior, yang diadun menjadi ramuanterbaik sebagai langkah untukmemberikan saingan yang berbezapada kejohanan kali ini.

Baru-baru ini Presiden WBC, HajiJohari bin Awang Achee yang tidakpernah putus-putus memberikansokongan moral dan material kepadaahlinya, sekali lagi telah berkesudianmemberikan sumbangan peribadibeliau kepada pemain yang akanmenyertai kejohanan itu nanti.

Majlis penyerahan sumbangantersebut berlangsung pada hari terakhirlatihan para pemain di Pusat Boling

Padang, Kompleks Sukan NegaraHassanal Bolkiah, Berakas.

Selaku Presiden pertama sejak kelabini ditubuhkan pada tahun 2012, HajiJohari tidak pernah gagal untukmenyerlahkan komitmen dan dedikasibeliau kepada ahli-ahli WBC,bahkan sentiasa menyuntik semangatdan moral pemain untuk terusmencapai kejayaan di peringkatantarabangsa.

Turut hadir menyaksikan majlispenyerahan tersebut ialah TimbalanPresiden Ke-II WBC, Haji Mohd. Tahabin Haji Mohd. Tahir dan KetuaJurulatih WBC, Haji Abdul Ghafarbin Pehin Orang Kaya LaksamanaDato Seri Setia Haji Mohd. Taha.

Dalam ucapan ringkas PresidenWBC, Haji Johari menegaskan agarpara pemain mengutamakan disiplindan menjaga nama baik negara,di samping berusaha untukmempamerkan prestasi terbaik semasapertandingan.

''Dengan berbekalkan semangatHari Kebangsaan Ke-33 ini nantisemangat patriotik pemain akanbertambah, didoakan juga mereka akanberoleh kejayaan yang membanggakansekali gus mengharumkan namanegara,'' ujar beliau.

Dua peserta negara menyerlah di Johor

BANDAR SERI BEGAWAN,Jumaat, 24 Februari. - Peserta kikik

negara yang diwakili oleh dua orangbelia, iaitu Awang Mohammad

Syahrul Nizam bin A. Hamidundan Awang Mohammad NazrolNizam bin A. Hamidun yang beraksidalam Pertandingan MenaikkanRokkako telah mendapat markah20 / 20 dan Pertandingan MenaikkanWau Bulan mendapat markah15 / 20.

Menurut Siaran Akhbar PersatuanKikik Negara Brunei Darussalam(PEKIKIK), mereka menyertaiPesta Layang-Layang SeduniaKe-22 di Pasir Gudang Johor,Malaysia.

Rombongan diketuai oleh YangDi-Pertua PEKIKIK, Awang HajiMaidin bin Haji Ahmad.

Menurut Pengurus Belia, AwangHaji Mohammad Isa bin Haji Marsidiyang juga selaku Timbalan SetiausahaAgung PEKIKIK menyatakan,berpuas hati dengan komitmen dankerjasama yang diberikan olehkedua-dua peserta walaupun merekatidak pernah menjalani latihanmenaikkan Rokkako dan Wau diBrunei Darussalam.

Beliau amat berbangga keranaamanah dari PEKIKIK telahditunaikan dan peserta yang dipilihtidak mengecewakan malahandapat mengharumkan namanegara.

Dengan harapan pada masa-masaakan datang, PEKIKIK amatmemerlukan ahli-ahli yang terdiridaripada belia untuk menjadi ahlipersatuan yang sentiasa bersedia untukmenyertai mana-mana undangan dariluar negara.

Berita dan Foto : Ihsan Persatuan Kikik Negara Brunei Darussalam

BERSEMPENA dengan Sambutan Jubli Perak Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin

Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul KhairiWaddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaikitakhta pada Isnin, 9 Rabiulakhir 1413 Hijrah bersamaan 5 Oktober 1992Masihi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menitahkanpenubuhan sebuah Yayasan yang dikenali dengan nama Yayasan Sultan HajiHassanal Bolkiah.

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ditubuhkan di bawah satu akta yangdigelar Akta Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Penggal 166). YayasanSultan Haji Hassanal Bolkiah ditubuhkan berasaskan pada lima tujuan,iaitu Ugama, Kebajikan, Pendidikan, Pembangunan dan Kewangan.

SUMBER : Laman sesawang Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiahhttp://www.yshhb.org.bn.

AWANG Mohammad Syahrul Nizam bin A. Hamidun dan Awang Mohammad NazrolNizam bin A. Hamidun bersama Timbalan Setiausaha Agung PEKIKIK, Awang HajiMohammad Isa bin Haji Marsidi meraikan kejayaan menaikkan Rokkako denganmendapat markah penuh 20 / 20.