240335316-perkhemahan

20
PERKHEMAHAN Pemimpin pasukan yang ingin menganjur satu perkhemahan Pandu Puteri perlulah memenuhi syarat berikut : Berwaran Mendapat kebenaran dari pesuruhjaya Semua ahli dilindungi insuran Maksima perkhemahan lima hari empat malam Peserta 24-36 ( bagi pemimpin yang mengambil ujian ) Perancangan sebelum perkhemahan Memohon kepada ibupejabat Pandu Puteri kebenaran menjalankan perkhemahan Menubuh jawatankuasa perkhemahan (staf kem) Mengadakan mesyuarat staf perkhemahan Memilih tapak yang sesuai dan mempunyai kemudahan asas. Menghantar surat makluman kepada majlis perbandaran (kutip sampah), hospital (doktor on call dan Balai Polis). Memilih staf perkhemahan iaitu : Kem Komandan , Penolong Kem Komandan , Juru Pertolongan Cemas, Penolong Juru Pertolongan Cemas, Juru Masak & Penolong Juru masak Menyedia jadual aktiviti perkhemahan Menyedia anggaran perbelanjaan perkhemahan Senarai peralatan perkhemahan Semasa Perkhemahan

Upload: adang30

Post on 19-Nov-2015

44 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

aktiviti perkhemahan

TRANSCRIPT

PERKHEMAHANPemimpin pasukan yang ingin menganjur satu perkhemahan Pandu Puteri perlulah memenuhi syarat berikut : Berwaran Mendapat kebenaran dari pesuruhjaya Semua ahli dilindungi insuran Maksima perkhemahan lima hari empat malam Peserta 24-36 ( bagi pemimpin yang mengambil ujian )Perancangan sebelum perkhemahan Memohon kepada ibupejabat Pandu Puteri kebenaran menjalankan perkhemahan Menubuh jawatankuasa perkhemahan (staf kem) Mengadakan mesyuarat staf perkhemahan Memilih tapak yang sesuai dan mempunyai kemudahan asas. Menghantar surat makluman kepada majlis perbandaran (kutip sampah), hospital (doktor on call dan Balai Polis). Memilih staf perkhemahan iaitu :Kem Komandan , Penolong Kem Komandan , Juru Pertolongan Cemas, Penolong Juru Pertolongan Cemas, Juru Masak & Penolong Juru masak Menyedia jadual aktiviti perkhemahan Menyedia anggaran perbelanjaan perkhemahan Senarai peralatan perkhemahanSemasa Perkhemahan Memastikan tapak perkhemahan telah dalam keadaan sedia semasa ahli mendaftar. Menjalankan aktiviti yang dirancang Mengubahsuai aktiviti mengikut keperluan semasa Bekerjasama dengan staf perkhemahan menyelesaikan masalah di tapak Menjalankan mesyuarat Court Of Honour (COH) setiap hari bersama staf perkhemahan dan ketua dan penolong kumpulan ( mesyuarat staf perkhemahan dan ketua-ketua kumpulan) Memeriksa tapak perkhemahan setiap hari selepas panji-panji.Selepas Perkhemahan Membuat penilaian perkhemahan Membuat laporan Menghantar surat terima kasih kepada agensi yang terlibat membantu perkhemahan Membersihkan tapak perkhemahan Membersih dan menyimpan peralatan perkhemahan Membaik pulih peralatan yang rosakTUGAS-TUGAS STAF PERKHEMAHANKEM KOMANDAN Sebelum perkhemahanKem Komandan adalah merupakan ketua di tapak perkhemahan .Mendapat kebenaran mengadakan perkhemahan daripada pesuruhjaya Daerah, Perkhemahan, Ketua Pesuruhjaya negeri dan Ibu pejabat kebangsaanMengisi borang permohonan dalam tiga salinan dan dihantar ke ibupejabat satu bulan sebelum tarikh perkhemahanMenubuh jawatankuasa perkhemahan yang terdiri daripada Kem Komandan, Juru pertolongan cemas, juru masak dan penolong-penolong.Membuat kertas kerja perkhemahan dan menetapkan tarikh, tempat, tema , matlamat, kumpulan sasaran dan struktur organisasi perkhemahan.Membuat surat menyurat kepada pihak sekolah, Balai Bomba,Balai Polis, Doktor On Call, semburan kabus anti aedes, Majlis Perbandaran, penceramah, peminjaman peralatan, kebenaran ibu bapa dan surat jemputan majlis perasmian atau penutupan.Menyedia borang pendaftaran , kebenaran ibu bapa, kesihatan dan penilaian perkhemahan.Melawat tapak perkhemahan bagi memantau kemudahan dan keselamatan.Menyediakan jadual aktiviti cuaca baik dan cuaca buruk.Mengurus pengangkutan jika perlu.Menganjur latihan pra perkhemahanMenyedia anggaran perbelanjaan perkhemahan bagi pembelian bahan kering, bahan basah, sewa tapak, pengangkutan dan cenderamata.Menentukan yuran perkhemahanMerangka peraturan perkhemahanMenyedia jadual tugas kumpulan. Semasa PerkhemahanDatang awal ke tapak perkhemahan dan memantau pendaftaran pekhemah.Mengagih pekhemah kepada kumpulan , mengadakan taklimat dan membuat agihan tapak .Membina gajet perkhemahan iaitu tiang bendera, pintu gerbang, pagar, papan kenyataan dan rak beg pakaian pekhemah.Mengendali istiadat dan upacara panji-panji.Mengendali mesyuarat Court Of Honour ( Staf perkhemahan & ketua-ketua kumpulan)Mengelola Malam Unggun ApiMembuat penilaian dan sesi refleksi Selepas PerkhemahanMenyemak penyata akaun perbelanjaan.Mengurus pengangkutan, peralatan perkhemahan dan membersih tapak.Menghantar surat terima kasih dan membuat laporan & penilaian.JURU PERTOLONGAN CEMASSebelum perkhemahanMemilih tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah Juru Pertolongan Cemas( kawasan yang teduh dan kondusif)Memilih khemah yang sesuai dan menentukan bilik / khemah kurantin.Mengumpul peralatan untuk JPC seperti katil untuk pesakit dalam khemah, cooler, termos dan anduh.Menghubungi pihak hospital dan mendapatkan nama doktoron call.Menyediakan borang kesihatan untuk mendapat maklumat tahap kesihatan pekhemah.Menyimpan satu buku catatan berkenaan nama pekhemah dan masalah kesihatan merekaMemastikan ubat dan peralatan dalam peti pertolongan cemas tidak luput tarikh dan lengkap.Mempunyai pengetahuan merawat dan memberi pertolongan cemas untuk masalah luka, kecederaan, patah, melecur, gigitan serangga,sawan, pengsan, rejatan, terkena benda tajam pada anggota badan, cara mengusung atau mengangkat pesakit, tercekik, bahaya asap, keracunan makanan, demam, sakit gigi, dan lain-lain kemalangan yang mungkin berlaku.Semasa perkhemahanMendirikan khemah JPC dan gajet yang sesuai iaitu tripod & besin air, tuala kecil, screening untuk pekhemah menyalin pakaian dan untuk mandi jika perlu, rak ubat dalam khemah, ampaian dan label / papan kenyataan.Membuat label tandas dan tempat pembuangan sampah.Menyediakan plastik / surat khabar lama untuk membalut tuala wanita yang telah diguna.Membuat catatan rekod pekhemah yang mendapatkan rawatan.Memeriksa kebersihan tapak perkhemahan termasuk tandas dan dapur.Memastikan air minuman disediakan sepanjang masa untuk pekhemah.Menyampaikan input sesi pertolongan cemas kepada pekhemah.Selepas perkhemahanMembuat laporan dalam buku log dan memberi cadangan penambahbaikan.JURU MASAK Sebelum perkhemahanMembuat perancangan menu dan resepi yang sesuai untuk pekhemah.Menyenarai bahan basah dan kering untuk dimasakMembuat anggaran perbelanjaanMembeli barangan kering untuk persediaan perkhemah.Memberi cadangan yuran perkhemahan berasas belanja dapur Semasa perkhemahan Mendapat maklum balas tahap kesihatan dan pantang pemakanan dari JPC. Menyediakan menu mengikut jadual yang ditetapkan dan keperluan makanan seimbang. Mempamerkan jadual masa makan & minum pagi / petang kepada umum Mengguna pelbagai kaedah penyediaan makanan Membina gajet seperti lubang basah ( untuk membuang sisa makanan) dan tong sampah bagi membuang sisa sampah yang lain, rak dapur altar, rak penyimpan peralatan dan khemah untuk menyimpanbahan kering. Menyediakan makanan khas untuk pekhemah yang memerlukannya. Mengagih agihan bahan kepada pekhemah sekiranya mereka memasak sendiri. Mengubahsuai menu mengikut keadaan cuaca di tapak perkhemahan. Menyimpan baldi berisi pasir di kawasan dapur untuk mencegah bahaya api. Menjalankan rutin bacaan doa sebelum makan. Memaklum dan mengingatkan Kem Komandan waktu makan pekhemah. Menyediakan aktiviti seperti masakan rimba, pertandingan masakan atau solar jika perlu. Selepas perkhemahan Mengumpul semua resit pembelian Menyimpan peralatan serta penjagaannya. Melelong baki makanan ( bahan kering ) yang belum diguna. Membuat laporan perbelanjaan dan menyiapkan buku log.AGIHAN TUGAS KUMPULAN Semasa perkhemahan konsep aktiviti berasaskan patrol mesti dilaksanakan. Iaitu Kem Komandan perlu mengagih kumpulan besar pekhemah kepada empat patrol. Patrol ini boleh menggunakan nama yang telah ditentukan. Setiap patrol perlu dilantik ketua dan penolong. Semasa berkhemah semua ahli menyelesaikan tugasan dan melakukan aktiviti dalam kumpulan. Sikap kerjasama ini perlu ditekankan oleh pemimpin.KUMPULANHARI1HARI2HARI3HARI4

Kesihatan1234

Memasak2341

Menghidang3412

Kayu & Air4123

TUGAS UTAMA KUMPULANDalam buku Mari Berkhemah (1977) yang diterbitkan oleh persatuan Pandu Puteri Malaysia tugas kumpulan di bahagikan kepada empat yang utama. Iaitu memasak, menghidang, kesihatan dan api & air. Pennambahan tugas atau pengubahsuaian boleh dibuat sekiranya pekhemah menjalani perkhemahan dalam pelbagai situasi seperti kemudahan yang lebih banyak, kaedah memasak atau aspek keperluan kebersihan yang berbeza.MEMASAKMENGHIDANG

Mengambil agihan bahan ke tapak perkhemahanMenyedia dan memasak untuk pekhemahMengemas bahan basah dan kering di dapurMenyimpan bahan makanan dengan baikMengemas peralatan dapur yang telah diguna

Menyiapkan tempat untuk makan pekhemahMenghidang makanan yang siap di masakMenyediakan minuman ringan pagi & petangBertugas membaca doaBertugas menaikkan panji-panji pada hari tersebut

API DAN AIRKESIHATAN

Menyediakan kayu api untuk memasakMenyediakan air untuk memasak dan keperluan di dapurBertugas membersihkan dan mengisi bekas air

Menjaga kebersihan tandas dan bilik mandi setiap pagi dan petangMembuang sampah dari tapak perkhemahan ke tempat yang ditentukanMemastikan tapak perkhemahan bersih sepanjang masa

KAEDAH DAN PENGISIAN CONTOH AKTIVITI PERKHEMAHAN 1. Belajar sambil bermain ( games ) 2. Puzzle / jigsaw puzzle 3. Menggunakan air 4. Fotografi ( digital ) 5. Permainan tradisional 6. Pergerakan kreatif menyampaikan mesej 7. Perbincangan memberi pendapat / pandangan untuk penambahbaikan pasukan 8. Kraftangan - dari pelbahagi bahan/ terbuang / boleh recycle / alam semulajadi 9. Kerja tangan menjahit , menyulam , manik 10. Melukis / mewarna / mencipta poster kempen kesedaran 11. Menggunakan muzik & nyanyian 12. Mencipta lagu / bunyi 13. Lakonan 14. Mencipta sesuatu kreativiti berasas sumber terbuang jadikan bahan bantu aktiviti kepanduan 15. Persembahan - menggunakan bahan terbuang ( prop) / Ratu Rimba / Ratu Recycle16. Lawatan meningkatkan ilmu/ mencari maklumat di kawasan persekitaran tapak 17. Kerja komuniti di kawasan berdekatan 18. Masakan solar 19. Kembara 20. Permainan Luas atau gerak kerja luar 21. Amali atau demonstrasi CPR 22. Amali atau demonstrasi cara mengangkat pesakit 23. Sukaneka untuk suai kenal 24. Sesi suai mesra khas dengan pemimpin veteran 25. Menyediakan buku log kumpulanPERALATAN PESERTA A. PERALATAN INDIVIDU1.Keperluan pengurusan & kebersihan diri

2.Sleeping Bag

3.Pakaian Seragam Lengkap

4.Kasut sukan / selipar

5.Pinggan/ Mangkuk sup / Gelas / Sudu

6.Baldi / sepit baju / penyangkut baju

7.8.Pakaian T yang seragam bagi semua aktiviti / ubat ubatan peribadiBaju Hujan

B. PERALATAN UNTUK AKTIVITI1.Topi

2.Buku Log Perkhemahan / buku catatan

3.Alat Tulis / pen berwarna

4.Gunting

5.Gam kertas

6.Kertas warna

7.Tikar / alas untuk duduk semasa aktiviti / surat khabar lama / ground sheet

8.Kostum untuk persembahan

9.Pisau lipat ( aktiviti gajet & backwoodsman )

10.Sarung tangan ( untuk gajet )

11.Hadiah manito ( 2 buah : RM5.00 keatas setiap satu )

12.13.14.15.Lampu Suluh / Lilin / mancisMess tinKain lap / buruk.Buku nyanyianPERMAINAN LUASIa merupakan permainan yang memerlukan kawasan yangluas untuk dikendalikan . Tempat yang sesuai ialah di kawasan pinggir hutan, padang yang luas, bandar dan juga di luar bandar. Permainan ini amat sesuai untuk menguji kecekapan ahli semasa aktivti berkhemah. Pada kebiasaannya permainan ini dimainkan selama lebihkurang satu atau dua jam Ianya bergantung kepada kawasan dan juga kecekapan pemimpin menyediakan aktiviti dan tugasan permainan .Tetapi sekiranya kawasan anda tidak terlalu banyak ruang, pemimpin bolehlah menjalankan permainan ini di sekitar bangunan tempat aktiviti di jalankan. Permainan ini diadakan adalah bertujuan untuk menerap nilai kerjasama, kepimpinan, kepanduan dan juga kerjasama berpasukan .Di antara kemahiran yang boleh diuji melalui permainan ini ialah kecekapan ahli memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah atau tugasan, mengendap, kerjasama dalam pasukan, toleransi, nilai-nilai murni, kesabaran, simpulan dan ikatan, tanda-tanda mengesan dan lain-lain aktiviti kemahiran kepanduan.Sebelum aktiviti dijalankan pemimpin perlu merancang apakah kemahiran yang hendak diuji dan juga sasaran masa permainan. Tugasan di setiap stesen perlu dipelbagaikan supaya ianya memenuhi objektif. Pemimpin perlu melantik beberapa pembantu bagi setiap stesen supaya mereka boleh memerhati dan memberi komen terhadap reaksi kumpulan dalam menyelesaikan tugasan. Bilangan stesen tidak tetap dan ianya bergantung kepada jangkamasa aktiviti dan juga keluasan kawasan permainan.Kumpulan boleh dilepaskan secara serentak atau berurutan.Pemimpin boleh memberi satu aktivti ringkas di garis permulaan, mana-mana kumpulan yang dapat menyelesaikan tugasan boleh meneruskan permainan.CONTOH AKTIVITIAktiviti 1:Bekalan : alat tulis, buku catatan ,buah dadu ,duit RM3.00 ( sekiranya aktiviti diadakan berdekatan dengan kawasan bandar atau pekan)Stesen 1Kutip lima jenis benda hidup dan lima benda buangan .Nyatakan kegunaan benda hidup tersebut dan jelaskan bagaimana alam sekitar di kawasan anda terancam dari aktiviti manusia .Setelah mendapat maklumat di atas anda dan sekumpulan rakan anda terpijak bom dan semua ahli menjadi buta kecuali seorang yang paling muda di antara anda.Guna skaf dan tutup mata untuk sampai ke stesen berikutnyaKetua perlu memerhati tanda mengesan sepanjang perjalanan untuk sampai ke stesen berikutnya.Stesen 2Tugasan 2Anda dan sekumpulan rakan anda terserempak seorang kanak-kanak yang menangis berumur 6 tahun , bajunya koyak dan badannya lebam.Nyatakkan lima faktor yang boleh menyebabkan perkara ini berlakuCatatkan apakah tindakan kumpulan anda. Teruskan perjalanan ke stesen tiga di kaki bukitStesen 3 Tugasan 3Semasa berjalan tadi salah seorang dari rakan anda tercedera dan tidak boleh berjalan.Tunjukkan kepada pembantu di stesen cara untuk merawat kaki terseliuh dan setelah siap membuat balutan bergerak ke stesen yang berikutnya.Stesen 4 TUGASAN 4Teruskan perjalanan anda dan dapatkan maklumat maklumat berikut :-Nama lima buah kedai makan dan kedai buku di pekan Tenom.-Lukis lima tanda jalan (road sign) yang anda temui sepanjang perjalanan.-Lukis peta arah jalan menuju ke Hospital Tenom dan Stesen Kereta Api Tenom- Balik semula ke pengkalanPERMAINAN KIMPermainan ini merupakan satu aktiviti yang menguji dan meningkatkan kemahiran daya ingatan ahli. Ahli perlu diberi peluang memerhati benda yang dipamerkan selama dua minit sebelum ditutup dengan sehelai kain.Sekiranya ahli berjaya mengenalpasti sekurang-kurangnya 25 dari 30 benda yang dipamerkan maka ia telah berjaya dalam permainan ini.GERAK KERJA LUARGerak kerja luar merupakan satu cara pemimpin boleh meningkatkan kesedaran ahli kepada alam sekitar. Pelbagai pendekatan boleh digunakan termasuklah aktiviti rekreasi dan permainan. Berikut merupakan contoh aktiviti yang boleh dijalankan kepada ahli Tunas semasa perjumpaan atau perkhemahan.Arahan ; Semua ahli bergerak dalam kumpulan masingmasing dan tugasa ini perlu diselesaikan dalam jangkamasa 40 minit. Semua bahan perlu dipamer secara kreatif di atas kertas mahjung dan dilabelkan . selamat mencuba sehabis baik.(a)Buat 10 jenis lorekan permukaan dari persekitaran anda .(b)Kumpulkan 10 jenis bahan semulajadi di persekitaran anda. Terangkan kegunaan bahan tersebut.(c)Kumpul 10 bahan asing yang terdapat di persekitaran anda. Nyatakan apakah kesannya terhadap alam sekitar.(d)Cari 5 jenis tumbuhan yang boleh digunakan dalam masakan.(e)Cari sekurang-kurangnya satu jenis bahan boleh dibuat ubat / merawat sakit.(f)Cipta dua rangkap pantun yang berkaitan dengan alam sekitar tempat anda berada sekarang.Pemimpin bolehlah menyediakan borang markah seperti berikut untuk menilai persembahan kumpulan .PerkaraKenangaSiantanMelorKesidangTerataiCempakaJenis lorekan (10 M)Bahan semulajadi (10M)Bahan asing ( 10 M)5 jenis tumbuhan ( 5 M)Bahan untuk ubat / rawatan (5 M)Dua rangkap pantun ( 10 M)MASAKAN SOLARMasakan solar ini diperkenalkan sebagai salah satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakanperalatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sebagai sumber tenaga pembakar. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan. Diantaranya ialah sebagai satu cara mendidik ahli supaya melindungi alam sekitar yang semakin terancam, mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api, mengurangkan bahaya gas dan kebakaran. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik .Bahan-bahan yang diperlukan ialah aliminium foil, periuk memasak nipis yang disembur cat aerosol hitam, kertas kadbord yang tebal, gam, plastik, tali rapiah dan tiga batu kecil diletak dibawah panci semasa memasak. Ukuran dapur adalah seperti berikut.Cara memasak Puding Roti menggunakan dapur solar.Bahan-bahanEmpat keping roti di potong dadu dan disusun di dalam periuk 2 sudu gula halus, 1 sudu tepung kastard, 3 biji telur ( digaul sekali )450ml susu segarKaedah ini sesuai digunakan oleh ahli semasa mengikuti aktiviti perkhemahan dan perkelahan di masa terdapat cuaca matahari yang mencukupi.