23123619topik1bahasamuzik

16
PENGENALAN Bahasa muzik adalah pengisian ilmu tentang konsep, teori muzik dan terminologi dalam muzik. Mamahami bahasa muzik akan membantu pelajar- pelajar memahami konsep, teori muzik dan terminologi muzik dan seterusnya dapat mengaplikasikan dalam kemahiran bermuzik seperti berkebolehan membaca, menulis dan menganalisis muzik. Untuk mencapai tujuan tersebut, seseorang pelajar itu secara keseluruhannya perlu mengapliksikan bahasa muzik dalam aktiviti mendengar, mengajuk, merasa, memberi respon, menyanyi, bermain alat muzik, membaca dan menulis. T T o o p p i i k k 1 1 BahasaMuzik Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengaplikasi konsep dan nilai not semikuaver dan tanda rehat semikuaver; 2. Mengecam minor ketiga menurun, major kedua dan ketiga, perfek keempat dan kelima; 3. Menjelaskan unsur muzik seperti jeda dan melodi; dan 4. Mengecam pic do, re, mi, fa dan so. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: budopera

Post on 22-Jan-2016

89 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 23123619Topik1BahasaMuzik

PENGENALAN

Bahasa muzik adalah pengisian ilmu tentang konsep, teori muzik dan terminologi dalam muzik. Mamahami bahasa muzik akan membantu pelajar-pelajar memahami konsep, teori muzik dan terminologi muzik dan seterusnya dapat mengaplikasikan dalam kemahiran bermuzik seperti berkebolehan membaca, menulis dan menganalisis muzik. Untuk mencapai tujuan tersebut, seseorang pelajar itu secara keseluruhannya perlu mengapliksikan bahasa muzik dalam aktiviti mendengar, mengajuk, merasa, memberi respon, menyanyi, bermain alat muzik, membaca dan menulis.

TTooppiikk 11 Bahasa Muzik

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengaplikasi konsep dan nilai not semikuaver dan tanda rehat semikuaver;

2. Mengecam minor ketiga menurun, major kedua dan ketiga, perfek keempat dan kelima;

3. Menjelaskan unsur muzik seperti jeda dan melodi; dan

4. Mengecam pic do, re, mi, fa dan so.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: 23123619Topik1BahasaMuzik

TOPIK 1 BAHASA MUZIK 2

IRAMA – NOT SEMIKUAVER

Sebelum seseorang pelajar dapat membaca dan menulis notasi skor muzik, pelajar-pelajar memerlukan kemahiran dan pengetahuan berkaitan tanda isyarat dan not muzik yang konvesional. Pembacaan dan penulisan notasi sehingga dua garis lejer ke atas dan ke bawah baluk dalam klef trebel, alto, tenor dan bes. Irama terdiri daripada aspek-aspek berikut:

Detik, tekanan dan meter

Tempo

Nilai not dan nilai tanda rehat

Corak Irama Pembelajaran melalui simbol dan ikonik begitu sinonim dengan muzik. Tindak balas berlaku secara langsung apabila seseorang pelajar itu melihat ikon-ikon atau simbol-simbol muzik. Koordinasi mata dan otak akan merangsangkan psikomotor untuk bertindak balas pada setiap simbol-simbol yang telah dipelajari. Tindak balas yang berterusan melalui latihan dan latih tubi yang berterusan ini akan menghasilkan satu kemahiran bermuzikal yang tinggi. Topik ini akan mengajar anda tentang latihan bermuzikal yang melibatkan simbol-simbol not semikuaver, tanda rehat semikuaver dan nilai-nilai not semikuaver. Semikuaver mempunyai nilai satu perempat dari krocet. Ini bermakna setiap detik krocet mempunyai empat kiraan semikuaver sama ada ianya disimbolkan pada bentuk not semikuaver atau tanda rehat semikuaver. Jadual berikut menunjukkan not semikuaver, tanda rehat semikuaver dan nilai not semikuaver.

1.1

Page 3: 23123619Topik1BahasaMuzik

TOPIK 1 BAHASA MUZIK ! 3

Jadual 1.1: Semikuaver, tanda rehat dan nilainya

Nama Not Simbol Not Tanda Rehat Nilai

Semibrif 4

Minim Bertitik

3

Minim

2

Krocet

1

Kuaver

1/2

Semikuaver

1/4

Nota: Berdasarkan tandamasa , dan

1.1.1 Nilai Not Semikuaver

Nilai not semikuaver dan tanda rehat semikuaver adalah satu perempat dari nilai not krocet. Ini bermakna satu not krocet mempunyai empat not semikuaver. Foto di bawah adalah not semibrif dan tanda rehat.

34

24

44

Tanda rehat semikuaver

Not semikuaver

Page 4: 23123619Topik1BahasaMuzik

TOPIK 1 BAHASA MUZIK 4

1.1.2 Latihan Not Semikuaver

AKTIVITI 1.1

Dengan bantuan tutor, anda diminta membuat latihan dengan menepuk Tangan sambil mengira dengan sebutan yang diberi di bawah ini. Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

Latihan 4

Page 5: 23123619Topik1BahasaMuzik

TOPIK 1 BAHASA MUZIK ! 5

1.1.3 Latihan Not Semikuaver dan Corak Irama

AKTIVITI 1.3

Jeda adalah jarak antara dua not. Jika anda diberikan not F, apakah not berikutnya dalam menghasilkan jeda major kedua?

AKTIVITI 1.2

Dengan bantuan tutor, anda diminta membuat latihan dengan menepuk tangan sambil mengira dengan sebutan yang diberi di bawah ini. Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

Latihan 4

Page 6: 23123619Topik1BahasaMuzik

TOPIK 1 BAHASA MUZIK 6

JEDA

Jeda juga dipanggil interval. Ianya membawa makna jarak dua pic atau not. Nilai jarak antara dua not atau pic biasanya dihitungkan dengan semiton dan ton. Sebagai contoh dalam tangga nada C major; jarak antara not/pic C ke not/pic C# adalah satu semiton atau separuh ton. Jarak antara not/pic C ke not/pic D adalah dua semiton bersamaan satu ton. Jeda-jeda yang terbentuk antara dua not mempunyai nama-nama tertentu. Dalam tangga nada major diatonik, antara jeda-jeda adalah seperti berikut:

Major kedua

Major ketiga

Perfek keempat

Perfek kelima

Major keenam

Major ketujuh

Perfek kelapan

1.2.1 Jeda Minor Ketiga Menurun

Jeda minor ketiga menurun mempunyai tiga semiton atau satu setengah ton. Sebagai contoh: Not G ke Not E menurun mempunyai tiga semiton iaitu not G ke not F#, not F# ke not F dan not F ke not E. Kebiasaannya dalam skala major, jeda minor ketiga menurun dapat dikesan pada jeda not kelima ke not ketiga. Ia dipanggil falling minor third (so ke mi). Jeda minor ketiga menurun adalah jeda paling lazim digunakan oleh kanak-kanak. Menurut Zoltan Kodaly, seorang ahli pendidikan muzik Hungary, kanak-kanak amat sukar menyanyikan not-not berjeda separuh ton atau semiton. Secara semula jadi, kanak-kanak menggunakan jeda minor ketiga menurun sebagai permainan bermelodi seperti mengejek rakan-rakan seperti dalam keratan skor di bawah ini.

1.2

Page 7: 23123619Topik1BahasaMuzik

TOPIK 1 BAHASA MUZIK ! 7

Dengan menggunakan kibod, bunyikan keratan skor di bawah ini untuk memperjelaskan jeda minor ketiga menurun.

1.2.2 Jeda Major Kedua dan Ketiga

Jeda major kedua mempunyai jarak antara satu not ke satu not berikutnya sebanyak dua semiton atau satu ton. Sebagai contoh: Jarak not C ke not D mempunyai jeda major kedua. Jeda major kedua mempunyai jarak sebanyak dua semiton bersamaan dengan kedudukan solfa dari do ke re seperti dalam keratan skor di bawah ini. Dengan menggunakan papan nada (keyboard), bunyikan keratan skor di bawah ini untuk memperjelaskan jeda major kedua. Jarak major ketiga pula mempunyai jarak antara satu not ke satu not berikutnya sebanyak ema semiton atau dua ton. Jeda major ketiga mempunyai jarak sebanyak empat semiton bersamaan dengan kedudukan solfa dari do ke mi. Sebagai contoh dalam tangga nada C major, kedudukan solfa do ke mi ditunjukkan dalam keratan skor di bawah ini. Dengan menggunakan keyboard, bunyikan keratan skor di bawah ini untuk memperjelaskan jeda major ketiga.

Page 8: 23123619Topik1BahasaMuzik

TOPIK 1 BAHASA MUZIK 8

Berpandukan keratan skor di bawah ini, cuba anda bulatkan not-not yang mempunyai jeda major kedua dan major ketiga.

1.2.3 Jeda Perfek Keempat dan Kelima

Jeda perfek keempat mempunyai jarak antara satu not ke satu not berikutnya sebanyak lima semiton atau dua setengah ton. Sebagai contoh: dari not C ke not F adalah mempunyai jarak lima semiton atau dua setengah ton. Dengan menggunakan keyboard, bunyikan keratan skor di bawah ini untuk memperjelaskan jeda perfek keempat.

Jeda perfek kelima pula mempunyai jarak antara satu not ke satu not berikutnya sebanyak tujuh semiton atau tiga setengah ton. Sebagai contoh: dari not C ke not G adalah mempunyai jarak tujuh semiton atau tiga setengah ton.

Page 9: 23123619Topik1BahasaMuzik

TOPIK 1 BAHASA MUZIK ! 9

Dengan menggunakan keyboard, bunyikan keratan skor di bawah ini untuk memperjelaskan jeda perfek kelima.

Berpandukan keratan skor di bawah ini, cuba anda bulatkan not-not yang mempunyai jeda perfek keempat dan jeda perfek kelima.

MELODI

Muzik adalah bunyi-bunyian yang disusun, diatur dan digubah untuk menyedapkan dan mendatangkan kepuasan bila mendengarnya (Abdul Fatah Karim, 1999). Melodi adalah sebahagian daripada unsur-unsur muzik yang perlu pelajar tahu. Perbezaan di antara bunyi ton-ton atau bunyi-bunyi sama ada mendatar, rendah atau tinggi dipanggil pic. Melodi terdiri daripada pelbagai elemen-elemen iaitu:

Pic - bunyi yang terhasil dari suara, alat-alat bertali, alat-alat tiupan, alatan ketukan dan sebagainya dalam frekuensi yang tertentu. Getaran yang perlahan akan menghasilkan pic yang rendah, dan getaran yang laju akan menghasilkan pic yang tinggi.

Solfa nyanyian tanpa senikata dalam sesebuah skala dengan menyebut do, re, mi, fa, so, la dan ti bagi mewakili setiap pic.

Skel satu himpunan 8 not atau pic bagi melengkapkan satu tangga nada menaik.

Perbezaan antara bunyi ton-ton atau bunyi-bunyi sama ada mendatar, rendah atau tinggi dipanggil pic. Pic merupakan aras sesuatu bunyi mendatar, rendah atau tinggi. Jenis pergerakan pic terbahagi kepada beberapa aliran iaitu:

Aliran Bertangga

Aliran menurun

Aliran menaik

1.3

Page 10: 23123619Topik1BahasaMuzik

TOPIK 1 BAHASA MUZIK 10

Aliran melompat, dan

Aliran mendatar Dalam adalah aktiviti-aktiviti nyanyian, antara kaedah untuk mendapatkan ketepatan melodi melalui solfa. Solfa dalam tangga nada major menaik adalah seperti berikut:

Pergerakan melodi lazimnya mempunyai beberapa ciri atau sifatnya antaranya melodi mendatar, melodi menaik bertangga, melodi menaik melompat, melodi menurun bertangga dan melodi menurun melompat. Keratan skor di bawah ini adalah menunjukkan beberapa pergerakan melodi.

Pergerakan melodi mendatar

Pergerakan melodi menaik

Pergerakan melodi menurun

Pergerakan melodi bertangga

Pergerakan melodi melompat

Page 11: 23123619Topik1BahasaMuzik

TOPIK 1 BAHASA MUZIK ! 11

1.3.1 Latihan Melodi do, re dan mi

Latihan solfa adalah satu aktiviti nyanyian menggunakan sebutan do, re, mi, fa, so, la dan ti. Oleh itu latihan ini memerlukan nafas yang cukup. Sebelum memulakan latihan-latihan solfa, anda dikehendaki menjalankan aktiviti pemanasan suara yang anda pelajari daripada pelajaran sebelum ini. Latihan menyanyi menggunakan sebutan do, re, mi, fa, so, la, ti dan doÊ dipanggil solfa. Keratan skor di bawah ini adalah kedudukan solfa do, re dan mi.

AKTIVITI 1.4

Untuk memantapkan nyanyian anda, anda dikehendaki membuat latihan yang disediakan di bawah ini. Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

Page 12: 23123619Topik1BahasaMuzik

TOPIK 1 BAHASA MUZIK 12

Latihan 4

1.3.2 Latihan do, re, mi, fa dan so

AKTIVITI 1.5

Dengan bantuan dan panduan tutor, anda dikehendaki menyanyi dengan menyebut sebutan do, re, mi, fa dan so mengikut keratan skor lagu di bawah ini. Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

Latihan 4

Page 13: 23123619Topik1BahasaMuzik

TOPIK 1 BAHASA MUZIK ! 13

LATIHAN 5

Anda dikehendaki menepuk mengikut keratan skor lagu di bawah ini dengan tepat dalam tempo yang tetap.

LATIHAN 6

Anda dikehendaki menepuk mengikut keratan skor lagu di bawah ini dengan tepat dalam tempo yang tetap sambil menyebut dalam sebutan gaya America Rythym Pattern seperti 1 e & ah.

LATIHAN 7

Anda dikehendaki menepuk mengikut keratan skor lagu di bawah ini dengan tepat dalam tempo yang tetap sambil menyebut dalam sebutan gaya America Rythym Pattern seperti 1 e & ah.

LATIHAN 8

Berdasarkan keratan skor di bawah ini, isikan sebutan gaya America Rythym Pattern seperti 1 e & ah.

__ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __

Page 14: 23123619Topik1BahasaMuzik

TOPIK 1 BAHASA MUZIK 14

LATIHAN 9

Tuliskan nama solfa di bawah ini.

___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ____

LATIHAN 10

Berikan nama jeda-jeda di bawah ini dengan tepat.

______ ______ ______ ______

Page 15: 23123619Topik1BahasaMuzik

TOPIK 1 BAHASA MUZIK ! 15

Bahasa muzik adalah pengisian ilmu tentang konsep, teori muzik dan terminologi dalam muzik.

Pic merupakan aras sesuatu bunyi rendah atau tinggi.

Latihan menyanyi menggunakan sebutan do, re, mi, fa, so, la, ti dan doÊ dipanggil solfa.

Jeda juga dipanggil interval. Ianya membawa makna jarak dua pic atau not.

Diatonik adalah sifat binaan skel major dan skel minor yang dibina oleh campuran jeda-jeda berjarak satu ton dan separuh ton.

Falling Minor 3rd

Jeda artau Interval

Major keempat

Major ketiga

Minor ketiga menurun

Perfek keempat

Perfek kelima

Solfa do, re, mi, fa dan so

SEMAK KENDIRI 1.1

(a) Jelaskan aspek-aspek utama yang perlu dalam memperjelaskan konsep irama.

(b) Terdapat berapa semikuaver dalam satu minim?

(c) Apakah yang dimaksudkan dengan jeda?

(d) Dalam tangga nada major diatonik, senaraikan jeda-jeda yang ada.

(e) Hubungkaitkan nilai semiton dengan jeda-jeda dalam tangga nada major diatonik.

(f) Huraikan elemen-elemen yang penting dalam melodi.

(g) Bezakan antara melodi aliran melompat dan aliran menaik.

(h) Apakah yang dimaksudkan nyanyian dalam bentuk solfa?

Page 16: 23123619Topik1BahasaMuzik

TOPIK 1 BAHASA MUZIK 16

Abdul Fatah Karim (1999). Panduan harmoni asas dalam muzik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Choksky, L. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey:

Prentice-Hall Inc. Herrold, R. M. (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey:

Prentice-Hall Inc. Kamien, R. (1996). Music: An appreciation (7th. Ed). New York: McGraw-Hill

Companies, Inc. Loh, P. K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal. Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory, (Part 1). Great Britain:

Associated Board.