2.3 sains & teknologi - perubatan & matematik tamadun cina
TRANSCRIPT
-
8/13/2019 2.3 Sains & Teknologi - Perubatan & Matematik Tamadun Cina
1/8
2.3. SAINS DAN TEKNOLOGI
Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang kaya dengan penciptaan
dan penemuan sains. Ianya banyak memberi sumbangan kepada perkembangan
sains dan teknologi dunia. Hasil daripada interaksi antara tamadun maka munculnya pinjam meminjam antara tamadun. China dalam situasi ini banyak memberi
beberapa pengetahuan kepada dunia Barat mengenai sains dan teknologi.
Namun demikian China juga tidak ketinggalan menerima pengaruh sains dari
tamadun lain.
Pada dasarnya sains dan teknologi China adalah hasil daripada kepercayaan
magik dan kuasa ghaib. Dari asas ini orang Cina cuba untuk memberi jawapan
tentang fenomena-fenomena alam. Keadaan-keadaan banjir, hujan , pergerakanmatahari, bulan dan sebagainya merupakan perkara yang sukar difahami oleh
masyarakat Cina. Oleh itu muncul nujum atau bomoh yang bertindak untuk
memberi beberapa jawapan kepada persoalan alam. Daripada pengkajian orang
Cina terhadap kulit kura-kura, tulang binatang dan daun pokok maka timbulnya
pengetahuan mereka mengenai jawapan alam.
Dengan erti kata lain, magis dan kuasa ghaib masyarakat Cina secara tidak
langsung membantu orang Cina mempelajari atau menghasilkan pengetahuan
mengenai bidang-bidang pengetahuan seperti sains, perubatan, matematik,
astronomi dan sebagainya. Sebagai contoh usaha yang berterusan dilakukan
oleh nujum mengenai pentafsiran fenomena siang dan malam telah membantu
proses perkembangan sistem kalendar. Begitu juga dengan usaha mencari
formula untuk hidup lebih lama membawa penemuan kajian kimia dan
perubatan.
Namun demikian penemuan sains mereka tidak dijelmakan sebagai satu
perkembangan teknologi yang mampu meningkatkan lagi tamadun mereka.
Keadaan ini ternyata benar apabila China gagal menangani kemaraan Barat
pada abad ke-19. Usaha-usaha pemodenan mereka juga menemui kegagalan.
-
8/13/2019 2.3 Sains & Teknologi - Perubatan & Matematik Tamadun Cina
2/8
Keadaan ini merupakan satu pengajaran besar bagi China untuk maju ke
hadapan bagi meningkatkan perkembangan tamadun mereka.1
2.3.1. Bidang Perubatan
Perkembangan bidang perubatan Cina telah bermula sejak 10 000 tahun dahulu.
Amalan perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah empirikal iaitu
melalui pemerhatian terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit.
Manakala kaedah akupunktur pernah diamalkan oleh masyarakat Cina dengan
menggunakan serpihan tulang yang ditajamkan sebelum peralatan dicipta.
Amalan-amalan perubatan Cina juga diperoleh dari karya-karya tulisan olehpengamal perubatan Cina. Antara karya-karya perubatan yang dihasilkan ialah
Inner Cannon (Nei Ching) yang merupakan rekod menyeluruh mengenai rekod
teori perubatan Cina. Namun Demikian karya teks klasik yang awal dan
terpenting ialah Yellow Emperors Classic of Internal Medicine. Ia disiapkan pada
tahun sekitar 200 S.M. Buku ini membincangkan mengenai teori dan falsafah
perubatan Cina klasik. Selain itu juga ia menumpukan soal kelebihan terapeutik
dari akupunktur, herba, diet dan senaman.
Dalam Dinasti Han munculnya Treatis on Diseases Cause by Cold Factors yang
ditulis oleh Chang Chung-ching. Salah satu lagi karya terbaik dalam perubatan
ialah Metarial Medica (Pen Tsao Kang Mu) yang ditulis oleh Li shih-chen
semasa Dinasti Ming. Karya ini merupakan sebuah ensiklopedia yang
menjelaskan mengenai 1,892 jenis perubatan. Hasil karya ini juga telah
diterjemahkan dalam bahasa asing dan cukup berpengaruh di negara-negara
Asia Timur dan Eropah.
Bidang perubatan Cina mempunyai perkaitan dengan konsep Yin dan Yang. Ini
kerana ketidakseimbangan kedua-dua unsur itu membawa kepada penyakit.
1Azhar Hj.Mad Arus, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor, Zulkanain Abdul Rahman, TITAS (Kertas2),
Edisi Kedua, Fajar Bakti, 2001, hal. 256-7.
-
8/13/2019 2.3 Sains & Teknologi - Perubatan & Matematik Tamadun Cina
3/8
Darah dikaitkan dengan Yin dan nafas dikaitkan dengan Yang. Selain itu anggota
badan manusia dikaitkan kepada lima unsur iaitu hati dengan kayu, jantung
dengan api, perut dengan tanah, paru-paru dengan logam dan buah pinggang
dengan air. Oleh itu dalam menyediakan ubat, bahan-bahan yang diberi mesti
sesuai dengan keunsuran anggota tadi.
Secara ringkasnya penyakit boleh dirawat melalui tiga cara iaitu materia medica,
moksibusi dan akupunktur. Kaedah pertama adalah menerusi rawatan secara
pemberian bahan-bahan seperti herba dan bahan galian. Sehubungan dengan
kaedah ini orang Cina telah membuat beberapa kajian mengenai beberapa
aspek tumbuhan. Oleh itu mereka berjaya menemui alkaloid dalam efedia
(sejenis sayuran) bagi mengubati penyakit asma atau lelah. Iodin dalam rumput
laut bagi mengubati penyakit beguk dan sebagainya.
Manakala cara kedua iaitu moksibusi merupakan cara perubatan yang
menggunakan sumbu atau moksa yang dibuat dari herba tertentu untuk
dilekatkan.
Akupunktur pula merupakan rawatan dengan memasukkan jarum pada tempat
tertentu.2
2.3.2. Bidang Matematik
Dua buah karya matematik tertua Cina iaitu Chou Pei Suan King yang
membicarakan mengenai kalender, pengiraan masa bayang-bayang dan
mengandungi catatan matematik. Karya kedua ialah Chiu Chang Suan Shu yang
mengandungi sembilan bab mengenai kira-kira, ukuran dan beberapa teori
matematik. Semasa Dinasti Tang, matematik telah dimasukkan dalampeperiksaan. Pengajiannya mengambil masa tujuh tahun di Guozijian (kolej
putera-putera negara) dan berdasarkan teks klasik berjudul Suanjing shi shu
(sepuluh risalah panduan matematik). Pada tahun 1084 teks ini telah dicetak.
2Ibid., hal. 258
-
8/13/2019 2.3 Sains & Teknologi - Perubatan & Matematik Tamadun Cina
4/8
Namun demikian mata pelajaran matematik telah dikeluarkan dari peperiksaan
awam kerajaan pada tahun 1230.
Namun demikian, ini bukan bermakna matematik tidak penting dalam kehidupan
masyarakat Cina. Ia tetap menjadi satu unsur penting kepada tamadun Cina. Inikerana setiap dinasti di China cuba membentuk sebuah pemerintahan yang
lengkap. Sebagai contohnya gerakan penyatuan China yang dilakukan oleh Shih
Huang-ti menjelaskan bagaimana beliau ingin mengadakan satu sistem sukat,
ukur dan timbang yang standard bagi China.
Antara ahli matematik Cina yang terkenal ialah Liu Hui, Zhu Shijie (sekitar tahun
1300), Li Zhi (1192-1279) dan Li Shanlan (1811-1882). Liu Hui yang tidak
diketahui riwayat hidupnya pernah menerangkan mengenai teorem matematiksemasa meletusnya era Negeri-negeri Berperang (220-267 Masihi). Manakala
Zhu Shijie merupakan sarjana pengembara yang pernah ke segenap pelusuk
China bagi mengajar ilmu yang dibawa oleh beliau.
Gambar 2.7Li Shanlan (1811-1882)antara ahli matematik yang terkenal
-
8/13/2019 2.3 Sains & Teknologi - Perubatan & Matematik Tamadun Cina
5/8
Dengan terjumpanya tulang-tulang binatang dan kulit kura-kura pada abad ke 14
S.M maka tulisan angka-angka yang mudah telah diketahui. Pada abad ke 3
Masihi muncul pula sistem tulisan yang stabil.
Perbincangan awal mengenai matematik Cina adalah berkenaan dengan segiempat ajaib. Perkara yang menariknya mengenai segi empat ajaib ini ialah
apabila angka-angka baris yang menegak, mendatar atau miring di campurkan ia
akan mendapat jumlah yang sama iaitu 15.
Orang Cina juga kewujudan angka positif dan negatif. Biasanya angka positif
disukai kerana ia memberi makna keuntungan. Manakala angka negatif memberi
keburukan iaitu mengenai hutang. Begitu juga dengan angka genap dan ganjil.
Orang Cina menyukai angka genap yang membawa kebaikan, manakala angkaganjil memberi makna sial. Selain itu juga orang Cina juga telah pandai
menggunakan angka perpuluhan berasaskan sepuluh dan aljabar.3
3Ibid., hal. 258-259
-
8/13/2019 2.3 Sains & Teknologi - Perubatan & Matematik Tamadun Cina
6/8
Rujukan
1. Hj. Mad Aros, A., Mohd. Dali, A., Mansor, S., & Abdul Rahman, Z. (2001),
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS). Edisi Kedua. Shah Alam,
Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2. Darusalam, G. (2001), Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Terbitan
Pertama. Cheras, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd.
-
8/13/2019 2.3 Sains & Teknologi - Perubatan & Matematik Tamadun Cina
7/8
Lampiran
1) Muka depan buku rujukan :
-
8/13/2019 2.3 Sains & Teknologi - Perubatan & Matematik Tamadun Cina
8/8