2.3 mengurangkan haba

Upload: ima1806

Post on 23-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 2.3 Mengurangkan Haba

    1/2

    1

    MODUL: Haba

    Episod 2 Bahagian 2: Penebat Haba

    Lembaran Kerja 2.3 Mengurangkan haba

    Konduksi berlaku melalui getaran yang dipindahkan oleh za-

    rah yang bersentuhan di antara satu sama lain. Jadi, untuk

    menghalang pengaliran, anda mesti mengurangkan sentuhan

    antara zarah. Ini adalah agak sukar dan dalam sesetengah kead-

    aan, anda mesti mengelak daripada menggunakan bahan yang

    merupakan pengalir haba yang baik. Logam ialah pengalir haba

    yang baik.

    Dalam pengalir haba yang baik, zarahnya akan memindahkan

    haba kepada jirannya dengan lebih berkesan dan mudah.Tembaga adalah antara yang terbaik dan sering digunakan dalam

    peralatan memasak. Kaca juga mengalirkan haba

    dengan baik disebabkan strukturnya. Bekas kaca juga sering

    digunakan untuk memasak. Pengalir haba yang lemah

    dinamakan penebat. Bahan penebat biasanya mengandungi ruang

    untuk memerangkap udara. Udara tidak mengalirkan haba kerana

    zarahnya tidak bersentuhan di antara satu sama lain. Kayu ialah

    pengalir haba yang lemah dan sesuai untuk dibuat mancis. Alas

    kalis haba pula diperbuat daripada penebat yang tidak mudah

    melebur.

    S1. Bincangkan: Pemegang tukul dalam bilik anda terasa panas

    tetapi kepala tukul terasa sejuk. Kedua-duanya berada pada suhu

    bilik, jadi mengapakah suhu berbeza?

    Penutup periuk menghalang kehilangan haba melalui perolakan.

    Udara panas tidak boleh keluar dari permukaan panas makanan

    yang sedang dimasak menyebabkan kehilangan haba

    dikurangkan. Apabila anda membuka penutup periuk, anda boleh

    melihat kepulan wap yang menunjukkan jumlah haba yang hilang.

    Begitu juga dengan cawan yang ditutup boleh mengekalkan

    kepanasan minuman lebih lama daripada yang tidak ditutup.

    Dengan menutupnya, kopi yang dibawa masih panas apabila

    sampai ke tempat yang diperlukan.

    S2. Bincangkan: Mengapakah sesetengah rumah mempunyai

    tingkap kaca berlapis?

    Konduksi

    Menghalang perolakan= menghentikan udara

    panas bergerak keluar.

  • 7/24/2019 2.3 Mengurangkan Haba

    2/2

    2

    Menghalang kehilangan

    haba melalui sinaran

    = memantulkan balik

    sinaran

    Menghalang kehilangan haba melalui sinaran = memantulkan

    balik sinaran.

    Sebenarnya agak mustahil untuk menghalang sinaran haba

    sepenuhnya. Sinaran haba ialah sinaran inframerah, dan

    sesetengah sinaran inframerah akan terbebas walau pelbagai

    cara yang anda lakukan untuk menghalangnya. Imej kamera

    inframerah menunjukkan keadaan ini. Banyak objek

    membebaskan sinaran haba sepanjang masa.

    Walau bagaimanapun, sinaran inframerah boleh dipantulkan

    balik dengan menggunakan permukaan cermin yang berkilat.

    Sinaran haba berlaku sama seperti sinar cahaya. Cerminmenghantar sinaran kembali semula ke tempat asal dan

    menghalangnya daripada terbebas.

    (Gambar ihsan pasukan NASA Spitzer Teleskop Inframerah)

    S3. Perhatikan gambar inframerah pada Internet dan bandingkan

    dengan gambar biasa. Terangkan perbezaan yang anda dapat

    perhatikan.

    S4. Bincangkan: Perhatikan kedua-dua gambar di atas dan

    terangkan perkara yang ditunjukkan oleh gambar inframerah.