211karya-agung.doc

Upload: nbk83

Post on 07-Mar-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tugasan A (25%) PendahuluanKarya agung ialah karya yang boleh meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Karya agung itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Ia melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri seperti peribahasa ada mengatakan taklapuk dekhujandantak lekang dekpanas begitulah sifat karya agung. Kita mengenal tamadun Greek, Cina, India, Mesir dan bangsa-bangsa yang lain melalui karya seni, pemikiran, falsafah, sastera dan dicetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala mereka yang mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman, dipelajari, dijadikan petua, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini.Konsep ini samalah dengan karya agung Sejarah Melayu yang menjadi bahan kajian hingga ke hari ini. Dengan adanya naskhah Sejarah Melayu, dapatlah pengkaji dan peminat mengkaji dan meneroka sastera tentang masyarakat Melayu khasnya dan membuat kajian tentang pelbagai aspek.

a) Pemikiran (mesej dan isi)Keunikan Sejarah Melayu atau Salalatus Salatin perlu dikaji dan diselidiki dalam pelbagai aspek yang meluas dan universal. Hal ini kerana, keunikan dan kebenarannya terselindung di sebalik isinya yang tersurat. Antara peranan penting yang dimainkan oleh karya ini adalah bertindak sebagai salah satu rujukan penting dalam mengkaji perihal suasana kehidupan masyarakat Melayu zaman dahulu terutamanya pada abad ke-14 dan ke-15. Hal ini kerana, jika menulis berkaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu zaman dahulu berdasarkan sumber barat terutamanya sumber yang dihasilkan oleh sarjana kolonial seperti R.O.Winstedt, Frank Swettenhem dan lain-lain lagi sepastinya akan menimbulkan masalah. Hal ini kerana, kebanyakan tafsiran ataupun interpretasi yang dikemukakan oleh sarjana ini lazimnya berdasarkan kaca mata barat. Kebanyakan mereka dilihat memanipulasikan soal entosentrisme. Entnosentrisme secara mudahnya ialah kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri lebih unggul, tinggi nilainya dari kebudayaan lain.

Konsep ini juga mendorong kepada menilai kebudayaan lain berdasarkan kepada standard kebudayaan sendiri. Contohnya, seperti orang Eropah yang melihat masyarakat Asia dengan persepsi yang ganjil apabila masyarakat Asia makan dengan menggunakan tangan dan memasuki rumah mereka tanpa alas kaki sedangkan kebanyakan masyarakat Eropah makan dengan menggunakan sudu dan garpu serta memasuki rumah mereka dengan menggunakan alas kaki. Oleh sebab itulah, terdapat sarjana seperti Zainal Abidin Wahid yang menekankan persejarahan peribumi ditulis oleh penulis peribuminya kerana hanya masyarakat peribumi itu sahaja yang dapat memahami suasana kehidupan masyarakatnya. Hal inilah yang membawa kepada kemunculan konsep Malaysia-sentrik iaitu karya sejarah atau apa-apa karya yang mempunyai nilai sejarah tentang negara ini atau satu bahagian yang dahulunya terangkum dalam entiti Melayu. Berdasarkan konsep ini, hanya sarjana tempatan sahaja dilihat lebih layak menulis tentang sejarah Malaysia. Menurut Zainal Abidin Wahid lagi :

Sejarah Melayu benar-benar merupakan satu sumber terpenting bagi pengkajian Sejarah Alam Melayu umumnya dan Melaka khususnya pada zaman sebelum kejatuhan Melaka ke tangan Portugis. Tidak ada buku atau manuskrip lain yang boleh menggambarkan masyarakat Melaka dengan cara yang lebih baik dan jelas dari Sejarah Melayu.

Selain itu, keunikan teks ini juga boleh dilihat berdasarkan penggunaan bahasa dalam penghasilannya. Kita dapat melihat bagaimana bangsa Melayu dahulukala dapat berfikir secara kreatif, bijaksana dan mendalam dalam bahasanya sendiri. Mereka mampu berfikir melalui bahasa figuratif, bahasa metafora, tidak hanya melalui bahasa literal dan melalui fikiran yang linear tetapi juga secara lateral dan kreatif.

Jika kita belajar daripada sejarah budaya dan tamadun bangsa Melayu itu, kita akan dapati bahawa tiga akar tunjang iaitu bahasa Melayu, budaya Melayu dan agama Islam itulah model yang membentuk pandangan dan jati diri atau identiti Melayu sebagai suatu bangsa yang bebas, berdaulat, bermaruah, berakal budi, bijaksana dan bermoral tinggi sepanjang zaman. Selama lebih 430 tahun dunia Melayu-Indonesia berada dalam zaman globalisasi penjajahan yang dibawa oleh tiga kuasa Barat, Portugis, Belanda dan Inggeris. Hal yang sangat menakjubkan ialah bangsa Melayu itu masih mengekalkan kedaulatan bangsanya kekal hingga hari ini. Kita tidak menjadi suku kaum yang lemah seperti suku kaum peribumi di Amerika yang tamadun mereka, budaya mereka dan bahasa mereka dimusnahkan oleh kuasa penjajah dari Eropah. Orang Melayu terus dapat berkembang menjadi bangsa atau nation yang mempunyai kerajaan, agama, budaya dan kesusasteraan yang tinggi.

Malahan, kajian terhadap karya persejarahan tradisional perlu dilihat berdasarkan kajian yang tersirat. Kajiannya tidak boleh dilihat secara mata kasar sahaja kerana kebenarannya tersirat di sebalik yang tersurat. Contohnya seperti membincangkan tentang faktor yang memudahkan masyarakat Tanah Melayu memeluk Islam walaupun kepercayaan Hindu-Buddha telah lama menapak dalam hati dan sanubari mereka. Dalam isu ini, kita dapat melihat bahawa betapa terbukanya minda Melayu.[30] Kita melihat apabila budaya Hinduisme dan Islam yang datang secara aman, tidak melalui paksaan, tidak melalui pedang dan peperangan, maka budaya dan kepercayaan ini mudah berkembang di rantau ini. Keterbukaan orang Melayu dapat dilihat apabila orang Melayu sanggup melakukan suatu proses transformasi budaya, tamadun dan pemikiran yang cukup revolusioner. Namun, apabila budaya atau tamadun dari luar itu cuba dipaksakan kepada orang Melayu melalui keganasan, peperangan dan penjajahan, maka mereka akan menolaknya. Orang Melayu menolak budaya Portugis kerana bangsa Eropah datang secara agresif; mereka memerangi orang Melayu dan merampas kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511. Itulah sebabnya mengapa orang Melayu tidak masuk Kristian dan tidak menerima bahasa Portugis dan budaya mereka, padahal Portugis memerintah di Melaka selama lebih seratus tahun (hingga tahun 1641).

Selanjutnya, kita juga akan melihat bahawa lokasi-lokasi yang dinyatakan dalam teks Sulalatus Salatin seperti Temasik atau Singapura, Palembang, Pulau Bentan, Tanjung Bemban, Minangkabau, Tanjung Pura, Srivijaya, Majapahit, Siam dan lain-lain lagi masih wujud sehingga kini. Berdasarkan hujah ini, ternyata menilai karya persejarahan tradisional Melayu berdasarkan kaca mata barat adalah suatu kesilapan. Hal ini didorong oleh beberapa faktor seperti faktor perbezaan budaya, tujuan penulisan teks dan kaedah penulisan. Persejarahan moden yang menggunakan rujukan atau sumber barat tidak sesuai untuk menilai karya persejarahan tradisional. Hal ini hanya mendorong kepada isu berat sebelah dan akhirnya persejarahan baratlah yang akan mendominasi persejarahan tradisional. Selain itu, perbezaan tujuan penulisan yang berbeza juga menyebabkan persejarahan tradisional tidak relevan dinilai berdasarkan kaca mata barat.

b) Estetika dan Kepengarangan Perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aesthesis yang membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi membawa maksud kepekaan manusia terhadap sesuatu gaya penulisan. Estetik juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of perception), iaitu merupakan istilah estetika yang digunakan untukkajian falsafah. Selain itu, estetika juga membawa banyak pengertian daripada ramai tokoh falsafah. Ahli falsafah Jerman bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang memperkenalkan perkataan aisthetika.

Estetika adalah rasa indah pada umumnya dan tentang kesenian pada khususnya. Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat dengan kesenian. Apabila disentuh tentang keindahan, maka secara langsung akan diperkatakan perkara berkaitan seni dan kesenian Estetika secara umumnya bermaksud keindahan. Oleh sebab itu, estetika merupakan satu cabang yang sangat dekat dengan falsafah seni. Nilai estetika itu sendiri melibatkan seni dan keindahan. Apabila dilihat dari konsep yang berkaitan dengan karya, kita dapat mengaitkan unsur ini dengan karya yang dihasilkan iaitu penghasilan bahasa yang estetik iaitu indah dan berseni. Secara umumnya, estetika dikaitkan dengan karya seni manusia atau mengenai alam semesta.

William Haverson mengatakan estetika adalah segala hal yang berhubungan dengan sifat dasar nilai-nilai non moral suatu karya seni. Estetika sering diungkapkan sebagai persamaan makna seni, tetapi ia berbeza dengan falsafah keindahan, kerana estetika tidak semata-mata menjadi permasalahan falsafah. Di dalamnya menyangkut perbahasan ilmiah berkaitan dengan karya seni, yang merangkumi bidang ilmiah, antaranya meliputi perbincangan tentang keindahan dalam seni atau pengalaman estetik, gaya atau aliran seni, perkembangan seni dan sebagainya. Secara langsung pengkajian falsafah estetika bersangkutan dalam bidang-bidang seperti psikologi, sosiologi, antropologi dan lain-lain yang bersangkutan.Selain itu, estetika juga dapat dikaitkan sebagai keindahan yang berdasarkan penglihatan iaitu seni rupa dan keindahan yang boleh didapati melalui pendengaran contohnya, muzik. Oleh sebab itu, keindahan dapat diertikan sebagai keindahan yang meliputi aspek keindahan seni, keindahan alam, keindahan moral, dan keindahan intelektual. Estetika sebagai keindahan dan keagungan. Estetika juga merupakan sebahagian penciptaan simbol- simbol yang wujud dari perasaan manusia sebagai hasil kesenian dan juga sesuatu yang mewakili perasaan amnesia. Maksudnya, estetika bersifat simbolisme iaitu simbol-simbol yang dimaksudkan bukan sahaja hasil karya seni lukis tetapi hasil binaan yang mempunyai simbolik tersendiri hasil ciptaan manusia. Sebagai contoh, seni binaan bangunan yang kaya dengan simbol dan keindahan tersendiri seperti rekaan bangunan Menara Petronas, Kuala Lumpur.

Dalam mentafsirkan konsep keindahan yang dibentangkan dalam Ihya Ulum ad-Din oleh Imam Ghazali, penyelidik Rusia, Dr. A. V. Sagadeyev menulis:

Al-Ghazali memberi definisi keindahan yang umum sebagai pernyataan kesempurnaan yang diwujudkan berupa sebuah benda dan sesuai dengan hakikatnya. Setiap benda mempunyai satu jenis kesempurnaan yang cocok dengannya. Walau bagaimanapun sesuatu yang sama sekali berlawanan dengan kesempurnaan itu mungkin merupakan kesempurnaan bagi sebuah benda lain. keindahan menyatakan diri secara paling bagus kalau sebuah benda mempunyai semua ciri kesempurnaannya. Ketiadaan beberapa ciri berkenaan mengakibatkan keindahan yang menjelma berupa benda tersebut pasti merosot secara berkadar.

Unsur estetika dalam Sulalatus Salatin merupakan satu unsur keindahan dalam berbahasa iaitu dengan memberikan sifat manusia kepada benda lain. Unsur personifikasi yang dapat dilihat dalam karya Sulalatus Salatin ialah:rupa tunggul panji-panji seperti awan berarak; rupa payung segala raja-raja

(Muhammad Haji Salleh, 1997: 26)Dalam ayat di atas, pengarang telah menggunakan kata kerja berarak yang dilambangkan sebagai unsur personifikasi kepada awan. Awan merupakan kata nama yang tidak bernyawa, tetapi diberi sifat manusia kepadanya. Unsur ini digunakan untuk menunjukkan keindahan bahasa.c) Nilai Budaya dan Pandangan Hidup Gambaran corak hidup masyarakat biasa juga diberi penekanan dalam teks Sulalatus Salatin iaitu memberikan gambaran tentang realiti kehidupan masyarakat Melayu pada zaman silam yang tepu dengan kisah suka dan duka. Setiap peristiwa yang berlaku dalam Sulalatus Salatin mempunyai pelbagai makna tersirat. Pengajaran-pengajaran yang diketengahkan perlu diambil iktibar untuk meneruskan kelangsungan warisan nenek moyang kita.Strata sosial masyarakat Melayu yang berperingkat jelas telah diperincikan dalam Sejarah Melayu. Dalam karya tersebut, masyarakat Melayu tradisional dibahagikan kepada dua golongan atau kumpulan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah dan diperintah masing - masing terbahagi pula kepada beberapa kelompok yang lebih kecil bercirikan taraf, kedudukan, dan peranan yang dapat dimainkan dalam masyarakat. Namun begitu, kecenderungan terhadap pemerintah boleh dilihat dalam segi politik, undang-undang, ketenteraan, ekonomi, dan adat- istiadat.

Strata sosial bererti perbezaan individu dalam masyarakat yang menyebabkan kemunculan satu hierarki yang terdiri daripada lapisan orang yang berlainan kedudukan. Pada kebiasaannya, kelas masyarakat di negara ini dibahagikan mengikut kriteria tahap pendidikan dan umur.

Hierarki merupakan susunan sesebuah masyarakat yang bakal membentuk pentadbiran. Hierarki ini menggambarkan kedudukan sesuatu golongan atau kelompok dalam masyarakat. Bagi masyarakat Melayu tradisional, sistem sosial atau hierarkinya bersifat feudal. Raja atau Sultan berkuasa dan menduduki tempat tertinggi dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional. Hierarki masyarakat Melayu tradisional dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu keturunan, hubungan kekeluargaan, pangkat dan kedudukan yang disandang, tugas dan sebagainya. Dari aspek demografi pula, kedudukan masyarakat dapat dikategorikan mengikut jumlah pemilikan harta, reka bentuk rumah, gaya pakaian dan penggunaan istilah dalam pertuturan.Penutup

Teks atau naskhah Sejarah Melayu memang merupakan sebuah karya agung yang bertepatan dengan peribahasa Melayu yang mengatakan taklapuk dekhujandantak lekang dekpanas ini boleh dilihat dengan minat bangsa-bangsa lain untuk mengkaji karya ini. Malahan sehingga kini karya ini masih banyak menjadi bahan kajian di universiti-universiti luar negara, tidak terkecuali juga negara kita sendiri.

Oleh yang demikian, karya agung Sejarah Melayu perlu dijaga dan dipelihara agar ia dapat menjadi satu karya yang kekal sepanjang zaman ,juga boleh menjadi panduan untuk sesiapa sahaja yang berhasrat mengkaji karya ini dengan lebih mendalam.

Rujukan

1.Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. 1988. Sejarahwan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.2.Sheikh Othman bin Sheikh Salim (eds.). 1997. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.3.Brown, C.C. 1970. Sejarah Melayu or Malay Annals (terj.). London: Oxford University Press.4.Flaron bin Daud. 1985. Sejarah Melayu: Satu Kajian Dari Aspek Pensejarahan Budaya. Bangi: Institusi Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.5.Muhd. Yusoff Hashim. 1988. Pensejarahan Melayu Nusantara: Kajian Mengenai Sumber, Penghayatan Masalah dan Tafsiran Naskah-Naskah Terpilih Sejarah Melayu. Singapura: Gaints Prints Sdn. Bhd.6.Ahmad Mahmood Musanif. 1992. Pemahaman dan Penghayatan Sejarah Melayu.

Selangor: Masa Enterprise.7.Ali Ahmad. 1987. Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.8.Yusoff Iskandar. 1986. "Sejarah Melayu Sastera yang Bercorak Sejarah", dalam Zahrah Ibrahim (penyt.), Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.9.Abdul Rahman Haji Ismail. 1985. "Sejarah Melayu: Antara dan Dakyah". Kajian Malaysia, Jilid III, NO.2.10.Bottom, J.C. 1962. "Malay Historical Works" dalam K.G.Tregonning (ed.). Singapore: Malaysian Historical Sources.

( 1987 patah perkataan )Tugasan B (15%) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh :27 September 2013

Masa :10.20 pagi hingga 11.20 pagi (60 minit)

Kelas :5 Tanjung

Bilangan Murid :42

Umur Murid :11

Mata Pelajaran :Bahasa Melayu

Tema :Kebudayaan

Tajuk :Kebudayaan Orang-orang Melayu

Hasil Pembelajaran :

Fokus Utama :

3.2 Menghuraikan maklumat dengan menggunakan alasan yang meyakinkan.

Aras 2 (1) Mengembangkan idea berdasarkan pemerhatian dengan menyatakan bukti yang sahih.

Fokus Sampingan

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.

Aras 2 (i) Membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat.

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.

Aras 2 (i) Bertukar-tukar pandangan berdasarkan sesuatu isi.

Objektif Pelajaran :

Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :

1)Mengenal pasti jenis-jenis budaya orang-orang Melayu yang terdapat di Malaysia.

2)Memberikan pendapat masing-masing berkenaan dengan budaya yang terdapat di Malaysia.

3)Mengkategorikan jenis budaya dengan suku kaum masing-masing

4)Membina lima daripada enam ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberikan.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa : Ayat Tunggal

Kosa Kata : Melayu,

Peribahasa :tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Pengisian Kurikulum :

1) Ilmu :Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

2) Nilai Murni :Hormat-menghormati, menghargai warisan negara, kerjasama, berani mencuba

3) Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir

Kemahiran Teknologi dan Komunikasi

Kecerdasan Pelbagai

Pembelajaran Kontekstual

Bahan Bantu Mengajar :LCD, Speaker, Komputer dan Slaid

Pengetahuan sedia ada:Murid pernah didedahkan dengan budaya Melayu dalam keluarga masing-masing dan juga konsep ayat tunggal.

Langkah/ MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi

( 5 minit)Tayangan gambar-gambar budaya di Malaysia.

Soalan :

1)Apakah yang dapat anda lihat berdasarkan tayangan sebentar tadi.

2)Adakah warisan tersebut masih dikekalkan sehingga sekarang?1) Guru menayangkan gambar-gambar budaya yang terdapat di Malaysia.

2) Guru bersoal jawab dengan murid mengenai tayangan gambar sebentar tadi.

3) Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran pada hari tersebut.

BBM :

Komputer

LCD

Speaker

KBT :

Pembelajaran Kontekstual.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Pengetahuan Sedia Ada

Nilai Murni :

Menghargai budaya dan Warisan Negara

Langkah 1

(10 minit)-Tayangan video budaya-budaya yang terdapat di Malaysia.

-Soal jawab dengan pelajar :

1)Nyatakan 2 budaya yang terdapat dalam tayangan video sebentar tadi.

2)Apakah budaya bagi suku Melayu berdasarkan tayangan video sebentar tadi?

3)Namakan budaya yang selalu diamalkan oleh orang-orang Melayu Sejak zaman dahulu lagi

4)Adakah mempunyai pengalaman menyaksikan atau mengamalkan sendiri budaya yang terdapat dalam tayangan

1)Guru menayangkan tayangan video yang mengandungi pelbagai jenis budaya yang terdapat di Malaysia.

2)Guru meminta murid memerhati dengan teliti setiap suku kaum yang mengamalkan budaya masing-masing .

3)Guru bersoal jawab dengan beberapa orang pelajar berdasarkan video yang ditunjukkan sebentar tadi dan minta murid cerita ringkas.

BBM :

LCD

Komputer

Speaker

KBT :

Kemahiran Berfikir

Kecerdasan Pelbagai

Pembelajaran Kontekstual

Kecerdasan Pelbagai

Nilai Murni :

Berani Mencuba

Hormat-menghormati

Langkah 2

(15 minit)Suai padan budaya kaum yang terdapat di Malaysia.

Melayu (Bersalam)

India ( Mandi minyak)

Cina (memberi ang pau)

1)Guru akan menayangkan gambar-gambar budaya dan nama kaum.

2)Beberapa orang murid diminta untuk menyuai padankan jenis budaya dengan suku kaum tersebut.

3)Murid yang lain juga digalakkan berbincang antara satu sama lain.

4)Guru akan meminta beberapa orang murid membuat simulasi tentang keluarga Melayu yang membudayakan amalan bersalaman.

BBM :

LCD

Slaid

Speaker

Komputer

Pengetahuan Sedia Ada

KBT :

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Nilai Murni :

Berani Mencuba

Hormat-menghormati

Kerjasama

Langkah 3

(10 minit)Soalan uji minda :

1) Apakah budaya kaum Melayu?

2) Pemberian ang pau diamalkan oleh kaum apa?

3) Apakah nama budaya kaum India yang masih diamalkan?

4) Budaya bersalam berasal daripada kaum mana?1) Guru akan menyoal pelajar untuk menguji minda mereka berkenaan dengan tajuk yang diberikan.

2) Murid akan mencuba menjawab soalan-soalan yang dipaparkan di slaid.BBM :

LCD

Speaker

Komputer

Slaid

KBT :

Kemahiran Berfikir

Langkah 4

(15 minit)

Perkataan :

Melayu

hormat

minyak

salam

ang pau

baju

1) Guru akan menunjukkan enam contoh kata tunggal kepada pelajar.

2) Pelajar diminta membuat ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberikan.

BBM :

LCD

Slaid

Komputer

KBT :

Kemahiran Berfikir

Pengetahuan Sedia Ada

Penutup

(5 minit)Kognitif

Rumusan Pelajaran.

Sosial

Rumusan Nilai Murni.1) Guru akan merumuskan pembelajaran pada hari berkenaan.

2) Guru meminta pelajar bersama-sama menghayati budaya masing-masing.BBM:

LCD

Speaker

Komputer

Peribahasa

KBT :

Kecerdasan Pelbagai

Rujukan

1.Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. 1988. Sejarahwan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.2.Muhd. Yusoff Hashim. 1988. Pensejarahan Melayu Nusantara: Kajian Mengenai Sumber, Penghayatan Masalah dan Tafsiran Naskah-Naskah Terpilih Sejarah Melayu. Singapura: Gaints Prints Sdn. Bhd.3.Ahmad Mahmood Musanif. 1992. Pemahaman dan Penghayatan Sejarah Melayu.

Selangor: Masa Enterprise.4. http://www.moe.gov.my/bpk/dmdocuments/hsp_bm_sk_y5.pdf5.http://eeeda-damak.blogspot.com/2013/08/budaya-bersalam-salaman.html