21. penggunaan peribahasa di dalam penulisan karangan melalui (fauziah...

Upload: syaine-zry

Post on 03-Apr-2018

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrendah 1/20

    21

    PENGGUNAAN PERIBAHASA DALAM PENULISANKARANGAN MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF

    Anisah Mustaffa

    Fauziah Osman

    Nurhidayah Ashari

    Sekolah Rendah Greenwood

    Abstrak

    Murid Darjah 3 tidak mencapai markah yang baikuntuk komponen peribahasa sama ada dalam ujiankelas ataupun peperiksaan sekolah. Berdasarkantinjauan guru, murid tidak mengaitkan peribahasadalam kehidupan mereka dan jarang sekalimenggunakan peribahasa dalam penulisan.Sekumpulan guru Bahasa Melayu Darjah 3 menyedarimasalah ini lantas mengusulkan agar satu pendekatanyang baharu diambil dengan segera untuk mengatasimasalah ini. Lantas selari dengan pendekatan sekolah

    terhadap penerapan Cooperative Learning Structures(CLS), satu kajian tindakan dijalankan untukmeningkatkan penggunaan peribahasa dalampenulisan karangan murid melalui CLS supayapembelajaran murid lebih efektif. Praujian danpascaujian dijalankan untuk menguji keberkesananstrategi ini. Hasil kajian menunjukkan 89% muridmampu menggunakan peribahasa dengan berkesandalam penulisan karangan mereka.

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrendah 2/20

    Pengenalan

    Peribahasa mula diperkenalkan kepada murid semasa diDarjah 3. Murid-murid tidak dapat menguasai penggunaanperibahasa dengan baik meskipun guru telah mendedahkankepada mereka pelbagai teknik sewaktu pengajaran. Antarateknik pengajaran yang digunakan berbentuk kuiz, permainandan latih tubi. Murid sekadar menghafal makna peribahasa atastujuan untuk menduduki peperiksaan. Format peperiksaanmemberi mereka beberapa pilihan untuk memilih jawapan yangtepat tetapi kebanyakan daripada mereka gagal mendapatmarkah yang baik untuk komponen peribahasa. Mereka tidakmemahami maksud peribahasa lantas mereka mempunyaikesukaran untuk memahami maksudnya.

    Berdasarkan analisis item ujian CA1 yang dijalankan olehguru, komponen peribahasa merupakan komponen yangmempunyai markah yang paling rendah. Memandangkanprestasi murid dalam komponen peribahasa merupakan antara

    masalah yang dihadapi oleh guru pada setiap tahun, gurumencari kaedah alternatif untuk membantu murid memahamidan mengingati peribahasa dengan lebih efektif. MenurutAbbas Mohd Shariff (2006) guru harus bertanggungjawabuntuk mengajarkan peribahasa bukan secara kritikal dan kreatifmalah disampaikan secara terbuka dan objektif.

    Tujuan Kajian

    Kajian ini dijalankan untuk:

    1. meneliti sama ada murid boleh membina ayat denganmenggabungkan peribahasa yang sesuai;

    2. menilai keberkesanan kaedah alternatif iaitu penerapanCooperative Learning Structures (CLS) ke dalampengajaran dan pembelajaran peribahasa; dan

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrendah 3/20

    3. mengukur keberkesanan penggunaan peribahasa melaluipenulisan karangan.

    Permasalahan Kajian

    Jumlah murid yang gagal dalam komponen peribahasasama ada dalam kertas peperiksaan tahunan ataupun ujiankelas amat tinggi. Masalah ini merupakan masalah yangdihadapi oleh para guru setiap tahun. Murid-murid mengalamikesukaran memahami peribahasa kerana mereka sekadarmenghafalnya untuk matlamat menduduki peperiksaaan.Ramai yang tidak memahami maksud peribahasa dan konteksayat yang menggunakan peribahasa tersebut lantas merekagagal memilih jawapan yang betul.

    Kajian Lepas

    Menurut James Bellanca (1997), pendekatan yangmenggunakan pemikiran kritis terhadap persediaan bahanpengajaran dan pembelajaran bukan sahaja mencabarkebolehan guru untuk berfikir secara kritis malah memupukkemahiran dalam diri murid untuk memahami danmengaplikasikan pemahaman mereka kepada situasi harian.

    Marzano, Pickering dan Pollock (2009) menyatakan

    bahawa CLS merupakan strategi pengajaran secaraberkumpulan yang amat berkesan dan fleksibel berbandingstrategi pengajaran yang lain-lain. Kajian-kajian yang telahdijalankan mengesahkan keberkesanan CLS dalam pengajarandan pembelajaran di bilik darjah. Kesan tersebut boleh dilihatdari aspek persekitaran di bilik darjah, kadar pencapaianakademik, pembentukan perwatakan murid seperti keyakinandiri serta kemahiran sosial sewaktu berinteraksi secaraberkumpulan.

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrendah 4/20

    Kaedah Kajian

    Kajian ini mengapliklasikan Teori CLS. Struktur CLS iniditerapkan pada pengajaran dan pembelajaran peribahasamelalui penulisan karangan.

    Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepadakeberkesanan penerapan CLS dalam pengajaran danpembelajaran. Antaranya adalah untuk meningkatkan tahappencapaian, mengeratkan perhubungan dalam kalangan muridserta pembentukan perwatakan. Selain itu, kelebihan strukturini juga adalah untuk mempersiapkan murid dengan kemahiranyang sejajar dengan kemahiran murid pada abad ke-21 iaitukemahiran bertutur dan kemahiran bekerjasama secaraberkumpulan.

    Rajah 1: Model Rangka Kerja Teori CLS

    Prinsip PIES

    Transforming Instruction (Mengubah Pengajaran)

    Transforms Outcomes (Mengubah Hasil Pembelajaran)

    P

    Positive Interdependence (Kebergantungan Positif)

    Kebergantungan positif membina sikap salingmembantu dan membina budaya kecemerlangandalam kalangan murid serta menambah kekerapandan mutu bantuan yang diberikan oleh rakan dalamkumpulan.

    I

    Individual Accountability (Tanggungjawab Individu)

    Tanggungjawab individu meningkatkan penglibatandan motivasi murid secara berkesan.

    E

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrendah 5/20

    Equal Participation (Penglibatan yang Sama)

    Murid yang biasanya tidak mahu atau kurang terlibatakan terangsang untuk terlibat dalam aktivitipembelajaran apabila penglibatan murid disamakan.

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrendah 6/20

    S

    Simultaneous Interaction (Interaksi Serentak)

    Penglibatan murid, keberkesanan pengajaran danpengurusan kelas menunjukkan peningkatan yangtinggi apabila interaksi serentak dijalankan berbandingstruktur yang berurutan.

    Subjek Kajian

    Subjek kajian terdiri daripada 26 orang murid dari kelasDarjah 3D dan 3E. Murid-murid ini merupakan kumpulan

    pencapaian tahap sederhana.

    Instrumen Kajian

    Beberapa instrumen telah digunakan bagi kajian ini.

    Praujian dan pascaujian

    Guru menyediakan aktiviti pembelajaran dan pengajaransecara bertahap sepanjang 6 minggu kajian dijalankan.Praujian dan pascaujian digunakan untuk melihat sejauh manaCLS dapat membantu meningkatkan pencapaian murid.

    Teknik pengajaran penulisan secara Parallel writing

    Teknik pengajaran penulisan seperti membinapenghasilan ayat diajarkan kepada murid. Murid diberi ayat-ayat contoh yang menggunakan peribahasa. Kemudian muridharus membina ayat yang serupa pula. Selain itu, pembinaanperenggan juga digunakan. Guru memaparkan contohkarangan menggunakan peribahasa dan murid-murid harusmenulis karangan bermula dengan perenggan satu, dua dantiga.

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrendah 7/20

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrendah 8/20

    Strategi CLS

    Strategi pengajaran dan pembelajaran secaraberkumpulan diterapkan untuk menilai pemahaman murid.Struktur yang digunakan ialah Simultaneous Round Table danNumbered Heads Together.

    Rubrik

    Pengubahsuaian telah dibuat kepada skema pemarkahanbagi karangan. Kini, komponen markah bagi bahagian bahasadisisipkan penggunaan peribahasa dalam kategori gayabahasa. Pengubahsuaian kepada skema ini dapat memantaupenggunaan peribahasa sewaktu penulisan. Guru mahumemantau sama ada murid sekadar menggunakan peribahasatanpa mengaitkan peribahasa tersebut dalam penjelasan ayat-ayat seterusnya.

    Prosedur Kajian

    Murid yang telah dipilih untuk terlibat dalam kajiantindakan ini merupakan sebuah kelas Darjah 3. Pada sesipengajaran yang pertama, Penggal 2 minggu 5, murid diberikertas praujian untuk menulis sebuah karangan. Melalui kertaspraujian ini, guru meneliti struktur ayat serta penggunaanbahasa sewaktu menggabungkan idea mereka dalam

    penulisan. Markah untuk kertas praujian ini juga dicatat olehguru. Pada sesi pengajaran kedua, Penggal 2 minggu 6, gurumemperkenalkan peribahasa kepada murid. Peribahasatersebut harus digunakan oleh murid sewaktu mereka membinaayat. Peribahasa yang harus murid gunakan telah pundidedahkan kepada mereka sewaktu peperiksaan CA1. Selainitu, guru juga menjalankan kerja berkumpulan yangmenggunakan CLS. Antara struktur CLS yang digunakan ialahSimultaneous Round Table dan Numbered Heads Together.Berikut merupakan penerangan bagi kaedah CLS secaraterperinci.

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrendah 9/20

    Simultaneaous Round Table

    . Guru memberi setiap kumpulan 4 kertas dan 4 pena.

    . Setiap ahli kumpulan menulis sepotong ayat yangmenggunakan peribahasa.. Apabila masa sudah tamat, murid berhenti.. Murid menukar kertas mereka secara bergilir-gilirdengan mengikut urutan jam.. Murid menambah idea mereka di kertas yang merekadapat.. Murid berhenti menulis dan berkongsi.

    Numbered Heads Together

    . Guru memberi setiap ahli kumpulan sehelai kertas dansebatang pena.. Guru memberi setiap ahli kumpulan nombor 1 hingga 4.. Guru memaparkan soalan peribahasa dan murid-muriddalam kumpulan memikirkan jawapannya.. Murid menulis jawapan mereka tanpa bercakap.

    . Murid menunjukkan jawapan mereka dan berbincang.. Apabila kesemua bersetuju tentang jawapan yangsesuai, mereka bersedia untuk mengemukakanjawapan mereka.. Guru memanggil nombor tertentu.. Ahli kumpulan atau murid tertentu akan berdiri danmenunjukkan jawapannya.

    Guru menggunakan struktur CLS ini melalui pengajaranyang dijalankan untuk mengajar teknik membina ayat dengan

    menggunakan peribahasa. Kerja berkumpulan yangmenggunakan struktur tersebut dapat memastikan prosespembelajaran yang efektif dalam kalangan murid. Pada sesipengajaran yang ketiga, Penggal kedua minggu ketujuh, gurumemaparkan karangan contoh yang menggunakan peribahasakepada murid. Kemudian, murid menulis perenggan pertamasebuah karangan berdasarkan contoh rangka karangan yangtelah guru paparkan. Proses ini diulang untuk sesi pengajarankeempat dan kelima, iaitu pada Penggal kedua Minggu kelapan

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrenda 10/20

    dan kesembilan untuk menulis Perenggan dua dan tiga.Karangan yang telah murid-murid lengkapkan kemudiannyadisemak oleh guru.

    Pada Minggu kesepuluh, guru mengumpulkan data untukkajian ini. Pengubahsuaian telah dibuat kepada skemapemarkahan bagi karangan. Kini, komponen markah bagibahagian bahasa disisipkan penggunaan peribahasa.Pengubahsuaian kepada skema ini dapat memantaupenggunaan peribahasa dalam penulisan murid.

    Dapatan Kajian

    Rajah 1 di bawah merupakan hasil kajian praujian danpascaujian murid. Markah penuhnya ialah 30. Murid harusmendapat sekurang-kurangnya 15 markah untuk lulus.

    Rajah 1: Keputusan Praujian dan Pascaujian

    0102030405060708090LulusGagalPenggunaan PeribahasaLulus30.880.95Gagal69.219.05PenggunaanPeribahasa089PraPasca

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrenda 11/20

    Rajah 1 menunjukkan analisis kajian yangmembandingkan pencapaian murid sebelum dengan sesudahproses usaha intervensi.

    Sebelum peribahasa diperkenalkan dalam penulisankarangan murid, peratusan murid yang lulus hanya 30.8%,manakala peratusan yang gagal ialah 69.2%. Tiada murid yangmenggunakan peribahasa sebelum usaha intervensi dijalankan.

    Sesudah peribahasa diperkenalkan dalam karangan murid,peratusan yang lulus meningkat kepada 80.5%, manakalaperatusan murid yang gagal turun sebanyak 19.05%. Sebanyak89% daripada murid menggunakan peribahasa dalampenulisan karangan mereka.

    Analisis item sebelum dan sesudah kajian dijalankanuntuk meneliti pencapaian murid. Markah keseluruhannya ialah

    30.

    Jadual 1: Markah Murid

    Markah

    26-30

    20-25

    15-19

    0-14

    Sebelum

    0

    4

    5

    17

    Sesudah

    1

    9

    6

    4

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrenda 12/20

    * 6 orang murid tidak hadir sewaktu penulisan karangan.

    Berdasarkan analisis markah, kebanyakan murid yangtidak menggunakan peribahasa dalam penulisan karanganmereka mendapat markah sebanyak 0-14. Setelah usahaintervensi dijalankan, kebanyakan murid yang mendapatmarkah antara 0-14 meningkat kepada 15-19 dan 20- 25.

    Kesimpulan

    Kajian ini mengukuhkan keberkesanan struktur CLSdalam pengajaran dan pembelajaran. Struktur ini tidak terikatkepada mana-mana aspek pengajaran malah juga boleh

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrenda 13/20

    digunakan dalam pengajaran karangan. Kajian ini jugamenunjukkan bahawa peribahasa harus diterapkan dalampenulisan murid supaya mereka dapat memahaminya denganbaik. Melalui proses pemikiran yang kritis dan mengaitkanperibahasa dalam sesebuah situasi dapat meluaskanpemahaman murid terhadap peribahasa. Murid telahmenggunakan daya pemikiran mereka untuk menelitiperibahasa yang sesuai untuk penulisan karangan mereka.

    Kajian ini juga menunjukkan peningkatan yang besardalam hasil penulisan murid serta penggunaan bahasa mereka.Kajian tindakan ini telah berjaya meningkatkan prestasi muriddalam dua aspek yakni penulisan dan penggunaan bahasadalam karangan mereka serta komponen peribahasa dalamkertas bahasa. Kajian tindakan yang sama boleh dijalankanuntuk peringkat yang sama dengan menumpukan kepada duakumpulan, iaitu kumpulan eksperimental dan kumpulanterkawal untuk melihat keberkesanannya.

    Rujukan

    Abbas Mohd Shariff (2006). Strategi Pengajaran &

    Pembelajaran Bahasa. Singapura: Alfa Media.

    James Bellanca (1997). Active learning Handbook for MI

    classroom. Illinois: Skylight Training and Publish.

    Jeremy Harmer (2004). How to Teach Writing. Harlow:Pearson

    Education Limited.

    Kay Burke (2005). How to Assess Authentic Learning.

    California: Corwin Press.

    Marzano, Pikering and Pollock (2009). Classroom Instruction

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrenda 14/20

    That Works: Research Based Strategies for IncreasingStudent. Association for Supervision and Curriculum.Alexandria, Virginia.

    Marzano and Pickering (2003). Classroom Management that

    Works: Research Based strategies for Every Teacher.Association for Supervision and Curriculum Development.USA.

    Solomon (1998). The Assessment Bridge: Positive Ways to

    Link Tests to Learning standards and CurriculumImprovements.

    Spencer Kagan (1992). Kagan Cooperative learning. San Juan

    Capistrano:California.

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrenda 15/20

    SEKOLAH RENDAH GREENWOOD

    Lampiran A

    Bahasa

    SKEMA PEMARKAHAN KARANGAN

    PRIMARI 3

    Peringkat

    Markah

    Penerangan

    Tatabahasa

    Ejaan danTanda Baca

    PerbendaharaanKata

    Susunan ,Kaitan danPemerenggananIdea

    Gaya Bahasa

    Cemerlang

    15

    . Hampir tiadakesilapan. Struktur ayatberagam dan luas

    . Hampir tiadakesilapan

    . Sesuai

    . Pelbagai dan

    tepat

    . Tersusun rapi

    . Amat baik

    . Sesuai

    . Bermutu

    . Asli

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrenda 16/20

    . Amat menarik

    . Peribahasayangdigunakandapatmenunjukkankesinambu-ngan cerita

    Kepujian

    12-14

    . Sedikit kesilapanbesar dan kecil. Struktur ayatberagam tetapitidak begitumenonjol

    . Sedikitkesilapan

    besar dankecil

    . Sesuai

    . Pelbagai tetapitidak begitumenonjol

    . Baik

    . Sesuai

    . Menarik

    . Peribahasayangdigunakandapatmenerangkanmakna yangsebenar

    Baik

    8-11

    . Sedikit kesilapanbesar, terdapatjuga beberapakesilapan kecil. Menggunakanayat-ayat mudah

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrenda 17/20

    . Sedikitkesilapanbesar,terdapat jugabeberapakesilapankecil

    . Boleh dikatakansesuai. Terdapatpercubaan untukmempelbagaikanpenggunaanperbendaha-raan kata

    . Susunanmunasabahdan terdapatpemerengga-nan

    . Masih sesuai

    . Kurangmenarik. Peribahasayangdigunakantepat dan jelas

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrenda 18/20

    Sederhana

    5-7

    . Terdapat kesilapanyang ketara. Struktur ayat yangagak lemah

    . Terdapatkesilapanyang ketara

    . Masih sesuai

    . Maksudnya tidakdiragui walaupunterhad

    . Pemerengga-nan agak

    lemah. Terdapatpercubaanuntukmenyusun

    . Kurang sesuai

    . Tidak menarik

    . Peribahasayangdigunakantidak jelas

    Lemah

    0-4

    . Terlalu banyakkesilapan. Struktur ayatsangat lemah

    . Terlalu

    banyakkesilapan

    . Sangat terhad

    . Kesilapanmenggunakanperbendaharaankata asas danada kalanya

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrenda 19/20

    berkecamuk

    . Pemerengga-nan sangatlemah. Beberapabahagianpenulisannyatidak dapatdifahami

    . Tidak sesuai

    . Peribahasayangdigunakantidak tepat

  • 7/28/2019 21. Penggunaan Peribahasa Di Dalam Penulisan Karangan Melalui (Fauziah Osman_Sekolah_Rendah_Greenwood

    http:///reader/full/21-penggunaan-peribahasa-di-dalam-penulisan-karangan-melalui-fauziah-osmansekolahrenda 20/20