201402180714_t2a1

Upload: teng-ung-sing

Post on 21-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 201402180714_T2A1

    1/7

    0

    TUGASAN T2A1

    _____________________________________________________________________

    HBEF 2803

    PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

    _____________________________________________________________________

    NAMA : TING CHOO HUA

    KAD MATRIK : 750210135302001

    KP : 750210135302

    TELEFON : 0168533522

    E-MEL : [email protected]

    NAMA TUTOR : ZAIDAH BT MUHAINI

    PUSAT PEMBELAJARAN : SIBU, SARAWAK

  • 7/24/2019 201402180714_T2A1

    2/7

    1

    1.0 PENDAHULUAN

    Definisi guru umumnya merujuk profesion pendidikan dengan tugas utamanya

    mendidik, mengajar, membimbing, mengarahkan, melatih, menilai, dan mengevaluasi

    para pelajar. Guru adalah pendidik dan pengajar bagi anak- anak murid pada usia muda

    seperti semasa di Pra sekolah, sekolah rendah mahupun di sekolah menengah hingga ke

    pringkat yang lebih tinggi. Dalam definisi yang lebih luas, setiap orang yang

    mengajarkan suatu ilmu yang baru dapat juga dianggap seorang guru. Sementara itu,

    sebutan profesion selalu dikaitkan dengan pekerjaan atau jabatan yang dipegang oleh

    seseorang dan perkataan Professional mempunyai makna yang mengacu kepada sebutan

    tentang orang yang menyandang suatu profesion dan sebutan tentang penampilan

    seseorang terlatih dalam mewujudkan tanggung jawab kerja yang sesuai dengan

    profesionnya.

    Oleh yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa guru adalah seseorang yang

    menyandang gelaran profesional dalam bidang pendidikan. Sementara itu, Kenezevich

    (1984), menjelaskan pengertian kompetensi adalah kemampuan-kemampuan untuk

    mencapai tujuan organisasi dan kemampuan tersebut merupakan hasil dari penggabungan

    dari kemampuan-kemampuan yang pelbagai termasuk pengetahuan, keterampilan,

    kepemimpinan, kecerdasan dan lain-lain yang dimiliki seseorang untuk mencapai tujuan

    organisasi.

    Untuk menyiapkan tugasan ini ,saya telah menghayati ceramah yang telah

    disampaikan yang berkaitan dengan Pembangunan Profesionalisme Berterusan:

    Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri oleh Dr.Nasaruddin Bin Basar. Berikut adalah

    merupakan rumusan ceramah yang dapat saya simpulkan sebaik mungkin untuk

    perkongsian oleh semua guru khasnya.

  • 7/24/2019 201402180714_T2A1

    3/7

    2

    1.1 RUMUSAN PEMBENTANGAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME

    BERTERUSAN OLEH DR. NASARUDIN BIN BASAR

    Dr.Nasaruddin Bin Basar adalah merupakan Ketua Penolong Pengarah, Sektor

    peningkatan Ilmu Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Pembentangan ini adalah berkisar tentang kebertanggungjawaban inisiatif guru untuk

    pembangunan profesionalismenya secara berterusan,terutamanya untuk meneruskan

    pengajian hingga ke peringkat siswazah.Secara dasarnya, Open University Malaysia

    (OUM) telah berjaya memberi peluang kepada guru-guru untuk meneruskan pengajian

    mereka ke peringkat universiti. Ini memberi kesan yang besar bagi memenuhi bidang-

    bidang yang dikatakan kritikal seperti di dalam bidang sains,matematik,fizik mahupun

    mekanikal. Walau bagaimana pun,bukan semua guru yang telah mengikuti pengajian di

    universti universiti tempatan secara jarak jauh (PJJ) berjaya menamatkan pengajian

    mereka kerana beberapa faktor. Kejayaan para guru yang telah berjaya mendapat sarjana

    muda dalam pendidikan ini sememangnya memberi impak yang positif atau kesan yang

    besar terhadap anak murid yang di ajar,rakan sejawat mahupun dari segi pandangan pihak

    pengurusan sekolah.

    Data yang telah diperolehi daripada kajian soal- selidik bagi guru-guru yang telah

    lulus dan mendapat ijazah dan yang gagal menamatkan pengajian mereka,rata-ratanya

    menyatakan bahawa program yang ditawarkan oleh OUM sangat-sangat sesuai kerana

    OUM menyediakan kesemua bentuk bahan yang diperlukan oleh para pelajarnya seperti

    Buku Modul, Pensyarah, Penyediaan Forum dan segala kemudahan yang diperlukan.

    Daripada data-data yang sebeginilah, maka, program ini diteruskan dengan

    penambahbaikan yang meneruskan permulaan era kedua pengajian di OUM. Berdasarkan

    data-data tersebut juga kementerian telah membuat keputusan menggalakkan kehadiran

    guru-guru di dalam institusi ini agar dapat memperkembangkan lagi budaya

    pembelajaran dalam abad ke-21. Harapan kementerian adalah untuk mengubah minda

    (mindset) setiap guru tentang perlunya menimba ilmu pengetahuan selaras dengan

    kemajuan penggunaan ICT pada zaman yang serba maju ini dan bukat setakat untuk lulus

    di dalam bidang pelajaran sahaja. Kejayaan yang dikecapi sememangnya akan

  • 7/24/2019 201402180714_T2A1

    4/7

    3

    membangunkan intelek kita sebagai seorang guru selain memberi kesan positif yang

    besar terhadap profesion perguruan di dalam negara kita.

    2.0 PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN

    Dari segi Profesionalisme Berterusan : Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri,

    dikatakan adalah lebih baik jika kita guru sendiri yang mempunyai inisatif untuk

    membangunkan profesionalisme perguruan. Berdasar kajian terkini, sememangnya kesan

    Program-program pembangunan berasaskan Inisiatif Kendiri lebih hebat lagi berbanding

    diarahkan untuk membuatnya. Oleh yang demikian, adalah menjadi pilihan yang tepat

    bagi guru-guru sekarang yang sedang mengikuti pengajian bersama seramai lebih 520,00

    dengan rakan yang lain, berusaha untuk melonjakkan lagi Kecemerlangan seseorang

    guru di sekolah di dalam negara kita pada masa kini. Pembangunan Profesionalisme

    berterusan ini adalah disebabkan beberapa faktor berikut iaitu :

    2.1 Konsep pembangunan profesionalisme keguruan, yang mana trend terkini

    dalam Pembangunan Profesionalisme Keguruan yang memerlukan sesorang guru

    yang berilmu pengetahuan,berinovatif dan kreatif di dalam tugasnya sebagai

    seorang guru.

    2.2 Kaitannya dengan Inisiatif kita sendiri , yang mana menghendaki guru

    memainkan peranan penting di dalam profesion kita serta memerlukan

    sumbangan yang lebih besar di dalam bidang pendidikan. Adalah tidak memadai

    dengan hanya menguasai satu-satu kemahiran sahaja , kerana tidak begitu sesuai

    dengan keadaan dunia masa kini. Para guru pelu menguasai fungsi-fungsi yang

    lain. Contohnya , para professor (pemegang Phd) hari ini telah menguasai pelbagai

    kemahiran dan ilmu dalam bidang lain dan bukan setakat tertumpu di dalam satu-

    satu bidang tertentu atau khusus sahaja.

    2.3 Rasa kesedaran kebertanggungjawaban kita. Untuk membangunkan diri kita.

    Dengan rasa tanggungjawab dengan minat dan keupayan kita, kita sememangnya

    dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kerana

    sememangnya,ilmu yang kita perolehi itu dapat memberi impak yang lebih besar

  • 7/24/2019 201402180714_T2A1

    5/7

    4

    pada diri sendiri dan kerjaya selain memberi kesan positif terhadap anak

    didik(pelajar) kita sebagai seorang guru.

    2.4 Potensi dalam laluan kerjaya seperti yang terdapat Pelan Pembangunan

    Pendidikan. Begitu juga halnya dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

    (PPPM) 2013 - 2025 dalam Anjakan 4 yang memberi fokus terhadap peningkatan

    kualiti pembangunan profesionalisme guru. Selaras dengan itu, Program

    Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0) telah mencadangkan piagam baharu guru

    yang meliputi pembangunan profesionalisme berterusan (Continuing Professional

    Development - CPD). Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke-

    202 pada 16 Julai 2013 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri

    merangkap Menteri Pendidikan Malaysia telah memutuskan agar CPD

    dilaksanakan bagi menjamin dan meningkatkan kualiti guru secara berterusan.

    Daripada lebih 3000 diolog dan lebih 1000 dialog (round table) di peringkat

    nasional yang telah dijalankan , adalah memfokuskan untuk membangunkan dan

    mentranformasikan profesion perguruan di dalam negara kita kerana, kualiti guru yang

    ada hari ini dikatakan masih belum menjamin (survival) generasi pada masa hadapan.

    Masih ada ruang untuk membangunkan kompetensi diri kita sebagai seoran guru.

    Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) ini adalah usaha bersepadu bagi

    memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melengkapkan diri atau

    dilengkapkan dengan pengetahuan profesional, kemahiran profesionaldan nilai serta

    amalan profesional keguruan melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang

    terancang berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran berterusan dan laluan

    kerjaya. Penekanan latihan adalah bagi memperolehi pengetahuan dan kemahiran

    baharu dan terkini yang menepati keperluan kompetensi abad ke-21.

  • 7/24/2019 201402180714_T2A1

    6/7

    5

    Di antara objektif kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) adalah:

    Meningkatkan kualiti guru dan kepimpinan atau pengurusan pendidikan secara

    berterusan.

    Memastikan PPP memperoleh (acquire), menambahbaik (improve), menguasai

    (master) dan berkongsi (share) kompetensi untuk keberkesanan PdP, serta

    keberhasilan murid.

    Menggalakkan PPP mengikuti latihan terancang dan sistematik yang merangkumi

    sesi pembelajaran dan pembangunan kendiri seperti seminar, kolokium, simposium,

    forum, sesi dialog, persidangan, konvensyen, kajian, penyelidikan, inovasi, lawatan

    kerja, lawatan penanda aras, bengkel, professional learning community, ulasan

    buku, penulisan dan penerbitan.

    Dapatan daripada pembentang untuk ceramah guru-guru baru yang telah

    diadakan,menyatakan bahawa terdapat tiga keperluan majikan pada masa kini iaitu:-

    Memerlukan mereka yang boleh berkomunikasi dengan berkesan.

    Boleh berkoleberasi dengan semua pihak.

    Mahir dalam bidang masing-masing.

    Oleh yang demikian, kita guru hendaklah perlu mendapatkan kejayaan dalam

    bidang yang telah kita ceburi agar boleh menjadikan kualiti pendidikan guru sebagai

    elemen yang dinamik dan tidak pegun pada satu-satu standard sahaja, selain menjadi

    kumpulan professional yang harus dianjak kehadapan, diaplikasikan untuk keperluan

    generasi Y ( baru) yang akan datang.

  • 7/24/2019 201402180714_T2A1

    7/7

    6

    3.0 PENUTUP

    Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri Guru sangat penting kerana ianya adalah

    skill for life dan iannya adalah untuk kompetensi diri seorang guru walaupun dikatakan

    terdapat guru-guru yang menghadapi masalah kesihatan setelah mengikut program

    OUM.Guru-guru hendaklah berfikir ke hadapan untuk kebaikan anak didik kita kerana

    mereka yang akan membentuk dan mengajar cucu cicit kita kemudian hari. Kalau kita tak

    mulakan pada hari ini,bilakah kita hendak mulakan dan kita tidak perlu menunggu

    semua kemudahan dan frasarana lengkap kerana kita hendaklah bermula dengan

    kemampuan yang ada pada masa sekarang. Contohnya terdapat guru-guru pedalaman

    yang telahlulus di dalam pengajian mereka.Tibalah masanya diri kita untuk proaktif dan

    tidak perlu menunggu arahan untuk menggerakkan pembangunan diri

    Selain daripada itu, inisiatif kendiri kita ini akan memenuhi kehendak murid pada

    masa hadapan dan kita guru perlu pertingkatkan tahap kesediaanpengalaman mengajar

    kerana pengalaman bukan menjadi ukuran.Guru- guru yang telah menyambung

    pengajiannya belajar lebih banyak pengalaman dengan ilmu-ilmu yang

    baru.Pembangunan diri kita pada hari ini telah tersedia dengan adanya pelbagai

    kemudahan ICT dan ruang profesionalisme yang semakin luas. Kesemua ini adalah

    bergantung kepada inisiatif kita terutamanya di OUM disamping kemudahan yang di

    sediakan oleh KPM. Guru-guru tanpa mengira kira gred hendaklah menjadi guru yang

    berkesan di dalam bilik darjah dengan menguasai kemahiran-kemahiran baru di dalam

    profesionnya selain memiliki kompetensi diri secara maksima.Sebagai guru, kita harus

    sentiasa meningkatkan kompetensi yang kita ada ,ditambah baik dan tambah nilai untuk

    membawa kejayaan anak didik pada masa hadapan . Guru yang dihasilkan pada hari ini

    adalah bagi membentuk survival anak murid kita untuk bersaing pada masa sekarang dan

    pada masa hadapan.