2014 dasar (new).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh fakulti/ptj yang berkenaan....

67
2014

Upload: others

Post on 27-Oct-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

1

2014

Page 2: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

© Penerbit UTHMCetakan Pertama 2014

Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa jua sama ada

secara elektronik, fotokopi mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Pejabat Penerbit, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu

Pahat, Johor. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Diterbit oleh:

Pejabat PenerbitUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia

86400 Parit Raja,Batu Pahat,

Johor Darul Ta’zimTel : 07-453 7051/ 7454

Fax : 07-453 6145 Laman Web: http://penerbit.uthm.edu.my/

http://e-bookstore.uthm.edu.myE-mel : [email protected]

Dicetak oleh:

Percetakan Surya Sdn. Bhd.Plot 29, Jalan IKS Bk 2,

Taman IKS,75450 Bukit Katil,

Melaka

Page 3: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

ISI KANDUNGAN

1. DASAR PENERBITAN UNIVERSITI.............................................1

2. GARIS PANDUAN PENERBITAN BUKU ILMIAH.......................9

3. GARIS PANDUAN PENERBITAN

JURNAL/E-JOURNAL UTHM...................................................19

4. GARIS PANDUAN PENERBITAN MODUL

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN.....................................29

5. GARIS PANDUAN PENERBITAN BUKU

PROSIDING/CAKERA PADAT (CD) PROSIDING.....................37

6. GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN REKA LETAK

DAN REKA BENTUK GRAFIK..................................................45

7. GARIS PANDUAN SISTEM MAKLUMAT

PENERBITAN UNIVERSITI.......................................................51

8. GARIS PANDUAN PENERBITAN E-BOOK...............................59

Page 4: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena
Page 5: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

1

DASAR PENERBITANUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Dokumen ini menetapkan dasar penerbitan bahan ilmiah universiti selaras dengan Perlembagaan Universiti.

2.0 TAFSIRAN

Dalam dasar ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:

2.1 “Bahan Ilmiah” ertinya buku karya asli, buku karya suntingan, jurnal, monograf, modul pengajaran dan pembelajaran, buku siri syarahan perdana, buku siri syarahan, buku siri kompilasi prosiding dan buku umum.

2.2 “JKPU’’ ertinya Jawatankuasa Penerbitan Universiti;2.3 “JPSU” ertinya Jawatankuasa Penilaian Saringan Universiti;2.4 “SMPU” ertinya Sistem Maklumat Penerbitan Universiti2.5 “Penilai Bidang” ertinya pakar dalam sesuatu bidang yang dilantik

oleh Penerbit UTHM bagi menilai sesuatu manuskrip karya asli;2.6 “Ketua Editor” ertinya staf yang dilantik oleh universiti

bertanggungjawab mengetuai keseluruhan kerja-kerja editorial jurnal universiti.

2.7 “Managing Editor” ertinya staf yang dilantik untuk mengurus bagi urusan editorial jurnal universiti yang dilantik oleh Ketua Editor.

2.8 “Editor” ertinya staf yang bertanggungjawab menyelaras dan menghimpunkan semua kertas kerja bagi karya suntingan.

2.9 “PTj” ertinya Pusat Tanggungjawab2.10 “Staf’’ ertinya semua pekerja Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

dan “Universiti’’ ertinya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia2.11 “Pihak Berkuasa” ertinya Ahli Jawatankuasa Eksekutif atau

Jawatankuasa Penerbitan Universiti.

3.0 FUNGSI PENERBITAN

Berfungsi untuk menerbitkan bahan ilmiah universiti seperti berikut:3.1 Memperbanyakkan penerbitan ilmiah terbitan universiti.3.2 Menggalakkan penulisan ilmiah di kalangan staf.

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI

Page 6: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

2

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

3.3 Meningkatkan kualiti dan bentuk penerbitan universiti.3.4 Mempromosikan penerbitan universiti di dalam dan luar negara.3.5 Melatih staf dalam penghasilan manuskrip ilmiah yang baik.

4.0 OBJEKTIF PENERBITAN

4.1 Menerbit dan memartabatkan bahan terbitan ilmiah yang berkualiti mengikut kuantiti yang ditentukan.

4.2 Menjana pendapatan universiti melalui jualan bahan-bahan terbitan ilmiah.

4.3 Meningkatkan repositori harta intelek universiti.

5.0 JAWATANKUASA PENERBITAN UNIVERSITI

5.1 Badan yang bertanggungjawab menggubal dasar penerbitan dan dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

5.2 Fungsi Jawatankuasa Penerbitan Universiti adalah:5.2.1 Menyemak dan meluluskan perkara berkaitan pengurusan

penerbitan universiti.5.2.2 Menyemak dan meluluskan hal-hal berkaitan logo, imprin,

perlambangan dan gaya penerbitan universiti.5.2.3 Menjadi Jawatankuasa Induk kepada Anugerah Penerbitan

Universiti.5.2.4 Menyemak dan meluluskan hal-hal berkaitan penganugerahan

penerbitan universiti.5.2.5 Memilih dan melantik jawatankuasa-jawatankuasa yang

berkaitan penerbitan universiti seperti Sidang Editor Jurnal, Panel Juri Anugerah Penerbitan Universiti dan lain-lain berdasarkan keperluan semasa universiti.

5.2.6 Memilih calon bagi mewakili universiti ke anugerah-anugerah penerbitan luar universiti.

5.2.7 Melaporkan perkembangan penerbitan universiti kepada Naib Canselor dari semasa ke semasa.

5.3 Ketua Penerbit bertanggungjawab membuat laporan penerbitan kepada Pengerusi JKPU.

5.4 Urus setia bagi JKPU adalah Pejabat Penerbit.

Page 7: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

3

6.0 SKOP PENERBITAN UNIVERSITI

6.1 Bahan ilmiah yang dihasilkan hendaklah memberi faedah kepada universiti dan masyarakat yang mencerminkan kepakaran dan kecemerlangan staf seperti melalui aktiviti pembelajaran & pengajaran, penyelidikan dan sebagainya.

6.2 Klasifikasi penerbitan universiti adalah dalam bentuk bercetak dan elektronik.

7.0 PENGGUNAAN BAHASA

Penulisan manuskrip yang akan diterbitkan hendaklah menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa yang sesuai dalam bidang penerbitan bahan tersebut.

8.0 PENGGUNAAN LOGO PENERBIT UTHM

8.1 Penulis/fakulti atau mana-mana pihak tidak boleh menggunakan logo Penerbit UTHM untuk sebarang tujuan penerbitan tanpa persetujuan JKPU.

8.2 Kedudukan logo Penerbit UTHM dan kod ISBN/ISSN pada bahan penerbitan ditentukan oleh Ketua Penerbit.

9.0 HAK PENERBITAN UNIVERSITI

9.1 Penulis/editor memberikan kebenaran mutlak kepada Penerbit UTHM sepanjang tempoh hak cipta yang sah di sisi undang-undang, hak tunggal dan mutlak bagi mencetak dan menerbitkan bahan ilmiah pertama dan bagi semua edisi pelbagai bahasa:9.1.1 hak menterjemahkan ke dalam apa juga bahasa asal karya ini;9.1.2 hak penyesuaian;9.1.3 hak mengikhtisar, memendek, meringkas dan memperluaskan;9.1.4 hak mencetak semula;9.1.5 hak mempersirikan dalam akhbar atau majalah sama ada

dalam bentuk asal atau telah diubahsuai;9.1.6 hak pementasan;9.1.7 hak menfilem wayang gambar;9.1.8 hak menyiarkan melalui televisyen atau apa-apa alat audio video;

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI

Page 8: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

4

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

9.2 Sekiranya Penerbit UTHM mendapati penulis melanggar apa-apa hak penerbitan universiti, Penerbit UTHM akan memberi notis bertulis atau tindakan undang-undang sekiranya munasabah kepada penulis/editor mengenai pelanggaran itu.

9.3 Hak untuk menerbitkan bahan ilmiah:9.3.1 Semua Staf boleh menerbitkan penulisan mereka melalui

Penerbit UTHM. Penulis luar yang memenuhi kriteria penerbitan universiti boleh memohon dan dipertimbangkan untuk menerbitkan penulisan mereka dengan Penerbit UTHM.

9.3.2 Semua kesilapan (selain daripada kesilapan percetakan), tambahan atau potongan kandungan di dalam lembaran pruf yang melebihi sepuluh peratus (10%), bayaran untuk susun atur pruf hendaklah ditanggung oleh penulis.

9.4 Penerbit UTHM berhak untuk melantik panel untuk melakukan kerja-kerja percetakan bahan terbitan universiti.

9.5 Penerbit UTHM berhak untuk membayar semua kerja-kerja penerbitan yang berkaitan mengikut kadar yang telah diputuskan oleh universiti mengikut garis panduan penerbitan yang berkaitan.

10.0 HAK CIPTA PENERBITAN

10. 1 Semua bahan penerbitan adalah hak cipta universiti.10.2 Semua bahan yang terkandung di dalam bahan ilmiah, bahan umum

dan penerbitan elektronik sama ada berbentuk tulisan, grafik, logo, lettermark dan sebagainya adalah hak cipta terpelihara Universiti. Sebarang penyalahgunaan terhadap mana-mana bahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

10.3 Penerbit UTHM perlu mengawal selia hak cipta bahan terbitan di bawah tanggungjawabnya daripada segala unsur cetak rompak dan seumpamanya.

11.0 PELUPUSAN BAHAN TERBITAN

11.1 Sekiranya selepas tujuh (7) tahun diterbitkan, pihak Penerbit UTHM berhak menjual bahan terbitan pada harga kos.

11.2 Sekiranya selepas 10 tahun, Penerbit UTHM berhak dengan kelulusan JKPU melupuskan naskhah yang berlebihan itu berpandukan Tatacara Pelupusan Universiti yang berkuatkuasa tanpa perlu memberi penjelasan kepada penulis.

Page 9: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

5

12.0 INTERNATIONAL STANDARD BOOK NUMBER (ISBN) DAN INTERNATIONAL STANDARD SERIAL NUMBER (ISSN)

Penerbit UTHM hanya memohon nombor ISBN/ISSN bagi penerbitan di bawah tanggungjawab Penerbit UTHM sahaja. PTj yang ingin mendapatkan nombor bagi penerbitan, perlu membuat permohonan sendiri di Perpustakaan Negara Malaysia.

13.0 MENGULANG CETAK

Penerbit UTHM berhak mengulang cetak karya berkenaan dengan syarat hak cipta tersebut belum lagi diserahkan haknya kepada penulis, seperti termaktub dalam Perjanjian Universiti – Penulis.

14.0 PELEPASAN TANGGUNGJAWAB PENJUALAN

Penerbit UTHM tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dipersalahkan terhadap kegagalan bagi setiap penjualan bahan penerbitan.

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI

Page 10: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena
Page 11: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

7

Page 12: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena
Page 13: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

9

GARIS PANDUAN PENERBITAN BUKU ILMIAH (KARYA ASLI/KARYA SUNTINGAN/BUKU PENYELIDIKAN/

PENERBITAN KHAS UNIVERSITI)UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Dokumen ini menetapkan Garis Panduan Penerbitan Buku Ilmiah (Karya Asli/Karya Suntingan/Buku Penyelidikan/Penerbitan Khas Universiti) selaras dengan Dasar Penerbitan dan Perlembagaan Universiti.

2.0 TAFSIRAN

2.1 “Karya Asli” ertinya karya bukan terjemahan, saduran dan adaptasi. Pembayaran royalti dan honorarium akan dibuat secara penuh kepada penulis setelah manuskrip berkenaan selesai dicetak.

2.2 “Karya Suntingan” ertinya kertas kerja pilihan daripada persidangan dan koleksi artikel jemputan yang menjurus kepada sesuatu tema. 2.21 Karya suntingan diuruskan oleh editor yang tidak melebihi

lima (5) orang. 2.22 Nama editor akan tercatat pada kulit buku dan pengkatalogan

penerbitan.2.23 Karya yang disunting oleh lebih daripada seorang editor,

pembayaran dibuat melalui Ketua Editor sahaja.2.24 Pembayaran honorarium akan dibuat secara penuh melalui

Ketua Editor setelah manuskrip berkenaan selesai dicetak.2.25 Pembayaran royalti akan dibuat berdasarkan keuntungan

hasil jualan.2.3 “Buku Penyelidikan” ertinya buku ilmiah yang diterbitkan daripada

hasil penyelidikan yang boleh dimajukan serta menyumbang kepada perkembangan dalam sesuatu bidang ilmu. Penerbitan genre ini mementingkan penulisan yang mendalam daripada segi ilmunya. Manuskrip yang dihantar hendaklah daripada hasil penyelidikan/tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan.

2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena sesuatu peristiwa atau tokoh dan lain-lain yang diarahkan oleh universiti yang lazimnya menggunakan istilah coffee table book. Terbitan ini tidak akan mendapat sebarang honorarium. Sekiranya terdapat permintaan untuk jualan maka pembayaran royalti mengikut

Page 14: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

10

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

kiraan terbitan buku karya asli akan digunakan untuk pembayaran tersebut.

3.0 GARIS PANDUAN PENERBITAN BUKU ILMIAH (KARYA ASLI/KARYA SUNTINGAN/BUKU PENYELIDIKAN/PENERBITAN KHAS UNIVERSITI)

3.1 Penulis perlu menyerahkan manuskrip karya asli/suntingan/penerbitan khas dalam bentuk salinan bercetak dan salinan eletronik bersama-sama Borang Penyerahan Manuskrip kepada Penerbit UTHM.

3.2 Manuskrip yang diserahkan dengan menggunakan tulisan tangan TIDAK akan diterima.

3.3 Semua illustrasi seperti fotografi, gambar rajah, carta, graf, peta dan lukisan hendaklah diserahkan dalam warna hitam putih (kecuali dalam kes-kes tertentu) dan boleh dikemukakan secara berasingan daripada teks atau meletakkan terus di dalam teks. Sekiranya illustrasi berkenaan disediakan secara berasingan, dinasihatkan supaya setiap illustrasi berkenaan diberikan tajuk dan nombor di bahagian belakang. Tajuk dan nombor yang dicatatkan hendaklah sama dengan yang tercatat di dalam ruang yang terdapat di dalam halaman teks.

3.4 Penulis bertanggungjawab untuk mendapatkan izin hak cipta berkenaan sebarang maklumat dalam manuskrip asli, yang memerlukan izin hak cipta.

3.5 Penulis yang gagal mengembalikan manuskrip yang telah dimurnikan kepada Penerbit UTHM tanpa apa-apa alasan munasabah melebihi tempoh tiga (3) tahun akan menyebabkan penerbitan manuskrip itu dibatalkan.

3.6 Penulis layak mendapat lima naskhah percuma (complimentary) bagi setiap judul yang diterbitkan.

4.0 PROSES PENERBITAN BUKU ILMIAH (KARYA ASLI / KARYA SUNTINGAN / BUKU PENYELIDIKAN / PENERBITAN KHAS UNIVERSITI)

4.1 Penerbit UTHM akan merujuk manuskrip yang diterima kepada Penilai Saringan (dalaman).

4.2 Selepas menerima perakuan daripada Penilai Saringan, manuskrip akan dihantar ke Pakar Bidang dalam tempoh maksimum 90 hari. Pakar Bidang mesti seorang yang pakar dalam bidang yang dinilai dan dilantik secara rasmi sebelum boleh membuat kerja-kerja penilaian sesebuah manuskrip yang diterbitkan oleh Penerbit UTHM.

Page 15: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

11

4.3 Hanya manuskrip yang telah diperakukan kebolehterbitan oleh Pakar Bidang akan dikembalikan kepada penulis untuk pemurnian dalam tempoh 30 hari untuk diterbitkan.

4.4 Manuskrip yang telah dikembalikan oleh penulis merupakan cetusan pemikiran terakhir penulis (tidak boleh dipinda) yang akan melalui proses suntingan editor dan proses prapenerbitan sebelum dicetak, dipromosi dan diedarkan.

4.5 Kedua-dua pihak iaitu penulis dan universiti akan menandatangani Perjanjian Penerbitan.

5.0 PENETAPAN HARGA BUKU

5.1 Harga buku ditetapkan dengan mengambil kira jumlah kos penerbitan berikut:

i. Kos percetakanii. Bayaran royaltiiii. Bayaran profesional yang berkaitaniv. Bayaran honorarium

5.2 Margin keuntungan jualan buku hendaklah tidak kurang 30 peratus hingga 50 peratus daripada jumlah kos penerbitan bagi setiap buah buku mengikut kategori buku.

5.3 Pembahagian keuntungan jualan buku dikira daripada margin keuntungan bagi sebuah buku yang dijual seperti kadar berikut:

Jadual Kadar Pembahagian Keuntungan

Kategori Kadar

Universiti 55 peratus - 60 peratus

Pengedar :

- Syarikat

- Penulis

- Individu

30 peratus

25 peratus

30 peratus (pembelian

minimum 10 naskhah)

Royalti 10-15 peratus

5.4 Pemberian diskaun jualan buku tidak boleh lebih daripada 50 peratus.

PENERBITAN BUKU ILMIAH

Page 16: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

12

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

6.0 KADAR DISKAUN BAGI BUKU TERBITAN UNIVERSITI

Diskaun boleh diberikan untuk jumlah pembelian yang berikut:6.1 Pemberian diskaun hanya boleh diberi kepada pembeli yang membuat

bayaran secara tunai sahaja. 6.2 Pemberian diskaun adalah layak diberi untuk kategori berikut: i. Pemegang Kad Siswa 1 Malaysia (KADS1M) - diskaun 10 peratus. ii. Pelanggan yang membeli buku semasa acara-acara tertentu

seperti pameran buku, karnival, seminar dan sebagainya – diskaun 20 peratus.

7.0 KUTIPAN HASIL JUALAN

7.1 Pembelian buku secara kredit hanya boleh diberi kepada kategori pengedar sahaja seperti Jadual Kadar Pembahagian Keuntungan.

7.2 Semua invois kepada pengedar hanya boleh dikeluarkan oleh Unit Kewangan sahaja.

7.3 Tempoh kredit yang dibenarkan adalah 30 hari daripada tarikh invois dikeluarkan.

7.4 Sekiranya pengedar gagal menjelaskan bayaran dalam tempoh tersebut, tiada urus niaga berikutnya dibenarkan sehinggalah bayaran hutang dijelaskan.

8.0 PEMULANGAN

8.1 Naskhah cacat/rosak/tidak lengkap hendaklah dikembalikan kepada Penerbit UTHM dalam tempoh tujuh (7) hari selepas buku diterima.

8.2 Sekiranya tuntutan dibuat melebihi tempoh yang ditetapkan, tiada sebarang penggantian akan dibuat.

8.3 Naskhah gantian akan dihantar dalam tempoh tujuh (7) hari dan sekiranya tiada stok, naskhah gantian akan dihantar dalam tempoh satu (1) bulan.

8.4 Sekiranya naskhah gantian tidak dapat disediakan, Universiti akan membuat bayaran balik mengikut harga belian bagi setiap naskhah cacat / rosak / tidak lengkap.

8.5 Universiti tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan/kecacatan disebabkan oleh bencana alam.

Page 17: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

13

9.0 KAEDAH PENGHANTARAN

9.1 Penerbit UTHM menyediakan dua kaedah penghantaran iaitu pengedar/pembeli hadir sendiri ke pusat jualan universiti atau penghantaran melalui pos.

9.2 Bagi penghantaran melalui pos, kos penghantaran akan ditanggung oleh pengedar/pembeli. Kadar caj penghantaran adalah bergantung kepada caj perkhidmatan yang dikenakan oleh syarikat penghantaran.

10.0 KADAR PEMBAYARAN KERJA-KERJA PENERBITAN (KARYA ASLI/KARYA SUNTINGAN/BUKU PENYELIDIKAN/PENERBITAN KHAS UNIVERSITI)

Kadar bayaran bagi kerja-kerja penerbitan buku ilmiah adalah seperti jadual berikut:

BIL. KATEGORI KADAR

1. Royalti15 peratus daripada harga buku yang terjual*Royalti dibayar selepas hasil jualan buku menyamai nilai honorarium yang diterima.

2. Honorarium

RM1000 (Karya Asli) RM500 (Karya Suntingan/ Buku Penyelidikan/Penerbitan Khas Universiti)* Penerima Pendahuluan Wang Insentif Penerbitan Manuskrip Buku tidak layak menerima honorarium ini.

3. Penilai Bidang

Kadar bayaran maksimum RM400.00i. RM 200 / 150 muka surat ke bawah.ii. RM 300 / 150-200 muka surat.iii. RM 400 / 201 muka surat dan ke atas.

4. Terjemahan buku i. Minimum RM0.10/patah perkataanii. Maksimum RM0.30/patah perkataan

5. Penyuntingan RM10.00 bagi setiap 200 halaman pertama dan tertakluk kepada kadar maksimum RM3000.

6. Pembaca Pruf RM2.50 bagi setiap muka surat

7. Atur Huruf / Reka Letak

RM8.00 – RM15.00 bagi setiap muka surat (tertakluk kepada reka bentuk buku)

8. Penyediaan Indeks RM 0.30 bagi setiap entri dalam muka surat

PENERBITAN BUKU ILMIAH

Page 18: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

14

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

11.0 TATACARA PEMBAYARAN

(Perlu Mengikut Pekeliling Terimaan Pejabat Bendahari)Urus tadbir kewangan perlu mengikut prosedur yang berikut:

11.1 Penyerahan hasil jualan (wang jualan dan resit) perlu dilaksanakan pada setiap hari selepas urus niaga dilakukan.

11.2 Hasil jualan perlu diserahkan kepada pegawai bertanggungjawab bagi tujuan simpanan sebelum dihantar kepada Bendahari. Penghantaran wang tunai ke Pejabat Bendahari hendaklah dipatuhi mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

11.3 Rekod penghutang/kredit hendaklah sentiasa dikemas kini dan tuntutan dibuat untuk tempoh 30 hari, iaitu selari dengan tempoh masa kredit diberikan.

11.4 Resit penyerahan wang tunai/cek yang diterima daripada Pejabat Bendahari hendaklah difailkan di dalam fail khas bagi memudahkan proses penyemakan semula dan kawalan.

Page 19: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

15

CARTA ALIR PENERBITAN BUKU ILMIAH(KARYA ASLI/SUNTINGAN/BUKU PENYELIDIKAN/KHAS UNIVERSITI)

PENERBITAN BUKU ILMIAH

Mula

Penerimaan manuskrip dari penulis (salinan bercetak dan eletronik) - (Borang BP/UE-B/01)

Surat Pengesahan penerimaan Pejabat Penerbit kepada penulis

Penghantaran Penilaian saringan (2 minggu) - Borang Saringan Manuskrip Tolak

Terima Mencari dan melantik penilai bersesuaian *Rujuk proses pelantikan penilai

Menyerahkan salinan eletronik menuskrip kepada penilai (Surat Pelantikan Penilai dan Borang BP/UE-B/04), (1-3 bulan)

Menerima manuskrip yang telah dinilai beserta komen (Surat Penghargaan Penilai dan Borang pembayaran penilai) Tolak Terima Dikembalikan kepada penulis Menyerahkan kembali kepada penulis untuk penambahbaikan berdasarkan komen penilai (1 bulan)

Menerima manuskrip yang telah dibuat pembetulan oleh penulis Menguruskan proses editorial saperti pembacaan pruf, atur huruf, permohonan kulit buku, ISBN dan PDP (Borang BP/UE-S/01), 2-4 minggu) *Rujuk proses permohonan kulit buku *Rujuk proses permohonan ISBN & ISSN

Mendapatkan pengesahan penulis mengenai reka bentuk kulit buku Tolak

Terima Proses penyediaan pruf 1 *Rujuk proses permohonan penyediaan pruf

Menyerahkan pruf kepada penulis untuk semakan akhir dan pengesahan (2 minggu)

A

Page 20: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

16

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

CARTA ALIR PENERBITAN BUKU ILMIAH(KARYA ASLI/SUNTINGAN/BUKU PENYELIDIKAN/KHAS UNIVERSITI)

Pembetulan

Tiada

Ada

Pembetulan oleh Unit Editorial

Proses pengeluaran pruf 2 kepada penulis untuk semakan dan pengesahan sekali lagi

Pembetulan akhir oleh Unit Editorial dan proses pengeluaran pruf

Semakan akhir oleh editor

Mendapatkan tiga sebut harga untuk percetakan dan penentuan harga buku dan disahkan oleh Ketua Penerbit

Proses percetakan *Rujuk proses percetakan bahan terbitan

Surat makluman dikeluarkan bersama dengan lima naskhah percuma (Borang Honorarium dan Perjanjian Penerbitan)

Selesai

Page 21: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

17

Page 22: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena
Page 23: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

19

GARIS PANDUAN PENERBITAN JURNAL/E-JOURNAL UTHM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Dokumen ini menetapkan Garis Panduan Penerbitan Jurnal/E-Journal UTHM selaras dengan Dasar Penerbitan dan Perlembagaan Universiti.

2.0 TAFSIRAN

2.1 “Jurnal” ertinya terbitan berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion atau bidang tertentu.

2.2 “Ketua Editor” ertinya staf yang dilantik oleh universiti untuk menjadi ketua dalam sidang editor jurnal.

2.3 “Managing Editor” ertinya pengurus jurnal yang dilantik oleh Ketua Editor jurnal dalam segala hal yang berkaitan dengan jurnal.

3.0 GARIS PANDUAN PENERBITAN JURNAL/E-JOURNAL:

3.1 Ketua Editor jurnal dilantik oleh Jawatankuasa Penerbitan Universiti (JKPU) bagi menguruskan semua hal ehwal berkaitan dengan kerja editorial jurnal.

3.2 Ahli Sidang Editorial dilantik oleh Penerbit Universiti melalui cadangan daripada Ketua Editor.

3.3 Ketua Editor jurnal dibantu oleh Managing Editor yang menguruskan perolehan & pengurusan artikel jurnal untuk diterbitkan dalam jurnal UTHM.

3.4 Honorarium diperuntukkan oleh universiti kepada Managing Editor bagi setiap penerbitan jurnal yang berjaya diterbitkan secara elektronik dan bercetak.

3.5 Semua jurnal UTHM perlu mematuhi syarat penerbitan jurnal yang di indeks oleh Scopus atau ISI Thomson. Jurnal mesti mematuhi beberapa perkara iaitu:a. Melibatkan sidang editorial antarabangsa, sekurang-

kurangnya 40 peratus daripada jumlah Sidang Editorial.b. Memastikan keluaran tahunan jurnal iaitu sekurang-kurangnya

dua kali setahun secara konsisten.c. Membangunkan laman web jurnal berkenaan dengan

Page 24: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

20

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

memaparkan terbitan awal hingga terbitan semasa termasuk maklumat terkini penulis dalam web secara konsisten.

3.6 Penulis yang ingin menghantar artikel jurnal perlu membuat pendaftaran di Elektronik Journal di laman sesawang/portal : http://penerbit.uthm.edu.my/ojs/.

3.7 Penulis artikel jurnal tidak menerima royalti tetapi diberi lima salinan off-print dan satu naskah percuma seperti yang ditetapkan oleh jurnal berkenaan. Walau bagaimanapun, Penulis Universiti akan dibayar imbuhan mengikut kadar yang ditetapkan.

3.8 Semua jurnal UTHM berpandukan tatacara dan panduan penggunaan Open Journal System UTHM (OJS). Rujukan Lampiran: Manual For Editor dan Manual for Author.

3.9 Manuskrip yang telah dibentangkan di dalam mana-mana persidangan boleh dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam mana-mana Jurnal UTHM.

4.0 PROSES PENERBITAN JURNAL/EJOURNAL

4.1 Managing Editor perlu membuat hebahan awal kepada penulis yang berpotensi dalam bidang berkaitan.

4.2 Penulis perlu membuat pendaftaran dalam sistem Online Journal dan penyerahan artikel jurnal dalam bentuk salinan lembut kepada Ketua Editor melalui sistem.

4.3 Semua proses yang melibatkan pengesahan status penerimaan, penilaian dan keputusan akhir artikel dimaklumkan kepada penulis secara elektronik.

4.4 Artikel yang diterima akan dinilai oleh penilai yang dilantik oleh Ketua Editor.

4.5 Penilaian yang diterima daripada penilai yang dilantik akan diserahkan oleh Ketua Editor kepada penulis secara elektronik.

4.6 Jangkamasa proses pembetulan ditentukan oleh Ketua Editor bergantung kepada komen/penilaian yang diterima daripada penilai dalam tempoh maksimum 30 hari.

4.7 Jika tiada sebarang proses pembetulan, artikel tersebut boleh di serahkan kepada Managing Editor untuk proses penyemakan format berdasarkan kepada format standard jurnal.

4.8 Sekiranya jumlah artikel mencukupi untuk diterbitkan (sekurang-kurangnya lima (5) artikel untuk satu penerbitan), proses penerbitan boleh dilaksanakan.

4.9 Pruf perlu diserahkan kepada Ketua Editor untuk semakan. Sekiranya pruf yang telah disemak oleh Ketua Editor mempunyai sebarang

Page 25: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

21

pembetulan, cetakan pruf yang kedua perlu diserahkan semula kepada Ketua Editor untuk semakan sekurang-kurangnya tiga (3) kali.

4.10 Setelah pruf akhir disemak dan dipersetujui oleh Ketua Editor, maka proses cetakan dan penerbitan elektronik boleh dilaksanakan.

4.11 Satu salinan naskhah jurnal yang telah dicetak hendaklah diserahkan kepada penulis (bergantung pada permintaan).

4.12 Semua penerbitan jurnal perlu melalui jadual proses terbitan jurnal mengikut ketetapan kekerapan penerbitan dalam setahun.

Jadual Proses Terbitan Jurnal

Perkara / Bulan

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis

Hebahan jurnal

Penghantaran

Penilaian

Pembetulan

Penerbitan

5.0 PENETAPAN HARGA JURNAL

5.1 Harga jurnal ditetapkan dengan mengambil kira jumlah kos penerbitan berikut:

i. Kos percetakanii. Bayaran elaun managing editoriii. Bayaran profesional yang berkaitaniv. Bayaran honorarium

5.2 Margin keuntungan jualan jurnal hendaklah tidak kurang 30 peratus hingga 50 peratus daripada jumlah kos penerbitan bagi setiap buah jurnal mengikut kategori jurnal.

5.3 Pembahagian keuntungan jualan jurnal dikira daripada margin keuntungan bagi sebuah jurnal yang dijual seperti kadar berikut:

PENERBITAN JURNAL/E-JOURNAL

Page 26: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

22

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Jadual Kadar Pembahagian Keuntungan

Kategori Kadar

Universiti 55 peratus - 60 peratus

Pengedar : - Syarikat- Penulis- Individu

30 peratus25 peratus30 peratus (pembelian minimum 10 naskhah)

5.4 Pemberian diskaun jualan jurnal tidak boleh lebih daripada 50 peratus.

6.0 KADAR DISKAUN BAGI JURNAL TERBITAN UNIVERSITI

Diskaun boleh diberikan untuk jumlah pembelian yang berikut:6.1 Pemberian diskaun hanya boleh diberi kepada pembeli yang membuat

bayaran secara tunai sahaja. 6.2 Pemberian diskaun adalah layak diberi untuk kategori berikut: i. Pemegang Kad Siswa 1 Malaysia (KADS1M) - diskaun 10

peratus. ii. Pelanggan yang membeli jurnal semasa acara-acara tertentu

seperti pameran jurnal, karnival, seminar dan sebagainya – diskaun 20 peratus.

7.0 KUTIPAN HASIL JUALAN

7.1 Pembelian jurnal secara kredit hanya boleh diberi kepada kategori pengedar sahaja seperti Jadual Kadar Pembahagian Keuntungan.

7.2 Semua invois kepada pengedar hanya boleh dikeluarkan oleh Unit Kewangan sahaja.

7.3 Tempoh kredit yang dibenarkan adalah 30 hari daripada tarikh invois dikeluarkan.

7.4 Sekiranya pengedar gagal menjelaskan bayaran dalam tempoh tersebut, tiada urusniaga berikutnya dibenarkan sehinggalah bayaran hutang dijelaskan.

Page 27: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

23

8.0 PEMULANGAN

8.1 Naskhah cacat/rosak/tidak lengkap hendaklah dikembalikan kepada Penerbit UTHM dalam tempoh tujuh (7) hari selepas jurnal diterima.

8.2 Sekiranya tuntutan dibuat melebihi tempoh yang ditetapkan, tiada sebarang penggantian akan dibuat.

8.3 Naskhah gantian akan dihantar dalam tempoh tujuh (7) hari dan sekiranya tiada stok, naskhah gantian akan dihantar dalam tempoh satu (1) bulan.

8.4 Sekiranya naskhah gantian tidak dapat disediakan, universiti akan membuat bayaran balik mengikut harga belian bagi setiap naskhah cacat/rosak/tidak lengkap.

8.5 Universiti tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan/kecacatan disebabkan oleh bencana alam.

9.0 KAEDAH PENGHANTARAN

9.1 Penerbit UTHM menyediakan dua kaedah penghantaran iaitu pengedar/pembeli hadir sendiri ke pusat jualan universiti atau penghantaran melalui pos.

9.2 Bagi penghantaran melalui pos, kos penghantaran akan ditanggung oleh pengedar/pembeli. Kadar caj penghantaran adalah bergantung kepada caj perkhidmatan yang dikenakan oleh syarikat penghantaran.

10.0 TATACARA PEMBAYARAN

(Perlu Mengikut Pekeliling Terimaan Pejabat Bendahari)Urus tadbir kewangan perlu mengikut prosedur yang berikut:10.1 Penyerahan hasil jualan (wang jualan dan resit) perlu dilaksanakan

pada setiap hari selepas urus niaga dilakukan.10.2 Hasil jualan perlu diserahkan kepada pegawai bertanggungjawab bagi

tujuan simpanan sebelum dihantar kepada Bendahari. Penghantaran wang tunai ke Pejabat Bendahari hendaklah dipatuhi mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

10.3 Rekod penghutang/kredit hendaklah sentiasa dikemas kini dan tuntutan dibuat untuk tempoh 30 hari, iaitu selari dengan tempoh masa kredit diberikan.

10.4 Resit penyerahan wang tunai/cek yang diterima daripada Pejabat Bendahari hendaklah difailkan di dalam fail khas bagi memudahkan proses penyemakan semula dan kawalan.

PENERBITAN JURNAL/E-JOURNAL

Page 28: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

24

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

CARTA ALIRAKTIVITI: MENGURUS PENERBITAN JURNAL

Mula

Pendaftaran dalam sistem Online Journal dan penyerahan artikel jurnal dalam bentuk salinan eletronik kepada Ketua Editor

Pengesahan penerimaan artikel kepada penulis (secara online)

Penyerahan artikel jurnal kepada panel penilai yang dilantik (secara online)

Penilaian artikel (secara online)

Penerimaan artikel yang telah dinilai (secara online)

Penentuan kebolehterbitan artikel

Tolak Terima dengan pembetulan

Tamat

Terima tanpa pembetulan Penyerahan artikel yang telah dinilai kepada penulis untuk Tidak proses pembetulan, jika ada Ya Pengesahan pembetulan artikel

Bank artikel

Pemilihan artikel untuk penerbitan

Penyediaan grafik bagi kulit depan jurnal dan proses atur huruf artikel jurnal (Rujuk proses kerja senireka) Tidak setuju Ya Pengesahan ketua editor mengenai reka bentuk kulit dan atur huruf

Page 29: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

25

CARTA ALIRAKTIVITI: MENGURUS PENERBITAN JURNAL

PENERBITAN JURNAL/E-JOURNAL

Permohonan ISSN kepada Perpustakaan Negara Malaysia (untuk pertama kali sahaja) (Rujuk proses kerja permohonan ISSN)

Penyediaan pruf jurnal (Rujuk proses kerja penyediaan pruf)

Penyemakan pruf jurnal

Pembetulan Ya Proses percetakan dan akses atas talian (Rujuk proses kerja percetakan bahan)

Pengedaran salinan naskhah jurnal (Rujuk proses kerja edaran bahan)

Selesai

A

Page 30: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena
Page 31: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

27

Page 32: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena
Page 33: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

29

GARIS PANDUAN PENERBITAN MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARANUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Dokumen ini menetapkan Garis Panduan Penerbitan Modul Pembelajaran dan Pengajaran selaras dengan Dasar Penerbitan dan Perlembagaan Universiti.

2.0 TAFSIRAN

“Modul” ertinya bahan terbitan yang menjadi rujukan pelajar dan digunakan dalam kelas dan pengajian.

3.0 GARIS PANDUAN PENERBITAN MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

3.1 Penulisan modul ialah modul yang diterbitkan untuk kegunaan pelajar dan tidak melalui proses penilaian formal (penilai bidang).

3.2 Jangka hayat bagi penulisan modul lebih sesuai untuk kursus yang faktanya sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

3.3 Modul ini pada dasarnya adalah bagi edaran dalaman sahaja. Bagaimanapun modul ini boleh dipohon oleh pensyarah berkenaan sekiranya diperlukan untuk edaran luar.

3.4 Bagi edaran di luar, Pejabat Penerbit tidak bertanggungjawab sekiranya percanggahan kandungan berlaku kerana kandungan modul tidak didaftarkan di bawah ISBN dan tidak dilindungi dari unsur plagiat.

3.5 Bilangan percetakan modul berdasarkan kepada permohonan staf akademik. Kuantiti minimum permohonan awal penerbitan modul adalah sebanyak 20 naskhah.

3.6 Staf akademik perlu mengambil kesemua kuantiti modul yang ditempah tanpa sebarang alasan diberikan kepada pihak penerbit.

3.7 Komisen sebanyak RM2.00 diperuntukkan kepada penulis modul atas setiap modul yang dijual.

3.8 Komisen sebanyak RM1.00 diperuntukkan kepada individu lain selain penulis asal bagi setiap modul yang dijual dan RM1.00 diperuntukkan kepada penulis asal.

3.9 Pihak penerbit berhak menetapkan harga sesebuah modul berdasarkan kepada ketebalan, jenis jilid dan warna cetakan.

Page 34: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

30

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

4.0 PROSES PENERBITAN MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

4.1 Semua manuskrip modul perlu mematuhi Garis Panduan Pembangunan Modul P&P Universiti.

4.2 Serahan bahan penerbitan berbentuk salinan bercetak dan salinan elektronik bersama Borang Permohonan Percetakan (BP/UE-M/01, BP/UE/PP/01) perlu diserahkan kepada Unit Editorial, Pejabat Penerbit.

4.3 Tempoh masa yang diambil oleh Pejabat Penerbit adalah satu (1) bulan bermula dari tarikh penyerahan manuskrip modul sehingga kepada siap cetakan dibuat.

4.4 Penulis diberi hak untuk menyemak pruf bahan terbitan sebelum proses cetak dilaksanakan.

4.5 Hanya pruf bahan yang telah disemak dan ditandatangani oleh penulis sahaja akan dilakukan tindakan selanjutnya.

4.6 Penerbit tidak berhak untuk membuat perubahan kepada kandungan bahan yang diterbitkan melainkan dengan arahan penulis.

4.7 Penerbit bertanggungjawab dengan urusan cetak dan penyerahan modul yang siap dicetak kepada penulis/pemohon.

4.8 Pejabat Penerbit akan memberikan dua (2) naskhah percuma kepada pihak penulis bagi setiap judul baru yang dicetak.

5.0 PENETAPAN HARGA DAN KOMISEN

5.1 Penetapan harga jualan modul akan ditentukan oleh Penerbit UTHM dengan mengambil kira margin keuntungan jualan modul hendaklah tidak kurang 30 peratus hingga 50 peratus daripada jumlah kos penerbitan bagi setiap buah modul.

5.2 Komisen sebanyak RM1.00 diperuntukkan kepada individu lain selain penulis asal atas setiap modul yang dijual dan RM1.00 diperuntukkan kepada penulis asal.

5.3 Jumlah komisen atas jualan akan dibayar kepada penulis oleh universiti selepas dua (2) bulan setelah semua bayaran diterima bayaran yang diserahkan kepada Pejabat Penerbit adalah setelah ditolak komisen.

6.0 KUTIPAN HASIL JUALAN

6.1 Penyerahan hasil jualan boleh dilakukan sama ada sebaik sahaja modul diserahkan atau setelah urusan penerbitan dilaksanakan.

Page 35: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

31

PENERBITAN MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

6.2 Pihak penerbit memberikan tempoh masa penyerahan hasil jualan sehingga 30 hari sebagai tempoh menjelaskan hasil jualan bermula tarikh modul diserahkan. Tempoh masa yang diberikan lebih panjang bagi tujuan memberi masa kepada pensyarah untuk membuat kutipan hasil daripada pembeli/pelajar yang mendaftar di bawah subjek modul tersebut.

6.3 Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai ataupun cek (atas nama: Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) di kaunter Pejabat Bendahari dengan membawa bersama invois. Salinan invois perlu diserahkan kepada Pejabat Penerbit sebagai bahan bukti pembayaran dan kemudiannya boleh mendapatkan modul yang siap ditempah di Pejabat Penerbit.

6.4 Potongan gaji berperingkat akan dilaksanakan oleh Bendahari bagi pensyarah yang tidak berjaya menyelesaikan pembayaran bagi tempahan modul yang dilakukan.

6.5 Pembayaran bagi tempahan modul yang diterbitkan hendaklah dilakukan sepenuhnya dan tidak dibenarkan pembayaran secara berperingkat.

7.0 PEMULANGAN

7.1 Naskhah cacat/rosak/tidak lengkap hendaklah dikembalikan kepada Penerbit UTHM dalam tempoh tujuh (7) hari selepas modul diterima.

7.2 Sekiranya tuntutan dibuat melebihi tempoh yang ditetapkan, tiada sebarang penggantian akan dibuat.

7.3 Naskhah gantian akan dihantar dalam tempoh tujuh (7) hari dan sekiranya tiada stok, naskhah gantian akan dihantar dalam tempoh satu (1) bulan.

7.4 Sekiranya naskhah gantian tidak dapat disediakan, universiti akan membuat bayaran balik mengikut harga belian bagi setiap naskhah cacat / rosak / tidak lengkap.

7.5 Universiti tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan / kecacatan disebabkan oleh bencana alam.

8.0 KAEDAH PENGHANTARAN

Penerbit UTHM tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran. Pemohon yang memerlukan modul tersebut perlu mengambil sendiri modul yang ditempah di Pejabat Penerbit.

9.0 TATACARA PEMBAYARAN

Page 36: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

32

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

(Perlu Mengikut Pekeliling Terimaan Pejabat Bendahari)Urus tadbir kewangan perlu mengikut prosedur yang berikut:

9.1 Penyerahan hasil jualan (wang jualan dan resit) perlu dilaksanakan pada setiap hari selepas urus niaga dilakukan.

9.2 Hasil jualan perlu diserahkan kepada pegawai bertanggungjawab bagi tujuan simpanan sebelum dihantar kepada Bendahari. Penghantaran wang tunai ke Pejabat Bendahari hendaklah dipatuhi mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

9.3 Rekod penghutang/kredit hendaklah sentiasa dikemas kini dan tuntutan dibuat untuk tempoh 30 hari, iaitu selari dengan tempoh masa kredit diberikan.

9.4 Resit penyerahan wang tunai/cek yang diterima daripada Pejabat Bendahari hendaklah difailkan di dalam fail khas bagi memudahkan proses penyemakan semula dan kawalan.

Page 37: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

33

PENERBITAN MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

CARTA ALIRPENERBITAN MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Mula

Penyediaan manuskrip dan pengesahan penilaian CAD (Carta Alir seperti dalam Garis Panduan CAD)

Penyerahan manuskrip modul, Borang Penyerahan Manuskrip Modul dan Borang Permohonan Percetakan oleh penulis/pemohon

Semakan permohonan dan kenal pasti status manuskrip sama ada ulang cetak atau baru oleh Unit Editorial Proses susun atur, pengiraan harga modul & penyediaan kod bar (Bagi modul baru) oleh Unit Editorial

Penyediaan kulit modul oleh pereka, Unit Editorial (Rujuk Proses Kerja Seni Reka - Modul Pembelajaran)

Penyediaan pruf modul (Rujuk Proses Kerja)

Kelulusan dan pengesahan

Tidak Lulus

Penyerahan pruf kepada penulis/pemohon

Proses semakan pruf oleh penulis/pemohon

Cetakan modul mengikut permohonan (Rujuk Proses Kerja Percetakan Bahan Terbitan)

Pengesahan penerimaan siap cetak oleh Unit Editorial Tidak Lulus Penyediaan invois dan Nota Penghantaran (DO) oleh bahagian kewangan (Rujuk Proses Kerja Penyediaan invois dan Nota Penghantaran (DO)

Penyerahan invois/DO bersama-sama modul yang ditempah kepada penulis/pemohon

Pengesahan akuan penerimaan oleh penulis/pemohon dan direkod dalam Borang Permohonan Percetakan

Borang direkodkan dan disimpan dalam Fail Borang Permohonan Percetakan, salinan eletronik disimpan dalam arkib Editorial (MyLocker, ExternalHD) Selesai

Page 38: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena
Page 39: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

35

Page 40: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena
Page 41: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

37

GARIS PANDUAN PENERBITAN BUKU PROSIDING/CAKERA PADAT (CD) PROSIDING

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Dokumen ini menetapkan Garis Panduan Penerbitan Buku Prosiding/Cakera Padat (CD) Prosiding selaras dengan Dasar Penerbitan dan Perlembagaan Universiti.

2.0 TAFSIRAN

2.1 “Buku Prosiding” ertinya rakaman maklumat (biasanya dicetak) tentang perbincangan dan keputusan sesuatu seminar atau persidangan.

2.2 “Cakera Padat (CD) Prosiding” ertinya rakaman maklumat (disimpan dalam cakera pakera padat) tentang perbincangan dan keputusan sesuatu seminar atau persidangan.

3.0 GARIS PANDUAN PENERBITAN BUKU PROSIDING/CD PROSIDING

3.1 Semua penerbitan prosiding untuk seminar/persidangan anjuran PTj mestilah melalui Penerbit UTHM untuk tujuan didaftarkan di bawah bahan terbitan universiti kecuali seminar/persidangan yang mengeluarkan prosiding yang berindeks SCOPUS atau ISI Thomson.

3.2 Pemohon/penganjur seminar perlu membuat permohonan kepada Penerbit UTHM menggunakan Borang Penyerahan Manuskrip Prosiding dan mengemukakan surat/salinan kertas kerja penganjuran seminar/persidangan yang telah diluluskan serta kertas kerja penuh seminar/persidangan.

3.3 Bahan yang hendak diterbitkan perlu mendapat pengesahan dan perlu memaklumkan kepada pegawai (Ketua PTj).

3.4 Bagi penerbitan prosiding, pemohon perlu menentukan jenis penerbitan berbentuk buku atau cakera padat (CD). Penyerahaan bahan hendaklah tiga (3) minggu sebelum tarikh diterbitkan.

3.4 Penerbit UTHM perlu mengeluarkan sebut harga kepada pemohon sebelum prosiding dicetak. Hanya sebut harga permohonan yang dipersetujui di peringkat PTj sahaja akan diterbitkan.

3.5 Pemohon diberi hak untuk menyemak pruf bahan terbitan sebelum proses cetak dilaksanakan dan hanya bahan yang telah disemak dan ditandatangani oleh pemohon sahaja akan dilakukan tindakan

Page 42: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

38

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

selanjutnya.3.6 Penerbit UTHM tidak bertanggungjawab untuk menanggung kos

penerbitan prosiding. Kos penerbitan prosiding adalah menggunakan peruntukan PTj sendiri sama ada melalui kaedah pindah vot atau pembayaran tunai.

3.7 Bagi mana-mana penganjur seminar/persidangan boleh mencadangkan beberapa kertas kerja yang terpilih untuk diterbitan ke dalam mana-mana jurnal UTHM yang berkaitan.

3.8 Pihak penganjur boleh menyerahkan kertas kerja tersebut kepada Penerbit UTHM untuk diserahkan kepada Ketua Editor bagi melaksanakan proses penerbitan seperti Garis Panduan Penerbitan Jurnal / e-journal UTHM.

4.0 PROSES PENERBITAN BUKU PROSIDING/CAKERA PADAT (CD) PROSIDING

4.1 Penerbit UTHM melaksanakan proses susun atur dan menyediakan sebut harga prosiding untuk diserahkan kepada pemohon.

4.2 Pemohon dan fakulti menentukan sama ada pembayaran kerja penerbitan melalui pemindahan vot atau tunai kepada Penerbit UTHM.

2.3 Permohonan ISBN dilakukan oleh unit editorial ke Perpustakaan Negara Malaysia dan kebiasaannya masa penerimaan nombor ISBN dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

4.4 Unit editorial akan membuat pruf bagi buku prosiding dan mendapatkan kelulusan dan pengesahan pemohon dan sekiranya buku prosiding dipersetujui oleh pemohon, buku prosiding akan dicetak mengikut kuantiti permohonan. Selepas siap dicetak, pemohon membuat pengesahan penerimaan siap cetak dan menerima invois dan Nota Penghantaran (DO).

4.5 Pengesahan akuan penerimaan oleh penulis/pemohon dan direkod dalam Borang Permohonan Percetakan (asal).

4.6 Borang direkodkan dan disimpan dalam Fail Borang Permohonan Percetakan, salinan eletronik disimpan dalam arkib editorial (MyLocker, External HD).

5.0 PENETAPAN HARGA BUKU PROSIDING/CAKERA PADAT (CD) PROSIDING

5.1 Harga jurnal ditetapkan dengan mengambil kira jumlah kos penerbitan berikut:

Page 43: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

39

i. Kos percetakan ii. Kos pentadbiran5.2 Margin keuntungan jualan hendaklah tidak kurang 30 peratus hingga

50 peratus daripada jumlah kos penerbitan bagi setiap buah jurnal mengikut kategori jurnal.

6.0 KUTIPAN HASIL JUALAN

6.1 Semua invois kepada PTj hanya boleh dikeluarkan oleh Pejabat Bendahari sahaja.

6.2 Tempoh kredit yang dibenarkan adalah 30 hari daripada tarikh invois dikeluarkan.

6.3 Sekiranya PTj gagal menjelaskan bayaran dalam tempoh tersebut, tiada urusniaga berikutnya dibenarkan sehinggalah bayaran hutang dijelaskan.

7.0 PEMULANGAN

7.1 Naskhah cacat/rosak/tidak lengkap hendaklah dikembalikan kepada Penerbit UTHM dalam tempoh tujuh (7) hari selepas buku prosiding/CD diterima.

7.2 Sekiranya tuntutan dibuat melebihi tempoh yang ditetapkan, tiada sebarang penggantian akan dibuat.

7.3 Naskhah gantian akan dihantar dalam tempoh tujuh (7) hari dan sekiranya tiada stok, naskhah gantian akan dihantar dalam tempoh satu (1) bulan.

7.4 Sekiranya naskhah gantian tidak dapat disediakan, universiti akan membuat bayaran balik mengikut harga belian bagi setiap naskhah cacat/rosak/tidak lengkap.

7.5 Universiti tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan/kecacatan disebabkan oleh bencana alam.

8.0 KAEDAH PENGHANTARAN

Penerbit UTHM tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran. Pemohon yang memerlukan buku prosiding tersebut perlu mengambil sendiri modul yang ditempah di Pejabat Penerbit.

PENERBITAN BUKU PROCIDING/CD PROCIDING

Page 44: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

40

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

9.0 TATACARA PEMBAYARAN

(Perlu Mengikut Pekeliling Terimaan Pejabat Bendahari)

Urus tadbir kewangan perlu mengikut prosedur yang berikut:

9.1 Penyerahan hasil jualan (wang jualan dan resit) perlu dilaksanakan pada setiap hari selepas urus niaga dilakukan.

9.2 Hasil jualan perlu diserahkan kepada pegawai bertanggungjawab bagi tujuan simpanan sebelum dihantar kepada Bendahari. Penghantaran wang tunai ke Pejabat Bendahari hendaklah dipatuhi mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

9.3 Rekod penghutang/kredit hendaklah sentiasa dikemas kini dan tuntutan dibuat untuk tempoh 30 hari, iaitu selari dengan tempoh masa kredit diberikan.

9.4 Resit penyerahan wang tunai/cek yang diterima daripada Pejabat Bendahari hendaklah difailkan di dalam fail khas bagi memudahkan proses penyemakan semula dan kawalan.

Page 45: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

41

PENERBITAN BUKU PROCIDING/CD PROCIDING

CARTA ALIR PENERBITAN PROSIDING

Mula

Penyerahan manuskrip prosiding, Borang Permohonan Percetakan oleh penulis/pemohon

Proses susun atur prelim, pengiraan harga prosiding dan buat sebut harga prosiding sama ada pembayaran melalui pemindahan vot atu tunai

Permohonan ISBN (Rujuk Proses Permohonan ISBN) Penyediaan kulit prosiding oleh pereka, Unit Editorial (Rujuk Proses Kerja Seni Reka - Prosiding)

Penyediaan pruf prosiding (Rujuk Proses Kerja Penyediaan Pruf)

Kelulusan dan pengesahan Tidak Lulus

Penyerahan pruf kepada penulis/pemohon

Proses semakan pruf oleh penulis/pemohon

Cetakan prosiding mengikut permohonan (Rujuk Proses Kerja Percetakan Bahan Terbitan)

Pengesahan penerimaan siap cetak oleh Unit Editorial Tidak Lulus Penyediaan invois dan Nota Penghantaran (DO) oleh bahagian kewangan (Rujuk Proses Kerja Penyediaan invois dan Nota Penghantaran (DO)

Penyerahan invois/DO bersama-sama prosiding yang ditempah kepada penulis/pemohon

Pengesahan akuan penerimaan oleh penulis/pemohon dan direkod dalam Borang Permohonan Percetakan

Borang direkodkan dan disimpan dalam Fail Borang Permohonan Percetakan, salinan eletronik disimpan dalam arkib Editorial (MyLocker, ExternalHD) Selesai

Page 46: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena
Page 47: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

43

Page 48: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena
Page 49: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

45

GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN REKA LETAK DAN REKA BENTUK GRAFIK BAHAN ILMIAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Dokumen ini menetapkan Garis Panduan Perkhidmatan Reka Letak dan Reka Bentuk Grafik Bahan Ilmiah selaras dengan Dasar Penerbitan dan Perlembagaan Universiti.

2.0 TAFSIRAN

2.1 “Reka letak” ertinya susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pada iklan atau halaman buku.

2.2 “Reka Bentuk Grafik” ertinya lukisan, gambar atau imej yang dihasilkan pada skrin komputer, kertas, filem atau bahantara paparan lain.

3.0 GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN REKA LETAK DAN REKA BENTUK GRAFIK BAHAN

3.1 Khidmat percetakan reka letak dan reka bentuk bahan ilmiah meliputi tiga jenis teknologi percetakan yang menggunakan software grafik iaitu Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan Adobe InDesign.

3.2 Manuskrip dan ilustrasi dalam bentuk salinan bercetak dan salinan elektronik mestilah merupakan salinan akhir yang lengkap dan bukannya satu draf yang akan dipinda kemudiannya.

3.3 Cadangan susun atur atau reka bentuk hendaklah dimaklum dan diserahkan kepada pereka semasa membuat permohonan untuk tujuan semakan dan rujukan Unit Editorial (Seni Reka).

3.4 Pruf akhir grafik yang telah dipersetujui, hendaklah ditandatangani oleh pemohon.

3.5 Pejabat Penerbit UTHM tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kesilapan dari pihak pemohon setelah pemohon membuat pengesahan pada pruf akhir.

3.6 Semua salinan bercetak dan salinan elektronik akan disimpan untuk tujuan dokumentasi dan rujukan.

3.7 Semua seni reka yang dihasilkan oleh pejabat penerbit adalah hak milik universiti.

Page 50: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

46

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

4.0 PROSES PERKHIDMATAN REKA LETAK DAN REKA BENTUK GRAFIK BAHAN

4.1 Pemohon yang ingin mendapatkan perkhidmatan reka grafik hendaklah melengkapkan Borang Permohonan Perkhidmatan Seni Reka (BP/UE/PG/01).

4.2 Permohonan seni reka dari PTj atau Jawatankuasa hendaklah mendapat kelulusan Ketua Penerbit.

4.3 Salinan bercetak dan salinan elektronik berkaitan hendaklah diserahkan bersama-sama borang permohonan.

4.4 Semua urusan seni reka adalah untuk tujuan rasmi Pejabat Penerbit UTHM sahaja.

Page 51: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

47

PERKHIDMATAN REKA BENTUK LETAK DAN REKA BENTUK GRAFIK

CARTA ALIR SENI REKA UMUM

Mula

Terima permohonan seni reka

Pastikan borang lengkap dan semua maklumat berkaitan disediakan

Dapatkan salinan gambar daripada jurufoto yang berkaitan (jika perlu)

Buat rujukan dan hasilkan seni reka mengikut spesifikasi yang diperlukan

Sediakan pruf seni reka atau emel salinan eletronik seni reka kepada pemohonBuat pembetulan Seni reka disemak oleh pemohon

Tidak Setuju Dapatkan ISBN atau ISSN dari Unit Editorial (jika perlu)

Sediakan salinan eletronik dan pruf untuk proses cetakan

Membuat rekod permohonan dan salinan dokumen berkaitan untuk tujuan simpanan Pejabat Penerbit

Selesai

Page 52: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena
Page 53: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

49

Page 54: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena
Page 55: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

51

GARIS PANDUAN SISTEM MAKLUMAT PENERBITAN UNIVERSITIUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Dokumen ini menetapkan Garis Panduan Sistem Maklumat Penerbitan Universiti selaras dengan Dasar Penerbitan dan Perlembagaan Universiti.

2.0 TAFSIRAN

2.1 “SMPU” ertinya Sistem Maklumat Penerbitan Universiti2.2 “Penyelaras” ertinya staf yang dilantik menjadi penyelaras maklumat

penerbitan universiti di fakulti.2.3 “PTj” ertinya Pusat Tanggungjawab

3.0 GARIS PANDUAN MAKLUMAT PENERBITAN UNIVERSITI

3. 1 Sistem Maklumat Penerbitan Universiti (SMPU) ialah satu sistem yang dibangunkan oleh Penerbit UTHM dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Ia menjadi satu platform pengumpulan sumber data berkenaan segala aktiviti penerbitan staf universiti.

3.2 Maklumat yang terdapat dalam SMPU bukan sahaja mampu bertindak sebagai sumber rekod penerbitan staf secara individu, malah ia berperanan sebagai pusat sumber maklumat penerbitan universiti. Melalui laporan yang diperolehi daripada SMPU, pihak pengurusan universiti bukan sahaja boleh mengetahui jumlah penerbitan yang dihasilkan oleh staf tetapi juga senarai penerbitan yang diaktifkan akan dipaparkan di UTHM Community.

3.3 Staf boleh mengakses SMPU melalui TCIS, Rekod Penerbitan untuk memasukkan sendiri data penerbitan peribadi.

3.4 Objektif penubuhan sistem ini adalah:3.4.1 Memastikan data yang diperolehi lengkap dan boleh

digunakan oleh universiti pada bila-bila masa.3.4.2 Mewajibkan staf menggunakan sistem SMPU sepenuhnya

bagi merekodkan penerbitan yang dihasilkan sama ada di dalam atau luar UTHM.

Page 56: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

52

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

3.4.3 Memperoleh data penerbitan universiti berserta bukti penerbitan mengikut kategori penerbitan seperti Buku, Artikel Jurnal, Modul Pembelajaran dan Pengajaran, Buku Panduan/Manual, Kertas Kerja Prosiding Seminar/Persidangan, Artikel Ilmiah dalam Media Massa, Ensiklopedia dan Terbitan Elektronik.

3.4.4 Menjadi bukti sokongan rekod penerbitan untuk tujuan penilaian kenaikan pangkat dan sasaran kerja tahunan individu.

3.4.5 Memantau prestasi karya penerbitan/penulisan peringkat fakulti

3.5 Peranan dan Tanggungjawab

3.5.1 Staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

3.5.1.1 Staf diwajibkan untuk memasukkan semua data penerbitan yang sahih dan tepat dalam sistem SMPU.

3.5.1.2 Pengguna boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada penyelaras fakulti masing-masing. (Rujuk Carta alir SMPU).

3.5.1.3 Staf perlu membuat pembetulan data (sekiranya ada) dalam SMPU. Sekiranya gagal, data tersebut tidak akan dikemas kini oleh sistem.

3.5.2 Penerbit/Penyelaras

3.5.2.1 Penyelaras adalah daripada kalangan staf PTj yang dilantik oleh Pejabat Penerbit.

3.5.2.2 Penyelaras ini akan mengaktifkan data penerbitan yang lengkap. Sekiranya data yang dimasukkan didapati bermasalah, penyelaras bertanggungjawab memberi komen di bahagian pengaktifan data atau menghubungi staf yang memasukkan data tersebut dan menjelaskan apa yang perlu dilakukan oleh staf.

3.5.2.3 Penyelaras bertanggungjawab terhadap rekod penerbitan fakulti dan bersedia untuk memberikan data yang diperlukan oleh universiti pada bila-bila masa yang diperlukan.

3.5.3 Pusat Teknologi Maklumat

Page 57: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

53

3.5.3.1 Pegawai Pusat Teknologi Maklumat perlu sentiasa mengemaskini sistem mengikut keperluan universiti berdasarkan permohonan dan cadangan daripada Pejabat Penerbit.

3.5.3.2 Pusat Teknologi Maklumat juga akan membantu menguruskan sistem sekiranya berlaku permasalahan pada bila-bila masa.

3.5.3.3 Menyediakan Laporan mengikut keperluan Pejabat Penerbit dari semasa ke semasa.

3.5.4 Fakulti

3.5.4.1 Pihak fakulti perlu memastikan semua rekod penerbitan staf hendaklah diisi dalam sistem SMPU dan staf diberi makluman berkenaan tanggungjawab memasukkan data penerbitan masing-masing dalam SMPU. Keperluan ini adalah selari dengan kehendak universiti agar rekod penerbitan disimpan dengan lebih baik agar mudah dicapai.

3.5.4.2 Kepentingan dan keperluan merekodkan penerbitan dalam sistem SMPU perlu dilaksanakan dengan mengemaskini segala borang yang melibatkan aktiviti penerbitan di pihak fakulti seperti mana yang dilaksanakan oleh pihak Penerbit UTHM dalam Borang Pembayaran Imbuhan Bagi Penerbitan Artikel Jurnal.

3.5.4.3 Pihak fakulti perlu memastikan rekod penerbitan dalam SMPU digunakan bagi tujuan penilaian kenaikan pangkat.

3.5.5 Pejabat Pendaftar/Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan/Perpustakaan/Pusat Pengajian Siswazah3.5.5.1 Kemasukan Data

Penyelaras Fakulti/Pegawai Penerbit terlebih dahulu perlu menyemak kemasukan data yang telah dimasukkan dalam sistem berdasarkan borang Penyerahan Kertas Persidangan yang telah disahkan oleh Pustakawan. Setiap rekod dimasukkan perlu bersama-sama bukti penerbitan yang dinyatakan dalam Lampiran Paparan Bukti Mengikut Kategori.

3.5.5.2 Tuntutan

SISTEM MAKLUMAT PENERBITAN UNIVERSITI SMPU)

Page 58: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

54

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sebarang tuntutan staf yang melibatkan aktiviti penerbitan luar dan dalam UTHM, staf perlu mengisi data penerbitan dalam SMPU bagi aktiviti penerbitan yang melibatkan kategori seperti Buku, Artikel Jurnal, Modul Pembelajaran Dan Pengajaran, Buku Panduan/Manual, Kertas Kerja Prosiding Seminar /Persidangan, Artikel Ilmiah Dalam Media Massa, Ensiklopedia dan Terbitan Elektronik.

3.5.5.3 Penilaian Prestasi Tahunan Individu/Kenaikan Pangkat Rekod penerbitan di SMPU akan digunakan dalam

sistem maklumat e-Prestasi untuk kegunaan Penilaian Prestasi Tahunan Individu.

Maklumat di laman sesawang UTHM Community akan dijadikan sebagai rujukan rasmi CV individu semasa penilaian kenaikan pangkat dilaksanakan.

4.0 PROSES KERJA PENGAKTIFAN DATA

4.1 Maklumat penerbitan peribadi diisi lengkap oleh staf di dalam sistem di alamat http://tcis.uthm.edu.my/ (UIS / Penyelidikan & Penerbitan / Rekod Penerbitan).

4.2 Maklumat penerbitan dalam SMPU disemak dan diperakukan oleh Pustakawan. Pustakawan hanya akan menandatangani Borang Penyerahan Kertas Persidangan apabila rekod SMPU telah diisi, salinan bercetak dan salinan lembut diserahkan kepada Perpustakaan.

4.3 Salinan Borang Penyerahan Kertas Persidangan yang telah diperakukan oleh Pustakawan perlu diserahkan kepada Penyelaras Fakulti/Pegawai Penerbit (selain fakulti) untuk tujuan semakan, rekod dan pengaktifan data.

4.4 Sekiranya tiada sebarang pembetulan, data diaktifkan dan status rekod adalah aktif dalam SMPU dan paparan maklumat boleh dicapai di laman sesawang UTHM Community.

4.5 Maklumat boleh dicapai oleh semua pihak dalam bentuk statistik dan laporan di sistem UIS/SMPU.

4.6 Carta Aliran proses pengaktifan data penerbitan:

Page 59: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

55

SISTEM MAKLUMAT PENERBITAN UNIVERSITI (SMPU)

CARTA ALIRAKTIVITI: PENGAKTIFAN DATA SISTEM MAKLUMAT PENERBITAN UNIVERSITI (SMPU)

Mula TINDAKAN:

Isi maklumat penerbitan dalam TCIS Staf Akademik Dikembalikan untuk Hantar borang permohonan/penyerahan Staf Akademik pembetulan staf untuk pengesahan Pustakawan akademik Semak dan perakukan data penerbitan Pustakawan dalam SMPU Tidak

Ya

Sahkan borang permohonan/penyerahan Pustakawan

Hantar salinan borang permohonan/ penyerahan yang telah disahkan Staf Akademik Pustakawan kepada Penyelaras Fakulti atau Pegawai Penerbit (selain fakulti)

Semak dan Aktifkan Data Dikembalikan untuk pembetulan Lengkap Tidak Ya Penyelaras Maklumat boleh dicapai oleh semua pihak Fakulti/Pegawai dalam bentuk statistik dan laporan Penerbit

Selesai

Page 60: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena
Page 61: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

57

Page 62: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena
Page 63: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

59

GARIS PANDUAN PENERBITAN BUKU ELEKTRONIKUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Dokumen ini menetapkan Garis Panduan Sistem Maklumat Penerbitan Universiti selaras dengan Dasar Penerbitan dan Perlembagaan Universiti.

2.0 TAFSIRAN

2.1 “E-book” atau buku elektronik ditakrif sebagai buku yang diterbitkan dalam bentuk digital. Ia mengandungi teks dan gambar atau kedua-duanya yang boleh dibaca pada komputer atau peranti elektronik yang lain. Oxford Dictionary of English mendefinisikan buku elektronik sebagai “an electronic version of a printed book.”

2.2 “e-PUB” atau Electronic Publications merupakan perisian percuma dan reader bagi menyokong kandungan buku elektronik untuk dibaca oleh pengguna.

3.0 GARIS PANDUAN PENERBITAN BUKU ELEKTRONIK (E-PUBLISHING)

3.1 Semua bahan yang terkandung di dalam bahan penerbitan elektronik sama ada dalam bentuk tulisan, grafik, logo, lettermark dan lain-lain adalah hak cipta terpelihara UTHM.

3.2 Penulis perlu mematuhi tatacara pelbagai bahan terbitan elektronik menggunakan Garis Panduan Dasar Penerbitan Buku Ilmiah/Buku Penyelidikan/Modul Pembelajaran dan Pengajaran/Buku Prosiding.

3.3 Pejabat Penerbit bertanggungjawab untuk menguruskan proses pertukaran format ke PDF atau e-PUB.

4.0 PEMASARAN BAHAN PENERBITAN BUKU ELEKTRONIK

4.1 Penerbit UTHM bertanggungjawab memasarkan dan menjual bahan penerbitan elektronik, secara persendirian atau melalui agen yang berpotensi.

4.2 Penerbit UTHM berhak menentukan harga mengikut permintaan semasa, selepas berunding dengan penulis.

Page 64: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

60

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

4.3 Penerbit UTHM perlu menentukan kadar yang sesuai bagi sesuatu bahan penerbitan elektronik mengikut harga jualan semasa bahan bercetak.

4.4 Semua urusan pemasaran buku elektronik adalah di bawah tanggungjawab Penerbit UTHM. Sebarang pertanyaan hendaklah dihantar kepada [email protected].

4.5 Semua pembeli buku elektronik tertakluk kepada terma dan syarat pembelian penerbitan elektronik iaitu :

a. Semua bahan yang terkandung di dalam buku elektronik sama ada tulisan, grafik, logo, lettermark, fotografi, video tidak boleh diulang cetak semula, diedarkan, di emel, disimpan dalam pangkalan data, dijual semula atau mana-mana yang berkenaan;

b. Proses pemulangan bayaran tidak dibenarkan;c. Tiada proses muat turun segera bagi semua pembelian buku

elektronik;d. Buku elektronik akan di e-mel dalam tempoh 48-72 jam

kepada akaun e-mel pembeli atau pautan muat turun akan di e-mel kepada pembeli atau mana-mana kaedah yang lebih berkesan;

e. Penerbit UTHM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kecurian buku elektronik selepas proses transaksi jual beli berjaya dilaksanakan.

5.0 PENETAPAN HARGA BUKU ELEKTRONIK DAN ROYALTI

5.1 Harga buku ditetapkan dengan mengambil kira jumlah kos penerbitan berikut:

i. Bayaran royaltiii. Bayaran profesional yang berkaitaniii. Bayaran portal/website

5.2 Margin keuntungan jualan buku hendaklah tidak kurang 30 peratus hingga 50 peratus daripada jumlah kos penerbitan bagi setiap buah buku mengikut kategori buku.

5.3 Pembahagian keuntungan jualan buku dikira daripada margin keuntungan bagi sebuah buku yang dijual seperti kadar berikut:

Page 65: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

61

Jadual Kadar Pembahagian Keuntungan

Kategori Kadar

Universiti (untung + kos) 50%

Portal 30%

Royalti 20%

5.4 Pemberian diskaun jualan buku tidak boleh lebih daripada 50 peratus.

PENERBITAN BUKU ELETRONIK

Page 66: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

62

DASAR PENERBITAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

CARTA ALIR PENERBITAN BUKU ELETRONIK

A

Mula

Penerimaan manuskrip dari penulis (salinan bercetak dan eletronik) - (Borang BP/UE-B/01)

Surat Pengesahan penerimaan Pejabat Penerbit kepada penulis

Penghantaran Penilaian saringan (2 minggu) - Borang Saringan Manuskrip

Tolak Terima

Mencari dan melantik penilai bersesuaian (Rujuk proses pelantikan penilai)

Menyerahkan salinan eletronik manuskrip kepada penilai (Surat Pelantikan Penilai dan Borang BP/UE-B/04), (1-3 bulan)

Menerima manuskrip yang telah dinilai beserta komen (Surat Penghargaan Penilai dan Borang pembayaran penilai) Tolak

Dikembalikan Terima kepada penulis Menyerahkan kembali kepada penulis untuk penambahbaikan berdasarkan komen penilai (1 bulan)

Menerima manuskrip yang telah dibuat pembetulan oleh penulis

Menguruskan proses editorial seperti pembacaan pruf, atur huruf, permohonan kulit buku, ISBN dan PDP (Borang BP/UE-S/01), (2-4 minggu) (Rujuk proses permohonan kulit buku) (Rujuk proses permohonan ISBN & ISSN)

Mendapatkan pengesahan penulis mengenai reka bentuk kulit buku Tolak

Terima Proses penyediaan pruf 1 (Rujuk proses permohonan penyediaan pruf)

Menyerahkan pruf kepada penulis untuk semakan akhir dan pengesahan (2 minggu)

Page 67: 2014 dasar (NEW).pdf · tesis/laporan penyelidikan yang disahkan oleh Fakulti/PTj yang berkenaan. 2.4 “Penerbitan Khas Universiti” ertinya manuskrip untuk terbitan khas sempena

63

PENERBITAN BUKU ELETRONIK

CARTA ALIR PENERBITAN BUKU ELETRONIK

Pembetulan

Tiada

Ada Pembetulan oleh Unit Editorial

Proses pengeluaran pruf 2 kepada penulis untuk semakan dan pengesahan sekali lagi

Pembetulan akhir oleh Unit Editorial dan proses pengeluaran pruf

Semakan akhir oleh editor

Mendapatkan tiga sebut harga untuk percetakan dan penentuan harga buku dan disahkan oleh Ketua Penerbit

Pemindahan proses epub bahan terbitan

Penjualan buku eletronik dalam kedai buku eletronik yang dipilih

Selesai