20120221120235_panduan baru sains

4
i MODUL KRS3023 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH -------------------------------------------------------------------- Penyelaras: Prof. Madya Dr. Abdul Latif Haji Gapor Penyunting: Prof. Madya Dr. Abdul Latif Haji Gapor Penulis: Prof. Madya Dr. Abu Hassan Kassim Prof. Madya Dr. Abdul Latif Haji Gapor Dr. Razak Abd. Samad bin Yahya Dr. Nik Azimah Nik Yusuff Februari, 2012

Upload: muhd-qemry

Post on 12-Aug-2015

31 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sce

TRANSCRIPT

i

MODUL KRS3023 KURIKULUM DAN PENGAJARAN

SAINS SEKOLAH RENDAH

--------------------------------------------------------------------

Penyelaras: Prof. Madya Dr. Abdul Latif Haji Gapor

Penyunting: Prof. Madya Dr. Abdul Latif Haji Gapor

Penulis: Prof. Madya Dr. Abu Hassan Kassim

Prof. Madya Dr. Abdul Latif Haji Gapor

Dr. Razak Abd. Samad bin Yahya

Dr. Nik Azimah Nik Yusuff

Februari, 2012

ii

ISI KANDUNGAN

PANDUAN KURSUS iii

UNIT 1 MEMAHAMI SAINS 1

UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH 15

UNIT 3 PENDEKATAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH

RENDAH 1: INKUIRI, PBL, IBL 33

UNIT 4 PENDEKATAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH

RENDAH 2: KOPERATIF, MASTERI, KONTEKSTUAL 46

UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN SAINS 62

UNIT 6 PENGURUSAN MAKMAL 78

UNIT 7 PENILAIAN PEMBELAJARAN SAINS 1 89

UNIT 8 PENILAIAN PEMBELAJARAN SAINS 2 108

iii

PANDUAN KURSUS

KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH KOD KURSUS 3023

SINOPSIS KURSUS

Kursus membincangkan pelaksanaan kurikulum sains sekolah rendah untuk

menjadikan pembelajaran sains menarik. Perbincangan merangkumi menganalisis

kurikulum sains, mengkaji pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran sains,

penggunaan pelbagai sumber dan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan

menilai pembelajaran sains.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Di akhir kursus ini anda diharapkan berkebolehan:

1. Menilai pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah

2. Menyusun atur pengurusan persekitaran untuk pembelajaran sains yang

kondusif.

3. Mengenalpasti masalah dalam perancangan pengajaran sains dan serta mencari

alternatif penyelesaiannya.

4. Merekabentuk dan melaksanakan strategi berkesan dalam pengajaran dan

pembelajaran sains.

KUMPULAN SASARAN

Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

UPSI. Modul ini digubal khas untuk Program Pendidikan Jarak Jauh.

iv

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Mengikut piawai MQA dan UPSI, setiap jam kredit diperuntukkan waktu pembelajaran

selama 40 jam. Oleh itu kursus ini diperuntukkan waktu belajar 120 jam. Jadual di

bawah dikemukakan aktiviti pembelajaran dan tempoh yang dijangkakan.

Aktiviti Pembelajaran Bersemuka Tidak Bersemuka

Membaca modul, ulangkaji dan penilaian kendiri 60

Tugasan 40

Forum melalui MyGuru 10

Tutorial/Perbincangan (Wajib 2X, @ 5jam) 10

Jumlah masa pembelajaran 120 jam

PERINGATAN

Modul ini memerlukan rujukan kepada kursus terdahulu yang pernah anda ambil

seperti KPD 3016 , KPD 3026 dan KPF 3012. Khususnya kepada aspek-aspek

pendekatan pengajaran pembelajaran, kajian tindakan dan perkembangan kurikulum.

Rujukan khusus juga kepada sukatan pelajaran sains sekolah rendah yang keluarkan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku-buku rujukan dan bahan dari internet

seperti jurnal atas talian dalam pendidikan sains wajar dijadikan rujukan tambahan.