2.0 projek-projek biasiswa di bawah tajaan program …€¦ · mjhep adalah di bawah program dasar...

17

Upload: dangdat

Post on 05-Apr-2018

293 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM …€¦ · MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan ... pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal
Page 2: 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM …€¦ · MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan ... pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal

E M M

G

RA

PR

O

TION A

U

C

E

D

HI

GHER

N A P A J A

YSI )

L JHEP

A A

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0

PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN MJHEP

1

3.0

SYARAT-SYARAT AM

1-2

4.0

TEMPOH BIASISWA

2

5.0

ELAUN-ELAUN DAN KEMUDAHAN LAIN

5.1 SYARAT LAYAK PENERIMAAN ELAUN DAN KEMUDAHAN 2

5.2 ELAUN SARA HIDUP 2

5.3 ELAUN BUKU 2

5.4 ELAUN PERALATAN 3

5.5 ELAUN PAKAIAN 3

5.6 ELAUN PENEMPATAN 3

5.7 ELAUN PRAKTIKAL 3

5.8 YURAN PENGAJIAN 3

5.9 YURAN ASRAMA 4

5.10 RAWATAN PERUBATAN 4

5.11 TAMBANG PERJALANAN 4

5.12 PEMBAYARAN ELAUN-ELAUN TAMBAHAN 4-5

6.0 PERATURAN PEMBAYARAN BISISWA 6-7

7.0

PEMERIKSAAN KESIHATAN

7

8.0

PERJANJIAN PROJEK BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA

7

9.0.

TANGGUNGJAWAB

9.1 KELAKUAN 7-8

9.2 KEGIATAN POLITIK 8

9.3 KAHWIN 8

9.4 GAGAL PENGAJIAN 9

9.5 MENANGGUHKAN PENGAJIAN 9

9.6 KEGAGALAN 10

9.7 PERTUKARAN KURSUS/TEMPAT PENGAJIAN 10

9.8 PENGURUSAN PASPORT ANTARABANGSA 10

10.0 TUGAS 10-11

11.0

HAK YAYASAN PELAJARAN MARA

12

12.0

KADAR-KADAR PEMBAYARAN ELAUN

13-14

Page 3: 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM …€¦ · MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan ... pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal

MA

LA

YS

IA J

AP

AN

HIG

HE

R E

DU

CA

TIO

N P

RO

GR

AM

ME

(MJH

EP

)

1.0 PENGENALAN

Projek Ijazah Berkembar Jepun (“Japanese Associate Degree [JAD]”) dilaksanakan di bawah Program Pendidikan Tinggi Malaysia Jepun (“Malaysia Japan Higher Education Program” (MJHEP)), Yayasan Pelajaran MARA (YPM). MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan Malaysia di mana YPM telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana.

2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM MJHEP

Program MJHEP menawarkan Projek-Projek Biasiswa seperti berikut:

2.1 Projek Ijazah Berkembar Jepun “(Japanese Associate Degree [JAD])” di UniKL IPROM – MJHEP di tempatkan di premis MARA-Japan Industrial Institute [MJII], Beranang, Selangor yang dulunya dikenali sebagai Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Beranang.

2.2 Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti Konsortium Jepun. 2.3 Ijazah Sarjana di universiti-universiti Jepun. 2.4 Ijazah Kedoktoran di universiti-universiti Jepun.

Calon-calon yang terpilih bagi mengikuti Projek JAD adalah dari kalangan pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mengikuti Projek berkenaan.

3.0 SYARAT-SYARAT AM

Pelajar yang menerima tawaran penajaan Projek Biasiswa adalah terikat dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian seperti mana berikut:

3.1 Pelajar tidak boleh menerima sebarang tawaran penajaan pengajian dari badan-badan lain yang melibatkan Ikatan Kontrak atau Perjanjian Projek Biasiswa.

3.2 Tawaran Projek Biasiswa ini akan dilanjutkan sehingga ke peringkat universiti yang membawa kepada penganugerahan Ijazah Sarjana Muda. Walau bagaimana pun, Projek Biasiswa ini adalah tertakluk kepada syarat pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal Jepun di UniKL IPROM – MJHEP, MJII Beranang, dengan jayanya dan mendapat

1

Page 4: 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM …€¦ · MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan ... pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal

PE

RA

TU

RA

N P

RO

JEK

IJA

ZA

H B

ER

KE

MB

AR

JE

PU

N

( JA

PA

NE

SE

AS

SO

CIA

TE

DE

GR

EE

)

tempat di Universiti Jepun dan syarat-syarat lain seperti mana yang tercatat di dalam Surat Perjanjian Projek Biasiswa JAD.

3.3 Pelajar tidak dibenarkan keluar atau menarik diri dari pengajian setelah mendaftar sebagai pelajar JAD. Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pelajar yang berkenaan.

3.4 Menandatangani SURAT AKUJANJI bagi memperakui penerimaan Tawaran Projek Biasiswa JAD.

3.5 Menandatangani Surat Perjanjian Projek Biasiswa JAD dan mengembalikannya pada tarikh yang telah ditetapkan.

4.0 TEMPOH PROJEK BIASISWA

Tempoh pembiayaan Projek Biasiswa JAD adalah selama TIGA TAHUN di Malaysia dan DUA TAHUN di Jepun.

5.0 ELAUN-ELAUN DAN KEMUDAHAN LAIN

Semasa mengikuti pengajian pelajar adalah layak menerima elaun-elaun seperti yang tersebut di Muka Surat 2,3,4 dan 5 dan tertakluk kepada syarat- syarat seperti mana berikut:

5.1 Elaun-Elaun dan Kemudahan-Kemudahan lain hanya layak diterima setelah Perkara 3.0 (3.4 & 3.5) disempurnakan.

5.2 Elaun Sara Hidup

Dibayar setiap bulan bagi menyara hidup semasa menuntut di UniKL IPROM – MJHEP, MJII, Beranang, Selangor. Kadar Elaun yang akan dibayar di universiti Jepun bergantung kepada Penempatan Zon Universiti di Jepun, seperti mana yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (rujuk Lampiran 1).

5.3 Elaun Buku

Dibayar secara „Outright Grant‟ sekali setahun.

2

Page 5: 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM …€¦ · MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan ... pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal

MA

LA

YS

IA J

AP

AN

HIG

HE

R E

DU

CA

TIO

N P

RO

GR

AM

ME

(MJH

EP

)

5.4 Elaun Peralatan

Dibayar secara „Outright Grant‟ pada Tahun 2 dan 3 (Tahun 1 dan 2 universiti) di UniKL IPROM – MJHEP, MJII Beranang dan pada setiap tahun di universiti Jepun (Tahun 3 dan 4).

5.5 Elaun Pakaian

Dibayar sebelum pelajar berlepas ke Jepun secara „Outright Grant‟ sekali di dalam tempoh pembiayaan pengajian Projek JAD.

5.6 Elaun Penempatan

Dibayar sebelum pelajar berlepas ke Jepun secara “Outright Grant” untuk membantu pelajar menampung perbelanjaan-perbelanjaan runcit seperti tambang perjalanan sebelum mendapat tempat tinggal yang tetap di negara Jepun. Dengan pembiayaan elaun ini, pelajar tidak dibenarkan membuat apa-apa tuntutan berkenaan dengan perbelanjaan penempatan pelajar di universiti Konsortium Jepun.

5.7 Elaun Praktikal

Dibayar sekiranya pelajar diwajibkan menjalani latihan oleh pihak universiti semasa dalam pengajian. Sekiranya pelajar menerima apa-apa bayaran dari firma/institusi di mana pelajar ditempatkan untuk latihan amali itu, maka bantuan ini tidak diberikan. Elaun ini akan dibayar apabila dituntut oleh pelajar pada masa pelajar dikehendaki menjalani latihan, dengan syarat, tuntutan berkenaan disokong dengan pengesahan daripada pihak universiti bahawa pelajar adalah diwajibkan menjalani latihan amali berkenaan.

5.8 Yuran Pengajian

Dibayar seperti berikut oleh YPM bagi pihak pelajar iaitu:

5.8.1 Yuran Masuk dan Pendaftaran. 5.8.2 Yuran Pengajian, termasuk Yuran Makmal dan Syarahan. 5.8.3 Yuran Peperiksaan yang berhubung dengan kursus. 5.8.4 Yuran Kesatuan penuntut jika diwajibkan oleh pihak Kolej/Universiti. 5.8.5 Yuran Orientasi Pelajar yang diwajibkan oleh pihak Kolej/Universiti.

3

Page 6: 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM …€¦ · MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan ... pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal

PE

RA

TU

RA

N P

RO

JEK

IJA

ZA

H B

ER

KE

MB

AR

JE

PU

N

( JA

PA

NE

SE

AS

SO

CIA

TE

DE

GR

EE

)

5.9 Yuran Asrama dan Pengangkutan

Yuran Asrama bagi penginapan pelajar dan pengangkutan di UniKL IPROM – MJHEP, MJII Beranang akan dibayar oleh YPM bagi pihak pelajar.

5.10 Rawatan Perubatan

5.10.1 Di Malaysia, rawatan perubatan pelajar adalah di bawah pembiayaan pihak UniKL IPROM – MJHEP, MJII Beranang. YPM akan membiayai dan mendaftar pelajar di bawah Projek Skim Insurans Berkelompok UniKL IPROM - MJHEP.

5.10.2 Di Jepun, pelajar diwajibkan mengambil insurans kesihatan. YPM akan membayar balik kos pembayaran premium insurans berkenaan yang dihadkan kepada insurans kesihatan sahaja.

5.10.3 YPM tidak bertanggungjawab membayar balik tuntutan bil-bil rawatan perubatan di Malaysia dan di Jepun.

5.10.4 Pelajar adalah dikehendaki kembali ke Malaysia, sekiranya mengalami sakit yang berpanjangan dan boleh menyebabkan jangka masa pengajian pelajar terjejas. YPM akan menamatkan Projek Biasiswa pelajar dan tidak bertanggungjawab ke atas apa- apa tuntutan ganti rugi berkenaan dengan perkara ini.

5.11 Tambang Perjalanan

5.11.1 YPM akan menguruskan perjalanan penerbangan pelajar ke Negara Jepun mengikut jalan yang terdekat dan termurah semasa pergi dan setelah tamat pengajian.

5.11.2 Tuntutan bayaran balik tambang bagi kedua-dua perjalanan di atas akan diluluskan hanya bagi perjalanan yang telah diurus melalui YPM atau wakilnya.

5.11.3 Pembayaran tambang perjalanan dan penerbangan akan ditanggung sepenuhnya oleh YPM sekiranya pelajar diarahkan pulang atau mengikut aktiviti yang diatur oleh pihak YPM.

5.12 Pembayaran Elaun-Elaun Tambahan

YPM juga akan membiayai elaun-elaun seperti mana berikut:

4

Page 7: 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM …€¦ · MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan ... pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal

MA

LA

YS

IA J

AP

AN

HIG

HE

R E

DU

CA

TIO

N P

RO

GR

AM

ME

(MJH

EP

)

5.12.1 Elaun Penyediaan Kertas Kerja

Dibayar sekali sepanjang pengajian di Malaysia, sekiranya pelajar diwajibkan menyediakan Kertas Kerja oleh pihak Kolej sebagai satu syarat untuk bergraduasi. Elaun ini akan dibayar secara „Outright Grant‟ pada akhir tahun pelajar dikehendaki memulakan penyediaan Kertas Kerja dengan syarat, tuntutan berkenaan disokong dengan pengesahan daripada pihak Kolej bahawa pelajar adalah dikehendaki untuk menyediakan Kertas Kerja. Satu salinan Kertas Kerja hendaklah dikemukakan kepada YPM setelah tamat kursus kelak. Kertas Kerja berkenaan boleh dengan kebenaran YPM digunakan oleh pegawai-pegawai Kerajaan, pelajar-pelajar atau orang perseorangan sebagai bahan bacaan dan rujukan ilmiah.

5.12.2 Elaun Penyediaan Tesis

Dibayar sekali sepanjang pengajian, sekiranya pelajar diwajibkan menyediakan tesis oleh pihak universiti sebagai satu syarat untuk mendapatkan Ijazah. Elaun ini akan dibayar secara “Outright Grant” pada akhir tahun pelajar dikehendaki memulakan penyediaan tesis, dengan syarat, tuntutan berkenaan disokong dengan pengesahan daripada pihak universiti bahawa pelajar adalah dikehendaki untuk menyediakan tesis.

Satu salinan tesis hendaklah dikemukakan kepada YPM setelah tamat kursus kelak. Tesis berkenaan boleh dengan kebenaran YPM digunakan oleh pegawai-pegawai Kerajaan, pelajar-pelajar atau orang perseorangan sebagai bahan bacaan dan rujukan

ilmiah.

5.12.3 Elaun Akhir Pengajian

Dibayar setelah pelajar berjaya menamatkan pengajian dan sebelum kembali ke Malaysia untuk menampung perbelanjaan- perbelanjaan runcit seperti pembayaran upah mengangkut dan membawa balik barang-barang, tambang dari rumah ke lapangan terbang di Jepun dan dari lapangan terbang KLIA ke tempat kediaman di Malaysia. Dengan pembiayaan elaun ini, pelajar tidak dibenarkan membuat apa-apa tuntutan yang berkaitan.

5

Page 8: 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM …€¦ · MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan ... pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal

PE

RA

TU

RA

N P

RO

JEK

IJA

ZA

H B

ER

KE

MB

AR

JE

PU

N

( JA

PA

NE

SE

AS

SO

CIA

TE

DE

GR

EE

)

6.0 PERATURAN PEMBAYARAN BIASISWA

6.1 Pelajar Tahun 1 Diploma Kejuruteraan Teknikal Jepun setelah menyempurnakan Perjanjian Projek Biasiswa JAD dan memulakan pengajian di UniKL IPROM – MJHEP, MJII, Beranang, Selangor akan diperuntukkan pembiayaan berikut:

6.1.1 Elaun Bulanan Sara Hidup 6.1.2 Elaun Buku Tahunan 6.1.3 Perlindungan Insurans

6.2 Pelajar Tahun 2 dan 3 Diploma Kejuruteraan Teknikal Jepun di UniKL IPROM – MJHEP, MJII, Beranang akan diperuntukkan pembiayaan berikut:

6.2.1 Elaun Bulanan Sara Hidup 6.2.2 Elaun Buku Tahunan 6.2.3 Elaun Peralatan 6.2.4 Perlindungan Insurans 6.2.5 Elaun Penyediaan Kertas Kerja

6.3 Pelajar setelah menamatkan Diploma Kejuruteraan Teknikal Jepun (Pelajar Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda) dan sebelum berlepas ke Jepun akan diperuntukkan pembiayaan berikut:

6.3.1 Elaun Sara Hidup Penempatan Sementara 6.3.2 Tiket Penerbangan 6.3.3 Perlindungan Insurans

6.4 Pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda sebelum memulakan pengajian di Universiti Konsortium Jepun akan diperuntukkan pembiayaan berikut:

6.4.1 Elaun Sara Hidup (3 bulan pertama sebagai pendahuluan) 6.4.2 Elaun Penempatan Sementara 6.4.3 Elaun Pakaian 6.4.4 Perlindungan Insurans

6.5 Pelajar Tahun 3 dan Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda semasa dalam pengajian akan diperuntukkan pembiayaan berikut:

6.5.1 Elaun Bulanan Sara Hidup 6.5.2 Elaun Buku (Tahunan) 6.5.3 Elaun Peralatan (Tahunan)

6

Page 9: 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM …€¦ · MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan ... pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal

MA

LA

YS

IA J

AP

AN

HIG

HE

R E

DU

CA

TIO

N P

RO

GR

AM

ME

(MJH

EP

)

6.5.4 Elaun Penyediaan Tesis (Tahun 4) 6.5.5 Elaun Praktikal (Tahun 4) 6.5.6 Elaun Akhir Pengajian (Tahun 4) 6.5.7 Perlindungan Insurans (Tahunan)

6.6 YPM membiayai pembayaran yuran-yuran yang berkaitan dengan pengajian pelajar semasa di UniKL IPROM – MJHEP, MJII, Beranang, Malaysia dan di Universiti Konsortium Jepun.

7.0 PEMERIKSAAN KESIHATAN

7.1 Pelajar diwajibkan menjalani dan lulus pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. Sekiranya, pihak Hospital Kerajaan tidak dapat menyiapkan Laporan Kesihatan dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka, doktor persendirian bolehlah menjalankan pemeriksaan tersebut.

7.2 YPM akan membatalkan Tawaran Biasiswa, sekiranya pelajar tersebut tidak lulus pemeriksaan kesihatan tersebut.

7.3 Segala perbelanjaan yang berkaitan dengan pemeriksaan tersebut adalah di bawah tanggungan pelajar sendiri.

8.0 PERJANJIAN PROJEK BIASISWA IJAZAH BERKEMBAR JEPUN

8.1 Pelajar diwajibkan menandatangani Surat Perjanjian Projek Biasiswa JAD YPM yang dikepil bersama dengan Pakej Tawaran Biasiswa.

9.0 TANGGUNGJAWAB

9.1 Kelakuan

9.1.1 Semasa mengikuti pengajian, pelajar dikehendaki berkelakuan sebagai penuntut yang bertanggungjawab dan diwajibkan untuk mematuhi arahan-arahan/peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh YPM, pihak UniKL IPROM – MJHEP, MJII, Beranang dan Konsortium Universiti Jepun serta Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Jepun dari masa ke semasa.

7

Page 10: 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM …€¦ · MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan ... pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal

PE

RA

TU

RA

N P

RO

JEK

IJA

ZA

H B

ER

KE

MB

AR

JE

PU

N

( JA

PA

NE

SE

AS

SO

CIA

TE

DE

GR

EE

)

9.1.2 Sekiranya pelajar didapati atau dilaporkan terlibat dalam mana- mana kes jenayah dan apa-apa salah laku yang akan mencemarkan nama baik Kerajaan Malaysia dan Negara, maka tindakan tatatertib akan diambil dan Biasiswa pelajar akan ditamatkan berkuat kuasa serta merta. Jika ianya berlaku, pelajar akan dipanggil balik dan dikehendaki membayar ganti rugi sebagaimana yang ditetapkan di dalam Surat Perjanjian Projek Biasiswa JAD.

9.1.3 Dalam tempoh pengajian, pelajar tidak dibenarkan membuat perjalanan ke lain-lain Negara selain dari Negara tempat pelajar menuntut, kecuali dengan kelulusan YPM.

9.1.4 Sekiranya pelajar diluluskan untuk pergi ke Negara berkenaan, maka, YPM tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan yang terlibat akibat daripada perjalanan tersebut.

Sekiranya pelajar didapati atau dilaporkan melakukan perjalanan sedemikian tanpa kelulusan, maka, tindakan tatatertib akan diambil dan Biasiswa pelajar boleh ditamatkan. Jika ianya berlaku, pelajar akan dipanggil balik dan dikehendaki membayar ganti rugi sebagaimana yang ditetapkan dalam Surat Perjanjian Projek Biasiswa JAD.

9.2 Kegiatan Politik

9.2.1 Pelajar tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh YPM tidak selaras dengan kepentingan pelajar atau kepentingan Kerajaan Malaysia. Apabila pelajar diberitahu oleh YPM bahawa apa jua kegiatan yang pelajar mengambil bahagian adalah tidak selaras dan bertentangan dengan kepentingan pelajar atau kepentingan Negara, maka, pelajar hendaklah berhenti dengan serta merta.

9.2.2 Pelajar tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu memohon kelulusan bertulis dari YPM dan YPM berhak meluluskan atau tidak meluluskan permohonan berkenaan.

9.3 Kahwin

9.3.1 Semasa tempoh pengajian, pelajar tidak digalakkan bernikah kahwin. Walau bagaimanapun pelajar boleh bernikah kahwin dengan syarat:

8

Page 11: 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM …€¦ · MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan ... pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal

MA

LA

YS

IA J

AP

AN

HIG

HE

R E

DU

CA

TIO

N P

RO

GR

AM

ME

(MJH

EP

)

9.3.1.1 Mendapat persetujuan dan kebenaran bertulis daripada ibu bapa, penjamin-penjamin dan YPM.

9.3.1.2 YPM tidak bertanggungjawab menanggung apa-apa perbelanjaan yang timbul di atas tindakan tersebut.

9.3.1.3 YPM akan menarik balik Biasiswa, sekiranya, prestasi akademik pelajar tidak memuaskan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung akibat dari tindakan tersebut.

9.4 Gagal Pengajian

9.4.1 Pelajar yang gagal di dalam mana-mana semester akan ditamatkan penajaannya.

9.5 Menangguhkan Pengajian

Penangguhan pengajian hanya dibenarkan dalam keadaan berikut:

9.5.1 Pelajar telah menandatangani dengan lengkap Surat Perjanjian Projek Biasiswa Ijazah Berkembar Jepun [JAD], MJHEP.

9.5.2 Sudah mendapat Pemeriksaan/Laporan Kesihatan yang lengkap daripada Pegawai Perubatan Kerajaan atau Pegawai Perubatan di Pusat Rawatan Perubatan Swasta yang diperakui oleh pihak YPM.

9.5.3 Penangguhan hanya dibenarkan dalam tempoh SATU Sesi Pengajian Akademik sahaja.

9.5.4 Pelajar dikehendaki menyambung pengajian semula pada Sesi Pengajian Akademik seterusnya tanpa gagal.

9.5.5 Kegagalan untuk menyambung semula pada Sesi Pengajian Akademik berikutnya dianggap sebagai kegagalan untuk menyambung pengajian dan pelajar boleh ditamatkan pengajian menurut Perkara 9.5.1 di bawah Peraturan Projek Biasiswa (yang kini dirujuk sebagai 9.6) dan pelajar tidak layak untuk dibayar mana-mana elaun tambahan. (Catatan: Satu Sesi Akademik bersamaan dengan Dua (2) Semester Pengajian tertakluk kepada syarat-syarat pengajian di universiti berkenaan).

9

Page 12: 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM …€¦ · MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan ... pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal

PE

RA

TU

RA

N P

RO

JEK

IJA

ZA

H B

ER

KE

MB

AR

JE

PU

N

( JA

PA

NE

SE

AS

SO

CIA

TE

DE

GR

EE

)

9.6 Kegagalan

Biasiswa pelajar akan ditarik balik sekiranya pengajian pelajar ditamatkan oleh pihak Universiti atau YPM dan pelajar akan dikehendaki membayar ganti rugi sebagaimana yang ditetapkan di dalam Surat Perjanjian Projek Biasiswa JAD.

9.7 Pertukaran Kursus/Tempat

9.7.1 Pelajar adalah dimestikan mengikut Kursus Kejuruteraan yang telah didaftarkan di tempat pengajian. Pertukaran kursus atau tempat pengajian atau penarikan diri daripada kursus yang diikuti adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan ini menyebabkan biasiswa pelajar boleh ditarik balik dan pelajar akan dikehendaki membayar ganti rugi sebagaimana yang ditetapkan dalam Surat Perjanjian Projek Biasiswa JAD.

9.8 Pengurusan Pasport Antarabangsa

9.8.1 Urusan untuk mendapatkan Pasport Antarabangsa dan Sijil Kesihatan Antarabangsa yang boleh diperoleh dari hospital- hospital dan pusat-pusat kesihatan adalah di bawah tanggungan pelajar sendiri.

10.0 TUGAS

10.1 Pelajar diwajibkan memaklumkan secara bertulis mengenai penempatan dan alamat terbaru kediaman dan alamat universiti di negara Jepun kepada:

10.1.1 NAIB PRESIDEN KANAN

Bahagian Pendidikan Global

Yayasan Pelajaran MARA

UniKL IPROM -MJHEP MARA-Japan Industrial Institute [MJII] Bahagian Akademik & Hal Ehwal Pelajar Lot 2333, Jalan Kajang Seremban 43700 Beranang

SELANGOR DARUL EHSAN

10

Page 13: 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM …€¦ · MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan ... pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal

MA

LA

YS

IA J

AP

AN

HIG

HE

R E

DU

CA

TIO

N P

RO

GR

AM

ME

(MJH

EP

)

10.2 Memberitahu YPM secara bertulis, sekiranya berlaku pertukaran alamat.

10.3 Menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian yang diikuti dan menghadiri syarahan-syarahan, latihan praktikal dan apa-apa tugas yang ditetapkan.

10.4 Menduduki semua peperiksaan yang dijadualkan dan ditetapkan di dalam pengajian yang diikuti.

10.5 Menghadiri ceramah atau perjumpaan-perjumpaan yang dianjurkan oleh YPM/Kedutaan Besar Malaysia (KBM) umpamanya, Jamuan Perayaan Hari Malaysia dan lain-lain.

10.6 Mengemukakan satu salinan keputusan peperiksaan yang disahkan, setiap semester/tahun akademik dalam tempoh DUA MINGGU selepas keputusan peperiksaan diumumkan kepada alamat-alamat seperti mana tertera pada Perkara 10 (10.1) di atas.

10.7 Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian yang kurang sopan atau sebarang pakaian yang menutup muka semasa menghadiri syarahan-syarahan, tutorial, latihan praktikal, kerja-kerja makmal dan sebagainya, juga semasa menghadiri ceramah-ceramah atau perjumpaan-perjumpaan yang dianjurkan oleh YPM dan KBM.

10.8 Kembali ke Malaysia dengan segera sebaik sahaja mendapat pengesahan tamat kursus daripada pihak universiti di Jepun, walaupun jangka masa kuat kuasa Biasiswa belum tamat.

10.9 Membenarkan pihak universiti menghantar terus keputusan peperiksaan pelajar bagi setiap semester/tahun akademik ke YPM.

10.10 Memaklumkan kepada YPM tarikh kembali ke Malaysia SATU BULAN sebelum berbuat demikian.

10.11 Melaporkan diri dalam masa SATU MINGGU dari tarikh kembali di Malaysia ke alamat seperti mana tercatat pada Perkara 10 (10.1).

11

Page 14: 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM …€¦ · MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan ... pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal

PE

RA

TU

RA

N P

RO

JEK

IJA

ZA

H B

ER

KE

MB

AR

JE

PU

N

( JA

PA

NE

SE

AS

SO

CIA

TE

DE

GR

EE

)

11.0 HAK YAYASAN PELAJARAN MARA

11.1 YPM berhak untuk meminda mana-mana perbekalan dan syarat-syarat di dalam Peraturan Projek Biasiswa ini dan/atau menambahnya, pada bila-bila masa tanpa sebarang pemberitahuan dan pelajar adalah

tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut.

11.2 YPM juga berhak untuk menarik balik mana-mana perbekalan dan syarat-syarat di dalam Peraturan Projek Biasiswa ini, tanpa memberikan sebarang sebab dan pelajar adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan

tersebut.

12

Page 15: 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM …€¦ · MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan ... pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal

MA

LA

YS

IA J

AP

AN

HIG

HE

R E

DU

CA

TIO

N P

RO

GR

AM

ME

(MJH

EP

)

YAYASAN PELAJARAN MARA Projek Biasiswa Ijazah Berkembar Jepun

12.0 KADAR-KADAR ELAUN

PENGAJIAN DI MALAYSIA

[3 TAHUN]

APR-DIS TAHUN 1

[DIPLOMA]

JAN-DIS TAHUN 1

[DIPLOMA]

JAN-DIS TAHUN 2

[DIPLOMA]

JAN-MAC TAHUN 3

[DIPLOMA]

1. Elaun Sara Hidup* 3,870.00 5,160.00 5,160.00 1,290.00

2. Elaun Penyediaan

Kertas Kerja

0 100.00 100.00

3. Elaun Buku 450.00 450.00 450.00 0

4. Elaun Peralatan 0 100.00 100.00 0

5. Elaun Penempatan Sementara

0 0 0 0

6. Insurans Kesihatan 100.00 100.00 100.00 0

JUMLAH (RM) 4,420.00 5,910.00 5,910.00 1,290.00

*RM 430.00 sebulan

PENGAJIAN DI JEPUN [2 TAHUN]

APR-DIS TAHUN 3

JAN-DIS TAHUN 4

JAN-MAC TAHUN 4

1. Elaun Sara Hidup

[Zon A] [Zon B]

1,242,000 1,190,250

1,656,000 1,587,000

414,000 396,750

2. Elaun Buku 43,000 43,000 0

3. Elaun Pakaian 24,000 0 0

4. Elaun Penempatan

[Zon A] [Zon B]

207,000 198,375

0 0

0 0

5. Elaun Peralatan 17,000 17,000 0

6. Elaun Praktikal 0 **138,000 0

7. Elaun Akhir Pengajian [Zon A]

[Zon B]

0

0

0

0

82,800

79,350

8. Elaun Penyediaan Tesis 0 0 42,000

JUMLAH [YEN] ZON A 1,533,000 1,716,000 538,800

JUMLAH [YEN] ZON B 1,472,625 1,647,000 518,100

Nota :

Kadar Elaun [Zon A] dan [Zon B] adalah berdasarkan kepada taraf penempatan pelajar di Jepun mengikut Skim Pembayaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia seperti di Lampiran 1.

*Elaun Penyediaan Kertas Kerja dibayar apabila dituntut oleh pelajar dan memenuhi syarat di Perkara 5.0 (5.12.1).

**Elaun Praktikal dibayar apabila dituntut oleh pelajar dan memenuhi syarat di Perkara 5.0 (5.7).

Elaun Sara Hidup:

Zon A = ¥ 138,000

Zon B = ¥ 132,250 13

13

Page 16: 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM …€¦ · MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan ... pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal

PE

RA

TU

RA

N P

RO

JEK

IJA

ZA

H B

ER

KE

MB

AR

JE

PU

N

( JA

PA

NE

SE

AS

SO

CIA

TE

DE

GR

EE

)

LAMPIRAN 1

13.0 KADAR BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) UNTUK NEGARA JEPUN MENGIKUT ZON PENEMPATAN [UNTUK RUJUKAN]

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

ZON

NAMA

KAWASAN

ELAUN PELAJAR

SARA HIDUP

(YEN)

PENEMPATAN

(YEN)

AKHIR PENGAJIAN

(YEN)

A

Tokyo, Kanagawa, Yokohama, Kawasaki, Nagoya, Kyoto, Osaka,

Hyogo, Kobe

138,000

207,000

82,800

B

Lain-Lain Tempat

132,250

198,375

79,350

14

Page 17: 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM …€¦ · MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan ... pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal

Catatan

15

MALAYSIA JAPAN HIGHER EDUCATION PROGRAMME

(MJHEP)