planmalaysia · web viewkementerian pembangunan luar bandar telah melaksanakan 9 projek di bawah...

37
TOPIK 3 TOPIK KOMPENDIUM : DESA SENTOSA NEGARA SEJAHTERA KANDUNGAN PLAN INFO PLAN INFO #13 (28/8/2018) Definisi dan Penduduk Desa (Luar Bandar) PLAN INFO #14 (28/8/2018) Kategori Pekan PLAN INFO #15 (28/8/2018) Jumlah Pekan di Semenanjung Malaysia PLAN INFO #16 (30/8/2018) Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) PLAN INFO #17 (30/8/2018) Jumlah Kampung dan Kategori Kampung PLAN INFO #18 (4/9/2018) Peranan PLANMalaysia dalam Perancangan Desa PLAN INFO #19 (6/9/2018) Pengukuhan Urban-Rural Link (URL) PLAN INFO #20 (6/9/2018) Langkah-langkah pengukuhan URL PLAN INFO #21 (13/9/2018) Pengukuhan Daya Huni Desa PLAN INFO #22 (13/9/2018) Daya Tarikan Desa

Upload: others

Post on 23-Jan-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

TOPIK 3

TOPIK KOMPENDIUM : DESA SENTOSA NEGARA SEJAHTERA

KANDUNGAN PLAN INFO

PLAN INFO #13 (28/8/2018) Definisi dan Penduduk Desa (Luar Bandar)

PLAN INFO #14 (28/8/2018) Kategori Pekan

PLAN INFO #15 (28/8/2018) Jumlah Pekan di Semenanjung Malaysia

PLAN INFO #16 (30/8/2018) Pusat Pertumbuhan Desa (PPD)

PLAN INFO #17 (30/8/2018) Jumlah Kampung dan Kategori Kampung

PLAN INFO #18 (4/9/2018) Peranan PLANMalaysia dalam Perancangan Desa

PLAN INFO #19 (6/9/2018) Pengukuhan Urban-Rural Link (URL)

PLAN INFO #20 (6/9/2018) Langkah-langkah pengukuhan URL

PLAN INFO #21 (13/9/2018) Pengukuhan Daya Huni Desa

PLAN INFO #22 (13/9/2018) Daya Tarikan Desa

PLAN INFO #23 (18/9/2018) Sistem Ciri-Ciri Desa Malaysia / Characteristics of Rural Malaysia System (CHARMs)

Page 2: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

FAKTA

BIL. PERKARA MAKLUMAT SUMBER

1. Definisi Desa (Luar Bandar)

i. Definisi Desa

Selain kawasan bandar. Terdiri daripada petempatan yang

meliputi semua jenis petempatan kampung, pekan dan petempatan kecil lain.

Penduduk kurang daripada 10,000 orang, bercirikan pertanian dan kaya dengan sumber alam semula jadi.

Kepadatan penduduk yang rendah. Peratusan penduduk berumur aktif

yang rendah. Asas ekonomi utama penduduk

berasaskan pertanian, industri desa dan sumber asli / produk semula jadi.

Mengekalkan aktiviti sosial budaya desa termasuk organisasi / jawatankuasa desa, institusi kekeluargaan, aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan.

ii. Definisi Pekan Sebuah petempatan kecil bercirikan

bandar yang terletak di kawasan luar bandar.

Penduduk tampungan kurang daripada 10,000 orang.

Beberapa deretan bangunan perdagangan dan kedai sesebuah.

Menempatkan pelbagai kemudahan seperti balai polis, masjid, sekolah, pasar, dewan, padang / kawasan lapang / dataran, perpustakaan desa dan pusat ICT bagi memenuhi keperluan penduduk di sekitarnya.

Mempunyai aktiviti mingguan seperti pasar pagi / tani, pasar sehari atau

Laporan DPF Desa Negara 2030, PLANMalaysia

Page 3: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

pasar malam. Telah lama wujud dan kebiasaannya

terletak berhampiran sungai, jalan raya atau landasan keretapi.

iii. Definisi Pusat Pertumbuhan Desa (PPD)

Penduduk tampungan kurang daripada 2,500 orang.

Terdiri daripada komponen pembangunan ekonomi, kemudahan prasarana, pusat perkhidmatan dan pembangunan manusia.

Merupakan pusat perkhidmatan desa yang utama kepada beberapa buah kampung yang terletak secara berkelompok.

iv. Definisi Kampung Sebuah petempatan tradisi di kawasan

desa. Mempunyai ciri-ciri tradisional yang

tinggi dari segi sosio budaya dan fizikal.

Terdiri daripada sekumpulan rumah.

2. Penduduk Luar Bandar

Jumlah penduduk luar bandar di Malaysia:

i. Tahun 2016 : 7.96 juta (25.1%)ii. Tahun 2017 : 7.87 juta (24.5%)iii. Unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia

tahun 2020 : 7.39 juta (22.8%)iv. Unjuran RFN3 tahun 2020 : 7.70 juta

(23.0%)

Jabatan Perangkaan Malaysia

Rancangan Fizikal Negara ke-3 (RFN3), PLANMalaysia

Jumlah penduduk luar bandar mengikut Negeri di Malaysia rujuk Jadual 1.0.

Jabatan Perangkaan Malaysia

3. Kategori dan Jumlah Pekan di Semenanjung

Pekan diklasifikasikan kepada empat kategori dengan perincian komponen pembangunan pekan yang berbeza mengikut jumlah tampungan penduduk.

Laporan DPF Desa Negara 2030, PLANMalaysia

Page 4: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

Malaysia Jumlah keseluruhan pekan di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 401. Berikut adalah jumlah pekan dan kriteria pekan mengikut kategori :

Kategori A 17 Pekan Radius dari bandar (kurang 10km) 5,001- 10,000 penduduk Mempunyai sekurang-kurangnya :

17 jenis aktiviti pembangunan ekonomi 6 jenis aktiviti kemudahan prasarana 21 jenis aktiviti pusat perkhidmatan 3 jenis aktiviti pembangunan manusia

Contoh: Pekan Batu Empat Klang

Kategori B 60 Pekan Radius dari bandar (10-30km) 3,001-5,000 penduduk Mempunyai sekurang-kurangnya :

15 jenis aktiviti pembangunan ekonomi 6 jenis aktiviti kemudahan prasarana 21 jenis aktiviti pusat perkhidmatan 3 jenis aktiviti pembangunan manusia

Contoh: Pekan Sungai Rambai, Melaka

Kategori C 152 Pekan Radius dari bandar (10-30km) 1,501-3,000 penduduk Mempunyai sekurang-kurangnya :

11 jenis aktiviti pembangunan ekonomi 4 jenis aktiviti kemudahan prasarana 19 jenis aktiviti pusat perkhidmatan 3 jenis aktiviti pembangunan manusia

Page 5: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

Contoh: Pekan Parit, Perak Tengah

Kategori D 172 pekan Radius dari bandar (lebih daripada

30km) Kurang daripada 1,500 penduduk Mempunyai sekurang-kurangnya :

6 jenis aktiviti pembangunan ekonomi 4 jenis aktiviti kemudahan prasarana 14 jenis aktiviti pusat perkhidmatan 1 jenis aktiviti pembangunan manusia

Contoh: Pekan Parit Baru, Sabak Bernam

Perincian komponen pembangunan pekan mengikut kategori adalah seperti di Jadual 1.1.

5. Pekan Mengikut Negeri

Peta Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan menunjukkan jumlah pekan di dalamnya.

i. Negeri Perlis - 5 pekanii. Negeri Kedah - 53 pekaniii. Negeri Pulau Pinang - 23 pekaniv. Negeri Perak - 59 pekanv. Negeri Selangor - 23 pekanvi. Negeri Sembilan - 48 pekanvii. Negeri Melaka - 11 pekanviii.Negeri Johor - 59 pekanix. Negeri Pahang - 46 pekanx. Negeri Kelantan - 37 pekanxi. Negeri Terengganu - 37 pekan

Jumlah keseluruhan pekan sebanyak 401.

Laporan DPF Desa Negara 2030, PLANMalaysia

6. Pusat Pertumbuhan Desa (PPD)

Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) merupakan pusat desa utama yang boleh menyediakan perkhidmatan kepada

Laporan DPF Desa Negara 2030,

Page 6: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

beberapa buah kampung di kawasan pendalaman. PPD ini dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan masyarakat yang berkualiti seperti jalan, bekalan air bersih, elektrik, perparitan, kemudahan ICT, perumahan, sanitasi, sekolah, klinik dan aktiviti perniagaan runcit berskala kecil.

i. Jumlah keseluruhan PPD di Semenanjung Malaysia sebanyak 618.

ii. Sebanyak 172 PPD di Semenanjung Malaysia telah dikenal pasti untuk dinaik taraf bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk (rujuk Jadual 1.2).

PLANMalaysia

7. Jumlah Kampung Mengikut Negeri

i. Peta Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan menunjukkan jumlah kampung di dalamnya.

Negeri Perlis - 261 kampung Negeri Kedah – 1,917 kampung Negeri Pulau Pinang - 547 kampung Negeri Perak – 2,329 kampung Negeri Selangor - 657 kampung Negeri Sembilan – 1,096 kampung Negeri Melaka - 769 kampung Negeri Johor – 1,958 kampung Negeri Pahang – 2,373 kampung Negeri Kelantan – 1,824 kampungNegeri Terengganu – 1,333

kampung

Laporan DPF Desa Negara 2030, PLANMalaysia

Page 7: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

Wilayah P. Labuan - 27 Kampung

Jumlah keseluruhan kampung sebanyak 15,091.

ii. Peratus kampung yang terletak di kawasan bandar (60%) - 9,046 kampung; dan

iii. Peratus kampung yang terletak di kawasan desa (40%) - 6,045 kampung.

8. Kategori Kampung

i. 8 kategori kampung dan bilangan kampung yang dikenal pasti di dalam DPF Desa Negara iaitu:

Kampung Tradisional - 12,259 Kampung Nelayan - 83 Kampung Tersusun - 1,421 Kampung Atas Air - 9 Kampung Orang Asli Kampung Rancangan (FELDA/

FELCRA) - 319 Kampung Baru - 58 Kampung Estet - 109

ii. Jumlah kampung mengikut kategori, mengikut Negeri (Rujuk Jadual 1.3)

Laporan DPF Desa Negara 2030, PLANMalaysia

9. Peranan PLANMalaysia dalam Perancangan Desa

i. Rancangan Fizikal Negara Ke-3

Teras 1 - Pertumbuhan dinamik bandar dan luar bandar

Dasar PD2 - Pembangunan luar bandar yang bersepadu

Hala tuju strategik: Memanfaatkan sumber

tempatan Meningkatkan aktiviti rantaian

nilai bagi ekonomi berasaskan

Rancangan Fizikal Negara Ke-3, PLANMalaysia

Dasar Perbandaran Negara ke-2, PLANMalaysia

Laporan DPF Desa Negara 2030,

Page 8: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

pertanian Mempertingkatkan infrastruktur

asas dan kemudahan luar bandar

ii. Dasar Perbandaran Negara Kedua Objektif 3.5 - Pengintegrasian

Perancangan Pembangunan Kampung Dalam Bandar

Objektif 3.5.1 - Pengemaskinian maklumat mengenai kampung dalam bandar

Tindakan 3.5.1.1 - Mewujudkan pangkalan data yang mengandungi maklumat kampung dalam bandar dari segi keluasan, profil penduduk, ciri-ciri penduduk, imej, sejarah, identiti, budaya dan warisan (perincian daripada DPN 2006)

iii. Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara 2030

Dasar pembangunan fizikal desa yang pertama di Malaysia berbentuk Spatial dan Operational Plan yang menjadi panduan kepada agensi pelaksana bagi perancangan kawasan desa.

Visi - Desa Sejahtera, Negara Sejahtera.

Misi - Desa berdaya huni (livable) dan berdaya tahan (resilient)

Kawasan kajian - Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan

Tempoh perancangan - 2016 hingga 2030

Meliputi lima (5) teras utama iaitu:

PLANMalaysia

Page 9: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

Teras 1 - Pengurusan Mampan Alam Sekitar Desa

Teras 2 - Pengukuhan Hubungan Simbiotik Bandar – Desa

Teras 3 - Pengukuhan Daya Huni Desa

Teras 4 - Memperkasa Ekonomi Desa

Teras 5 - Pengurusan Desa Berdaya Laksana

Jumlah pernyataan dasar (17), strategi (46) dan langkah (113) bagi setiap Teras boleh Rujuk Jadual 1.4.

10. Pengukuhan Urban-Rural Link (URL)

i. Rangkaian pengangkutan yang cekap bagi menghubungkan desa – bandar adalah penting bagi meningkatkan tahap ketersampaian peluang ekonomi, pendidikan dan kemudahan sosial kepada penduduk desa.

ii. Pengukuhan URL merupakan salah satu dasar di bawah Teras 2 di dalam Laporan DPF Desa Negara 2030 :

Teras 2 - Pengukuhan Hubungan Simbiotik Bandar-Desa

Dasar SD2 - Pengukuhan urban-rural link

Strategi : SD 2.1 - Memperkukuh

rangkaian perhubungan kampung-pekan-bandar

SD 2.2 - Menaik taraf, menyelenggara jalan masuk dan jalan dalam kampung

iii. Pernyataan dasar ini memberi penekanan kepada peningkatan hubungan fizikal dan akses melalui rangkaian pengangkutan yang

Laporan DPF Desa Negara 2030, PLANMalaysia

Page 10: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

menghubungkan desa ke bandar. Peranan pekan perlu diperkukuhkan sebagai pusat pengangkutan desa iaitu dengan menyediakan jalan perhubungan dan perkhidmatan pengangkutan awam agar dapat menghubungkan desa dengan bandar.

iv. Konsep URL:

Menghubungkan penduduk kepada pekerjaan di bandar dengan perjalanan yang lebih cekap, cepat dan mampu milik.

Menggalakkan penduduk untuk tinggal di desa dan mempunyai akses yang baik untuk ke bandar dengan penyediaan rangkaian pengangkutan secara komprehensif.

Memudahkan usahawan desa untuk memasarkan produk mereka secara lebih meluas.

11. Langkah-langkah pengukuhan urban-rural link

SD 2.1 - Memperkukuh rangkaian perhubungan kampung-pekan-bandar

i. Penyediaan perkhidmatan bas henti-henti

Perkhidmatan bas henti-henti perlu dipertingkatkan bagi memudahkan mobiliti penduduk di desa. Tumpuan penyediaan kemudahan bas henti-henti adalah kepada kampung-kampung yang berada dalam radius 5-10 km dari pekan bagi menghubungkan kampung ke pekan dan seterusnya ke bandar.

Keutamaan pelaksanaan cadangan ini

Laporan DPF Desa Negara 2030, PLANMalaysia

Page 11: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

diberikan kepada kampung-kampung yang terletak di grid U1, U2, UR dan RU kerana tampungan penduduk yang lebih ramai berbanding di grid R5 dan R6 . Selain kampung, pekan sedia ada yang masih tidak dihubungi oleh laluan bas henti-henti turut dicadangkan dengan perkhidmatan ini.

2,642 kampung perlu dihubungkan dengan laluan bas henti-henti (rujuk jadual 1.5).

76 pekan perlu dihubungkan dengan laluan bas henti-henti (rujuk jadual 1.6).

ii. Menaik taraf perkhidmatan kereta api shuttle

Perkhidmatan kereta api Shuttle Timur yang terdapat di Negeri Kelantan dan Pahang merupakan mod pengangkutan yang menawarkan perjalanan ulang alik dari kawasan desa – pekan – bandar. Perkhidmatan ini merupakan mod pengangkutan utama bagi kampung-kampung yang berada di pedalaman dan tidak dihubungi oleh bas awam. Bagi memberi keselesaan kepada pengguna, perkhidmatan ini perlu dinaik taraf dari aspek keselamatan dan kualiti operasi.

iii. Menaik taraf perkhidmatan pengangkutan air

Terdapat kampung-kampung yang terletak berdekatan dengan sungai dan pantai yang masih menggunakan pengangkutan air sebagai salah satu mod pengangkutan alternatif di desa.

Page 12: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

Menaik taraf perkhidmatan pengangkutan air antaranya dengan mempertingkatkan aspek keselamatan :

Membekalkan jaket keselamatan kepada penumpang bagi menghadapi risiko kenaikan paras air sungai dan keadaan laut bergelora.

Menambah baik infrastruktur di jeti seperti penyediaan ruang menunggu, ramp, handrail dan sebagainya.

iv. Penyediaan perkhidmatan paratransit desa

Perkhidmatan paratransit bermaksud perkhidmatan pengangkutan yang mengikut kehendak penumpang untuk menentukan laluan serta jadual perjalanannya. Perkhidmatan ini lebih sesuai dilaksanakan di kampung-kampung di lokasi terpencil dan mempunyai bilangan penduduk yang rendah terutama di Grid R5 dan R6.

Menggunakan bas mini atau van mini

Menawarkan perkhidmatan dari pintu ke pintu.

Menghubungkan kepada pekan terdekat.

Beroperasi mengikut permintaan dan boleh dibuat secara atas talian atau internet.

Diuruskan oleh komuniti tempatan.

SD 2.2 - Menaik taraf dan

Page 13: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

menyelenggara jalan masuk dan jalan dalam kampung

v. Menaik taraf dan menyelenggara jalan masuk dan jalan dalam kampung

Pembangunan jalan di desa merupakan salah satu komponen penting dalam meningkatkan sosio-ekonomi penduduk desa. Selain meningkatkan tahap ketersampaian dari satu kawasan ke kawasan yang lain, kemudahan jalan berturap juga penting untuk memasarkan hasil pertanian dan meningkatkan pelancongan desa. Kemudahan jalan berturap perlu disediakan di jalan masuk dan jalan dalam kampung bagi memberi kemudahan aksesibiliti dan meningkatkan keselesaan kepada penduduk.

Laporan DPF Desa Negara 2030 telah mengenal pasti jalan masuk dan jalan dalam di kampung-kampung yang perlu dinaik taraf dan diselenggara iaitu:

1,089 kampung perlu jalan masuk berturap (rujuk jadual 1.7).

1,536 kampung perlu jalan dalam berturap (rujuk jadual 1.8).

12. Pengukuhan Daya Huni Desa

i. Pengukuhan daya huni desa merupakan Teras 3 di dalam Laporan DPF Desa Negara 2030 :

Teras 3 - Pengukuhan Daya Huni Desa

Dasar DD1 - Pemeliharaan

Laporan DPF Desa Negara 2030, PLANMalaysia

Page 14: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

Karektor Spatial Desa Strategi DD1.5 - Meningkatkan

Kependudukan Desa Terutama Golongan Muda dan Pesara dari Bandar

ii. Langkah-langkah bagi meningkatkan kependudukan desa adalah dengan:

Menggalakkan ‘proses kebangkitan semula desa’ (rural rebound).

Penyediaan perumahan baru berdensiti rendah yang mengekalkan ciri-ciri persekitaran kediaman desa

13. Langkah-langkah pengukuhan daya huni desa

i. Menggalakkan ‘proses kebangkitan semula desa’ (rural rebound).

Daya tarikan desa: Tenang & nyaman Kepadatan rendah Semula jadi & hijau Tradisional Keluarga Selamat Kos sara hidup rendah Mesra Komuniti Homogenous

Golongan sasaran untuk menghuni desa antaranya:

Pesara Pekerja bandar Profesional Usahawan Perunding bebas Golongan yang menjadikan

desa sebagai rumah kedua Golongan yang tidak tertarik

Laporan DPF Desa Negara 2030, PLANMalaysia

http://www.felcra.com.my/en/rumah-bina-negara/

Page 15: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

untuk menghuni bandar

Faktor berlaku rural rebound: Masa ulang alik bandar – desa

antara 45-90 minit Infrastruktur perhubungan

efisien Perkhidmatan pengangkutan

awam efisien Perkhidmatan internet laju Kemudahan awam/asas desa

yang lengkap Pekan yang menarik

Impak positif rural rebound: Tren penghijrahan masuk

penduduk ke desa Kawasan sasaran: kampung

di dalam koridor barat Semenanjung Malaysia, pinggiran konurbasi perbandaran dan pinggiran bandar

Pembangunan unit perumahan

Menjana pembangunan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan pekan.

473 - jumlah kampung yang berpotensi untuk proses Kebangkitan Semula Desa (Rural Rebound) telah dikenal pasti di dalam Laporan DPF Desa Negara 2030 (rujuk Jadual 1.9).

ii. Penyediaan perumahan baru berdensiti rendah yang mengekalkan ciri-ciri persekitaran kediaman desa.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9

Page 16: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah seperti di Jadual 1.10.

14. Daya Tarikan Desa

i. Tarian Canggung, Negeri Perlis

Negeri Perlis terkenal dengan Tarian Canggung. Tarian ini mula diperkenalkan sewaktu pendudukan Jepun sekitar tahun 1941. Ia mula dipersembahkan oleh dua orang penari adik beradik, Che Lian dan Che Intan, dalam satu pesta hiburan bagi tentera Jepun dan orang ramai yang diadakan di Bandar Kangar.

ii. Boria, Negeri Pulau Pinang

Boria menjadi aset budaya, kebanggaan masyarakat Pulau Pinang. Ianya menjadi medium utama untuk menyatu padukan masyarakat disamping menarik minat pelancong asing untuk datang ke Pulau Pinang.

iii. Taman Negeri Diraja Belum, Negeri Perak

Taman Negeri Diraja Belum merupakan ikon eko-pelancongan negeri Perak. Hutan Belum yang kaya dengan keindahan dan kecantikan flora dan fauna ini diwartakan sebagai Taman Negeri Perak telah diisytihar semula sebagai `The Royal Belum’ oleh DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak pada bulan 31 Julai 2003.

iv. Kampung Sg. Haji Dorani, Sabak

Laporan DPF Desa Negara 2030, PLANMalaysia

Google

Page 17: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

Bernam, Negeri Selangor

Kampung Sg. Haji Dorani di Sabak Bernam, Selangor diteroka oleh suku kaum Jawa dan Melayu sekitar tahun 1910. Haji Dorani adalah seorang ketua yang tinggi ilmu agamanya dan disegani pada waktu itu kerana dapat menyatu padukan penduduk pelbagai suku kaum. Hari ini, Homestay Sg. Haji Dorani yang dikelilingi sawah padi nan indah, menarik ribuan pelancong saban tahun.

v. Permainan Galah Panjang, Negeri Sembilan

Galah panjang sejenis permainan tradisional terkenal di Negeri Sembilan, yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain.

vi. Teater Mek Mulong, Negeri Kedah

Mek Mulong salah satu daripada teater tradisional masyarakat Melayu yang popular di Negeri Kedah. Ia merupakan satu kesenian yang menggabungkan unsur-unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik dalam suatu persembahan.

vii.Air Terjun Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai Negeri Kelantan

Dabong merupakan daerah yang terletak di Kuala Krai, Kelantan. Pekan kecil ini menarik ribuan pelancong luar negara, yang datang khususnya

Page 18: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

untuk melihat Air Terjun Gunung Stong, yang merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara.

viii. Pulau Duyong, Negeri Terenganu

Pulau Duyong merupakan pulau kecil yang terletak di muara Sungai Terengganu. Pulau ini terkenal dalam pembuatan kapal/ bot yang merupakan perusahaan tradisi warisan masyarakat. Kapalnya yang dibuat menggunakan tangan, tanpa blue prints atau paku, sememangnya telah diiktiraf dunia.

ix. Taman Negara, Negeri Pahang

Taman Negara di Pahang adalah Taman Nasional terbesar di Malaysia. Ianya merupakan destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia, di samping adanya Gunung Tahan yang merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia.

x. Taman Negara Tanjung Piai, Negeri Johor

Taman Negara Tanjung Piai - tanah paling selatan bagi benua Asia yang berkeluasa 926 hektar. Kawasan penghijrahan pelbagai spesis burung dan menyimpan pelbagai khazanah berharga alam semulajadi.

xi. Kg. Morten, Negeri Melaka

Kg. Morten, Melaka terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka, hanya 15 minit berjalan kaki dari Bandaraya Melaka -Tapak Warisan Dunia. Ianya dijadikan kampung Melayu atas izin

Page 19: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

J.F Morten pada tahun 1920an. Kini dengan lebih kurang 50 buah rumah yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional rumah melayu, kampung ini menjadi “living museum” kepada ramai pelancong.

15. Sistem Ciri-Ciri Desa Malaysia (Characteristics of Rural Malaysia System) - CHARMs

i. CHARMs merupakan sistem profil desa yang dibangunkan berasaskan Web-GIS bagi menyeragamkan semua profil desa yang kini wujud secara berasingan pada agensi-agensi pelaksana desa.

ii. Objektif CHARMs:

Membantu menyokong membuat keputusan perancangan dan pembangunan desa serta memantau pencapaian DPF Desa Negara 2030. Berkeupayaan dalam memantau, menganalisis dan memaparkan data spatial kampung melalui tiga fungsi utama.

iii. Fungsi utama CHARMs:

Menilai TahapKemampanan Kampung

Mengenal pasti kampung yang telah mencapai tahap pembangunan yang mencukupi dari aspek kemudahan dan kedaan fizikal.

Meningkatkan kualiti hidup masyarakat kampung.

Sistem Menyokong Membuat Keputusan Agihan Sumber

Mengenal pasti kampung-

Laporan DPF Desa Negara 2030, PLANMalaysia

Sistem CHARMs

Page 20: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

kampung yang memerlukan bantuan penyediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti mengikut keutamaan.

Memudahkan agensi terlibat untuk menyalurkan bantuan perancangan dan pembangunan desa kepada kumpulan sasar secara lebih telus dan tepat.

Membantu Dalam Pemantauan Pelaksanaan DPF Desa Negara 2030

Mengenal pasti tahap pelaksanaan DPF Desa Negara 2030 berdasarkan indikator pelaksanaan yang ditetapkan.

Membuat penambahbaikan pelaksanaan DPF Desa Negara 2030 sekiranya perlu.

Melaksankaan analisis pencapaian selepas pelaksanaan DPF Desa Negara 2030 bermula tahun 2019-2030.

iv. Analisis Kemampanan Kampung

Mengenal pasti tahap kemampanan kampung-kampung di Malaysia Sehingga Tahun 2016

Kategori amat mampan - 541 kampung (3.6%)

Kategori mampan - 3,989 kampung (26.4%)

Kategori sederhana mampan - 8,100 kampung (53.7%)

Kategori kurang mampan - 2,461 kampung (16.3%)

v. Analisis Agihan Sumber

Page 21: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

Mengenal pasti kampung-kampung yang memerlukan kemudahan: Contoh kajian kes di Muar Johor (rujuk Jadual 1.11).

NEGERI

PENDUDUK (‘000)

JUMLAH PENDUDUK (‘000)

PERATUS DARI

JUMLAH NEGERI

(%)

PERATUS DARI

JUMLAH NEGARA

(%)LELAKI PEREMPUAN

JOHOR 455.7 395.5 851.2 23.0 10.8

KEDAH 317.0 307.5 624.5 29.0 7.9

KELANTAN 473.9 464.2 938.1 51.2 11.9

MELAKA 30.6 30.0 60.6 6.6 0.8

N. SEMBILAN 150.5 140.1 290.6 26.0 3.7

PAHANG 388.2 320.9 709.1 43.0 9.0

PERAK 313.1 291.7 604.8 24.2 7.7

PERLIS 48.4 48.1 96.5 38.3 1.2

PULAU PINANG 48.3 45.4 93.7 5.4 1.2

SABAH 837.3 756.5 1,593.8 41.2 20.3

SARAWAK 613.5 550.5 1,163.9 42.0 14.8

SELANGOR 211.6 191.2 402.7 6.3 5.1

TERENGGANU 216.9 206.0 423.0 35.0 5.4

W.P. KUALA LUMPUR

0.0 0.0 0.0 0.0 0.0

W.P. PUTRAJAYA 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0

W.P. LABUAN 7.8 6.9 14.7 15.0 0.2

JUMLAH 4,112.6 3,754.6 7,867.2 - 100.0

Jadual 1.0 : Jumlah Penduduk Luar Bandar Mengikut Negeri di Malaysia Tahun 2017

Page 22: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

Jadual 1.1 : Perincian Komponen Pembangunan Pekan Mengikut Kategori

Page 23: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

Komponen  Pembangunan 

PekanPerincian Aktiviti Dalam Pekan

Kategori Pekan

A B C D

Pasar mini / / /

Perniagaan runcit makanan dan minuman / / / /

Perniagaan runcit peralatan rumah / / / /

Perniagaan runcit peralatan kenderaan / / /

Perniagaan runcit peralatan pertanian / / / /

Kedai cenderamata / /

Pasar / gerai / bazar / / / /

Pasar tani / pasar malam / pasar sehari / / / /

Restoran  / / / /

Medan Selera / /

Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) / /

Pusat pengumpulan hasil pertanian / / /

Stesen minyak / / /

Syarikat insurans /

Pengurup wang /

Hotel / rumah tumpangan / /

Internet cafe / / /

Jalan raya / / / /

Bekalan elektrik dan air / / / /

Perkhidmatan telekomunikasi / / / /

Stesen bas / /

Hentian bas / / / /

Stesen kereta api / /

Pembangunan Ekonomi

Kemudahan Prasarana

Page 24: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

Jadual 1.2 : Jumlah PPD mengikut Negeri di Semenanjung Malaysia yang telah dikenal pasti untuk dinaik taraf

Nota :

i. Tiada cadangan naik taraf PPD di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan WP Labuan.

ii. Senarai nama-nama PPD yang telah dikenal pasti untuk dinaik taraf ini boleh dirujuk di lampiran Laporan DPF Desa Negara 2030, PLANMalaysia.

Jadual 1.3: Jumlah Kampung mengikut Kategori dan Negeri

Negeri K1 K2 K3 K4 K5 K6 K7 K8 Jumlah

Perlis 228 3 25 0 0 4 0 1 261

Kedah 1,811 4 98 0 2 0 1 1 1,917

Pulau Pinang 471 3 46 9 0 0 6 12 547

Kelantan 1,556 5 101 0 121 13 0 28 1,824

Negeri Jumlah

Johor 45

Melaka 3

Selangor 14

Perak 4

Kedah 20

Perlis 7

Kelantan 19

Terengganu 22

Pahang 38

Jumlah 172

Pusat Perkhidmatan

Page 25: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

Terengganu 1,130 4 148 0 1 40 0 10 1,333

Perak 1,629 14 394 0 263 3 5 21 2,329

Selangor 563 0 35 0 36 4 17 2 657

Pahang 1,679 9 248 0 297 128 7 5 2,373

Negeri Sembilan 922 0 57 0 58 47 5 7 1,096

Melaka 633 0 112 0 14 8 0 2 769

Johor 1,610 41 157 0 41 72 17 20 1,958

WP Labuan 27 0 0 0 0 0 0 0 27

Jumlah Keseluruhan 12,259 83 1,421 9 833 319 53 109 15,091

Petunjuk :

K1 - Kampung Tradisional K2 - Kampung Nelayan K3 - Kampung Tersusun K4 - Kampung Atas Air K5 - Kampung Orang Asli K6 - Kampung Rancangan (FELDA/ FELCRA) K7 - Kampung Baru K8 - Kampung Estet

Jadual 1.4: Jumlah Pernyataan Dasar, Strategi dan Langkah bagi setiap Teras

Page 26: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

Jadual 1.5: Jumlah kampung perlu dihubungkan dengan laluan bas henti-henti mengikut Negeri

Nota :

Teras Kod Dasar Pernyataan Dasar Strategi Langkah

Teras 1AD

(Singkatan daripada ALAM DESA)

4 9 24

Teras 2SD

(Singkatan daripada SIMBIOTIK DESA)

2 4 9

Teras 3DD

(Singkatan daripada DAYA DESA)

5 19 52

Teras 4ED

(Singkatan daripada EKONOMI DESA)

3 8 14

Teras 5

PD

(Singkatan daripada PENGURUSAN

DESA)

3 6 14

Jumlah 17 46 113

Negeri Jumlah Kampung

Johor 309

Negeri Sembilan 252

Selangor 50

Perak 315

Pulau Pinang 247

Kedah 426

Perlis 19

Kelantan 379

Terengganu 333

Pahang 312

Jumlah 2,642

Page 27: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

i. Semua kampung di Melaka telah disediakan perkhidmatan bas henti-henti.

ii. Perkhidmatan pengangkutan awam telah disediakan di WP Labuan.

iii. Senarai nama-nama kampung yang telah dikenal pasti perlu dihubungkan dengan laluan bas henti-henti boleh dirujuk di lampiran Laporan DPF Desa Negara 2030.

Jadual 1.6: Jumlah pekan perlu dihubungkan dengan laluan bas henti-henti mengikut Negeri

Nota : Senarai nama-nama pekan yang telah dikenal pasti perlu dihubungkan dengan laluan bas henti-henti boleh dirujuk di lampiran Laporan DPF Desa Negara 2030.

Jadual 1.7: Jumlah kampung yang memerlukan jalan masuk berturap mengikut Negeri

Negeri Jumlah Kampung

Johor 12

Negeri Sembilan 9

Selangor 14

Perak 8

Pulau Pinang 4

Kedah 5

Perlis 2

Kelantan 10

Terengganu 4

Pahang 8

Jumlah 76

Page 28: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

Nota :

i. Semua kampung di Melaka telah mempunyai jalan masuk berturap.

ii. Senarai nama-nama kampung yang telah dikenal pasti memerlukan jalan masuk berturap boleh dirujuk di lampiran Laporan DPF Desa Negara 2030.

Jadual 1.8: Jumlah kampung yang memerlukan jalan dalam berturap mengikut Negeri

Nota :

Negeri Jumlah Kampung

Johor 112

Negeri Sembilan 45

Selangor 121

Perak 227

Pulau Pinang 15

Kedah 62

Perlis 8

Kelantan 117

Terengganu 36

Pahang 346

Jumlah 1,089

Negeri Jumlah Kampung

Johor 167

Negeri Sembilan 67

Selangor 135

Perak 288

Pulau Pinang 26

Kedah 129

Perlis 14

Kelantan 153

Terengganu 65

Pahang 483

W.P. Labuan 9

Jumlah 1,536

Page 29: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

i. Semua kampung di Melaka telah telah mempunyai jalan dalam berturap.

ii. Senarai nama-nama kampung yang telah dikenal pasti memerlukan jalan dalam berturap boleh dirujuk di lampiran Laporan DPF Desa Negara 2030.

Jadual 1.9: Jumlah kampung yang berpotensi untuk terlibat dalam ‘proses kebangkitan semula desa’ mengikut Negeri

Nota :

i. Semua kampung di Pulau Pinang dan WP Labuan tidak terlibat dalam Proses Kebangkitan Semula Desa

ii. Senarai nama-nama kampung yang telah dikenal pasti terlibat dalam proses kebangkitan semula desa ini boleh dirujuk di lampiran Laporan DPF Desa Negara 2030.

Jadual 1.10: Sembilan (9) projek Rumah Bina Negara (RBN) yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dari tahun 2016 hingga 2017.

Negeri Jumlah Kampung

Johor 75

Melaka 7

Negeri Sembilan 1

Selangor 41

Perak 86

Pulau Pinang 0

Kedah 45

Perlis 1

Kelantan 24

Terengganu 39

Pahang 154

Jumlah 473

Page 30: PLANMalaysia · Web viewKementerian Pembangunan Luar Bandar telah melaksanakan 9 Projek di bawah Program Rumah Bina Negara dari tahun 2016 sehingga 2017. 9 projek RBN tersebut adalah

Jadual 1.11: Kesediaan kemudahan asas kampung-kampung di Daerah Muar, Johor Tahun 2015

Projek RBN Unit Rumah

RBN Tembangau, Bera Pahang 216

RBN Tembeling Tengah, Jerantut Pahang 230

RBN Sri Makmur, Pekan Pahang 14

RBN Sukau, Kinabatangan Sabah 123

RBN Lekir, Manjung Perak 102

RBN Bukit Sedanan, Jasin Melaka 106

RBN Keruak, Besut Terengganu 72

RBN Lakai Jelebu, Negeri Sembilan 94

RBN Bukit Tampoi, Padang Terap Kedah 100

Kemudahan AsasKampung

Jumlah KampungAda Tiada

Jalan Masuk berturap 300 3

303

Jalan dalam berturap 283 20

Telefon 202 101

Internet 100 203

Pejabat Pos 6 297

Bank 8 295

Pembentungan 57 246

Pengurusan Sampah 67 236