20 pm lawat seminar kesihatan anjuran bh dengan … · otot-ototdan menurunkan beratbadan, ... sot...

1
ENURMAYA ALIAS [email protected] MASALAH kegemukan dan kehidu- pan yang tidak aktif di kalangan golo- ngan pertengahan umur dan warga tua merupakan punca utama yang menyebabkan meningkatnya sakit sendi lutut atau osteoartritis. Justeru, golongan tersebut diingatkan supaya rajin bersenam dan mengamal- kan pemakanan sihat untuk mencegah penyakit ini. Itulah antara pesan ahli fisioterapi ka- nan, Encik Ahmad Zaki Hairodin, daripa- da Hospital Tan Tock Seng (TTSH). Encik Zaki merupakan antara pence- ramah di seminar kesihatan anjuran Beri- ta Harian dengan kerjasama TTSH - Si- hat Banyak Untungnya – yang diadakan di Auditorium Singapore Press Holdings (SPH) di Toa Payoh North, semalam. Penceramah-penceramah lain dalam seminar yang dihadiri oleh lebih 250 pe- serta ialah konsultan klinik gigi TTSH, Dr Chung Tze Onn; konsultan Jabatan Otorinolaringologi (Telinga, Hidung dan tekak) TTSH, Dr Ho Eu Chin; dan kon- sultan Jabatan Ortopedik TTSH, Pe- nolong Profesor Adjung Hitendra K. Doshi. Seminar itu turut menawarkan peme- riksaan kesihatan percuma kepada peser- ta yang hadir seawal lapan pagi. Encik Zaki berkongsi bahawa lebih ra- mai wanita mengalami sakit sendi lutut berbanding kaum lelaki. “Ramai pesakit berjumpa doktor sete- lah lanjut sakitnya. Saya akan memberi nasihat dan maklumat bagaimana hendak bersenam untuk menguatkan otot-otot dan menurunkan berat badan,” ujar beliau. Lantaran itu, Encik Zaki telah menun- jukkan beberapa jenis senaman yang se- suai bagi mereka yang sudah mengalami penyakit ini dengan bantuan seorang sukarelawan, Encik Suginin Mohd Taib, juga salah seorang peserta seminar kesi- hatan ini. Encik Suginin, 59 tahun, seorang pe- kerja penghantaran, tertarik dengan topik berkenaan sakit sendi lutut dalam seminar kesihatan ini. “Isteri saya mengalami masalah sendi otot yang sakit. Menerusi penerangan En- cik Zaki, saya ketahui cara-cara men- guatkan otot dan mempertingkatkan kecergasan saya dan isteri.” Sementara itu, Dr Doshi mengingatkan para peserta bahawa masalah sendi boleh menjejas kehidupan harian seseorang. Dari segi ortopedik, sendi artritis mero- sot dan kerapuhan tulang merupakan ha- langan terbesar dalam menjalankan ke- hidupan harian yang aktif. Lantas, ia penting untuk mencegah dan merawati penyakit tersebut. Beliau menerangkan bahawa ada pel- bagai rawatan pembedahan yang dapat membantu pesakit menjalankan hidup har- ian dengan lebih selesa. Sebagai contoh, salah seorang pesakit- nya, Encik Abdul Majid Moulabas, yang telah menjalani pembedahan penggantian sendi turut berkongsi manfaat menjalani rawatan itu. Encik Abdul Majid, 65 tahun, seorang peniaga agensi pelancongan, berkata: “Saya telah menjalani pembedahan penggantian sendi 17 hari lalu setelah sen- di rasa sakit sejak dua tahun lalu. Kalau dahulu, saya tidak suka ikut isteri saya per- gi berjalan, sekarang saya boleh kembali aktif.” ENUR ADILAH MAHBOB [email protected] SEBANYAK lima masjid dan dua institusi masyarakat mula me- nerima pulangan daripada pelabu- ran mereka dalam projek wakaf Red House di Katong. Sejumlah $67,500 dalam bentuk hibah diagihkan oleh anak syarikat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Warees Investments, kepa- da pelabur di bawah satu skim pela- buran inovatif. Skim yang dinamakan inisiatif pelaburan institusi (3I) itu membo- lehkan institusi seperti masjid dan badan masyarakat membiayai bersa- ma kos binaan semula projek The Red House, atau melabur dalam unit perumahan projek berkenaan. Di bawah 3I, lima masjid – Masjid An-Nur, Masjid Al-Mukmi- nin, Masjid Darul Ghufran, Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer Road) dan Masjid Assyakirin – ma- sing-masing melabur $1 juta (ber- jumlah $5 juta) bagi membiayai ber- sama kos binaan The Red House. Masjid akan mendapat hibah se- banyak 2.1 peratus setahun, atau sejumlah $42,000 bagi setiap masjid dalam tempoh dua tahun. Menurut kenyataan Warees, se- tiap masjid itu menerima bayaran pertama sebanyak $5,250 dalam majlis pengagihan yang dijalankan di Masjid Al-Mukminin di Jurong East semalam. Masjid akan menerima bayaran sebanyak lapan kali. Di akhir dua tahun, modal $1 ju- ta akan dikembalikan kepada masjid. Dua lagi institusi masyarakat yang melabur dalam 3I ialah Wakaf Ilmu dan Dana Pembangunan. Wakaf Ilmu, sebuah dana endow- men untuk menyokong pendidikan madrasah di Singapura, melabur $2.71 juta, dan menerima bayaran pertama sebanyak $28,500. Dana Pembangunan, sebuah dana daripada masjid dan Muis, pu- la melabur $1.04 juta, dan meneri- ma bayaran pertama sebanyak $10,900. Di akhir tempoh pelaburan itu, dua institusi ini akan menyalurkan modal mereka untuk membeli unit di Red House untuk disewakan. Wakaf Ilmu akan membeli dua unit, manakala Dana Pembangunan akan membeli satu unit. Dua lagi institusi, Amanah Amal Yal Saif dan Jawatankuasa Penguru- san Madrasah Aljunied Al-Islamiah, pula masing-masing membeli dua unit untuk disewakan. Hasil sewa dijangka 3.5 peratus setiap tahun. Projek Red House merupakan projek pertama di bawah Skim Pen- ingkatan Wakaf (WRS) dengan nilai aset hartanah wakaf dipertingkat un- tuk meraih lebih banyak pendapa- tan demi menambah manfaat kepa- da penerima hasil wakaf. Apabila siap pada 2016, ia akan mempunyai 42 unit perumahan dan enam unit komersial bagi tempoh pajakan 99 tahun. “Dengan kejayaan 3I, Warees In- vestments akan meninjau apakah model pelaburan dan pembiayaan seperti ini dapat diluaskan kepada projek WRS pada masa depan, bagi melibatkan masjid dan institusi masyarakat dalam usaha mengem- bangkan portfolio wakaf kami,” ka- ta Warees. Senam, makan sihat elak sakit lutut PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Turkey ber- mula hari ini hingga Rabu. Dari Turkey, Encik Lee kemudian akan ke Milan, Ita- ly, bagi menghadiri Sidang Puncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ke-10 dari Khamis hingga Jumaat. Di Turkey, Encik Lee akan melawat Ankara dan Istanbul. Di Ankara, beliau akan menemui Presiden Tur- key, Encik Recep Tayyip Erdogan, dan Perdana Ment- eri, Encik Ahmet Davutoglu. Encik Lee juga akan dijamu ma- kan tengah hari oleh Timbalan Per- dana Menteri, Encik Ali Babacan, dan makan malam oleh Encik Da- vutoglu. Di Istanbul pula, Encik Lee akan menemui pemimpin syarikat terkemuka Turkey dan menghadi- ri majlis makan malam yang dihos- kan oleh Mayor Istanbul, Encik Kadir Topbas. Sempena lawatan Encik Lee ke Turkey, International Enterprise (IE) Singapore dan Per- sekutuan Perniagaan Singapura (SBF) akan menganjur- kan misi promosi perniagaan Singapura ke Turkey. Di Milan, beliau akan menyertai pemimpin Asia dan Eropah yang lain dalam menghadiri Sidang Puncak ASEM ke-10. Dengan tema “Perkongsian Bertanggungjawab un- tuk Pertumbuhan Berkekalan dan Keselamatan”, pemimpin ASEM akan bertukar pandangan mengenai isu global dan serantau yang sekepentingan, dan mem- bincangkan cara meluaskan kerjasama antara Asia dan Eropah. Di samping itu, Encik Lee akan mengambil peluang untuk bertemu dengan pemimpin ASEM yang lain, serta pemimpin perniagaan Italy yang terkemuka. Isteri Encik Lee, Cik Ho Ching, akan menemani be- liau di Turkey dan Milan. Untuk lawatan ke Turkey, PM Lee akan turut diiringi Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Lim Hng Kiang; Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Pengangkutan), Cik Josephine Teo; serta Anggota Parli- men Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) dan Encik Zaqy Mohamad (GRC Chua Chu Kang). Di Milan, Encik Lee akan disertai Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Sekitaran dan Sumber Air dan Menteri Kedua Ehwal Luar, Cik Grace Fu. Semasa ketiadaan Encik Lee, Timbalan Perdana Men- teri merangkap Menteri Penyelaras Keselamatan Na- sional dan Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Teo Chee Hean, akan menjadi Pemangku Perdana Menteri. 5 masjid mula raih hasil pelaburan projek wakaf Red House PM lawat Turkey dan Milan IKUTI KAMI DI Berita Harian Singapura @BeritaHarianSG PM LEE: Turut hadiri ASEM di Milan. PELABURAN BERHASIL: (Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Warees, Encik Zaini Osman; Pengerusi Masjid An-Nur Haji Abdul Rahim Mawasi; Pengerusi Lembaga Pengarah Warees, Encik Haider Sithawalla; Pengerusi Masjid Al-Mukminin, Haji Abdul Rahman Bakar; Penolong Bendahari Masjid Darul Ghufran, Haji Abdul Hamid Osman; Pengerusi Masjid Assyakirin, Ustaz Suhaimi Mustar; Bendahari Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer Road), Haji Mohd Noor Haron; meninjau model The Red House. – Foto WAREES SEMINAR KESIHATAN ANJURAN BH DENGAN KERJASAMA TTSH 20 AHAD, 12 OKTOBER 2014 (17 ZULHIJAH 1435) INGIN LEBIH TAHU: Salah seorang peserta seminar kesihatan mengajukan pertanyaan. Lebih 250 peserta menghadirinya – Foto-foto TAUFIK A. KADER CARA KUATKAN OTOT: Ahli fisioterapi kanan dari TTSH, Encik Ahmad Zaki (kiri), menunjukkan cara melakukan senaman khusus bagi menguatkan otot-otot kepada salah seorang peserta, Encik Suginin Mohd Taib, di Seminar Kesihatan Berita Harian, semalam. Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.

Upload: buikien

Post on 06-Mar-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ENURMAYA [email protected]

MASALAH kegemukan dan kehidu-pan yang tidak aktif di kalangan golo-ngan pertengahan umur dan warga tuamerupakan punca utama yangmenyebabkan meningkatnya sakit sendilutut atau osteoartritis.

Justeru, golongan tersebut diingatkansupaya rajin bersenam dan mengamal-kan pemakanan sihat untuk mencegahpenyakit ini.

Itulah antara pesan ahli fisioterapi ka-nan, Encik Ahmad Zaki Hairodin, daripa-da Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Encik Zaki merupakan antara pence-ramah di seminar kesihatan anjuran Beri-ta Harian dengan kerjasama TTSH - Si-hat Banyak Untungnya – yang diadakandi Auditorium Singapore Press Holdings(SPH) di Toa Payoh North, semalam.

Penceramah-penceramah lain dalamseminar yang dihadiri oleh lebih 250 pe-serta ialah konsultan klinik gigi TTSH,Dr Chung Tze Onn; konsultan JabatanOtorinolaringologi (Telinga, Hidung dantekak) TTSH, Dr Ho Eu Chin; dan kon-sultan Jabatan Ortopedik TTSH, Pe-nolong Profesor Adjung Hitendra K.Doshi.

Seminar itu turut menawarkan peme-riksaan kesihatan percuma kepada peser-ta yang hadir seawal lapan pagi.

Encik Zaki berkongsi bahawa lebih ra-mai wanita mengalami sakit sendi lututberbanding kaum lelaki.

“Ramai pesakit berjumpa doktor sete-lah lanjut sakitnya. Saya akan memberinasihat dan maklumat bagaimanahendak bersenam untuk menguatkanotot-otot dan menurunkan berat badan,”ujar beliau.

Lantaran itu, Encik Zaki telah menun-jukkan beberapa jenis senaman yang se-suai bagi mereka yang sudah mengalamipenyakit ini dengan bantuan seorangsukarelawan, Encik Suginin Mohd Taib,juga salah seorang peserta seminar kesi-hatan ini.

Encik Suginin, 59 tahun, seorang pe-kerja penghantaran, tertarik dengantopik berkenaan sakit sendi lutut dalamseminar kesihatan ini.

“Isteri saya mengalami masalah sendiotot yang sakit. Menerusi penerangan En-cik Zaki, saya ketahui cara-cara men-guatkan otot dan mempertingkatkankecergasan saya dan isteri.”

Sementara itu, Dr Doshi mengingatkanpara peserta bahawa masalah sendi bolehmenjejas kehidupan harian seseorang.

Dari segi ortopedik, sendi artritis mero-sot dan kerapuhan tulang merupakan ha-langan terbesar dalam menjalankan ke-hidupan harian yang aktif.

Lantas, ia penting untuk mencegah danmerawati penyakit tersebut.

Beliau menerangkan bahawa ada pel-bagai rawatan pembedahan yang dapatmembantu pesakit menjalankan hidup har-ian dengan lebih selesa.

Sebagai contoh, salah seorang pesakit-nya, Encik Abdul Majid Moulabas, yangtelah menjalani pembedahan penggantiansendi turut berkongsi manfaat menjalanirawatan itu.

Encik Abdul Majid, 65 tahun, seorangpeniaga agensi pelancongan, berkata:

“Saya telah menjalani pembedahanpenggantian sendi 17 hari lalu setelah sen-di rasa sakit sejak dua tahun lalu. Kalaudahulu, saya tidak suka ikut isteri saya per-gi berjalan, sekarang saya boleh kembaliaktif.”

ENUR ADILAH MAHBOB

[email protected]

SEBANYAK lima masjid dandua institusi masyarakat mula me-nerima pulangan daripada pelabu-ran mereka dalam projek wakafRed House di Katong.

Sejumlah $67,500 dalam bentukhibah diagihkan oleh anak syarikatMajlis Ugama Islam Singapura(Muis), Warees Investments, kepa-da pelabur di bawah satu skim pela-buran inovatif.

Skim yang dinamakan inisiatifpelaburan institusi (3I) itu membo-lehkan institusi seperti masjid danbadan masyarakat membiayai bersa-ma kos binaan semula projek TheRed House, atau melabur dalamunit perumahan projek berkenaan.

Di bawah 3I, lima masjid –Masjid An-Nur, Masjid Al-Mukmi-nin, Masjid Darul Ghufran, MasjidHaji Muhammad Salleh (PalmerRoad) dan Masjid Assyakirin – ma-sing-masing melabur $1 juta (ber-jumlah $5 juta) bagi membiayai ber-sama kos binaan The Red House.

Masjid akan mendapat hibah se-

banyak 2.1 peratus setahun, atausejumlah $42,000 bagi setiap masjiddalam tempoh dua tahun.

Menurut kenyataan Warees, se-tiap masjid itu menerima bayaranpertama sebanyak $5,250 dalammajlis pengagihan yang dijalankandi Masjid Al-Mukminin di JurongEast semalam.

Masjid akan menerima bayaransebanyak lapan kali.

Di akhir dua tahun, modal $1 ju-ta akan dikembalikan kepadamasjid.

Dua lagi institusi masyarakatyang melabur dalam 3I ialah WakafIlmu dan Dana Pembangunan.

Wakaf Ilmu, sebuah dana endow-men untuk menyokong pendidikanmadrasah di Singapura, melabur$2.71 juta, dan menerima bayaranpertama sebanyak $28,500.

Dana Pembangunan, sebuahdana daripada masjid dan Muis, pu-la melabur $1.04 juta, dan meneri-ma bayaran pertama sebanyak$10,900.

Di akhir tempoh pelaburan itu,dua institusi ini akan menyalurkanmodal mereka untuk membeli unitdi Red House untuk disewakan.

Wakaf Ilmu akan membeli duaunit, manakala Dana Pembangunanakan membeli satu unit.

Dua lagi institusi, Amanah AmalYal Saif dan Jawatankuasa Penguru-san Madrasah Aljunied Al-Islamiah,pula masing-masing membeli duaunit untuk disewakan.

Hasil sewa dijangka 3.5 peratussetiap tahun.

Projek Red House merupakanprojek pertama di bawah Skim Pen-ingkatan Wakaf (WRS) dengan nilaiaset hartanah wakaf dipertingkat un-tuk meraih lebih banyak pendapa-tan demi menambah manfaat kepa-da penerima hasil wakaf.

Apabila siap pada 2016, ia akanmempunyai 42 unit perumahan danenam unit komersial bagi tempohpajakan 99 tahun.

“Dengan kejayaan 3I, Warees In-vestments akan meninjau apakahmodel pelaburan dan pembiayaanseperti ini dapat diluaskan kepadaprojek WRS pada masa depan, bagimelibatkan masjid dan institusimasyarakat dalam usaha mengem-bangkan portfolio wakaf kami,” ka-ta Warees.

Senam, makan sihat elak sakit lutut

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akanmengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Turkey ber-mula hari ini hingga Rabu.

Dari Turkey, Encik Lee kemudian akan ke Milan, Ita-ly, bagi menghadiri Sidang Puncak MesyuaratAsia-Eropah (ASEM) ke-10 dari Khamis hingga Jumaat.

Di Turkey, Encik Lee akan melawat Ankara danIstanbul. Di Ankara, beliau akan menemui Presiden Tur-key, Encik Recep Tayyip Erdogan, dan Perdana Ment-eri, Encik Ahmet Davutoglu.

Encik Lee juga akan dijamu ma-kan tengah hari oleh Timbalan Per-dana Menteri, Encik Ali Babacan,dan makan malam oleh Encik Da-vutoglu.

Di Istanbul pula, Encik Leeakan menemui pemimpin syarikatterkemuka Turkey dan menghadi-ri majlis makan malam yang dihos-kan oleh Mayor Istanbul, EncikKadir Topbas.

Sempena lawatan Encik Lee keTurkey, International Enterprise (IE) Singapore dan Per-sekutuan Perniagaan Singapura (SBF) akan menganjur-kan misi promosi perniagaan Singapura ke Turkey.

Di Milan, beliau akan menyertai pemimpin Asia danEropah yang lain dalam menghadiri Sidang PuncakASEM ke-10.

Dengan tema “Perkongsian Bertanggungjawab un-tuk Pertumbuhan Berkekalan dan Keselamatan”,pemimpin ASEM akan bertukar pandangan mengenaiisu global dan serantau yang sekepentingan, dan mem-bincangkan cara meluaskan kerjasama antara Asia danEropah.

Di samping itu, Encik Lee akan mengambil peluanguntuk bertemu dengan pemimpin ASEM yang lain, sertapemimpin perniagaan Italy yang terkemuka.

Isteri Encik Lee, Cik Ho Ching, akan menemani be-liau di Turkey dan Milan.

Untuk lawatan ke Turkey, PM Lee akan turut diiringiMenteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Lim HngKiang; Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkapPengangkutan), Cik Josephine Teo; serta Anggota Parli-men Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) dan EncikZaqy Mohamad (GRC Chua Chu Kang).

Di Milan, Encik Lee akan disertai Menteri di PejabatPerdana Menteri merangkap Menteri Kedua Sekitarandan Sumber Air dan Menteri Kedua Ehwal Luar, CikGrace Fu.

Semasa ketiadaan Encik Lee, Timbalan Perdana Men-teri merangkap Menteri Penyelaras Keselamatan Na-sional dan Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik TeoChee Hean, akan menjadi Pemangku Perdana Menteri.

5 masjid mula raih hasil pelaburanprojek wakaf Red House

PM lawatTurkey

dan Milan

IKUTI KAMI DI

Berita HarianSingapura

@BeritaHarianSG

PM LEE: Turut hadiriASEM di Milan.

PELABURAN BERHASIL: (Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Warees, Encik Zaini Osman; Pengerusi Masjid An-Nur Haji AbdulRahim Mawasi; Pengerusi Lembaga Pengarah Warees, Encik Haider Sithawalla; Pengerusi Masjid Al-Mukminin, Haji AbdulRahman Bakar; Penolong Bendahari Masjid Darul Ghufran, Haji Abdul Hamid Osman; Pengerusi Masjid Assyakirin, UstazSuhaimi Mustar; Bendahari Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer Road), Haji Mohd Noor Haron; meninjau model The RedHouse. – Foto WAREES

SEMINAR KESIHATAN ANJURAN BH DENGAN KERJASAMA TTSH

20AHAD, 12 OKTOBER 2014 (17 ZULHIJAH 1435)

INGIN LEBIH TAHU: Salah seorang peserta seminar kesihatan mengajukan pertanyaan. Lebih 250 peserta menghadirinya – Foto-foto TAUFIK A.KADER

CARA KUATKAN OTOT: Ahli fisioterapi kanan dari TTSH, Encik Ahmad Zaki (kiri),menunjukkan cara melakukan senaman khusus bagi menguatkan otot-otot kepadasalah seorang peserta, Encik Suginin Mohd Taib, di Seminar Kesihatan BeritaHarian, semalam.

Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.