exi`b [` [xcxd - adk.gov.my · kandungan 01. ksn lawat klinik cure & care 1malaysia 02....

26
d\eXi`b [` [XcXd d\eXi`b [` [XcXd KSN lawat Klinik Cure&Care 1Malaysia Tahniah AADK 1 Formula Untuk Semua AADK Idol 2012 Penghargaan Antarabangsa Lawatan Yayasan Pencegahan Jenayah

Upload: others

Post on 29-Aug-2019

17 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

KSN lawat Klinik Cure&Care 1Malaysia

Tahniah AADK 1 Formula Untuk Semua

AADK Idol 2012

Penghargaan Antarabangsa

Lawatan Yayasan Pencegahan Jenayah

KSN lawat Klinik Cure&Care 1Malaysia

Tahniah AADK 1 Formula Untuk Semua

AADK Idol 2012

Penghargaan Antarabangsa

Lawatan Yayasan Pencegahan Jenayah

JD006258 KULIT.indd 1 3/27/13 1:46:50 PM

Kandungan01. KSN lawat Klinik Cure & Care 1Malaysia

02. Transformasi AADK Buka Mata Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia

03. 1 Formula untuk semua

04. Tahniah AADK

05. Kunjungan Hormat Menyemarakkan Semangat Warga AADK Melaka

06. CCDU dan ONCB

07. Asean Senior Official On Drug Matters (ASOD) Kali ke 33

08. Kugiran AADK

09. AADK Idol 2012

10. Lukisan Batik Tawan Balai Seni Visual Negara

11. Penerbitan Damia Bukti Penagih Dapat Dipulihkan

12. Jang dan Yeop Tawan Ferro Futsal

13. Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid AADK

14. Janji Ditepati, Kasih Di Aidilfitri

15. AADK Juara Gerai Hari Raya KDN

16. Sultan Kelantan Mencemar Duli Melawat Booth Pameran AADK

17. Kunjungan Transformasi ke Kelantan

18. Kunjungan Transformasi ke CCRC Benta

19. Meriah Merdeka 55

20. Minda Merdeka, Jiwa Bebas; Janji Ditepati

21. CCSC CHOW KIT Antara Inovasi Terbaik 2012

22. SKUAD 1Malaysia Jayakan “THE LARGEST ASYURA COOKING EVENT” The Malaysia Book Of Record

SIDANG REDAKSI

PenaungYBhg. Puan Seri Dato’ Zuraidah binti Hj Mohamed

PenasihatTn. Hj Suhaimi bin Abdullah

Ketua EditorEn. Mohd Amir Khusairi bin Harun

EditorEn.. Mohd Saad bin Md Ani

Setiausaha KerjaUnit Media & Komunikasi Korporat

Penulis Jemputan1. Melati Ahmad Selar, AADK Ibu Pejabat2. Norkumala bt Abd Rahman, AADK Ibu Pejabat3. Mastura binti Muklas, AADK W.P Kuala Lumpur4. Mohd Azizi bin Marzuki, CCRC Benta5. Norrizah Ayub, AADK Melaka6. Mohd Nizam bin Musa, AADK Kelantan7. Fazlinda Fadzil, AADK Perlis

Rekabentu TeknikalUnit Media & Komunikasi Korporat

CetakanPercetakan Nasional Malaysia Berhad

CCSC (PKAADK)

CCSC KANGARLot 2374, Persiaran Jubli Emas, Simpang Tiga 01000 Kangar, Perlis.Tel. : 04-9770268

CCSC PENDANGNo. 40, Aras Bawah, Jalan Bandar Baru 4, Pekan Tanah Merah, 06700 Pendang,Kedah Darul Aman.Tel. : 04-7582242

CCSC KULIMNo. 14, Lebuh Impiana,Taman Lembah Impiana,09000 Kulim, Kedah. Tel. : 04-4969001

CCSC BALIK PULAUJalan Sungai Pinang, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.Tel. : 04-869 1805 / 04-8691803Faks : 04-869 1801

CCSC KAMPUNG SELAMATJalan Kampung Baru, Kg. Selamat,13300 Tasek Gelugor,Seberang Perai Utara, P. Pinang.Tel. : 04-570 1100Faks : 04-570 1105

CCSC TELUK BAHANGJalan Balai Polis, 11050 Teluk Bahang,Pulau Pinang.Tel. : 04-869 1805 / 04-8691803Faks : 04-869 1801

CCSC GEORGETOWNNo. 2 Lorong Madras,10400 Georgetown,Pulau Pinang.Tel. : 04-210 2520

CCSC BATU GAJAH (PERAK TENGAH)No. 509 Jalan Kelab,31000 Batu Gajah, Perak.Tel. : 05-3665104Faks : 05-3657033

CCSC KAMPARJKR 204, Jalan Besar Kampar,39100 Kampar, Perak.Tel. : 05-4653851 / 05-4660740Faks : 05-4659536

CCSC IPOHNo. 79A Jln Dato' Onn,30000 Ipoh, Perak.Tel. : 016-545 0925 (En. Jafri- Pengurus)

CCSC DANG WANGILot 2329, Lorong Perdana 1A, Kompleks Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50546 Kuala Lumpur.Tel. : 03-26927549Faks : 03-26980475

CCSC SENTULM-0-1 Blok M, Perumahan Awan Desa Rajang, Persiaran Rajang, Setapak Jaya, Kuala Lumpur.Tel. : 03-4142 0773Faks : 03- 4142 0857

CCSC SAN PENGBlok 09-00-09 & 10 Flat Sri Selangor, Jalan San Peng, Kuala Lumpur.

CCSC KERINCHINo. 29, Tingkat 1 & 2, Jalan Pantai Murni 6, 54200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Tel. : 03-2283 4475

CCSC MALURINo. 192 ABC, Jalan Mahkota, Taman Maluri, 55100 Cheras, K. Lumpur.Tel. : 03-9282 8411Faks : 03-9283 8411

CCSC CHOW KITNo. 24A & 24B, Tingkat 1 & 2, Lorong Haji Taib 3, 50300 Kuala Lumpur.Tel. : 03-4041 0467

CCSC HULU SELANGORJKR 228, Jalan Syed Manshor,Kuala Kubu Baru, Selangor.Tel. : 03-60642435Faks : 03-60645496

CCSC AMPANGNo. 9A Jalan Wawasan 4/6,Bandar Baru Ampang,6800 Ampang, Selangor.Tel. : 03-42701387Faks : 03-42701385

CCSC GOMBAKNo. 9G, Bangunan Plaza UMNO,Jalan Batu Caves,68100 Batu Caves, Selangor.Tel. : 03-6185 7651Faks : 03-6185 7648

CCSC HULU LANGATNo. 1-1F & 1-1B,Jalan Hentian 1B, Kompleks Hentian Kajang,Jln Reko, 43000 Kajang.Tel. : 03-8733 7516Faks : 03-8734 9079

CCSC SEAPARK No. 6, Jalan 21/1 Seapark,46300 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan.Tel. : 03-7873 0640 Faks : 03-7873 0062

CCSC TAMPINBangunan Mahkamah Lama, 73000 Pulau Sebang, Tampin, Negeri Sembilan.Tel. : 06-441 5803Faks : 06-441 5808

CCSC PORT DICKSONBatu 12, Kg Teluk Pelanduk, 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan.Tel. : 06-662 5811 / 06-6621485Faks : 06-662 5816

CCSC KUALA PILAHNo. 14 Jalan Bukit, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Tel. : 06-481 5030Faks : 06-481 5040

CCSC SEREMBAN630, Jalan Dato' Kelana Makmur, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.Tel. : 06-763 5986Faks : 06-767 3921

CCSC JEMPOLBt. 38, Kg Serting Tengah, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan.Tel. : 06-498 2430Faks : 06-498 2431

CCSC ALOR GAJAHLot 1689 & 1690, Taman Melaka Perdana 178000 Alor Gajah, Melaka.Tel. : 06-556 1235Faks : 06-556 1235

CCSC MUARJKR 209, Jalan Timbalan, 84000 Muar, Johor.Tel. : 06-953 5062Faks : 06-955 5061

CCSC BATU PAHAT Aras 2, Bangunan Gunasama PersekutuanJalan Bakau Condong,83000 Batu Pahat, Johor. Tel. : 07-432 5316 / 07-4341220Faks : 07-433 9214

CCSC SEGAMATPKR 5, Jalan Awang, 85000 Segamat, Johor. Tel. : 07-9324082 / 07-9315822Faks : 07-9315822

CCSC PONTIANLorong Surau, Kg Rimba Terjun82000 Pontian, Johor.Tel. : 07-687 0000Faks : 07-688 2695

CCSC SEMBRONGNo. 9, Jln Lingkaran 5, Taman Sri Lambak,86000 Kluang, Johor.Tel. : 07-772 0879Faks : 07-772 0881

CCSC JOHOR BAHRUJalan Taruka, Larkin,80350 Johor Bahru. Johor,Tel. : 07-2381295Faks : 07-2341003

CCSC KOTA TINGGIJKR 115, Jalan Omar,89100 Kota Tinggi, Johor.Tel. : 07-883 5877 / 07-8835844Faks : 07-883 5866

CCSC KUANTANJKR 421, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang.Tel. : 09-5130821Faks : 09-5141884

CCSC JENGKABalairaya (F) Jengka 3,26400 Bandar Tun Razak, Jengka Pahang.Tel. : 09-477 4052 / 09-477 3706Faks : 09-477 3706

CCSC KUALA TERENGGANUTgkt. 1 Bangunan UMNO Kuala Terengganu Jalan Gong Kapas, 20200 Kuala Terengganu.Tel. : 09-6301280 / 09-6316126Faks : 09-6301282

CCSC HULU TERENGGANUNo 2 Taman Che Ngah, 21820 Ajil Hulu Terengganu,Terengganu Darul Naim.Tel. : 09-6862949Faks : 09-6862166

CCSC DUNGUNNJKR 140, Jalan Yahya Ahmad,Mukim Kuala Dungun,23000 Dungun, Terengganu. Tel. : 09-8484140

CCSC KUCHINGLot 123, Jalan Tan Sri Ong Kee Hui,Peti Surat 2347, 93300 Kuching, Sarawak.Tel. : 082-426415Faks : 082-427102

CCSC SRI AMANKuarters No. 262,Jalan Resedency, 95000 Sri Aman.

CCSC SANDAKANLot 1 & 2, Blok C2, Bandar Labuk Jaya Peti Surat 2347, 93300 Kuching, Sarawak.Tel. : 089-285 239

ALAMAT CCSC

JD006258 KULIT.indd 2 3/27/13 1:46:55 PM

Dari Meja EDITOREDITORAssalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana siri Majalah AADK Bil. 2/2012 dapat diterbitkan untuk tatapan umum. Penghargaan dan jutaan terima kasih turut ingin saya rakamkan kepada tenaga kerja penerbitan majalah ini iaitu warga di Unit Media & Komunikasi Korporat AADK iaitu Saad, Firdaus, Fazlim, Prakash dan Rashdan di samping beberapa orang penulis jemputan untuk siri kali ini. Tanpa usaha daripada mereka daripada mendapatkan berita, gambar yang menarik serta merekabentuk siri majalah pada kali ini, sudah pasti majalah AADK Bil. 2/ 2012 tidak akan berjaya diterbitkan.

Pejam celik, pejam celik, tahun 2012 bergerak begitu pantas meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit, manis dan pengal aman yang tidak ternilai. Begitu juga dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pelbagai pembaharuan telah dilaksanakan sama ada program dalam rawatan dan pemulihan mahupun pencegahan dadah. Kejayaan dikecapi oleh AADK sepanjang tahun 2012 dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan khususnya mereka yang terlibat dengan permasalahan dadah ini merupakan sesuatu yang begitu historikal dan bermakna dalam diri saya secara peribadi.

Bermula dengan Penambahan bilangan Cure and Care Service Centre (CCSC) dan Caring Community House (CCH) di beberapa tempat di seluruh negara, AADK turut melakar sejarah baru dalam rawatan dan pemulihan dadah dengan memperkenalkan kaedah rawatan Hipnoterapi yang diperkenalkan di Klinik Cure & Care 1Malaysia. Bukan itu sahaja, Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) atau dulunya dikenali sebagai PUSPEN (Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik) turut mengalami transformasi program ke atas penghuninya berkonsepkan Fun, Effective and Easy To Impliment. Di samping program berkenaan, AADK turut memberikan ruang dan peluang kepada klien dan penghuni bagi menonjolkan bakat terpendam mereka melalui penganjuran pelbagai pertandingan yang telah diadakan.

Tahun 2012 boleh disifatkan sebagai tahun penghargaan terhadap AADK. Ini kerana melalui transformasi yang digerakkan oleh pihak agensi, pelbagai pihak dari dalam mahupun luar negara mengiktiraf pendekatan yang dilaksanakan AADK sama ada melalui program rawatan dan pemulihan dadah ataupun sukarelawan antidadah SKUAD 1Malaysia. Delegasi United Nation on Drugs and Crime (UNODC) misalnya, telah mencadangkan agar negara anggota Asean Senior Official On Drug Matters (ASOD) ke-33 turut mempraktikkan pendekatan yang telah dilaksanakan oleh AADK melalui Klinik Cure & Care 1Malaysia kerana ia dilihat memenuhi hak asasi manusia. Bukan itu sahaja, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato’ Seri Dr. Ali Hamsa ketika lawatan beliau turut telah menyatakan bahawa AADK telah bergerak di landasan yang betul dan seiring Program Transformasi Kerajaan yang berkonsepkan Gagasan 1Malaysia : “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sebelum mengakhiri penulisan saya pada kali ini, saya berharap agar penerbitan Majalah AADK bil. 2/2012 akan dapat membantu menerangkan kepada masyarakat akan usaha yang telah dilaksanakan oleh AADK dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia yang terlibat dengan permasalahan dadah. Sehingga kita bertemu lagi di keluaran akan datang, kalam terakhir saya ingin memetik kata-kata cendekiawan barat William Jennings Bryan untuk direnungi bersama:

Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice; It is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved.

Sekian, Selamat Tahun Baru 2013.

Ikhlas daripada

Mohd. Amir Khusairi Bin Harun

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/2012

JD006258 Teks1.indd 1 3/27/13 2:17:28 PM

Agensi Antidadah Kebangsaan dan Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila Yang Berbahagia Dato' Sri Dr. Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara telah berkesudian mengadakan lawatan kerja ke klinik berkenaan. Turut sama hadir pada lawatan berkenaan ialah Yang Berbahagia Dato' Alwi Haji Ibrahim Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) serta Yang Berbahagia Puan Hasanah binti Abd. Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dari Kementerian Dalam Negeri. Pada lawatan singkat tersebut satu sesi taklimat berkenaan transformasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Puan Sri Dato' Zuraidah Haji Mohamed, Ketua Pengarah AADK.

Selesai sesi taklimat berkenaan, Yang Berbahagia Dato' Sri KSN dengan diiringi dif-dif kehormat serta Yang Berbahagia Puan Sri Dato' Ketua Pengarah AADK meneruskan aturcara lawatan kerja berkenaan dengan melawat sekitar kawasan klinik serta beramah mesra bersama klien yang sedang mengikuti program pemulihan di sini. Ketika ditemui, Yang Berbahagia Dato' Sri KSN telah menyatakan bahawa AADK telah bergerak di landasan yang betul dan seiring Program Transformasi Kerajaan yang berkonsepkan Gagasan 1Malaysia : “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan memastikan perkhidmatan yang disediakan dapat dirasai oleh rakyat. Majlis lawatan tersebut berakhir pada jam 2.00 petang dengan sesi penyampaian cenderahati kenang-kenangan oleh Yang Berbahagia Puan Sri Dato’ Zuraidah kepada Yang Berbahagia Dato' Sri KSN.

"Transformasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah membuka mata para deligasi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia" ujar YBhg. Tan Sri Lee Lam Thye ketika beliau berucap sempena lawatan kerja bersama 10 orang Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia ke Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi di sini. Pada ucapan yang sama, beliau turut berjanji akan membantu AADK bagi mempromosikan transformasi berkenaan dalam usaha membasmi masalah penagihan dadah di kalangan rakyat Malaysia.

Terdahulu pada lawatan tersebut, satu sesi taklimat transformasi AADK telah disampaikan oleh YBhg. Puan Sri Dato' Zuraidah Haji Mohamed, Ketua Pengarah AADK. Selesai sesi taklimat berkenaan, Yang Berbahagia Puan Sri Dato' Zuraidah meneruskan aturcara lawatan kerja berkenaan dengan mengiringi para deligasi melawat sekitar kawasan klinik serta beramah mesra bersama klien yang sedang mendapatkan rawatan dan pemulihan dadah di sini. Pada sesi berkenaan, para deligasi ternyata kagum dengan pembaharuan yang telah dilaksanakan AADK dalam menyediakan program rawatan dan pemulihan dadah yang dilihat lebih menjaga hak asasi manusia berbanding 28 tahun yang lalu.

"Pendekatan AADK mewujudkan klinik ini bagi penagih dadah mendapat perkhidmatan secara sukarela dalam rawatan dan pemulihan dadah adalah kaedah terbaik" tambah Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye lagi. Majlis lawatan kerja berkenaan berakhir pada jam 1.00 petang dengan sesi penyampaian cenderahati kepada Yang Berbahagia Tan Sri Lee Lam Thye dan juga para exco yayasan oleh YBhg. Puan Sri Dato' Zuraidah.

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/20121

JD006258 Teks1.indd 2 3/27/13 2:17:55 PM

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/2012 2

JD006258 Teks1.indd 3 3/27/13 2:17:57 PM

Bagi menangani masalah gelandangan serta kanak-kanak jalanan, semua pihak sama ada agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) perlu memainkan peranan bersama. Perkara tersebut dinyatakan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri ketika beliau mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah perlindungan di sekitar Chow Kit. “Kita perlu menggunakan satu formula bagi mengatasi semua masalah ini,” ujar beliau lagi. Ketika ditanya mengenai tindakan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi mengatasi masalah tersebut, beliau menjelaskan bahawa perkara tersebut telah dimaklumkan kepada kabinet untuk diletakkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan ia akan menjadi agenda utama dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) Fasa Kedua.

“Di peringkat KDN, antara jabatan yang akan terlibat dalam menangani masalah ini ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menguruskan permohonan sijil lahir serta Mykad mereka. Manakala AADK akan bertindak melalui program pencegahan dadah,” jelas beliau lagi. Bukan itu sahaja beliau turut memaklumkan bahawa KDN akan menyerapkan sukarewalan Skuad Muda KDN untuk bersama kementerian menangani masalah tersebut.Pada sesi yang berasingan, YB Dato’ Seri Hishammuddin turut memuji AADK melalui pembentukan sukarelawan antidadah. Semangat yang ditunjukkan oleh SKUAD 1Malaysia yang diperlukan oleh kerajaan. Ia seiring hasrat YAB Perdana Menteri ketika beliau mengisytiharkan tahun 2013 sebagai tahun kesukarelawan.

1 Formula Untuk Semua

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/20123

YBhg. Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di bawah kepimpinan YBhg. Puan Sri Dato’ Zuraidah Haji Mohamed Ketua Pengarah AADK kerana berjaya merealisasikan transformasi yang memberikan impak besar sehingga ke peringkat antarabangsa. YBhg. Dato’ Abdul Rahim berkata demikian ketika beliau mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat AADK.

Terdahulu pada sesi lawatan kerja singkat itu, YBhg. Puan Sri Dato’ Zuraidah Hj. Mohamed, Ketua Pengarah AADK telah menyampaikan taklimat berkenaan operasi AADK dan transformasi agensi kepada YBhg. Dato’ Sri Abdul Rahim.

Lawatan kerja ini merupakan lawatan sulung beliau ke AADK sejak memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha KDN pada 19 Mei 2012. Pada ucapan yang sama, beliau turut mengiktiraf SKUAD 1Malaysia sebagai sebuah pasukan sukarelawan yang terbaik.

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/2012 4

JD006258 Teks1.indd 4 3/27/13 2:18:11 PM

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/2012 5

JD006258 Teks1.indd 5 3/27/13 2:18:12 PM

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka dan Caring Community House (CCH) Padang

Temu, Melaka telah menerima kunjungan hormat dari YBhg.

Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohd Radzi Ketua Setiausaha

(KSU) Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini. Lawatan

tersebut juga turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha

(Keselamatan) YBhg. Dato’ Alwi bin Haji Ibrahim serta

beberapa pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri.

Pengarah AADK Melaka Pn. Maizura binti Zakaria

mengiringi ketibaan YBhg Dato’ Sri KSU serta seluruh

kakitangan AADK Melaka amat mengalu-alukan lawatan

YBhg Dato’ Sri KSU yang berbesar hati mengunjungi CCH

Padang Temu sambil melihat aktiviti yang dijalankan.

Lawatan tersebut telah menyemarakkan lagi semangat

kakitangan AADK Negeri Melaka untuk terus berjaya dan

tabah menghadapi tugasan yang diamanahkan. Dalam

ucapan beliau, YBhg. Dato’ Sri Abdul Rahim melahirkan

rasa terharu dan bangga kerana sambutan sokongan

komuniti dari semua golongan termasuk peringkat jabatan

di bawah KDN turut hadir dalam menjayakan lawatan

berkenaan. “Kewujudan CCH ini dapat membantu

masyarakat bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang

transformasi AADK terutamanya perkhidmatan Rawatan

dan Pemulihan Dadah yang dilaksanakan oleh AADK yang

lebih terbuka dan sukarela.” Ucap beliau lagi.

“Pendekatan berkonsepkan prihatin yang dilaksanakan oleh Malaysia menjadikan ia suatu keunikan dan amat mengagumkan”, jelas Mr. Gary Lewis dari United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) Regional Centre for East Asia and the Pacific ketika beliau ditanya semasa mengadakan lawatan ke Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi.Turut sama dalam sesi lawatan berkenaan ialah 55 orang delegasi yang terdiri daripada wakil-wakil negara anggota mesyuarat 2nd Regional Consultation On Compulsory Centres For Drug Users (CCDUs) In Asia And The Pacific seperti Kemboja, China, Indonesia, Myanmar, Philippines, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Lawatan tersebut diadakan bagi memberi peluang kepada para delegasi untuk melihat sendiri dengan lebih dekat pelaksanaan transformasi program rawatan dan pemulihan dadah yang dilaksanakan melalui Klinik Cure & Care 1Malaysia yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Mr. Gary Lewis dalam ucapan beliau turut meminta agar para delegasi yang hadir pada sesi lawatan berkenaan mengadaptasikan pendekatan yang diambil oleh Malaysia yang berkonsepkan terbuka ini yang ditawarkan sejak ia diperkenalkan.

Terdahulu para delegasi telah mengadakan mesyuarat 2nd Regional Consultation On Compulsory Centres For Drug Users (CCDUs) In Asia And The Pacific yang berlangsung di Hotel The Royale Chulan, 5 Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh YB Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah mesyuarat pada kali kedua ini adalah hasil keputusan dan persetujuan ahli mesyuarat First Regional Consultation Centres for People Who Use Drugs (CCDUs) yang diadakan di Bangkok, Thailand pada bulan Disember 2010. Pada edisi berkenaan mesyuarat telah dicadangkan agar United Nation Office on Drugs and Crime (UNODC), Joint United Nations Programme on HIV/AIDS (UNAIDS), World Health Organisation (WHO), dan United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (ESCAP) mempelajari pembaharuan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah yang diperkenalkan oleh Malaysia melalui Klinik Cure & Care 1Malaysia.

Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi telah menerima kehadiran seramai 40 orang pegawai peringkat pengurusan yang terdiri daripada Pegawai Undang-Undang, Pegawai Sumber Manusia, Pegawai Perancangan dan Polisi serta Pegawai Teknikal dari Office on the Narcotics Control Board (ONCB), Thailand. Lawatan yang dianjurkan ini bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan dan pengalaman pegawai-pegawai ONCB berkaitan masalah dadah serta membuat pemerhatian terhadap pelaksanaan polisi rawatan dan pemulihan di Malaysia.

Di samping itu, lawatan ini juga dilihat sebagai proses bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama dalam mengawal masalah dadah di antara Thailand dan Malaysia. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Timbalan Pengarah Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi En. Mohd Azizi bin Salleh yang kemudiannya telah membawa delegasi untuk melawat keseluruhan fasiliti yang terdapat di klinik tersebut. Sepanjang lawatan, delegasi telah menunjukkan rasa minat yang mendalam serta mengajukan soalan-soalan berkaitan penubuhan Klinik Cure & Care 1Malaysia serta model rawatan dan pemulihan yang disediakan untuk klien.

Bagi memastikan penjelasan yang lebih mendalam kepada delegasi yang hadir, taklimat ringkas berkaitan pakej rawatan dan model Cure & Care telah turut disampaikan diikuti dengan sesi soal-jawab. Kebanyakan delegasi telah merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk melihat sendiri program rawatan dan pemulihan yang dijalankan di Klinik Cure & Care 1Malaysia dan berharap pengetahuan yang diperolehi dapat diaplikasikan di negara mereka. Sesi lawatan telah diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati oleh kedua-dua agensi.

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/20125

JD006258 Teks1.indd 6 3/27/13 2:18:28 PM

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/2012 6

JD006258 Teks1.indd 7 3/27/13 2:18:29 PM

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah dipertanggungjawabkan bagi mempengerusikan Mesyuarat Asean Senior Official On Drug Matters (ASOD) kali ke-33 bermula pada 25 – 27 September 2012. Mesyuarat yang dihadiri wakil dari 14 delegasi ASEAN berlangsung di Swiss Garden Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Alwi bin Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri.

Mesyuarat ASOD merupakan mesyuarat tahunan yang dihadiri oleh Pegawai Kanan Kerajaan Negara-Negara ASEAN yang bertanggungjawab dalam menangani permasalahan dadah di negara masing-masing. Bagi delegasi Malaysia, ia akan diwakili oleh beberapa orang Pegawai Kanan AADK, JSJN, Kastam Diraja Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Selain daripada meningkatkan kerjasama di antara negara-negara ASEAN dalam penguatkuasaan undang-undang, pendidikan pencegahan dan inisiatif-inisiatif menangani permasalahan dadah, ia dijadikan sebagai platform untuk bertukar-tukar pandangan, pengalaman dan perkongsian Amalan Terbaik dalam bidang penguatkuasaan undang-undang, pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan, kaji selidik (research) dan penanaman alternatif rantau ASEAN. Agenda utama Mesyuarat ke-33 ASOD pada kali ini ialah mengenai Laporan Kajian Separuh Penggal (Mid-Term Review) terhadap pencapaian Pelan Tindakan ASOD dalam merealisasikan visi ASEAN Bebas Dadah menjelang tahun 2015.

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/20127

JD006258 Teks1.indd 8 3/27/13 2:19:11 PM

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/2012 8

JD006258 Teks1.indd 9 3/27/13 2:19:13 PM

Pertandingan Akhir Lukisan Batik Dekorasi Dinding Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya di Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur. Sebanyak 72 penyertaan diterima pada peringkat saringan yang terdiri daripada klien Klinik Cure & Care 1Malaysia, penghuni Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) dan Cure and Care Vocational Centre (CCVC). Namun setelah dinilai oleh para juri profesional, hanya 30 orang peserta yang layak ke peringkat akhir.

Pertandingan ini diadakan sebagai satu penghargaan dan galakan kepada klien agar terus menggunakan kebolehan dan kemahiran dalam bidang seni batik serta menjadi motivasi kepada para peserta untuk kembali berfungsi di dalam masyarakat. Selain itu, pertandingan yang diadakan ini turut dapat meningkatkan keyakinan klien/penghuni dengan kemampuan diri dan bakat yang dimiliki, di samping menjadikan pertandingan seperti ini sebagai platform kepada mereka untuk mempamerkan kemahiran serta meningkatkan potensi diri dalam bidang yang diminati serta dapat menjadikannya sebagai sumber pendapatan kelak setelah tamat mengikuti rawatan dan pemulihan dadah.

Majlis Penutup Pertandingan Akhir Lukisan Batik Dekorasi Dinding Peringkat Kebangsaan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Sri Dato’ Zuraidah Haji Mohamed Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Pada majlis tersebut, YBhg. Puan Sri Dato’ Zuraidah turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang edisi kali pertama ini.

Johan Pertandingan telah dimenangi oleh Ambran bin Mohamed Sharif, dari CCRC Serendah. Manakala Naib Johan pula disandang oleh Mohd Sabri bin Ari�n, CCRC Muar dan tempat ketiga jatuh kepada Abd Rahman bin Abd Rahim dari CCRC Batu Kurau. Ketiga-tiga pemenang ini telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai, tro� dan sijil penyertaan.

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/20129

JD006258 Teks1.indd 10 3/27/13 2:20:27 PM

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/2012 10

JD006258 Teks1.indd 11 3/27/13 2:20:33 PM

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/201211

JD006258 Teks1.indd 12 3/27/13 2:20:47 PM

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/2012 12

JD006258 Teks2.indd 13 3/27/13 2:45:41 PM

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/201213

JD006258 Teks2.indd 14 3/27/13 2:46:23 PM

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/2012 14

JD006258 Teks2.indd 15 3/27/13 2:46:27 PM

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/201215

JD006258 Teks2.indd 16 3/27/13 2:46:59 PM

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/2012 16

JD006258 Teks2.indd 17 3/27/13 2:47:00 PM

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/201217

JD006258 Teks2.indd 18 3/27/13 2:47:16 PM

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/2012 18

JD006258 Teks2.indd 19 3/27/13 2:47:18 PM

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/201219

JD006258 Teks2.indd 20 3/27/13 2:47:32 PM

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/2012 20

JD006258 Teks2.indd 21 3/27/13 2:47:35 PM

Antara Inovasi Terbaik 2012

CCSC CHOW KIT

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/201221

JD006258 Teks2.indd 22 3/27/13 2:47:54 PM

Antara Inovasi Terbaik 2012

CCSC CHOW KIT

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/2012 22

JD006258 Teks2.indd 23 3/27/13 2:47:56 PM

Majalah AADK Edisi 2012 Bil. 2/201224

KLINIK CURE & CARE 1MALAYSIA

MINI KLINIK CURE & CARE 1MALAYSIA

ALAMAT

JD006258 Teks2.indd 24 3/27/13 2:47:57 PM