Transcript

ENURMAYA [email protected]

MASALAH kegemukan dan kehidu-pan yang tidak aktif di kalangan golo-ngan pertengahan umur dan warga tuamerupakan punca utama yangmenyebabkan meningkatnya sakit sendilutut atau osteoartritis.

Justeru, golongan tersebut diingatkansupaya rajin bersenam dan mengamal-kan pemakanan sihat untuk mencegahpenyakit ini.

Itulah antara pesan ahli fisioterapi ka-nan, Encik Ahmad Zaki Hairodin, daripa-da Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Encik Zaki merupakan antara pence-ramah di seminar kesihatan anjuran Beri-ta Harian dengan kerjasama TTSH - Si-hat Banyak Untungnya – yang diadakandi Auditorium Singapore Press Holdings(SPH) di Toa Payoh North, semalam.

Penceramah-penceramah lain dalamseminar yang dihadiri oleh lebih 250 pe-serta ialah konsultan klinik gigi TTSH,Dr Chung Tze Onn; konsultan JabatanOtorinolaringologi (Telinga, Hidung dantekak) TTSH, Dr Ho Eu Chin; dan kon-sultan Jabatan Ortopedik TTSH, Pe-nolong Profesor Adjung Hitendra K.Doshi.

Seminar itu turut menawarkan peme-riksaan kesihatan percuma kepada peser-ta yang hadir seawal lapan pagi.

Encik Zaki berkongsi bahawa lebih ra-mai wanita mengalami sakit sendi lututberbanding kaum lelaki.

“Ramai pesakit berjumpa doktor sete-lah lanjut sakitnya. Saya akan memberinasihat dan maklumat bagaimanahendak bersenam untuk menguatkanotot-otot dan menurunkan berat badan,”ujar beliau.

Lantaran itu, Encik Zaki telah menun-jukkan beberapa jenis senaman yang se-suai bagi mereka yang sudah mengalamipenyakit ini dengan bantuan seorangsukarelawan, Encik Suginin Mohd Taib,juga salah seorang peserta seminar kesi-hatan ini.

Encik Suginin, 59 tahun, seorang pe-kerja penghantaran, tertarik dengantopik berkenaan sakit sendi lutut dalamseminar kesihatan ini.

“Isteri saya mengalami masalah sendiotot yang sakit. Menerusi penerangan En-cik Zaki, saya ketahui cara-cara men-guatkan otot dan mempertingkatkankecergasan saya dan isteri.”

Sementara itu, Dr Doshi mengingatkanpara peserta bahawa masalah sendi bolehmenjejas kehidupan harian seseorang.

Dari segi ortopedik, sendi artritis mero-sot dan kerapuhan tulang merupakan ha-langan terbesar dalam menjalankan ke-hidupan harian yang aktif.

Lantas, ia penting untuk mencegah danmerawati penyakit tersebut.

Beliau menerangkan bahawa ada pel-bagai rawatan pembedahan yang dapatmembantu pesakit menjalankan hidup har-ian dengan lebih selesa.

Sebagai contoh, salah seorang pesakit-nya, Encik Abdul Majid Moulabas, yangtelah menjalani pembedahan penggantiansendi turut berkongsi manfaat menjalanirawatan itu.

Encik Abdul Majid, 65 tahun, seorangpeniaga agensi pelancongan, berkata:

“Saya telah menjalani pembedahanpenggantian sendi 17 hari lalu setelah sen-di rasa sakit sejak dua tahun lalu. Kalaudahulu, saya tidak suka ikut isteri saya per-gi berjalan, sekarang saya boleh kembaliaktif.”

ENUR ADILAH MAHBOB

[email protected]

SEBANYAK lima masjid dandua institusi masyarakat mula me-nerima pulangan daripada pelabu-ran mereka dalam projek wakafRed House di Katong.

Sejumlah $67,500 dalam bentukhibah diagihkan oleh anak syarikatMajlis Ugama Islam Singapura(Muis), Warees Investments, kepa-da pelabur di bawah satu skim pela-buran inovatif.

Skim yang dinamakan inisiatifpelaburan institusi (3I) itu membo-lehkan institusi seperti masjid danbadan masyarakat membiayai bersa-ma kos binaan semula projek TheRed House, atau melabur dalamunit perumahan projek berkenaan.

Di bawah 3I, lima masjid –Masjid An-Nur, Masjid Al-Mukmi-nin, Masjid Darul Ghufran, MasjidHaji Muhammad Salleh (PalmerRoad) dan Masjid Assyakirin – ma-sing-masing melabur $1 juta (ber-jumlah $5 juta) bagi membiayai ber-sama kos binaan The Red House.

Masjid akan mendapat hibah se-

banyak 2.1 peratus setahun, atausejumlah $42,000 bagi setiap masjiddalam tempoh dua tahun.

Menurut kenyataan Warees, se-tiap masjid itu menerima bayaranpertama sebanyak $5,250 dalammajlis pengagihan yang dijalankandi Masjid Al-Mukminin di JurongEast semalam.

Masjid akan menerima bayaransebanyak lapan kali.

Di akhir dua tahun, modal $1 ju-ta akan dikembalikan kepadamasjid.

Dua lagi institusi masyarakatyang melabur dalam 3I ialah WakafIlmu dan Dana Pembangunan.

Wakaf Ilmu, sebuah dana endow-men untuk menyokong pendidikanmadrasah di Singapura, melabur$2.71 juta, dan menerima bayaranpertama sebanyak $28,500.

Dana Pembangunan, sebuahdana daripada masjid dan Muis, pu-la melabur $1.04 juta, dan meneri-ma bayaran pertama sebanyak$10,900.

Di akhir tempoh pelaburan itu,dua institusi ini akan menyalurkanmodal mereka untuk membeli unitdi Red House untuk disewakan.

Wakaf Ilmu akan membeli duaunit, manakala Dana Pembangunanakan membeli satu unit.

Dua lagi institusi, Amanah AmalYal Saif dan Jawatankuasa Penguru-san Madrasah Aljunied Al-Islamiah,pula masing-masing membeli duaunit untuk disewakan.

Hasil sewa dijangka 3.5 peratussetiap tahun.

Projek Red House merupakanprojek pertama di bawah Skim Pen-ingkatan Wakaf (WRS) dengan nilaiaset hartanah wakaf dipertingkat un-tuk meraih lebih banyak pendapa-tan demi menambah manfaat kepa-da penerima hasil wakaf.

Apabila siap pada 2016, ia akanmempunyai 42 unit perumahan danenam unit komersial bagi tempohpajakan 99 tahun.

“Dengan kejayaan 3I, Warees In-vestments akan meninjau apakahmodel pelaburan dan pembiayaanseperti ini dapat diluaskan kepadaprojek WRS pada masa depan, bagimelibatkan masjid dan institusimasyarakat dalam usaha mengem-bangkan portfolio wakaf kami,” ka-ta Warees.

Senam, makan sihat elak sakit lutut

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akanmengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Turkey ber-mula hari ini hingga Rabu.

Dari Turkey, Encik Lee kemudian akan ke Milan, Ita-ly, bagi menghadiri Sidang Puncak MesyuaratAsia-Eropah (ASEM) ke-10 dari Khamis hingga Jumaat.

Di Turkey, Encik Lee akan melawat Ankara danIstanbul. Di Ankara, beliau akan menemui Presiden Tur-key, Encik Recep Tayyip Erdogan, dan Perdana Ment-eri, Encik Ahmet Davutoglu.

Encik Lee juga akan dijamu ma-kan tengah hari oleh Timbalan Per-dana Menteri, Encik Ali Babacan,dan makan malam oleh Encik Da-vutoglu.

Di Istanbul pula, Encik Leeakan menemui pemimpin syarikatterkemuka Turkey dan menghadi-ri majlis makan malam yang dihos-kan oleh Mayor Istanbul, EncikKadir Topbas.

Sempena lawatan Encik Lee keTurkey, International Enterprise (IE) Singapore dan Per-sekutuan Perniagaan Singapura (SBF) akan menganjur-kan misi promosi perniagaan Singapura ke Turkey.

Di Milan, beliau akan menyertai pemimpin Asia danEropah yang lain dalam menghadiri Sidang PuncakASEM ke-10.

Dengan tema “Perkongsian Bertanggungjawab un-tuk Pertumbuhan Berkekalan dan Keselamatan”,pemimpin ASEM akan bertukar pandangan mengenaiisu global dan serantau yang sekepentingan, dan mem-bincangkan cara meluaskan kerjasama antara Asia danEropah.

Di samping itu, Encik Lee akan mengambil peluanguntuk bertemu dengan pemimpin ASEM yang lain, sertapemimpin perniagaan Italy yang terkemuka.

Isteri Encik Lee, Cik Ho Ching, akan menemani be-liau di Turkey dan Milan.

Untuk lawatan ke Turkey, PM Lee akan turut diiringiMenteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Lim HngKiang; Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkapPengangkutan), Cik Josephine Teo; serta Anggota Parli-men Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) dan EncikZaqy Mohamad (GRC Chua Chu Kang).

Di Milan, Encik Lee akan disertai Menteri di PejabatPerdana Menteri merangkap Menteri Kedua Sekitarandan Sumber Air dan Menteri Kedua Ehwal Luar, CikGrace Fu.

Semasa ketiadaan Encik Lee, Timbalan Perdana Men-teri merangkap Menteri Penyelaras Keselamatan Na-sional dan Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik TeoChee Hean, akan menjadi Pemangku Perdana Menteri.

5 masjid mula raih hasil pelaburanprojek wakaf Red House

PM lawatTurkey

dan Milan

IKUTI KAMI DI

Berita HarianSingapura

@BeritaHarianSG

PM LEE: Turut hadiriASEM di Milan.

PELABURAN BERHASIL: (Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Warees, Encik Zaini Osman; Pengerusi Masjid An-Nur Haji AbdulRahim Mawasi; Pengerusi Lembaga Pengarah Warees, Encik Haider Sithawalla; Pengerusi Masjid Al-Mukminin, Haji AbdulRahman Bakar; Penolong Bendahari Masjid Darul Ghufran, Haji Abdul Hamid Osman; Pengerusi Masjid Assyakirin, UstazSuhaimi Mustar; Bendahari Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer Road), Haji Mohd Noor Haron; meninjau model The RedHouse. – Foto WAREES

SEMINAR KESIHATAN ANJURAN BH DENGAN KERJASAMA TTSH

20AHAD, 12 OKTOBER 2014 (17 ZULHIJAH 1435)

INGIN LEBIH TAHU: Salah seorang peserta seminar kesihatan mengajukan pertanyaan. Lebih 250 peserta menghadirinya – Foto-foto TAUFIK A.KADER

CARA KUATKAN OTOT: Ahli fisioterapi kanan dari TTSH, Encik Ahmad Zaki (kiri),menunjukkan cara melakukan senaman khusus bagi menguatkan otot-otot kepadasalah seorang peserta, Encik Suginin Mohd Taib, di Seminar Kesihatan BeritaHarian, semalam.

Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.

Top Related