2.0 edisi 2013 pidato piala diraja ms17-29

16
17 PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP EDISI 2013 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAH EDISI 2013

Upload: muhamadkamil385

Post on 13-Aug-2015

186 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2.0 Edisi 2013 Pidato Piala Diraja Ms17-29

17

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

KERTAS KONSEPKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PIDATO PIALA DIRAJA

SEKOLAH RENDAHEDISI 2013

  

Page 2: 2.0 Edisi 2013 Pidato Piala Diraja Ms17-29

17

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

EDISI 2013

1.0 Pengenalan

Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.

1.1 Objektif Pertandingan

1.1.1 Membina keyakinan diri.1.1.2 Meluaskan pengetahuan.1.1.3 Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.1.1.4 Memupuk semangat patriotisme.1.1.5 Menjana daya saing secara positif.

2.0 Peserta

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahap DUA(2) sekolah rendah bantuan kerajaan.

3.0 Peringkat Pertandingan

Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :-

3.1 Peringkat Daerah

3.1.1 Semua Pejabat Pelajaran Daerah/Bahagian diminta mengendalikan pertandingan di peringkat ini.

3.1.2 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili daerah/bahagian ke pertandingan di peringkat negeri.

3.2 Peringkat Negeri

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 3: 2.0 Edisi 2013 Pidato Piala Diraja Ms17-29

17

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

3.2.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

3.2.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.

3.2.3 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan.

3.2.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan.

3.3 Peringkat Kebangsaan

3.3.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

3.3.2 SEORANG(1) peserta dari setiap negeri akan mewakili negeri masing-masing ke pertandingan peringkat kebangsaan.

3.3.3 Setiap peserta hendaklah diiringi oleh SEORANG(1) guru pembimbing dan seorang pegawai pengiring.

4.0 Format Pertandingan

Pertandingan dijalankan dalam DUA(2) bahagian dan setiap peserta wajib bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Jawatankuasa Pertandingan di hadapan semua peserta. Pengacara majlis dan peserta pidato TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masing-masing.

4.1 Bahagian Pertama

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan. Tajuk akan diberi TIGA (3) minggu sebelum pertandingan.

4.2 Bahagian Kedua

4.2.1 Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama .

4.2.2 Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 4: 2.0 Edisi 2013 Pidato Piala Diraja Ms17-29

17

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

4.2.3 Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang

disediakan di meja ketua hakim dan menyerahkannya kepada juru acara tanpa membuka sampul tersebut.

4.2.4 Juru acara akan membaca tajuk tersebut apabila peserta telah

berada di atas pentas.

4.2.5 Masa persediaan SATU (1) minit bermula sebaik sahaja juru acara selesai membacakan tajuk pidato spontan.

4.2.6 Semasa persediaan di pentas, peserta tidak dibenarkan mendapat bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat elektronik.

4.2.7 Loceng akan dibunyikan sekali menandakan bermulanya masa persedian dan DUA(2) kali menandakan tamatnya masa persediaan dan bermulanya masa pidato spontan.

4.2.8 Peserta tidak dibenarkan memulakan pidato spontan sebelum tamatnya masa persediaan.

4.3 Syarat-syarat Pertandingan

4.3.1 Peserta diberi masa LIMA(5) minit untuk pidato bahagian pertama, dan TIGA(3) minit untuk pidato bahagian kedua.

4.3.2 Loceng akan dibunyikan sekali, SATU(1) minit sebelum tamat, dan DUA(2) kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan.

4.3.3 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.

4.3.4 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

4.3.5 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

4.3.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana SATU(1) daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 5: 2.0 Edisi 2013 Pidato Piala Diraja Ms17-29

17

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

4.3.7 Peserta pidato dikehendaki menggunakan pakaian seragam sekolah/blazer/pakaian kebangsaan yang tidak menunjukkan identiti sekolah. Pakaian mestilah sopan dan sesuai.

4.3.8 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.

4.4 Pemilihan Tajuk

4.4.1 Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri

Jawatankuasa setiap peringkat boleh menetapkan tajuk atau membenarkan peserta memilih tajuk pidato Bahagian Pertama berdasarkan isu-isu semasa yang tersiar dalam media massa negara. Tajuk Bahagian Kedua ditetapkan oleh Jawatankuasa setiap peringkat berdasarkan isu-isu semasa yang tersiar dalam media massa negara.

4.4.2 Peringkat Saringan, Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan

4.4.2.1 Tajuk pidato bahagian pertama dan kedua di peringkat ini disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

4.4.2.2 Tajuk pidato bahagian pertama akan dihantar kepada peserta negeri tiga(3) minggu sebelum Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

4.4.2.3 Tajuk pidato bahagian kedua di peringkat ini ditentukan secara undian oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

4.4.2.4 ENAM BELAS(16) orang peserta mewakili setiap negeri akan betanding dalam peringkat saringan. ENAM(6) orang peserta akan dipilih ke peringkat separuh akhir. TIGA(3) orang peserta terbaik dipilih untuk ke pertandingan akhir peringkat kebangsaan.

4.5 Peraturan Pemarkahan

4.5.1 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama

4.5.1.1 Idea / Isi (30 markah)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 6: 2.0 Edisi 2013 Pidato Piala Diraja Ms17-29

17

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data/bahan yang tepat/logik sebagai peneguh huraiannya.

Panduan Pemarkahan

Idea/isi tepat – 2 markah Huraian – 4 markah Data / contoh – 3 markah Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 9 markah (9m x 3 = 27 markah + 3 markah takrifan tajuk = 30 markah).

4.5.1.2 Bahasa (20 markah)

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

4.5.1.3 Penyampaian dan Persembahan (50 markah)

4.5.1.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan menjejaskan markah persembahan)

4.5.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan markah persembahan)

4.5.1.3.3 Peserta pidato WAJIB memberikan salam terlebih dahulu sebelum memulakan pidato. Peserta juga digalakkan memberikan kata alu-aluan selepas memberi salam. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/menunjukkan pelakuan/ tutur kata yang kurang sopan.

4.5.2 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)

4.5.2.1 Isi (40 markah)

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan dua idea/isi. Idea/isi hendaklah bernas/logik dan dihurai dengan jelas.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 7: 2.0 Edisi 2013 Pidato Piala Diraja Ms17-29

17

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

Panduan Pemarkahan

Idea / isi – 5 markahHuraian – 10 markahData / contoh – 4 markahMarkah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah (19m x 2 = 38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40 markah).

4.5.2.2 Bahasa (30 markah)

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas dan baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

4.5.2.3 Penyampaian dan Persembahan (30 markah)

4.5.2.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan menjejaskan markah persembahan)

4.5.2.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan markah persembahan)

4.5.2.3. Peserta pidato WAJIB memberikan salam terlebih dahulu sebelum memulakan pidato. Peserta juga digalakkan memberikan kata alu-aluan selepas memberi salam. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/menunjukkan pelakuan/ tutur kata yang kurang sopan.

4.6 Panduan Kepada Panel Hakim

4.6.1 Peserta pidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea, bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh dengan reaksi emosi/tepuk sorak penyokong.

4.6.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yang membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 8: 2.0 Edisi 2013 Pidato Piala Diraja Ms17-29

17

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana satu daripadanya) sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

4.6.3 Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM JURI.

4.6.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

5.0. Tarikh Pertandingan

5.1Peringkat Daerah :5.2Peringkat Negeri :5.3Peringkat Saringan Kebangsaan

Tempat :5.4Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan :

Tempat : 5.5Peringkat Akhir Kebangsaan :

Tempat :

6.0 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan Pelajaran Negeri.

Jawatankuasa pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa,

7.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 9: 2.0 Edisi 2013 Pidato Piala Diraja Ms17-29

17

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAANBORANG PENGHAKIMAN BAHAGIAN PERTAMA

(UNTUK KEGUNAAN HAKIM SAHAJA – TIDAK PERLU SERAH PADA KETUA HAKIM

Masa : 5 minit Idea/ Isi(30 markah)

Bilangan Idea/IsiIdea/Isi

(2 markah)Huraian

(4 markah)Contoh/Data(3 markah)

Jumlah

Peserta akan diadili dari segi:-idea/ isi yang bernas-huraian yang jelas-data / contoh yang tepat/logik-Maksimum 3 idea/isi

Idea/ Isi 1

Idea/Isi 2

Idea/Isi 3

Takrifan tajuk Markah maksimum 3

Jumlah markah idea/isi dan takrifan

Bahasa(20 markah)

Peserta akan diadili dari segi:- bahasa yang jelas- bahasa baku- gaya bahasa yang berkesan/ tepat

Tatabahasa (10 markah)

Gaya bahasa yang berkesan (5 markah)

Bahasa baku (5 markah)

Jumlah markah bahasa

Penyampaian , persembahan , adab dan bonus.(50 markah)Peserta akan diadili dari segi:-kepetahan-kelancaran-intonasi suara-gaya yang menarik/berkeyakinan-dapat mempengaruhi/menarik perhatian audien-susunan idea/isi

Adab .Peserta akan akan dipotong 5 markah maksimum jika :-- menyentuh isu sensitif- menggunakan bahasa yang kurang sopan- tidak sempat membuat kesimpulan

Bonus Peserta akan diadili dari segi persembahan keseluruhan, kesopanan dan penampilan diri

Kepetahan, kelancaran, dan intonasi suara ( 10 markah)

Penyampaian/persembahan yang menarik (10 markah)

Susunan idea/isi (10 markah)

Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan menarik perhatian audien (10 markah)

Adab (5 markah)

Bonus (5 markah)

Jumlah markah persembahan , penyampaian, adab dan bonus

Jumlah markah keseluruhan : 100 %Disahkan oleh:

Tandatangan:………………………………………. Nama Hakim :.............................

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Giliran : …………

Page 10: 2.0 Edisi 2013 Pidato Piala Diraja Ms17-29

17

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN BORANG PENGHAKIMAN BAHAGIAN KEDUA (SPONTAN)

(UNTUK KEGUNAAN HAKIM SAHAJA – TIDAK PERLU SERAH PADA KETUA HAKIM Giliran

Bahagian Kedua : 3 minit ................

Disahkan oleh:Tandatangan:………………………………………. Nama Hakim:.......................................................

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Isi(40 markah)

Bilangan Idea/isiIdea/Isi

(5 markah)Huraian

(10markah)Contoh/Data

(4markah)Jumlah

Peserta akan diadili dari segi:-idea/ isi yang bernas-huraian yang jelas-data / contoh yang tepat/logik-Maksimum 3 idea/isi

Isi 1

Isi 2

Takrifan tajuk (2m) Markah maksimum 2

Jumlah markah idea/isi

Bahasa(30 markah)

Peserta akan diadili dari segi:- bahasa yang jelas- bahasa baku- gaya bahasa yang berkesan/ tepat

Tatabahasa (10 markah)

Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)

Sebutan bahasa (10 markah)

Jumlah markah bahasa

Penyampaian ,persembahan , adab dan bonus.(30 markah)Peserta akan diadili dari segi:-kepetahan-kelancaran-intonasi suara-gaya yang menarik/berkeyakinan-dapat mempengaruhi/menarik perhatian audien-susunan idea/isi

Adab .Peserta akan akan dipotong 5 markah maksimum jika :-- menyentuh isu sensitif- menggunakan bahasa yang kurang sopan- tidak sempat membuat kesimpulan

Bonus .Peserta akan diadili dari segi persembahan keseluruhan, kesopanan dan penampilan diri

Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara menyakinkan ( 5 markah)

Gaya yang menarik (5 markah)

Isi yang tertib (5 markah)

Penyampaian isi yang tersusun atau teratur (5 markah)

Adab (5 markah)

Istimewa (5 markah)

Jumlah markah persembahan , penyampaian, adab dan bonus

Jumlah markah keseluruhan : 100 %

Page 11: 2.0 Edisi 2013 Pidato Piala Diraja Ms17-29

17

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAANBORANG RUMUSAN HAKIM

(Diisi oleh semua Hakim)

Giliran Peserta

Markah Pidato Bahagian Pertama

Markah Pidato Bahagian kedua

(spontan)Jumlah Kedudukan

Tandatangan: ...................................

Nama Hakim :..................................... Tarikh :...........................

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 12: 2.0 Edisi 2013 Pidato Piala Diraja Ms17-29

17

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAANBORANG RUMUSAN KETUA HAKIM

(Diisi oleh Ketua Hakim)

GiliranPeserta

KEDUDUKAN PESERTA

Hakim 1

Hakim 2

Hakim 3

Hakim 4

Hakim 5

CatatanKeputusan Panel Hakim

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

Tandatangan

Tandatangan :..................................... Tarikh :...........................

Nama Ketua Hakim :.....................................

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 13: 2.0 Edisi 2013 Pidato Piala Diraja Ms17-29

17

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAANBORANG KEPUTUSAN(Diisi oleh ketua hakim)

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

PENGESAHAN

HAKIM NAMATANDATANGAN

HAKIM 1

HAKIM 2

HAKIM 3

HAKIM 4

HAKIM 5

Disahkan oleh,

.........................................................................Tandatangan

( ) Nama Ketua Hakim

Tarikh: ..................................................

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA