2 sistem pengudaraan

27
BAB 2 BAB 2 SISTEM PENGUDARAAN SISTEM PENGUDARAAN 1 Disediakan Oleh: ZURAINAH BINTI MOHAMED SAID KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

Upload: zurainah-ms

Post on 19-Jun-2015

9.035 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2 sistem pengudaraan

BAB 2BAB 2SISTEM PENGUDARAANSISTEM PENGUDARAAN

1

Disediakan Oleh:ZURAINAH BINTI MOHAMED SAID

KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

Page 2: 2 sistem pengudaraan

Peredaran udara:Satu proses pertukaran udara dari ruang-ruang

yang terdapat dalam bangunan.

Negara yang beriklim panas-lembap tropika: Tiupan angin atau alir udara diperlukan untuk

mempercepatkan proses sejatan2

Page 3: 2 sistem pengudaraan

FUNGSI PENGUDARAANFUNGSI PENGUDARAAN

a) Untuk memenuhi kehendak kesihatan

- Mengekalkan kualiti udara di dalam bangunan di atas satu paras minimum, iaitu menukarkan udara terpakai dengan udara bersih. - Keadaan ini mesti dipatuhi dalam sebarang situasi dan rekabentuk.

3

Page 4: 2 sistem pengudaraan

- Pengudaraan yang baik dapat membantu:

• Menyediakan oksigen secukupnya untuk pernafasan, memasak dan melakukan pelbagai aktiviti.

• Mencegah peningkatan karbon dioksida yang tinggi dan bau yang tidak menyenangkan seperti bau badan, makanan, rokok dan sebagainya

4

Page 5: 2 sistem pengudaraan

- Sebagai contoh, sekiranya sebuah ruang dapur tidak mempunyai lubang udara, ia mestilah dilengkapi dengan peralatan pengudaraan mekanikal lain yang berupaya mengurangkan kandungan karbon dioksida

5

Page 6: 2 sistem pengudaraan

b) Untuk menghasilkan keselesaan terma

- Untuk menambahkan kehilangan haba badan dan mengurangkan ketidakselasaan oleh kulit yang lembab serta melekit.

- Semasa peringkat rekabentuk, kadar aliran dan kelajuan udara memerlukan penelitian yang mendalam.

6

Page 7: 2 sistem pengudaraan

c) Untuk menyejukkan struktur bangunan- Penting apabila suhu di dalam ruang bangunan meningkat lebih tinggi

daripada suhu di luar bangunan.- Lazimnya, suhu meningkat sekiranya

warna digelapkan.

7

Page 8: 2 sistem pengudaraan

8

Page 9: 2 sistem pengudaraan

KEPERLUAN SISTEM PENGUDARAAN KEPERLUAN SISTEM PENGUDARAAN DALAM BANGUNANDALAM BANGUNAN

• Peruntukan di dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL) yang menghendaki bukaan-bukaan minimum untuk tujuan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi.

- Perkara 39(1) hingga (4), 40(1) dan (2) dan 41 (1) hingga (4) di dalam undang-undang kecil ini lazimnya dikuatkuasakan oleh penguasa

tempatan terhadap pelan bangunan yang baru sebagai salah satu syarat kelulusan.

9

Page 10: 2 sistem pengudaraan

- Penyediaan bukaan pada bangunan sama ada dalam bentuk telaga udara, tingkap, kekisi dan elemen-elemen dekoratif untuk tujuan pengudaraan sebenarnya mempunyai kesan secara langsung dari segi fisiologi khususnya di dalam hal kebersihan dan pergerakan udara di dalam bangunan. - Secara tidak langsung pengudaraan juga mempengaruhi suhu dan kelembapan udara di dalam ruang ataupun pada permukaan dinding bilik.

10

Page 11: 2 sistem pengudaraan

- Garispanduan rekabentuk berteraskan iklim menghendaki luas bukaan pada bangunan di sekitar 40% hingga 80% daripada luas dinding.- Undang-undang kecil bangunan seragam pula hanya menghendaki bukaan seluas 10% hingga 20% daripada keluasan lantai.

11

Page 12: 2 sistem pengudaraan

FAKTOR-FAKTOR YANG FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ALIRAN ANGIN MEMPENGARUHI ALIRAN ANGIN

DALAM BANGUNANDALAM BANGUNAN1. Orientasi

- Halakan bukaan utama / terbesar ke arah angin utama. - Angin datang dari arah oblik (45) berupaya menambah kelajuan dan memberi taburan yang lebih sekata di dalam bangunan berbanding arah tegak (90)

12

Page 13: 2 sistem pengudaraan

2. Halangan di Luar- Kelajuan angin akan meningkat sekiranya ada halangan (kesan terowong)

13

Page 14: 2 sistem pengudaraan

3. Pengudaraan Rentas- Sekiranya tiada bukaan keluar atau terdapat sekatan yang penuh, aliran angin tidak akan terbentuk. - Bukaan keluar perlu disediakan

14

Page 15: 2 sistem pengudaraan

4. Lokasi Bukaan- Bukaan mestilah dapat mengalirkan angin ke arah badan (living zon) pada ketinggian + 2 m.- Bukaan seeloknya berada di bahagian tengah dinding agar aliran selari dengan aliran angin di luar.

15

Page 16: 2 sistem pengudaraan

5. Saiz Bukaan- Kelajuan yang tinggi dapat dihasilkan dengan merekabentuk bukaan masuk kecil dan bukaan keluar besar (kesan venturi). - Sekiranya bukaan masuk lebih besar, kelajuan menjadi kurang, tetapi corak aliran lebih sekata (aliran keseluruh ruang).

16

Page 17: 2 sistem pengudaraan

6. Kawalan Bukaan- Aliran angin di dalam ruang dipengaruhi oleh unjuran, alat peneduhan luaran dan dalaman.

17

Page 18: 2 sistem pengudaraan

7. Kesan Tingkat / Terowong- Dipengaruhi oleh kuasa terma- Berlaku apabila terdapat perbezaan suhu yang besar antara udara di dalam dan di luar bangunan

18

Page 19: 2 sistem pengudaraan

MEKANISME PENGUDARAAN MEKANISME PENGUDARAAN DAN ALIR UDARADAN ALIR UDARA

Terdapat dua bentuk tekanan yang akan menyebabkan aliran ini berlaku iaitu:a) Tekanan terma iaitu cerunan suhu antara bahagian luar dan dalam bangunan. b) Tekanan angin iaitu yang akan mengalirkan angin

luar ke dalam bangunan. 19

Page 20: 2 sistem pengudaraan

Bangunan tinggi berada di belakang deretan rumah-rumah

Aliran undur oleh halangan dihadapan 20

Page 21: 2 sistem pengudaraan

SISTEM PENGUDARAANSISTEM PENGUDARAAN

Sistem pengudaraan terbahagi kepada 2 iaitu:• Sistem Pengudaraan Semulajadi - satu proses

pertukaran udara dalam bangunan tanpa bantuan kipas.

• Sistem Pengudaraan Mekanikal - satu proses pertukaran udara dalam bangunan menggunakan bantuan jentera.

21

Page 22: 2 sistem pengudaraan

Pengudaraan Melalui Tingkap Pengudaraan Melalui Dinding

Pengudaraan Melalui Bumbung22

Page 23: 2 sistem pengudaraan

PERBEZAAN PENGUDARAAN SEMULA PERBEZAAN PENGUDARAAN SEMULA JADI DAN MEKANIKALJADI DAN MEKANIKAL

SEMULAJADI MEKANIKALTidak melibatkan kos Melibatkan kosTidak menggunakan tenaga Menggunakan tenagaTiada bunyi bising Bunyi bisingSuhu sukar dikawal Suhu boleh dikawalCiptaan Tuhan Ciptaan manusiaPergerakan udara tidak menyeluruh

Pergerakan udara menyeluruh

23

Page 24: 2 sistem pengudaraan

CARA-CARA GANTIAN UDARA

1. Alir masuk semulajadi, alir keluar semulajadi

2. Alir masuk semulajadi, alir keluar mekanikal- Udara masuk ke dalam bangunan dengan sendiri dan

dipaksa keluar dengan pengunakan kipas. - Dipasang pada bumbung, dinding dan tingkap. - Sesuai digunakan di kilang, bilik dapur, makmal dan bilik air.

24

Page 25: 2 sistem pengudaraan

3. Alir masuk mekanikal, alir keluar mekanikal- Cara ini dapat mengawal kelajuan peredaran udara,

tekanan udara.- Penapis udara diguanakn untuk memastikan kebersihan udara. - Sesuai digunakan di pawagam, bilik tari, restoran dan

bangunan besar.

25

Page 26: 2 sistem pengudaraan

4. Alir masuk mekanikal, alir keluar semulajadi- Udara akan masuk mengunakan kipas. - Udara dipaksa keluar dengan sendiri. - Bukaan diletakkan di paras bawah. - Sesuai untuk kilang-kilang kecil, pejabat dan rumah dandang.

26

Page 27: 2 sistem pengudaraan

27