teknologi pengudaraan rumah kediaman masyarakat melayu dari dahulu hingga sekarang

24
OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED [email protected] (17 JANUARI 2012) Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran Kolej Komuniti Kuala Terengganu TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG Abstrak Artikel ini ditulis adalah bertujuan untuk membincangkan teknologi yang diaplikasi bagi mengurangkan kepanasan di dalam sesebuah rumah kediaman masyarakat melayu dari dahulu hingga sekarang. Objektif dalam penulisan artikel ini adalah untuk mengetahui kaedah yang digunakan oleh masyarakat melayu dalam mengurangkan kepanasan bagi rumah kediaman. Beberapa kaedah yang dibincangkan di dalam artikel ini boleh digunapakai hingga ke hari ini bagi mengurangkan kepanasan di dalam rumah kediaman dan penghuni boleh memilih kaedah terbaik bersesuaian dengan kemampuan masing-masing. Kata Kunci : Teknologi, Masyarakat Melayu Dahulu, Kepanasan, Rumah Kediaman

Upload: azizah-mohamed

Post on 06-Aug-2015

265 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Artikel ini ditulis adalah bertujuan untuk membincangkan teknologi yang diaplikasi bagi mengurangkan kepanasan di dalam sesebuah rumah kediaman masyarakat melayu dari dahulu hingga sekarang. Objektif dalam penulisan artikel ini adalah untuk mengetahui kaedah yang digunakan oleh masyarakat melayu dalam mengurangkan kepanasan bagi rumah kediaman. Beberapa kaedah yang dibincangkan di dalam artikel ini boleh digunapakai hingga ke hari ini bagi mengurangkan kepanasan di dalam rumah kediaman dan penghuni boleh memilih kaedah terbaik bersesuaian dengan kemampuan masing-masing.

TRANSCRIPT

Page 1: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH :AZIZAH BINTI MOHAMED

[email protected](17 JANUARI 2012)

Jabatan Kejuruteraan Dan KemahiranKolej Komuniti Kuala Terengganu

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

Abstrak

Artikel ini ditulis adalah bertujuan untuk membincangkan teknologi yang diaplikasi

bagi mengurangkan kepanasan di dalam sesebuah rumah kediaman masyarakat

melayu dari dahulu hingga sekarang. Objektif dalam penulisan artikel ini adalah

untuk mengetahui kaedah yang digunakan oleh masyarakat melayu dalam

mengurangkan kepanasan bagi rumah kediaman. Beberapa kaedah yang

dibincangkan di dalam artikel ini boleh digunapakai hingga ke hari ini bagi

mengurangkan kepanasan di dalam rumah kediaman dan penghuni boleh memilih

kaedah terbaik bersesuaian dengan kemampuan masing-masing.

Kata Kunci : Teknologi, Masyarakat Melayu Dahulu, Kepanasan, Rumah Kediaman

Page 2: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED

KANDUNGAN

Muka surat

1.0 PENGENALAN 1

2.0 SENIBINA RUMAH MELAYU DAHULU DAN SISTEM 1PENGUDARAANNYA

3.0 SISTEM PENGUDARAAN DI MASA KINI BAGI 5MENGURANGKAN KEPANASAN RUANG DALAMAN RUMAH KEDIAMAN

3.1 Punca Rumah Menjadi Panas 5

3.2 Kaedah Mengurangkan Kepanasan Ruang 6Dalaman Rumah

3.3 Pemilihan Kaedah Terbaik Menyejukkan Rumah 13

4.0 KESIMPULAN 14

RUJUKAN 15

1.0 PENGENALAN

1

Page 3: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED

Teknologi adalah koleksi teknik-teknik menggunakan pengetahuan

dalam menggabungkan sumber-sumber yang ada bagi menghasilkan produk

yang diingini dalam memenuhi keperluan, kehendak dan menyelesaikan

masalah kehidupan seharian. Teknologi juga termasuk; kaedah, kemahiran,

proses, teknik, peralatan dan sumber bahan mentah dalam menghasilkan

sesuatu produk.

Secara umumnya, teknologi adalah gabungan ilmu pengetahuan,

kemahiran dan teknik atau kaedah yang digunakan untuk tujuan atau

kepentingan sesuatu. Terdapat perbezaan yang sangat ketara di antara

teknologi dahulu dan sekarang. Teknologi cepat berkembang mengikut

peredaran masa dan keperluan manusia.

Berikut akan dibincangkan berkenaan teknologi pengudaraan

rumah kediaman masyarakat melayu dari dahulu hingga sekarang.

Semoga apa yang dibincangkan dapat menambah pegetahuan di kalangan

masyarakat kini mengenai teknologi yang diguna pakai masyarakat melayu

dahulu dalam menghasilkan pengudaraan yang baik di rumah kediaman serta

dapat membantu dalam pemilihan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan

pengudaraan yang baik di dalam rumah kediaman pada masa kini.

2.0 SENIBINA RUMAH MELAYU DAHULU DAN SISTEM

PENGUDARAANNYA

Malaysia atau dikenali sebagai Tanah Melayu pada masa dahulu

adalah terletak di kawasan Khatulistiwa dan beriklim panas dan lembab. Kayu

merupakan sumber bahan mentah utama sebagai bahan binaan rumah. Oleh

itu pada masa dahulu, masyarakat Melayu membina rumah kayu sebagai

kediaman mereka.

2

Page 4: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED

Gambar 1 : Rumah Tradisional Melayu (http://fahanim.tripod.com/id3.html)

Senibina rumah Melayu sangat unik dan sempurna dengan

rekabentuk, susunatur ruang dan teknologi pembinaannya sangat

mengkagumkan dan mempunyai penegasan serta fungsinya.

Rekabentuk rumah melayu yang bertiang membolehkan kedudukan

rumah itu dialihkan atau dipindahkan dari suatu kedudukan ke kedudukan lain

dan untuk mengelakkan dari tenggelam apabila berlakunya banjir serta

serangan dari haiwan buas. Manakala, ruang di bawah rumah itu boleh

dijadikan ruang untuk melakukan aktiviti lain seperti menganyam tikar, ruang

menyimpan alatan, menumbuk padi dan sebagainya. Kedudukan aras lantai

rumah melayu yang ditinggikan serta rekabentuk tingkap yang besar dan

mempunyai kekisi tingkap adalah untuk penyejukan ruang dalaman rumah di

mana ia membenarkan aliran udara masuk ke dalam rumah.

3

Udara sejuk

Udara sejuk

Kekisi

Bukaan tingkap

Page 5: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED

Rajah 1 : Rekabentuk rumah bertiang, bukaan dan pengaliran udara

Manakala rekabentuk bumbung rumah melayu yang mengunjur seperti

bumbung limas, memainkan peranan untuk mengurangkan kemasukan

tempias air hujan dan sinaran matahari ke dalam rumah serta untuk

peneduhan tambahan. Secara tidak langsung, menjadikan ruang dalaman

rumah sejuk dan selesa untuk didiami.

Rajah 2 : Rekabentuk bumbung dan tebar layar

Selain itu, susunatur ruang rumah Melayu yang mempunyai

hierarkinya, bermula dari anjung, serambi, ruang rumah ibu, ruang kelek anak

dan dapur. Kebiasaannya, tetamu yang bertandang ke rumah akan dipelawa

naik ke serambi untuk bertanya khabar dan bersembang. Ruang rumah ibu

digunakan untuk kaum lelaki, manakala ruang kelek anak adalah ruang tidur

dan privasi bagi kaum perempuan. Ruang–ruang ini dipisahkan untuk

menjaga kehormatan dan pergaulan dalam kalangan orang Melayu.

Rekabentuk rumah melayu juga mesra dengan persekitaran di mana ia

dibina melalui penggunaan bahan –bahan semulajadi seperti kayu, atap nipah

dan sebagainya. Bahan-bahan binaan ini tidak memerangkap haba. Haba

yang diserap pada siang hari akan cepat dilepaskan keluar apabila tiba waktu

malam.

Selain itu, masyarakat Melayu dahulu gemar menanam pokok di

persekitaran rumah. Selain pokok tersebut memberi sumber makanan dan

4

Tebar layar

Page 6: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED

ubat-ubatan, ia juga sebagai peneduh dan sumber udara sejuk. Pokok-pokok

besar dapat menjadi peneduh kepada rumah bagi menghalang sinaran

cahaya matahari, manakala pokok rendah dan renek dapat mengurangkan

haba panas diserap ke dalam rumah. Ia bertindak sebagai penghalang

haba dari memasuki rumah dan juga apabila angin bertiup, udara

sejuk dari pokok akan memasuki rumah. Kesannya rumah menjadi

sejuk.

Rajah 3 : Penanaman pokok di sekitar rumah

Senibina rumah melayu telah memberi signifikasi besar dalam

kehidupan orang melayu yang penuh dengan adab dan aturannya. Ia secara

tidak langsung telah mempengaruhi budaya masyarakat melayu pada zaman

dulu yang sangat kaya dengan budi bahasa dan adab. Namun begitu, kini

tanpa disedari senibina rumah Melayu semakin dilupakan dan kian pupus…

begitu juga sinonimnya dengan masyarakat Melayu pada hari ini, yang kian

ketandusan budi bahasa dan adab sopan..

Sesungguhnya, senibina memainkan peranan penting dalam

membentuk sesebuah tamadun manusia. Kepentingan keselesaan kediaman

menjadikan manusia sentiasa mencari teknologi baru dalam memperolehi

atau memenuhi tuntutan keperluan anggota badan dan minda yang

memerlukan keselesaaan. Dengan wujudnya suatu senibina yang ‘jujur’

5

Udara sejuk

Page 7: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED

(pelaku) disertai dengan matlamat yang baik (niat), ia dapat melahirkan

generasi yang bertamadun dan berjaya (hasil) dan begitulah jika sebaliknya.

3.0 SISTEM PENGUDARAAN DI MASA KINI BAGI MENGURANGKAN

KEPANASAN RUANG DALAMAN RUMAH KEDIAMAN

Adalah penting untuk menyedari dan memahami bahawa seluruh dunia

mengalami perubahan cuaca. Malangnya negara-negara yang menerima

kesan paling teruk adalah negara-negara membangun termasuk Malaysia.

Cuaca panas terutama pada musim kemarau menjadikan suhu naik ke paras

yang tinggi dan rumah kediaman menjadi ketuhar bagi penghuninya.

Bagi setiap pemilik rumah, perkara yang paling sukar adalah untuk

mencapai keseimbangan antara nilai estetika rumah dan keselesaan

dalaman. Telah menjadi keutamaan pada masa kini, keselesaan kediaman

menjadi perkara utama dalam memilih atau merekabentuk kediaman selain

kecantikan atau yang mempunyai nilai estetika. Kurangnya pengudaraan

menyebabkan pemilik rumah berbelanja tinggi untuk menyejukkannya.

Kebiasaannya alat penyaman udara menjadi pilihan dan ini akan menaikkan

bil elektrik terutama apabila tiba musim kemarau.

3.1 Punca Rumah Menjadi Panas

6

Page 8: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED

Rumah teres lot tengah sebagai contoh, adalah antara yang

dikenalpasti sebagai rumah kediaman yang mempunyai sirkulasi

pengudaraan yang kurang dan menyebabkan rumah menyimpan haba yang

diperolehi pada siang hari dan memerangkapnya hingga ke malam. Kesannya

walaupun pada malam hari tiada sinaran atau bahang cahaya matahari,

rumah akan tetap menjadi panas. Ini adalah kerana kebiasaannya rumah

teres dibina daripada bahan binaan batu bata dan konkrit. Haba yang diserap

pada siang hari terperangkap d dalam rumah dan mengambil masa untuk

dilepaskan keluar. Apabila suhu mencapai tahap tidak selesa, kebanyakkan

pemilik rumah memilih jalan menaikkan kuasa penyaman udara. Ini akan

menaikkan kos tenaga elektrik.

3.2 Kaedah Mengurangkan Kepanasan Ruang Dalaman Rumah

Terdapat pelbagai cara yang boleh diaplikasikan bagi mendapat rumah

yang selesa untuk didiami tanpa menggunakan kos yang tinggi. Di bawah ini

akan dibincangkan mengenai cara-cara atau kaedah bagi menyejukkan

rumah tanpa perlu membuat pengubahsuaian secara besar-besaran.

3.2.1 Kipas Bumbung / Turbine Fan

Bumbung merupakan permukaan yang paling banyak menerima haba

dari sinaran cahaya matahari. Haba tersebut akan terperangkap di dalam

struktur bumbung. Sekiranya bumbung dilengkapi dengan kipas bumbung,

udara panas di dalam struktur bumbung akan disedut keluar dan udara sejuk

dari luar akan dibawa masuk. Ini akan menjadikan kediaman menjadi sejuk.

7

Page 9: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED

Kipas ini akan dilengkapi dengan alat thermostat yang akan menghidupkan

kipas bumbung hanya apabila diperlukan. Kipas bumbung dapat menjimatkan

sehingga 30% kos penggunaan alat penghawa dingin

(http://www.greathomeimprovements.com).

Gambar 2 : Kipas bumbung / Turbine Fan yang dipasang di bumbung rumah (http://www.ecvv.com/supplier)

3.2.2 Exhaust Fan

Exhaust fan memainkan peranan yang penting dalam sirkulasi

pengudaraan dan penyejukkan rumah. Selain menyahkan bau dari rumah

yang mana boleh menaikkan kualiti udara di dalam rumah, exhaust fan juga

dapat mengeluarkan kelembapan yang boleh merosakkan peralatan serta

rumah itu sendiri dan boleh menggalakan pertumbuhan kulat yang membawa

penyakit. Exhaust fan dapat mengeluarkan udara panas yang dihasilkan oleh

peralatan elektrik atau haba panas dari sinaran cahaya matahari yang

terperangkap di dalam rumah. Kebanyakkan dapur memasak dipasang

8

Page 10: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED

exhaust fan untuk menyedut udara panas dari masakan serta bau dan asap

keluar dari rumah.

Gambar 3 : Exhaust Fan yang dipasang di dapur memasak(http://architectaria.com)

Gambar 4 : Exhaust Fan yang dipasang di dinding rumah(http://picasaweb.google.com)

3.2.3 Attic Insulation / Penebat haba di bumbung

Penebat haba adalah proses memerangkap haba dan seterusnya

mengurangkan kepanasan. Bumbung merupakan kawasan paling banyak

9

Page 11: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED

menyerap haba. Oleh itu adalah mustahak bagi pemilik rumah untuk

memasang lapisan penyerap haba dari kaca fiber di bawah lapisan atap

bumbung. Lapisan kaca fiber berfungsi memerankap haba dari memasuki

kawasan dalaman rumah dan seterusnya mengurangkan kepanasan di dalam

rumah.

Rajah 4 : Lapisan gelas fiber yang dipasang di bawahlapisan atap bumbung

3.2.4 Teduhan

Pada musim kemarau, suhu akan naik sehingga ke tahap yang sangat

tdak selesa. Pemilik rumah yang bijak akan menggunakan peneduh yang

10

Lapisan gelas fiber

Page 12: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED

bukan sahaja menambahkan nilai estetika sesebuah kediaman, tetapi ia juga

praktikal dalam menghalang sinaran serta bahang cahaya matahari.

Kebiasaannya teknik teduhan yang digunakan adalah teduhan

berbentuk horizontal yang dibina di dinding luar kediaman. Teduhan ini dapat

menghalang sinar matahari dan seterusnya menjadikan ruang dalaman

rumah tidak panas. Teduhan yang biasa digunakan adalah seperti pagola dan

juga awning. Selain itu terdapat juga teduhan boleh laras dan sangat sesuai

digunakan kerana ia boleh dilaras mengikut sudut sinaran matahari. Selain itu

pokok juga merupakan teduhan semulajadi. Pokok-pokok besar yang tinggi

dan mempunyai kanopi yang luas boleh menjadi teduhan kepada rumah

kediaman. Malangnya bagi rumah teres yang mempunyai keluasan tanah

yang terhad tidak memungkinkan pemilik rumah menanam pokok-pokok

besar.

Rajah 5 : Pelbagai jenis teduhan

11

Udara sejuk

Pagola

Page 13: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED

3.2.5 Filem Kawalan Pencahayaan

Kebanyakkan pemilik rumah gemar menggunakan kaca bagi binaan

tingkap dan pintu gelongsor. Cahaya matahari terus memasuki rumah melalui

kaca tanpa sekatan. Ini menjadikan kawasan dalaman rumah panas.

Oleh itu cara bijak bagi menahan cahaya terus dari sinaran matahari

tetapi masih menggunakan binaan kaca adalah dengan menggunakan filem

kawalan cahaya (tinted film). Ia boleh membalikkan lebih 78% haba cahaya

matahari. Ia juga mengurangkan 93% sinaran cahaya matahari selain

mengurangkan sebanyak 99% (http://www.greathomeimprovements.com).

Cara ini mudah dan dapat mengurangkan haba serta sinaran langsung

cahaya matahari.

Gambar 5 : Cermin tingkap yang dilapisi filem kawalan cahaya(http://www.infolink.com.au/t/House-Window-Tinting)

3.2.6 Kipas Siling

Kipas siling direkabentuk bagi menggerakkan udara di dalam rumah.

Bagaimana pun kipas sebenarnya tidak menyejukkan sekiranya tidak ada

udara sejuk. Saiz kipas siling adalah bergantung kepada :

i. saiz ruang dan jumlah bukaan.

12

Page 14: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED

ii. Teduhan di luar rumah seperti pokok & teduhan yang dibina.

iii. Material perangkap haba di dalam bumbung atau dinding.

iv. Jumlah udara di luar.

v. Jumlah haba dari peralatan elektrik.

3.2.7 Tanaman

Kurangnya bukaan bagi rumah teres lot tengah, bukan sahaja

membuatkan rumah panas, tetapi ia juga memerangkap partikel-partikel kotor

dan bahaya yang terdapat dalam udara yang membahayakan sistem

pernafasan. Material seperti karpet, fabrik dan cat mempunyai volatile organic

compounds (voc’s). Oleh itu, tumbuh-tumbuhan hijau di dalam rumah bukan

sahaja dapat menyejukkan kawasan

dalam rumah tetapi ia juga dapat

membantu kitaran udara segar. Selain

itu tanaman di luar rumah juga dapat

menjadi penghalang kepada haba dan

cahaya matahari dari memasuki rumah

selain menjadi hiasan di laman rumah.

13

Gambar 7 : Tanaman di dalam rumah(http://www.rosemerin.com)

Gambar 6 : Tanaman di luar rumah(http://www.easytogrowgarden.com/Gardening)

Page 15: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED

3.2.8 Kawalan Punca Haba dan Pencahayaan di dalam Rumah

Terdapat beberapa perkara kecil yang kebanyakkan pemilik rumah

selalu abaikan iaitu penggunaan mentol lampu. Guna mentol atau lampu yang

jimat tenaga berbanding mentol kuning yang lama. Ia bukan sahaja

menyebabkan pembaziran tenaga tetapi juga mengeluarkan haba yang tinggi

selain pencahayaannya kurang terang. Begitu juga dengan peralatan elektrik

yang lain yang banyak menyumbang kepada pengeluaran haba.

3.3 Kaedah Terbaik Menyejukkan Rumah

Berdasarkan kaedah-kaedah yang telah dibincangkan di atas, cara

terbaik dalam mengurangkan kepanasan ruangan dalaman rumah kediaman

adalah dengan menggunakan Kipas Bumbung / Turbine Fan. Ini adalah

kerana haba panas dari persekitaran ruang dalaman rumah akan naik ke

kawasan bumbung selain haba yang diserap dari permukaan bumbung

sendiri akan membuatkan kipas siling yang digunakan, mengitar semula

udara panas dan menyebabkan rumah sentiasa berada di dalam keadaan

panas. Sekiranya bumbung dilengkapi dengan kipas bumbung, udara panas

yang naik ke atas iaitu di dalam struktur bumbung akan disedut keluar.

Kemudian kipas siling akan mengitar udara sejuk yang masuk dari luar dan

seterusnya menjadikan kediaman menjadi sejuk dan selesa untuk didiami.

Kipas ini akan dilengkapi dengan alat thermostat yang akan menghidupkan

kipas bumbung hanya apabila diperlukan. Kipas bumbung dapat menjimatkan

sehingga 30% kos penggunaan alat penghawa dingin

14

Page 16: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED

(http://www.greathomeimprovements.com).

Gambar 8 : Turbine fan yang dipasang dibumbung rumah 4.0 KESIMPULAN

Pada dasarnya apabila memilih rumah kediaman, pemilik rumah

hendaklah meneliti arah matahari terbit dan terbenam. Seharusnya rumah

kediaman tidak menghadap matahari naik atau matahari terbenam. Seelok-

eloknya pilih orentasi rumah yang mana matahari naik atau terbenam dari

arah sisi rumah. Selepas itu barulah memilih kaedah yang terbaik dalam

mengurangkan kepanasan ruang dalaman rumah mengikut kemampuan

pemilik rumah.

Apa pun kaedah yang dipilih, tujuan utamanya adalah mendapatkan

kediaman yang selesa untuk diduduki selain mengambil kira faktor kecantikan

dan estetika sesebuah kediaman samada dari luaran atan dalaman rumah.

Oleh itu pemilik rumah haruslah bijak memilih kaedah yang sesuai atau boleh

juga menggabungkan kaedah-kaedah yang telah dibincangkan bagi

mendapatkan keselesaan yang maksimum.

15

Gambar 9 : Pergerakan udara di dalam rumah (http://www.wholehousefan.com/)

Page 17: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED

Dari perbincangan di atas, boleh dilihat perbezaan dan perubahan

teknologi yang berlaku dalam sistem pengudaraan rumah kediaman

masyarakat melayu dari dahulu hingga sekarang. Pada waktu dahulu

teknologi atau kaedah yang digunakan lebih kepada kaedah semulajadi dan

mesra alam. Pada masa kini terdapat perbezaan yang ketara iaitu

penggunaan tenaga yang lebih bagi mewujudkan suasana kediaman yang

lebih selesa. Namun begitu tujuannya adalah sama iaitu memenuhi keperluan

hidup yang lebih baik dan selesa.

RUJUKAN

1. http://www.greathomeimprovements.com

2. http://www.indoorhouseplant.com

3. http://www.askthebuilder.com/683_Attic_Ventilation.shtml

4. http://fahanim.tripod.com/id3.html

16

Page 18: TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

TEKNOLOGI PENGUDARAAN RUMAH KEDIAMAN MASYARAKAT MELAYU DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

OLEH : AZIZAH BINTI MOHAMED

17