2 pengurusan ekonomi malaysia pada tahun · pdf fileuntuk mencergaskan semula ekonomi, ......

10
35 2 Tinjauan Keseluruhan S emasa pembentangan Belanjawan 1999 pada 23 Oktober 1998, terdapat tanda-tanda bahawa langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan terutama sejak bulan September 1998 untuk mencergaskan semula ekonomi, memperkukuhkan sistem perbankan dan melindungi ekonomi negara daripada kesan penularan krisis kewangan serantau yang tercetus sejak pertengahan tahun 1997, telah mula membawa kesan positif kepada ekonomi negara. Ketika itu, ekonomi negara dijangka pulih sebanyak 1% pada tahun 1999, dengan didorong oleh eksport selaras dengan pemulihan perdagangan dunia serta permintaan dalam negeri yang disokong oleh rangsangan fiskal dan kewangan. Namun, masih wujud risiko yang boleh melembapkan ekonomi negara kerana persekitaran luaran yang tidak menentu yang boleh memanjangkan krisis kewangan serantau atau menjadikannya lebih buruk. Ini disebabkan oleh kurangnya usaha gigih di peringkat antarabangsa untuk menangani krisis kewangan tersebut secara berkesan. Justeru itu, Kerajaan telah meneruskan usaha bagi mencergaskan semula ekonomi dengan melaksanakan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang diperakukan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara, memandangkan persekitaran antarabangsa yang tidak menentu dan perlunya menghindari ekonomi negara daripada kemelesetan. Jika kemelesetan berpanjangan, ianya boleh menimbulkan kesan buruk ke atas kedudukan kewangan sektor korporat, kestabilan sistemik sistem perbankan dan kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat. Oleh demikian, teras utama Belanjawan 1999 adalah bertujuan mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara. Ini dilakukan terutamanya dengan merangsangkan permintaan dalam negeri melalui peningkatan peruntukan belanjawan, kaedah percukaian yang sesuai, pengukuhan jentera Kerajaan supaya pelaksanaan projek dapat disegerakan dan dasar kewangan yang longgar. Bagi memastikan inisiatif-inisiatif dasar ini tidak terjejas oleh perkembangan luar, ekonomi negara perlu terus dilindungi daripada kesan penularan krisis kewangan serantau dan antarabangsa. Justeru itu, penetapan nilai ringgit kepada dolar Amerika Syarikat dan kawalan modal terpilih perlu terus dikekalkan bagi membolehkan Malaysia meneruskan dasar kewangannya secara bebas untuk menyokong pemulihan ekonomi serta memastikan kestabilan pasaran kewangan. Namun begitu, kawalan modal terpilih telah dilonggarkan mulai 15 Februari 1999 dengan pengenalan levi keluar berperingkat bagi menggantikan syarat pemegangan dana portfolio selama setahun, berikutan pengukuhan ketara kedudukan rizab luar negara. Levi berperingkat ini merupakan sistem levi dua tahap, iaitu pengenaan levi sebanyak 30% ke atas keuntungan yang diperolehi dan dihantar keluar dalam tempoh setahun, dan levi sebanyak 10% ke atas keuntungan yang dihantar keluar selepas setahun. Sistem levi berperingkat ini bertujuan untuk menggalakkan pelabur membuat pelaburan portfolio di Malaysia bagi jangka masa yang lebih panjang. Namun demikian, sistem levi berperingkat ini telah menimbulkan masalah kepada pengurus-pengurus dana asing dalam pengiraan harga dan menentukan jumlah levi berkaitan dengan pelaburan mereka. Kerajaan peka kepada permasalahan ini. Justeru itu, berkuatkuasa 21 September 1999, Kerajaan telah memperkenalkan levi serata sebanyak 10% ke atas keuntungan pelaburan portfolio yang dihantar ke luar negeri bagi menggantikan sistem levi berperingkat. Perubahan ini mengurangkan kadar levi dan memudahkannya diuruskan serta menangani semua masalah pentadbiran yang dibangkitkan oleh pengurus-pengurus dana asing. Pengurusan Ekonomi Malaysia Pada Tahun 1999

Upload: dotu

Post on 06-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

35

2Tinjauan Keseluruhan

Semasa pembentangan Belanjawan 1999 pada23 Oktober 1998, terdapat tanda-tanda

bahawa langkah-langkah yang dilaksanakan olehKerajaan terutama sejak bulan September 1998untuk mencergaskan semula ekonomi,memperkukuhkan sistem perbankan danmelindungi ekonomi negara daripada kesanpenularan krisis kewangan serantau yang tercetussejak pertengahan tahun 1997, telah mulamembawa kesan positif kepada ekonomi negara.Ketika itu, ekonomi negara dijangka pulih sebanyak1% pada tahun 1999, dengan didorong oleh eksportselaras dengan pemulihan perdagangan duniaserta permintaan dalam negeri yang disokongoleh rangsangan fiskal dan kewangan. Namun,masih wujud risiko yang boleh melembapkanekonomi negara kerana persekitaran luaran yangtidak menentu yang boleh memanjangkan krisiskewangan serantau atau menjadikannya lebihburuk. Ini disebabkan oleh kurangnya usaha gigihdi peringkat antarabangsa untuk menangani krisiskewangan tersebut secara berkesan.

Justeru itu, Kerajaan telah meneruskan usahabagi mencergaskan semula ekonomi denganmelaksanakan Pelan Pemulihan Ekonomi Negarayang diperakukan oleh Majlis Tindakan EkonomiNegara, memandangkan persekitaranantarabangsa yang tidak menentu dan perlunyamenghindari ekonomi negara daripadakemelesetan. Jika kemelesetan berpanjangan,ianya boleh menimbulkan kesan buruk ke ataskedudukan kewangan sektor korporat, kestabilansistemik sistem perbankan dan kesejahteraansosio-ekonomi rakyat. Oleh demikian, teras utamaBelanjawan 1999 adalah bertujuanmempercepatkan proses pemulihan ekonominegara. Ini dilakukan terutamanya denganmerangsangkan permintaan dalam negeri melalui

peningkatan peruntukan belanjawan, kaedahpercukaian yang sesuai, pengukuhan jenteraKerajaan supaya pelaksanaan projek dapatdisegerakan dan dasar kewangan yang longgar.Bagi memastikan inisiatif-inisiatif dasar ini tidakterjejas oleh perkembangan luar, ekonomi negaraperlu terus dilindungi daripada kesan penularankrisis kewangan serantau dan antarabangsa.Justeru itu, penetapan nilai ringgit kepada dolarAmerika Syarikat dan kawalan modal terpilih perluterus dikekalkan bagi membolehkan Malaysiameneruskan dasar kewangannya secara bebasuntuk menyokong pemulihan ekonomi sertamemastikan kestabilan pasaran kewangan. Namunbegitu, kawalan modal terpilih telah dilonggarkanmulai 15 Februari 1999 dengan pengenalan levikeluar berperingkat bagi menggantikan syaratpemegangan dana portfolio selama setahun,berikutan pengukuhan ketara kedudukan rizabluar negara. Levi berperingkat ini merupakan sistemlevi dua tahap, iaitu pengenaan levi sebanyak30% ke atas keuntungan yang diperolehi dandihantar keluar dalam tempoh setahun, dan levisebanyak 10% ke atas keuntungan yang dihantarkeluar selepas setahun. Sistem levi berperingkatini bertujuan untuk menggalakkan pelabur membuatpelaburan portfolio di Malaysia bagi jangka masayang lebih panjang. Namun demikian, sistem leviberperingkat ini telah menimbulkan masalahkepada pengurus-pengurus dana asing dalampengiraan harga dan menentukan jumlah leviberkaitan dengan pelaburan mereka. Kerajaanpeka kepada permasalahan ini. Justeru itu,berkuatkuasa 21 September 1999, Kerajaan telahmemperkenalkan levi serata sebanyak 10% keatas keuntungan pelaburan portfolio yang dihantarke luar negeri bagi menggantikan sistem leviberperingkat. Perubahan ini mengurangkan kadarlevi dan memudahkannya diuruskan sertamenangani semua masalah pentadbiran yangdibangkitkan oleh pengurus-pengurus dana asing.

Pengurusan Ekonomi Malaysia PadaTahun 1999

36

Sementara usaha mencergaskan semulaekonomi negara menjadi teras utama dasarmakroekonomi pada tahun 1999, Kerajaan sedarusaha ini perlu disertai dengan langkah-langkahtambahan bagi mengukuhkan lagi daya tahannegara dalam menghadapi risiko sistemik sertameningkatkan daya saing negara di peringkatantarabangsa. Oleh itu, Kerajaan telahmempercepatkan penstrukturan semula sistemperbankan bagi memastikan keteguhan dankekukuhan sektor tersebut dalam menghadapirisiko sistemik serta berkeupayaan menyokongpemulihan ekonomi. Pengurusan DanahartaNasional Berhad (Danaharta), Danamodal NasionalBerhad (Danamodal) dan JawatankuasaPenyusunan Semula Hutang Korporat (CDRC)yang ditubuhkan pada bulan Jun dan Ogos 1998telah memainkan peranan penting dalammemperkukuh dan memastikan sistem perbankandapat terus menjalankan fungsi perantaraandengan lebih berkesan bagi memulihkan ekonominegara. Menjelang akhir Jun 1999, Danahartatelah menyelesaikan tugas utamanya dalammembeli hutang tidak berbayar (NPL) sistemperbankan. Manakala, Danamodal telahmenyempurnakan tugas mempermodalkan semulainstitusi perbankan. CDRC juga mencapaikemajuan dalam menyelaras dan mempercepatkanpenyelesaian hutang korporat berasaskanpertimbangan kepentingan bersama pihakpemiutang dan siberhutang, agar perniagaanberdaya maju yang mengalami masalah mudahtunai dapat terus memperolehi pembiayaan.

Krisis kewangan serantau baru-baru ini telahmenampakkan risiko akibat pergantungan yangketerlaluan terhadap sistem perbankan dalampembiayaan aktiviti ekonomi khususnya sektorhartanah, termasuk projek-projek besarpenswastaan yang sebahagiannya dibiayai melaluipinjaman jangka pendek. Pergantungan inimenyebabkan pertumbuhan pinjaman bank yangketara, iaitu pada kadar purata 25% sebelumtercetus krisis kewangan. Akibatnya, NPLmeningkat dengan ketara apabila krisis tercetus.Para peminjam telah menghadapi masalah mudahtunai akibat panggilan margin berikutan susutankualiti cagaran disebabkan oleh kejatuhan hargaaset, kadar faedah yang tinggi sebelum September1998 serta aliran pendapatan yang tidak setimpaldengan bayaran tanggungan bagi peminjam yangmenggunakan pinjaman jangka pendek untukmembiayai pelaburan jangka panjang. Sebabutama berlakunya pergantungan keterlaluanterhadap sektor perbankan sebagai sumber

pembiayaan adalah disebabkan olehperkembangan pasaran bon yang lembab, akibatbeberapa halangan termasuk proses kelulusanberperingkat yang melibatkan lebih daripada satupihak berkuasa. Justeru itu, sebagai satu langkahawal bagi menyusun semula rangka kerjapengawasan pasaran bon, Kerajaan, pada 7September 1999, telah memutuskan supayapengawasan dan penyeliaan pasaran bon korporatdi Malaysia hanya dilaksanakan oleh SuruhanjayaSekuriti. Selanjutnya, satu Jawatankuasa PasaranBon Nasional telah ditubuhkan untuk menerajuusaha pembangunan pasaran bon korporat diMalaysia.

Satu isu yang telah menjejaskan keyakinanpelabur semasa krisis kewangan berlaku adalahmengenai keutuhan pasaran modal. Bagimenangani permasalahan ini, isu-isu berkaitanpengurusan korporat dan ketelusan telah ditangani.Pada 25 Mac 1999, Laporan Mengenai PengurusanKorporat yang disediakan oleh JawatankuasaKewangan Peringkat Tertinggi telah diterima dandiumumkan oleh pihak Kerajaan. Laporan tersebut,antara lain, menggariskan prinsip-prinsip danamalan-amalan terbaik bagi pengurusan yang baikserta perakuan-perakuan untuk memperkukuhkankeseluruhan rangka kerja pengawalseliaan bagisyarikat-syarikat yang disenaraikan. Bagimengatasi isu ketelusan pasaran modal,Suruhanjaya Sekuriti telah mempercepatkanpelaksanaan tiga fasa sistem pengawalseliaanpenzahiran maklumat. Sistem ini bertujuanmeningkatkan penzahiran maklumat yang disiarkanoleh pihak syarikat, memperbaiki kualiti, ketepatanmasa dan kesesuaian maklumat sertameningkatkan akauntabiliti di kalangan pesertapasaran.

Dalam mengatasi masalah Pepijat Alaf Baruatau Tahun 2000 (Y2K), Kerajaan telah memastikansistem kewangan negara adalah selaras denganpematuhan Y2K. Menjelang akhir bulan Ogos 1999,semua bank dan industri insurans, institusi pasaranmodal serta institusi perantaraan sudahmelaksanakan sistem persediaan Y2K.

Inisiatif dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaantelah membawa kesan positif. Pemulihan ekonomisemakin kukuh pada suku kedua tahun 1999,manakala keyakinan pengguna dan pelaburbertambah baik. Imbangan perdagangan luar terusmencatat lebihan yang besar bagi 22 bulan secaraberturut-turut sejak November 1997 hingga Ogos

37

1999. Lebihan ini membolehkan kedudukan rizabluar negara terus meningkat dan daya tahanekonomi terus kukuh. Nisbah modal berwajaranrisiko bagi sistem perbankan telah bertambah tinggi,manakala paras NPL berada pada paras yangterkawal.

Dasar Fiskal

Asas-asas Pertimbangan Dasar

Semasa Belanjawan 1999 digubal pada bulanOktober 1998, isu utama yang perlu ditanganiialah kuncupan ekonomi benar yang ketara bagitempoh tiga suku pertama tahun 1998 akibat kesanpenularan krisis kewangan serantau. Justeru itu,tumpuan Belanjawan 1999 adalah untuk melindungiekonomi daripada terperangkap ke dalam kitarankemelesetan yang berpanjangan. Pada masa yangsama, dorongan perlu disediakan untukmenghalakan ekonomi ke arah pertumbuhan yangmapan. Oleh itu, dasar Belanjawan pengembangantelah dirancang pada tahun 1999 untukmenyediakan rangsangan fiskal bagimencergaskan semula ekonomi negara. DasarBelanjawan yang ketat ketika ekonomi negaramengalami kesan kemelesetan akibat krisiskewangan adalah tidak sesuai diamalkan keranaia akan menyebabkan ekonomi negara terusmenguncup. Justeru itu, strategi yang diambil bagimengekalkan lebihan fiskal semasa pembentanganBelanjawan tahun-tahun kebelakangan ini perludiketepikan. Memandangkan perbelanjaan perluditingkatkan bagi tahun 1999 untuk memulihkansemula aktiviti ekonomi, maka Belanjawan defisittelah dirancang bagi tahun tersebut. Defisit inimengambilkira jangkaan penurunan kutipan hasilberikutan kutipan cukai langsung yang mungkinberkurangan pada tahun 1999 akibat penguncupanekonomi yang ketara pada tahun 1998. Sementaraobjektif utama Belanjawan 1999 ialah memulihkanaktivit i ekonomi, langkah-langkah yangdiperkenalkan dalam Belanjawan tersebut jugabertujuan mengukuhkan lagi daya tahan dan dayasaing ekonomi, menyusun semula sektorkewangan, memperbaiki pengurusan sektor awamdan swasta, mengukuhkan imbangan pembayarandan memastikan kesejahteraan sosial rakyat.

Dalam menentukan saiz belanjawan yangberupaya meningkatkan pertumbuhan, beberapapertimbangan telah diambilkira. Pertama, akaunsemasa kewangan Kerajaan Persekutuan mestilah

sekurang-kurangnya berada dalam keadaanseimbang. Ini merupakan asas utama bagipengurusan fiskal yang berhemat. Justeru itu,perbelanjaan mengurus yang diperuntukkan dalamBelanjawan 1999 hanya dibenarkan meningkatsehingga 1%. Kedua, laluan sektor swasta dalammemperolehi sumber pembiayaan perlu terpelihara.Ini memerlukan kesederhanaan dalammengembangkan saiz belanjawan kerana semasapembentangan Belanjawan 1999, keadaan tidakmengizinkan defisit dibiayai daripada punca luarpada kos yang munasabah. Ketiga, defisit fiskalkeseluruhan perlu dikekalkan pada tahap yangmapan supaya nisbah khidmat hutang luar negarakekal dalam lingkungan tahap yang berhemat.Oleh itu, semasa pembentangan Belanjawan padabulan Oktober 1998, defisit yang bersamaandengan 6% daripada KNK telah dirancangkan bagitahun 1999, dengan peruntukan perbelanjaanpembangunan sebanyak RM18 bilion. Ini perluuntuk mengekalkan nisbah khidmat hutang luarnegara pada kadar 6%.

Dengan pemulihan ekonomi pada tahun 1999lebih kukuh daripada pertumbuhan 1% yangdijangkakan sebelum ini, jumlah hasil yang dapatdikutip turut melebihi jumlah yang dijangkakan.Hakikat ini memberi ruang untuk meningkatkanlagi saiz rangsangan fiskal bagi mencergaskansemula ekonomi tanpa melampaui saiz kesuluruhandefisit fiskal sebanyak 6% daripada KNK yangditetapkan sebelum ini. Oleh demikian, peruntukanperbelanjaan mengurus pada tahun 1999 telahditambah sebanyak 4% kepada RM48.9 biliondaripada RM47 bilion yang diperuntukkan sebelumini. Sementara perbelanjaan pembangunan puladitambah sebanyak 44.1% daripada RM18 bilionyang diperuntukkan sebelum ini kepada RM26bilion.

Keutamaan Peruntukan Belanjawan

Sejajar dengan strategi Belanjawan 1999 untukmemulihkan aktiviti ekonomi, sebanyak 50.9%daripada perbelanjaan pembangunan telahdiperuntukkan kepada sektor ekonomi. Bagimemastikan perbelanjaan pembangunan dapatmenyediakan rangsangan maksimum kepadapertumbuhan ekonomi, projek yang akandilaksanakan perlu mempunyai rantaian ekonomiyang kukuh serta mempunyai kandungan importyang minimum. Selain daripada itu, projek tersebuthendaklah mempunyai tempoh pulangan yangsingkat dan berkeupayaan untuk mempertingkatkan

38

kecekapan ekonomi. Dengan demikian, sebahagianbesar daripada perbelanjaan pembangunan, iaitusebanyak RM7.9 bilion, telah diperuntukkan kepadaprojek-projek infrastruktur termasuk di luar bandarseperti pembinaan jalan raya, jambatan, rel,pelabuhan serta utiliti dan infrastruktur pertanian.

Pembangunan sumber manusia perluditingkatkan untuk mencergaskan pembangunansosio-ekonomi. Justeru itu, sebanyak RM4 bilionatau 16% daripada jumlah belanjawan telahdiperuntukkan untuk pelaburan modal sumbermanusia terutamanya bagi tujuan mengembangkandan menaiktaraf infrastruktur dan kemudahansokongan pendidikan. Peruntukan yang besar iniadalah selaras dengan dasar Kerajaan untukmenjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikanyang terunggul. Ia juga sejajar dengan usahamenggalakkan lebih ramai rakyat Malaysiamelanjutkan pelajaran dalam negara dan menarikpelajar asing melanjutkan pelajaran di Malaysia,dengan tujuan memperbaiki kedudukan akaunperkhidmatan imbangan pembayaran. Di sampingitu, hampir RM1 bilion diperuntukkan bagiperkhidmatan kesihatan dan perubatan untukmenjamin rakyat terus sihat dan produktif.

Belanjawan 1999 juga mengambilkira keperluangolongan berpendapatan rendah dan golonganyang memerlukan bantuan, peniaga-peniaga kecilserta isu-isu berkaitan dengan perumahan, alamsekitar, program pembasmian kemiskinan danusaha mewujudkan masyarakat penyayang.Memandangkan wujudnya berbagai isu yang perluditangani, agihan peruntukan belanjawan perludibuat dengan cermat berasaskan keutamaan dansumber yang sedia ada.

Mempercepatkan Pelaksanaan Projek

Dalam mencergaskan pertumbuhan ekonomi,pelaksanaan projek yang telah diberi peruntukanbelanjawan pada tahun 1999 perlu dipercepatkan.Kelewatan pelaksanaan projek boleh menyebabkanekonomi ketiadaan rangsangan yang diperlukanbagi menjana pertumbuhan ekonomi. Isu ini begitunyata apabila defisit belanjawan 1998 adalah lebihkecil (1.9% dari KNK) daripada defisit 3.7% yangdijangkakan semasa Kerajaan menambahperuntukan sebanyak RM7 bilion pada bulan Julai1998. Kekurangan perbelanjaan pada tahun 1998adalah hampir 20%. Sungguhpun sebahagiannyadisebabkan oleh tambahan peruntukan pada bulan

Julai 1998, kurang belanja ini adalah jugadisebabkan oleh kurang penyelarasan danpemantauan serta karenah prosedur. Justeru,Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untukmempercepatkan pelaksanaan projek pada tahun1999. Langkah-langkah ini termasuk pengawasanrapi pelaksanaan projek di peringkat Kementerianbagi mengelakkan serta mengatasi kelewatan,mengemukakan laporan bulanan mengenaipencapaian pelaksanaan projek oleh UnitPenyelarasan Pelaksanaan kepada JemaahMenteri untuk penelitian, serta mengubah prosedurberkaitan dengan tender dan perolehan untukmempercepatkan pelaksanaan. Bagi projek-projekyang lambat dilaksanakan, sumber pembiayaannyatelah dipindahkan kepada projek-projek kecil yangdapat dilaksanakan segera. Hasil daripada langkah-langkah ini, sebanyak 61% daripada perbelanjaanpembangunan yang diperuntukkan pada tahun1999 telah dibelanjakan pada akhir bulanSeptember 1999 berbanding 3.7% pada akhir bulanMac tahun yang sama.

Langkah Percukaian

Dari segi dasar percukaian, langkah-langkahyang diperkenalkan semasa pembentanganBelanjawan 1999 bertujuan memperkemaskansistem pengurusan cukai, memulihkan ekonomi,memudahkan penstrukturan semula sektorkewangan, memperkukuhkan kedudukan imbanganpembayaran serta meningkatkan hasil. Dalammemperkemaskan sistem pengurusan cukai,taksiran cukai pendapatan berasaskan pendapatanyang diterima pada tahun sebelumnya akan diubahkepada tahun semasa bermula daripada tahun2000. Pada masa yang sama, pendapatan yangditerima dalam tahun 1999 akan dikecualikandaripada cukai pendapatan dan kerugian yangdialami pada tahun 1999 dibenarkan dibawa ketahun berikutnya. Sistem taksiran sekarang yangberasaskan Sistem Taksiran Formal juga akanditukar kepada Sistem Taksiran Sendiri secaraberperingkat, iaitu : pelaksanaan pada tahun 2001bagi syarikat; tahun 2003 bagi perniagaan,perkongsian serta koperasi; dan tahun 2004 bagigolongan berpendapatan penggajian.

Sistem taksiran terbaru ini saling menguntungkanpembayar cukai dan Kerajaan. Berikutanpenguncupan ekonomi pada tahun 1998, banyaksyarikat menghadapi kesukaran membayar cukaipendapatan pada tahun tersebut disebabkan

39

bayaran cukai mereka telah diasaskan kepadapendapatan pada tahun 1997 yang lebih tinggisemasa keadaan ekonomi lebih baik. Di bawahsistem taksiran baru, bayaran cukai pendapatanadalah berasaskan kepada kemampuan semasapembayar cukai membuat bayaran. Sistem iniakan meringankan beban kewangan pembayarcukai terutamanya dalam situasi pendapatanpembayar cukai berkurangan. Pada masa yangsama, dengan peningkatan kemampuan pembayarcukai membuat bayaran, hasil Kerajaan akankurang terjejas oleh ketidakpatuhan pembayarcukai dalam membuat bayaran.

Bagi menyokong pemulihan aktiviti ekonomi,suratcara perjanjian yang dahulunya memerlukanduti setem bagi pembiayaan semula pinjamanperniagaan telah dikecualikan daripada dutitersebut. Pengecualian ini akan menyumbangkepada penurunan kos perniagaan. Sebagailangkah memperkembangkan unit amanah,pendapatan faedah daripada unit amanah adalahdikecualikan daripada cukai pendapatanberkuatkuasa mulai tahun taksiran 1999. Bagiindustri insurans hayat, cukai pendapatan akandikenakan ke atas lebihan aktuari yang sebenarnyadipindahkan kepada Kumpulan Wang PemegangSaham dan tidak berdasarkan kepada prinsipterakru. Langkah ini akan menggalakkan syarikatinsurans hayat mengekalkan lebihan aktuari dalamKumpulan Wang Hayat supaya dapat digunakanuntuk pembangunan jangka panjang industritersebut. Bagi membolehkan pengeluar barang-barang pengguna di Malaysia bersaing denganpengeluar dari negara-negara ASEAN yang lain,apabila Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN(AFTA) dilaksanakan kelak, Kerajaan telahmemansuhkan duti eksais untuk peti sejuk, settelevisyen dan alat penghawa dingin.

Beberapa langkah percukaian telah jugadiperkenalkan semasa pembentangan Belanjawan1999 dan pada bulan Ogos 1999 untukmemudahkan penstrukturan semula danpengukuhan sektor kewangan melaluipenggabungan serta pengurangan bebankewangan sektor tersebut, akibat peningkatan NPLberikutan krisis yang melanda rantau ini. Bagimenggalakkan penggabungan dalam sektorkewangan, duti setem dan cukai keuntungan hartatanah hasil penggabungan telah diberipengecualian sekiranya penggabungan tersebutselesai dalam tempoh 24 Oktober 1998 sehingga30 Jun 1999. Namun, faedah cukai ini telah

dilanjutkan sehingga 30 Jun 2000. Satu lagi faedahcukai yang disediakan untuk menyokong programpenggabungan ialah dengan pengiktirafan 50%daripada kerugian terkumpul institusi perbankanyang akan diambilalih untuk diambilkira dalampengiraan cukai yang akan dibayar oleh entitigabungan melalui kredit cukai. Walaubagaimanapun, faedah kredit tersebut hanya bolehdigunakan dalam tempoh dua tahun selepaspenggabungan disempurnakan.

Bagi membantu institusi kewangan, Kerajaantelah memutuskan untuk tidak mengambil kira50% daripada jumlah akaun faedah tergantungsebagai pendapatan yang dikenakan cukai bagitahun taksiran 1999 dan 2000. Pendapatandaripada akaun ini hanya akan dikenakan cukaisetelah faedah tersebut diperolehi.

Krisis kewangan serantau telah memperlihatkanperlunya meningkatkan rizab luar negara kepadatahap yang mencukupi bagi membolehkan negaraberdaya tahan dalam menghadapi kejutankewangan. Berhubung dengan ini, beberapalangkah telah diperkenalkan sejak pembentanganBelanjawan 1999 untuk memperkukuhkan lagikedudukan imbangan pembayaran. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

(i) kerugian yang dialami dalam pengeluaranbahan-bahan makanan yang diluluskanseperti jagung dan lembu dibenarkan untukdikurangkan daripada keuntungan syarikatdalam kumpulan yang sama bagi tujuancukai pendapatan. Ia bertujuan untukmenggalakkan penglibatan sektor korporatdalam pengeluaran makanan secarakomersil untuk menggantikan import.Insentif ini terpakai bagi permohonan yangditerima sebelum akhir tahun 1999;

(ii) pengecualian daripada cukai pendapatanuntuk perolehan ‘sewa berasaskan masa’dan ‘sewa berasaskan pelayaran’. Iniadalah untuk membangunkan lagi industriperkapalan dan juga meningkatkan muatanperkapalan Malaysia dalam usahamenangani bayaran bersih perkhidmatanfret yang tinggi;

(iii) peruntukan pengecualian cukai pendapatanbagi aktiviti bot persiaran dan pembaikanserta penyenggaraan kapal layar diLangkawi bagi tempoh lima tahun. Inibertujuan untuk mempromosikan Langkawi

40

sebagai pusat pembaikan danpenyenggaraan serantau bagi bot persiarandan kapal layar;

(iv) pengecualian cukai pendapatan ke atasperolehan penyertaan bukan pemastautindaripada persembahan kesenian dankebudayaan dalam pameran, sukan danpertandingan;

(v) pengecualian cukai sebanyak 50% ke ataspendapatan yang diperolehi daripenganjuran aktiviti sukan, pertunjukankebudayaan, pameran kesenian dan pestayang melibatkan penyertaan negara asing;

(vi) pengecualian cukai hiburan ke atas tiketmasuk bagi menyaksikan persembahankebudayaan dan seni, pameran, pesta danpertandingan sukan yang diadakan diKompleks Sukan Negara, PanggungNegara, Balai Seni Lukis Negara danDewan Philharmonik Petronas; dan

(vii) pengecualian cukai jualan ke atas baranganyang dijual oleh syarikat-syarikat Malaysiasemasa pesta jualan yang diluluskan diKompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.

Langkah-langkah tambahan cukai, khusus bagimenarik pelancong ke negara ini, jugadiperkenalkan. Ini termasuk peruntukanpengecualian penuh cukai pendapatan ke ataspendapatan pemandu dan 50% pengecualian cukaipendapatan dari penganjuran Formula One danlain-lain jenis perlumbaan motor yang diiktiraf diperingkat antarabangsa yang diadakan di Malaysia.Insentif-insentif ini bertujuan untuk mempromosiperlumbaan Formula One dan lain-lain perlumbaankereta dan motosikal di Malaysia dalam usahamenarik pelancong asing. Pengalaman di beberapanegara Eropah menunjukkan sukan-sukan tersebutdapat menarik jumlah pelancong yang ramai. Bagimenggalakkan lagi Malaysia sebagai pusatpelancong membeli-belah Kerajaan, pada 22 Mei1997, telah memansuhkan kesemua duti importuntuk berbagai barangan kulit seperti beg pakaiandan beg perhiasan wanita dan kasut. Sebagailangkah untuk menggalakkan pelancongan dalamnegeri serta mengawal aliran keluar wang,pengecualian cukai ke atas jenis-jenis manfaatbukan wang dalam bentuk perjalanan percumake luar negeri kepada kakitangan telah dihadkanpada tahap maksimum RM3,000 berikutanpembentangan Belanjawan 1999. Namun demikian,pengecualian cukai pendapatan bagi perjalanan

percutian dalam negeri dikekalkan sehingga tigakali ganda.

Memandangkan jangkaan kekurangan hasil padatahun 1999, akibat peruntukan pengecualian daninsentif cukai serta penguncupan ekonomi dalamtahun 1998 yang memberi kesan ke atas kutipancukai langsung dalam tahun 1999, kadar cukaiyang lebih tinggi telah dikenakan ke atas beberapabarangan dan aktiviti untuk meningkatkan hasil.Ini melibatkan minuman keras, perjudian,pertaruhan, kasino, rokok dan tembakau.Peningkatan cukai ke atas barangan tersebutadalah juga merupakan suatu cara menggalakkangaya hidup yang lebih sihat.

Pembiayaan Belanjawan 1999

Dalam membiayai defisit fiskal tahun 1999,pertimbangan dibuat supaya sektor swasta tidaktersisih dari memperolehi dana dan, pada masayang sama, mengurangkan negara dari terdedahkepada hutang luar. Memandangkan negaramempunyai dana yang berlebihan hasil daripadalebihan akaun semasa imbangan pembayaran yangbesar pada tahun 1998 dan 1999, maka sebahagianbesar defisit fiskal tahun 1999 dibiayai melaluisumber bukan inflasi dalam negeri serta baki tunaitahun 1998 yang dibawa ke hadapan.

Dasar Kewangan

Pendekatan dasar kewangan ialah salingmelengkapi dasar fiskal dalam menyokong prosespemulihan ekonomi, di samping mengekalkankestabilan harga dan kadar faedah benar yangpositif untuk penabung. Bagi menggalakkanpemulihan ekonomi, kadar faedah yang rendahadalah diperlukan untuk merangsang perbelanjaandalam negeri serta mengurangkan kos pembiayaanaktiviti ekonomi. Justeru itu, Bank Negara Malaysia(BNM) telah mengurangkan kadar faedah campurtangan 3-bulan daripada 7.00% kepada 6.50%pada 5 April 1999 dan seterusnya kepada 6.00%pada 3 Mei 1999 dengan mengambilkira kadarinflasi yang sederhana.

Pengurangan sebanyak 100 mata asas dalamkadar faedah campur tangan 3-bulan BNM telahberhasil mengurangkan kadar faedah antara bank3-bulan sebanyak 240 mata asas daripada 5.70%pada akhir bulan Mac 1999 kepada 3.30% pada

41

akhir bulan Jun, berikutan peningkatan mudahtunai yang berterusan dalam sistem perbankanhasil lebihan perdagangan luar yang besar. Justeru,bank perdagangan dan syarikat kewangan telahmengurangkan kadar pemberian pinjaman asas(BLR) mereka kepada purata 7.24% dan 8.50%pada akhir bulan Jun daripada 8.04% dan 9.50%pada akhir bulan Mac 1999. Berikutan denganitu, bank perdagangan menurunkan kadar faedahpurata deposit tetap mereka daripada lingkungan5.39% - 5.44% pada akhir bulan Mac kepadalingkungan 3.75% - 3.80% pada akhir bulan Jun.Penurunan kadar faedah purata deposit tetapsyarikat kewangan pula ialah daripada lingkungan5.69% - 5.90% kepada lingkungan 3.78% - 3.97%dalam tempoh yang sama. Penurunan BLR sertakeadaan ekonomi yang lebih baik telah mendorongpeningkatan jumlah pinjaman yang diluluskan, iaitusebanyak RM25 bilion, dan pembayaran, iaitusebanyak RM78.1 bilion, dalam suku keduaberbanding dengan RM20.5 bilion dan RM77.5bilion dalam suku pertama tahun 1999.

Bagi merangsangkan permintaan dalam negeridan mengurangkan kos pembiayaan aktivitiekonomi, BNM telah mengurangkan lagi kadarfaedah campur tangan 3-bulan sebanyak 50 mataasas kepada 5.50% pada 9 Ogos 1999. Justeru,bank perdagangan dan syarikat kewangan turutmengurangkan BLR mereka kepada purata 6.79%dan 7.95% pada bulan Ogos 1999. Kadar ini kekalhingga akhir bulan September. Tahap BLR iniadalah tahap terendah yang pernah dialami. Kadardeposit tetap purata bank perdagangan kekal diantara 3.75%-3.79%, manakala kadar deposit tetappurata syarikat kewangan berada dalam lingkunganyang lebih luas sebanyak 3.77%-4.08% pada akhirSeptember. Kadar deposit tetap terus melebihikadar purata inflasi sebanyak 3% dalam tempohsembilan bulan pertama tahun 1999 dan 2.1%pada bulan September. Ini mencerminkan dasarKerajaan untuk mengekalkan kadar faedah benaryang positif bagi mengurangkan kesan kadarfaedah yang rendah terhadap golongan yangbergantung kepada pendapatan faedah dari depositsebagai sumber pendapatan, khususnya wargatua.

Institusi perbankan, mulai 5 Januari 1999, tidakdibenarkan membiayai pembangunan rumahkediaman dan kedai baru yang melebihi nilaiRM250,000 seunit. Ini adalah untuk memastikanpinjaman tidak disalurkan kepada pembangunansegmen hartanah yang berlebihan penawaran.Walau bagaimanapun, langkah ini t idak

menjejaskan pembiayaan akhir pembelian rumahkediaman dan bukan kediaman yang telah siapataupun yang sedang dibina. Sebaliknya, institusiperbankan digalakkan untuk menyediakanpembiayaan akhir ini bagi membantumengurangkan stok hartanah yang sedia ada,agar pemulihan sektor pembinaan dan lain-lainsektor yang berkaitan dapat dipercepatkan.

Mengukuhkan Sektor Perbankan

Dalam sektor perbankan, tumpuan dasar adalahuntuk mengukuhkan sistem perbankan dari segikestabilan sistemik dan keberkesanan dalammenjalankan fungsi perantaraan. Dalammengukuhkan sistem perbankan, kemajuan ketaratelah dicapai dalam menangani masalah NPL,permodalan semula institusi perbankan sertapenyusunan semula hutang korporat yang besaryang boleh menjejas kedudukan sistem perbankan.Agensi pengurusan aset, Danaharta, telahpunmenyelesaikan tugas utamanya, iaitu pembelianNPL sistem perbankan, menjelang akhir bulanJun 1999. Pada tarikh tersebut, ia mengambilalihNPL bernilai RM17.785 bilion dengan diskaunpurata 57% ke atas nilai kasar NPL. Pada masayang sama, Danaharta juga telah menguruskanNPL yang bernilai RM21.541 bilion. Ini menjadikanjumlah keseluruhan NPL yang diuruskan olehDanaharta bernilai sebanyak RM39.326 bilion.Jumlah NPL yang diambil alih oleh Danahartadaripada sistem perbankan bernilai RM30 bilion,manakala RM7.9 bilion lagi diperolehi daripadainstitusi bukan kewangan dan institusi luar pesisir.Kesemua NPL ini merangkumi 2,272 akaundaripada 66 institusi kewangan dan melibatkan1,780 peminjam. Menjelang 26 Ogos 1999,sebanyak RM1.01 bilion pinjaman telah ditebus.Bagi melengkapkan tugas Danaharta, CDRC telahselesai skim-skim penstrukturan syarikat yangmelibatkan hutang berjumlah RM11.4 bilionmenjelang akhir September 1999.

Danamodal juga telah menyelesaikan tugasmempermodalkan semula institusi perbankan padaawal bulan Mei 1999 dengan melaburkan RM6.4bilion ke dalam 10 buah institusi perbankan. Antaratugas susulan Danamodal adalah menstruktursemula kunci kira-kira dan operasi institusiperbankan dan memudahkan penggabunganinstitusi ini bagi menyokong usaha pengukuhansistem perbankan.

42

Pembangunan Pasaran Bon RinggitKorporat

Pelan Pemulihan Ekonomi Negara telahmengenalpasti pergantungan yang keterlaluanterhadap sumber pembiayaan sektor perbankansebagai satu faktor penyumbang kepada krisiskewangan pada tahun 1997. Bagi mengurangkanpergantungan sektor korporat yang keterlaluankepada sektor perbankan, pembangunan pasaranbon ringgit korporat perlu dipercepatkan. Fungsipasaran bon tempatan yang baik akan dapatmenyediakan sumber pembiayaan alternatif kepadapara peminjam serta mengagihkan sebahagiandaripada risiko pinjaman yang berkaitan denganpembiayaan hutang daripada sektor perbankankepada pihak pelabur. Tambahan pula, pembiayaanprojek infrastruktur yang penting bagi pertumbuhanekonomi adalah lebih sesuai diuruskan menerusipasaran ekuiti dan bon berbanding hanya melaluipinjaman bank.

Beberapa inisiatif telah diambil pada tahun 1999bagi meneruskan pembangunan pasaran bonMalaysia. Ini termasuk pelaksanaan PemindahanDana dan Sekuriti Elektronik mengikut masasebenar pada bulan Julai 1999 yang bertujuanmenyediakan satu mekanisme yang cekap bagipenyelesaian dan penjelasan hutang sekuriti. Selainitu, penubuhan pelindung jaminan kewangan untukmembantu penerbit sekuriti hutang swasta sebagaialternatif untuk meningkatkan cadangan penarafansendiri terbitan hutang telah dicadangkan.

Penentu utama kejayaan pembangunan pasaranbon korporat adalah dasar dan rangka kerjapengawalan di dalam pasaran ianya beroperasi.Pembangunan pasaran bon korporat sebelum iniadalah perlahan disebabkan halangan-halangantermasuk proses kelulusan yang melalui pelbagaiperingkat di pasaran utama serta ketidakcekapandan ketidakcairan pasaran sekunder. Proseskelulusan pelbagai peringkat di pasaran utamaterjadi akibat tiada satu pihak berkuasa yangmengawal, mengawasi dan menggalakkanpembangunan pasaran bon secara bersepadu.Oleh demikian, sebagai langkah permulaan untukmerasionalisasi rangka kerja pengawalan semasa,Kerajaan telah mengumumkan bahawaSuruhanjaya Sekuriti adalah pihak berkuasa ulungbagi menyelia dan mengawal pasaran bon korporatdi Malaysia.

Pada masa yang sama, Kerajaan jugamenubuhkan Jawatankuasa Pasaran Bon Nasional(JPBN) yang akan menerajui semua usahapembangunan pasaran bon korporat di Malaysia.Mandat JPBN ialah:

• menyediakan keseluruhan hala tuju dasarserta merasionalisasi rangka kerjapengawalan bagi pembangunan pasaranbon korporat secara tersusun;

• menjalankan kajian terperinci ke atas isu-isu berkaitan dengan perkembanganpasaran bon; dan

• mengenalpasti strategi-strategi pelaksanaanyang sesuai berdasarkan perakuan kajianyang dijalankan.

JPBN dipengerusikan oleh Ketua SetiausahaPerbendaharaan dengan keahliannya terdiridaripada BNM, Unit Perancang Ekonomi, PendaftarSyarikat, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa SahamKuala Lumpur (BSKL). Manakala peserta pasaranyang berkaitan akan juga dijemput menganggotaiJawatankuasa apabila diperlukan. JPBN telahmewujudkan tiga Kumpulan Kerja, iaituJawatankuasa Pembaharuan Perundangan danPengawalan yang dipengerusikan olehSuruhanjaya Sekuriti, Jawatankuasa PembangunanProduk dan Institusi yang dipengerusikan secarabersama oleh BNM dan Suruhanjaya Sekuriti,dan Kumpulan Kerja Infrastruktur dan Operasidipengerusikan oleh BSKL. Kerajaan menerusiKementerian Kewangan beriltizam merasionalisasisepenuhnya rangka kerja pengawalan pasaranbon korporat secara segera.

Memperkukuhkan Piawaian PengurusanKorporat

Usaha meningkatkan keyakinan dalam pasaranmodal terus menjadi sebahagian daripadakeseluruhan strategi untuk memulihkan ekonominegara. Lanjutan daripada itu, tumpuan khususdiberi kepada isu-isu berkaitan dengan keutuhanpasaran modal seperti pengurusan korporat danketelusan. Pada bulan Februari 1999, Kerajaantelah menerima Laporan Mengenai PengurusanKorporat yang mencadangkan pembangunan KodPengurusan Korporat Malaysia. Kod inimenetapkan satu set prinsip dan amalan terbaikuntuk pengurusan korporat; perakuan untukmengukuhkan rangka kerja pengawalan

43

keseluruhan bagi syarikat-syarikat awam yangdisenaraikan serta mempertingkatkan mekanismepengawalan sendiri bagi menggalakkanpengurusan yang baik; dan penyediaan latihanserta pendidikan terutamanya bagi pengarahsyarikat menjalankan tanggungjawab sebagaimanayang wajar. Dalam menggalakkan ketelusanpasaran modal, Suruhanjaya Sekuriti telahmelaksanakan sistem pengawalan berasaskanpenzahiran tiga fasa yang bertujuan meningkatkanpenzahiran maklumat oleh pihak syarikat dan bagimemperbaiki kualit i , ketepatan masa dankesesuaian maklumat tersebut serta meningkatkanakauntabiliti peserta pasaran. Pindaan kepadakeperluan agihan pemegangan saham danpenyebaran jangkaan serta ramalan keuntungandalam dokumen awam, yang pada asalnyadijadualkan pelaksanaannya dalam fasa ketiga,telah dipercepatkan mulai April 1999. Usaha segerake arah mempertingkatkan keutuhan pasaranmodal adalah bagi mengukuhkan keyakinanterhadap pasaran modal. Ini seterusnya akanmembantu pemulihan ekonomi memandangkanprestasi pasaran saham yang bertambah baikakan meningkatkan permintaan dalam negerimelalui kesan kekayaan yang positif.

Memastikan Pematuhan Y2K

Mengenai masalah global pepijat alaf baru,Kerajaan telah mengambil langkah-langkah proaktifdalam menangani masalah Y2K. Menjelang akhirbulan Ogos 1999, semua industri perbankan daninsurans negara telah mencapai status persediaanY2K. Kerajaan telah memakai guna pendekatanpiawaian antarabangsa bagi mengurus risiko Y2Kdi sektor kewangan. Piawaian tersebut telahdisediakan oleh Bank Penyelesaian Antarabangsaserta lain-lain organisasi seperti Federal FinancialInstitutions Examination Council, Amerika Syarikatdan sebuah badan gabungan institusi kewanganswasta, iaitu Global 2000. BNM telah menyelarasproses ujian Y2K secara terperinci bagi memastikansistem perbankan negara mematuhi persediaanY2K. Di samping langkah-langkah persediaan Y2K,satu pelan pelanjutan urus niaga yang menyeluruhtelah disediakan bagi meminimumkan sebaranggangguan akibat masalah Y2K. BNM telah jugamenubuhkan Pusat Kawalan Y2K bagi memantaudan menguruskan isu-isu berkaitan dengan pepijatalaf dalam sektor kewangan dan perbankan.

Begitu juga dengan Suruhanjaya Sekuriti, usaha-usaha telah ditingkatkan sejak tahun 1997 bagimemastikan pasaran modal dan perantaraan sertasyarikat-syarikat awam yang disenaraikanmengambil langkah-langkah persediaan yangdiperlukan dalam menghadapi tahun 2000. Institusipasaran seperti pasaran bursa, syarikat penjelasan,depositori pusat dan syarikat terbitan telahmelaksanakan sistem persediaan Y2K,menyempurnakan ujian dalaman dan luarandengan terperinci dan sedang memberi tumpuanke atas ujian tambahan serta rancangan kontigensi.Pengantara pasaran seperti firma broker saham,syarikat pengurusan unit amanah dan pengurusanaset, telah mencapai pematuhan Y2K yang baikdalam beberapa bulan kebelakangan ini. Hampirsemua syarikat tersebut telah menyempurnakanProgram Tahun 2000 dan bersedia menghadapitahun baru. Sebilangan kecil masih lagi dalamproses menyempurnakan ujian dan pelaksanaansementara menunggu pengesahan persediaan Y2Kdaripada pihak luar. Dalam menangani masalahY2K, peserta-peserta pasaran perlu mempunyairancangan kontigensi yang baik dan teruji. Denganini, ia dapat menyediakan suatu kaedah yangberupaya bertindak balas terhadap kehilanganatau penghakisan perkhidmatan penting di dalamsistem berautomasi serta mengekalkan fungsi-fungsi penting bagi operasi pasaran dan,seterusnya, mengekalkan keyakinan para pelaburdan peserta pasaran. Satu Rancangan KontingensiY2K Pasaran Modal telah dibentuk untukmenangani berbagai kemungkinan yang bolehmenyebabkan gangguan meluas di pasaran sertamengenalpasti langkah kontingensi yang perludiambil oleh institusi-institusi berkaitan.

Kesan Inisiatif Dasar

Inisiatif dasar yang diambil oleh Kerajaan, yangantara lain bertujuan mencergaskan semulaekonomi, mempertingkatkan daya tahannyaterhadap risiko sistemik serta mengukuhkan sistemkewangan, telah menghasilkan kesan positif.

Pada tempoh suku kedua tahun 1999, KDNKsebenar telah mencatat kadar pertumbuhan positifsebanyak 4.1%, setelah mengalami penguncupansecara mendadak sebanyak 10.9% pada sukuketiga tahun 1998. Pertumbuhan ini didorongterutamanya oleh perkembangan pesat sektorpembuatan yang mencatatkan kadar pertumbuhandua angka pada bulan Jun hingga Ogos 1999.

44

Sebahagiannya, pertumbuhan ini adalah hasilrangsangan fiskal dan pertambahan keyakinanpengguna, yang mana tercermin oleh peningkatanjualan barangan pengguna seperti keretapenumpang dan motosikal serta import baranganpenggunaan yang kukuh dalam tempoh suku keduadan ketiga tahun 1999.

Permintaan luar negeri juga meningkat denganketara. Pertumbuhan eksport dalam nilai AS$meningkat pada purata 26% pada bulan Julaidan Ogos 1999. Ini mencerminkan daya saingsektor luar, hasil daripada kestabilan nilai ringgit.Peningkatan import sejak bulan April 1999menunjukkan pemulihan positif pertumbuhanpermintaan agregat. Memandangkan eksport terusmelebihi import, Malaysia telah mencatatkanlebihan perdagangan yang besar selama 22 bulanberturut-turut sejak November 1997 sehingga Ogos1999. Lebihan perdagangan luar dalam tempohlapan bulan pertama tahun 1999 berjumlah RM46.2bilion berbanding lebihan sebanyak RM32.5 biliondalam tempoh yang sama tahun 1998.

Lebihan perdagangan luar yang besar ini telahmembolehkan rizab luar negara meningkat kepadaRM119.3 bilion atau AS$31.4 bilion (bersamaan6.5 bulan import tertangguh) pada akhir September1999, daripada RM81.5 bilion atau AS$21.5 bilion(bersamaan 4 bulan import tertangguh) pada akhirSeptember 1998. Dengan penurunan hutang luarjangka pendek kepada kira-kira AS$7.5 bilion,kedudukan rizab luar negara pada akhir bulanSeptember 1999 adalah melebihi empat kali gandaberbanding dengan hutang luar jangka pendek.Ini mencerminkan pengukuhan daya tahan ekonominegara terhadap kemungkinan aliran keluar modaljangka pendek. Pinjaman luar negara adalah padatahap berhemat. Keadaan ini serta pengukuhanpendapatan eksport membolehkan nisbah khidmathutang luar negara kekal pada paras yang rendah,iaitu sebanyak 6.2%.

Di sektor perbankan, usaha-usaha olehDanaharta, Danamodal dan CDRC serta usahamemulihkan ekonomi telah membantumengukuhkan sistem perbankan. Nisbah modalberwajaran risiko bagi sistem perbankan telahmeningkat kepada 12.8% pada akhir bulan Ogos1999, daripada 11.8% pada akhir tahun 1998dan 10.5% pada akhir tahun 1997. Paras modalini jauh lebih tinggi daripada piawaian Baslesebanyak 8%. Nisbah NPL berdasarkan klasifikasi6 bulan stabil pada kadar 7.9% pada bulan Mac1999 hingga bulan Julai, sementara nisbah NPLberdasarkan klasifikasi 3 bulan telah berkurangankepada 12.4% pada akhir bulan Julai 1999 daripada13.4% pada akhir tahun 1998. Penyusunan semulasektor perbankan telah mengukuhkan fungsiperantaraan perbankan. Ini membolehkan institusi-institusi perbankan menambahkan kelulusan danpemberian pinjaman.

Berikutan pemulihan ekonomi, peningkatan dayatahan negara terhadap kejutan luar dan kemajuanketara yang tercapai dalam penyusunan semulasistem perbankan, keyakinan terhadap pasarankewangan telah meningkat ketara sejak awal bulanSeptember 1998 sehingga 15 Oktober 1999.

Pemulihan ekonomi negara telah diiringi dengankadar inflasi yang rendah dan pertambahanpeluang-peluang pekerjaan. Kadar inflasi bagisembilan bulan pertama 1999 adalah pada purata3.0%, sementara peluang pekerjaan baru yangdilaporkan kepada Jabatan Tenaga Rakyat setiapbulan telah meningkat pada kadar tahunan 114.4%kepada 12,876 jawatan kosong pada Ogos 1999.

Pendek kata, inisiatif dasar Kerajaan telahmemberi kesan posit i f sepertimana yangdiharapkan. Namun begitu, usaha gigih perluditeruskan bagi menyokong proses pemulihanekonomi yang lebih luas serta mengukuhkan lagidaya tahan ekonomi negara.