2 kerja kursus projek jan 2015 jadual spesifikasi tugasan projek

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK JABATAN : MATEMATIK MATA PELAJARAN : PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) – MATEMATIK SEKOLAH RENDAH SEMESTER : 7 Tarikh Mula 14/02/2015 Tarikh Hantar 28/03/2015 Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menjelaskan kaedah-kaedah penyelidikan pendidikan dan aplikasinya dalam pendidikan 2. Menerangkan asas-asas penyelidikan termasuk jenis-jenis penyelidikan pendidikan, reka bentuk penyelidikan, prosedur dan etika penyelidikan. 3.Menganalisis dan membincang isu-isu senasa dalam pendidikan yang dapat dikaji melalui penyelidikan tindakan. 4. Membincang definisi dan proses kajian tindakan. 5. Memperoleh kemahiran merancang dan melaksanakan kajian tindakan di sekolah. 6.memperoleh kemahiran menulis kertas cadangan untuk kajian tindakan, laporan kajian dan artikel untuk jurnal. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,3, 5,6 Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Mengenalpasti masalah kajian atau fokus kajian yang ingin diterokai. 2. Membuat tinjauan literatur yang relevan dan mencukupi mengikut format American Psychological Association (APA). 3. Menentukan objektif kajian atau persoalan kajian bagi kajian yang akan dilaksanakan.

Upload: razinurhisyam

Post on 03-Feb-2016

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sej

TRANSCRIPT

Page 1: 2 Kerja Kursus Projek Jan 2015 Jadual Spesifikasi Tugasan Projek

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRUJADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK

JABATAN : MATEMATIKMATA PELAJARAN : PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) – MATEMATIK SEKOLAH RENDAHSEMESTER : 7

Tarikh Mula 14/02/2015 Tarikh Hantar 28/03/2015

Hasil Pembelajaran Kursus :1. Menjelaskan kaedah-kaedah penyelidikan pendidikan dan aplikasinya dalam pendidikan2. Menerangkan asas-asas penyelidikan termasuk jenis-jenis penyelidikan pendidikan, reka bentuk penyelidikan, prosedur dan etika penyelidikan.3. Menganalisis dan membincang isu-isu senasa dalam pendidikan yang dapat dikaji melalui penyelidikan tindakan.4. Membincang definisi dan proses kajian tindakan.5. Memperoleh kemahiran merancang dan melaksanakan kajian tindakan di sekolah.6. memperoleh kemahiran menulis kertas cadangan untuk kajian tindakan, laporan kajian dan artikel untuk jurnal.Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,3, 5,6

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Mengenalpasti masalah kajian atau fokus kajian yang ingin diterokai.2. Membuat tinjauan literatur yang relevan dan mencukupi mengikut format American Psychological Association (APA).3. Menentukan objektif kajian atau persoalan kajian bagi kajian yang akan dilaksanakan. 4. Membuat perancangan yang terperinci dari aspek kos dan masa untuk melaksanakan penyelidikan tindakan.5. Menentukan lokasi, kumpulan sasaran dan jenis intervensi untuk penyelidikan tindakan.6. Merancang teknik mengumpul data dan carta menganalisa data.7. Menyediakan kertas cadangan yang lengkap berkaitan dengan kajian yang dirancang.8. Membuat refleksi yang analitik berkaitan dengan kajian yang dirancang.

Page 2: 2 Kerja Kursus Projek Jan 2015 Jadual Spesifikasi Tugasan Projek

Spesifikasi Tugasan

TAJUK

TUGASAN WAJARAN%

CATATAN

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan

1. Penulisan kertas cadangan penyelidikan tindakan secara individu

1. PENDAHULUAN Pengenalan

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Fokus Kajian Objektif Kajian

2. TINJAUAN LITERATUR

3. KAEDAH KAJIAN / METADOLOGI KAJIANKumpulan Sasaran Rekabentuk KajianInstrumen, prosedur dan penganalisaan dataGaris masa pelaksanaan kajian.

4. RUJUKAN5. LAMPIRAN6. SAHSIAH

JUMLAH

30

20

40

10

100(Wajaran = 50%)

Kriteria penilaian:- Memenuhi format kertas cadangan penulisan penyelidikan tindakan- Organisasi kandungan

Page 3: 2 Kerja Kursus Projek Jan 2015 Jadual Spesifikasi Tugasan Projek

Tugasan Projek

Penyelidikan tindakan merupakan sejenis kajian yang digunakan oleh para pendidik untuk menyelesaikan masalah demi kebaikan pelajar dan juga untuk perkembangan profesional masing-masing. sebelum sesuatu kajian dilaksanakan, seorang penyelidik perlu menyediakan satu rancangan penyelidikan yang dipanggil kertas cadangan sebelum melaksanakan kajian. 1. Sila sediakan satu kertas cadangan kajian tindakan berdasarkan input daripada kuliah dan bahan bacaan yang telah diberi. 2. Masalah atau isu yang anda ingin selidiki perlu ada perkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran matematik semasa Praktikum. 3. Kertas cadangan anda perlu merangkumi semua tajuk seperti yang diberikan dalam Lampiran A, iaitu , Pengenalan, Tinjauan Literatur, Fokus Kajian Atau Amalan bagi Penambahbaikan, Kumpulan Sasaran dan Pelan Tindakan.4. Anda boleh berkolaborasi dengan rakan praktikum anda, penyelia penyelidikan guru pembimbing atau sesiapa sahaja yang boleh membantu anda dalam penyediaan kertas cadangan kajian tindakan ini. 5. Sila catatkan secara ringkas, proses perkembangan peringkat-peringkat yang penting penyelidikan tindakan dalam satu diari, peringkat- peringkat yang penting dalam perkembangan proses kajian tindakan anda.

Panduan Pelaksanaan Projek.

1. Projek ini adalah tugasan individu yang ditulis dalam lingkungan 15 hingga 20 muka surat/ iaitu tidak termasuk rujukan dan bahagian lampiran. 2 . Sila gunakan format berikut dalam penulisan anda Fon– Arial 12 Margin – 1 inci disepanjang semua tepi muka surat 1.5 ruang di antara setiap baris ayat3. Sila beri maklumat yang berikut di muka surat pertama laporan kajian tindakan anda: Tajuk Kajian, Nama, No.K/P, No. H/P ,Opsyen, Nama Sekolah dan Nama Penyelia anda.4. Jangan lupa menyediakan muka surat isi kandungan supaya setiap bahagian laporan anda mudah dirujuk.5. Adalah penting untuk anda mengadakan perbincangan yang kerap dengan penyelia penyelidikan anda semasa menyempurnakan laporan kertas cadangan kajian anda . ( Sila kepilkan borang kolaborasi dengan laporan kertas cadangan anda.6 Sebarang penulisan plagiat (plagiarism) dilarangkan.

Page 4: 2 Kerja Kursus Projek Jan 2015 Jadual Spesifikasi Tugasan Projek

Tugasan yg cemerlang harus menunjukkan kriteria yang berikut:

- Menggunakan pernyataan, refleksi dan justifikasi yang sangat jelas untuk memperihalkan masalah atau amalan untuk penambahbaikan yang menjadi fokus kajian. - Menyatakan objektif kajian dan soalan kajian secara jelas. - Memperihalkan latarbelakang yang terperinci tentang responden dan termasuk prestasi akademik jika perlu. - Menghuraikan pelan tindakan, cara mengumpul dan menganalisis data . - Memilih cara intervensi yang relevan dan kreatif - Menunjukkan perancangan kajian menggunakan Carta Gantt atau garis masa dengan terperinci . - Memberi justifikasi yang baik untuk pilihan jenis ‘rawatan’ bagi menyelesaikan masalah atau menambahbaikkan amalan yang memerlukan peningkatan. - Menggunakan kata rujukan untuk menyokong penyataan atau hujahan anda . - Menggunakan rujukan yang relevan dari pelbagai sumber dengan menggunakan format American Psychological Association (APA) dan format IPG (sekurang-kurangnya dari 10 sumber atau lebih)

Tugasan disediakan oleh: Di Sahkan Oleh

………………………………………… ………………………………………………………MUHAMAD BIN BASAR HJ. ARISTON SHAH MUHAIMINPENYELARAS KAJIAN TINDAKKAN 1 MTE 3133 KETUA JABATAN MATEMATIKJABATAN MATEMATIK IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJOHOR BAHARU