2 kajian kes cikgu imran (2).docx

2
Baca dengan teliti kes Cikgu Imran. Contoh Kes: Pengalaman Cikgu Imran Cikgu Imran mempunyai 9 tahun pengalaman mengajar di sebuah sekolah menengah di luar bandar. Beliau baru sahaja berpindah kesebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur dan telah ditugaskan untuk menjadi guru kelas bagi tingkatan 1 Mawar. Cikgu Imran beranggapan tugas beliau sebagai guru Bahasa Malaysia akan lebih mudah berbanding dengan pengalaman beliau ketika bertugas di sekolah luar bandar di mana kebanyakkan murid-murid beliau telah memulakan sekolah menengah tanpa menguasai kemahiran asas yang menyeluruh dan rata-rata murid-murid beliau datang daripada keluarga berstatus ekonomi yang rendah serta kecenderungan untuk murid mempunyai ibu yang merupakan suri rumahtangga serta mempunyai tahap pendidikan SPM sahaja. Pada minggu pertama persekolahan, Cikgu Imran merasa terkejut apabila beliau mendapati saiz kelas tingkatan1 Mawar adalah besar di mana terdapat seramai 47 orang murid yang mempunyai pelbagai tahap kemahiran serta latar belakang yang berbeza. Tanggapan beliau bahawa semua murid telah menguasai kemahiran asas dan bersedia untuk memulakan PdP tingkatan satu persekolahan dengan keyakinan dan penguasaan kemahiran 3M yang baik adalah salah sama sekali. Mengikut pemerhatian beliau selama seminggu di dapati terdapat beberapa orang murid yang akan membisu apabila diminta untuk membaca dan pada waktu yang sama terdapat beberapa orang murid yang sangat suka menawarkan diri untuk membaca atau menulis jawapan di papan putih. Didapati kumpulan murid ini mendominasi aktiviti kelas dan pantas melaksanakan tugasan yang diberi. Contohnya Irfan, Azmi dan Alisya akan cepat selesaikan latihan yang diberi dan akan sibuk hendak melihat kerja rakan-rakan mereka. Manakala Alis dan Ayra akan duduk termenung atau melukis sementara tunggu aktiviti seterusnya. Haziq dan Saqeef pula akan bergurau senda dan bising sementara menunggu rakan-rakan lain selesaikan latihan. Terdapat juga

Upload: shaqhajar

Post on 17-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2 kajian kes cikgu imran (2).docx

Baca dengan teliti kes Cikgu Imran.

Contoh Kes: Pengalaman Cikgu Imran

Cikgu Imran mempunyai 9 tahun pengalaman mengajar di sebuah sekolah menengah di luar bandar. Beliau baru sahaja berpindah kesebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur dan telah ditugaskan untuk menjadi guru kelas bagi tingkatan 1 Mawar. Cikgu Imran beranggapan tugas beliau sebagai guru Bahasa Malaysia akan lebih mudah berbanding dengan pengalaman beliau ketika bertugas di sekolah luar bandar di mana kebanyakkan murid-murid beliau telah memulakan sekolah menengah tanpa menguasai kemahiran asas yang menyeluruh dan rata-rata murid-murid beliau datang daripada keluarga berstatus ekonomi yang rendah serta kecenderungan untuk murid mempunyai ibu yang merupakan suri rumahtangga serta mempunyai tahap pendidikan SPM sahaja.

Pada minggu pertama persekolahan, Cikgu Imran merasa terkejut apabila beliau mendapati saiz kelas tingkatan1 Mawar adalah besar di mana terdapat seramai 47 orang murid yang mempunyai pelbagai tahap kemahiran serta latar belakang yang berbeza. Tanggapan beliau bahawa semua murid telah menguasai kemahiran asas dan bersedia untuk memulakan PdP tingkatan satu persekolahan dengan keyakinan dan penguasaan kemahiran 3M yang baik adalah salah sama sekali. Mengikut pemerhatian beliau selama seminggu di dapati terdapat beberapa orang murid yang akan membisu apabila diminta untuk membaca dan pada waktu yang sama terdapat beberapa orang murid yang sangat suka menawarkan diri untuk membaca atau menulis jawapan di papan putih.

Didapati kumpulan murid ini mendominasi aktiviti kelas dan pantas melaksanakan tugasan yang diberi. Contohnya Irfan, Azmi dan Alisya akan cepat selesaikan latihan yang diberi dan akan sibuk hendak melihat kerja rakan-rakan mereka. Manakala Alis dan Ayra akan duduk termenung atau melukis sementara tunggu aktiviti seterusnya. Haziq dan Saqeef pula akan bergurau senda dan bising sementara menunggu rakan-rakan lain selesaikan latihan. Terdapat juga beberapa orang murid lelaki lain yang akan turut bersembang bersama Haziq dan Saqeef walau pun tugasan mereka belum selesai.

Pengalaman Cikgu Imran sebagai guru Bahasa Malaysia bagi murid-murid tingkatan satu Mawar telah membuat Cikgu Imran merasakan bahawa tugas beliau di sekolah bandar tidak kurang cabarannya. Beliau mula merasakan bahawa beliau perlu melakukan sesuatu supaya semua murid kelasnya dapat mencapai tahap memuaskan dan tidak tercicir. Memandangkan peperiksaan akhir tahun akan tiba tidak lama lagi, Cikgu Imran langsung tidak mahu membuang masa untuk bertindak atau menunggu bulan Oktober untuk mengetahui tahap kebolehan murid-muridnya.

Jawab soalan-soalan berikut.

Page 2: 2 kajian kes cikgu imran (2).docx

1. Apakah masalah atau isu pengurusan PdP kelas 1 Mawar? Senaraikan dan huraikan cabaran yang dihadapi oleh Cikgu Imran sebagai guru Bahasa Malaysia kelas 1 Mawar.

2. Terangkan kaedah atau langkah-langkah yang perlu diambil oleh Cikgu Imran untuk mengenalpasti kesediaan pembelajaran murid 1 Mawar supaya beliau boleh membina pelan tindakan untuk membantu semua murid menguasai kemahiran membaca dan menulis.

3. Sediakan satu pelan tindakan yang lengkap supaya Cikgu Imran dapat:a. Mewujudkan suasana PdP yang kondusif untuk memupuk minat murid terhadap pembelajaran

merekab. Memastikan pelaksanaan PdP yang berkesan.