2 bab6.1 tekanan udara

Upload: diyanamz

Post on 03-Mar-2016

49 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bab 6

TRANSCRIPT

Slide 1

6.1 Tekanan UdaraPenghasilan tekanan udara

Kewujudan tekanan udara boleh diterangkan dengan menggunakan Teori Kinetik Jirim. Teori ini menyatakan bahawa zarah-zarah di dalam sesuatu jirim sentiasa bergerak dan berlanggaran antara satu dengan yang lain.

Rajah Perlanggaran zarah-zarah gas pada dinding bekas menghasilkan tekanan gas.3.Udara merupakan jirim yang terdiri daripada zarah-zarah yang bergerak secara rawak ke semua arah. 4.Zarah-zarah yang sentiasa bergerak ini berlanggar semua objek yang berada di ruang udara dan menghasilkan tekanan ke atas objek-objek itu. 5.Apabila udara terkandung di dalam sesuatu objek, zarah-zarah ini memberi tekanan ke atas permukaan dalam bekas itu. 6.Tekanan yang dihasilkan oleh perlanggaran zarah-zarah udara ke atas permukaan luar dan permukaan dalam sesuatu objek ini dikenali sebagai tekanan udara.7.Tekanan udara bertindak ke semua arah. 8. Tekanan udara berkurangan mengikut ketinggian dari permukaan bumi. Tekanan udara di puncak gunung lebih rendah daripada tekanan udara di kaki gunung.

10.Keadaan ini berlaku kerana bilangan zarah udara berkurangan di tempat yang tinggi.

Tekanan udara rendahTekanan udara tinggi

11. Tekanan udara pada atas laut adalah tinggi kerana setiap lapisan udara di atasnya menekan ke bawah. 12. Kejadian ini boleh dianalogikan dengan keadaan selimut di bahagian paling bawah yang terasa sangat berat Hal ini disebabkan lapisan-lapisan selimut di atas menekan ke bawah.

Faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan udara

Tekanan udara di dalam sebuah bekas tertutup dipengaruhi oleh isi padu dan suhu udara. Jika udara dimampatkan dengan mengurangkan isi padu bekas, zarah-zarah udara akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap. Hal ini menyebabkan tekanan udara bertambah.Tekanan udara juga akan bertambah apabila udara di dalam bekas dipanaskan. Hal ini berlaku kerana zarah-zarah udara memperoleh lebih banyak tenaga dan melanggar dinding bekas dengan lebih kuat dan kerap.Faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan udaraTekanan udara di dalam sebuah bekas tertutup dipengaruhi oleh isi padu dan suhu udara. Jika udara dimampatkan dengan mengurangkan isi padu bekas, zarah-zarah udara akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap. Hal ini menyebabkan tekanan udara bertambah.Tekanan udara juga akan bertambah apabila udara di dalam bekas dipanaskan. Hal ini berlaku kerana zarah-zarah udara memperoleh lebih banyak tenaga dan melanggar dinding bekas dengan lebih kuat dan kerap.Aplikasi Prinsip Tekanan Udara dalam Kehidupan Harian

(a) PicagariApabila omboh ditarik ke atas, kawasan tekanan rendah terbentuk di dalam picagari. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air masuk ke dalam picagari.Tekanan udara rendahTekanan udara tinggi(b) Sifon

Apabila air mengalir keluar dari hujung bawah salur, kawasan tekanan rendah terbentuk di dalam salur. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air masuk ke dalam sifon.Tekanan udara rendahTekanan udara tinggi(c) Penyedut minumanApabila udara disedut, kawasan tekanan rendah terbentuk di dalam penyedut minuman. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air masuk ke dalam penyedut minuman.

Tekanan udara rendahTekanan udara tinggi(d) Pam penyemburApabila omboh ditolak ke dalam silinder, udara dipancut keluar dengan laju. Satu kawasan tekanan rendah terbentuk di sekeliling muncung silinder. Keadaan ini menyebabkan tekanan udara yang lebih tinggi di dalam tin memaksa racun serangga masuk ke dalam tiub logam. Kemudian, racun serangga dipecahkan kepada titisan-titisan kecil oleh udara yang di pancut keluar dengan laju dari silinder.

Tekanan udara rendahTekanan udara tinggi